Diwaktu
petangnya pula, Sarah menjadi hairan melihat kekalutan suaminya. Sepanjang hari
seyuman Syukri tidak lengkang dibibirnya. Bercakap denganya pun dia senyum. Sudahlah
semenagnya wajah Syukri manis selalu, ditambah dengan wajah ceria nampak sangat
dia sedang sangat bahagia. Ni belum lagi sampai waktunya dia sudah mahu pulang.
“Sarah!! siaplah
abang nak balik cepat hari ni, jom abang teman Sarah beli makan malam Sarah”.
Sarah mengerling jam dipergelangan tanganya baru 545 minit petang, suaminya
sudah sibuk hendak pulang. Selalunya pukul 6 mereka tutup bengkel.
“Abang kita
makan lepas Magriblah bang, makan cepat sangat nanti malam Sarah laparlah.”
“Yang
sebentulnya abang nak pergi rumah Nuri, waktu ni dah sampai rumah ni rasanya”.
Timbul persoalan di benak Sarah. Jika dalam perkiraannya gilirannya malam ini.
Adakah suaminya terlupa malam giliranya. Mengapakah suaminya begitu beria-ia
mahu kerumah isteri tuanya? Namun persoalan itu hanya bergema didalam hatinya
sahaja.
Terdetik
juga dihati Sarah mengapa suaminya begitu mengambil berat keadaan Nuri. Adakah
Nuri sakit, tapi tadi kata suaminya Nuri bekerja. Setelah membeli makanan terus
sahaja mereka menuju kerumah Sarah walaupun mereka manaiki kereta berasingan.
Syukri mahu memastikan isteri keduanya selamat sampai dan kereta terpakir dengan selamat, barulah dia meneruskan perjalanannya kerumah
isteri tuanya.
Sampai
dirumah Nuri, Nuri juga sudah pulang dari kerja dan sedang sibuk memasak
didapur untuk makan malamnya. Malam itu masaknya sungguh ringkas, sayur bayam
ditumis bersama ikan bilis yang ditumbuk bersama cili api, telur dadar juga
ditumis bersama cili api dan bawang besar kemudian dimasukkan sedikit kicap
pekat manis.
“Assalamualaikum
Nuri!! abang balik ni.” Kedengaran mesra suara Syukri dimuka pintu. Nuri
didapur bergegas keluar bila mendengar suara suaminya memberi salam.
“Walaikumsalam
ehh bukan ke abang kat sana malam ni?”.Dengan wajah terpinga-pinga Nuri melihat
Syukri sudah masuk menuju kearah dapur.
“Saja
abang nak jenguk Nuri sekejap, nanti lepas Isyak abang balik sanalah, Nuri
masak apa malam ni”. Tiada pelukkan mesra lagi untuknya. Dulu sebelum dia
menambah cawangan, setiap kali berjumpa Nuri akan memeluknya erat dan mesra. Walaupun
keadaan diri kotor dan busuk Nuri tetap memeluknya.
“Ehh Nuri
abang tengah busuk ni”.
“Mana ada
busuk abang sentiasa wangi pada Nuri”. Bila dilarang itulah jawapan Nuri dengan
senyum manis bergulanya.
Tetapi
ialah sejak dia menambah cawangan, baru sekali itu dia pulang awal, mungkin
Nuri sudah terlupa pada kebiasaan yang dulu, telah hati Syukri, ada sedikit
rasa kecewa dihati Syukri. Bila mendengar jawapan suaminya, Nuri memusingkan
diri melihat apa yang dijerang diatas
dapur. Syukri sudah tahu kebiasaan
isteri pertamanya dia tidak suka membeli makanan diluar. Jika keadaan memaksanya makan diluar barulah
dia makan, jika tidak dia lebih rela berlapar.
“Saya tak
tahu abang balik, saya masak cinci saja, tumis bayam dengan telur dadar masak
kicap cili api, tapi semuanya pedas ni, semuanya saya tumis masukkan cili api
sikit”.
“Oklah tu,
janji ada makanan yang masuk dalam perut jadilah”.
“Nanti
saya panaskan sambal tumis pagi tadi ada sikit lagi dengan kari ikan petang
semalam”.
