Ohh peritnya hati bila dihati isteri sendiri
sudah terisi dengan nama lelaki lain. Sakitnya hati bila isterinya sendiri
membayangkan bahagia nya juga dengan lelaki lain..lelaki yang bergelar kekasih.
Tengku Faris boleh membayangkan kegiatan isteri bersama keksihnya walaupun
mereka belum disahkan menjadi suami isteri. Kerana dia juga begitu jika bersama
wanitak yang disukainya, biar pun wanita itu bukan wanita yang sah disisnya. Mereka
mendiamkan diri beberapa ketika. Akhirnya Tengku Faris bersuara mencari
kepastian mengapa kasih dan cinta isteri nya beralih arah..
“Apa
yang menyebabkan kan you nak balik semula pada George Kat..tak kan sebab I
tengur sikit ni you dah nak tinggalkan I”.
“Bila
I merasakan kita tak sesuai menjadi suami isteri. Faris! Yang sebetulnya I dah
fikir banyak kali dan I dah kira baik buruknya..rasanya perkhwinan
kita mesti diberhentikan hanya setakat ini sahaja. I tak sanggup untuk
hidup disisi you lagi.”
“Tapi
kenapa? apa yang menyebabkan you tak sanggup, dulu you sanggup dan sesuai sahaja
hidup dengan I..ceritalah pada I supaya I tahu apa salah I”. Suaranya sudah
kendur, dia merasakan bayangan perpisahan akan menjadi kenyataan. Isteri
didepan mata bersungguh-sungguh meminta. Sebagai lelaki waras dia tidak mahu
dirinya menjadi suami yang dayus, bila isterinya hidup sebumbung dengan lelaki
lain. Dia sudah tidak ada pilihan selain dari bercerai. Itu yang menyebabkan
suaranya menjadi datar tanda pasrahnya.
Untuk kebaikkan bersama akhirnya Katerina
meluahkan apa yang tersimpan dihatinya. Walau sesosial mana sekali pun wanita
itu, mana ada seorang isteri rela berkongsi suaminya dengan wanita lain.Tidak
kiralah wanita itu sah disisi suaminya atau pun tidak..hakikatnya mereka tidak
mampu untuk melihat suaminyan memeluk wanita lain.
“I tak tahan dengan you, I tak tahan dengan
sikap you yang sentiasa berselera dengan wanita lain. You anggap I ni macam
tunggul yang tak ada perasaan. Tak kira depan I atau dibelakang I..you bebas
dengan wanita yang entah siapa-siapa, you tidur dengan wanita tu. You nak tahu
apa perasaan I..TERLUKA Faris.. sangat
sakit rasa hati ni. I tak kisah kalau setakat you menari dengan dia, bergelak
ketawa dengan dia… nakkan happy, tapi kalau sampai angkut keatas katil I rasa
tercabar sangat. Selama ni I tak memberi makna pada you ke?.”
“Masa
tu I tak sedar, I tak tahu apa yang apa yang I lakukan..I mabuk”.
“You
tahu tak betapa sakit hati I, bila lihat keadaan you yang tergolek diatas katil
yang dah berserabut. Yang I heran pandai pula perempuan tu call I suruh ambil
you kat bilik hotel..ertinya dia tu tahulah you tu suami orang tapi apa pasal
dia nakkan you juga..ni mesti you yang menggoda cukup-cukup. Selama I berkasih
dengan Gorge dulu, dia tak pernah buat apa yang you buat didepan I. Walaupun I tahu
banyak juga wanita yang minat pada dia.”.
Sudah acap kali Katerina
mengambil suaminya di bilik hotel dengan keadaan yang memalukan setelah
berzina dengan entah siapa. Mana tak dipanggilnya isterinya sebab semua duit dan barangan berharga Tengku Faris habis disapunya..nanti tak
pasal-pasal Tengku Faris terpaksa mengadai baju dan seluarnya pula untuk
melunaskan bayaran sewa hotel. Sipenyapu pun masih ada rasa baik hati juga
rupanya.
“
Kat..I tak sedar apa yang I lakukan masa tu. I buat di luar kawalan. Betul Kat.
