~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 23 November 2013

Bab 56 Siapa aku dihatimu






Diakhir hari bekerjanya Nuri meletakkan keretanya dirumah kak Ton. Dengan senang hati Nuri memberi kebenaran kepada kak Ton menggunakan keretanya untuk mereka pulang kekampung mereka di Pahang. Arwah suami kak Ton juga berasal dari Pahang. Mudahlah kak Ton anak beranak menziarahi keluarganya dan keluarga suaminya sekali.

“Kak Ton esok Nuri dah mula cuti”.

“Awal Nuri cuti, balik mana?”.

“Syukri ajak balik kampong dia kak Ton.”

“Baliklah..kesian emak mertua Nuri tentu dia pun mengharapkan Nuri dan cucu-cucu dia balik”.

“Ialah kak Ton memang dah rancang nak balik. Ni Nuri nak letak kereta kat sini. Kalau kak Ton nak balik kampong pakailah. Lama juga saya balik kampong ni, dekat seminggu. Boleh along panaskan enjin kereta Nuri tu”.

“Betul ke Nuri kasi pinjam. Yang sebetulnya akak dah terlambat nak cari tiket bas. Along kata tunggu pagi raya kalau ada tiket bas tambahan”.

“Tak payahlah naik bas kak Ton, pakai saja kereta Nuri tu. Mana along biar Nuri cakap dengan dia”. Kak Ton melaung memanggil anaknya. Kebetulan along sudah cuti semestanya ketika itu. Setelah menceritakan apa yang patut dilakukan oleh along, Nuri membawa anak-anaknya pulang kerumah. Keluar dari pagar rumah kak Ton kelihatan kereta suaminya baru sampai dihadapan rumah. Syukri pula bila melihat Nuri memimpin anak-anaknya keluar dari pintu pagar kak Ton terus sahja melanjutkan sedikit perjalan keretanya. Ketika didalam kereta Syukri bertanya.

“Kenapa tinggal kereta kat rumah kak Ton”

“Maaf ye bang tak bincang dengan abang dulu. Saya sebenarnya baru terfikir masa balik kerja tadi. Saya pinjamkan kereta pada kak Ton diaorang nak balik kampong tapi tiket dah habis. Jadi tunggu tiket bas tambahan masa pagi raya. Nak bincang dengan abang macam tak sempat, esok lepas subuh kita dah nak bertolak.”

“Ehh ok lah tu, perkara baik tak payah cakap dengan bang. Abang tak kisah, lagi pun kak Ton tak pernah berkira dengan kita. Dia jaga anak-anak kita pun baik sangat.  Abang tak risau kalau kita tinggal anak-anak dengan dia Nuri”.

 Seperti yang telah dirancang mereka bertolak selepas Subuh. Syukri dan Nuri mengangkat anak-anaknya yang masih tidur kedalam kereta. Setelah memastikan keselamatan rumahnya, mereka memulakan perjalanan dengan bacaan  Bismillah Umulkitab dan  doa naik kenderaan. Sepanjang perjalanan Syukri memasang CD bacaan AlQuran 30 juzuk. Agar sepanjang perjalan itu mereka sentiasa mengingati Allah yang satu. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam akhirnya sampai juga.

Bila mendengar ada kereta yang berhenti dihalaman rumah, Imah adik bungsu Syukri cepat-cepat menjenguk keluar rumah. Bila melihat kereta Syukri dia menjerit memanggil emak yang ketika itu didalam bilik.

“Mak! abang Syuk balik mak”. Namun tak dihiraukan oleh puan Noriza. Hatinya tak teruja bila hanya Syukri seorang sahaja yang pulang untuk berhari raya bersamanya.Mungkin bila dia tidak muncul maka sekali lagi kedengaran suara anak bungsungya melaung memanggilnya…

Mak abang Syuk balik mak..”
Diiringi pula dengan  kata-kata manja Imah mengagah budak kecil
“Alala bucuk mak su..sayang sini mak su dukung.. Wafi tak kenal Maksu ke..”. Imah cuba menghulur tangan kearah Nuri untuk mengambil anak saudaranya dari dukungan Nuri. Imah adik bungsu Syukri baru seminggu pulang bercuti, dia belajar di Universiti Sabah baru di tahun kedua.

“Imah mana pulak Wafi  itu Hadi lah..Wafi tu ha baru nak bangun.” Anak-anak Syukri tidur di sepanjang perjalanan. Mereka berhenti sekali untuk menyuapi anak-anaknya makan dan membuang air kecil. Mendengar perbualan diluar rumah membuat Puan Noriza keluar mencari kepastian, bila dilihat Nuri sudah tercegat di sisi kereta anaknya. Meluru Puan Noriza memeluk menantunya dengan  tangisanya.

“Alahmdullilah Nuri dapat cuti ye. Alhamdullilah syukur mak pada Allah, siang malam mak doa Nuri dapat cuti”.

“Nuri minta maaf mak..” ayatnya tergantung tidak jadi diteruskan hatinya sebak. Terasa dirinya bersalah kerana tidak begitu mengindahkan harapan emak mertuanya selama ini. Rupanya kepulangannya sentiasa dinantikan oleh puan Noriza. Memang benar kata Kak Mirahnya tempuh hari, kepulangan anak menantu dan cucu itu yang sentiasa dinanti oleh warga tua.

“Meh, masuk masuk” tangan puan Noriza menarik tangan Nuri agar mengikutinya langkahnya  masuk kerumah.

“Mak oooh mak, mak tu bukan ada menantu  saja mak oii. Ni haa cucu emak ni sapa nak dukung, Imah tak larat nak dukung dua orang, dah pentang ni mak oii. Perut Imah dah kosong, tenaga dah kurang.”. Imah menunjuk kepada emaknya dua orang lagi anak-anak Nuri yang mula hendak menangis bila melihat suasana sudah lain dimata mereka. Syukri memasukkan badannya kedalam kereta untuk mendukung Syuhadah yang sudah bangun dari tidurnya dan mula hendak menangis. Manakala Wafi masih terpisat-pisat.

“oh..oh mak terlupa pula. Mana Su mana Wafi. Alah Hadi dah besar dah, muka nya sama macam Wafi kecil dulu ye Nuri. Mana Su mana Wafi.” Sibuk puan Noriza menanyai cucu-cucunya. Riuh ruang rumah puan Noriza, itu baru Syukri sekeluarga yang pulang.

Nuri melihat betapa gembiranya puan Noriza. Bahagianya terpancar diwajah bukan pura-pura. Setelah berehat sekejap Syukri dan Nuri mandi membasahkan tubuh mencari kesegaran kemudian mereka menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar, setelah selesai mereka menyertai emak dan adik bungsunya semula dirunag tamu. sambil duduk diuang tamu menantikan petang mulalah puan Noriza menanyakan menu mereka petang itu.

“Nuri! Apa kamu nak makan buka ni. Mak masakkan”.

“Apa-apa sahajalah mak, apa yang emak masak Nuri makan”.

“Ahh kamu tu tak tahu nak makan, baik mak tanya Syukri apa dia nak makan. Haa Syukri apa kamu nak makan buka nanti”. Ketika itu Syukri baru sahaja keluar dari bilik, setelah selesai melipat sejadahnya.

“Mak pucuk ubi ada mak. Teringin nak makan pujuk ubi masak lemak dengan kepala ikan kering emm sedapnya mak. Makan dengan sambal tumis ikan bilis”.

“Hssy kamu ni mana ada kepala ikan, mak masak badan ikanlah Syukri. Ikan talang ada dalam peti sejuk tu. Sambal tumis ikan bilis nanti mak masak. Lagi nak masak apa lagi”.
 
“Boleh lagi ke mak..”

“Amboi abang Syuk kalau dibagi peluang dia cari menu, mau penuh meja ni nanti”.