“Boleh
juga, abang nak mandi dulu ye”.
Selesai
makan mereka bersiap untuk solat Magrib berjemaah. Sementara menunggu masuk
waktu solat Nuri mengambil Al-Qurannya dan membaca surah Mariam. Selesai solat dan
bersalaman Nuri memandang wajah suaminya.
“Kalau
abang nak balik pergilah. Saya dah ok dah ni, tinggal tunggu Isyak saja
kemudian saya nak tidur. Tadi kerja banyak saya tak dapat rehat, penat betul
hari ni”. Nuri cuba menghidupkan suasana dulu. Suasana sebelum suaminya
bernikah satu lagi. Bukan dia tidak mahu rumah tangganya ceria bahagia dan gembira
seperti dulu, tapi hatinya sangat sukar untuk dipujuk. Biar pun wajahnya nampak
biasa sahaja namun luka hatinya tiada siapa yang tahu.
“Tak
apalah abang tunggu sampai Isyak kita solat sama-sama ye”.
“Saya nak
sambung ngaji ni..tak apa ke?”
“Tak apa,
ngajilah abang suka dengar suara Nuri mengaji baca kuat sikit ya sambil abang
berzikir ni sambil abang nak dengar suara Nuri.”
Sememangnya
suara Nuri yang agak besar, bila mengalunkan ayat-ayat suci terasa indah.
Ditambah Nuri ada mempelajari cara bertaranum ketika dia remaja dahulu. Nuri
pernah menjadi wakil sekolah untuk pertandingan membaca Al-Quran kertika
didarjah lima dahulu. Walau tidak memenangi apa-apa hadiah namun asas pembacaan
diamalkan senhingga dia dewasa.
Seperti
yang dinyatakan selepas solat Isyak Syukri pulang kerumah isteri keduanya.
Ketika itu Sarah sedang asyik menonton
drama Melayu di televisyen kedengaran orang membuka pintu grill yang sudah
dikuncinya tadi. Dia mengintai dari lubang pintunya. Dia Nampak wajah suaminya.
Timbul berbagai persoalan dibenaknya. ‘Dia
kena halau dek isteri tuanya ke itu yang dia balik sini balik’. Sedang
asyik memikir pintu dibuka dari luar, terjengul wajah suaminya dimuka pintu
terus sahaja dia bertanya.
“Ehh
kenapa berdiri didepan pintu ni”.
“Ingatkan
abang tidur sana itu yang Sarah kunci grill.”.
“Malam
nikan memang abang kat sini, abang jenguk Nuri kejap saja”.
“Kenapa
dengan Nuri dia tak sihatkah”.
“Dia tu
kalau sorang-sorang kadang-kadang dia tak makan, dia sanggup berlapar dari
menyuap makanan kat mulut. Dia pemalas betul kalau suruh makan”.Itu komen
suaminya tentang madunya, Sarah mendengar dengan rasa hairan sejak bila
suaminya ambil berat tentang makan Nuri.
“Ialah
mungkin dia nak diet”.
“Nak diet
apanya badan dah melidi macam tu, lagi pun yang abang tahu kalau kita diet tak
boleh tak makan tau, mesti makan tapi dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan ,
kemudian kurangkan makan nasi, banyak kan makan sayur, buah dan ayam atau ikan,
bukannya tak makan..”.
“Kenapa
abang nak pastikan dia makan ke tak? selama ni abang tak kisah pun”.
“Mana
abang tak kisah, abang selalu ingatkan
dia suruh makan, tapi dia tu degil, abang takut dia kena gestrik. Lagi-lagi dia
tengah menandung sekarang ni”.
“Nuri
menandung bang??, dah berapa bulan dia mengandung???”. Terkejut besar Sarah
bila suaminya memberi tahu madunya sedang mengandung.
“Abang
tahu pun malam tadi, itu pun bila abang rasa ada benda bergerak dalam perut
dia, Itu yang abang tahu dia mengandung.”
“Dia tak
bagi tahu abang ke dia mengandung selama ni, jadi abang pun tak tahu berapa
bulanlah?”.
