Bunyi
pungguk diKuala Sipitang,
Pungguk
tidak terbang tinggi,
Jangan
tak kisah abang datang,
Abang
datang nak pujuk hati.
“Bertuah
kau dapat isteri macam tu Han… kalau kitalah kat tempat dia sempat tak kita nak
makan. Dia bukan hanya nak suap dan basuh berak anak saja.. kerja rumah pun
kena buat..masak dan memabasuh..itu tak masuk kemas rumah lagi. Aku kan Han
dapat Su siapkan makan aku pun aku dah rasa bersyukur sangat. Sebab apa tau,
aku dah tenguk kakak aku sendiri.. yang kerja jadi cikgu, suaminya selalu beli
lauk kat kedai sebab kakak aku tak sempat nak masak. Rumah dia jangan ceritalah
bersepah memanjang. Anak dia baru dua…”
Farhan hanya mendiamkan dirinya memikirkan kebenaran akan kata-kata sahabatnya.
Bagi dia dan Fatin jarang sekali membeli lauk dikedai kerana dirinya alah
dengan masakkan digerai. Entah mengapa
sejak dia berkahwin dia sering dihinggapi sakit kepala bila dia makan
makanan di gerai.
“Lagi
pun mereka tu anak siapa Han..anak kau dengan dia jugakan …dah dia ibunya kalau
tidak dia ambil perhatian anak-anak dia, siapa lagi..kau nak ke anak kau
membesar tampa kasih sayang..bila dah besar nanti bermasaalah.”
“Ialah
aku tau anak aku..entahlah Lan. Sekarang ni pun aku dah rindu dengan anak-anak
aku Lan. Malam tadi entah pukul berapa baru aku dapat aku tidur, kalau mereka
ada …rasa macam bising sangat bila mereka tak ada rasa sunyi sangat, sepatutnya
aku bolehlah tidur dengan nenyak ..tapi aku tak boleh tidur pula.”
“Siapa
yang kau rindu Han isteri ke..atau anak-anak kau??”.
”
Dua-dua lah Lan. Tapikan Lan aku rasa nak cuba biarkan dia..aku nak biarkan
sampai bila isteri aku tu nak merajuk dengan aku..aku nak tenguk berapa lama
dia bolih bertahan bila aku tak ada disamping dia. Kalau aku rindukan dia
sekarang ni..takkan dia tak rindukan aku.”
“Jangan
buat cubaan bodoh kau tu, aku takut akan
memakan diri kau sendiri Han. Aku takut kau yang tak tahan bila dia tak ada.
Orang perempuan ni lain, semangat diorang tinggi..lagi pun jangan kau biarkan
isteri kau merajuk lama sangat, nanti bila dah terbiasa berdikari..susah kau jadinya. Kalau aku..aku
tak suka isteri aku terlampau berdikari, nanti kita tak ada maknanya pada dia,
sebab dah biasa sangat dia buat sorang-sorang. Kita ada ke tak ada ke…dah tak
menjadi masaalah pada dia. Kita akan rasa kita tak bermakna pada dia..ingat
Han, jangan sampai kita rasa jadi orang yang bermakna dimata isteri kita.”
Farhan hanya mendiamkan dirinya, mungkin ada kebenaran akan kata-kata
sahabatnya.
==============================
Bila memikirkan kata-kata
sahabatnya tadi.Memang benar selama ini isterinya tidak pernah meninggalkan
dirinya kesaorangan. Semenjak mereka bernikah dan duduk serumah, belum pernah
dia ditinggal seorang diri dirumah. Semalam buat pertama kali dia sendirian
dirumah.. dia kebingungan. Selera makannya tertutup..tidurnya juga tidak lena.
Pagi tadi dia ketempat kerja dengan perut yang lapar dan badan yang lesu.
