Baru dapat 2 bab tapi post juga sbab nak cari semangat..
Ahmad
Sofian dan Uwais mula berbincang bagai mana mahu mempertemukan ayah dan mama
mereka.
“Aku
harap kalau rancangan kita berjalan lancar dan mereka ada jodoh, sebelum SPM semuanya dah selesai Is”.
“Selesai
yang macam mana tu Pian”.
“Selesai
kita dah duduk serumahlah. Nanti senanglah kita study sama-sama”.
“Hyss
mana sempat, ingat kau hal nikah kahwin ni macam beli baju kat supermarket
ke. Kata nak sahaja dah boleh terus beli. Ini hal nikah kahwin tentu nak adakan
perbincagan dan perancangan. Mama aku pun masih ada ayah, ayah kau kena pergi
berjumpa atuk aku dulu, jangan main redah sahaja. Kita nikan orang Melayu yang
banyak adat..Ikut adatlah”.
“Ye
ke kena buat macam tu Is”.
“Ialah..kalau kau
nak berdezup terus pergi nikah, senang sahaja pergi nikah kat Sempadan bukan
jauh pun dari tempat kita..tak payah wali tak payah sijil tamat kursus nikah
dah boleh nikah..tapi keberkatanya kita tak tahu, jangan bulan ni kita nikah
bulan depan dah bercerai. Aku ni bab mak bapak bercerai serik rasanya..aku
yang merasa Pian.(Sofian memandang wajah
sayu sahabatnya disisi dia kasihan) Pian!!kita nikan Melayu yang ada adat … kan
kita selalu tenguk ada adat merisik bertunang barulah nikah dan bersanding”.
Datar sahaja suara Uwais berbicara mungkin masih didalam mood sedehnya walaupun
cuba diceriakan wajahnya. Untuk menceriakan Uwais.. Sofian bersuara ceria…
“Ye
ke kena buat macam tu. Kan mereka tu dah tua nama pun duda dan janda takkan nak
beradat bagai…kalau sampai nak
bersanding pulak..aku takut mereka tak mahu sahaja, langsung gagal rancangan
kita.Lainlah kalau kita nanti memang orang tunggu nak tenguk kita bersanding, sebab
kita nikan masih teruna bertemu pula
dara..memang wajiblah”.
“Ialah..tak
kiralah mereka tu dah tua ke apa tapi adat tetap adat..adat merisik bertunang
barulah nikah dan bersanding, itu kan adat Melayu sebelum seseorang tu masuk
kealam rumah tangga.Adat tetap adat Pian.”.
Sambil
memengang dagu dia memandang kearah sisi sahabatnya. Sofian seakan berfikir akan
kata-kata sahabatnya tiba –tiba dia tersedar…
“Ehh Is!! apa yang kita melalut sampai jauh
sangat ni, diorang tu berkenalan pun
belum, kita dah bayangkan sampai mereka nak bersanding pula, Uwais..oh Uwais.
Cerita bersanding tu K.I.V dulu..kita cari jalan macam mana nak jumpakan mereka
ni dulu.”.
“Haah
lah kita dah melalut sampai ke adat merisik bertunang dan bersanding sedangkan
kita tak tahu lagi penerimaan mereka”.
“Kau
tulah..fikiran mengalahkan penjunjung warisan Melayu tulin..nak merisik,
bertunang dan bersanding segala. Dah
jangan buang masa, waktu kita terhad ni SPM tak kurang dari 6 bulan sahaja lagi..meh
kita fikirkan satu pertemuan yang boleh melahirkan cinta..kalau holeh cinta
yang sehebat Romeo dan Julet atau Laila dan Qais kalau nak yang Melayu Uda dan
Dara tapi tak tak mahu lah cinta Ujang dan Milah itu banyak cabaran, kesian
ayah aku yang dah tua tu..”.
“Kau
ni Pian banyak pula koleksi cerita cinta kaukan”.
