~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 22 May 2014

Bab 36 Tidak ku tahu kasih bermula.






             Setelah siap menyalin lauk pauk kedalam manggkuk, Puan Rubiah menyuruh tiga orang cucunya makan. Dua tiga hari ini cucunya sudah menyungut kerana masakannya tidak menepati pawai selera mereka.  Puan Rubiah keruang tamu. Dari jauh dia melihat anaknya larut dalam menungnya dengan wajah yang sedeh. Lama dia memerhati dengan langkah perlahan dia menghampiri anaknya  namun tidak disedari. Kemudian dia berhenti, lama dia berdiri tidak jauh dari anaknya, namun tidak juga anaknya menoleh ke arahnya, menandakan kehadirianya sememangnya tidak disedari. Akhirnya dia memilih untuk duduk dihadapan anaknya. Dia meninggalkan tiga orang cucucnya didapur  yang sedang mengadap hidangan dengan berselera sekali maklumlah nasi kenduri yang dibawa oleh Uwais tadi. Cecah sahaja punggungnya kesofa terus sahaja dia bersuara.

                 Yang sebenarnya hati Latif menjadi hiba, mengenangkan Emil sudah menjadi hak orang, jika dia masih janda dia masih ada peluang memiliki Emil, dia hanya perlu perkataan 'ya' dari Emil sahaja, tetapi kini harapanya tinggal hanya harapan sahaja, itu yang disedehkan. Berita itu Muaz sendiri yang memberitahunya tadi, itu yang membuatkan dia termenung, cinta dan deritanya bergelut didalam hatinya. Dia tersedar dari menungnya bila melihat emaknya duduk disofa dihadapanya.

“Dah  4 hari kamu kemalangan, baru Uwais nak datang jenuk kamu Tif. Inilah anak ajaran Emil, bagus betul Emil ajar anak kan Tif. Tak kan dia tak tahu kamu kemalangan, takan sepupu dia tu tak bagi tahu dia hari tu. Itulah, emak ni.. kalau perangai Emil memang mak tak setuju dari dulu lagi.”  Berapi-rapi Puan Rabiah memburukkan dan  mencari salah bekas menantu yang tidak disukainya dulu. Tapi puan Rubiah mungkin terlupa, seseorang itu akan berubah mengikut masa dan keadaan. Kalau tidak tak kan ada orang yang terlebih dahulu makan garam, memadahkan: Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, inikan pula hati orang.

“Mak jangan buruk sangka kat orang mak, berdosa.Yang sebetul nya itulah yang saya pesan pada Muaz hari tu, masa dia tolong saya kemalangan hari tu”. Kerana hatinya yang hangat, cepat sahaja kata-kata anaknya dipintas..rasa tidak puas hatinya mahu diluahkan dengan segera.

“Kamu pesan pada sepupu dia tu, bagi tahu Emil, supaya Emil jenguk kamu sakit kemalangan.Tapi tenguklah anaknya sahaja yang datang, itu pun dah dekat nak baik sakit kamu, baru datang dijenguknya kamu”.Yang sebenarnya Puan Rubiah sengaja mencari keburukan bekas menantunya, supaya anaknya sedar dan supaya anaknya tidak mengharap lagi  pada wanita yang buruk  perangainya. Secara halus dia menyampaikan isi hatinya ‘tidak guna kalau memiliki  isteri yang seperti Emil.’

“Bukan pesan suruh jenguk mak,  tapi saya pesan jangan bagi tahu diaorang. Saya tak mahu dengan berita kemalangan saya yang tak seberapa, menghilangkan rasa gembira diorang nak menerima orang baru.”

“siapa yang nak terima orang baru..Emil..Emil nak kahwin ke Tif?”.

“Pandai mak teka. Uwais cakap dengan emak tadi ke?”.

“Emil nak nikah Tif..bila???”Tidak dihiraukan soalan anaknya, Puan Rabiah bertanya mencari kepastian.

“Dia dah nikah lepas Jumaat tadi mak, yang Uwais bawa tadi nasi kenduri dialah tu mak”. Latif menuturkan dengan suara yang sebak bersama tangan menyapu tubir matanya. Terkedu Puan Rubiah melihat kesedehan anaknya, terdetik hatinya mengakui kata-kata Zila sememangnya anaknya masih menyimpan rasa kasih untuk bekas isterinya. Anak lelakinya menangis kerana bekas isterinya kahwin lagi.  Tetapi hatinya merasa sedeh melihat kesedehan yang ditanggung oleh anaknya kerana tidakkanya dulu. Dia kasihan melihat anak yang tidak banyak cakap meluahkan apa yang terkandung dihatinya dengan air matanya.

                 Dia datang memeluk anaknya yang sudah mengalirkan air mata. Tadi dia mahu memburuk-buruk Emil supaya anaknya dapat merelakan percerian yang sudah terjadi. Tetapi  dia tersalah kata pula. Rupanya masih begitu kuat sayang anaknya kepada bekas isterinya. Bukankah lelaki dan air mata itu luar biasa.

“Dahlah Tif..jangan menangis. Emak yang bersalah dengan kamu Tif, mak minta maaf sangat-sangat.”

“mak tak salah, sayalah yang salah, saya tak pandai nak didik isteri supaya sayangkan emak juga”. Latif berkata dengan tangis yang tertahan. Walau pun ditahan namun tangisan tetap tidak mahu berhenti. Dia tetap menangis dan teresak dibahu emaknya, dia merasakan pedih hatinya bila harapanya berderai.

