~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Showing posts with label Tidak ku tahu kasih bermula.. Show all posts
Showing posts with label Tidak ku tahu kasih bermula.. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Bab 36 Tidak ku tahu kasih bermula.






             Setelah siap menyalin lauk pauk kedalam manggkuk, Puan Rubiah menyuruh tiga orang cucunya makan. Dua tiga hari ini cucunya sudah menyungut kerana masakannya tidak menepati pawai selera mereka.  Puan Rubiah keruang tamu. Dari jauh dia melihat anaknya larut dalam menungnya dengan wajah yang sedeh. Lama dia memerhati dengan langkah perlahan dia menghampiri anaknya  namun tidak disedari. Kemudian dia berhenti, lama dia berdiri tidak jauh dari anaknya, namun tidak juga anaknya menoleh ke arahnya, menandakan kehadirianya sememangnya tidak disedari. Akhirnya dia memilih untuk duduk dihadapan anaknya. Dia meninggalkan tiga orang cucucnya didapur  yang sedang mengadap hidangan dengan berselera sekali maklumlah nasi kenduri yang dibawa oleh Uwais tadi. Cecah sahaja punggungnya kesofa terus sahaja dia bersuara.

                 Yang sebenarnya hati Latif menjadi hiba, mengenangkan Emil sudah menjadi hak orang, jika dia masih janda dia masih ada peluang memiliki Emil, dia hanya perlu perkataan 'ya' dari Emil sahaja, tetapi kini harapanya tinggal hanya harapan sahaja, itu yang disedehkan. Berita itu Muaz sendiri yang memberitahunya tadi, itu yang membuatkan dia termenung, cinta dan deritanya bergelut didalam hatinya. Dia tersedar dari menungnya bila melihat emaknya duduk disofa dihadapanya.

“Dah  4 hari kamu kemalangan, baru Uwais nak datang jenuk kamu Tif. Inilah anak ajaran Emil, bagus betul Emil ajar anak kan Tif. Tak kan dia tak tahu kamu kemalangan, takan sepupu dia tu tak bagi tahu dia hari tu. Itulah, emak ni.. kalau perangai Emil memang mak tak setuju dari dulu lagi.”  Berapi-rapi Puan Rabiah memburukkan dan  mencari salah bekas menantu yang tidak disukainya dulu. Tapi puan Rubiah mungkin terlupa, seseorang itu akan berubah mengikut masa dan keadaan. Kalau tidak tak kan ada orang yang terlebih dahulu makan garam, memadahkan: Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, inikan pula hati orang.

“Mak jangan buruk sangka kat orang mak, berdosa.Yang sebetul nya itulah yang saya pesan pada Muaz hari tu, masa dia tolong saya kemalangan hari tu”. Kerana hatinya yang hangat, cepat sahaja kata-kata anaknya dipintas..rasa tidak puas hatinya mahu diluahkan dengan segera.

“Kamu pesan pada sepupu dia tu, bagi tahu Emil, supaya Emil jenguk kamu sakit kemalangan.Tapi tenguklah anaknya sahaja yang datang, itu pun dah dekat nak baik sakit kamu, baru datang dijenguknya kamu”.Yang sebenarnya Puan Rubiah sengaja mencari keburukan bekas menantunya, supaya anaknya sedar dan supaya anaknya tidak mengharap lagi  pada wanita yang buruk  perangainya. Secara halus dia menyampaikan isi hatinya ‘tidak guna kalau memiliki  isteri yang seperti Emil.’

“Bukan pesan suruh jenguk mak,  tapi saya pesan jangan bagi tahu diaorang. Saya tak mahu dengan berita kemalangan saya yang tak seberapa, menghilangkan rasa gembira diorang nak menerima orang baru.”

“siapa yang nak terima orang baru..Emil..Emil nak kahwin ke Tif?”.

“Pandai mak teka. Uwais cakap dengan emak tadi ke?”.

“Emil nak nikah Tif..bila???”Tidak dihiraukan soalan anaknya, Puan Rabiah bertanya mencari kepastian.

“Dia dah nikah lepas Jumaat tadi mak, yang Uwais bawa tadi nasi kenduri dialah tu mak”. Latif menuturkan dengan suara yang sebak bersama tangan menyapu tubir matanya. Terkedu Puan Rubiah melihat kesedehan anaknya, terdetik hatinya mengakui kata-kata Zila sememangnya anaknya masih menyimpan rasa kasih untuk bekas isterinya. Anak lelakinya menangis kerana bekas isterinya kahwin lagi.  Tetapi hatinya merasa sedeh melihat kesedehan yang ditanggung oleh anaknya kerana tidakkanya dulu. Dia kasihan melihat anak yang tidak banyak cakap meluahkan apa yang terkandung dihatinya dengan air matanya.