“Aku
baca buku cinta kakak aku yang dua orang tu..kita ni tak bolehlah asyik baca
buku perlajaran saja sesekali bacalah buku yang luar alam sikit, baru lah hidup
bererti…”
“Haaa
kalau macam tu bab ni aku serahkan pada kau..bab-bab jumpa dan jatuh cinta ni
kau fikirkan lah. Aku ni bab macam ni tak pandai,jiwa aku bukan jiwa romantic
yang boleh membayangkan pertemuan yang boleh melahirkan cinta. Kau kan dah baca
novel cinta kakak kau yang dua orang tu..cubalahlahirkan apa yang dalam buku
tu, supaya boleh kita merelisasikannya pada ayah dan mama kita…waah dasyatnya
aku kan, boleh pulak aku membayangkan percintaan mereka.”. Kahh..kahh..ketawa
mereka berderai sehingga kawan-kawan lain tertoleh-toleh melihat kegembiraan
mereka.
Dua remaja yang baru terlepas dari
menghadapai peperiksaan pertengahan tahun ketawa riang di belakang kelas kerana hati LAPANG.Lapang…
Periksa pertengahan tahun sudah selesai mereka duduki tinggal menunggu keputusanya
sahaja. Tetapi apa nak dibimbangkan mereka sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi
peperiksaan itu. Jika sudah berusha dan bersungguh sekarang tinggal berserah dan
bertawakal sahaja kepada Allah semoga
berbaloi dengan apa yang telah diushakan.
“Memang
dasyat kau ni Is..membayangkan percintaan bagai..seram aku dengar. Emm aku
tenguk kau ni macam tengah diserang dengan penyakit itulah Is”. Kha..kha..kha mereka ketawa lagi..terasa
perbincangan mereka sangat lucu..Ialah mana tak lucu membincangkan percintaan
ayah dan mama mereka.Di luar dari silibus mata pelajaran yang diajar oleh guru
mereka.
“Ellaah
seramlah konon..Kau cadangkan lah.Aku bab macam ni memang tak termasuk dalam
fikiran aku”.
“Ok..emmm apa kata kita sekeluarga bercuti sama-sama”.
“Bila?”.
“Kan
tak lama lagi kita nak cuti penggal Is..masa tu ..kita gunakanlah dengan
pertemuaan lepas tu bolehlah kita menguatkan lagi hubungan silaturahim kita ”.
Minggu itu merupakan minggu akhir mereka bersekolah mulai hari Isnin minggu
hadapan mereka akan memulakan cuti pertengahan tahun untuk sesi persekolahan
mereka tahun itu.
“Kau
ni Pian, orang kalau nak pergi bercuti mesti ada perancangan.Ni mana sempat nak
merancang. Kau tau tak kat Malaysia ni musim cuti sekolah nilaaah kebayakkan
tempat percutiaan penuh dengan orang, masa nilkah mereka nak bercuti bawa
keluarga. Lagi pun kau tak ingat ke latihan tubi yang cikgu bagi tu bila masa
pula nak buat kalau kita pergi bercuti. Bukan sikit tu Piah dengan Add math, Fizik, Kimia Bio tu tak kira karangan yang tiga tajuk tu berasap kepalan Pian oii cuti pulak bukannya lama dua minggu sahaja..aku ni kalau ingatkan
latihan tubi tu nak makan pun rasa tak sempat tau.”
“Kau
ni Is jangan kau ingat kan aku tentang latihan tubi tu baru nak happy ingat
cuti kau spoilkan mood aku sahaja”.
“Tak
adalah aku ingatkan sahaja kalau kau terlupa. Aku takut beria kita fikirkan
rancagan utnuk mereka tiba-tiba rancagan kita gagal pula”.
“Kau
ni belum apa-apa lagi dah sebut pasal gagal”.