“Tak,
kalau abang tak terpegang perut dia malam tadi, mungkin tahu-tahu dia beranak
sahaja baru abang tahu abang ni dah nak jadi ayah agaknya”. Ada nada kesal disitu bila berita gembira tu
diketahui agak terlewat.
“Kenapa
abang tak tanya dah berapa bulan dia
mengandung?”
“Sekarang
ni dengan Nuri abang susah sikit, kalau tanya banyak-banyak dia akan memprotes
jadi bisu nanti. Ini pun baru nak cakap banyak sikit dengan abang. Sejak abang
bagi tahu kita dah nikah, dia memang tak banyak cakap lagi dengan abang. Dia
hanya akan bercakap apa yang dia rasa
penting saja”. Sarah rasa terpukul bila mendengar cerita suaminya. Dia merasa
terkilan dengan kehadiran dirinya rumahtangga suaminya menjadi muram. Melihat
wajah sedeh isterinya, Syukri merapati isteri keduanya lalu ditarik isterinya
dalam pelukkanya dengan bisikkan.
“Dahlah
sayang, benda dah jadi, nanti lama-lama oklah tu. Sekarang ni pun dia dah ok
dengan abang”. Sebenarnya Syukri tidak menyebelahi mana-mana pihak dipihak Nuri
hatinya sayang, dipihak Sarah hatinya juga sayang. Apa nak buat dia menyayangi
dua wanita dalam satu masa tapi ialah mana ada isteri yang rela kasih suaminya
terbahagi dua. Terutama isteri pertama.
“Jadi
abang tak tahulah kandungan Nuri dah berapa bulan?, kalau macam tu jom kita
rujuk Mr.GOOGLE..berapa bulan janin mula bergerak”. Sarah kebilik mengambil laptop
suaminya. Mereka sama-sama mengakses maklumat diInternet.
“Ni haa
bang cuba baca ni maklumat bayi mula bergerak dalam masa 18 hingga 20 minggu, ertinya
kandungan Nuri dah masuk 4bulan bang, abang rasa kuat tak pergerakkan bayi
dia?”. Mereka cuba mengagarkan berapa
bulan kandungan Nuri. Seperti polis pula
Sarah mengajukan soalan-soalan kepada suaminya, untuk memastikan tekaan mereka
betul.
“Taklah
kuat sangat, abang tekap kuat sikit kat perut dia tu baru abang dapat
rasa, itu pun masa tu dia dah tidur
kalau tak mahu kena tepis tangan abang ni agaknya”.
Sekarang
ini Syukri sangat berhati-hati dengan Nuri. Bila Nuri mula meminta pembebasan darinya kerana
kejadian dia melanggar janjinya dahulu. Lagi
pun Nuri sekarang ini sudah menjadi Nuri yang pendiam. Bila ada yang tidak kena
dihatinya dia kan angkat punggung meninggalkan dirinya termagu sendirian diruang
tamu. Sebenarnya Syukri buntu dengan sikap Nuri.
“Ertinya
lagi lima bulan lagi abang dah bergelar ayah bang”. Gembira Sarah menuturkan.
Dia mahu suaminya gembira.
“InsyaAllah
hendaknya dipermudahkan semuanya Sarah, memang dah lama sangat rasanya abang
nakkan gelaran itu. Tak sabar nak tenguk macam mana rupa anak abang”. Syukri
bergitu gembira bila Sarah mengatakan dia akan menjadi ayah tidak lama lagi.
Dia begitu teruja.
“Bang cuba
abang tenguk imej orang mengandung dua bulan ni bang, perut dia dah mula
terjojol nampak sangat, tak kan abang tak perasan atau saja Nuri nak sorok dari
abang yang dia tu mengandung”.
“Dia tu
kurus melidi, lagi pun dia tu selalu pakai baju longgar. Memang pakaian dia
begitu Sarah. Nuri memang suka pakai baju longgar nak elak orang nampak dia
kurus. Sarah nak tahu baju T-shirt muslimah yang dia pakai tu abang boleh pakai
longgar lagi. Kalau sekarang suruh abang beli jean dia abang tak boleh nak agak
berapa besar pinggang dan punggung dia. Walaupun dah hampir empat tahun abang
kahwin dengan dia”.