Petang itu sebelum dia pulang
kerumah dia singgah disebuah gerai makan untuk membeli nasi bungkus. Hajat
diahatinya dia tidak akan keluar lagi, setelah dia pulang dari kerjanya. Dia ingin cuba merehatkan diri sambil
menunton tv. Dia ingin memenefaatkan masanya
sendirian dengan berehat secukupnya...itulah yang dirancang dalam
hatinya. Ketika dia sampai dirumah apabila pintu terbuka ..Alahai rumahku
sunyinya..Kekosongan mendakap disekelilingnya. Hatinya dan mindanya juga
menjadi kosong. Dia menoleh kesisi kemudian kebelakang mencari bayangan yang
selalu menemaninya. Kebiasaannya isterinya
akan mendengar anak-anaknya
menceritakan apa-apa yang dilakukan
seharian. Terutamanya anaknya yang solong akan menceritakan kawan-kawan dan
cigu disekolah tadikanya.. chot chet chot
chet bising betul. Hari ini dia
tercari-cari keriuhan itu. Mengapa
dengan kesunyian itu meyebabkan dia tiada semangat… penat dari kerjanya
dirasakan bertambah penat.
Dia melangkah masuk kedalam
rumah lalu menyandarkan dirinya disofa ruang tamu sambil memejamkan matanya.
Dia cuba untuk merehat kan minda pula, tapi kepalanya asyik berfikir, jiwa
tercari-cari sesuatu. Akhirnya dia mecapai kunci keretanya..dia keluar ingin mencari
keriuhan. Nasi yang dibelinya tadi dimasukkan kedalam peti sejuk. Perutnya
tidak terasa lapar walau seharian dia tidak makan, dia bercadang hendak makan
diluar sahaja.
Tampa disedarinya dia sampai dihadapan pagar rumah orang tuanya. Dia memberi salam dan
masuk lalu duduk diruanmg tamu. Ayahnya yang sedang mengaji ketika itu
memberhentikan bacaanya . Dia memerhati anaknya
yang kelesuan.Bila melihat ayahnya sudah menghentikan bacaan Farhan
menghampiri ayahnya untuk bersalaman.
“Apa
kahbar ayah..ayah sihat.”
“Ayah
rasa tak sihat sikit hari ni, mungkin kena hujan semalam..ayah batuk dan badan
pun rasa sakit-sakit..ibu tengah masakkan sup untuk ayah kat dapur tu.”
“Patulah
ayah tak buat kerja kat luar hari ni..” Hajjah Fatimah menjengah keruang tamu
bila mendengar suaminya berkata-kata dengan seseorang.. seperti suara anaknya
Farhan. Bila dia terjengul dipintu dapur.
“Betul
pun Han..ibu dah agak suara kamu tadi.” Farhan bangun mencapai tangan ibu lalu
menciumnya.
“Ibu
apa khabar.”
“Baik..
Han dah makan..ayahnya sup dah siap tu, jomlah kita makan kalau dah sejuk tak
sedap pula.”
“Jomlah
Han kita makan.”Ajak ayahnya mereka bertiga beranak menuju kemeja makan. Selesai makan mereka keruang
tamu sekali lagi. Barulah Hajjah Fatimah bertanyakan masaalah rumah tangga
anaknya yang seorang itu..Farhan tidak sudah-sudah dengan masaalah yang
membimbangkan hati ayah dan ibunya.
Pada kebiasaan Hajjah Fatimah dan Haji
Abu Bakar akan berjalan mengelilingi taman perumahan mereka dua atau tiga kali
pusingan.. senaman itu dilakukan setelah
disahkan tekanan darah Hajjah Fatimah agak
tinggi sedikit..untuk mengawal dari menjadi lebih teruk ..dia
dinasihatkan oleh doctor agar melakukan sedikit senaman. Doktor juga mengatakan
berjalan kaki adalah senaman yang baik diamalkan sekurang-kurang setengah jam
setiap hari. Mereka berjalan kaki
mengeliling taman perumahanya untuk mengeluarkan peluh. Oleh kerana pagi tadi suaminya tidak sihat
Hajjah Fatimah melakukan sendirian. Bila dia melintasi halaman rumah besanya,
dia mendengar suarakanak-kanak riuh didalam rumah. Dia juga mengenali suara
anak-anak Farhan (abang dan angah).Hatinya mula bimbang. Dia sudah mencium ada
yang tidak kena pada rumah tangga Fatin dan Farhan.Oleh kerana mahu cepat
meluahkan kemuskilanya kepada suaminya dia hanya melakukan satu pusingan sahaja
joggingnya.