Tapi kalau dengan you I melakukan dengan segala rasa cinta dan sayang I pada you..you jangan
bimbang cinta I hanya untuk you seorang
sahaja”. Memang benar apa yang terjadi luar sedar Tengku Faris. Itulah bahana
air syaitan..orang waras akan jadi tidak betul bila sudah meneguknya. Dan
setiap kali perkara itu terjadi, duit didalam poketnya termasuk jam tanganya akan hilang. Nasib baik hanya
beberapa puluh dollar saja duit yang ada.Tengku Faris sememangnya tidak membawa
wang yang banyak ketika berhibur ..kad
kreditnya juga akan ditinggalkan dipejabat untuk keselamatan sebab dia kalau
sudah berhibur tidak ingat dunia dah.
“I
tak mampu mengikut cara hidup you Faris, biar pun you kata cinta you hanya
untuk I..tapi pada haklikatnya bukan begitu. Kata manis you hanya dibibir
sahaja. I percaya selangkah I pergi sudah berderet nama yang timbul dalam
kepala you untuk you gantikan diri I ni. Dah lah Faris terimalah hakikatnya,
cinta kita sudah menemui titik akhir.”.
“Bukan
kita dah berjanji dulu..kita memeberi kebesasan pada diri dan pasangan walau
pun kita dah kahwin. “
“Memang
betul, tapi hati manusia ni cepat berubah. Maafkan I hati I yang terlupa pada
janji kita. Sekarang ni I tak mampu nak pandang lagi, setiap kali I nampak you
bersama dengan perempuan lain, hati ni sakit sangat..I cemburu. Hidup kita pun
tak seaman dulu lagi, pantang kita berjumpa ada sahaja yang boleh buatkan kita
bergaduh. Jadi lebih baik kita bawa haluan kita masing-masing. Kita bercerai. Ini
keputusan muktamat I..Yang sebenarnya bab bercerai ni dah lama I fikirkan. Sebelum
I jumpa Gorge lagi.Sekarang Gorge dah
muncul semula dalam hidup I. Jadi you tak payah bimbang tentang I lagi, Gorge
akan jaga I pula lepas ni. ”.
“I
akan cuba mengubah cara hidup I..walau pun I mengaku agak susah tapi I akan cuba.
Boleh tak you tarik balik keputusan you tu”.
“Tak
mungkin Faris..Hati yang sakit ni tak mampu nak dipujuk lagi Faris. Itu
sebabnya I rasa nak marah sahaja dengan you. Kadang-kadang baru nak reda marah
I ni..I akan ternampak lagi perbuatan you. Sakit hati I yang bertindan-tindan
ni, tak tahu kat mana I nak lepaskan..itu sebabnya hati I tak pernah sejuk.
Nampak sahaja muka you I terbayang perbuatan you. Lagi lama kita macam ni.. I
rasa I akan dapat sakit tekanan darah tinggi.
You tak pernah nak ambil tahu rasa sakit hati seorang isteri bila
melihat suaminya berpeluk dengan perempuan lain, bertambah hancur bila
membayangkan apa yang you buat dalam bilik dia atas katil dengan mereka Faris.”.
“Kat
bukan kah itu sememangnya kehidupan kita. Sebelum kita nikah lagi kita dah buat
juga macam tu. Kenapa you nak mempertikainya sekarang”.
“Memang
betul..Tapi sekarang I dah tak mampu..kalau you nak teruskan dengan cara
kehidupan you, you teruskanlah..sorang. Kalau kita dah bercerai I dah tak kisah
apa yang you buat. You nak peluk berapa ramai wanita dalam satu malam pun I tak
kisah”.
“Tapi
I kisah, I risau kehuidpan you tampa I”.
“Itu
semua tak perlu lagi Faris.Lagi pun sekarang I dah jumpa balik kekasih I yang
dulu..yang sehati sejiwa dengan I. Sekarang baru I tahu cinta I hanya untuk
Gorge dan kami serasi bersama. Dia lebih memahami hati I. Hati wanita mana suka
lelaki kesayanganya dikongsi dengan wanita lain. Tak macam you, ugama you pun memang mengalakkan lelaki memiliki
wanita lebih dari seorang betul tak.Ugama you tak menghormati perasan seorang
isteri itu pasal poligami dibolehkan.”