“Ialah Pian..kalau kita beria-ia nak bercuti,
nanti mereka syak pula rancangan kita ni… Pian, aku nak kau rancangkan supaya
pertemuan ni macam pertemuan kebetulan. Aku takut nanti kalau mama aku
tahu kita yang merancang pertemuan
mereka, mama aku akan marah, kalau dia
tak setuju lagilah parah. Aku nak pertemuan mereka macam tak sengaja boleh tak macam tu”. Wahh Uwais mula merancangkan
plot pertemuan mama dan ayah mereka nanti.
“Is kenapa
pula kau fikir macam tu..mama kau serik nak kahwin lagi ke?”.
“Tak
lah macam tu. Perempuan dengan lelaki ni lain..Perempuan ni sangat menjaga air
muka mereka, tambah lagi kalau perempuan yang dah berumur macam mama aku, dia rasa orang akan
mengata atau mengupat dirinya, bila saja-saja menjari jodohnya setelah mereka
jadi janda”.
“Ohh
macam tu. Kalau macam tu apa kata kita ajak mereka makan malam sahaja..”.
“Bila?
Kat mana?..jangan kat tempat yang tak pernah kita pergi atau kat tempat yang
mahal…”
“Dekat-dekat
sini sahaja..Aku pun tahu nak bajet perbelanjaan ayah aku Is..ayah aku tu
banyak juga nak fikirkan dengan duit dia tu..ialah yang bekerja hanya dia
seorang. Anak-anaknya sorang pun belam ada yang kerja lagi. Nak tanggung makan
pakai kita orang dan belanja kitaorang belajar lagi kesian ayah aku.. Is mana
restoran yang makanannya sedap tetapi murah Is. ”
“Aku..
semua restoran sedap makanannya”.
“Ok
Kalau macam tu apa kata malam ni kita makan kat restoren Tasik. Ajak semua keluarga
kita.”
“Aku
mana ada siapa lagi..mama aku dengan akulah tak kan nak ajak atuk aku
sekali..nanti lagi panjang ceritanya. Lagi pun atuk aku jarang makan kat luar.
Kaulah yang tengah ramai kat rumah kau tu..Semua abang dan kakak kau balik
kan?”.
“Haah..nantilah
aku cakap dengan ayah aku. Diaorang mesti nak, dah lama kami tak makan luar Is.
Sejak arwah ibu aku sakit dulu kami dah tak
makan luar lagi. Kami kesian tenguk ibu, dia tak boleh nak makan walau pun dia
teringan nak makan ketika itu.”
Uwais memandang sahabatnya yang kelihatan sedeh bila terkenag awrah ibunya. Oh dugaan ..’Allah menduga hambaNya kerana dia sayang’ itulah kata-kata atuk Nohnya bila dia menangis kesedehan dengan berita perceraian papa dan mamanya dulu. Ketika itu atuk Mohd Nohnya yang mengambil dirinya pulang dari sekolah mamanya menghadiri mesyuarat guru-guru disekolah hingga lewat petang.
Uwais memandang sahabatnya yang kelihatan sedeh bila terkenag awrah ibunya. Oh dugaan ..’Allah menduga hambaNya kerana dia sayang’ itulah kata-kata atuk Nohnya bila dia menangis kesedehan dengan berita perceraian papa dan mamanya dulu. Ketika itu atuk Mohd Nohnya yang mengambil dirinya pulang dari sekolah mamanya menghadiri mesyuarat guru-guru disekolah hingga lewat petang.
“Tuk!
atuk tahu kan papa dengan mama dah bercerai”.
“Tahu..mama
kamu cakap dengan atuk minggu lepas”.
“Atuk
pun tahu kan sebab papa kahwin lain sebab itulah mama minta cerai”.