                 Dia datang memeluk anaknya yang sudah mengalirkan air mata. Tadi dia mahu memburuk-buruk Emil supaya anaknya dapat merelakan percerian yang sudah terjadi. Tetapi  dia tersalah kata pula. Rupanya masih begitu kuat sayang anaknya kepada bekas isterinya. Bukankah lelaki dan air mata itu luar biasa.

“Dahlah Tif..jangan menangis. Emak yang bersalah dengan kamu Tif, mak minta maaf sangat-sangat.”

“mak tak salah, sayalah yang salah, saya tak pandai nak didik isteri supaya sayangkan emak juga”. Latif berkata dengan tangis yang tertahan. Walau pun ditahan namun tangisan tetap tidak mahu berhenti. Dia tetap menangis dan teresak dibahu emaknya, dia merasakan pedih hatinya bila harapanya berderai.

“Kalau kamu menangis macam ni mak rasa bersalah sangat pada kamu. Dahlah jangan diingat lagi Emil tu ye, dia dah jadi hak orang, nanti kita dapat dosa.” Datar sahaja suara Puan Rubiah menasihati anaknya. Makin disuruh jangan menangis makin kuat pula esak anaknya, bergegar badannya dengan esakkan anaknya yang tidak dapat ditahan lagi.

“Ia mak saya tahu, saya tengah pujuk hati saya lah ni mak.” Latif cuba menahan tangis  namun dia tidak mampu.Tangis anaknya menyiat hati puan Rubiah. Bahagiakah dirinya dengan esakkan anaknya sekarang ini. Jawabnya..kalau masa boleh diundur dia lebih rela dirinya yang menangis. Tapi apakan daya segalanya sudah terjadi, kemenanganya dulu sudah tidak bererti.

                 Kemenangannya dulu bila berjaya memaksa anaknya bernikah dengan NorFazilah, itu kejayaan pertama. Kejayaan kedua bila menantu pilihanya mengandung, kejayaan ketiga bila anaknya menceraikan isteri pertamanya dan kejayaan keempat anaknya berpindah dan duduk bersamanya dikampung mereka. Tetapi sekarang adakah dengan kejayaan-kejayaan itu dia gembira dan bahagia hingga keakhirnya.

            Sudah 8 hari Zila meninggalkan rumahtangganya. Tanggungjawabnya kepada anak-anak tertanggung di atas bahu emak mertuanya, tetapi tanggungjawap dia kepada suaminya tak tahu nak jawab macam mana. Sementa lah suaminya sedang sakit kerana kemalangan tempuhhari.Tetapi ‘sebab’ kemalangan itu lah dia mengeraskan hati membawa diri ke Tanjung Rambutan Ipoh rumah abangnya. Suaminya kemalangan kerana ‘asyik terkenangkan jandanya’ itu yang menjadikan hatinya tersangat sakit.

            Di Ipoh dia gembira dan seronok, seronok kerana dia bekerja dan bakal ada duitnya sendiri, duit dari titik peluhnya.  Gembira kerana dikelilingi oleh pelanggan dan kawan-kawan. Tetapi walaupun hatinya seronok dapat mengumpul duit, namun tanggungjawabnya tidak membenarkan dia terus tinggal di Tanjung Rambutan Ipoh. Hari Ahad hari tidak berjualan, selepas minum pagi dia mula mengorak langkah pulang semula kePengkalan Hulu. Harapanya dia akan datang lagi itulah janjinya didalam hati.

“Makcik! rasanya Isnin ni Zila dah balik”.

“Kenapa tak terus duduk sini sahaja. Kalau rumah Miza tu sempit mehlah duduk rumah makcik.”

“Tak apalah makcik, Zila tak mahu susahkan mak cik”

“Tak susah pun, makcik pun duduk sorang sahaja selama ni. Kalau ada orang temankan, mak cik suka juga. Yang sebetulnya mak cik berniaga ni, hanya nak cari kawan berbual sahaja, sambil-sambil tu cari duit belanja”. 


              Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja  berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah  jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.

              Zila sudah sampai dirumah keluarga suaminya. Dirinya terasa kekok dengan sambutan dingin emak mertua dan suaminya sekembalinya dia dari Ipoh. Namun digagahi nya juga menyapa dan menyalami suami dan emak merutanya. Bermula dari saat itu Zila merasakan emak mertuanya sudah tidak ramah dan mesra lagi seperti selalu. Kini suaminya juga sudah mulakan tungas sebagai pendidik walaupun tanganya masih dikendung, mungkin belum pulih sepenuhnya.