“Imah jangan panggil abang Syuk lagi panggi abang Ngah ni Syuhadah ni pun panggilnya Su juga nanti dia keliru”. Sejak hari itu Syukri dipanggil dengan gelaran angah.

Sungguh meriah berbuka petang itu. Makanan juga memenuhi meja. Anak-anak Syukri yang mula takut-takut dan malu-malu sudah menjadi biasa dengan nenek dan maksunya. Mereka juga sudah berkejar diserata rumah. Syuhadah juga tidak dengan babanya sahaja, dia juga manja dengan mak sunya. Semua orang kelihatan bahagia. Syukri merasakan itu. Tidak seperti  ketika dia membawa Sarah pulang dahulu.

Pulang dari solat terawih, Puan Noriza membelek balang biskut bawaan Nuri.
“Nuri tak buat biskut almond London tahun ni”.

“Bukan tak buat mak, yang mak pengang tu biskut almond lah, tapi tak sempat nak celup dengan coklat. Ingat nak minta tolong Imah celupkan coklat. Nuri ada bawa coklatnya ada dalam bakul susu budak-budak ni, lupa nak keluarkan. Mak! kek nya kita buat malam ni ye.”

“Haah bolehlah esok kita dah nak anyam ketupat pula. Nuri mak nak bakar  lemang rasanya”.

“Buluh lemagnya ada ke mak?”

“Nanti mak Tanya pak De kamu, dia tiap-tiap tahun bakar lemang”.

Nuri  mula mencairkan coklat menggunakan kaidah ‘double boil’. Untuk mencairkan sedikit coklatnya di memasukkan sedikit minyak masak dan sedikit majrein kedalam coklat barnya. Manakala Syukri melayani anak-anaknya bermain dihalaman rumah. Bagi memeriahkan lagi suasana hari rayanya malam itu Syukri memasang lima biji lampu minyak tanah, dah seperti malam tujuh likur pula. Imah yang ditugaskan mencelup biskut tidak senang duduk, dia juga turut bermain bunga api bersama anak buah dan abangnya dihalaman rumah. Mulalah bising mulut puan Noriza.

“Ya Allah dia pula yang lebih dari Wafi dan Su. Imaaah”. Puan Noriza mula melaung memanggil nama anak bungsunya.

“Tak apalah mak, bukan selalu dia dapat main. Nurikan ada tolong emak ni.”

“Kamu tu penat baru sampai petang tadi dah nak masak lagi ni.”

“tadi bukan Nuri yang memandu. Dari Kampong Subang, abang yang memandu sorang, Nuri nak ganti dia tak bagi”.

“Pukul berapa kamu bertolak tadi.”

“Lepas subuh mak”.

Malam itu siap biskut almond London Nuri bersama tiga loyang kek coklatnya. Emak mertuanya mahu lebih kek coklat kerana mahu diberi kepada jiran-jiran sekeliling rumahnya.

Malam itu bergelimpangan Syukri sekeluarga tidur diruang tamu. Nuri juga turut tidur dipunjuru dinding bersama anak kecilnya.  Mudah untuknya bangun sahur katanya.

Kesokkan harinya rumah puan Noriah bertambah meriah, bila adik Syukri yang bekerja di Kuala Muda Kedah pula sampai bersama isterinya. Mereka belum lagi mempunyai anak walaupun sudah hamper tiga tahun melayari Bahtera rumah tangga. Hassan merupakan abang kepada Norhasimah atau Imah dia seorang Inspektor polis. Manakala isterinya bernama  Nazirah, dia seorang guru.

“Ira pegang Hadi tu lama-lama kot bulan depan melekat”. Arah puan Noriza kepada menantu yang begitu mengharapkan ada benih suaminya melekat dirahimnya. Itu petua orang tua-tua kata kalau hendak mengadung.

“Ialah mak..sini anak mak de yang comel ni. Dah berapa bulan kak Nuri. Badanya montel betul”.

“Dah Sembilan bulan”.

Anak Nuri tidak takut dengan orang asing mungkin kerana dia biasa melihat orang yang berlainan dirumah kak Ton.  Ialah  anak-anak kat Ton yang perempuan ada dua orang  dan yang lelaki juga ada dua orang. Mereka tidak selalu ada dirumah kerana tutuntan mereka sebagai pelajar. Tetapi sesekali lama juga mereka pulang bercuti. Jika mereka ada dirumah mereka juga membantu ibunya mengasuh anak-anak Nuri dan Syukri.

Kebetulan Nuri tidak boleh berpuasa dia hari akhir Ramadan. Dialah yang lebih merasa itu dan ini ketika menyediakan juadah hariraya. Bagi Nuri dia bahagia bila melihat orang-orang yang disekelilingnya bahagia. Emak mertua, suami dan anak-anaknya gembira. Itulah yang membuat Nuri bahagia.

Hampir petang sebuah lagi kereta, berhenti dihalaman rumah Puan Noriza. Bila dijenguk yang tiba adalah adik Syukri yang bernama  NurAmisah berama suaminya dan sorang anak. NurAmisah dan Suaminya merupakan  guru mengajar diPualau Muntiara.  Kelihatan Nur Amisah sedang mengandung anak kedua.

“Alah kak Lang dah gemuk kedepan mak, bila Qiqi nak dapat adik ni”.Imah sudah mendukung anak saudaranya yang sudah berusia 5 tahun, Imah memang sukakan kanak-kanak.

“Lambat lagi Imah, ada empat bulan lagi”.

“Wah besar perut kak Lang ni anak kembar ke kak”.

“Ehh kamu ni Imah kalau nak cakap tak pernah nak fikir”.

“Ialah mak  besar la mak perut kak lang ingatkan tadi dah cukup bulan, kalau anak kembar lagilah suka sekali keluar dapa dua orang kan abang Pali”. Abang iparnya hanya terkekek mendengar bebelan adik iparnya yang bermulut becok seperti isterinya juga.

“Dahlah jom masuk, masuk Pali, abang ngah kau ada kat dalam tu, tergolek dengan anak-anak dia”.

“Dah siap masak mak” Sambil menyalami tangan emaknya  NurAmisah bertanyakan emaknya.

“Untuk raya kita dahlah  Misa, kamu sampai ni pun dah pukul berapa, hanya tinggal nak masak kita berbuka saja, nak masak lauk apa entah ni”.

“Mak kak Nuri ada balik mak?”Misa bertanya dengan suara perlahan takut kedengaran orang lagaknya.
“Ada dalam bilik Imah tengah susukan anak tadi. Ira pun dah sampai tengahhari tadi, tu yang cepat siap tu emak ramai yang tolong. Lauk raya kita semuanya dah siap”.

“Mak masak apa untuk raya?”

“Rendang daging dengan masak kicap ayam dengan kuah kacang. Mak masak kuah kacang sikit takut nanti  ada yang nak makan ketupat dengan kuah kacang.”

“Mak masak juga ketupat nasi?”

“Haah Misa ketupat nasi ni untuk cucu-cuc mak ni. Kita makan Lemang okkan.”.

“Oklah mak tapi Misa pun suka ketupat ni. Ehh kata Ira dah sampai mana dianya”.

 “Ada kat dapur tu, tadi mak minta tolong dia alihkan rending dalam periuk.”

“Wahh ramai kita raya tahun ni, semua anak menatu emak balik”.

Bila mendengar riuh diluar rumah Nuri yang sudah menyusukan anak mencapai tudung sarungnya. Dia kelaur bilik sambil mendukung Hadi. Anaknya yang dua orang masih tidur disisi Syukri diruang tamu. Mungkin penat bermain. Tadi mereka mengejar ayam-ayam puan Noriza. Sambil membakar lemang Syukri menjaga anak-anaknya diluar rumah. Anak-anaknya yang tidak biasa dengan suasana kampong begitu teruja melihat ayam berkeliaran dihalaman rumah.