“Tahu..baang
anggap ini dugaan untuk abang. Abang jangan jadi lemah dan merosakkan diri
sendiri dengan perpisahan papa dan mama, jadikan ianya dugaan.. dugaan yang jadi pemangkin
abang berusha dan belajar bersungguh-sungguh semoga suatu hari nanti nanti
abang boleh membela nasib mama. Kesian mama abang suami dah tak ada anak pula abang sorang sahaja, kalau abang pun tak jadi orang.. kat mana mama nak menyandarkan hidupnya dihari tua nanti. Atuk harap tanamkan dalam hati abang Allah duga abang
dengan perpisahan papa dan mama kerana Allah sayang abang. Kadang-kadang dengan
dugaan seseorang itu akan mejadi lebih kuat dan lebih matang.” Itulah kata-kata
datuknya yang berdengung setiap kali dia rasa sedeh dengan perpisahan papa dan
mamanya. Lamunannya yang melencong sebentar tadi berderai bila mendengar suara
sahabatnya disisi.
“Kita
nak makan pukul berapa, aku suka pergi selepas solat Isyak senang balik kita
terus tidur.
Ok
boleh juga..apa kata kalau kau sampai dulu kau call aku, kalau aku sampai dulu
aku call kau.”.
“ok
set”.
Ketika
pulang dari sekolah, tengahari itu... dia memberi tahu mamanya akan hasrat
hatinya.
“Ma..abang
dah habis periksa hari ni. Malam ni rasanya nak makan kat luar lah ma..boleh
ma”. Manja sahaja Uwais merengek pada mamanya.
“Ok
boleh aje, abang nak makan dengan siapa dengan Pian?” Setahu Emil hanyaAhmad
Sofian rakan karib anaknya. Dia juga selalu kerumahnya kerana mengulangkaji
pelajaran. Dan kadang-kadang anaknya pula akan bertandang kerumah Ahmad Sofian.
Keakrapan mereka terjalin sejak mereka
ditingkan satu lagi.
“Tak
lah abang makan dengan mama lah.Pian kata dia nak berkumpul dengan keluarga dia
abang dan kakaknya yang tengah cutinya tadi..Boleh ke ma kita makan kat luar
malam ni?..mama ada hal dengan atuk”.
“Ok
Boleh aje.Mama free malam.Macam mana kertas tadi senang tak? Boleh jawap …ada
harapan A tak?”.
“In
Syaa Allah.”
“Mama
doakan abang Berjaya ..sebab periksa pertengahan tahun ni kadang-kadang bayangan periksa percubaan atau pun peperiksaan SPM nanti.”
“Terima
kasih ma.Ma!!!kita makan lepas Isyak ye ma”.
“Hssy
kenapa malam sangat”.
“Tak
apa lah ma, nanti boleh jalan-jalan sikit tenguk lampu..lepas tu balik kita terus
tidur”.
“Oklah..untuk
anak mama yang dah memerah otak jawab periksa boleh saja.”
Masuk sahaja waktu Isyak cepat sahaja Uwais
mengajak mamanya solat dia yang menjadi imam mamanya. Usai solat mereka bersiap
untuk keluar makan. Sampai direstoran yang dijanjikan Uwais memilih tempat
dihujung restoran. Dia suka dia kawasan itu makan sambil memerhati air tasik,
rasa sejuk dan tenang hatinya.
“Abang
nak makan apa malam ni?”
“Abang
nak makan telur bungkus.Tapi abang nak dua”.Emil memesan makan yang dihajati oleh
anaknya, manakala Uwais tetap dimeja.Dia sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Hello!aku
dah sampai ni…kawasan tasik dekat hujung …. Mama aku tengah oder tu..ok..ok.”
Ketika mamanya sampai Uwais memasukkan telefonnya kedalam poket seluarnya.Sambil
menanti makan sampai..dia berbual dengan mamanya.
“Ma!!.
“Emmm”
jawab Emil sambil memang sekelilingnya.Ramai orang malam itu yang berkunjug
kerestoran itu.Mungkin mereka juga
seperti dirinya datang untuk menjamu
selera setelah seminggu bekerja dihujung minggu membawa keluarga bersantai
sambil menikmati makanan yang dimasak
oleh orang lain.