Kerana sikap Tengku Faris Katerina
sudah tersilap tafsir mengapa poligami dibolehkan dalam Isalam. Tengku Faris
tidak dapat memberi gambaran yang baik mengapa Allah menganugerahkan
POLIGAMI kepada seorang suami. Bukan
sewenang-wenagnya seorang suami boleh mengamalkan poligami. Jika seorang suami
mampu dari segi zahir dan batin. Mampu berlaku adil mereka ini dibolehkan. Tetapi
jika kita tidak boleh atau tidak yakin boleh berlaku adil maka memadailah hanya
seorang isteri kamu.
“Bila
you jumpa dia”. Bila bab ugama dipertikaikan Tengku Faris tidak dapat
menerangkan dengan jelas, sebab dia juga jahil dalam berugama mulalah dia
menukar topic perbincangan.
“Tiga
bulan lepas, dia yang cari I. Dia yang nak kami bersama semula. Dia kata dia
tak rasa bahagia kalau I tak ada dengan dia”.
“Bukan
kah dia yang tinggalkan you dulu..you tak rasa serik ke dengan apa yang telah
dia buat pada you”. Sudah tiga bulan isterinya berhubungan dengan kekasih lama
namun dia baru menyedari . Tiga bulan dia ditipu oleh sang isteri mengingtkan
itu darah lelakinya mengelegak.
“Tak
Faris yang dulu tu I yang salah faham dengan dia. Rupa nya selama ini dia
mengukuhkan ekonomi dia untuk kami hidup bersama. Faris terus terang I kata, I
rasa lebih selesa dengan dia..tapi yang
sebetulnya cinta I pada dia memang masih seperti dulu. I mohon pada you
lepaskan lah I, you boleh terus kan kehidupan you tampa memikirkan I lagi.”
“Begitu
mudah you melupakan apa yang dia buat pada you entah-entah dia tipu you sahaja.
I cakap macam ni bukanya apa sebab susah I nak lepaskan you, I masih sayangkan
you.Fikir dulu sebelum bertindak I takut dia hanya nak balas dendam dengan you sahaja.” Tengku Faris masih berusha menghalang isterinya pergi
kepangkuan kekasihnya.
“Balas
dendam apanya, I tak pernah buat salah pada dia. Dia pergi dulu pun kami tak
bertengkar apa pun. Dahlah Faris..tak guna kalau pun you tak lepaskan I, I
tetap akan pergi pada dia. I tetap akan ikut dia. You nak tahu sebabnya sebab
cinta..I masih cintakan dia dan begitu juga dia.”. Begitu nekad Katerina
mahukan dirinya dilepaskan untuk pergi kepangkuan kekasih lamanya.
“Kat!
yang you selalu tak balik ni sebab you duduk dengan dia ke? You sedar tak you
masih isteri I, mengapa you dah duduk dengan lelaki lain”. Berang Tengku Faris
menerima kenyataan isteri bersama lelaki lain.
“Betul
kata-kata you..I tak nak tipu you. I memang bersama dengan dia. Itulah, I balik
ni nak beri tahu you. Baik kita akhiri ikatan perkahwinan kita. Kita berCERAI
itulah jalan terbaik untuk kita Faris”.
Tengku Faris jadi terkedu mendengar jawapan isteri yang didepan mata..begitu berterus
terang tampa berselindung lagi. Sememang kelihatanya Katerina nekad mahukan
perpisahan. Menyedari permintaan sang isteri yang bukan main-main. Dihatinya
berdetik..dia tidak boleh berkasar dengan sang isterinya jika keras layananya
mungkin isteri nya akan terus meninggalkan dirinya.
“Tak
kan semudah itu Kat.. I masih sayang dan cinta kan you juga.” Biar pun sudah
berkali-kali Tengku Faris mengatakan cinta dan sayangnya masih utuh untuk sang
isteri namun semuanya bagai tidak bermakna untuk Katerina yang sudah merasa
betapa manisnya cinta kekasih lama.
