Mak teh tak sempat semak sebab internet on off on off sahaja.
Dua orang wanita bergegas
bangun menjenguk ke keluar rumah, bila sebuah kereta kancil putih masuk
keperkarangan rumah kampong rumah Puan Rubiah. Mereka hanya memerhati dari
dalam rumah, grill rumah pun masih berkunci. Sekarang ini janagn dibuat main
harus berhati-hati selalu.Kes rompakkan menjadi-jadi, disiang hari pun penjenayah
berani melakukannya.Kejadian berlaku bukan hanya dibandar-bandar sahaja di
kampong pun orang sampai hati melakukanya.Tidak tahu siapa yang hendak
disalahkan kadang mereka terdesak melakukan demi untuk perut anak isteri dan
kadang itu kerana tembolok sendiri.
Mereka memerhati lagi orang
yang keluar dari bahagian pemandu, sah memang orang yang tidak dikenali.
Kemudian orang itu bergesa kepintu penumpang
untuk membantu penumpangnya membuka pintu. Penumpang lelaki ke perempuan, tua ke muda,
yang sampai mahu dibantu untuk membuka pintu. Kalau perempuan muda, tentu buah
hati yang sangat disayangi oleh silelaki hingga begitu ‘gentlemen’ bekejar tolong membukakan pintu.Detik hati dua wanita
yang terjengah-jengah didalam rumah, sambil memendang perilaku orang yang
diluar rumah.
Orang yang hendak keluar
kereta sudah menghulur sebelah kaki dan sah dia seorang lelaki, kerana
kelihatanya dia memakai kasut lelaki dan berseluar panjang. Bila lelaki yang
menjadi tanda tanya tadi, betul-betul diluar kereta dia berdiri sambil
bercakap-cakap barulah mereka
mengenalinya…
“Ehh kenapa pula siLatif tu
Zila”. Kini giliran Puan Rubiah pula bergesa mencari kunci pintu grill. Dia
mahu segera mendapatkan anak lelaki tunggalnya yang kelihatan lain dari dia
pergi menghantar cucunya pagi tadi. Mana tak lainnya, tangangnya sudah
dikendung dengan kain anduh.Dia pula dibantu seperti orang sakit ketikla
dikeluar dari kereta tadi, dan sekarang jalkanya pula berpapah.Terbuka sahaja pintu
grill bekejaran Puan Rubiah menerpa anaknya.
“Kenapa ni Tif”. Bila dia
sampai sahaja dihadapan anaknya terus sahaja fizikal anaknya dibelek. Hasil
belekkan dia mendapati mata dan bibir anaknya bengkak dan pipi dan hidungnya
ada sedikit calar.
“Kenapa ni Tif kamu
kemalangana ke?”
“Ia mak saya kemalangan
sikit saja ni..Muaz jomlah masuk”. Abdul Lati mnjemput orang yang menhatarnya
pulang masuk kerumahya. Orang berbudi kita berbahasa walau dalam keadaan apa
sekali pun kalau dah orang menghulur budi, sebaiknya kita berbuat baiklah
kepada nya.
“Tak payah lah Tif aku nak
cepat ni..kereta kau tu nanti kalau dah siap aku call. Tapi rasanya tak boleh
nak buat cepatlah ye”.Latif sudah bertukar tangan, kini emak dan isterinya
memapah kiri dan badannya.
“Tak apa Muaz lambat pun tak
apa, tengah cuti sekolah ni aku pun tak pakai sangat kereta. Muaz terima kasih
banyak- banyak. Tapi kau ingat apa yang akau pesan tadi ye.”
“ In Syaa Allah, ok
assalamualaikum jaga diri”.
“Terima kasih, waalaikumsalam”.Muaz
berlalu pergi bersama Kancil putihnya. Abdul Latif dibantu oleh emak dan
isterinya masuk kedalam rumah.
“Apa yang abang pesan kat
orang tadi tu”.
“Kereta abang tu jangan
ditambah sana sini, nanti abang tak mampu nak bayar. Betulkan mana yang rosak
sahaja, janji boleh berjalan jadilah”.Betul ke itu yang dipesankan oleh Abdul
Latif pada sepupu bekas isterinya.