“Bang
..tadi Mah dengar macam suara abang dan angah kat rumah besan kita… kenapa dia
ada kat sini ye bang..pengasuh diaorang pergi mana? Farhan tak cerita apa-apapun
dengan kita.”
“Entahlah
Mah..kalau mereka hantar anak malam tadi tak pulak Farhan singgah rumah kita
kan Mah atau pun pagi tadi mereka hantar anak mereka.. Kita tunggu sajalah
Mah..kalau ada apa-apa petang karang tentu Farhan datang..nanti kita tanya
dia.” Untuk menghubungi Fatin atau Farhan takut pula jika mengganggu mereka yang
sedang bertugas. Hati Haji Bakar suamiisteri bimbang lagi walaupun Farhan sudah
mempunyai anak..tetapi tingkahnya masih lagi membimbangkan ayah dan ibunya.
“Han!!
Fatin mana? kenapa anak-anak kamu duduk kat rumah ibu mentua Han? Kamu laki
bini bergaduh ke???” Sudah tidak tertahan membendung rasa ingin tahu lalu
bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Hajjah Fatimah.
“Taklah
bergaduh tapi dia tu kecik hati dengan Han..bila Han marah anak-anak yang suka
sepahkan mainan kat rumah tu. “ Datar sahaja suara Farhan menjelaskan kedudukan
mereka suami isteri. Dia menyambung lagi kata-katanya….
“Han
hairanlah bu kenapa agaknya abang dengan angah tu, tak boleh nak duduk
diam..main, bergurau kejap-kejap tu pula bergaduh..peningn kepala Han dengan perangai diorang, pertama –tama
abang tu.. dia lah yang ajak angah buat
itu ni.. lepas tu kalau tak puas hati diketuknya pula adiknya.”
“Budak-budak
memang macam tulah..Kamu dengan adik-adik kamu dulu macam tu juga. Diam masa
tidur saja..tapi budak-budak kalau diam saja, budak tak sihat namanya..tapi ibu
tak suka cara kamu marah kan anak.. kenapa Han suka cakap anak-anak Han macam
kera macam beruk..rasanya ibu dan ayah tak pernah cakap macam tu..kita ni
sebagai ibu bapa tak elok cakap anak-anak kita macam. Setiap apa yang kita
cakap umpama doa untuk anak kita.”
“Ia
ayah pun tak suka cara Han cakap dengan anak kamu macam tu. Lagi satu jangan
suka marah isteri depan orang dan jangan marah isteri kita depan anak-anak. Ini
Han marah depan ayah ibu dan depan anak-anak ..tak baik macam tu dia pun ada
perasaan, kalau betul-betul dia salah, balik rumah.. marah dalam bilik. Kalau
Han marah isteri depan anak-anak seumpama Han menyamakan taraf isteri Han tu
macam anak Han juga.. ingat pesan ayah tu.”
“Ialah
dah diaorang tu tak tahu duduk diam ..Han naik angin dibuat nya..Fatin pulak
buat tak tahu saja bila anak-anak dia buat sepah”.
“Kalau
dia asyik nak tenguk anak..alamat tak makan lah kamu anak beranak.. sepatutnya
bila dia tengah buat kerja kamu tolonglah jaga anak pula..atau tolong dia buat
kerja rumah jadi taklah dia penat sangat. Ini.. dia nak jaga anak, nak masak,
nak buat kerja rumah..dia kerja lagi Han tak kesian ketenguk dia
terkejar-kejar, jadilah suami yang bertimbang rasa Han.”
“Han
tolong juga dia buat kerja rumah bu.”Farhan cuba mempertahankan dirinya..