“Tak
guna kita bersama lagi Faris, bila dalam
hati I memang dah penuh dengan bayangan
Gorge. Lagi pun you sanggup ke
melihat I intim dengan dia. I takut you yang hilang sabar nanti. Sebelum
terjadi perkara buruk baik kita berpisah. Bila kita dah tak ada ikatan you tak
sakit hati bila nampak I dengan Gorge..you tak jadi lelaki dayus. Perceraian
adalah jalan yang paling tepat Faris . Lagi pun tak lama lagi Gorge akan balik ke Kanada, I nak ikut dia. Kami akan menetap kat sana.
Kami nak mulakan hidup baru.I bercadang nak membina keluarga dengan dia.” Tengku
Faris hanya dapat memerhati wajah isterinya yang rancak menceritakan impian
masa depanya bersama lelaki lain. Impian
bahagia sorang isteri, tetapi impiannya bukan dengan dia sebagai suami. Dia
memandang juga wajah isteri yang kelihatan bahagia bila nama Gorge disebut. Apakah yang dia rasa..PEDIH..hatinya
terhiris pedih dengan kata-kata yang terluah dari bibir isterinya.
“Tiga
tahun kita bersama tak pernah you berbincang pasal anak dengan I”.
“Kan
masa awal pernikahan kita, you yang kata tak nak ada anak..you yang nak kita
enjoy. You yang nak kita happy tampa ada gangguan”.
“Memang
benar I yang minta, tapi semua itu demi untuk membahagiakan you, supaya you tak
sibuk hendak menjaga anak.Dan kita boleh mengecapai masa bersama tampa
gangguan”.
“Faris
I rasa gembira hidup dengan you..tapi dengan Gorge I gembira dan rasa bahagia sebab dia lelaki
yang I cinta. You mesti faham rasa cinta ni tak boleh dipaksa. Yang sebenarnya selama
kita bersama,I memaksa hati I mencintai you tapi tak berjaya..Cinta I untuk you
tak pernah hadir walaupun sudah lima tahun I berusha”.
“Habis
selama kita bersama ni, tak bermakna apa
punlah pada you”.
“Entah
lah Faris..I tak boleh nak paksa hati I lagi, lepaskan lah I. You carilah
wanita yang lebih sesuai untuk you. I jujur macam ni sebab tak nak menipu you.
I rasa bersalah setiap kali I bersama Gorge..kemudian bila balik sini I
terpaksa juga memenuhi permintaan you sebab you masih suami I.”
Rupa perkahwinan yang sudah menjangkau usia tiga tahun tidak memberi erti kepada seorang KaterinaTeoh Abdullah. Wanita yang mengejar cintanya dulu. Sanggup
dia memeluk Islam demi mahu bernikah dengannya.Terbayang lagi tingkah Katerina
ketika dia mahu bersama denganya dulu, nampak bersungguh-sungguh dengan cinta untuk
dirinya.Tetapi dia sendiri yang mengakhiri sebuah pernikahan yang banyak
meminta pengorbanan.Korban pertama dia sendiri melerai ikatan perkahwinan
bersama Najlah dan korban kedua Katerina mengorbankan ugamanya dan memeluk
Islam sebagai syarat untuk bernikah denganya.
Tengku Faris termenung sendiri mengimbau
kenangan lalu. Rumahnya terasa kosong kekosong hatinya walaupun perabut dirumah nya
masih utuh seperti biasa, tidak sebiji pun terluak.Makin dikenang makin terasa
perit hatinya. Dia rasa ingin menjerit meluahkan apa yang tersepit dalam ruanghatinya yang terasa sesak dek kesedehan.
Mungkin factor usia menyebabkan dia sangat terkesan dengan perpisahan yang
entah kali keberapa. Dulu dia tidak pernah merasa sedeh bila meninggalkan,
tetapi kali ini sedeh itu yang mendakap dirinya. Baru lah dia tahu rasa pedih
akibat ditinggalkan.