Sambil lalu diruang tamu Nuri mengejutkan suaminya yang sedang lena.

“Bang bangunlah, adik abang dari Penag dah sampai tu”. Syukri bangun terpisat-pisat. Amisah dan suami yang baru terjengul dimuka pintu menegurnya.

“abang Syuk apa ni petang-petang tidur, Tidur lepas asar tak elok rezeki lari, badan lesu.”

“Kak lang!! panggil abang Ngah sekarang, tu anak dara dia pun panggil Su juga nanti dia pula yang menjawab”.

“Ohh dak kena panggil abang ngah ke mak, tak buat bubur merah ke mak tukar nama ni”. Entah dimana emaknya mendapat peraturan. Bila bertukar nama pnaggilan akan dibuatkan bubur merah dan ada sedikit bubur putih ditengah mangkuk hidangan tadi. Yang sebenarnya ketika kecil dahulu dia pernah tinggal disebuah keluarga Jawa di Selangor, mereka melakukan seperti itu. Emaknya pula  seperti terikut-ikut dengan cara mereka. Lagi pun bubur itu sedap ditekak puan Noriza. Bubur nasi yang dimasak bersama gula merah atau gula Melaka dicampur dengan sedikit santan. Tetapi sebelum dimasukan gula merah asingkan sedikit untuk bubur putih dijadikan hisannya nanti.

“Dah tua ganyut tak payah lah. Syuhadah tukar nama hari tu pun mak tak buat Misa. Tapi mak teringin nak makan bubur tu sedapkan bubur tu”. Kekehkeh terkek kek  adik-padik Syukri mentertawakan dirinya. Nuri yang disisinya juga turut ketawa perlahan. Itulah puan Noriza bila anak-anaknya pulang mengunjungi dirinya, semuanya hendah dibuat untuk mereka makan beramai-ramai menjamu selera.

“Apa khabar kak Nuri lama betul tak jumpa. Akak masih macam dulu juga, tak naik langsung badan. Anak dah lebih dari alang. Alang ni puas lah control makan tapi badan macam dipam-pam.Ni lepas bersalin ni rasa nak masuk gym lah pulak. Kalau tak nak pergi cari tempat kurus badan.”

“Ialah tu, buat mengabiskan duit sahaja. Dah eloklah tu macam pinang dibelah duakan Pali (Fadli)”.

“Betullah tu abang ngah. Kita ni kalau gemuk biar sama gemuk kalau sorang kurus sorang gemuk dah macam pinang dibelah tiga suku”. Padhli berbadan agak gempal sedikit. Tetapi kerana dia tinggi kegempalanya tidak berapa kelihatan.Kha kah kah kalau sudah ramai-ramai memang riuh rumah.

Bila mendengar riuh diruang tamu Hasan dan isterinya Ira keluar dari dapur setelah menyelsaikan kerja-kerja dapurnya.

“Allah!! kak Lang yang balik patutlah riuh. Yang tinggal Along saja yang tak sampai lagi ni. Orang yang paling dekat tapi dialah yang paling lambat sampai tak aci betul.” Komen Hasan yang baru muncul sambil menyalami kakaknya NorAmisah dan suaminya.

“Biarlah dia. Semalam kak long kamu ada bagitahu emak, dia nak tolong emak dia dulu.Emak dia tak ada siapa nak tolong masak. Malam nanti katanya baru mereka datang jenguk kita sekejap”.

“Ialah mak, mak pun dah ramai yang tolong ni, apa lagi nak buat, biar  alang yang buat pula”.

“Dah tak payahlah kamu tu baru sampai lepas tu nak bawa perut lagi. Duduklah dulu. Lagi pun dah siap semuanya kan Ira. Yang last tadi rending daging.”

“Haah mak dah siap semuanya. Mak kita nak buka nak makan apa?  nak makan Lemang dan ketupat saja ke. Tak nak masak nasi”.

“Mak!! Syukri nak makan nasi sikit”.

“Kamu ni Syukri macam tak boleh nak tinggal nasi. Kamu nak kuah apa.”.

“Kobis ada mak?, Masak lemak kobis lauknya kita makan lauk raya lah, hari pun dah petang sangat ni.”

“Ialah..nanti mak goreng ikan pekasam tentu sedap makan dengan masak lemak kobis”. Itulah Syukri perutnya perut Melayu tak boleh nak tinggal nasi. Hampir Magrib keluarga Muaz pula sampai. Makin bertambah ahli kelaurga Puan Noriza. Muaz dan Norseha sudah memapunyai empat orang anak. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Sekali lagi kemeriahan berbuka puasa dirumah keluarga besar puan Noriza. Selepas berbuka mereka solat Magrib berjemaah diimami oleh anak tua puan Noriza, Muaz. Selesai solat bergema tabir raya memenuhi ruang dirumah puan Noriza. Nuri sungguh terharu melihat suasana itu. Selesai takbir dan doa dan ambil menantkan solat Isyak pula, yang lelaki duduk dibaranda rumah sambil menikmati angin malam mereka berbual-bual. Along Muaz menghampiri Syukri.

“Aku dengar kau dah bercerai dengan isteri nombor dua kau kenapa?”

“Dia yang minta cerai. Tapi aku bersyukur juga dia minta cerai, kalau tidak mungkin aku kehilangan Nuri”.

“Kenapa dia minta cerai?’.

“ Entah katanya dia rasa terabai bila aku asyik kat rumah Nuri, kemudin dia nak anak sendiri”.

“Habis kalau dengan kau tak jadi dengan orang lain boleh ke?”

“Entahlah, dia kata dia dah pergi check kat hospital sakit puan, keputusannya dia normal tak mandul. Dia takut kata-kata arwah emak dia menyebabkan dia tak mengandung kalau dengan aku. Dulu emak dia kata dia tak rela anaknya mengadungkan anak aku, takut anak aku tu menghabiskan harta keluarga dia, kau dengar tak dia cakap macam tu masa aku pinang dia dulu long?”.

”Ehh akukan sama dengan kau duduk dalam kereta, diorang kata kita budak-budak tak boleh nak dengar apa orang tua-tua berbincang”.kah..kah kah ketawa mereka pecah bila mengingati peristiwa itu.

“Tapi yang sebetulny,a aku tersilap langkah dengan nikah dengan dia. Sebab tak sabar nak anak aku nikah dengan dia. Sekarang ni nak cari suasana dulu dengan Nuri  rasanya susah sangat aku nak dapat. Yang sebetulnya hati dia masih susah menerima apa yang aku buat. Balik ni pun nyaris-nyaris dia tak mahu ikut. Entahlah terluka sangat hati seorang isteri kalau dimadu. Tapi silap aku juga, tak terfikir pada kita remeh, tapi tidak pada Nuri rupanya.”

“Kenapa kau asyik dengan Sarah saja ke”.

“Lebih kurang macam tulah aku datang rumah Nuri selalunya bila dia dah nak tidur anak-anak lagilah dah lama tidur. Aku selalu terlalai bila dengar Sarah bercerita.Dia tu pula tak boleh nak berhenti kalau dah bercerita.”

“Itulah kau, tapi aku..kahwin dua ni tak pernah nak terfikir. Aku ada yang satu ni pun dah syukur Alhamdullilah sangat. Kita hidup bukanya lama. Aku nak kumpul duit untuk anak-anak belajar kemudian kumpul duit nak pergi Mekkah itu saja matlamat hidup aku. Aku kena ingatkan diri nak kumpul duit untuk dua ni sahaja. Kalau tak habis bulan habis duit dimakan sahaja”. Mereka berdua bercerita, yang berdua orang lagi terlopong mendengar pengalaman abang-abangnya.

