~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 19 February 2015

Nur Hidayah 29






“Tak sedar dah hamper sebulan penuh papa berpuasa Hidayah. Papa tak sangka papa boleh melakukannya ..Alhamdullilah..Ya Allah terimalah puasa ku dan terimalah solat ku kepada Mu ya Allah.”.Tampa sedar tangan Tengku menadah kelangit. Perbuatan seperti itu tidak pernah dilakukan dahulu tetapi setelah dia rasa bersalah dan berdosa dia selalu memohon kepada yang menciptakan dirinya..Allah tuhan sekian alam.

“Amin!” Nur Hidayah mengAMINkan seputung doa Tengku Faris.

“Pa!! Jika papa sabar In Syaa Allah papa boleh mendisplinkan diri. Dayah selalu berdoa papa dapat menggantikan puasa-puasa dan solat-solat papa yang lepas. Dayah teringin nak duduk bersama dengan papa di akhirat kelak. Biarlah Dayah tak dapat seorang ayah masa kat dunia ni, tapi Dayah dapat bersama-sama seorang ayah kat akhirt kelak.” Mendengar kata-kata anaknya Tengku Faris bangun  lalu menerpa dan memeluk  anak yang duduk dihadapanya. Dia memeluk dan mencium umbun-umbun anaknya dengan rasa sayang seorang ayah.

“Maafkan papa Hidayah, Papa berdosa dengan Hidayah, papalah penyebab Hidayah dipandang hina oleh masyarakat termasuk nenek Hidayah sendiri. Maaf kan papa ye”.

“Jangan salah kan diri papa..itu dah memang percaturan hidup kita papa. Hanya sekarang papa kuatkan semangat menghadapai dugaan Allah. Ok..ok papa ye. Petang ni papa nak berbuka apa. Dayah buka satu tawaran, ni khas untuk papa sahaja...kalau papa nak rasa air tangan anak perempuan tunggal papa yang istemewa ni, boleh Dayah masakkan nanti.”

“Anak dara papa ni pandai ke masak..”

“Hssy tenguk kaki lah..papa teringin nak makan apa, cakaplah tawaran masih dibuka ni, kalau dah tutup nanti meleleh air liur sampai setimba pun Dayah tak masakkan tau”.

“Hssy anak dara papa ni nampak sahaja lembut tapi kejam rupanya”.

“Papa ni..dahlah cepat cakap apa papa nak makan”.

“Hidayah suka makan apa ..kalau Hidayauh rasa sedap yang itu masakkan untuk papa. Papa yang sebetulnya tak tahu sangat nama masakkan Melayu ni..papa main makan sahaja apa yang bibik masak.”.

“Ok emmm(Sambil mengusap dagunya seolah-olah berfikir) Dayah suka masak lemak labu manis dengan daun kunyit..dan sambal hijau ikan tenggiri”.

“Wahh sedap tu..Apalah Hidayah  mengoda papa ni..cuba Hidayah tenguk jam baru pukul berapa, dah cerita pasal buka pula..hssy dah-dah..pergi keluar buat kerja Dayah tu. Jangan kacau papa dengan masakkan segala”..Tengku Faris bersuara garang dan menghalau anak daranya keluar dari biliknya. Terpaksalah Nur Hidayah bangun mengheret kaki untuk keluar, namun sebelum sampai kemuka pintu kedengaran suara Tengku Faris bertanya..

“ehh tapi Hidayah labu manis tu apa?”.
“Tunggulah  Magrib nanti papa tenguk”.

“Allaaah cakaplah, papa nak tahu sekarang”.

“Pumkin papa..papa tahu rupa bentuk pumkin.”.

“OhhhPUMKIN ..tahu..”.

“Apalah papa ni pumkin tahu labu manis tak tahu. Pa!! zohor ni papa nak solat kat mana..solat kat sini ke masjid?”.

“In Syaa Allah kita pergi masjid lah Hidayah..emm tengahari ni kita nak solat kat masjid mana Hidayah.”  . Bersungguh Tengku Faris mahu menjadi hamba Allah yang taat dan hamba yang disukai oleh Penciptanya.

