“Haah..”Jawab Sofian pendek. Melihat abang terkebil-kebil Sofian menerang betapa perlunya ayah mereka berteman..
“Macam
ni ngah..Adik terfikir lepas SPM tentu adik akan keluar belajar, nanti ayah
tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Masa kat sekolah..memanglah ayah ramai
kawan, tapi sampai pukul berapa ayah nak duduk kat sekolah. Kawan-kawan dia yang lain mesti nak balik cepat nak layan
anak isteri kat rumah masing-masing. Walau macam mana pun ayah kena juga
balik..tapi bila kat rumah ayah akan sorang-sorang..tak ada siapa dia nak lawan
bercakap, adik kesiankan ayah. Mama Uwais pun macam tu. Jadi kami dah bincang
nak temukan mama dia dengan ayah kita. Uwais pun macam adik juga, dia risaukan
mamanya kalau dia pergi belajar jauh nanti. Kami ni kalau ada tempat belajar
kat sini, kami tak nak keluar dari Pengkalan Hulu ni ngah.”
“Dik
kenapa mama dan papa Uwais tu bercerai… mereka bercerai hidup kan?”
“Mengikut
cerita Uwais, papa dia kahwin dengan perempuan lain. Mama dia tak sanggup hidup
bermadu..tu yang dia minta cerai. Kesian Uwais tu dah lah anak tunggal, mama
dan papa dia bercerai pula.Dulu masa mula-mula dia dapat tahu mama dan papa
bercerai dia nak jumpa adik pun malu tau ngah. Sekarang pun sama dia jadi
pendiam sikit bila dengan kawan-kawan lain”.
“Ialah
nasib orang mana kita nak jangka, kadang-kadang Allah bagi dugaan pada
hambanya, kerana Dia sayang kan kita. Jangan dengan dugaan, kita jadi lemah.
Jadikan dugaan tu sebagai perangsang untuk kita maju. Adik cakap macam tu
dengan Uwais dek, supaya dia tak putus asa. Kita sebagai kawan dia, bagi
sokongan. supaya dia tak tenggelam punca bila ditimpa dugaan. Bagi semangat
pada dia supaya dia kuat dan bersemagat. Tapi Uwais tu pandai juga kan dek”.
“Alahamdullilah
pandai ngah..mama dia bagi semangat dia belajar rajin-rajin..sebab kata mamanya
dia nak tumpag hidup dengan Uwais bila dah tua nanti Dia kan anak tunggal cikgu
Emil tu.”
“Ohh
untung Uwais ada mama yang macam tu. Secara tak sedar kata-katanya membuatkan anaknya rajin belajar kan. Rasanya susah nak dapat
orang yang macam tu, biasanya kalau dah berlaku peceraian anak-anak akan
terbiar.”.
“Kenapa
jadi macam tu ngah?”
“Bila
dah bercerai tentu kita rasa sedeh..asyik melayan sedeh kita sahaja mulalah
kita terlupa pada anak-anak yang perlu perhatian. Atau pun kalau dah bercerai
timbul pula perasaan benci pada pasangan kita mulalah kita tak pedulikan
anak-anak yang lahir dari pasangan kita tadi..macam-macam boleh jadi dek. Tapi
untunglah Uwais walau pun mama dan papanya bercerai mama dia masih ambil berat pada dia juga.”.
“Memang
pun, adik tenguk mama Uwais tu baik
orangnya. Angah rasa macam mana, ok tak kalau ayah kita kahwin dengan mama
Uwais tu?”
“Pada
ngah ok sahaja.. Ialah sampai bila ayah kena duduk sendiri, ayah pun muda lagi.
Lagi pun orang kata bila kita dah tua hidup kita perlukan teman.Masa kita
banyak terluang bila kita dah pencen nanti.Angah pun kesian kan ayah.”
“Adik
pun. Tapi ngah cuba angah tenguk ayah kita di duga dengan kematian isteri, mama Uwais diduga bila suaminya kahwin lain,
arwah ibu kita pula diduga dengan penyakit
tapi ialah Allah tak mahu ibu kita lama menderita dengan sakit yang dia
tanggung, kita yang pandang pun tahu betapa deritanya ibu menangung penyakitnya kan ngah. Kesian
ibu..”
“Angah
sebenarnya redha ibu pergi..Allah lebih sayangkan dia kan dek.” Lama mereka
mendiamkan diri bila megenangkan arwah ibu mereka yang sangat penyayang dengan
mereka semua.