               Dalam keadaan kekok dan dingin kini sudah sebulan berlalu. Sejak dia pulang dari Ipoh dia sudah mula melakukan rawatan muka dirumah. Semua prudak kecantikan yang dibelinya tempoh hari digunakan setiap hari kini sudah mendapat melihat hasilnya. Hasilnya: Kulit mukanya sudah menjadi putih mulus dan cantik. Zila gembira dengan perubahan pada wajahnya. Tidak rugi dia bekerja dan ditabur duitnya untuk produk kecantikkan bila melihat hasilnya.  Dia berazam akan menambah koleksi barangan kecantikan untuk  dirinya. Jika itu niatnya dia harus keIpoh lagi utnuk mengumpul duit.

                  Bukan dia tidak mahu meminta duit dari suaminya, tetapi dia harus faham dengan sara hidup yang tinggi sedangkan suaminya bekerja sendirian untuk menangung emak dan mereka sekeluarga. Suaminya juga harus memberi sedikit sara hidup untuk anak tirinya juga. Dia akur dengan tanggung jawab suaminya. Pernah dulu dia mengambil sedikit  duit belanja dapur. Dia ditegur oleh emak mertuanya bila menyedari makan untuk mereka BERCATU.

“Zila! kenapa sekarang ni mak rasa macam sikit sangat kamu masak lauk, Latif kurangkan bagi duit belanja dapur ke?”.

“Tak mak, abang bagi macam biasa sahaja.”

“Habis tu harga barang naik sangat ke, sampai kita tak cukup belanja. Kalau tak cukup kamu minta tambahlah dengan suami kamu tu”.

“Mak tak payah mak, yang sebenarnya memang Zila yang berjimat nak ajar anak-anak makan apa yang ada mak. Zila ingat nak tolong abang berjimat. Kan tak lama lagi Umar pun dah nak masuk tingkatan satu..takut kalau sekolah menengah banyak nak pakai duit”. Umar merupakan anak Latif yang tua bersama Zila. Anak keduanya diberi nama Umairah dan yang ketiga Uqasha.  Bagi Abdul Latif dia tidak mahu membezakan anak-anaknya biar pun mereka berlainan ibu yang melahirkan. Dia mahu anak-anaknya merasakan ikatan darah mereka, benih mereka adalah dari papa yang sama. Dia juga bersyukur Uwais tidak mejauhklan diri dan membenci dirinya. Sememangnya Uwais anak yang baik tidak mencampurkan hal dirinya dengan pertelingkahan mama dan papanya.

“Pasal duit simpan pandailah Latif yang uruskan, pasal makan ni kamu kena bijak, jangan dicatu makan anak-anak. Anak-anak tara nak besar ni perlukan zat makanan yang cukup supaya otak dia bijak.”

“Mak! kan saya dah masak sedap tu mak, ayam sup memang yang diaorang suka mak”.

“Kamu ni Zila, kamu tak perasan ke yang kamu masak tu kaki ayam, dengan leher ayam sahaja. Semuanya tulang, nak makan apa. Cuba kamu fikir macam mana nak makan kalau tak ada dagingnya, kalau dah kaki dengan leher sahaja.”. Bebel emak mertuanya melihat masakkanya tengahhari itu.

“Ok apa mak tu, pandailah dia orang nak makan,  gigit sikit-sikit kemudian isap, kan dah rasa ayamnya.”

“Zila!..kamu ni, makan budak-budak bukan sekadar nak dirasa, tapi nakkan zat nya. Kalau hanya tulang mana nak datang zat protinnya, setahu emak daging yang ada zat protin. Protin bagus untuk otak. Supaya anak kita mudah belajar nanti. Kalau makan rasa sahaja, nanti makan nasi sahaja yang banyak, silap-silap budak-budak jadi gemuk. Kalau dah gemuk budak malas nak bergerak”. Pandai juga Puan Rubih berceramah tentang pemakanan, ialah bukan dia buta ilmu dia juga bersekolah dulu hanya tiada rezeki keluar bekerja sahaja.

“Alah protin bukan dari daging ayam sahaja dari sayur pun ada protin. Zila kan dah masakkan masak lemak pucuk ubi. Mak pucuk ubi ni banyak hasiatnya mak”. Bangkang Zila mahu menegakkan pendirianya tentang masakkanya tengahari itu.