“Macam mana yang boleh
kemalangan ni Tif. Kamu tak tenguk jalan ke?Kamu tak berhati-hati ke, haai.” Soal
emaknya bertalu-talu, tidak mampu dijawab oleh Abdul Latif.
“Benda nak jadi mak, nak
buat macam mana”.Dia sudah didudukkan oleh isteri dan emaknya di sofa ruang
tamu.
“Zila pergi ambil air batu, tuam
sikit bengkak bibir suami kamu ni. Ada luka tak Tif”.
“Tak ada rasanya mak. Hanya
melecet kat lengan ni sahaja”.Latif menunjukkan bahagian yang melecet di tangan
yang sedang di kendungnya dengan kain anduh.
Tadi semasa dia keluar dari
perkaranag masjid hatinya masih melayang. Entahlah satu tamparan dalam jiwanya
bila mendengar berita Emil mahu menamatkan zaman jandanya. Dalam masa memandu walaupun
jasadnya didalam kereta namun fikiranya melayang entah kemana, dia tidak sedar
keretanya keluar dari jalan lalu mengelunsur laju kedalam longkang ditepi
jalan. Oleh kerana tembing dan longkakang agak dalam, menyebabkan keretanya terbalik. Akibatnya
bahunya terkehel dan kepalanya terhantuk. Rasanya tiada kecerdaan lain dibadanya
tetapi keretanya perlu dibaiki. Kebetulan pula Muaz dan anak buahnya melalui
jalan itu, sekembalinya dengan menunda sebuah kereta pelangganya.
Puan Rubiah membantu menuam
mata dan bibir anaknya yang bengkak akibat terhantuk.
“Kamu dah makan Tif”.
“Belum mak, makan pagi tadi
sahaja”.
“Zila kata, Emil masakkan
kamu nasi briani gam itu sebabnya kamu lambat balik”.
“Mana ada mak, saya tak
singgah pun, turunkan Uwais kat jalan masuk rumah nenek ngahnya sahaja.”
“Zila kamu siapkan makan
suami kamu ni, dah Asar ni suami kamu tak makan lagi ni”. Zila kedapur
menyediakan makanan untuk suaminya.
“Kamu dah pergi kelinik Tif?
kena tenguk kepala ni Tif, takut kalau ada apa-apa nanti..”. Sambil menuam
anaknya tidak berhenti mulut Puan Ruabih menceceh.
“Dah pergi klinik tadi mak, kepala
ni tak ada apa-apa, tak rasa ada yang bengkak pun.Hanya badan lah rasa
sakit-sakit, mungkin bergegar tadi”.
“Siapa yang bawa kamu pergi
klinik?”
“Muaz yang bawakan. Alhamdulliah
dia lalu kat jalan yang saya kemalangan tadi, dialah yang tolong semuanya.”
“Siapa Muaz?”
“Orang hantar saya tadi
tulah Muaz”
“Oh, Kamu kenal dengan budak yang hantar kamu tu tadi? Bekas
anak murid kamu ke? tapi nampaknya macam lebih kurang kamu sahaja umurnya”.
“Dia bukan anak murid saya, dia
tu sepupu Emil. Dia ada bengkel kereta”.
“Ohh yang tadi tu sepupu
Emil. Kamu jumpa Emil tadi?”.
“Tak
mak,kan saya kata tadi saya turunkan Uwais kat jalan rumah nenek ngahnya. Tapi Uwais
ada cerita tadi Emil dah nak nikah minggu depan.”
“Kamu
kemalangan ni sebab dengar Emil nak nikah semulalah ni”. Abdul Latif hanya mendiamkan dirinya sahaja, tiada jawapan
untuk soalan emaknya, tetapi ada riak sedeh dimatanya. Zila menelinga dibalik dinding dapur, telinganya panas begitu
juga dengan hatinya.Yang sebenarnya mendengar perbualan emak mertua dan
suaminya mengenai bekas madunya hatinya rasa tersiat. Suaminya kemalangan kerana
berita jandanya nak nikah sekali lagi, itu yang menyiat hatinya.