Begitulah Tengku Faris menghadapai cabaran berpuasa untuk pertama kali terasa sangat susah.  Namun dengan kesungguahnnya dia dapat mengatasi segala cabaran. Yang sebenarnya setelah musibah menimpa dirinya barulah dia dapat menghayati puasa itu sendiri. Rupanya dengan berpuasa merasakan diri ini sangat kerdil, lemah dan kita juga dapat merasakan kita seorang hamba.

Dulu semasa dia belum lagi keluar dari kepumpung keluarga, pernah juga dia berpuasa. Bila dia mengadu lapar mommynya akan menyuruh nya berbuka. Bila dia sudah remaja dia dipaksa berpuasa oleh daddynya, tetapi ketika itu dia sudah pandai berlakon.Dia berpuasa hanya dihadapan daddy dan mommynya sahaja. Bila jauh dari pandagan mata kedua ibu dan bapanya dia akan meyuruh kawan-kawan yang bukan Islam membelikan makanan untuknya. Kemudian dia akan menutup mulut setiap kawan yang bersubahat dengan sedikit wang ringgit. Duit ada apa susah, semuanya akan ditanggung beres oleh kawan dan rakan disekelilingnya.

Bila dia sudah dewasa dia mencuba dua tiga kali, tetapi apabila berkeriut sahaja perutnya, dia mula mencari makanan yang memang sudah tersedia didalam biliknya. Air kotak atau roti yang sengaja disorok dibawah katil atau didalam laci mejanya. Mengapa perlakuan itu terjadi ..kerana tiada kehiklasan untuk melakukan.  Melakukan hanya kerana suruhan emak ayah.  Tetapi bila terasa menyiksa diri, dia akan mengambil jalan mudah BERBUKA.. sebelum tiba masa berbuka.

Dan akhirnya, bila dia belajar keluar  negara jauh dari keluarga makin dia terlupa. Biasanya dia juga tidak ambil pusing kedatangan bulan Ramadan. Bulan yang sangat ditunggu oleh kebanyakkan umat Islam. Bulan yang penuh barakah yang sentiasa ditunggu oleh seluruh umat Muhammad. Kini setelah dia mengenali dan hidup sebumbung dengan Nur Hidayah barulah dia mengenali RAMADAN. Dia berkenalan dengan Ramadan dimasjid, bila dia sering diajak kemasjid oleh Nur Hidayah. Pada waktu itu pengenalan Ramadan sedang rancak dibualkan kerana hanya timggal sebulan lagi DIA akan datang menjengah. Setelah berkenalan siapa itu Ramadan..kini  dia merasa betapa ruginya mengabaikan kedatangan bulan yang penuh dengan barakah itu dulu.

Seperti yang dijanjikan petang itu sepulangnya kerja Nur Hidayah kedapur membantu bibik menyediakan makan malam. Tetapi sememangnya sudah menjadi kebiasaan. Setiap hari dia membantu bibik didapur.

“Bik malam ni nak masak apa?”

“Non Dayah enggak payah kedapur. Kan non baru pulang dari kerja, apa tidak capek baju kerjanya pun belum ditukar..sana berehat biaren bibik yang melakukan kerja-kerja bibik”. Mana sempat bertukar baju turun sahaja dari kereta terus sahaja Nur Hidayah menuju kedapur sambil menjinjit beg plastic supermarket.

“Tak apa bik..saya mahu mencari pahala memasakkan orang puasa. Lagi kan dapat pahala menyediakan makanan untuk suami”.

“Kalau sudah begitu bibik menolong juga ya, tapi pergilah tukar baju dulu.  Apaan yang mahu dimasak  petang ini non Dayah”.

“Saya nak masak lemak labu dan sambal hijau  ikan tenggiri, ni ha semua bahan dah ada, saya singgah beli  kat supermarket tadi...” Akhirnya siap satu set makan malam yang sungguh enak.

Sungguh berselera Tengku Faizal sekeluarga makan malam, termasuklah Tengku Faridah. Hanya Tengku Faris yang nampak kepadasan dan sibuk menghembus lidah yang kepedasan. Dia lama tidak memakan makanan pedas walau pun sudah lama pulang ke Malaysia.

“Huui lada apa yang Hidayah masak ni, pedas betul”. Komen Tengku Faris bila terasa lidahnya berbahang setelah dua supan masuk kemulutnya.