“Ehm..ehmm
jangan kita kenang ibu yang dah aman kat sana dek. Sekarang kita fikirkan hal
ayah pula. Betul kata adik kita makin dewasa untuk duduk temankan ayah. Macam
angah sekarang hanya bila cuti sahaja boleh balik temankan ayah.Makin bertambah
umur kita makin perlu kita mencari kehidupan sendiri. Angah boleh bayangkan
nanti kalau ayah dah pencen dia akan duduk sorang-sorang dari pagi sampai
kepagi esoknya, sementara tunggu kita balik cuti. Bukan sekejap masa tu dek,
lepas habis belajar kita kena cari kerja pula. Angah ada dengar orang cakap,
kalau kita dah pencen kalau hidup kita tak berteman kita jadi tak bersemangat, kalau hidup tak
ada semangat penyakit cepat hinggap. Umur pun pendek”.Ceramah Ahmad Salman
kepada adik bungsunya.
“Nauzubillah
min zalik..janganlah angah akap macam tu. Adik harapkan adalah joidoh ayah ye
ngah. Ngah..kiranya angah oklah ye kalau
ayah kahwin lagi.”
“Untuk
kebaikan ayah angah ok aje”.
“Macam
mana agaknya penerimaan along dengan alang, ok tak diorang tu. Biasanya
perempun ni emo sikit bab ayah atau ibu nak kahwin lagi”.
“Esok
pagi kita tanya mereka..”
“Esok
pagi adik dah nak tanya ayah. Apa kata malam ni juga kita call suruh diaorang
datang bilik kita, kita bincang sama-sama. Adik suka cepat..lagi cepat ayah
berteman lagi senang hati kita kan.”
“kenapa
yang tergesa-gesa ni dek..mama Uwais nak jawapan segera ke?”
“Hysss
tak adalah, dia pun tak tahu. Uwais kata dia nak kata putus dari ayah kita
dulu, kalau ayah kita kata ok barulah dia tanya mama dia. Adik nak jawapan dari
ayah kita cepat supaya cepat adik cakap dengan Uwais. Adik takut jawapan dari
mama Uwais memakan masa. Yang sebetulnya adik nak benda ni cepat selesai. Kalau
ayah ada jodoh lagi, biarlah mereka ‘jadi’ sebelum adik periksa. Adik dah
rancang kalau mama Uwais setuju jadi mama tiri kita nanti boleh adik mengulang
kaji pelajaran sama-sama dengan Uwais”.
“Waaah
mantap perancangan adik kan bijak adik angah ni. Nah callah along dengan alang
suruh datang sini tapi 'make sure' ayah tak nampak diorang tu masuk bilik kita,
nanti syak wasangka pula ayah pada kita”. Angah menghulur telefon bimbitnya kepada
adik bungsunya.
Malam
itu empat berdik berbincang tentang jodoh ayah mereka.Dan diakhir perbincangan
mereka bersetuju untuk menerima cadangan adik bungsu mereka untuk menjadikan
Emil Atilia sebagai ibu tiri mereka. Kini tinggal satu lagi tugas Ahmad
Sofian..dia sendiri yang akan mengutarakan persoalan ini kepada ayahnya esok
pagi.
Seperti
yang telah dirancang oleh mereka adik beradik malam tadi, Ahmad Sofian
meneruskan misinya.Pagi itu minum pagi mereka disediakan oleh dua orang anak
perempuan cikgu Mohd Nassir. Seperti biasa selepas minum pagi ayah mereka akan
bersantai diruang tamu sambil membaca surat khabar. Ahmad Sofian yang diberi
tugas menghampiri ayahnya, duduk perlahan disisi ayanhnya sementara dua orang
kakak dan abangnya bantu membatu berkemas didapur….
“Yah..boleh
adik tanya ayah”.
“Ehh
kenapa pula tak boleh...adik nak tanya apa?”. Cikgu Nassir menjawab tetapi
wajahnya tetap dilindungi oleh suratkhabar yang sedang dibacanya. Adik
merupakan panggilan manja untuk Ahmad Sofian dikalangan keluarganya sahaja.Bila
merasakan anaknya sudah duduk disisnya Cikgu Nassir memandang wajah anak bungsu
nya sambil mengalihkan sedikit surat khabar dari wajahnya. Dia mengalihkan
pandang untuk menatap wajah anak yang sudah duduk disisinya.