“Kita
ni Han kalau dah suami isteri jangan asyik nak berkira kalau tolong buat kerja
rumah. Ini ibu tenguk anak-anak kamu asyik berkepit dengan ibu dia.. buat susu,
makan.. nak buang air besar dan kecil pun terpekek cari ibu dia. Tentu ibu dia
yang selalu buatkan semua itu kan. Apa salahnya sekali-sekali tolong dia
suapkan anak makan, tolong buatkan susu ke… jadi dapatlah isteri kamu rehat.
Taklah dia penat sangat..ni yang kecik tu lagi menyusu badan.” Farhan hanya
menundukkan wajahnya sahaja. Dia sedar selama ini dia hanya menolong ala kadar
sahaja umpama melepaskan batok ditangga.
“Habis
Han balik sini kenapa?..nak ajak Fatin balik ke??.”Farhan mendonggakkan
kepalanya memandang ibunya bila soalan ibunya menerjah ketelinganya.Tadi
sebenarnya dia tidak mahu kerumah ayah dan ibunya. Hatinya ingin mencari
sedikit hiburan dengan merayau-rayau di bandar Seremban..untuk mengubati
kesuanyianya dirumah. Tetapi entahlah..secara tidak sedar keretanya menuju
kerumah ayahdan ibunya pula.
“Entahlah
ibu ayah Han rasa buntu sekarang.” Itu yang terluah dari bibir Farhan yang
kedengaran lemah sahaja. Bila dirasakan kebenaran kata-kata ibunya.
“Han
kita suamiisteri ni perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Selain
memahami dan tolong menolong kita harus bersabar juga..terimalah isteri kita
seadanya. Masa anak-anak masih kecil ni, cabaran untuk kita tinggi... kalau tak
sabar mahu bergaduh setiap hari. Jadi setelah kita penuhi rumah tangga kita dengan
iman dan kasih sayang perbanyakkanlah sabar.”Nasihat Haji Bakar kepada anaknya yang dah besar panjang.
“Habis
Han nak buat macam mana?.” Soal Farhan kepada ibu dan ayahnya. Dia yang
sebanarnya tidak tahu langkah seterusnya..untuk memperbaiki kesalahan dirinya.
“Pergilah
pujuk isteri kamu tu balik..tak baik biarkan dia lama sangat kat rumah ibu ayah
dia. Nanti apa pula kata mertua kamu tu.”
“Mahu
ke dia maafkan Han”.
“Pergilah
cuba dulu..ibu dan ayah dia tentu dah nasihatkan dia.”
“Ibu
kat atas ada cakap apa-apa tak dengan ibu.”
“Itulah
yang ibu suka jadi besan mereka …mereka tak cakap apa-apapun dengan ibu.Mertua
kamu tentu dah tahu kamu dengan anak dia
berselisih faham. Walau pun ibu yakin tentu Fatin ada cakap masaalah dia dengan
ibu dan ayahnya…tapi mereka tidak akan
campur tangan dalam masaalah kamu suami isteri. Kalau ibu lain mungkin ibu dan
ayah dah kena serang Han, maklumklah anak merekakan anak perempuan sorang
tentu-tentulah sayangnya mereka berlebihan untuk Fatin tu…. ”
“Tapi
elok juga dia ceritakan masaalah dia dengan ayah dan ibunya, dapat juga dia
meluahkan perasaannya..”
“Ada
ke macam tu sepatutnya Fatin bolehlah cerita masaalah kita orang pada ibu ayah
dia..malulah Han”
“Masaalah
ni mesti diluahkan Han… kalau disimpan..sesekali meletop tak terkawal nanti
lagi susah jadinya..biarlah kalau dia nak meluahkan…mungkin ayah dan ibu nya
tempat yang paling sesuai.. dari dia
menjaja masaalah rumahtangganya pada orang lain”. Sokong ibunya bagai
menyebelahi menantunya pula.