“Kalau kamu menangis macam ni mak rasa bersalah sangat pada kamu. Dahlah jangan diingat lagi Emil tu ye, dia dah jadi hak orang, nanti kita dapat dosa.” Datar sahaja suara Puan Rubiah menasihati anaknya. Makin disuruh jangan menangis makin kuat pula esak anaknya, bergegar badannya dengan esakkan anaknya yang tidak dapat ditahan lagi.

“Ia mak saya tahu, saya tengah pujuk hati saya lah ni mak.” Latif cuba menahan tangis  namun dia tidak mampu.Tangis anaknya menyiat hati puan Rubiah. Bahagiakah dirinya dengan esakkan anaknya sekarang ini. Jawabnya..kalau masa boleh diundur dia lebih rela dirinya yang menangis. Tapi apakan daya segalanya sudah terjadi, kemenanganya dulu sudah tidak bererti.

                 Kemenangannya dulu bila berjaya memaksa anaknya bernikah dengan NorFazilah, itu kejayaan pertama. Kejayaan kedua bila menantu pilihanya mengandung, kejayaan ketiga bila anaknya menceraikan isteri pertamanya dan kejayaan keempat anaknya berpindah dan duduk bersamanya dikampung mereka. Tetapi sekarang adakah dengan kejayaan-kejayaan itu dia gembira dan bahagia hingga keakhirnya.

            Sudah 8 hari Zila meninggalkan rumahtangganya. Tanggungjawabnya kepada anak-anak tertanggung di atas bahu emak mertuanya, tetapi tanggungjawap dia kepada suaminya tak tahu nak jawab macam mana. Sementa lah suaminya sedang sakit kerana kemalangan tempuhhari.Tetapi ‘sebab’ kemalangan itu lah dia mengeraskan hati membawa diri ke Tanjung Rambutan Ipoh rumah abangnya. Suaminya kemalangan kerana ‘asyik terkenangkan jandanya’ itu yang menjadikan hatinya tersangat sakit.

            Di Ipoh dia gembira dan seronok, seronok kerana dia bekerja dan bakal ada duitnya sendiri, duit dari titik peluhnya.  Gembira kerana dikelilingi oleh pelanggan dan kawan-kawan. Tetapi walaupun hatinya seronok dapat mengumpul duit, namun tanggungjawabnya tidak membenarkan dia terus tinggal di Tanjung Rambutan Ipoh. Hari Ahad hari tidak berjualan, selepas minum pagi dia mula mengorak langkah pulang semula kePengkalan Hulu. Harapanya dia akan datang lagi itulah janjinya didalam hati.

“Makcik! rasanya Isnin ni Zila dah balik”.

“Kenapa tak terus duduk sini sahaja. Kalau rumah Miza tu sempit mehlah duduk rumah makcik.”

“Tak apalah makcik, Zila tak mahu susahkan mak cik”

“Tak susah pun, makcik pun duduk sorang sahaja selama ni. Kalau ada orang temankan, mak cik suka juga. Yang sebetulnya mak cik berniaga ni, hanya nak cari kawan berbual sahaja, sambil-sambil tu cari duit belanja”. 


              Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja  berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah  jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.

              Zila sudah sampai dirumah keluarga suaminya. Dirinya terasa kekok dengan sambutan dingin emak mertua dan suaminya sekembalinya dia dari Ipoh. Namun digagahi nya juga menyapa dan menyalami suami dan emak merutanya. Bermula dari saat itu Zila merasakan emak mertuanya sudah tidak ramah dan mesra lagi seperti selalu. Kini suaminya juga sudah mulakan tungas sebagai pendidik walaupun tanganya masih dikendung, mungkin belum pulih sepenuhnya.

               Dalam keadaan kekok dan dingin kini sudah sebulan berlalu. Sejak dia pulang dari Ipoh dia sudah mula melakukan rawatan muka dirumah. Semua prudak kecantikan yang dibelinya tempoh hari digunakan setiap hari kini sudah mendapat melihat hasilnya. Hasilnya: Kulit mukanya sudah menjadi putih mulus dan cantik. Zila gembira dengan perubahan pada wajahnya. Tidak rugi dia bekerja dan ditabur duitnya untuk produk kecantikkan bila melihat hasilnya.  Dia berazam akan menambah koleksi barangan kecantikan untuk  dirinya. Jika itu niatnya dia harus keIpoh lagi utnuk mengumpul duit.

                  Bukan dia tidak mahu meminta duit dari suaminya, tetapi dia harus faham dengan sara hidup yang tinggi sedangkan suaminya bekerja sendirian untuk menangung emak dan mereka sekeluarga. Suaminya juga harus memberi sedikit sara hidup untuk anak tirinya juga. Dia akur dengan tanggung jawab suaminya. Pernah dulu dia mengambil sedikit  duit belanja dapur. Dia ditegur oleh emak mertuanya bila menyedari makan untuk mereka BERCATU.

“Zila! kenapa sekarang ni mak rasa macam sikit sangat kamu masak lauk, Latif kurangkan bagi duit belanja dapur ke?”.

“Tak mak, abang bagi macam biasa sahaja.”

“Habis tu harga barang naik sangat ke, sampai kita tak cukup belanja. Kalau tak cukup kamu minta tambahlah dengan suami kamu tu”.