Sedeh hatinya bila isteri tercinta
meninggalkan dirinya. Sedeh hatinya menerima hakikat isterinya meminta
perpisahan kerana mahu bersama lelaki lain yang dicinta. Sungguh dia berterus
terang tampa berselindung yang dirinya sudah menemui cinta sejati dan
perkahwinan mereka selama ini satu kesilapan.Rupanya cinta sejatinya bukan
untuk dirinya selama ini..cinta sejatinya diuntukkan pada kekasih lama yang
meninggalkan dirinya dulu. Dirinya hanya dijadikan tempat persinggahan
sementara.‘Cinta I memang untuk dia
Faris. I tak pernah terfikir nak beri pada
you walaupun you suami I dan tidak juga pada orang lain’ ..Itulah
kata yang terluah dari dua ulas bibir isteri yang selalu dikucup bila mereka
berdekatan. Biar pun lembut sahaja nada yang beralun ketika menuturkan
kata-kata itu, namun bagi Tengku Faris kata-kata itu seperti letupan peluru mesin gun yang menyerang bertubi-tubi mengenai jantung hatinya, tampa
sempat dia mengelak. Hatinya hancur tak berupa lagi.
Yang sebetulnya Tengku Faris rasa terkilan
dengan pengakuan isterinya.Padanya, dia mahu isterinya menipunya sedikit,
supaya hatinya tidak sesakit sekarang.Keluh yang keluar diri bibirnya entah
yang kalikeberapa.Keluahan kesal dan keluahan kecewa. Dulu Katerina yang
bersungguh menyakinkan cintanya, hingga sanggup menukar agama.Tapi apalah
sangat memeluk ugama Islam kalau sekadar diatas kertas sahaja.
Sejak dia memeluk Islam lalu bernikah
denganya tidak pernah sekali pun Katerina solat lima waktu. Puasa dibulan Ramadan jauh
sekali. Baginya untuk apa berlapar dahaga sepanjang hari seperti mahu menyiksa
diri sahaja. Jika dia sang suami yang
mengajak memeluk Islam tidak melakukan segala perintah ugama anda fikir boleh
ke yang menjadi pengikut pula yang berdahuluan melaksanakan. Dia juga tidak
pernah mahu membimbing sang isteri menjadi Islam yang sebenarnya.Tujuan memeluk
Islam hanya kerana dia mahu bernikah bukan kerana Allah dan bukan kerana Islam
itu ugama yang benar.
Tapi apa yang mahu di herankan dia juga pun sama,
Islamnya juga diatas dasar keturunan. Kerana
ayah dan ibunya Islam..secara langsung menjadikan dia juga penganut
ugama Islam. Tetapi hukum hakam Islam sudah lama dilupakan. Sejak umurnya 19
tahun dan duduk diluar Negara, solat lima waktu dan puasanya sudah tidak pernah
dilakukan lagi. Ketika di Malaysia lagi, dia akan bersolat dan berpuasa ketika
dihadapan daddy dan mummynya sahaja. Tambah menjadi..bila dia sampai dibumi
Qeen Elezebeth. Sememangnya dia sudah terlalu jauh dari mengamalkan Islam. Sudah
berbelas tahun dia menjalani kehidupan yang sebegitu. Dari umurnya 19 tahun
hingga kini umurnya sudah menginjak keumur lima puluh satu.
Sudah sebulan Katerina pergi dari dirinya. Untuk
mengubati hatinya yang kecewa dia kekelab malam seperti biasa. Mencari ramai
lagi Katerina disana. Namun semuanya tidak berhasil. Hatinya masih sedeh bila
dia berpijak semula dibumi nyata bila kesan iar mabuk sudah hilang dari
menguasai dirinya. Dan sampai bila dia mahu bergantung dengan hayalan bila
meneguk air syaitan. Dia tidak mahu menjadi penagih alcohol..itu akan
merosakkan dirinya sendiri.
Tadi terbuka sahaja matanya dia memandang
keadaan sekelilingnya mengenal pasti dimana dirinya. Ohh… Dia tidur diruag tamu
rumahnya, entah siapa yang menghantarnya pulang malam tadi. Mungkinkah dia
memandu pulang sendiri kerumah dalam keadaan mabuk entahlah. Duduk seorang diri
dia memikirkan apakah caranya dia mahu menghapus rasa kecewa. Dia tidak mahu
terus merosakkan dirinya sendiri dengan perlakuan meneguk alcohol untuk
menghilangkan resah. Dicarinya telefon tangan di poket seluar. Jarinya menekan
nombor daddy di Malaysia, menyalur masaalah yang menekan fikiranya.