Malam itu selepas solat Isyak Farhan kerumah ibu dan
ayah mertuanya. Setelah memberi salam Farhan masuk kerumah mertuanya. Ketika
dia masuk dilihat ibu mertuanya sedang megajar mengaji dua orang anak-anaknya..abang
dan angah.Jika dirumah isterinyalah yang akan mengajar mereka mengaji.
“Assalamualaikum
ibu.”Farhan mencapai tangan ibu mertuanya lalu menciumnya.
“Waalaikumsalam.
Kamu dah makan Farhan?. Abang angah salam ayah.”
“Dah
bu sebelum magrib tadi dah makan kat rumah ibu bawah.” Anak-anaknya mula bangun
dan mengahmpiri ayah mereka..
“Abang
dengan angah pun dah makan ibu suap tadi.. nenek masak sup ayam dengan kentang
sedap”. Sampuk anaknya yang sulong… adiknya hanya memerhati abangnya bercakap
dia sudah duduk dipangkuan ayahnya, sambil kepalanya teranguk-angguk mungkin
mengiakan kata-kata abangnya.
“Abang
denagn angah dah kenyanglah ni..makan tak
ingat ayahkan.”
“Kalau
ayah nak makan… jomlah nenek masak banyak ada lagi kat atas meja..jomlah ayah”
ajak anaknya yang sulong dia sudah keletah bercakap tetapi adiknya yang nombor
dua baru bercakap sepatah sepatah maklumlah baru berusia dua tahun lebih.
“Ayah
pun dah kenyang ayah makan rumah nenek kat bawah tadi”.
“Ayah
mana bu?” Soal Farhan kepada ibu mertuanya yang asyik memandang keletah cucunya.
“Ayah
pergi surau..katanya lambat sikit baliknya malam ni.. Haji Hussin jemput baca Yassin kat rumahnya..jadi semua
jemaah surau pergi kerumahnya lepas solat Magrib..ayah kamu tak pergi ke?”
“ayah
kat bawah tu hari tak pergi surau.. tak sihat ..tadi dengarnya macam batuk
sikit”.
“Ialah
bila dah berumur ni pantang silap sikit mulalah penyakit singgah “
Farhan diam mendengar jawapan ibu
mertuanya..lama dia memandang ibu mertuanya didalam hatinya mencari-cari ayat
untuk menyatakan tujuanya datang malam itu.
“Ibu..Han
datang ni nak ajak Fatin dan anak-anak balik.”
“Pergilah
cakap dengan Fatin..Fatin ada kat bilik belakang tengah susukan Aman..dia merengek nak tidur tu tadi.”
“Abang
dengan angah duduk sini dengan nenek habiskan bacaan ni”. Hajjah NorAini menarik
tangan dua ornag cucunya duduk bersamanya untuk menhabiskan bacaan IQRA’ yang
sedang mereka pelajari.
Farhan bangun menuju kebilik yang dimaksudkan
oleh ibu mertuanya.Ketika dia membuka pintu bilik dilihat isterinya baring
membelakangkan pintu.Tampa menoleh dia bersuara perlahan.
“Abang,
angah jangan buka pintu luas-luas tutup pintu semula nanti nyamuk masuk. Ibu
tengah tidurkan adik ni, nanti adik dah tidur ibu keluar… pergi ngaji dengan
nenek dulu.”
Itulah rutin harian isterinya
selepas solat magrib dia akan sedikit-sedikit mengajar anak-anaknya belajar mengenal
huruf dan nombor rumi ataupun jawi. Farhan menutup pintu perlahan kemudian dia
duduk dibirai katil dibelakang isterinya.
“Ha
jom kita balik.”Lembut Farhan bersuara.Terkejut Fatin bila mendengar suara
suami dibelakangnya, matanya yang mengantuk tadi terbuaka luas. Dia berpusing
memandang suaminya, tampa berkata sepatah pun.
“Maafkanlah
abang..jomlah kita balik.”
“Abang
baliklah dulu..Ha belum sempat nak ajar anak-anak Ha jadi budak yang baik.”