Begitu
hebatnya Emil memberi kesan dalam kehidupan suaminya, walau pun sudah enam
tahun perceraian mereka, namun suaminya masih tidak dapat melupakan
jandanya.Tiba-tiba hatinya jadi sangat sakit.
Bila keadaan sunyi tiada percakapan antara emak mertua dan suaminya dia
memunculkan diri mengajak suaminya makan. Wajahnya kelihatan tenang sahaja
tetapi tidak hatinya didalam.
“Bang!!jomlah
makan nasi dah siap Zila hidang tu”. Abdul Latif dibantu bangun oleh isterinya
untuk kemeja makan. Abdul Latif mula menyuap nasi, perutnya lapar namun
seleranya bagai tertutup, tidak habis nasi dipinggan walaupun hanya sesenduk
nasi disendukkan kedalam pinggan, dia sudah mula menolak pinggan nasinya.Perbuatanya
hanya diperhatikan oleh isterinya yang menemaninya dimeja makan. Matanya
memandang hatinya berbisik, dia tahu
suaminya tak lalu makan bila teringat jandanya nak nikah lagi. Makin
panas hatinya.
Nasi
dipinggan yang tidak habis dibiarkan. Abdul
Latif mengagahkan diri mengangkat diri untuk berdiri. Sebab geram Zila tidak
membantu suaminya bangun ketika itu, dia hanya memandang dengan pandangan yang
tiada perasaan.
“Abang
nak mandi nak solat Asar. Zila nak sama solat dengan abang ke?” Setelah dapat
dia berdiri, sebelum melangkah sempat dia bertanya kepada isterinya yang seakan
termenung memerhatikan dirinya. Zila seperi baru tersedar.
“A..aa..Pergilah
abang mandi dulu kalau dah siap, solatlah dulu, Zila nak kemas ni”.
Ketika
Zila masuk kebilik dilihat suaminya sedang menadah tangan membaca doa. Tadi
sengaja dia melambat-lambatkan kerja berkemas,malas dia mahu menjadi makmum
suaminya. Hatinya sakit dengan tingkah suaminya yang masih menyimpan ‘rasa’ pada bekas isterinya. Untuk apa
dia menjadi makmum suaminya jika hatinya tidak berhenti mengutuk dan mengata
suaminya didalam hati. Itulah NorFazilah orang berebut mahu solat berjemaah
yang dijanjikan pahala berganda dari solat sendirian, tetapi dia menolak kerana
hatinya sakit. Langkah Abdul Latif tertahan dari melangkah dek suara isterinya
yang duduk dibirai katil. Dia belum lagi berwudu’, namun tangan suaminya tidak
juga disalami. Dia berbuat begitu juga sebab hatinya yang sakit.
“Bang
rasanya esok pagi Zila nak pergi juga rumah abang Leman”.
“Macam
mana nak pergi kereta abang kat bengkel Zila”.
“Tak
apalah Zila boleh naik bas”.
“Kan
abang tengah sakit ni, tak mampu rasanya abang nak duduk lama dalam bas. Bahu
abang ni rasa berdenyut”. Selesai solat Abdul Latif mengenakan sekali kain
anduh untuk mengantug tangan yang terkehel tadi.
“Sakit
abang tu, abang yang cari sendiri, tak ada kena mengenanya dengan Zila. Salah
abang kan, yang abang berangan ingatkan janda abang tu kenapa?kan dah sakit,
kereta lagi sakit, duit melayang sebab hati abang sakit ingatkan janda abang
tak sudah-sudah”. Zila mula mengungkit. Latif hanya mendiamkan dirinya sahaja
jika dilayan akan makin menjadi-jadi leteran isterinya, menambahkan lagi sakit
fizikal dan mentelnya yang sedia sakit. Yang sebenarnya Abdul Latif menyedari
api kemarahan isterinya dari dimeja makan tadi. Entah apa yang dimarahan dia
pun tidak tahu, mungikn ada bersangkutan dengan Emil. Mungkin dia menyesyaki
dia bertemu Emil kerana yang menghantarnya pulang adalah sepupu Emil. Atau pun
dengan menyebut nama Emil sahaja hatinya jadi marah. Dia memang tidak dapat
menduga apa yang ada dihati isterinya NorFazilah.
