Bila Uwais diam, Emil juga diam menyebabkan sunyi
beberapa saat diruang tamu rumah mereka. Bak kata orang malaikat lalu.
Tiba-tiba Uwais dahulu memecah kebisuan mereka. Suaranya sengaja di ceriakan..
“Daah nak cuti pertengahan tahun kan ma ertinya 6 bulan lagi daah nak SPM, kalau nak dikira
umur abang dah 17 tahun, dah besar abang
kan ma. Ma! Mama perasan tak abang dah besar ma”. Uwais ceria memulakan cerita
memancing mood mamanya.
“Mahu tak besar dah lebih tinggi dari mama. Dulu kita
kongsi pakai selipar sekarang dah tak
boleh dah, selipar abang dah lagi besar dengan seliper mama.”. Keh..keh dua
beranak bercerita santai diruang tamu..mengimbau masa lalu.
“Bang.. mama masih ingat
lagi masa abang masuk darjah satu, ni dah tingkatan lima, dah
dipertengahan tingkatan lima pun..abang dah cukup bersedia ke dengan SPM ni”.
“Dahlah sikit-sikit ma”.
“Abang rasa abang nak pergi mana lepas SPM nanti”. Soal
Emil ingin tahu perancangan anak tunggalnya yang sudah panjang mengalah. ‘Haa
Dah masuk ‘line’’ detik hati Uwais SUKA.
Namun sukanya hanya didalam
hatinya sahaja tak boleh tunjuk. Jika sampai terkesan dek mamanya mahu dia melenting sekali lagi.
Itu umpan yang sebenarnya tadi. Mula-mula dia mahu mamanya ceria dulu..kemudian
barulah dia meneruskan misi memujuk hati mamanya supaya dapat menerima
cadanganya. Dia mesti bijak menghulur umpan,
dia mahu mamanya bertanya tentang arah tujunya selepas SPM, itu umpan paling berkesan untuk memerangkap
mamanya.
“Abang rasa nak masuk tingkatan 6 sahaja lah ma. Pada
abang selagi abang boleh jaga mama, abang akan jaga lah”.
“Apa abang ni..kenapa nak masuk tingkata 6 sahaja”.
“Tak apa lah ma, masuk tinggkatan 6 dapat sijil STPM
dikira abang dah ada diploma apa. Kalau abang minta kerja dengan sijil STPM
takan tak dapat kut”.
“Baang apa tujuan abang ugut mama macam ni..abang suruh
mama terima ayah Pian tu ke?”.
“Mana ada abang ugut..abang cakap betul apa, STPM tu
setaraf dengan diploma ma. Sijil tu susah nak dapat, orang kata sjil STPM ni di ikhtiraf diluar
negara”.
“Bang jangan lah buat mama macam ni. Kalau abang masuk
tingkatan 6 sahaja, papa akan salahkan mama nanti. Abang tahu tak abang tak
minta MRSM pun papa salah kan mama tau”.
“Apa pulak nak salahkan mama, memang abang yang tak mahu
keluar dari Pengkalan Hulu ni ma. Pada abang, kat sini pun kita boleh hidup
dengan selesa. Barang murah pun banyak. Nak makan buah, buah-buahan pun banyak
kat sini, nak yang murah beli saja buah dari Siam, beras Siam, baju Siam
semuanya dari Siamlah. Semuanya tu pun murah. Tak ada apa yang nak digaduhkan
semua nya ada kat tempat kita ni ma”. Emil tahu anak sudah nekad jika dia tiada
suami maka anaknya tidak akan keluar dari kampong mereka. Akhirnya dia
mengalah.
“Bang sebenarnya mama bukan tak mahu terima ayah Pian tu,
tapi mama takut dia tak mahu kat mama kalau dia tahu siapa mama. Sesiapaun
kalau mereka tahu siapa mama orang tak nak mama ni bang. Abang tahu tak apa
tanggapan orang terhadap seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya..lagilah
kalau orang kenal siapa papa, tenguk fizikalnya sahaja orang pun tahu papa tu.
Lembut, bersopan, cakap pun tak pernah tinggikan suara. Papa abang buka jenis
pemarah orangnya. Tapi kalau orang jumpa mama mesti orang akan kata mama ni
garang, cerewet , qeen control, sifat-sifat ni memang seorang suami tak tahan.