Semenjak Nuri mengetahui dirinya
mengandung, dia tidak lagi mengeluarkan
perkataan minta dirinya dibebaskan kepada suaminya. Senang hati Syukri
bila Nuri tidak lagi mempersoalkan hal itu lagi. Kini dia sudah mengulangi
amalan lamanya pulang makan tengahhari bersama isteri tuanya. Sarah pula makan
berteman kan Mariam.
“Hai
sekarang ni banyak masa kak Sarah makan
tengahhari dengan Yam”.
“Suami
akak balik temankan isteri tuanya makan. Kalau isterinya tak kerja dia makan
kat rumah dialah. Tujuan utama dia nak pastikan isteri dia tu makan makanan
yang berzat”.
“Kenapa pulak
macam tu dia tak sihat ke”.
“Tak lah
tak sihat, tapi dia dah mengandung, kenalah jaga makan, supaya anak dalam
kandungan dapat cukup zat yang diperlukan”.
“Ohh!! dia
mengandung, ingatkan akak yang mengadung. Tak disangka dia boleh mengadungkan, dah
berapa tahun diorang dah kahwin kak”.
“Kalau
Allah nak bagi Yam. Kata suami akak diorang dah kahwin hampir empat tahun”.
“Dulu ada
ke diorang cek doctor, ialah nak tenguk tahap kesuburan dia tu”.
“Dah check
dah, doktor kata mereka berdua tu normal, mungkinlah masa tu belum rezeki lagi
ni dah dekat empat tahun baru Allah bagi rezeki kat diorang tu. Akak ni tah bila, risau juga. Dah lima bulan
akak kahwin tapi masih tak nampak hasilnya”. Ada nada sayu pada suara Sarah. Sebenarnya
Sarah begitu teringin rahimnya diisi dengan janin. Agar dia dapat merasai
pergerakkan yang dilihat imej dalam internet tempohhari. Dia membayangkan
keseronokkanya.
“Janganlah
akak bimbang nanti adalah tu, ni tah-tah dah ada, kadang-kadang isteri tua
mengandung dia akan menjangkit kat isteri muda pulak”.
“Mana nak
adanya akak ni tengah naik bendera merah, bulan tengah mengambanglah Yam. Hai
pagi tadi tenguk dah ada dah, hampa betul rasanya”.
“Kak
Sarah! kalau Yam bagi petua macam mana nak mengandung, akak percaya tak”.
“Cakaplah
dulu, barulah akak boleh percaya”.
“Yam
dengar kalau kita pergi kePulau Dayang Bunting kat Langkawi, mandi dan minum
airnya katanya boleh mengandung, ramai orang dah cuba kak.”.
“Akak pun
dengar juga cerita tu, tapi takutlah perkara tu syirik nanti”.
“ehh akak
jangan meminta atau memohon pada pulau tu, kita pergi sebagai syarat saja.
Memohon dan meminta tetap pada Allah.”
“Ia tak ia
juga. Tapi buat masa sekarang ni suami akak tengah nak pastikan gaya permakanan
isteri tua dia tu, mungkin bulan depan ke akak ajak juga dia pergi kesana, tapi
nak ke suami akak kesana.”.
“Apa pula
tak nak, akak cakaplah elok-elok, kita berikhtiar nak mengandungkan anak dia
bukan anak orang lain, lagi pun nanti masa isteri tua dia tu dalam pantang
tentu giliran rumah akak penuh, masa tu peluang untuk akak mengandung tentu tinggi”.
“Ialah
nanti aka cuba pujuk suami akak, sekarang ni biar dia jaga pemakan isteri dia
dulu, dua bulan lagi tentu isterinya dah cukup zat yang diperlukan untuk baby
dia kan Yam. Tapi kalau pergi dua bulan lagi boleh ke? takut isteri tua dia dah
nak bersalin pulak, takkan nak tinggalkan isteri dia yang tengah tunggu hari”.
“Cuba akak
kira sekarang ni dia dah berapa bulan”.