“Esok
Zila balik sendiri sahaja, abang tak payah ikut. Anak-anak pun tak payah ikut.
Kalau Zila balik naik bas mungkin Zila duduk sana dua tiga hari. Kalau
anak-anak ikut susah nanti, rumah abang Leman bukannya cukup bilik”.
‘Kalau
dah tahu macam tu kenapa nak jenguk juga abang dia tu. Kan menyusahkan orsang’.
Abang
Leman yang disebut oleh NorFazialah adalah abang sulongnya. Rumah mereka hanya
rumah kampong dipinggir pekan Tanjung Rambutan. Mereka bukan orang berada,
Sulaiman hanya bekerja sebagai pembantu Am di Hopital Tanjung Rambutan dan
isterinya hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa sahaja, tetapi untuk menambah
pendapatan suaminya dia membuat kueh untuk dijual digerai.
“Suka
hati lah Zila. Apa yang Zila suka buat, buat lah”.
“Zila
tak akan buat macam ni, kalau abang tak sakitkan hati Zila”.
“Entahlah
Zila, abang tak tahu macam mana abang sakitkan hati Zila”.
“Yang
sebetulnya dari dulu lagi abang tahu perkara itu menyakitkan hati Zila tapi
abang buat-buat tak tahu sahaja”. Abdul Latif hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia
memahami apa yang cuba disampaikan oleh isterinya. Bagi Abdul Latif dia tidak menyalahkan isterinya
NorFazilah seratus peratus, dirinya juga bersalah namun soal hati, dia tidak
mampu untuk mengubahnya.
Memang
nekad NorFazilah untuk berkunjung kerumah abang di Ipoh, walaupun dia akan
menaiki bas sendirian. Dihati mahu mengajar suaminya bila dia tiada dirumah.
Biar suaminya merasa kehilangannya, seperti dia merasa kehilangan bekas
isterinya. Dia mahu duduk diIpoh lama sedikit, itulah niat yang ditanam didalam
hatinya. Selepas minum pagi NorFazilah menyiapkan dirinya dengan berpakaian
cantik. Kemudian dia keluar dari bilik dengan menjinjit beg pakaianya. Suaminya
turut berada didalam bilik hanya memerhatikan dirinya, tiada kata yang terluah
untuk menahan dirinya dari terus melangkah.
Melihat
Nor Fazilah menjinjit bag baju dia ditergur oleh emak mertuanya yang sedang
minum dimeja makan.
“Ehh
kamu nak pergi mana Zila?”
“Zila
nak pergi rumah abang Zila kat Ipoh, mak”.
“Kan
kereta kat bengkel lagi, kamu nak pergi naik apa?”.
“Tak
apa mak, Zila pergi naik bas sahaja”.
“Zila!!kamu
tak nampak ke suami kau tengah sakit, kenapa kamu nak tinggalkan dia. Tak kesian ke dengan
suami kamu tu Zila?”.
“Tak
apa mak, biarlah dia pergi jenguk abangnya, sebab dia dah janji nak datang mak.
Nanti tertunggu pula abang dan kakak iparnya yang kat sana”.Ketika itu Abdul
Latif baru sahaja keluar dari bilik dengan berjalan terhencut-hencut.
Setelah
sehari kemalangan kakinya pula membengkak dan sakit bila dibawa berjalan. Yang
sebenarnya dia merasa tidak sihat, seluruh badannya rasa berdenyut.
Mungkin juga hentakkan kuat yang terjadi, memberi kesan kepada anggota
badanya, tetapi dia tidak menyedari ketika itu. Apa yang dia rasa tidak diluahkan kepada sang
isteri. Dia tidak suka ditempelah seperti yang Zila katakan oleh Zila semalam ‘penyakit dia yang mencarinya sendiri’.
Sepeninggalan NorFazilah..
“Tif
kenapa kamu izinkan isteri kamu tu pergi rumah abang dia, kamu kan tengah
sakit”.
“Biarkanlah
mak, saya malas nak bising-bising”.