Orang akan kata kalau mama ni seorang isteri yang baik tentu dia tidak
diceraikan oleh suami sebaik papa”.
“Tapi yang minta cerai dulu kan mama. Mama minta cerai
kerana tak sanggup dimadu”.
“Itu kita sahaja yang tahu..orang lain tak tahu”.
“Oklah! apa kata
mama jumpa dulu ayah Pian terangkan siapa diri mama, kalau ayah Pian memang
tolak mama, abang puas hati dan memang muktamad abang akan tunggu mama. Abang tak akan keluar
dari Pengkalan Hulu ni, abang akan cari kerja disini ma”.
“Abang ugut mama ke? Kalau ayah Pian tak suka, takkan
mama nak paksa”.
“Mana ada abang tak ugut mama. Jaga mama tanggung jawab
abang ma. Tanggug jawab seorang anak lelaki yang akan melindungi mamanya. Mama
mana ada lagi anak selain abang ma”.
“Tapi mama tak boleh paksa ayah Pian untuk terima mama kalau dia tak
suka kat mama”.
“Itulah abang kata, mama jumpa dia dulu bincang dan
terangkan siapa mama. Kalau mama dah buat macam tu dan dia tak terima abang puas
hati. Bab belajar kat mana kita bincang kemudian..ok ma, mama jumpa ye”.
Sungguh licik Uwais dengan rancanganya. Emil tidak dapat mengelakkan diri lagi
dari mengikuti sahaja kehenadak anak tunggalnya.
“Oklah.. Jadi bila mama boleh jumpa dia ni.” Malas sahaja
suara Emil menyetujui rancagan anaknya. Uwais mengeluarkan telefon bimbitnya
dia mula menghubungi Sofian untuk melangkah kemisi seterusnya. Emil hanya
memerhati dan mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.
“Assalamulaiakum…ok, bila..kat mana..ok. Nanti aku cakap
dengan mama aku. Rasanya free”. Apa saja yang diperkatakan oleh Uwais, Emil
tidak memahami, dia hanya menunggu sehingga Uwais habis berbual dengan Sofian.
“Mama!! kata Sofian ayahnya ajak mama jumpa malam ni. Kat
restoran semalam. Lepas Isyak”.
“Kenapa cepat sangat bang”.
“Ayah Sofian kata sementara abang dan kakak-kakak dia
masih bercuti.. mereka nak berbincang sama-sama ma..Jadi ye ma malam ni, nak
abang teman kan ke, atau mama pergi sorang”. Lembut sahaja Uwais berkata.
Tetapi Uwais sememangnya berjenis lelaki yang sentiasa ‘cool’. Dia kelihatan
seorang yang sabar dan tenang seperti papanya.
“Abang rasa macam mana..mama nak pergi sorang ke atau
abang ikut sekali”
“Rasanya elok mama pergi sorang, abang nak pergi rumah
atuk baca Yassin”.
“Habis kalau atuk tanya nanti abang nak jawap apa”.
“Kan mama uzur abang akan cakaplah mama uzur”.
Sememangnya dia sedang uzur ketika itu. Emil menyedari sememangnya anak sudah
cukup dewasa untuk berfikir, mungkin ada baiknya dia menerima cadangan anak
tunggalnya yang kelihatan sudah berfikiran matang malah terlebih matang jika
diukur dengan usianya.
Seperti yang dijanjikan
Cikgu Emil Atilia dan cikgu Mohd Nassir bertemu diRestoran Tasik untuk
membincangkan hal yang diminta oleh anak-anak mereka.
Mereka hanya bertemu berdua sahaja.Tujuan utama hanya
untuk berbincang dari hati kehati. Dan pertemuan itu juga di adakan di hujung restoran
dikawasan tasik tempat mereka makan semalam. Hanya semalam mereka makan sekeluarga tetapi malam itu hanya merke berdua sahaja. Ketika itu cikgu Nassir yang tiba dulu. Ketika cikgu Nassir melihat kelibat
Emil yang seperti tercari-cari dia mengangkat tangan sambil melambai.