“Adik
nak tanya apa..macam serius sahaja ni”. Setelah dia duduk disisi ayahnya terus
sahaja Ahmad Sofian kepada soalan utama. Dia tidak mahu membuang masa.
“Yah!
apa pendapat ayah tentang mama Uwais tu”.
“Hissy
sampai kesitu adik tanya..macam orang dah berkenan sahaja lagak adik ni. Ayah
jadi takut pula kalau adik minta izin ayah adik nak kahwin”.Memang itulah sikap
cikgu Nassir kepada anak-anaknya, dia menjadikan anak-anaknya seperti kawan
bergurau senda dan bergelak ketawa. Tetapi jika perkara itu serius dia akan tegas.
Itulah ciri seorang pemimpin mesra dan tegas pada perkara yang perlu dia
bertegas.Itulah sebabnya anaknya tidak takut kepadanya tetapi menghormatinya
kerana ketegasan dirinya.
“Memang
bab nikah kahwin yang adik nak tanya dan memang adik dah berkenan.. Sudah lama adik pandang dia dan adik rasa
suka, sejak dia jadi janda adik berkenan sangat dengan dia, yah. Yang
sebenarnya adik selalu pandang dia masa adik pergi rumah dia. Adik tenguk dia
sangat sayang pada Uwais.. penyayang seperti ibu.”.
“Haaa!!.apa
adik cakap?adik berkenan kat mama Uwais tu?? Ya Allah...betul ke dek???.Bulat mata cikgu Nassir mendengar
jawapan anak bungsu yan belum lagi menduduki peperiksaan SPMnya sudah berkenan
dengan janda pula tu.
“Apa
salahnya, dia kan janda bukanya adik suka pada isteri orang..tapi kalau kita
suka isteri orang kita akan berdosa kan yah.” Bila melihat wajah ayahnya yang
berkerut-kerut bila mendengar kenyataanya Sofian bersuara lagi…
“Alah
yah relaxlah yah”.
“Jangan
buat main dek dengan janda ni. Nanti adik kena cekup jabatan agama Islam nanti.
Kalau betul terJADI..adik nak melangkah berapa bendul ni..mana adik nak cekau
duit nak bayar bakal isteri dan bendul-bendul yang adik dah langkah ni”. Cikgu
Nassir tidak dapat meneka apa yang ada didalam fikiran anak bungsunya, bila
dilihat anaknya seperti bersungguh-sungguh.
“Apa
ayah ni..yang kena bayar bendul ni kalau bendul sebelah pihak isterilah ayah.
Dari pihak kita mana adik kena bayar..mereka lah yang kena tolong adik kecik
dia ni nak kahwin”.
“Ehh
betul ke ni dek???”Makin terkejut cikgu
Nassir mendengar jawapan anak bungsunya, rasa tidak percaya pun ada anak yang hingus pun belum kering lagi sudah
ada keinginan berumah tangga ..sedang SPMnya pun belum lepas lagi. Makin tegak
duduk cikgu Nassir matanya tertumpu pada wajah anak bungsunya yang kelihatan
ceria. Sofian hanya ketawa kecil melihat wajah cuak ayahnya..
“Cuba
cakap betul-betul dek..apa yang adik
fikirkan ni sampai melalut yang bukan-bukan. macam mana adek boleh terjebak
dengan perasaan cinta ni.Teruk sangat ke adik belajar?.”. Cikgu Nassir
terus melipat suratkhabarnya, dia
memberi tumpuan kepada wajah anak bungsunya.
“Macam
ni yah..apa pandagan ayah tentang cikgu
Emil tu. Baik tak dia sebagai seorang wanita atau cantik ke pada mata seorang
lelaki”.
“Sebelum
ayah jawab soalan adik, ayah nak tanya kenapa sampai kesitu adik tanya tentang
mama Uwais tu. Cuba cakapbetul-betul dek..”.
“Saje
aje nak tahu pendapat ayah.Pendapat seorang lelaki dewasa sebagai panduan adik.
Ayah jangan bimbang, adik masih waras lagi yah”.
“Oklah…Pada
mata ayah dia tu sempurna, cantik pada usianya dan baik..kenapa?”.
“Jadi
dimata ayah dia tu cantik dan baiklah”.