“Mana ada pedas Ris..daddy biasa aje ni. Pedas tak mommynya”.

“Mommy pun ok..pedas sikit saja. Cili api kan tentulah lebih pedas sikit..tapi memang tak berapa pedas ni..Hidayah campur dengan cili besar hijau ke?”. Sampuk Tengku Faridah sesekali dia juga mahu turut sama berbual. Sedikit-sedikit Tengku Faridah memasukkan rasa suka pada menantu yang dipilih oleh anaknya sendiri.

“Taak..saya guna lada hijau sahaja tapi dah dibuang bijinya kemudian saya blandkan sama bawang besar supaya jangan pedas sangat. Pa! Kalau dah pedas, ambil ikanya sahaja lah pa..meh sambalnya tu..papa makan ikannya sahaja. Dayah guna lada hijau banyak sikit  sebab kuah labu tu tak pedas langsung..kan labu tu rasa manis..ambil labunya  gaul dengan nasi”. Nur Hidayah mengambilkan dua potong labu lalu dimasukkan kedalam pinggan Tengku Faris. Sambal yang dipinggan Tengku Faris pula berpindah kepingganya. Dimata Tengku Faizal kelihatan tiada rasa takut akan jangkitan kuman yang ada didalam darah papanya Tengku Faris. Sememangnya Nur Hidayah ikhlas mahu masuk kedalam kehidupan Tengku Faris.

“Hidayah tak payahlah ambil sambal papa, buang sahaja..nanti..”

“Hissy Tak apaa ..tak baik membazir. Lagi pun memang Dayah suka pedas..kalau ikut Dayah tadi, lada hijau tu tak payah nak buang bijinya.  Yang kita beli tadi pun Dayah tak  masukkan semua. Ni Dayah bubuh gula lagi ni..rasa manis kan”.

“Berapa kilo Hidayah beli lada tadi”.

“Tak banyak tuk dua ringgit sahaja..ada lagi tu.. Ikut saya tadi nak masukkan semua, tapi kata bibik Tengku tak tahan pedas itu yang kurangkan sikit sahaja..nak Nampak banyak sambal, saya bland dengan bawang besar dua biji. Kalau arwah mama, dia ajar masak tak masuk gula. Dayah ni dah mencemar duli dah..anak negeri Sembilan masak cili bubuh gula..” Ha..ha ha tergelak lepas Tengku Faizal suami isteri mendegar Nur Hidayah menceceh.

“Kalau Hidayah masukkan semua, ada yang masuk tandas tak keluar nampaknya ni”. Tengku Faizal memberi pandangannya sambil tersenyum-senyum kearah anaknya yang sedang meneguk air.

“Ialah tu mencemar duli sangat lah..naik terbakar lidah papa ni”. Sampuk Tengku Faris setelah meneguk sedikit air.

“Tulah..Dayah memang kuat pedas..orang Negori kan memang kuat pedas. Sedari kecil Dayah dah diajar makan pedas kot..”.

“Mommy pun ok ..hanya Ris tulah yang takut cili. Hidayah nak tahu Ris ni memang  dari kecil takut cili.”

“Mommy ni..jangan cerita kisah lama my”

Sedikit demi sedikit Tengku Faridah sudah boleh menerima kehadiran Nur Hidayah dalam kehidupan keluarga nya. Bila dilihat wanita itu tidak menunjukkan  seperti wanita yang gilakan harta atau gilakan kemewahan. Malah kadang-kadang timbul rasa kasihan bila melihat pakaian kepejabatnya asyik memakai pakaian yang sama. Dia membayangkan pakaian harian Nur Hidayah tidak lebih dari sepuluh helai.Suatu hari dia menegur…

“Hidayah kamu tak ada baju lain ke..asyik baju tu sahaja yang kamu pakai. Jagalah penampilan..supaya orang boleh pandang hotel kita. Ni pekerjanya berpakaian kusam, .nanti orang tak nak datang ke hotel kita. Mereka ingat pekerja tak cukup gaji nak beli pakaian..”.

“Ialah nanti cukup bulan saya pergi beli”.