“Aku pun nak mengingatkan diri aku ni, yang sebetulnya kahwin dua ni seronoknya sebulan dua sahaja. Lagi pun kalau ingat nak seronok sahaja pun tak ada faedahnya tak sampai kemana. Lebih baik kita ingat nak membesarkan anak-anak. Nampak anak kita terjaga, comel dan riang sahaja anak kita, itu yang lagi menghiburkan hati kita. Kau San ingat, jangan jadi macam angah ni memang menyesal tak sudah, bahagia yang kindung berciciran nak kejar balik susah nak dapat yang original macam dulu San. Kau dah check kenapa tak dapat anak lagi?”. Syukri memberi peringatan kepada saudara  lelakinya, dengan pengalamanya.

“Dah Nagh, tahun lepas  pernah chek sekali, memang tak ada masaalah kemandulan. Bila ditunggu tak dapat juga  lagi, enam bulan sudah kami pergi check sekali lagi. Check  kali ni lebih teliti, diorang masukkan kamera dalam Rahim Ira. Barulah dapat dikesan yang ovary  dan dalam Rahim dia ada ‘cysts’, lepas tu Ira ada buat pembenadan kecil sikit. InsyaAllah tunggu lah sebulan dua lagi kok ada rezeki”.

“Amin” mereka beramai-ramai memohon kepada yang Maha Pencipta dan Maha Penyayang.

“Tapi mungkinlah adik beradik kita yang lelaki ni lambat sikit dapat anak, macam kau long berapa tahu baru kau dapat”.

“ Aku dulu dekat empat tahun juga, tapi aku berubat kampong saja, pergi urutlah, makan jamulah. Tapi kau untung Pali, tak sampai setahun Misa dah sangkut. Tapi yang sebetulnya kalau dah sampai enam bulan tak dapat juga anak baik pergi check. Jangan pergi sekali sahaja. Pergi dua tiga kali. Macam kau betul San, walaupun check sekali dia kata kita ok..tapi kalau takdapat juga pergi check dengan lebih teliti. Jadi dapatlah kita kesan apa sebabnya.”. Sedang mereka berbual-bual sayup kedengaran seruan azan Isyak berkumandang dari masjid di Pekan kampong mereka. Sekali lagi mereka sekeluarga solat berjemaah. Kali ini Syukri pula yang menjadi Imam mereka.

Usai solat masing masing membawa diri. Maklum seharian mereka bekerja memasak untuk menu harirayanya, manakala keluarga Nur Amisah pula baru sampai dari Penang. Kerana tidak cukup bilik Muaz sekeluarga pulang kerumahnya yang hanya dipekan Pengklalan Hulu sahaja.

“Mak!! along balik dulu ye”.

“Esok pagi jangan lupa minum kat sini, lepas tu kita pergi masjid ramai-ramai.”

Bila suasana sudah lengang, anak Syukri juga sudah tidur diruang tamu. Puan Noriza mengamit Nuri masuk kebiliknya. Tetapi memang disitulah dia tidur bersama anak kecilnya malam itu.

“Nuri meh cuba baju raya kamu ni, sesuai dengan kamu tak.” Puan Noriza menghulur sepasang baju kurung pesak Pahang bertanah hijau lumut berbunga kecil warna krim kepada Nuri.

Terkelip-kelip mata Nuri kerana terharu dia melihat sahaja huluran tangan emak mertuanya. Huluran tidak disambut tetapi Nuri memeluk tubuhnya pula.

“Mak terima kasih mak, tak sangka ada juga baju raya Nuri tahun ni, sebetulnya Nuri terlupa nak buat baju dan nak beli baju anak-anak mak. Nuri ibu yang tak prihatin mak, kerana ikutkan sangat hati, sampai Nuri telupa nak beri suasana gembira pada anak-anak”. Nuri yang memeluk emak mertuanyanya sudah menangis dibahu puan Noriza. Sambil menangis dia menyambung kisahnya.

“Baju anak-anak  yang Nuri bawa pun baju anak-anak saudara Nuri. Memang Nuri terlupa sangat mak. Kesian sungguh cucu-cucu emak bila uminya buat tak kisah.”. Dengan esakkanya dibahu emak mertuanya dia mengadu tentang dirinya yang terlalai.

“Tak apalah Nuri, ni dah ada walau pun sepasang sorang tapi jadilah. Syukri suruh emak tempahkan baju untuk kamu sekeluaraga. Cuba tenguk ni muat tak untuk Syuhadah, Wafi  dan Hadi. Mak agak-agak saja ukuranya, mak pergi rumah Along muaz kamu pinjam ukuran badan anak dia. muat tak agaknya”. Nuri meleraikan pelukkan. Dia melihat baju-baju yang ditunjukkan oleh emak mertuanya.

            Baju Syukri, Wafi dan Hadi sama kainnya. Manakala dia dan Syuhadah sama pula jenis kain lain yang ada corak bunga. Kemudian dia berpusing lagi memeluk emak mertuanya dia menagis lagi dibahu puan Noriza. Syukri yang memerhati keadaan itu sedari tadi datang memeluk isterinya dari belakang.

“Maafkan abang Nuri abanglah yang bersalah, yang mencipta derita untuk Nuri dan anak-anak. Maafkan abang”. Bila merasa pelukkan suaminya dibelakang Nuri jadi kejung. Dia melepaskan pelukkan dibadan puan Noriza. Sambil menyapu air matanya…

“Tak adalah ini salah saya, saya yang tak boleh menerima kenyataan. Saya tak yang tak boleh menerima takdir yang telah ditentukan untuk saya”.

“Dahlah tu, kalau tahu semuanya salah, ambil sebagai pengajaran dihari depan. Jangan ulangi kesalahan kesian kat anak-anak yang baru nak belajar hidup, jaga kepentingan mereka”. Puan Noriza sebagai pendamai meredakan rasa bersalah dihati sepasang suami isteri yang didepan matanya.

Bila suasana agak reda, Nuri mula mebelek baju anak-anaknya dan baju suaminya dan bajunya juga.

“Cantik kain ni, kat mana emak beli?.”

“Kak Nah tu selain buat baju, dia juga jual kain, mak ambil dengan dia sahaja, Syukri yang minta warna ni. Cantik tak warna hijau macam ni, kalau mak, suka warna merah ke, oren ke berseri juga kita pakai ni hijau lumut macam gelap sahaja”.

“Oklah ni mak, Nuri tak suka warna cerah sangat, malu nak pakai menyerlah sangat”. Air mata Nuri sudah kering. Dia Nampak ceria.

“Haa kan mak, test kitaorang ni memang sama. Tudung Nuri mak ada beli juga ke mak”.

“Ada, Nuri cuba ambil tudung kamu tu dalam almari emak, tudung sarung saja Nuri, tudung kain lycra wanra dia pudar sikit tapi mak rasa sesuai dengan baju kamu tu. Ini pun mak ambil kat kak Nah juga tu, tudung dah siap Nuri, ok tak. Hanya Syuhadah sahaja tak ada tudungnya Nuri.”

“Tak apalah Su pun kecil lagi tak payah pakai tudung pun tak apa mak”.

Hari kian larut, Syukri sudah merebahkan badanya disisi anak-anaknya diruang tamu, manakala Imah, puan Noriza dan Nuri dibiliknya, kerana bilik Imah digunakan oleh NurAmisah sekeluarga, manakala Hasan dan isterinya dibilik tetamu. Nuri yang membayangkan kemeriahan mereka esok hari akhirnya terlena juga.

Pagi itu, usai solat subuh puan Noriza kedapur, memanaskan segala lauk hari rayanya (masak kicap ayam dan rending daging dan kuah kacang). Menyedari emak mertuanya kedapur Nuri menyarung tudung mahu kedapur juga. Dipintu bilik dia bertembung dengan birasnya Ira.