“Mak tak payah mak, yang sebenarnya memang Zila yang berjimat nak ajar anak-anak makan apa yang ada mak. Zila ingat nak tolong abang berjimat. Kan tak lama lagi Umar pun dah nak masuk tingkatan satu..takut kalau sekolah menengah banyak nak pakai duit”. Umar merupakan anak Latif yang tua bersama Zila. Anak keduanya diberi nama Umairah dan yang ketiga Uqasha.  Bagi Abdul Latif dia tidak mahu membezakan anak-anaknya biar pun mereka berlainan ibu yang melahirkan. Dia mahu anak-anaknya merasakan ikatan darah mereka, benih mereka adalah dari papa yang sama. Dia juga bersyukur Uwais tidak mejauhklan diri dan membenci dirinya. Sememangnya Uwais anak yang baik tidak mencampurkan hal dirinya dengan pertelingkahan mama dan papanya.

“Pasal duit simpan pandailah Latif yang uruskan, pasal makan ni kamu kena bijak, jangan dicatu makan anak-anak. Anak-anak tara nak besar ni perlukan zat makanan yang cukup supaya otak dia bijak.”

“Mak! kan saya dah masak sedap tu mak, ayam sup memang yang diaorang suka mak”.

“Kamu ni Zila, kamu tak perasan ke yang kamu masak tu kaki ayam, dengan leher ayam sahaja. Semuanya tulang, nak makan apa. Cuba kamu fikir macam mana nak makan kalau tak ada dagingnya, kalau dah kaki dengan leher sahaja.”. Bebel emak mertuanya melihat masakkanya tengahhari itu.

“Ok apa mak tu, pandailah dia orang nak makan,  gigit sikit-sikit kemudian isap, kan dah rasa ayamnya.”

“Zila!..kamu ni, makan budak-budak bukan sekadar nak dirasa, tapi nakkan zat nya. Kalau hanya tulang mana nak datang zat protinnya, setahu emak daging yang ada zat protin. Protin bagus untuk otak. Supaya anak kita mudah belajar nanti. Kalau makan rasa sahaja, nanti makan nasi sahaja yang banyak, silap-silap budak-budak jadi gemuk. Kalau dah gemuk budak malas nak bergerak”. Pandai juga Puan Rubih berceramah tentang pemakanan, ialah bukan dia buta ilmu dia juga bersekolah dulu hanya tiada rezeki keluar bekerja sahaja.

“Alah protin bukan dari daging ayam sahaja dari sayur pun ada protin. Zila kan dah masakkan masak lemak pucuk ubi. Mak pucuk ubi ni banyak hasiatnya mak”. Bangkang Zila mahu menegakkan pendirianya tentang masakkanya tengahari itu.

(Tak masuk dalam cerita saja mak teh nak tulis untuk pengetahuan pemabaca, mak teh terjumpa dalam MR.GOOGLE: Khasiat daun pucuk ubi kayu. Mengenyangkan bila dimakan, dapat menghilangkan pening atau sakit kepala selain dapat menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Pucuk ubi kayu banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C. Serta mengandungi bahan meniral seperti Kalsium,posforan, zat besi dan serat. Protin dan kabohidrat serta tenaga yang diwujudkan dalam pucuk ubi kayu menyihatkan kita. Jika sebagai rawatan pula pucuk ubi boleh menyembuhkan penyakit cirit birit dengan meminum air rebusan pucuk ubi. Caranya pucuk ubi direbus dengan 900 cc air didihkan hingga menjadi 450cc sahaja, minum setelah air menjadi suam. In Syaa Allah, kita mencuba, Allah yang memberi kesembuhan. Petikan ini diambil dari ANIM AGRO TECHNOLOGY by Anim Pct 11, Putrajaya.)

“Kamu ni Zila banyak pula jawapan kamu nikan, pucuk ubi tu untuk  emak dengan kamu memanglah sedap, budak-budak mana makan sangat pucuk ubi tu”.

“Mak! sebetulnya, bukan Zila tak nak masak daging ayamnya mak, tapi Zila akan goreng petang nanti kita makanlah sama-sama dengan abang sekali.Tengahhari ni kita makan lah dulu apa yang ada”. Sudah menjadi kebiasaan cikgu Latif makan tengahari disekolah,  hanya makan malamnya sahaja dia  makan dirumah bersama anak, isteri dan emaknya. 

“Latif tu tak payah kamu risaukan makan dia, dia dah tua tak perlukan banyak protin lagi, ni anak-anak yang baru nak besar dulukan keperluan mereka dulu”.

              Tengahhari itu Zila masak masak lemak pucuk ubi bersama ikan kering gelama dan sup ayam untuk anak-anaknya. Tetapi diwaktu petang barulah Zila akan mengoreng ketulan dada dan peha ayam untuk mereka sekeluaga, itulah perancanganya. Sudah dua bulan perancangan itu berjalan dan dia sudah dapat menyimpan sedikit duit untuk kegunanan dirinya sendiri. Sebenarnya dengan duit itu dia ingi membeli crem pencerah untuk mencerahkan sedikit kulit mukanya.

             Yang sebenarnya Zila teringin menjadi cerah seperti Emil. Pada Zila yang memandang, kerana  kecerahan wajah Emil membuatkan dia nampak cantik, mungkin itu yang menyebabkan suaminya susah mahu melupakan bekas isterinya. Emil bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk menjadi putih, dia tidak perlu produk kecantikan untuk memutihkan kulitnya, seluruh kulit dibadan putih, dia memang semula jadi putih. Yang susahnya hanya dia, dia yang perlu produk kecantikan untuk memutihkan wajahnya. Dia berkulit hitam manis.