“Ha
janganlah macam tu..abang mengaku abang yang
salah..sepatutnya abang tak cakap macam tu..kita ajar anak-anak kita sama-sama
ye.”Lembut suara Farhan memujuk.
“Bang
bagilah Ha masa sampai hujung minggu ni..abang pergilah balik dulu.. Ha akan cuba
ajar anak-anak Ha kat sini dulu supaya tak lasak sangat.”
“
Janganlah macam tu..jomlah kita balik, abang dah tak tahan nak tunggu walau pun
untuk sehari lagi”. Fatin teringat kata-kata ayahnya supaya belajar memaafkan
bila orang minta maaf..apa tah lagi yang meminta maaf adalah suaminya sendiri.
Tapi hatinya..
“Abang
..Ha nak cakap terus terang dengan abang..Ha belum sempat lagi nak ajar
anak-anak Ha jadi anak yang boleh mendengar kata, kalau Ha balik sekarang,
nanti abang akan ulang lagi perkataan-perkataan yang Ha tak suka dengar dan
kita akan bertengkar lagi”. Fatin menegaskan pendirianya.
“Mereka
kan anak abang juga, jadi kita ajarlah sama-sama. Kita balik sekarang ye.”
Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja. Anak yang disebelahnya mula
bergerak-gerak dan bangun semula. Bila ada suara-suara yang singgah digegendang
telinganya. Bila dia membuka matanya dilihat ayahnya..anaknya mula menghulur
tangan meminta didukung oleh ayanhnya.
Sebelum Farhan keluar dari bilik sambil mendukung anaknya yang kecil Farhan
berkata sekali lagi.
“Kita
balik rumah kita ye.” Bagi Fatin susah untuk menolak ajakkan suaminya. Walaupun
suaminya kelihatannya lembut dan pendiam tapi kata-katanya tegas susah untuk
disanggah. Farhan keruang tamu untuk menyertai ibu mertua dan anak-anaknya yang
menyambug pelajaran yang terkendala tadi.
“Abang
dan angah dah habis ngaji IQRAK ni
simpan kat rak tu susun elok-elok ye,
lepas tu duduk dengan ayah dulu .., nenek nak tolong ibu ambilkan susu abang
dengan angah.”
Ketika Hajjah Noraini masuk kebilik anaknya dilihat anak
perempuanya masih duduk lagi dibirai
katil.Dia tahu anaknya keberatan untuk mengikuti suaminya pulang. Sebagai ibu dia
ingin melihat keharmonian rumah tangga anaknya hingga keakhir hayat. Dia harus
menasihati anaknya dan mengajar anaknya supaya belajar memaafkan..
“Kakak
pergilah balik ..bila suami dah minta maaf, maafkanlah…jangan nak buat keras
kepala kita… tak pergi kemana pun..dah cepatlah ibu tolong kakak kemas”.
Dengan
malas Fatin mengemas uniform kerjanya dan mengambil susu anak-anaknya didapur.
“Ibu
kalau kakak balik ni..ibu tinggal sorang kat rumah tak apa ke?”Fatin mencari
alasan, agar dia boleh terus tinggal dirumah ayah dan ibunya untuk sehari dua
lagi.
“Tak
apa sekejap lagi ayah kakak tu balik lah”. Akhirnya Fatin akur..dia menurut
segala kemahuan ibu dan suaminya.
=======================================
Memandangkan hari sudah malam.
Ketika mereka sampai kerumah jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Fatin terus
sahaja menyuruh dua orang anaknya yang sudah besar tidur dibilik mereka .
“Abang
bawak angah bunag air kecil dulu lepas tu simbah kaki, basuh bersih-bersih ye”.
Farhan hanya memandang anaknya yang sudah dilatih oleh ibunya.
“Baik
bu jom ngah kita buang air kecil dulu”. Anaknya yang sulong sudah menunjukkan sikap
tanggunmg jawabnya apabila menemani adiknya kebilik air untuk membuang air
kecil sebelum tidur tampa menyungut. Kemudian terdengar dia memberi arahan kepada
adiknya..