“Kak Nuri mana Hadi”.

“Tidur lagi Ira, lepas menyusu dia lena lagi”.

“kak pinjam sekejap Hadi nak tidur dengan dia boleh”. Sangat kasihan melihat Irah begitu beria mahukan dirinya mengadung. Tampa banyak soal Nuri masuk kebilik semula mengangkat anaknya Hadi untuk diserahklan kepada birasnya Nazirah.

Ketika didapur..
"Nak panaskan semuanya ke mak".

“Haah Nuri, mak ni nak siapkan yang nak bagi kat jiran-jiran kita. Nanti boleh Imah tolong hantarkan. Ambil kek coklat kamu tu potong-potong masukkan dalam empat lima ketul dalam sebuah plastic”

“Ialah mak, Nak masukkan berapa plastic mak”.

“Masukkan dalam tujuh plastic” Kemudian terjengul Syukri dipintu dapur.

“Syukri!! tolong mak belahkan lemang tu”.

“Nak belah berapa batang mak”.

Belahlah lima batang. Kemudian dalam sebatang tu potong tiga sahaja . Satu bahagia yang dipotong tu untuk sebuah rumah. Untuk Pak de nanti kita hantar lepas sembayang raya ye. Mak nak bagi dua bantang lemang ok tak Syukri.”

“Pak de tak buat lemang ke mak”

“Tak!! Kata mak de semalam untuk tahun ni  diaorang tu buat ketupat daun palas sahaja. ”

“Habis buluh lemang tu semalam siapa yang bagi”.

“Orang selalu ambilkan buluh untuk pak de tu yang hantar, walaupun dah dibagi tahu Pak de tak buat lemang tahun ni, nak menolak tak sampai hati jadi pak de kamu bayar jugalah. Nak buat tak ada orang tolong jaga api. Alhamdullilah kita yang amabil buluh tu taklah membazir tapi dia minta sikit lemang kita”.

“Kalau macam tu bagilah lebih sikit, tiga empat  batang ke”.
“Ialah Syukri bagilah nanti empat batang cukuplah tu. Ketupat nasi tu tak payah bagi orang ye Nuri, itu untuk cucu-cucu emak sahaja.Kalau dah sudah kerja kamu tu Syukri pergilah mandi sunat hari raya, sebelum kita pergi masjid kita makan dulu ye.”

Sibuk dirumah puan Noriza dipagi hari raya rupanya. Mana nak mana nak membungkus lauk pauk dan lemang, kueh dan biskut untuk dihantar  kerumah jiran-jiran berdekatan dengan rumah mereka. Pagi itu Nuri yang membungkus juadah yang mahu dihantar kerumah jiran menakala Puan Noriza dan Imah yang menghantar kerumah jiran berdekatan.

Selesai tugasnya, Nuri menghidang makanan untuk mereka minum pagi pula. Sebelum mereka kemasjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri puan Noriza mahu mereka minum dahulu.  Setelah siap semuanya Nuri kebilik air untuk mandi sunat hari raya walaupun dia tidak kemasjid kerana uzur. Didalam bilik emaknya Syukri juga sudah bersiap berbaju Melayu baru. Nuri menghampiri suaminya. Syukri terpegun melihat Nuri memakai baju raya  yang sedondon dengannya.  

“ Abang dah ada air sembayang ke..Nuri nak salam minta maaf.” Syukri tersedar dari terpegunnya, bila memndegar isterinya bersuara.

“Ialah meh lah kita duduk sini” Syukri bersila ditepi katil emaknya manakala Nuri bersimpuh dihadapanya. Sambil menunduk mencium tangan suaminya.

“Maafkan Nuri lahir dan batin Nuri yang banyak buat salah pada abang”.

“Maafkan abang juga, abang pun banyak buat salah pada Nuri. Yang sebetulnya abanglah yang banyak salah pada Nuri. Abang minta halal, apa-apa yang abang terhutang dan terambil dari Nuri”. Sampai dikata-kata itu, mereka sudah tidak dapat berkata-kata lagi Syukri sudah teresak-esak manakala Nuri juga.   Ingin diluahkan rasa kesal namun tidak terkeluar dibibirnya. Dia tahu kesalahanya sangat banyak dengan isterinya dihadapanya sekarang. Didalam hatinya berjanji kepada dirinya sendiri akan membahagiakan isteri dan anak-anak hingga kehujung hayatnya.

 Puan Noriza tidak jadi masuk kebiliknya mendengar tangisan dua merpati didalam biliknya. Dia tahu apa yang ada dihati anak dan menantu yang baru sahaja lepas dari dugaan Allah. Didalam hati nya berdoa semuga bahagia mendakap, kehidupan mereka dihari mendatang.

Sunat dilakukan di pagi hari raya.
1.Disunatkan mandi dan membersihkan diri
2.Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil)
3.Memakai pakaian yang paling bagus.

 (Yang sebenarnya bahagia tu kita yang cari. Jika tak mampu dengan rasa yang kita rasa, maka lepaskan, cari lah rasa bahagia ditempat lain mungkin dia ada disitu)

Diakahir cerita ni mak teh nak pesan dari hati seorang wanita, MADU wanita yang memulakan. Bagi isteri pertama mungkin dia terpaksa tetapi yang kedua dia sendiri rela, jika dia tidak ditipu. Sakitnya bermadu sama sahaja. Baik pertama atau yang kedua. Hanya kelebihan yang kedua dia baru dan rengek manjanya biasanya akan mencairkan. Tapi lama kelamaan yang cair akan mengeras juga. Jadi sebagai wanita mengapa harus membina bahagia diatas derita wanita lain. Wanita itu sama seperti kita juga. Menjadi yang kedua juga tidak sebahagia mana, bila disorok. Kadang-kadang hanya merasa diwaktu siang sahaja. Kebiasaan untuk berhari raya bersama keluarga suami juga jarang yang dapat. Yang  kasihan adalah anak-anak, kerana sikap kita yang ingin menumpang kasih, ingin menumpang senang ingin memandang yang kacak dan maco, anak-anak yang menerima padah (kurang kasih sayang ayah).  Ini hati mak teh entah betul, entah kan tidak. Kalau anda bagai mana?.

p/s: kisah ni sampai disini sahaja.Bagi mak teh cerita yang tak ada dalam kepala menyababkan jalan ceritanya tak menarik. Apa pun terima kasih kerana memberi komen yang menaikan semangat, dan ribuan terima kasih kerana sudi membaca cerita ni. Jika ada tersalah bahasa dan menyinggung perasaan anda yang membaca mak teh minta maaf banyak-banyak. Dari komen-komen yang anda beri banyak memberi mak teh pengajaran. Untuk cerita Sarah kena tunggu dulu. Terima kasih semua harap jumpa lagi dilain cerita.











Thursday 21 November 2013

Bab 55 Siapa aku dihatimu



Minta maaf ye membuat anda tertunggu-tunggu, tapi bab yang ni memang tak terlakar lagi baru nak tercari-cari ayat, tu yg lama. Ceritanya pun tak berapa menarik. Ni mak teh saja masukkan fadilat solat terawih, sebagai peringatan pada diri mak teh dan anda juga. Trima ksih kerna masih menunggu.

Tak sempat nak semak kalau ada yang salah harap maaf. post kat tempat kerja. Balik nanti baru semak...