“Kenapa
sekarang papa dah jarang nak ajak abang pergi rumah dia ma..”
“Kan waktu periksa dah hamper, jadi dia tak
mahu ganggu masa abang belajar..esok-esok masa abang dah habis periksa bolehlah
duduk dengan papa lama sikit. Kenapa abang tanya. Abang rindukan papa
ke?”. Emil rasa terkilan mendengar pertanyaan anaknya. Ada rasa bersalah
menyelinap dihatinya kerana dia tidak dapat memujuk hatinya supaya bersabar
bila diri di madu, kini anaknya menerima padah akibat perbuatannya.Dia merasa
kasihan melihat anaknya yang terasa kehilangan insan yang bergelar papa dalam
hidup harianya. Sepatutnya anak seusia Uwais masih bergelumang dengan kasih
sayang ibu dan ayah sepanjang hari.
“Ohh
mugkin juga..Kut lah dia dah lupa pada abang sebab asyik sibuk dengan adik-adik
yang kat sana”.
“Taak
papa buat macam tu untuk kebaikan abang..untuk masa depan abang. Papa takkan
lupa kan abang..abangkan anak sulong papa. Papa nak abang tumpukan pada
pelajaran masa ni. Dia tak mahu abang pandang ringan pada peperiksaan SPM , sebab
SPM ni menentukan apa jurusan kita nak ambil nanti, abang kena bersedia dari
awal lagi. Abang jangan risau ye papa takkan lupa kan abang..abang kan anak
sulong papa. Biasanya anak sulong ni istemewa dimata emak ayahnya bang.”.
“Emmm”.
Hanya itu yang keluar dari celahan bibir Uwais, namun dihatinya ada bisikan
lain. Dia menyedari padangan emak tirinya bila dia berada bersama-sama papanya.
Dari apa yang dilihat perasaannya sendiri yang menelah pandangan emaktirinya
kepadanya adalah pandangan yang mengandung curiga.. Dikali terakhir
dia kerumah keluarga papanya, dia hanya sempat bermalam semalam sahaja,
keesokkan hari nya dia sudah dihantar pulang oleh papanya. Ketika itu papanya
memberi alasan menyuruh dirinya mengulagankaji pelajaran, kerana waktu
peperiksaan semakin hampir. Sedangkan waktu itu baru sahaja mahu memulakan sesi
persekolahan dipenggal kedua.
Yang sebenarnya hatinya
rasa terkilan dengan sikap papanya yang seakan tidak teruja dengan kehadirian
dirinya, papanya melebihkan kasih sayang kepada adik-adik disebelah isterinya
yang seorang lagi. Hatinya sedeh kini dia sudah tidak mendapat perhatian dari
papanya dan terasa papanya sudah tidak merindui dirinya lagi. Yang paling
ditakuti dia akan dilupakan oleh papanya sendiri. Kadang-kadang timbul rasa
cemburu bila papanya memberi lebih kasih sayang dan masa kepada adik-adiknya
yang disana. Sering dia memujuk hatinya yang disana juga adik-adiknya dan
mereka masih kecil, mereka lebih memerlukan perhatian yang lebih dari papanya, tetapi perkataan
MENGAPA sering menerpa dalam mindanya… mengapa perpisahan
papa dan mamanya terjadi. Mengapa kedua papa dan mamanya berpisah ketika dia
masih memerlukan kasih sayang mereka...Lagi menyedihkan papa dan mamanya juga
sudah tiada ikatan yang membolehkan mereka bersama-sama seperti dulu. Pedih
hatinya terkesan di air muka yang kelihatan terkilan..
Bila hanya 'emmm' sahaja yang
keluar dari mulut anaknya, Emil faham jawapanya
tadi tidak cukup mantap untuk memujuk hati anaknya yang kecewa dengan
tingkah papanya.Dia harus meniupkan kata-kata semangat. Jiwa anak tunggalnya
harus disokong supaya menjadi kuat untuk menerima kenyataan dengan redha. Uwais
tidak harus lemah dan mengalah bila rumah tangga papa dan mamanya kecundang dan
tumbang dipertengahan jalan.