Bagi Tengku Faris yang menghitung hari masa dirasakan sangat cepat berlalu. Dua bulan mulia sudah dilepasi bulan Rejab dan bulan Syaaban.  Dan dikedua-dua bulan dia berpuasa penuh. Bukan puasa sunat tetapi puasa wajib, puasa gantinya. Fidyahnya juga sudah dilangsaikan. Untuk kepastian dia kepejabat ugama bersama Nur Hidayah untuk mencari nasihat dan cara-cara membayar fidyah dengan betul. Dia berazam tidak mahu terhutang dengan Allah dari segi ibadah puasa dan solat lima waktu. Kini menjelang pula bulan Ramadan yang penuh barakah. Dulu bulan itu dia tidak diambil tahu kemunculanya. Walau pun umat Islam lain menanti-nantikan kedatangan bulan mulia itu.

Malam itu dia mendengar ceramah dimasjid yang dikunjunginya bersama Nur Hidayah. Ustaz yang berceramah menerangkan:
Bulan Ranmadan merupakan bulan yang mendidik umatnya menjadi SABAR.Sabar menahan lapar dahaga. Sabar menahan marah dan sabar menaha hawa nafsu. Dalam bulan Ramadahn kita membersihkan diri dri sifat-sifat syaitan.

Alahmdullilah penuh sebulan Tengku Faris berpuasa pada tahun itu. Hatinya sangat gembira kerana dapat melaksanakan perintah Allah dengan sempurna. Sehari sebelum menjelma nya Syawal, pagi lagi Nur Hidayah kedapur bertanyakan bibik didalam biliknya. Bilik bibik dibelakang berdekatan dengan dapur mereka.

“Bik..boleh masuk tak”.

“Masuklah non Dayah…mau apa ya..nanti bibik buatkan.”

“Tak nak apa-apa bik, tapi nak tanya, kita tak masak apa-apa ke untuk hari raya kita esok..saya nak tolong ni”. Belum sempat soalanya dijawap oleh bibik..ada satu suara lain yang tolong menjawap di belakangnya.

“Kita tak masak kat rumah kita Hidayah..mommy rasa nak tumpang masak kat rumah Farid jomlah kita pergi kita tolong mereka masak…jomlah sekali Minarti”.

“Ohh kita masak kat sana ..Tapi Dayah kerja lah hari ni.”

“Tak minta cuti dengan Farid ke. Minta lah cuti mesti dia bagi. Kita nak tolong bini dia masak ni. Rasanya daddy dah mintakan Hidayah cuti dengan Farid. Mommy dah cakap minggu lepas dengan daddy, kita tumpang masak kat rumah Farid. Daddy pun dah suruh Farid beli daging dan ayam lebih sikit untuk kita. Kalau tak payah tolong pun tak apa sebetulnya. Tapi mommy ni segan pula dengan nenek NurJannah tu, tentu dia masak sorang sorang. Kita datang terus nak menyenduk lauk kan Hidayah. Pada mommy tak buat apa kat rumah ni, baik mommy dan Minarti tolong mereka. Dapat tolong kopek bawang pun jadilah. Kalau Haidayah nak tolong sama jomlah”.

Nur Hidayah masih tercegat diambang pintu bilik bibik Minartinya. Dia tersedar  bila dia disergah oleh Tengku Faridah.

“Ehh dah cepatlah siap, kita nak tolong dioarang tu masak..elok kita pergi pagi. Dapat  tolong kopek bawang. Kalau datang dah tengahhari nak kopek bawang apa pula semua dah masuk kuali.”

“Ialah..ialah..kejap ye saya tukar baju”. Berlari anak Nur Hidayah menuju ketangga.

 Sikapnya seperti kanak-kanak dewasa diperhatikan oleh Tengku Faridah dengan gelenagn kepala. Walaupun sudah dewasa dan sudah berumur 28 tahun sikap kebudak-budakkan Hidayah masih terserlah. Yang sebenarnya Tengku Faridah rasa bahagia membelai seorang anak gadis. Sudah lama impianya ingin mempunyai anak atau pun cucu perempuan. Dan kini impianya tercapai.  Dia serumah dengan cucu merangkap menantu perempuan dihadapan mata.  Setelah lama mereka serumah didapati  Nur Hidayah merupakan seorang gadis yang manja.Tetapi jika ditempat kerja Nur Hidayah merupakan seorang pekerja yang cekap dan pandai megurus masa itu kata cucunya yang seorang lagi Tengku Farid. Jika dia dikalangan para pekerja lain terutama kepada pekerja lelaki Nur Hidayah seperti seorang gadis yang sombong yang sangat sukar untuk didekati. Itulah yang diperkatakan oleh Tengku Faizal suaminya pula.