              Tetapi kini dia tidak perlu bimbang lagi, dia sudah tahu dimana mahu mendapatkan duit untuk membeli produk pemutihan. Dia akan keIpoh rumah abangnya untuk menjadi pembantu gerai makan, bekerja seminggu dia sudah boleh mengumpul RM 200.00 lagi. Satu lagi perkara yang masuk dalam perancangan dirinya,  dia mahu meluruskan rambutnya, kerana Emil berambut lurus, lurusnya juga lurus semula jadi, sedangkan dia berambut keriting kasar semula jadi. Oh..oh banyaknya kelabihan yang diberi oleh Allah pada Emil itu yang selalu melintas dibenak NorFazilajh bila membanbdingkan dirinya dengan bekas madunya.

             Manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Ada orang suka berambut ikal hingga sanggup membuang duit ke salun untuk menjadikan rambutnya ikal mayang cantik beralun. Begitu juga yang suka berambut lurus juga sanggup membuang duit ke salun untuk meluruskan rambutnya hingga kelihatan rumbutnya seperti lidi penyapu. Tetapi yang untung siapa agaknya. Manusia memang begitukan tidak mensyukuri apa yang diberikan kepadanya.

                Hari berganti, bulan berlalu tahun pula menghampiri. Kehidupan rumah tangga Emil Atilia dan Mohd Nassir serta anak-anak mereka gembira dan bahagia. Begitu juga kehidupan keluarga Abdul Latif dan Nor Fazila walaupun kadang-kadang bergoncang namun sesekali ada juga gembira dan bahagianya. Walau apapun cabaranya kehidupan wajib diteruskan. Anak-anak mesti diberi perhatian kerana merekalah bakal peneraju negara ataupun dunia dimasa akan datang.

                Ahmad Uwais dan Ahmad Sofian sudah mendapat keputusan SPMnya. Ahmad Sofian mendapat 8 A+ (Straight A) dan Uwais mendapat 7A 1B. Biar pun dia hanya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan itu, dia masih dapat membanggakan dan menggembirakan mama dan papanya. Bagi Abdul Latif dan Emil biar pun sudah berlainan rumah dan berlainan pasangan namun kegembiraan mereka adalah kegembiraan yang sama. Gembira kerana kejayaan anak mereka dalam pelajaran.

Cerita ni mungkin tamat hingga disini sahaja. Entahlah sekarang rasanya mak teh dah tak ada cerita. Mak teh hanya suka baca cerita orang sahaja.

Satu lagi mak teh nak tanya ok ke mak teh cerita bab rumah tangga yang bermasaalah bercerai atau berpoligami. Pada mak teh sudah ramai penulis yang bercerita tentang percintaan agung para remaja hingga kejinjang pelamin bahagia hingga keakhirnya. Coretan ini hanya mahu mengingatkan dalam bahagia kadang2 ada dugaan. Harus diingat juga jangan sampai anak2 terbiar kerana masaalah rumahtangga yang kita hadapai.



Sunday 18 May 2014

Bab 35 Tidak ku tahu kasih bermula








          Selepas rombongan cikgu Mohd Nasir dan anak-anaknya pulang, Haji Mohd Noh berbincang dengan isteri, anak dan cucunya diruang tamu.

“Nor! Untuk mencari keberkatan Allah, kan elok kalau Emil nikah hari Jumaat, apa pandangan Nor dengan apa yang Uda fikirkan ni”.

“Uda tanyalah Emil ni haa. Kalau Emil setuju memang eloklah tu Mel, kita buat benda baik akan bertambah baik jika di berkati oleh Allah”.

“Kalau abang ok juga buat hari Jumaat tuk, sebab Isnin kita dah sekolah, nanti tak lah rasa penat sangat. Tuk kita nak buat majlis pasang khemah ke tok?”. Wahh Uwais sudah seperti orang tua pula merancang majlis perkahwinan mamanya dengan meriah.

“Tak payah lah bang, kita buat khenduri sikit saja, panggil orang makan kat rumah tujuan hanya nak bagi tahu jiran-jiran sudahlah, mama tak mahu kecoh-kecoh”.

“Mel kita buat majlis bukan kita nak kecoh, tapi nak mewar-warkan pernikahan kita, supaya nanti tak timbul fitnah. Ialah yang orang tahu Emil dah berpisah dengan suami, tiba-tiba Emil jalan dengan lelaki, nanti orang tuduh Emil mengatal dengan jantan. Kita buatlah sikit, sekurang-kurangnya untuk orang kampong kita ni”.

“Betul kata ayah kamu tu Mel. Buatlah  jemputan sikit”.

“Nak buat jemputan macam mana mak ngah. Hari ni dah hari Sabtu lepas tu ayah kata nikah nak hari Jumaat tinggal berapa hari sahaja lagi, tak sampai pun seminggu, mana nak sempat edarkan kad jemputan. Nak buat pun tak sempat apatah lagi nak edarkan.”.

“Tak payah kad jemputan Mel, ayah minta tolong Jemaah surau tolong jemputkan bagi pehak ayah, kemudian mana yang ada bagi nombor telefon ayah jemput dengan telefon lah”.

“Ikut suka ayahlah mana yang senang, tapi Emil takut ayah dan mak ngah penat nak uruskan majlis ni. Kita nak masak sendiri ataupun catering yah”.