=================

Ramadan sudah seminggu melabuhkan tirai. Semua umat Islam diseluruh dunia menjalani ibadat itu di siang hari. Malam nya pula mereka akan mencari kelebihan pahala dengan menunikan solat Terawih dimasjid atau di surau ataupun dirumah. Siapa yang tahu fadilat solat terawaih pasti tidak akan melepaskan peluag untuk meraihnya, tentu mereka akan  menyempat diri untuk pahala yang hanya setahun sekali sahaja kita dapat, Yang ditakuti kita tidak dapat meraihnya ditahun hadapan. Termasuk jugalah Syukri dan Nuri yang gigih meraih menyempatkan diri, walaupun terpaksa menunggu anak-anak tidur supaya solat mereka tidak terganggu.

Memandangkan anak mereka masih kecil Nuri tidak keMasjid maupun surau. Walaupun begitu dia juga tidak mahu ketinggalan  untuk mencari pahala solat sunat Terawaih. Dia bersolat dirumah sahaja manakala Syukri selepas berbuka dan solat Magrib dia akan kesurau berhampiran menjadi Jemaah surau. Sudah dua hari Syukri menjumpai Nuri sedang solat terawih ketika dia pulang dari surau. Akhirnya dia menjadi imam solat isterinya dirumah. Pada mulanya Nuri menegur juga perbuatan suaminya.

“Bang pergilah solat terawih kat surau, saya tak apa saya boleh solat sendiri. Lagi pun orang perempuan memang tak digalakkan solat kat luar, Nuri ni  lebih abdal solat dalam bilik kita. Abang lebih abdal solat berjemaah di masjid atau surau”.

“Tak apa, kita solat sama. Kalau Nuri kerja malam abang akan solat kat surau atau pun masjid. Masa Nuri tak kerja ni kita solatlah sama-sama, dapat juga Nuri pahala solat berjemaah sama-sama kita dapat pahala, pada abang macam ni lebih abdal”.  Dua tiga kali ditegur hanya itu jawapan Syukri.

Awal puasa lagi Nuri sudah mula menyediakan biskut raya untuk diri dan emak mertuanya juga. Biskutnya biasalah tat nenas dan Almond London  dua biskut ini kegemaran emak mertuanya diPengkalan Hulu.. Semalam dia off day dia mengacau dua biji nenas yang telah di’bland’ untuk jem tat nenasnya. Walaupun bulan puasa Syukri tetap pulang kerumah diwaktu tengahhari. Tujuanya hanya untuk untuk merehatkan diri sebelum menyambung kerja-kerjanya hingga kepetang. Ketika dia sampai isterinya sedang sibuk didapur. Setelah memberi salam dia menjengah dapur

“Nuri  buat apa tu”.

“Ni kacau jem nenas untuk tat nenas kita nanti”.

“Meh abang tolong. Tentu Nuri penat kacau sorang”.

“ Tak payahlah bang, abang pergilah baring dengan anak-anak tu. Jem nenas ni taklah berat macam kita kacau dodol. Lagi pun  kalau dah meletup-letup macam lavar gunung berapi ni tak lama keringlah. Nuri kacau ni supaya dia tak hangus kat dasarnya sahaja. Dah pergilah abang baring. Banyak kereta hari ini bang?”.

“Banyak Nuri. Ni nak pulihkan tenaga n,i nak buat petang pula. Abang baring kejap ye. Nuri! solat nanti jemaah ye”.

“Ialah masuk waktu nanti saya kejut pergilah abang baring.”

Disebelah malamnya pula selepas solat Terawih dan selepas semua anak-akannya tidur Nuri kedapur semula.

“Abang pergi tidur lah dulu saya nak mula buat biskut malam ni”.

“Ehh nak mula buat kueh raya ke Nuri, baru seminggu puasa”.

“Saya buat sikit sikit tu yang nak mula cepat. Malam ni pun saya nak buat satu adunan sahaja, tak sampai pukul sebelas dah siap agaknya. Pergilah abang tidur dulu tentu abang penat, kereta banyak kan hari ni”.

“Tak apa lah abang nak teman Nuri kat dapur, malam ni nak buat biskut apa”.

“Nak buat almond London, saya nak buat banyak sikit nak bagi emak, nak bagi kak Ton sikit dan nak tinggal kat rumah sikit kot Wafi dan Su nak makan nanti”.

“Ok lah tu, meh abang tolong gentelkan. Kacangnya Nuri dah panggang ke?”

“Dah petang tadi”.

“ Meh sikit abang nak rasa rangup tak. Banyak tak Nuri beli kacang Almond ni”.

“Banyak tulah saya beli. Cukup tak tu. Kalau tak cucup yang tahun lepas ada lagi, tapi tak panggang lagi ada dalam peti sejuk tu. Petang tadi lupa yang kacang tu ada lagi itu tak panggang sama tu”.

“Cukup ni, ada seratus biji tak ni”. Begitulah cara Nuri membuat biskut raya. Sikit-sikit setelah anak-anaknya masuk tidur baru dia kedapur,  dua tahun berturut-turut dia membuatnya sendirian. Namun digagahkan juga demi untuk tidak mengecewakan ibu mertuanya, yang sangat baik kepadanya. Ialah bak kata orang kalau hendak seribu daya kalau dah tak hendak seribu dalih. Tetapi sekarang Syukri kembali membantunya.

“Abang heran suka sangat mak dengan biskut ni sedap sangat kah”. Setelah sejam lebih didapur biskut Nuri sudah keluar dari oven.

“Taklah sedap mana, mungkin  namanya begitu  glamour orang membanyangkanya  sedap. Dah sejuk nanti cubalah abang rasa tapi ni belum dicelup dengan coklat lagi kalau tak sempat nanti kita celup kat kampong saja ye, minta Imah celupkan”.

“Kenapa tak  celup coklat sekarang”.

“Kena tunggu betul-betul sejuk baru dicelup dengan coklat. Kalau tak nanti coklatnya cairlah”.

“Nuri dapat cuti raya tak tahun  ni.”

“Tak tahu lagi.. jadual tugas belum siap lagi bang, tapi kalau ikut giliran tahun ni bukan giliran saya cuti”.

Ada keluahan yang keluar dari mulut Syukri. Entah hatinya jadi sayu bila mengenangkan dia tidak dapat berhari raya bersama anak-dan keluarganya dikampung.

“Tak apalah kalau tak dapat cuti nanti, abang baliklah sendiri bawalah biskut-biskut ni satu lagi saya tak buat lagi,  InsyaAllah offday sekali lagi saya buat tat nenas pula. Malam abang balik nanti saya buatklan mak kek coklat. Emak ok rasanya. Kalau abang takut kena marah sebab saya tak balik nanti saya call emak bagi tahu.”

“Emm”. Hanya itu yang keluar dari mulut Syukri. Tetapi wajahnya sudah bertukar mendung. Malam itu siap satu adunan biskut almond London Nuri dan Syukri.  Setelah berkemas segala yang telah digunakan mereka kebilik untuk tidur pula, semantara menunggu waktu untuk bersahur. Ketika diatas katil walau hatinya sedeh namun Syukri tetap menarik juga isterinya dalam pelukkannya untuk mencari kehangatan. Kehangatan diri dan kehangatan cintanya. Dia berharap sayang Nuri yang mati bersemi lagi untuknya.

Pagi itu Nuri bekerja. Tinggal Syukri sendirian dirumah, anak-anaknya sudah dihantar kerumah kak Ton. Jam menunjukkan belum pukul lapan pagi, hendak kebengkel masih terlalu awal. Hendak tidur semula takut terlajak lagi matanya tidak mengantuk. Entahlah mungkin asyik memikirkan isterinya  tidak dapat cuti raya hatinya jadi walang dan matanya juga tidak mahu terpejam bila kepala asyik berfikir sahaja. Syukri mengambil keputusan menghubungi emaknya diPengkalan Hulu untuk melepaskan rasa sedehnya.

“Assalamulaikum mak apa khabar”.