“Abang!!
abang mesti bersungguh ye. Pada mama..mama tak ada anak lain yang boleh mama
harap kan, hanya abang anak mama. Janji dengan mama.. abang belajar
sungguh-sungguh ye..Papa tak kan lupa kan abang..abangkan anak sulong papa.”
Pujuk Emil bila melihat riaksi anaknya yang bagai tidak bersemangat..Dari raut
wajah anaknya Emil tahu anaknya sedeh bila rasa disisih kan oleh papanya
sendiri.
Entah mengapa sejak
akhir-akhir ini bekas suaminya sudah agak jarang datang mengambil anaknya untuk
mereka bersama dihujung minggu. Janjinya dulu ..hujung minggu anaknya akan digilir antara dirinya dan bekas
suaminya, tetapi setelah hamper lima tahun perceraian mereka, bekas suami
seakan terlupa pada perjanjian mereka dahulu. Tidak guna dia mahu
mempertikaikan tingkah bekas suaminya, kerana dia sedar dialah yang bersalah
kerana meminta perpisahan. Tetapi padanya sampai bila pun untuk meneruskan
hidup bermadu dia tak mampu. Dia tidak mempunyai kekuatan mahupun kesabaran
menahan hati yang sakit kerana cemburu dan dia juga tidak mampu ditinggalkan
walau hanya sehari kerana suaminya kerumah isterinya yang lain.
“In
Syaa Allah ma, abang akan bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menentukan masa
depan abang, abang akan bersungguh-sungguh ma, janganlah mama bimbang..abang
belajar kerana Allah ma”. Emil merenung mata anaknya yang sedang
berjanji.Kemudian mereka mendiamkan diri.
“Bang!!Abang
balik rumah papa dulu tu, nampak tak
papa nak tambah anak lagi?”
“Entahlah
ma..tapi nampak perut mak cik Zila tu besar macam tu dari dulu lagi. Mungkin
sebab dia dah bertambah gemuk”.
“Mak cik Zila gemuk sangat ke bang”.
“Gemuklah..gemuk macam dia mengandung, tapi
kalau dia mengandung tentu dah bersalin sebab dari dulu lagi perut dia besar
macam tu”…
“Papa
gemuk tak bang”.
“Tak
lah papa macam dulu juga”.Soalan itu pula yang terpacul dari bibir Emil..
menyiasat rumah tangga bekas suaminya.Tetapi yang sebenarnya dia mahu
memesongkan pemikiran anaknya, supaya anak tidak terlalu memikirkan tingkah
papanya sejak akhir-akhir ini.Tetapi entahlah rasanya tersalah soalan pula.
Emil mendiamkan
diri tetapi didalam kepalanya berkira kira, anak bekas suaminya bersama isteri
barunya sudah tiga orang. Yang tua 9 tahun yang kedua 7 rahun yang kecil sekali
sudah berumur 4 tahun.Semua kisah suaminya dikorek dari anaknya bila dia balik
dari berkunjung rumah papanya.Emil membayangkan bekas suaminya sudah bahagia
dengan perkahwinan barunya. Biarlah..dia akan mencari bahagianya sendiri, tidak
bermakna jika kita tidak bersuami kita tak bahagia. Dia akan memastikan
kejayaan anaknya dalam pelajaran dan akan memastikan juga anaknya taat pada
ajaran ugama.Itulah bahagianya sekarang ini. Mereka tersentak bila mendengar
nama Uwais diseru oleh seseorang…
“Uwais!...”
Cepat sahaja kepalanya menoleh memandang kearah suara yang dikenali, kelihatan
sahabatnya datang menuju kearahnya sambil tersenyum-senyum.