“Jadi setujulah Emil nikah hari Jumaat. Kalau Emil dah setuju ayah nak call cikgu Nassir nak tanya pendapat dia pula. Kalau pihak dia pun setuju barulah kita boleh fikir nak masak sendiri atau pun nak buat catering. Bang ! abang ada nombor ayah siPian tu”.

“Tak ada tuk, nombor Pian adalah..”

“Emil?”

“mana ada yah”. Berkerut-kerut kening Emil bila diajukan soalan itu, dia merasakan ayahnya  seperti mahu menyelidiki kegiatanya dengan cikgu Nassir.

“Ok, abang call Pian nanti minta dia pas kat ayah dia. Atuk nak cakap dengan ayah si Pian tu.” Cepat sahaja panggilan dijawap oleh Sofian bila melihat nombor sahabat baiknya.

Setelah memberi salam dan menjawap salam terus sahaja Haji Mohd Noh ke perkara yang mahu di jelaskan..

“Macam ni Nassir, saya rasa elok kalau Nassir dan Emil nikah lepas solat Jumaat. Pada saya kalau kita mengerjakan perkara baik cari keberkatanya sekali. Tak macam tu”.

“Masa balik tadi kami anak beranak berbincang macam tu juga, sebab anak anak saya akan balik semula ke kolej selewat-lewatnya hari Ahad tu. Baru berkira-kira nak call Tuan Haji minta pendapat”.

“Jadi  setujulah  ye, Nassir dinikahkan selepas solat Jumaat nanti. Lagi satu di pihak Nassir buat jamuan tak?”.

“Bab nikah lepas solat Jumaat  saya setuju. Bab jamuan tu rasanya tidak, saya tak terfikir siapa yang nak menguruskan. Emak ayah pun dah tak ada, adik beradik duduk jauh pula, lagi pun berat rasanya nak susahkan diorang tu. Tak apa ke kalau saya tak buat majlis?”.

“Eh tak apa, kita buat yang wajib itu yang penting. Saya yang sebetul nya nak bagi tahu, kalau Nassir tak buat khenduri,  jemput semua kenalan atau jiran-jiran Nassir makan kat rumah kami. Saya  nak buat majlis sikit untuk mewar-warkan pernikahan kamu berdua. Saya wakilkan Nassir menjemput sesiapa saja  yang Nassir nak jemput tu ye”.

“Alhamdullillah, Terima kasih tuan Haji, In Syaa Allah hajat hati tu nak jemput jiran-jiran, kawan-kawan  dan sedikit keluarga saya supaya mereka pun tahu pernikahan saya tu nanti”.

Untuk mencari keberkatan Emil Atilia  binti Haji Mohd Noh dinikahkan dengan pasanganya Mohd Nassir bin Haji Abdul Hamid selepas solat Jumaat dirumah Hajjah NorIza.  Selepas selesai upecara Ijab dan Qbul  para hadirin dijamu makan nasi (nak kata jamuan makan tengahari hari dah pukul 2 petang). Haji Mohd Noh memulakan jamuan makan dari pukul 2 petang hinggalah lepas Asar, itulah kata jemputanya kepada semua kenalanya.  Hanya jiran-jiran dan sedikit orang kampong yang dikenali oleh keluarga Haji Mohd Noh  dan saudara mara mereka sahaja yang dijemput. Walau pun begitu berdiri juga dua buah  khemah untuk menampung jemputan yang dijemput.  Tidak disangka  dua tiga orang kenalan yang tidak tak dijemput juga datang. Kemudian berjumpa dengan tuan rumah minta dijemput. Tetapi apa yang nak dihairankan bukan ke Haji Mohd Noh bekas seorang guru, tentu ramai kenalanya. Yang sebetulnya mereka datang bukan mahu menjamu selera, tetapi kedatangan mereka sekadar mahu turut sama memeriahkan dan tumpang gembira dengan pernikahan anak haji Mohd Noh.

 (Hukum datang kenduri tidak berjemput: Kita datang tidak haram, tetapi makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah menjadi HARAM  jika kita makan, selagi kata-kata jemputan tidak diucapkan oleh tuan rumah. Itulah sebabnya kalau kita kerumah kenduri pastikan dengan betul siapa yang dijemput. Jika yang di jemput hanya  suaminya sahaja maka isteri tidak boleh pergi bersama. Dan jika  hanya menjemput suami isteri, maka anak-anak tidak boleh mengikuti mereka. Jika mereka datang, mereka tidak boleh  makan makanan yang dihidang, jika kita makan juga hukumnya HARAM. Mak teh dengar ni dari ceramah Ustaz Idrus.)

“Asalamualaikum Haji Noh!! Allah Ji  tak ingat aku  ke Ji, aku dengar kau kahwinkan anak dari mulut orang, ni aku saja datang nak minta kau jemput aku laki bini ni. Sampi hati kau  tak ingatkan aku bukanya jauh pun kampong aku tu. Tak dapat makan pun tak apa, janji dapat sama-sama berasa gembira bersama kau”. Itu adalah kawan lama Haji Mohd Noh, kawan sejak mereka diMaktab perguruan lagi.

“Jemputlah..jemputlah aku jemput kau suami isteri mehlah makan, bukan tak ada makanan, tapi sebenarnya majlis ni tak dirancang itu yang banyak tertinggal minta maaflah memang aku tak teringat langsung, yang aku ingat nak dapat menantu sahaja. Lagi pun anak aku ni, nikah kali kedua jadi malu pulak nak buat besar-besaran”.