Kedatanganya diiringi dengan pandangan mata cikgu Nassir dengan detik... ‘Ahh cantik sangat mama Uwais ni mahu ke
dengan aku ni yang dah lah gemuk pendek pula’. Semalam dia tidak bersungguh memerhati Emil kerana dia malu dihadapan anak-anaknya.
“Assalamualaikum”..sapa Emil sambil menarik kerusi untuk
duduk dihadapan cikgu Mohd Nassir.
“Walaikumsalam”.Cikgu Nassir menghulur senyum ikhlas. Bertemu
kali pertama dulu dia pandai beramah. Pertanyaan kelur dari bibirnya lancar bila
diketahui itu adalah mama pada kawan baik anaknya merangkap anak murid
disekolahnya juga.Tapi ketika itu dimatanya, Emil juga ramah kerana dia juga
bertanya itu ini kepada dua ornag anak daranya. Kelihatanya Emil kemaruk mahu bercerita dengan kamu
sejenisnya. Mungkin Emil tidak mempunyai anak perempuan itu yang segala tajuk
berkenaan wanita keluar dari mulutnya.
“Kita datang sini dengan tujuan kan cikgu..jadi kita
teruslah kepada tujuan kita lah”. ‘ Waah
Nampak garanglah pula cikgu Emil ni’ detik cikgu Nassir. Dia pula sudah
lupa mahu memperatikkan kata-kata lembut memikat dengan seorang wanita.
Entahlah skill untuk mengurat dah berkarat dan tidak pernah terfikir mahu
mencari pasagan walaupun sudah dua tahunlebih arwah isterinya pergi
meninggalkan dirinya.
“Ok boleh juga, cepat kita menemui kata sepakat cepatlah
kita balik..tapi kita oderlah dulu sambil makan sambil kita berbincang”.
“Hssy mana boleh makan sambil bercakap cikgu”. Bantah
Emil. ‘Makan sambil bercakap, nanti menyembur-nyembur
makan yang sedang dikunyah buat malu sahaja detik hati Emil pula.
“Hssy cikgu..cikgu awak panggil saya..awak tu cikgu
juga”..
“Tak apalah sementara kita nak berbincang ni..saya
panggil cikgulah, awak pun kalau nak panggil saya cikgu pun tak apa juga”. Waah
dah ada selesa mendengar bicara cikgu Emil detik hati cikgu Nassir.
“Ok..saya pergi buat order dulu ye..cikgu nak makan
apa”.
“Saya rasa kita bincang dululah..” Bantah Emil lagi. Dia
sebenarnya mahu cepat pulang malu berkampung dihatinya.
“Saya takut kalau kita bincang dulu, kata sepakat tidak
menyebelahi apa yang ada di hati kita, mahu kita tak lalu nak makan. Nanti kita
balik dengan perut yang kosong, mahu satu malam tak boleh tidur kerana perut
berbunyi sepanjang malam”. Meletus tawa Emil, namun cepat ditahan dengan menutup
mulutnya. Hanya badanya sahaja bergoyang sedikit kerana tawa yang tertahan. Dia
merasa sangat lucu dengan kenyataan cikgu Nassir..memang lawak lah cikgu Nassir
ni.
“Yang sebenarnya apa yang cikgu harapkan, ikut cakap
anak-anak atau ikut kata hati kita sendiri”. Emil memulakan perbincangan secara
tak sedar. Cikgu Nasir tidak jadi membuat tempahan makanan, dia menyelesakan
duduknya mengadap Emil sambil memandang tepat kewajah putih bersih milik Emil Atilia. Emil tidak bersolek. Hanya kelihatan sedikit lipstick yang terolis
dibibirnya menampakkan bibirnya berwarna merah jambu. Tudungnya pula hanya
tudung sarung yang ringkas.
“Sebelum saya memperkatakan apa yang saya harapkan, saya
nak bagi tahu diri saya dulu, untuk cik gu menilai saya beberap minit ni.
Mugkin setelah mengetahui siapa saya, cikgu
boleh memberi jawapan ye atau pun tidak. Jawapan yang akan menentukan
kita jadi siapa di masa hadapan ”.
“Kalau macam tu oklah, lepas cikgu cerita tentang diri
cikgu nanti saya pula beri tahu diri saya pula”.