“Ehh
kau pun makan kat sini..kau sorang ke?”. Sedikit kuat Sofian bertanya kerana
kedudukan Sofian masih jauh lagi dari Uwais yang sedang duduk dimeja bersama
mamanya.Wahh pandainya Sofian berlakon detik hati Uwais tapi bukan ke tadi dia
yang menyuruh bahawa pertemuan mereka direstoren itu seperti kebetulan. Dia
yang mengarahkan begitu. Ohh dia juga sudah menjadi pengarah drama
rupanya.Senyum Uwais tersunggung dibibir yang sudah mula dihiasi dengan misai
nipis yang sudah agak jelas dipandangan mata. Dia tersenyum kerana melihat
lakonan sahabatnya menjadi.
“Aku
dengan mama aku..kau sorang saja ke Pian?” Dua anak remaja menjayakan lakonan
masing-masing.
“Ehh
mana pulak sorang nuun ha ayah dengan abang dan kakak aku tengah oder tu..Asalamualaikum
auntie Emil teman Uwais makan..”Bila sudah sampai dimeja
Sofian berbasa basi menegur mama sahabatnya. Kena tunjuk berbudi bahasa supaya
hati orang diharapkan dapat menerima ayahnya nanti.Emil hanya melemparkan
seyuman ramah kepada rakan sekelas merangkap sahabat baik anaknya yang sudah
tercegat di tepi mejanya.Uwais pula memusingkan kepala mengikuti arah mucung
sahabatnya.Kelihatan ayah Sofian bersama dua orang kakak dan abangnya sedang
bercakap-cakap, mungkin sedang berbincang tentang makanan mereka malam itu.
“Ramai
pulak malam ni kan Is..meja kosong dah tak ada.. tingggal tu satu Is…” Sofian tertoleh-toleh
memandang keliling untuk mencari tempat duduk untuk mereka makan sekeluarga.
Emil juga turut tertoleh memerhati sekeliling. Memang benar hanya tinggal sebuah
meja berkerusi empat yang berhampiran dengan temapatnya duduk.
“Kau dating berapa orang Pian?”
“Lima campur aku”
“Kalau kau tak kisah kau boleh duduk sini,
kita tarik meja tu..jadi cukuplah kerusi tu campur aku punya ni dua haa. ..bolehkan
ma mereka duduk dengan kita” Uwais
mencari persetujuan mamanya.
“Boleh ke auntie..kami tumpang kat sini saya
datang dengan abang kakak dan ayah sekali ni auntie ”.
“Boleh saja Pian..lebih ramai kat meja kita ni kan lagi meriah”.
Mendengar jawapan Emil cepat sahaja Sofian dan Uwais mencantumkan meja untuk
mereka menjamu selera malam itu. Sambil mereka menarik meja sambil mereka
menguntum senyum ditambah dengan kenyitan mata pula. Doa dihati mereka sama..
supaya ada kimia yang tercetus dihati ayah dan mama mereka.
“Kau dah lama sampai Is”. Setelah selesai mereka mencantumkan meja
mereka meneruskan bualan.
“Tak lama sangat..makanan yang kami ‘oder’
pun belum sampai lagi..perut dah lapar ni. Malam ramai pulak kan, agaknya itu
yang membuatkan lambat diaorang buat makanan agaknya.” Bila melihat ayahnya
yang seperti tercari-cari dari kaunter pesanan, cepat sahaja Sofian melaung
memanggil ayahnya sambil melambai-lambaikan tanganya..
“Yah!!sini yah!”.Sofian melambai ayahnya dari
meja Uwais dan mamanya.
“Entah apa yang ayah aku oder ni…Kau oder apa
Is..yang lama sangat diorang masak ni”.
“ Mama oderkan telur bungkus untuk abangkan
ma.”
“Ialah.. kan abang yang nak makan sampai dua
pulak tu”.