“Suami
akak cakap kandungan dia dah bergerak tapi tak kuat sangat. Akak anggarkan
kandungan dia baru empat bulan, sebab kandungan mula bergerak antara 18 ke 20
minggu”.
“Bila
suami akak dapat tahu yang isteri dia menagdung?”
“Minggu
lepas..”
“Haa ialah
tu, kalau minggu lepas baru empat bulan campur lagi dua bulan baru enam bulan,
kira oklah tu. Untuk akak bulan ni memang sah
tak ada kan. Bulan depan kalau
naik lagi bendera Jepun akak tu, barulah
minta suami akak keLangkawi apa macam bagus tak cadangan Yam kak”.
“Ok juga
cadangan Yam tu, terima kasih ye kerana bagi jalan kat akak” Ceria sedikit
wajah Sarah. Dalam benaknya berharap dia masih ada harapan untuk mengandungkan
anak suaminya.
Amboi Sarah. Tak menyempat2 nak mengandung. Nak ke Dayang Bunting bagai. Apa lah kawan tu pun. Sabo2lah lepaskan Nuri dulu. Nuri 4 tahun dah berusaha dan menunggu. Nuri pulak jangan bagi muka kat Syukri. Apa punya laki, bini mengandung pun tak peka.
ReplyDeleteAsyik dtng umah nuri nk makan je. Bkn nk tanya keadaan nuri. Haish. Bini ngandung pn xtau bpe bulan. Sabar sngt nuri. Tue pn first time blk umah awl sjk kwen lain. Kalo nuri tu xpretnant xmngkn c syukri tu blk awl agknya. Sedih khdpn nuri. Bila lah c syukri tu nk sedar?
ReplyDeletedgn sisarah pun mengutuk nuri kurus melidi..klu kurus melidi yg beria ia nk kawin dgn nuri dulu sape?.
ReplyDeleteklu nuri x ngandung x sempat pulak nk balik awal dn balik mkn tgh.
jgn lembut sgt dgn syukri..nuri bertegas dn luahkn smua yg terbuku dihatitentang hati ibarat ditoreh kering dn ketidakadilan syukri.
syukri ambil mudah je perasaan nuri sb nuri berdiam saja. dia x mnta maaf pun.nuri mmg seorg isteri yg berpegang pdxagama....walaupun bercerai adalah sesuatu yg tidak disukai oleh allah tp ia tetap perkara halal....dr nuri semakin kurus mkn hati dn bertambah dosa kerna dlm hati berdetik dn syukri dgn ketidak adilannya akan bertambah dosa.
-dibah-
betul. Syukri pun terus mengumpul dosa berbohong. Bercerai memang tak mudah sebab talak ditangan suami. Kalau suami bertimbangrasa drpd isteri mkn hati baik diceraikan. Yang jadi susah sebab suami perasan bagus.
ReplyDeletesi syukri tu mmg perasan...ambil mudah je masalah dia dgn nuri...bila nuri ajak ke.pej agama dia hilang dn senyapkn diri smpi seminggu...bila dia balik tgk nuri tak memberontak dia anggap mcm masalah dh selesai. bila tahu nuri dh mengandung lagi dia lupakn peradaan nuri yg dh semakin kecut....tp isteri menganfung brape bulan pun tak tanya...blg pulak bergoogle dgn sarah utk semak usia kandungan..bukan ke sepatutnya dia berbincang dgn nuri tsnya krsihatan nuri dh buat pemeriksaan dgn doktor nk mkn apa ke?
ReplyDeleteklu dia bw sisarah gi langkawi mmg sah nuri x dimana pun dihati dia. masa dia kahwin dgn nuri ada dia bwa nuri gi honeymoon atau bercuti..rasanya tak kan sb masa tu tgh kais pg mkn pg tp bila dh senang terlampau sibuk pulak kan tambahan pula.nuri jenis yg tak meminta.
kesian nuri
-dibah-
Kes macam ni memqang biasa untk istri dim'sia, tutama Melayu, orng kta lelaki melayu ni tak romantic . Lgi stu nak crita lelaki melayu klu pencen bnyk yg tambah cawangan sebab bru dapat duit bnyak.btul ke? Smuanya psal lelaki melayu ptng ni.
ReplyDelete