“Kamu
tu tak pernah nak bertegas dengan isteri kamu, dulu dengan Emil pun macam tu,
itu sebabnya isteri kamu berani pijak kelapa kamu. Cubalah kamu bersuara sikit,
kamu kan suami tunjukkanlah kamu tu
suami. Jangan nak ikutkan sahaja apa isteri kamu cakap. Tegah perkara yang kamu
tak suka dia buat”. Dalam maksud kata-kata emaknya, namun Abdul Latif hanya
menelan segala maksud yang emaknya cuba sampaikan.
“Saya
malas nak bertekak mak”. Sememangnya itulah sikap Abdul Latif, dia tidak suka
berleter dan dia tidak suka dileteri. Dia tidak pandai marah dan dia tidak suka
dimarahi.
“Tif
mak nak tanya ni.Kamu masih tak boleh nak lupakan Emil tu ke”.
“Entahlah
mak”.
“Zila
selalu mengadu kat emak, kamu masih sayangkan Emil dan mengenepikan dirinya.
Emak kesian kan dia Tif. Dah berapa tahun kamu kahwin dengan dia dan dia pun
dah lahirkan tiga orang anak untuk kamu, kenapa kamu macam tak menghargai
kehadiran dirinya dalam hidup kamu Tif”.
“Nak
menghargai dia macam mana lagi mak. Nak belikan dia intan berlian atau nak
belikan dia kain baju yang mahal-mahal atau nak bawa dia pergi melancong, kalau
macam tu saya memang tak mampu”.
“Taklah
sampai macam tu. Tapi janganlah sia-siakan dia..”
“Sia-sia
yang macam mana mak, kan saya dah buat
seperti suami lain buat. Rasanya mak pun Nampak,saya tak buat apa pun yang nak
dikatakan saya mensia-siakan dia. Pernah mak nampak saya memukul atau mendera dirinya.Emak
pun nampak makan pakainya cukup saya sediakan, jadi nak yang macam mana lagi
mak.”
“Bagilah
dia kasih sayang yang tak berbelah bagi pada dia Tif”.
“Mak
nampak kasih sayang saya berbahagi pada siapa mak. Sekarang ni hanya dia isteri
saya. Rasanya sayang saya, saya tak bagi
pada sesiapun selain dia anak-anak dan emak sahaja. Nak bagi pada Emil saya pun
tak pernah jumpa Emil sejak Uwais dah tingkatan lima ni. Kalau dulu memang kami
terpaksa berjuma sebab cikgu nak jumpa emak bapak murid, tapi setaka juma
sahaja. Jadi macam mana yang mak kata saya tak bagi sepenuhnya sayang saya pada
dia”.
“Entahlah
Tif emak pun tak faham dengan Zila ni. Kasih sayang yang macam mana yang dia
nak dan kasih saying yang macam mana yang dimaksudkan..”
“Pasa
saya mungkin dia nak saya mengikis segala ingatan saya pada Emil. Tapi saya nak
Tanya pada emak, boleh ke kita melupakan
pada orang yang pernah tidur sebantal dengan kita. Kalau pun boleh namun
sikit-sikit dan sesekali teringat juga.Terus terang mak, saya tak boleh nak
memadam ingatan saya pada Emil, bukan saya tak cuba tapi saya tak mampu.
Lagi-lagi bila Zila buat perangai macam ni. Mak! seburuk-buruk Emil, dia hanya buruk dengan emak sahaja, dengan saya
sepanjang kami serumah, dia tak pernah tinggalkan masa saya sakit mak. Kalau
saya demam dia akan jaga. Jadi macam mana saya nak benci dia kalau dia baik
dengan saya mak.”
“Zila
tu marahkan kamu ke Tif”.
“Entahlah
mak, saya tak tahu sebab apa dia marah saya”.
“Agaknya
dia marah bila kita sebut nama Emil semalam. Kan yang hatar kamu semalam tu
sepupu Emil”.
“Dia
tu kalau perkara yang bersangkut dengan Emil mesti nak melenting, Uwais datang
pun dia marah sedangkan Uwais tukan anak saya. Macam mana saya nak buang anak
saya sendiri. Saya sungguh tak faham dengan sikap dia mak. Dia membuatkan saya
jadi serba salah.”.