Sebelum kaki Nur Hidayah memijak anak tangga pertama kedengaran lagi suara Tengku Faridah..

“Bawa baju bersih dan telekong sekali Hidayah. Kita berbuka dan solat Magrib sekali kat sana, nanti kita balik lepas Isyak .”. Cepat-cepat Hidayah kebiliknya menukar baju. Dia memakai seluar jean dan baju t-shirt muslimahnya.

Siap berpakaianan Nur  Hidayah berkejaran kebilik Tengku Faris pula. Ketika dibilik Tengku Faris dilihat papanya sedang bersiap untuk  kepejabat. Bila melihat penampilan Nur Hidayah dia menegur.

“Ehh Hidayah nak pergi kerja pakai macam ni ke?”.

“Papa! Cakapkan dengan Tengku Farid,  Dayah nak minta cuti hari”.

“Panggilah dia abang, bila kat depan keluarga kita. Hidayah dia tahu Hidayah adik dia. Kenapa nak cuti tak sihat ke?”

“Taklah tak sihat, esokkan raya, Dayah nak tolong masak. Mommy kata kita masak kat rumah abang Farid, jadi kami nak kesanalah tolong mereka. Papa pergi kerja sorang ye..nanti petang papa datanglah ambil kami kat sana.. (sebelum keluar dari bilik papa merangkap suaminya dia berpaling semula) ..haa kalau nak pergi sana nanti..papa mandi dulu, siap-siap pakai baju bersih kemudian bawa kain untuk solat ..kata mommy kita berbuka dan solat magrib kat sana lepas solat Isyak baru kita balik”.

“Hidayah!!..boleh ke papa pergi?..papa takut menjangkit dengan cucu-cucu yang masih kecil. Kesian mereka…” Tak dapat dihabiskan ayat dihujungnya. Nur Hidayah meluru kearah papanya dan memeluknya, Dia merasa sungguh kasihan mendengar suara sayu Tengku Faris.

“Papaa..Aids menjangkit melalui hubungan jenis dan pemindahan darah..AIDS tidak akan menjangkit melalui sentuhan kulit, malah kalau kita berkongsi bekas minuman atau makan pun tak menjangkit..jadi papa yakinkanlah diri,  tak akan ada jangkitan untuk cucu-cucu yang kat sana..papa pergi ye..Dayah tunggu papa kat sana”. Lembut sahaja Nur Hidayah menyakinkan papanya. Dia juga memberi kata-kata semangat.

“Hidayah!! Terima kasih..In Syaa Allah papa akan pergi petang nanti”. Sejak didapati dirinya HIV positive rasa rendah dirinya menyelubungi dirinya. Dia malu jika orang luar mengetahui dia adalah pesakit ADIS.

Kadang-kadang dia malu dan tiada kekuatan untuk bergaul dengan orang luar. Yang menjadi sumber kekuatanyan adalah NurHidayah. Nur Hidayah yang menuntun tanganya mencari jalan lurus untuk  dia berjumpa Allah dan  Nur Hidayah yang meyakinkan dia dengan kehidupan luar bilik.  Menurut kata dokror daya tahan badan hanya akan mampu bertahan 5 atau 6 tahun itu pun mengikut daya ketahan darah pesakit itu sendiri. Sekarang ini dia mengambil ubat untuk meperlahankan keaktivpan vairus yang menyerang system daya ketahanan badannya.Ubat itu merupakan ubat terbaik yang disyorkan oleh doctor. Yang sebenarnya dia tidak tahu sudah berapa lama virus AIDS itu bersarang dalam badannya. Jika tidak kerana kursus nikah dan dia perlu menjalani ujian darah beberapa bulan dulu tentu dia juga tidak menyedari dia sudah dijangkiti AIDS.





No comments:

Post a Comment