“Walaikumsalam. Baik Syukri. Ni  pagi lagi telefon mak, ada cerita gembira ke Syukri. Nuri dapat cuti raya”. Terus sahaja puan Noriza meneka. Kerana dia pun begitu. Pada pandangannya jika Nuri mahu mengikuti suaminya pulang kekampung ini bermakna hati menantunya itu sudah beransur sembuh dari luka dimadu. Puan Noriza sangat mengharapkan keharmonian rumah tangga anak-anaknya.

“Tak adalah mak, ini yang Syukri nak bagi tahu mak. Supaya mak tak terharap-harap”.

“Dia dah dapat jadual kerja dia ke? kan lama lagi nak raya, puasa belum setengah bulan lagi Syukri”.

“malam tadi tu cerita-cerita dengan dia sambil buat biskut Almond Landon, dia kata tahun ni bukan giliran dia dapat cuti mak”.

“Ohh dia dah buat biskut untuk emak! cepatnya”.

“Dia buat sikit-sikit mak, malam tadi tu dua kali bakar saja dia dah siap. Siang tak boleh nak buat anak-anak kacau. Lagi pun masa yang dia tak kerja saja dia buat mak. Cuti sekali lagi ni dia nak buat tat nenas pula katanya”.

“Begitu berusha dia buat biskut yang emak suka, Syukri. Emak tak tahu kenapa kamu diduga macam ni Syukri. Tapi ialah selagi dia disisi kamu jagalah hatinya. Emak sebenarnya sayang sangat kat Nuri. Emak sedeh kamu buat dia macam dulu tu. Emak sebenarnya syukur sangat Sarah terbuka hati minta cerai dengan kamu. Emak tak boleh nak bayangkan kalau Nuri yang pergi dari hidup kamu Syukri. Tapi kamu jangan salah fahan emak tak pernah doakan kamu bercerai dengan Sarah.”

“Tak mak, Syukri tahu hati emak, emak baik tak pernah doakan orang perkara yang tak elok. Itu mungkin lorong dari Allah mak. Kan semua yang terjadi Dia yang merancang mak. Pasal nak jaga hati Nuri tu InsyaAllah mak, Syukri akan pengang dia sampai Syukri tutup mata mak. Itulah pasalnya kalau dia tak mahu balik kampong kita, Syukri reda. Biar baik luka hatinya dulu, Syukri sanggup tunggu. Ini tujuan Syukri call mak ni, supaya mak tak mengharap kami balik. Mungkin Syukri balik sorang hantarkan biskut emak tu”.

“Ialah Syukri jangan paksa dia, mak tahu luka hati dia Syukri. Kamu tak tanya dia..mungkin dia nak raya kat Kuala Selangor.”.

“Tak juga mak. Dia kata keluarga nenek busunya bukan muhrim dia. Masa  raya nanti tentu semua adik-beradik pak su dia balik, bilik pun tak cukup, nanti dia susah nak jaga aurat dia mak. Sekarang ni baru Syukri sedar, Nuri juga tak ada siap-siapa mak. Ada abang jauh kat Negara orang. Tapi ialah memang Syukri buta dulu. Buta pada isteri sendiri. Tak sedar isteri sendiri pun yatim piatu”. Getar sebak Syukri didengari oleh telinga tua puan Noriza dihujung talian. Dia tahu anaknya dalam kesedehan mengenang masa lalunya.

“Dahlah Syukri, ini pengajaran pada kamu. Esok-esok kalau nak buat kerja tu fikir dulu baik buruk tindakkan kita, jangan fikir senang dan bahagia diri sendiri saja . Fikir juga anak isteri kamu, kamu sekarang bukan sorang lagi dah empat orang Syukri, makin banyak yang kamu nak jaga hatinya Syukri. Kamu tak balik raya ni pun tak apa. Nanti kalau mak ada masa, mak yang pergi rumah kamu, bukan nya lama naik firefly tak sampai sejam duduk dalam kapal terbang  dah sampai”. Begitu mudah pendekatan Puan Noriza. Ialah padanya segalanya akan mudah jika kita membuatnya mudah, itu prinsip puan Noriza.

“Tak apalah mak biar saja Syukri yang balik nak bawakan biskut Nuri ni. Biskut-biskut ni memang khas untuk emak katanya. Mak! baju yang Syukri suruh tempah tu dah siap mak.”

“Belum lagi Syukri, kak Nah kamu tu pun banyak tempahan, tapi InsaAllah kata dia nak dekat raya nanti siaplah”.

“Kalau dah siap tolong basuhkan sekali ye mak. Walaupun Syukri tak dapat balik, kalau  dah siap berbasuh nanti balik sini Syukri suruh Nuri dan anak-anak pakai. Walau apa pun.. mak doakan Nuri dapat cuti ye mak.”

 Dalam diam Syukri meminta emaknya diPengkalan Hulu menempah pakaiannya untuk hariraya  untuk mereka sekeluarga . Kainya Puan Noriza yang memilih. Syukri meminta dicarikan warna hijau lumut warna kegemaranya. Syukri sudah membayangkan bertapa cantik dan  meriahnya berhari raya sekeluarga  memakai warna yang sama, warna kegemaranya lagi. Tempahan baju mereka diluar pengetahuan Nuri. Ini merupakan satu kejutan dari Syukri untuk isterinya untyuk hari raya kalai ini.

“Ialah Syukri. Yang sebetulanya belum pastilah yang Nuri tak dapat cuti ni Syukri”.

“Belum mak, hanya Nuri kata malam tadi jadual tugas dia belum siap lagi tapi tahun ni memang bukan giliran dia dapat cuti. Tapi manalah tahu berkat doa emak orang kesian kat Nuri yang dah beberapa tahun tak dapat cuti, aleh-aleh ketua dia bagi cuti pula. Doakan ye mak”.

“InsaAllah mak doakan, mak nak  buat solat hajat lagi biar Nuri dapat cuti.” Terkekeh puan Noriza dihujung talian mempersendakan Syukri. Yang sebetulnya biar anaknya yang kesedehan terhibur sedikit hatinya.

“Emak ni”.

Tidak sedar masa yang berlalu. Kini Ramadan hanya  berbaki seminggu sahaja lagi. Selesai solat terawaih dan selesai membaca niat puasa untuk esok hari, Nuri masih bersimpuh dibelakang Syukri.  Dia menanti huluran tangan suaminya untuk disalami.

Ketika Syukri memusingkan badan dan menghulur tangan, Nuri meyambutnya disalami dan dicium tangan suaminya. Sebelum Syukri melepaskan  tangannya, Nuri memangilnya dan memberitahu jadual kerjanya untuk esok pagi...

“Bang, saya kerja pagi esok pagi”.

“Emm”Itu sahaja yang keluar dari bibir Syukri kedengaran  lemah tak bersemangat. Kemudian Nuri bersuara lagi..

“Lepas kerja pagi esok ni, saya kerja pagi lagi, kiranya dua kali pagi lah”.

“Emm”. Bagai tiada tidakbalas positive dengan jawapanya. Bagi Syukri sudah menjadi kebiasaan Nuri, jika berubah sahaja perjalanan gilirannya dia akan memberitahunya.

”Lepas tu saya mula cuti raya.”

“Emm” Walaupun jawapanya tetap sama namuh berlainan tindakbalas …Syukri cepat memandang tepat kewajah isterinya, untuk  mencari kepastian apa yang tuturkan oleh isteri yang dihadapanya dengan mata terkelip-kelip. Kemudian dia tersedar.

“Haah apa Nuri cakap lepas tu Nuri cuti raya. Ertinya sebelum raya Nuri dah cuti?? Sampai bila?”