“Haah
cantik dan baik”.
“Macam
ni yah..tak lama lagi ayah akan duduk sorang..”
“Kenapa
pula ayah kena duduk sorang?..adik nak pergi mana?”.
“Ialah
yah..lepas keputusan SPM nanti adik kena pergi belajar..ayah akan tinggal
sorang kat rumah ni..”
“Ia
yah kami pula bila dah habis belajar akan cari kerja pula..rasanya dah tiba
masanya ayah cari teman untuk temankan ayah kat rumah ni”. Entah bila anak-anak
cikgu Nassir yang lain sudah duduk dibelakang cik gu Nassir. Mereka turut
menyokong apa yang diperkatakan oleh adik bungsu mereka.
“Wahh
anak-anak ayah dah mula nak carikan jodoh ayah pula ni..dah lah jangan
bimbangkan ayah. .kalau dah sampai masanya anak-anak ayah mencari hidup sendiri
pergilah, ayah pandai-lah jaga diri ayah sendiri.Lagi pun ayah dah tua dan ayah
nilelaki tak ada apa yang perlu dibimbangkan.”Ingatkan tadi dia hendak
mengenakan anak bungsunya tetapi dia pula yang terkena.
“Jangan macam tu, bukan sekejap ayah nak
tinggal sorang. Kalau ayah kat rumah nanti ayah tak ada kawan.Tulah adik
cadangkan mama Uwais”. Sambung anak sulong cik gu Nassir secara tak langsung
mengutarakan rancangan mereka malam tadi.
“Ialah
nanti ayah fikirkan, yang sebenarnya ayah masih ingah arwah ibu kamu lagi. Ayah
rasa tak terfikir nak cari isteri untuk gantikan tempat ibu kamu”.
“Jangan
macam tu yah, ibu yang pergi biarlah dia pergi ayah kahwin lain bukan maksudnya
ayah lupakan ibu, hanya ayah mencari teman sementara kita masih hidup kat
duania ni lagi. Kalau ayah ada masa lepas solat sedekahkanlah ibu Al-Fatihah
atau pun Yassin. Lagi pun kalau ayah dah ada teman senang hati kami mencari
kehidupan kami sendiri”.
“Ia
yah kami pula bila dah habis belajar akan cari kerja pula..rasanya dah tiba
masanya ayah cari teman untuk temankan ayah kat rumah ni”.
“Ialah nanti ayah fikirkan”.
“Kalau
ayah fikir sorang-sorang memang tak terfikir yah..kami kan anak-anak ayah
mehlah kita fikir sama-sama. Biarlah kita susah sama susah senang sama senang
kita fikirkan baik buruknya sama-sama..perkara macam ni kena juga kira baik dan
buruknya.”
“Kenapa
nak cepat sangat long..nanti ayah fikir sendiri..perlu ke ayah berteman”.
“Yah!kami
kesian ayah. Ayah akan sorang kat rumah ni nanti kalau kami semua pergi
belajar, lagi pun habis belajar kami nak kena cari kerja.Waktu kami duduk
dengan ayah dah menghampiri tarikh luput yah, kami hanya boleh datang jenguk
ayah kalau ada cuti sahaja.Yang kami risaukan adik ni, dia kata, dia tak nak
pergi jauh kalau ayah duduk sorang, dia lebih rela masuk tingkatan 6 sahaja,
dia nak teman kan ayah”.
“Betul
ke dek?janganlah pasal ayah adik abaikan masa depan adik. Ayah ni dah
tua..bukannya lama lagi hidup kat dunia ni”.
“Yah!!
Cuba jangan cakap macam tu, kami dah lah tak ada ibu, ni ayah cakap macam ni
pulak, sedeh kami ni yah. Kami masih perlukan ayah dan ibu untuk membimbing
kami cara hidup..walaupun sekarang ibu tak ada sekurang-kurangnya kami masih
ada ayah yang jadi pendoman kami sebelum
kami teguh berdiri dan boleh hidup sendiri” .Tersentuh hati cikgu Nassir
anak-anaknya mengasihi dan memerlukan dirinya. Mendengar cara mereka menyatakan
isi hati mereka, cikgu Nassir sedar
anak-anak makin dewasa. Dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang bertimbang
rasa dan berfikiran terbuka.
“Yah!ayah
fikir sebab dah tua ke ayah tak nak kahwin lagi?” Soalan anaknya yang tidak
puas hati kerana jawapanya tadi.