“Angah
dak kencing tu basuh kaki lah nanti najis bawak sampai kat luar”. Kemudian terdengar
bunyi air berjatuhan dibilik air setelah selesai mereka berdua keluar dari
bilik air. Melihat adik terus sahaja menujuk kebilik tidur sekali lagi abangnya
bersuara..
“Angah
salam ayah dan ibu dululah baru tidur.” Adiknya angah yang mungkin sudah
mengantuk hanya mengikuti arahan abangnya bagai lembu dicucuk hidung.
Selepas itu mereka menyalami dan mencium tangan ibu
dan ayahnya, mereka menuju kebilik tidur mereka..Farhan pula mengikuti langkah
anak-anaknya untuk memastikan anak-anaknya baring dengan betul dan berselimut. Fatin
pula menuju kebiliknya untuk menyusui anaknya yang kecil yang sudah
merengek-rengek minta disusui. Sedang dia menyusui anaknya terasa Farhan baring hampir dibelakangnya. Suaminya cuba
merapatkan dirinya. Bagi Farhan bila tiada
bantahan dari isterinya tanganya mula melingkari pinggang isterinya pula. Fatin
hanya membiarkan segala tingkah dan perlakuan suaminya. Setelah anaknya yang
kecil lena dan dirasakan suminya juga telah terlena dengan perlahan dia mengalihkan
tangan suaminya…
“Ha
nak pergi mana..” Suaminya yang disangka tidur menegurnya dengan suara perlahan
mungkin tidak mahu anak yang baru tidur terganggu.
“Ha
nak gosok baju kejap takut esok tak sempat..abang tidur dulu jangan tunggu Ha.”
Farhan hanya membiarkan sahaja isterinya bangun. Dia merasakan sikap dingin isterinya
mungkin dia masih belum memaafkan lagi
dirinya dengan sepenuhnya. Dia mengikutinya pulang mungkin atas desakkan ibunya
tadi. Tetapi Farhan tetap bersyukur diatas kepulangan isterinya. Dia tidak kisah dengan tingkah isterinya, perlahan-lahan dia akan memujuk. Kini hatinya sudah
tenang kerana isteri dan anak-anaknya sudah didepan mata.
Agak
lama Farhan menanti namun isterinya
tidak muncul-muncul, hatinya mula marah...
‘Banyak sangat ke baju yang dia gosok ni
atau adakah dia melarikan diri dan tidur dibilik abang dan angah’ Itulah prasangka yang menyelinap dihatinya.. Kerana
desakkan hatiyang marah akhirnya dia keluar menjengah keluar mencari kepastian.
Dilihatnya isterinya sedang terbongkok-bongkok masih ditempat biasa mereka
mengosok baju.
Apakah
yang sedang Fatin lakukan..adakah dia masih merajuk …..tapi mengapa dia duduk lama
ditempat mengosok baju…..tanya hati Farhan.
suka sgt kisah ini ada tauladan yg dpt di pelajari
ReplyDeleteTerima kasih dng komen anda, mak teh ni dari golongan biasa, yg hanya pandai cerita biasa-biasa saja, nak cerita tentang dunia bisnes tak ada pengalaman..nak crita pasal remaja waktu dah terlepas..jadi ceritalah dari pengalaman dan keadaan sekliling. semoga menjdi pngajran pd yang bru nak mulakan hidup..tapi tak ada yg klakar atu lucu untk narik minat pembaca.
ReplyDeleteapa pulak yang dibuat Fatin ni. Tak sabar nak tau. ^_^
ReplyDeleteMak Teh, macam mane citer 'tidak terkikis kesal dihati'. Bila nak ke versi cetak?
Kata penerbit tunggu dulu..mungkin cerita tak berapa nak menarik tu yg mengambil masa pnjang. Ialah kalau orang tak suka..terbit pun membazir saja..jdi kena tenguk btul-btul..ada untung ke tak..tapi klu tak lulus nanti mak teh keluarkan habis dlm blog..trima kasih kerana masih menanti...
ReplyDelete