“Cikgu Emil tahukan saya ni balu beranak empat, umur pun
dah nak sampai angaka 50 tahun depan. Dari segi fizikal pula entahlah sedap
kemata yang memandang, kalau perut pun dah terlebih kedepan macam ni. Lebih dari
orang perempuan mengadung sembilan bulan..” Ada gelak lucu antara keduanya
mendengar kenyataan cikgu Nassir. Walau pun kenyataan cikgu Nassir mengatakan
perutnya seperti perempuan mengadung Sembilan tetapi tidaklah hingga begitu
hanya besarlah sedikit dari perut lelaki yang masih muda. Itu sudah menjadi
kebiasaan bila umur sudah bertambah badan pula berisi sedikit..tetapi yang
heran perut tulah yang kelihatan dulu.
“Ada ke cikgu cakap macam tu, itu satu kebiasaan kalau
umur dah meningkat. Kalau boleh saya tahu isteri cikgu meninggal kerana apa.” Emil
menjadi faham bila cikgu Mohd Nassir mengatakan dia balu ertinya dia kematian
isterinya.
“Kena barah usus. Tak lama kami mengetahui dia ada kaser
ususnya, rasanya tak sampai setahun. Rupanya kaser tu dah ditahap 4. Pada awalnya
dia sihat sahaja tak menunjukkan pun dia ada penyakit. Tapi bila suatu masa dia tak boleh makan dan tak boleh nak buang
air besar. Saya bawa dia ke klinik biasa sahaja. Sebab bab buang air besar ni
dia dah biasa tidak ‘membuang’
tiap-tiap hari. Kadang-kadang tu sampai hampir lima hari dia tak buang air
besar.”
“Ohh. Memang dari muda lah dia macam tu”.
“Saya bawa di ke klinik sebab dia tak boleh nak makan
saya ingatkan dia mengadung. Di klinik kami ceritakanlah masaalah dia, masa tu doctor beri ubat nak lawaskan buang besar
sahaja. Bila ubat dah habis penyakitnya masih tak berubah macam tu juga, saya keklinik lagi nak
sambung ubat, tapi doktor kata ubat nak lawaskan buang air tu tak boleh nak
makan selalu, nanti perut kita jadi malas. Kami dinasihatkan pergi hospital,
saya kehospital untuk rawatan biasa, tapi tak ada perubahan juga. Akhirnya
arwah dirujuk kehospital pakar. Barulah dapat tahu dia mengidap barah usus. Berusha
kami mengubat barahnya. Makan ubat hospital dan makan juga ubat-ubatan lain, tapi barahnya makin merebak dari barah usus merebak ke rahim kemudian keparu-paru
pula. Masa doctor kata kemungkinan hidupnya hanya tinggal 6 bulan rasa gelap
dunia ni”.
“Ohh doctor kata macam tu”.
“Tapi sempat juga arwah buat dua kali rawatan kimoterapi. Rupanya kimoterapi ni siksa sungguh.
Saya yang menyaksikan sendiri betapa dia menderita selepas selesai rawatan kimo
dia. Pada rawatan kimo yang kedua dia sudah tidak mampu menanggungnya.
Saya masih ingat lagi kata-katanya balik dari kimo keduanya. Dia kata dia dah
sihat dan tidak akan ada lagi rawatan kimo yang seterusnya tetapi suaranya
bagaikan tidak keluar dari kerongkong. Masa tu saya gembira, sebab dia sendiri
merasakan dia dah sihat. Ialah pada saya tentulah dia tahu keadaan dirinya
sendiri, dia merasakan dirinya bertambah baik.Tetapi rupanya kimo itu kimo
terakhirnya kerana keesokkan harinya dia kembali kepada Rahmatullah”. Ketika
cikgu Mohd Nassir menceritakan pengalaman bersama arwah isterinya matanya
berkaca-kaca dengan suara sebak.
“Sedeh juga kehidupan yang cikgu lalui ye, ditinggalkan
orang yang paling rapat dengan kita. Saya bayangkan kalau cikgu rindu tak tahu
nak pergi mana nak
melepaskan rindu kita, sebab orang yang kita sayang dah tak boleh kita jumpa
didunia ni lagi”.