“Apa nak dimalukan Ji, orang membina masjid perlu diwar-warkan supaya orang tahu. Tak kiralah kali yang ke berapa. Nikah kahwin nikan sunnah Nabi Ji”.

“Ialah..ialah jemputlah makan, makan kenyang-kenyang ye, lauk masak sendiri ni”. Untuk mewar-warkan pernikahan Emil Haji Mohd Noh mengadakan sedikit jamuan makan yang dimasak oleh ahli keluarga mereka dan jiran sebelah menyebelah rumah  sahaja.

=================

Disebelah pagi sebelum majlis pernikahan mamanya.. Uwais menemani datuknya Haji Mohd Noh kebengkel pak Long Muaznya. Bila kereta MYVI datuknya masuk keperkarangan  bengkel . Dari dalam kereta datuknya lagi Uwais sudah menyedari kereta papanya. Dia hairan melihat kereta papanya terpakir disebelah tepi bagunan. Besar pertanyaan yang berlegar didalam kepalanya. Untuk apa papanya datang dihari pernikahan mamanya. Adakah mamanya menjemput papanya menghadiri majlis pernikahannya hari itu. Tetapi rasanya masih awal lagi. Dia melihat jam dipergelangan tanganya baru pukul sepuluh pagi. Upecara akad selepas solat Jumaat nanti.

“Ehh tuk, itu macam kereta papa tu tuk. Papa ada datang ke tuk?” Teruja Uwais bila melihat kereta papanya.
Bila dia keluar dari kereta datuknya terus sahaja langkah dan menghampiri  kereta WAJA milik papanya untuk pengesahan. Sah memang kereta papanya. Kemudian dia masuk kebengkel melihat kalau-kalau papanya ada didalam bersama pak Longnya. Sedang dia melilau-lilau terjengah-jengah muncul pak long Muaz dari bilik kecil yang dijadikan sebagai pejabat.

“Ehh Uwais, Uwais datang dengan siapa?”

“Dengan atuk pak Long. Atuk datang nak minta tolong pak Long  katanya. Pak Long!! Papa ada datang sini ke?”.

“Ehh mana ada?”.

“Tu kat luar tu kereta papa”. Muaz jadi serba salah untuk menyimpan pesanan dari Abdul Latif tempuh hari. Abdul Latif berpesan kepadanya agar apa yang terjadi kepda dirinya tidak diberitahu kepada Emil atau pun Uwais  anaknya. Tetapi bagai mana dia mahu memusingkan cerita, takkan dia hendak berkata bohong. Untuk Muaz berkata bohong bukan kerjanya walau pun kepada kanak-kanak. Dia berterus terang. Lagi pun berkata bohong jangan sekali diamalkan, kan sudah ada kata bidalan orang kita yang mengatakan: Siakap, senohong, gelama, ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Di hari kejadian, dia baru sahaja pulang dari menunda sebuah kereta pelangganya. Dari jauh dia melihat ramai orang  berhenti ditepi jalan. Anak buahnya yang memandu dihadapanya dengankereta penunda juga sudah berhenti tidak jauh dari tempat orang berkerumun.

“Ada apa Man”. Tanya Muaz mencari kepastian kepada pekerjanya yang dipanggil Man.

“Ada kereta terbabas bang,  rasanya baru sahaja terbabas, pemandunya masih kat dalam kereta tu lagi”.

“Oh ye ke, teruk tak?”.

“Entahlah saya pun baru sampai ni”. Muaz menghampiri kereta yang masih didalam longkang  dengan kedudukan yang menyendeng. Alangkah terkejutnya  dengan apa yang dilihatnya. Bergesa dia membantu dan mengarahkan orang lain turut membatu mengeluarkan mangsa didalam kereta.

“Ya Allah Latif apa yang dah jadi ni Tif.” Ketika itu Abdul Latif seperti orang kebingugan. Dia tidak menjawap pertanyaan Muaz. Malah dia seperti robot tidak tahu apa yang terjadi disekeliling.

“Duduk Tif duduk, sedut nafas hembus perlahan-lahan, bertenang. Saya nak suruh anak buat saya tarik kereta awak  tu dulu”.   Sambil Muaz mengembalikan semangat Abdul Latif sambil mengarahkan anak buahnya menarik kereta Cikgu Latif dari dalam longkang menggunakan kereta penundanya.

Muaz membawa Latif ke klinik  yang paling hampir dengan tempat kejadian. Oleh kerana Latif tidak mendapat kecederaan teruk selepas menerima rawatan  dia dibenarkan pulang. Muaz yang menghantarnya pulang kerumah emaknya. Dalam perjalan pulang Latif meluahkan apa yang ada dihatinya.

“Terima kasih Muaz  tolong saya dan bawa saya ke klinik”

“Tak payah lah berterima kasih perkara kecik saja. Awak dari mana tadi?”

“Saya baru balik hantar Uwais. (Setelah diam seketika tiba-tiab Latif bersuara) Muaz! awak ada dengar tak yang Emil nak nikah minggu depan ni”. Latif mencari kebenaran dari cerita anaknya tadi.

“Ehh ia ke? tak dengar pula,  ayah pun tak cerita dengan saya. Mana Latif dengar cerita ni, selalunya apa-apa hal ayah cerita dengan saya”.