“Empat  hari raya dah kena kerja balik”. Tindakkan spontan Syukri bila otaknya menerima maklumat. Dia menarik isteinya dengan kuat hingga Nuri bergerak dari tempat duduknya sehingga  kepala lutut mereka bertemu. Syukri memegang dua belah pipi isterinya dengan dua belak tapak tanganya, lama bibirnya melekat didahi isterinya.  Kemudian bibir nya bergerak kebawah mencari dua ulas bibir isterinya pula. Juga lama bibirnya  melekat disitu.

“Kita balik raya ye.” Mata Sukri sudah berkaca, suaranya juga sudah bergetar dia sebak. Sudah lama dia tidak berhari raya bersama Nuri. Ditambah sudah tiga anaknya, inilah kali pertama dia berhari raya bersama anak-anaknya, Dia sangat mengharap. Ahh sungguh dia sudah lama mengabaikan Nuri dan anak-anaknya. Dia tersedar lagi. Nuri hanya membatu.

“Nuri tak nak balik Pengkalan Hulu ke, abang tak paksa.” Nuri memandang wajah suaminya. Kelihatan wajah suami yang penuh harap yang dipandangnya.

“Maafkan abang sayang..” Melintas kenangan lalu diminda Nuri bila suaminya memanggilnya sayang. Hatinya tidak rela.

“Jangan panggil saya sayang..” rendah sahaja suaranya bila dia melarang.

“Tapi memang abang sayang Nuri kalau tak diluah rasanya berbuku-buku dalam hati ni.” Syukri menepuk dadanya beberapa kali. Hatinya rasa sebak. Bila memikir isterinya masih tidak dapat melupakan perkara yang sudah berlaku. Takut menerima kenyataan Nuri tidak mahu mengikutinya pulang  kePengkalan Hulu.

“Nuri nak balik Kuala Selangor ke?” Soal Syukri separuh rela. Tetapi jika  jawapannya 'ya' dia terpaksa merelakan.

“Tak saya tak mahu kacau keluarga orang”.

“Nuri abang mohon sangat, jangan buang abang dalam hidup Nuri, abang sayang Nuri, beri lah abang pulang sekali ini saja. Abang akan buktikan hati abang ni hanya untuk Nuri saja. Tolong sayang”. Bila berkali-kali suaminya memanggilnya sayang hatinya rasa bergoncang. Bukan bergoncang kerana terharu tetapi bergoncang kerana hendak meletup (marah). entah mengapa jika suaminya memanggilnya sayang hatinya jadi hangat. Kerana dia sudah tidak yakin dengan perkataan sayang suaminya.  Cepat-cepat dia menukar tajuk cerita sebelum dia meletup.

“Bila abang mula tutup bengkel?”. Entah mengapa pada pandangan Syukri, Nuri yang dihadapannya  sekarang sungguh keras orangnya. Mungkin segala kelembutanya dulu sudah membatu kerana perbuatanya.

“Mungkin hari last Nuri kerja pagi, esok Nuri kerja pagi kan, kemudian esoknya pagi lagi.  Hari tu abang bercadang nak buka bengkel setengah hari saja, itu pun kalau masih ada kereta yang perlu disiapkan. Sebab kereta dah tak banyak lagi. Hanya dua tiga biji saja lagi yang dalam proses nak siap. Kalau cakap dengan diorang nak cuti  mungkin boleh siap esok kot. Kita balik ye”.

“InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang”. Habis sahaja ayat yang ditutur oleh Nuri, Syukri terus menariknya dalam pelukkanya, pada Syukri jawapan Nuri sudah dalam 90% setuju. Rasa nak patah tulang rusuk Nuri, dek kuatnya pelukkan suaminya. Macam ular sawa membelit tubuh mangsa. Apalah yang difikirkan oleh Nuri hingga melalut teringat ular membelit mangsa pula. Macam lah dia pernah dibelit oleh ular sawa.

Hari yang dinantikan oleh Syukri hamper tiba. Selepas solat terawih malam itu Nuri mula mengemas kain baju anak-anak yang mahu dibawa pulang kekampung suaminya. Syukri menjengah bilik bila dinanti Nuri tidak keluar-keluar setelah menyimpan telekong dan sejadahnya.

“Nuri buat apa, mehlah kita tenguk tv dulu”.

“Saya nak kemas kain baju anak ni, esok saya kerja pagi lagi, kemudian malamnya nak masakkan kek mak, nanti tak sempat. Ni saya kemas sikit-sikit masukkan baju anak-anak untuk dua tiga hari cukupkan bang”.

“Ye tak ia ye juga kan, meh abang tolong, Nuri longgok biar abang masukkan dalam beg”.

Nuri mula menlonggokkan pakaian anak-anaknya. Bila melihat baju anak-anaknya hati  Syukri menjadi sedeh. Sedeh selama dia mempunyai anak belum pernah lagi dia membelikan sehelai dua baju untuk anak-anaknya. Bila dibelek baju baru anak-anaknya kebanyakkan berjenama Australia, tahulah dia baju-baju baru anaknya Nuri membelinya diAustralia ketika dia merajuk  tempuh hari.

“Ni semua baju anak, mana baju Nuri?”. Bila Nuri berhenti menghulur baju. Sambil bercakap Syukri memandang kearah isterinya yang seakan termenung.. Duduk memandang kedalam almari.

“Tengah fikir ni. Tapi saya tak bawa banyak. Baju basahan dengan baju raya dua helai cukupkan.”.

“Ambilah biar abang masukkan”.

“Ialah nak ambillah ni” Nuri mengambil  dua pasang baju kurung.

“Abang  tak bawa baju basahan lah Nuri. Baju abang masih ada kat rumah emak tu. Abang bawa dua tiga helai t-shirt cukuplah..mana baju Nuri meh abang masukkan.” Nuri menghulurkan dua pasang baju kurung. Yang sepasang berwarna coklat cair bersama bunga ungu, mereka membelinya bersama tiga tahun sudah, ketika itu baju Melayu Syukri juga berwarna coklat cair. Pada perancangan awal mereka akan memakinya dihari raya tahun itu, tetapi baju itu tidak sempat dipakai oleh Nuri, kerana hari raya tahun itu Syukri berhari raya bersama Sarah. Tahun dimana dia bernikah dengan Sarah, Nuri memberi peluangnya bersama Sarah berhari raya dikampungnya. Syukri memandang isteri yang sedang membelakangkan dirinya kerana mengambil tudungnya pula didalam almari.

Rupanya sejak kehadiran Sarah dalam hidup mereka, Nuri tidak pernah memaknakan hari rayanya. Dia tidak membeli baju baru untuk hari rayanya ditahun berikutnya. Cepat-cepat Syukri  mengesat airmatanya yang sudah bergenang ditubir mata.Dia menelan sebak jauh kedalam hati.

“Banyak lagi tak, kalau tak cukup kita ambil satu lagi beg. Beg galas abang, yang selalu abang bawa tu”. Syukri cubah menutupi sebak hatinya dan cuba berbual bagi memesongkan fikiranya.

“Dah!! itu saja cukup kan”.

“Nuri! Kita balik lepas Magrib esok nak tak”.

“Janganlah macam tu bang. Kita ni dua-dua balik kerja, kita rehatlah dulu.Kalau kita bertolak lepas Subuh kita dah rehat. Perjalanan kita jauh, abang akan memandu nanti 7 hingga 8 jam, lagi pun kita balik bawa anak-anak.”. Dek kerana teruja mahu membawa anak isterinya pulang beraya Syukri bagai tidak sabar-sabar. Dia sebenarnya mempunyai perancangan lain, dia ingin kesebuah pusat membelibelah bebas cukai, di Sempadan Malaysia Thai untuk membeli belah pakaian anak-anak dan isterinya sekali nanti.

“Oklah lepas subuh kita bertolak.” Disabarkan hatinya untuk kebaikkan mereka sekeluarga, lalu menerima pandangan isterinya agar mereka berehat dahulu sebelum bertolak pulang kekakampungnya.