“Betul cikgu kata, masa mula-mula dulu kalau saya
rindukan dia, saya pergi pusara dia, pujuk hati sedekahkan dia Yassin atau pun
sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah. Tujuan saya ke pusara dia hanya nak tunjuk pada mata ni, biar mata ni nampak
yang dia tu dah tak ada kat dunia ni. Yang sebetulnya susah betul hati ni nak
menerima kenyataan..”. Cikgu Nassir menekapkan tanganya kedada menunjukkan
tempat hatinya.
“Ohh macam tu cara cikgu pujuk hati cikgu, sekarang ni ke
cikgu masih rindukan arwah lagi..”
“Rindu juga tapi tidak sekuat masa di mula-mula dia pergi
dulu. Ialah sambil kita duduk kita terbayang apa yang dilaluinya sebelum dia
meninggal dulu, saya melihat sendiri
betapa dia menderita menanggung lapar kerana tak boleh nak masuk makanan dalam
perut dia. Kalau dia makan dia kan muntah kembali. Kemudian setelah disahkan
mengidap kanser arwah dikehendaki
menjalani rawatan kimoterapi, lepas
rawatan kimo tu dekat seminggu dia lemah tak berdaya, sampai kadang-kadang nak
angkat tangan dia sendiri pun tak berdaya. Dua kali dia buat kimo saya nampak dia
serik sangat. Hati suami mana tak sedeh bila melihat isteri macam tu.. saya kesihan
melihat dia menderita macam tu. Untuk apa dia panjang umur kalau dia menanggung
derita. Saya relakan dia pergi itu lebih baik. Dia akan hidup dalam kenangan
saya.. Dia diambil mengadap Nya ketika umurnya 45 tahun. Sesungguhnya kematian adalah yang terbaik untuk dia. Saya jadi redha”.
“Ohh muda lagi arwah isteri cikgu tu”.
“Dia muda 3 tahun dari saya”.
“Tapi kalau awak kahwin lain sudah pasti cikgu akan
terlupa pada dia”.
“In Syaa Allah tidak. Kami ada anak. Anak-anak kami mengingatkan saya akan kehadiran dia dalam
hidup saya suatu masa dulu. Itulah yang saya nak sampaikan pada awak Emil. Kalau awak setuju jadi isteri saya, saya
masih ada kenangan bersama arwah isteri saya.Terus terang saya katakan, saya tak mampu memadam kenangan bersama arwah
isteri saya. Awak sanggup ke?”.
“Saya fahan keadaan cikgu, kenangan pada insan yang
mula-mula kita memulakan hidup memang susah nak dilupakan apatah lagi bercerai
mati. Bercerai ketika hati masih sayang ialah bercerai tak bergaduh. Bab sanggup tu nanti kita bincangkan. Sekarang ni saya pula nak cerita kisah saya
dan lepas tu cikgu boleh letakkan saya dimana dalam hidup cikgu. Saya ni janda anak satu. Janda ertinya suami
saya masih ada lagi dan masih diPengkalan Hulu ni. Saya masih bertemu dengan
bekas suami bila dia ambil Uwais. Pertemuan ni tak boleh nak dielak bila kami berjanji
akan mengilirkan cuti Uwais sekejap dengan saya dan sekejap lagi dengan dia.
Cik gu tahu tak kenapa saya bercerai?..”
“Ceritalah kenapa sampai bercerai”.
“Sebab saya tak mampu hidup bermadu. Tak mampu bila
memikirkan suami saya memeluk perempuan lain selain saya dan tak mampu
memikirkan kasih suami saya berbahagi-bahagi dengan wanita lain”. Cikgu Nassir
memandang Emil yang kelihatan garang bila bercerita bab bermadu dan bekas
suaminya.
“Cik gu nak tahu kenapa saya dimadu”…
“Boleh juga, kenapa?..” ada rasa lucu dihati cikgu Nassir
dengan tingkah Emil yang menyuruh dirinya bertanya..kalau nak cerita ceritalah
tak payah nak bertanya bagai gerutu hati cik gu Nassir.
“…sebab saya tak pandai mengambil hati mak mertua, dengan
kata lain saya sombong dengan mak mertua saya dan yang kedua saya tak mampu
memberi anak lebih dari Uwais kepada keturunan bekas suami saya. Jadi cikgu
mampu ke menerima saya sebagai isteri kalau itu yang menyebabkan saya
berpisah.”
“Untuk yang pertama bab tambah isteri memanglah tidak.