“Macam
tulah..siapa yang nak ayah ni dah lah tak hensem, tua pulak tu..emm kenapa ibu
cepat sangat tinggalkan ayah…daah ayah tak ada teman nak menyampaikan hujung
usia ayah ni”.Ada nada kesal dihujung kata-kata cikgu Nassir.
“Yah!Ibu
yang dah pergi redhakan saja yah..Allah sayang ibu, Dia tak nak ibu menderita
sakit lama sangat..Yah!kalau ada orang yang nak kan ayah..ayah nak ke?..Lagi
pun sementara kita ada peluang tolong orang..kita tolong lah”.
“Ada
orang nak minta tolong ke dek?Siapa yang nak minta tolong? Hai anak-anak ayah
ni ada-ada sahaja…”
“Yang
sebenarnya adik kesiankan Uwais. Mama dia tak ada teman dia akan duduk
sorang-sorang kalau Uwais pergi belajar nanti, dia tukan anak tunggal”.
“Bukan
ke adik kata …atuk Uwais duduk diPengkalan Hulu
ni juga, kenapa mamanya tak duduk
dengan ayah dia”.
“Atuk Uwais dah kahwin lain setelah isterinya
meninggal kat Mekkah dulu, jadi mama dia
tak selesa duduk sekali. Itu sebabnya Uwais tak minta sekolah lepas PMR
dulu.Tapi kalau lepas SPM rasanya terpaksa juga dia tinggalkan mama dia. Kalau
mama dia tak ada teman juga, dia kata nak masuk tingjatan 6 sahaja..tapi lepas
tingkatan enam dia pun terpaksa juga tinggalkan mama dia, dah tak boleh nak
buat macam mana, tarikh dia duduk dengan mama nya dah menghampiri tarikh
luput..” Pandai pula Ahmad Sofian mereka cerita bagi pihak sahabat baiknya
untuk memancing persetujuan ayahnya.
“Itu
sebabnya adik tak minta MRSM juga dulu
tu ye adik ikut Uwais”. Tanya cikgu Mohd Nassir merungkai persoalannya dulu.
Dulu semasa arwah isterinya masih ada,beria anak bungsunya mahu masuk keMRSM
selepas keputusan PMRnya, tetapi setelah keputusan keluar dia mendapat gred
yang sangat baik namun dia bersungguh menolak bila disuruh mengisi borang untuk
ke MRSM.
“Ialah yah..adik ambil contoh Uwais yang
mendahulukan kebajikan mamanya dari dirinya sendiri. Kan uataz cakap kalau kita
berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita Allah akan bagi ganjaran pahala”.
“Uwais
memang patut pun dia buat macam tu, sebab mama dia perempuan tapi ayah ni
lelaki apa nak digaduhkan”.
“Tapi
adik takut ayah menghidap kemurungan, masa tu kan arwah ibu baru sahaja
meninggal, adik takut kalau ayah tinggal sorang ayah asyik fikir ibu sahaja
nanti ayah kena kemurungan pula.”.
Diakhir
perbincangan ayah mereka setuju untuk
menerima cadangan anak-anaknya. Hari itu juga persetujuan ayahnya diberi tahu
kepada sahabatnya.
“Asalammualikum,
abang adik ni”. Waah Sofian sudah tidak sabar hendak menjadi adik diatas kertas
pada Uwais.
“Walaikum
salam bila pulak kau jadi adik aku”.
“Alaah
tak lama lagi lah kau dah Tanya mama tentang rancangan kita tu..ayah dah setuju
dah. Sekarang turn kau pula lah..harap segala berjalan lancer. Is sebelum kau
Tanya mama kau bacalah alfatihah dan alikhlas dulu semoga lembut hati mama nak
terima ayah ye..aku memang mengharap sangat-sangat rancangan kita Berjaya”.
Terdengar keikhlasan hati Sofian hendakkan mamanya menjadi iateri ayahnya.
“In
Syaa Allah kalau dah jodoh tak kemana”.
“Ehh
Is cepatlah Tanya mama. Cepat kita buat
kerja cepatlah dapat kita belajar sama-sama”.
“Ok
dik ok..I’ll try my best…pray for us”.
“Terasa
aku dah jadi adik kaulah Is..semoga kita Berjaya”.