“Tadi Uwais cerita dengan saya. Emil nak nikah dengan ayah  kawan baik dia, Pian nama kawan baik dia tu. Hari Sabtu semalam orang tu datang jumpa ayah kata Uwais”.

“Oh! Pian?  mungkin  Ahmad  Sofian ketua murid sekolah Uwais, kalau dia ayahnya memang cikgu, yang mengajar kat sekolah tu juga,  kalau tak salah namanya  cikgu Mohd Nassir. Memang Uwais berkawan baik dengan Sofian tu. Saya selalu juga terserempak mereka berdua tu naik motor. Budak tu memang selalu datang kerumah Emil belajar dan mengulang kaji pelajaran dengan Uwais.”.

“Ohh, Macam tu, Muaz kenal dengan cikgu tu”.

“Alah kenal-kenal macam tu saja, kenal dari mulut anak-anak yang bercerita, tak pernah bercakap dengan dia pun. Sofian kan ketua murid sekolah tu, jadi sesekali tersebut juga nama ayah dia. Budak pandaikan mesti semua murid kenal dia Tif”.

“Anak dia pandai Muaz”.

“Antara 10 murid terpandai di sekolah, mungkin dia yang paling pandai Latif, untung Uwais berkawan dengan dia. Budaknya pun baik tak sombong.”. Melihat kesedihan di riak wajah Latif dengan teragak-agak Muaz bertanya.

“Awak ok ke Tif?”.

“Nak kata tak ok tapi oklah juga. Dah sampai jodoh Emil, saya relakan dia pergi dari hidup saya”.

“ Biarlah Emil mencari kebahagianya sendiri Tif, kalau dia hidup sorang pun bahaya pada dia.Tak lama lagi Uwais dah nak periksa SPM, lepas SPM tentu dia nak sambung belajar kemudian cari kerja, dia terpaksa juga tinggalkan Emil. Bila Emil dah nikah senanglah hati dia nak tinggalkan mama dia”.

“Betul cakap awak tu. Dulu lepas PMR Uwais tak minta sekolah lain sebab risau nak tinggalkan mama dia. Tapi ialah saya tak sangka macam ni jadinya rumah tangga saya dengan Emil. Ingatkan dulu kami dapat bersama-sama sampai kehujung nyawa. Yang saya rasa tak mampu nak merelakan sebab saya masih sayangkan dia Muaz. Saya nikah lain kerana emak sahaja, tapi kenapa Emil tidak mahu memahami saya. Dia tidak pernah mahu mencuba dan tak mahu percaya yang saya akan adil.. tapi ialah..”. (Ni mak the Tanya suami mak the sendiri dia kata, kalau seorang suami tu mampu dan adil membahagi sama rata kasih sayangnya tak ada masaalah pun kalau dimadu. Memang seorang suami atau lelaki tidak pernah akan merasa betapa sakitnya hati kita bila tahu kasihnya untuk kita berbahagi-bahagi dan bercatu. jangan ambil berat apa yang mak teh tulis ni hanya luahan hati mak teh yang tak puas hati).

“Sabarlah Tif, kadang-kadang yang kita suka, bukan yang terbaik untuk kita.”

“Ialah, betul kata awak tu. Saya doakan dia bahagia dengan pasanganya”. Kelihatan pasrah Abdul Latif semasa menuturkan kata-katanya.

“Amin”. Keduanya mengaminkan doa yang terlafaz  dibibir Abdul Latif.

‘Muaz!  saya nak minta tolong boleh tak?”

“Nak tolong apa Tif, kalau boleh saya tolong In Syaa Allah saya cuba tolong”. Muaz merasakan kepedihan hati bekas suami sepupunya. Ialah melepaskan seseorang yang sangat bererti dalam hidupnya dan melepaskan seseorang yang masih disayangi.

“Tolong jangan bagi tahu kemalangan ni pada sesiapa pun terutama Uwais atau pun Emil. Saya takut berita kemalangan saya menghilagkan rasa gembira  Uwais, nanti Emil tak jadi nak nikah pula bila nampak anaknya bersedeh. Lagi pun saya tak mahu mereka rasa bersalah”.

“In Syaa Allah”.

Apa yang menerjah mindanya, terbang melayang bila suara Uwais meminta kepastian darinya.

“Macam mana kereta papa ada kat sini Pak Long. Ada apa-apa yang tak baik berlaku pada papa ke Pak long”.

“Yang sebenarnya hari Isnin hari tu papa Uwais kemalangan”.

“Haa papa kemalangan papa teruk tak pak long, kenapa pak long tak bagi tahu abang. Mungkin selepas dia hantar abang kemalangan tu terjadi, sebab hari tu papa hantar abang balik.” Sungguh terkejut Uwais mendengar apa yang diperkatakan oleh pak Long Muaznya.

“Tak lah teruk sangat, itu yang tak bagi tahu Uwais. Pak Long yang bawa dia pergi ke klinik. Lepas tu pak long yang hantar papa Uwais balik rumah dia.”

“Papa tak masuk hospital, pak Long”.

“Tak, tangannya terkehel sikit saja, kemudian bibir dia pecah itu sahaja selepas menerima rawatan, doctor suruh dia balik”.

“Pak Long tangan terkehel tu macam mana pak Long”.