“Wahh kau betul-betul nak makan ni”. Ketika
itu rombongan ayah dan tiga lagi adik berdik Sofian sampai ke meja mereka. Cepat
sahaja Uwais bangun menghulur tangan untuk bersalaman dengan cikgu Mohd Nassir
dan abang Ahmad Sofian yang bernama Ahmad Salman.
“Yah kita duduk sini ye yah..Ini mama
Uwais.”Sofian memperkenalkan mama sahabatnya kepada ayahnya.
“Boleh ke kami duduk sini..er..er..”. Tanya
cikgu Nassir berbahasa.Takkan nak redah duduk semeja dengan seorang wanita yang
baru pertama kali bersua muka, walau pun mereka dikelilingi oleh orang ramai
serta empat orang anak-anaknya.
“Boleh sahaja ..lagi pun dah tak ada tempat
kosong lagi..saya Emil..mama Uwais”.
“Ohh ini mama Uwais..selalu juga Uwais datang
belajar dengan Sofian”. Banyak juga mereka berbual disulami bualan anak-anak
mereka. Rupanya anak-anak cikgu Nassir seperti ayahnya juga suka bercerita. Meriah
makan malam mereka malam itu. Ialah sambil menjamu selera disulami dengan
bualan dan gelak ketawa. Makan malam mereka kali itu dibayar oleh cikgu Nassir
keseluruahannya. Usai makan malam mereka berpisah.
Kisah pertemuan mama dan ayah mereka sudah
pun selesai, hanya menanti waktu yang sesuai untuk tindakkan lanjutnya.Dia mahu
tahu pandangan dan penerimaan ayah dan mama mererka. Sufian dan Uwais berazam
akan meneruskan misinya hingga berjaya. Mereka akan menyiasat pandagan ayah dan
mama mereka dan isi hati mereka sekali. Tetapi sebelum itu Ahmad Sofian
perlukan pendapat, pandangan dan sokongan dari abang dan dua ornag kakaknya
untuk cikgu Emil Atilia menjadi ahli keluarga mereka..
“Ngah!! apa pandangan angah tentang emak Uwais
tadi”.
“Kenapa??”.Terkejut Ahmad Salman mendengar
soalan adik bungsunya tentang seorang janda yang makan bersama mereka tadi.
“Saja nak tahu pandagan angah tentag cikgu
Emil tu”.
“Emmm..Nama dia sedap kan Emil Atilia. Dia
orang apa dek..putih melepak orangnya, tapi cakapnya macam orang Melayu kita.
Kalau tanya angah yang sememangnya minat dengan orang berkulit putih cantiklah.
Kenapa dek ..adik tanya tentang seorang perempuan..janda pula tu”.
“Taak adek nak tahu pandangan angah..kalau
dia jadi peneman ayah sesuai tak angah tenguk”.
“Maksud adik..dia jadi isteri baru ayah ke?”
Mak teh yang sebetulnya tengah mengikuti blog http://roseezadora.blogspot.com suka cerita mengharap di tanjung harapan. sekarang ni mak teh macam tak ada idea nak bercerita..tapi suka baca blog orang lain tu yg lama tak bercerita..
Mak teh yang sebetulnya tengah mengikuti blog http://roseezadora.blogspot.com suka cerita mengharap di tanjung harapan. sekarang ni mak teh macam tak ada idea nak bercerita..tapi suka baca blog orang lain tu yg lama tak bercerita..
pandai budak 2 org ni. mudah mudahan ada perkembangan yg baik.
ReplyDeletebapa uuwais dh mula lupakn tanggungjwb ke dh mula lalai?
-dibah-
Frust sgt cikgu latif tu. X blh dpt mak, anak pun dia dah mls nk amik tau. Bini baru plk dah beranak x pndai jaga bdn. Nasib la...
ReplyDeleteAssalamualaikum....alhamdulillah ada entri baru...moga rancangan Uwais dan Sofian tu berjaya hendaknya.
ReplyDelete