“Mak
minta maaf Tif, mak yang menyebabkan kamu jadi macam ni, mak yang menyebabkan
kamu kehilangan Emil, sepatutnya mak tak kacau rumah tangga kamu dulu. Sebab
isteri adalah untuk suami. Ini mak nak juga isteri kamu, nak juga menumpang
kasih isteri kamu”. Dia menyedari anak lelaki tunggalnya tidak seceria dulu
sejak dia berpisah dengan bekas isterinya. Rumah tangga anaknya sekarang ini
juga tidak sebahagia mana bila dijodohkan dengan gadis yang dipilihnya. Namun
apakan daya segalanya sudah terjadi. Dia kesal kerana dulu dia mengikutkan kata
hati yang sakit dengan tingkah bekas menantunya. Tetapi sekarang bahagiakah dia, bila melihat rumah tangga anak
sendiri tidak sebahagia mana. Bahagiakah dia melihat kesedehan dimata anaknya.Bahagiakah
dia melihat cucunya bagai terbatas untuk bertemu ayahnya.
“Tak
mak, mak pun ada hak memilih menantu untuk emak. Saya tak pernah salahkan emak Emil pergi dalam hidup saya.Tak apalah mak, mungkin
memang ini dugaan untuk saya dan jodoh saya dengan Emil memang tidak sampai
kehujung nyawa saya”. Walaupun anaknya berkata begitu namun ada rasa kesal yang
terbit dihati Puan Rubiah. Ketika itu mereka berdua berbual di meja makan. Dari
raut wajah anaknya dia tahu anaknya keletihan.
“Dah
lah Tif baringlah rehatkan diri kamu, meh mak tolong kamu. Kamu nak baring kat
mana”. Puan Rubiah bangun untuk membantu anaknya berberdiri, tersentuh sahaja
tangan di lengan anaknya…
“Tif!!
kamu demam ni Tif”. Bulat mata Puan Rubiah
memandag kearah anaknya.
“Demam
sikit aja mak. Mungkin otot-otot saya tu bergegar semalam, itu yang menyebabkan
badan saya ni sakit-sakit ni”.
“Nanti
mak tanyakan Pak Mus boleh tak dia urut kamu. Kamu baring dulu. Rasanya kamu
makan panadol dulu nak redakan demam kamu ni, kamu dah makan?”.
“Dah
mak, tapi makan sikit tadi, rasa tak lalu nak makan mak”. Abdul Latif mengikuti segala saranan
emaknya untuk dia merihatkan diri. Sememangnya dia tidak berdaya. Dengan sakit
ditangan dan diseluruh anggota badan, ditambah lagi sakit dihati.
Hari
itu masuk hari kedua Zila dirumah abangnya. Sejak dia sampai, dia cuba meringankan
tulangnya membantu kakak iparnya membuat kueh untuk di jual. Pagi itu selepas
subuh pintu rumah abangnya diketuk orang. Rupanya makcik gerai tempat Miza kakak
iparnya meletakkan kueh jualannya datang meminta pertolongan.
“Miza!
Makcik minta tolong dengan kamu, tolong pinjamkan anak kamu hari ini, boleh ye Miza”. Kata
makcik yang berjualan digerai, meminta petolongan.
“Kenapa
mak cik?”.
“Bedah
yang selalu tolong mak cik tu berhenti secara
tiba-tiba. Ni mak cik tak cukup orang
mana nak buat kerja, mana nak masak dengan nak layan orang kat depan. Tolonglah
mak cik Miza. Mak cik akan bayar gaji hari satu hari makcik bayar RM20.00”.
Bersungguh makcik Tipah memohon pertolongan.
“Bilanya
dia bagi tahu dia berhenti, mak cik”.
“Lepas
subuh tadi dia telefon makcik, ni makcik bekejar minta tolong dengan kamu,
sebab barang jualan dah masak kalau tak diajual siapa pula yang nak
menghabiskan”.
“Zila
pergilah tolong makci Tipah ni, nak tunggu along bangun entah pukul berapa.