Selepas
menerima panggilan dari sahabatnya Uwais termenung di runag tamu. Dek larut
dalam menung nya Uwais tidak menyedari mamanya yang menghampiri. Hairan Emil
melihat tingkah anak tunggalnya seperti memikir masaalah negara sahaja. Lama
dia memandang belakang anaknya namun kehadiran dirinya bagai tidak disedari.
“Kenapa
bang mama nampak abang macam susah hati..abang ada masaalah ke?. Atau abang
gaduh dengan Pian”.
“Tak
ada apa ma..abang hanya fikir macam mana mama nanti kalau abang dapat belajar
jauh selepas SPM nanti”.
“Jangan
bimbangkan mama. Atuk kan ada, kalau abang risau mama duduk sorang kat rumah ni
malamnya mama tidurlah rumah nenek ngah. Dahl ah jangan bimbangkan mama. Abang
tumpukan fikiran abang pada pelajaran
abang. SPM ni penting bang”.
“Ia
ma abang tahu. Maa! Boleh tak kalau abang nak cakap sesuatu tentang mama”.
“Kenapa
tentang mama?”
“Maa
kalau ada yang nak minta mama jadi isteri dia mama sudi tak”.
“Ehh
siapa yang nak mama jadi isteri dia bang??”.
“Ayah
Pian ma..dia pun duda”.
“Tak
naklah bang, mama dah senang hidup macam ni..kita berdua saja mama dengan
abang..tak serabut kepala nak fikir apa lagi”.
“Kenapa
mama tak nak..sebab ayah Pian tu tak hensem ke?”
“Bukan
macam tu..tapi mama dah selesa hidup macam ni, mama tak perlu fikir apa-apa
lagi. Kalau mama ada suami mama kena fikir pasal tanggung jawab mama. Kena
fikir tentang masak, kena fikir pasal nak balik kampong. Kena fikir tentang
anak-anak lagi. Serabut lah bang”.
“Jangan
macam tulah ma..atau mama masih harapkan papa lagi”.
“Tak
bang.., sejak papa nikah satu lagi mama tak pernah harapkan papa. Sebab mama
memang tak mampu nak kongsi suami. Mama juga tak mahu jadi wanita kejam kalau nak minta papa ceraikan isterinya
sekarang. Abang mesti ingat adik-adik abang yang kat sana tu semuanya masih
kecil lagi. Mereka semua perlukan papa.
Mama minta maaf dengan abang sebab tak boleh nak buat papa duduk dengan kita
macam dulu. Mama minta maaf sangat-sangat.”
“Abang
faham ma..abang pun dah tak kisah papa duduk dengan kita ke tak..tapi abang
risau kalau mama duduk sorang. Abang tak harapkan atuk jaga mama sebab atuk pun
dah tua. Jadi kalau boleh mama terimalah ayah Pian. Walau pun ayah Pian tu tak
kacak tapi dia baik ma. Dia pun akan duduk sorang kalau semua anak-anaknya
pergi belajar ma”.
“Mama
tak pilih kacak ke tak kacak..abang pandai-pandai kata ayah Pian suka mama mana
abang tahu. Baru sekali dia jumpa mama takanlah.”
“Ia
ma! Tadi tu Pian yang call abang dia cakap ayah dia sudi nak jadikan mama
isteri dia”.
“Ehh
apa cerita ni bang..mama macam pelik dengar abang cakap ni”.
“Macam
ni yang sebenarnya..abang dah bincang dengan Pian….”.Belum sempat anaknya
berkata lebih lanjut Emil sudah memintas kata-kata anaknya….
“Nak
jodohkan mama dengan ayah dia? Macam
tu??” Emil kelihatanya naik angin dengan rancangan anaknya.
“Kenapa
abang pandai-pandai buat rancangan”.Suara Emil sudah tinggi kerana dia marah.
“Mama!!
tak apa ma kalau mama tak setuju..tak
apa janganlah mama marah”. Ini satu sifat Uwais tidak suka dirinya dimarahi
sama seperti papanya dia tidak suka pada
bebelan. Emil memandang pada anaknya.Mereka berdua mendiamkan diri.
kesian uwais.... kena marah...mungkin sb emil tak sangka yg anak dia merancang masa depan dia.
ReplyDelete-dibah-
Cikgu nasir cool je dgr cdangan anak2. Emil pulak melenting. Hehe...
ReplyDelete