“Hello daddy, mommy apakhabar..lama Ris tak call..”
“Orang sibuk mana nak ingat daddy dan mommy kat sini..Ris apa khabar”.
Seperti orangh merajuk sahaja Tengku Faizal melayani panggilan anaknya. Pada
Tengku Faizal walaupun anaknya jauh diperantauan dia tidak pernah lupa pada
anaknya. Itulah seorang anaknya yang dihgarap menggantikan dirinya
kelak..tetapi masih adakah harapan itu..anaknya masih belum puas hidup
merantau..walaupun usianya sudah menjangkau angka lima puluh.
“Khabar tak baik lah daddy”.
‘Ini mesti kisah rumahtangganya yang bermasaalah’ detik hati
Tengju Faizal.
“Apa yang tak baiknya Ris..cuba cerita dengan daddy”.
“Ris dah bercerai dengan Katerina..dia pergi pada bekas kekasih dia di
Kanada..Dia tinggal kan Ris daddy.” sayu sahaja suara anaknya dihujung talian
menceritakan hal dirinya.
“Entahlah Ris... daddy tak tahu macam mana nak tolong Ris, rasanya masaalah
Ris, Ris yang buat sendiri....dulu dah elok dengan Najla...Ris tinggalkan dia.
Daddy tak tahu wanita yang macam mana yang Ris nak. Daddy tenguk Najla tu dulu
baik, cantik.. sempurna sebangai wanita... tapi Ris pergi pada Katerina..ni
sekarang dia pula yang tinggal Ris”. Tengku Faizal sering bertanya didalam
benaknya..anaknya yang seorang itu berganti isteri seperti menukar
baju..walaupun sudah ada isteri dirumah masih ada lagi kawan wanita yang rapat
dan mesra..hendak dinasihati ..aduhai dia lebih bijak menjawab...dan yang
paling ditakuti terlalu sangat dinasihati takut dia tidak mahu pulang terus
keMalaysia.
“Dulu Ris rasa nak hidup dengan wanita Asia yang sama adat resam dan cara
hidup...Najla berbeza dari kita cara makan lain.. Ingat Ris dulu Ris nak
serumah dengan orang Asia..budaya sama masakan pun hampir sama..tapi entahlah
dah nasib Ris agaknya.. Ris ni asyik tersalah pilih saja. Ris sedeh sangat ni
daddy. Ris sedeh sorang.” Keluh Tengku Faris Ikhwan dihujung talian.
“Kalau nak daddy tolong baliklah.. duduk sini, kahwin sahaja dengan orang
Malaysia. Kita anak beranak sama-sama menyelesaikan masaalah. Ni Ris kat sana
beribu batu, naik kapalterbang pun mahu 10 jam baru sampai, jadi macam mana
daddy dan mummy nak tolong. Balik ye sebelum terlambat. Daddy dan mummy
sentiasa menunggu Faris balik.” Mendengar kata-kata daddynya melintas juga
keinginannya untuk pulang ketanah tumpah darahnya.
Sebenarnya Tengku Faizal, sangat bersimpati dengan nasib anaknya..Sudah
masuk ke angka lima puluh usia anaknya.. tetapi masih tercari-cari suri yang
sudi menemani diwaktu susah dan senang. Bila melihat kebahagian Tengku Raihana
dan Doktor Muhammad Razlan hatinya jadi cemburu. Tetapi apalah yang hendak dikata
anaknya sememangnya tidak pandai menilai yang mana intan permata dan yang mana
kaca.
Menarik jln cerita. Selagi masih diberi peluang utk bernafas sehari lagi, pintu taubat masih terbuka.....
ReplyDeleteKisah bapa mertua Nur Jannah rupanya....
ReplyDeleteMak teh ni susah nak mencari watak..tu yg cerita bersmbung-smbung. ok ke..
DeleteMenarik ceritanya...
ReplyDelete