“Terkehel tu macam terseliuhlah. Janganlah Uwais risau. Keretanya pun tak teruk sangat hanya kemek kat depan tu sikit”. Kereta Waja Abdul Latif telah siap diperbaiki oleh anak buah Muaz. Oleh kerana kerosakkan tidak lah teruk cepat sahaja pembaikan yang dilakukan. Namun hati seorang anak tetap tidak senang sebelum matanya sendiri menyaksikan keadaan papanya.

Uwais menyabarkan hatinya, dia menunggu sehingga majlis akad nikah mamanya selesai dahulu, barulah dia akan kerumah papanya, untuk melihat sendiri keadaan fizikal papanya.  Setelah sah mamanya menjadi isteri Mohd Nassir dengan sekali lafaz, Uwais bersiap untuk kerumah papanya. Hatinya jadi tidak senang bila mendengar papanya kemalangan sekembali menghantar dirinya tempuh hari. Dia kedalam rumah mencari nenek ngahnya.Dengan berbisik-bisik di telinga nenek ngahnya..

“Nek ngah! abang nak pergi rumah papa sekejap. Nanti malam abang balik tapi nenek jangan bagi tahu mama ye”.

“Bila abang nak pergi?”

“Sekarang nek, sementara mama tengah sibuk melayan tetamu  dan kakak-kakak tiri abang tu, abang nak pergi dulu.” Memang betul setelah selesai upecara akad nikah tadi Emil terus dia apit oleh dua orang anak perempuan tirinya. Entah apa sahja yang di tanyai oleh dua orang anak dara Mohd Nassir pada wanita  yang baru beberapa minit sah menjadi isteri ayah mereka.

“Tunggu sekejap bang, nenek bungkuskan sikit lauk ni untuk papa, nenek dan adik-adik kamu kat sana. Siapa yang nak tolong hantar abang pergi ke stesen bas.”.

“Nanti tenguklah kalau tak, abang jalan kaki sikit kat simpang jalan tu, nanti tentu ada bas lalu pergi bas setesyen nek”. Sambil membungkus lauk sambil Hajjah NorIza menyiasat. Sedang mereka berbual Muaz kedapur mencari emaknya.

“Mak kari ada lagi tak mak..”

“Ada tu Muaz, kamu bawa bekas tak. Ambil sendiri mak tengah nak sendukkan lauk Uwais ni”.

“Dia nak bawa pergi mana?”

“Entah katanya dia nak pergi rumah papanya. Itulah kesian emak tenguk, dia anak yang baik Muaz.  Bila dia makan sedap dia teringat kat papa dia. Entahlah Muaz, sebab itu emak tak suka anak-anak emak bercerai berai, kesian kat anak-anak”.

“Dia nak pergi naik apa mak”

“Kata nya nak naik bas, tapi dia kata dia nak pergi sekejap sahaja malam kang dia balik, sempat ke Muaz?”

“Tak apa lah mak biar along yang hantar dia sekejap. Along  hantar kari ni, lepas tu along pergi ye mak. Mak panggil Aziz tolong mak ye ”.

“Tak apa long, mak ni ramai aje jiran kita yang tolong. Dah  pergilah nanti sampai petang sangat pula, nak balik sini lagi. Bawa kereta elok-elok ye. Baca ayat Kursyi dan ayat Seribu Dinar”

Muaz yang menghatar Uwais kerumah papanya.

“Uwais!!”

“Ye pak long..” Uwais memalingkan wajahnya memandang wajah sisi pak long Muaz yang sedang memandu keluar dari perkarangan rumah.

“Berani tak Uwais pandu kereta kancil pak long tu”.

“Berani! abang yang sebetulnya selalu bawa kereta mama, balik sekolah tu kadang-kadang kalau mama penat abang yang pandu pak long”.

“Oh kalau macam tu pak long bawa kancil pak long, Uwais pandu kereta papa Uwais tapi jangan laju-laju. Pak Lomg sebenarnya nak pulangkan kereta papa Uwais tu, tak lama lagi dah nak sekolah nanti papa Uwis nak pakai kereta kan”.

Mereka sampai kerumah nenek agak petang. Setelah berbual lebih kurang dan Uwais sudah berpuas hati melihat keadaan papanya mereka meminta izin untuk mengundurkan diri hari sudah lewat petang.

 Tidak jauh mereka memulakan perjalanan kedengaran seruan azan berkumandang dari masjid tidak jauh dari jalan laluan mereka.

“Dah masuk magrib ni Uwais jom kita solat dulu”.

“Pak long kita solat kat rumahlah, takut mama perasan abang pergi jumpa papa, nanti mama kecil hati pula, abang macam tak indahkan hari bahagia dia.”.

“Uwais, apa-apa pun kita dulukan Allah dulu itu lebih baik. Kalau pun kita sayang  atau takut seseorang, jangan melebihi sayang atau takut kita kepada Allah. Lagipun tahu ke perjalanan kita selamat sampai kerumah Uwais.  Macam mana kalau kita ada halangan ditengah jalan nanti, kalau kita dah menunaikan kewajipan kita, kita dah tak berhutang dengan kewajipan kita pada Allah.”.

Bila melihat anak muda yang disebelahnya mendiamkan diri mungkin cuba memahami apa yang diperkatakan. Muaz menambah lagi kata-katanya.

“Uwais kenapa kalau kita tertinggal solat kita perlu qada’. Sebab solat adalah perlakuan wajib bagi setiap hamba Allah. Kalau kita tak buat ertinya kita berhutang dengan Allah dan wajib menggatikanya”.

Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan. jadi jangan remehkan bab tertinggal solat.