Lagi pun pandai ke dia menolong kat kedai, tambah telangkup bolehlah. Mak cik!!
ni adik ipar Miza, rasanya dia yang tolong boleh mak cik”.
“Boleh
saja, jomlah cepat, mesti dah ada yang tunggu kat gerai ni” Waktu sudah pukul
tujuh pagi, Waktu orang keluar bekerja.
Untuk
Zila yang kali pertama bekeja rasa seronok pula. Melayani berbagai ragam
manusia. Rupanya gerai makcik Tipah ni merupakan gerai kegemaran orang. Ramai
pelangganya bukan sahaja orang Melayu yang membeli tetapi Cina dan India juga
ramai yang singgah dan membeli digerai mak cik Tipah. Pembantu makcik Tipah bukan Bedah seorang rupanya, Ada dua orang semuanya. Tetapi masih tidak
cukup jika diikutkan. Tidak sampai ke petang gerainya sudah diarahkan berkemas
oleh Mak cik Tipah. Itu menandakan gerai
sudah mahu ditutup. Siap berkemas Makcik
Tipah menghulur duit upah sebanyak RM25.00.
“Ehh
mak cik kata RM20.00 ringgit, ni dah terlebih 5ringgit ni”.
“Tak
apalah, ambillah.. mak cik saja bagi lebih sebab, kamu tolong mak cik masak
tadi. Kalau tukang masak memang makcik lebihkan 5 ringgit, kalau tolong jual dan
basuh pinggan saja makcik bagi 20 ringgitlah. Kalau boleh esok tolong makcik
lagi ye”. Zila rasa gembira dengan pendapatanya hari itu. Bukan apa yang dimasaknya
tadi, hanya nasi goring special yang telah di siapkan dengan bahan-bahanya,
hanya tinggal masak sahaja. Membancuh air yang diminta dan mencuci pinggan
manggkuk yang telah digunakan, itupun
dia hanya membasuhnya kita tiada pelanggan yang meminta nasi goring special.
“In
Syaa Allah makcik, tapi pukul berapa makcik buka gerai”.
“Kalau
boleh 630 pagi datanglah, tolong makcik kemas sikit, sebelum gerai ni dibuka”.
Dek
kerana seronok mengumpul duit, kini sudah 8 hari Zila menolong makcik Tipah
digerai. Dia sudah mengumpul RM200.00
untuk lapan hari bekerja. Sebelum pulang
dia kebandar Ipoh, membeli produk kecantikkan. Cantiknya untuk memikat suaminya
nanti.
bru mak latif nk mnyesal....kesian latif. zila ni mcm kacang lupakn kulit...
ReplyDelete-dibah-
Agaknya bila latif kembali kerahmatullah barulah zila menyesalkan....teringin mcm tu
ReplyDeleteHmm.... kesian kat semua yg terlibat.
ReplyDeleteSoal hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa.
Mentua kasi manja.....mcm tu lah jdnya!!!! Menyesal pun takda gunanya lg. Zila tu paranoid takut emil rampas suami dia sbb dia yg terlebih dulu merampas suami org hahaha
ReplyDeleteMenyesal Pn Rubiah dah tak berguna. Anak sendiri yang menderita...
ReplyDeleteTinggalkan suami yang sakit, pastu balik nak melawa, tunjuk pada suami. Boleh pulak macam tu sizila ni...
Tak sabar nak tau apa yang latif pesan pada muaz.
ReplyDeleteakak pun x sabar nk tahu apa sebenarnya yg latif pesan kpd muaz.
Deleterasa kesian kpd latif mcm sasau dn gila talak bila tau emil nk nikah tp masa dia nikah dgn zila dia x fikirkan pulak perasaan emil.
-dibah-
Malam ni rsanya tak ada. mak teh teringgal pendrive nak sambung crita pun tak boleh. jngan jenguk-jenguk ye.
ReplyDeleteAlahai mak teh. Akan tetap jenguk-jenguk jugak. Cerita mak teh ni macam berhantu tau. Tetap gatal nak jenguk sebab teruja nak tahu kisah seterusnya. apa-apapun tetap sokong karya mak teh. Best power punya... hehehe
ReplyDelete