Kalau tak menjadi kesalahan apa yang
saya nak katakana ni, saya menerima cikgu Emil kerana anak-anak saya
nakkan saya berteman. Selama ni Sofian
ada teman kan saya kat rumah. Bila mengenang tidak lama lagi Sofian juga akan
keluar belajar dan anak-anak lain bekerja mereka meminta saya mencari teman
dulu, sebolehnya sebelum Sofian menduduki SPMnya nanti. Walaumacam mana pun saya
bersyukur sangat dapat anak-anak yang memikirkan kebajikan saya. Untuk bab yang kedua emak dan ayah saya dah tak ada lagi, kiranya saya
ni anak yatim piatulah, tapi saya masih berhubungan dengan bekas emak mertua
saya. Dan yang ketiga saya tak mengharapkan sangat anak kerana tara-tara umur
saya ni, rasa dah tak sanggup bangun malam nak buat susu anak. Awak masih nak
anak lagi ke?”.
“Tak lah nak anak, kalau ada rezeki terima, kalau tak ada
cukuplah Uwais sorang. Lagi pun betul kata cik gu tara-tara umur saya ni, saya
dah malas nak melayan anak kecil”.
Setelah selesai cerita mereka mereka mendiamkan diri beberapa minit, mungkin
memikirkan apa yang patut mereka ambil setelah mendengar cerita dari kedua
belah pihak..
“Jadi apa keputusan perbincagan kita, sudi ke awak terima
saya jadi suami, dah lah tak hensem anak yatim piatu pula tu”. Mereka sama-sama
ketawa mendengar kata-kata cikgu Nassir. Cik gu Nassir berkata lucu untuk menghapus
kekok antara mereka. Pada Emil dia terhibur dengan kata-kata cikgu duda
dihadapanya.
“Yang sebetulnya saya yang tanya
macam tu, sebab saya ni perempuan, lelaki sepatutnya lebih bebas memilih
yang terbaik untuk dirinya..”
“Saya sudi saja, cikgu macam mana?”
“Saya sebenarnya dah malas hidup berdua..tapi bila
mengenangkan Uwais saya jadi serba salah. Yang sebenarnya macam ni, dulu
selepas keputusan PMRnya dia tak minta sekolah lain kerana dia bimbangkan saya
tinggal sorang. Bekas suami saya salahkan saya. Dan sekarang kerana bimbangkan
anaknya yang mungkin tak nak pergi belajar kerana bimbangkan saya, dia ajak
saya rujuk pada dia. Saya serba salah..Tapi untuk saya kembali pada
dia itu tidak mungkin sebab saya tak mampu”.
“Tak mampu apa? Cik gu terpaksa tanggung…” perkataan
cikgu Nassir tidak sampai kepenghujungnya. Dia tidak mahu meneka..
“Saya tak mampu bermadu”. Cikgu Nassir memandang kewajah
sayu Emil dan ketika itu juga Emil memandang kearahnya.
“Tapi kalau memang bekas suami masih sayangkan cikgu dan
dia lepaskan isterinya yang sekarang ni, cikgu nak lagi pada dia?”.
“Saya tak kejam
cikgu, isteri dia dah lahirkan
tiga anak untuk dia dan isterinya tu tak kerja. Saya memang tak galakkan dia
menceraikan isterinya kerana saya. Kalau dia buat juga macam tu, saya tak akan
terima dia langsung. Sebab apa saya cakap macam ni sebab kalau dia boleh buat
isterinya macam tu, dengan saya lagilah.. saya ni hanya lahirkan sorang sahaja
anak untuk dia. Bila-bila masa dia boleh buat macam tu dengan saya. Entahlah
yang sebetulnya hati saya dah tertutup untuk dia. Saya baik dengan dia kerana
anak sahaja. Kalau nak ingat kisah lama, sebut nama pun saya malas. Malas nak
mengingat apa yang dia buat dibelakang saya. Sakit hati bila di tipu macam tu”.
moga dpt merasa nasi minyak cikgu emil dn cikgu nassir
ReplyDelete-dibah-
masing2 boleh terima kisah lalu. Senang nak bina masa dpn bersama. Pasti ayah emil pun akan beri nasihat yang baik2. Sian cikgu latif. Gigit jari ler...
ReplyDelete