(Tak masuk dalam cerita saja mak teh nak tulis untuk pengetahuan pemabaca, mak teh terjumpa dalam MR.GOOGLE: Khasiat daun pucuk ubi kayu. Mengenyangkan bila dimakan, dapat menghilangkan pening atau sakit kepala selain dapat menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Pucuk ubi kayu banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C. Serta mengandungi bahan meniral seperti Kalsium,posforan, zat besi dan serat. Protin dan kabohidrat serta tenaga yang diwujudkan dalam pucuk ubi kayu menyihatkan kita. Jika sebagai rawatan pula pucuk ubi boleh menyembuhkan penyakit cirit birit dengan meminum air rebusan pucuk ubi. Caranya pucuk ubi direbus dengan 900 cc air didihkan hingga menjadi 450cc sahaja, minum setelah air menjadi suam. In Syaa Allah, kita mencuba, Allah yang memberi kesembuhan. Petikan ini diambil dari ANIM AGRO TECHNOLOGY by Anim Pct 11, Putrajaya.)

“Kamu ni Zila banyak pula jawapan kamu nikan, pucuk ubi tu untuk  emak dengan kamu memanglah sedap, budak-budak mana makan sangat pucuk ubi tu”.

“Mak! sebetulnya, bukan Zila tak nak masak daging ayamnya mak, tapi Zila akan goreng petang nanti kita makanlah sama-sama dengan abang sekali.Tengahhari ni kita makan lah dulu apa yang ada”. Sudah menjadi kebiasaan cikgu Latif makan tengahari disekolah,  hanya makan malamnya sahaja dia  makan dirumah bersama anak, isteri dan emaknya. 

“Latif tu tak payah kamu risaukan makan dia, dia dah tua tak perlukan banyak protin lagi, ni anak-anak yang baru nak besar dulukan keperluan mereka dulu”.

              Tengahhari itu Zila masak masak lemak pucuk ubi bersama ikan kering gelama dan sup ayam untuk anak-anaknya. Tetapi diwaktu petang barulah Zila akan mengoreng ketulan dada dan peha ayam untuk mereka sekeluaga, itulah perancanganya. Sudah dua bulan perancangan itu berjalan dan dia sudah dapat menyimpan sedikit duit untuk kegunanan dirinya sendiri. Sebenarnya dengan duit itu dia ingi membeli crem pencerah untuk mencerahkan sedikit kulit mukanya.

             Yang sebenarnya Zila teringin menjadi cerah seperti Emil. Pada Zila yang memandang, kerana  kecerahan wajah Emil membuatkan dia nampak cantik, mungkin itu yang menyebabkan suaminya susah mahu melupakan bekas isterinya. Emil bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk menjadi putih, dia tidak perlu produk kecantikan untuk memutihkan kulitnya, seluruh kulit dibadan putih, dia memang semula jadi putih. Yang susahnya hanya dia, dia yang perlu produk kecantikan untuk memutihkan wajahnya. Dia berkulit hitam manis.

              Tetapi kini dia tidak perlu bimbang lagi, dia sudah tahu dimana mahu mendapatkan duit untuk membeli produk pemutihan. Dia akan keIpoh rumah abangnya untuk menjadi pembantu gerai makan, bekerja seminggu dia sudah boleh mengumpul RM 200.00 lagi. Satu lagi perkara yang masuk dalam perancangan dirinya,  dia mahu meluruskan rambutnya, kerana Emil berambut lurus, lurusnya juga lurus semula jadi, sedangkan dia berambut keriting kasar semula jadi. Oh..oh banyaknya kelabihan yang diberi oleh Allah pada Emil itu yang selalu melintas dibenak NorFazilajh bila membanbdingkan dirinya dengan bekas madunya.

             Manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Ada orang suka berambut ikal hingga sanggup membuang duit ke salun untuk menjadikan rambutnya ikal mayang cantik beralun. Begitu juga yang suka berambut lurus juga sanggup membuang duit ke salun untuk meluruskan rambutnya hingga kelihatan rumbutnya seperti lidi penyapu. Tetapi yang untung siapa agaknya. Manusia memang begitukan tidak mensyukuri apa yang diberikan kepadanya.

                Hari berganti, bulan berlalu tahun pula menghampiri. Kehidupan rumah tangga Emil Atilia dan Mohd Nassir serta anak-anak mereka gembira dan bahagia. Begitu juga kehidupan keluarga Abdul Latif dan Nor Fazila walaupun kadang-kadang bergoncang namun sesekali ada juga gembira dan bahagianya. Walau apapun cabaranya kehidupan wajib diteruskan. Anak-anak mesti diberi perhatian kerana merekalah bakal peneraju negara ataupun dunia dimasa akan datang.

                Ahmad Uwais dan Ahmad Sofian sudah mendapat keputusan SPMnya. Ahmad Sofian mendapat 8 A+ (Straight A) dan Uwais mendapat 7A 1B. Biar pun dia hanya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan itu, dia masih dapat membanggakan dan menggembirakan mama dan papanya. Bagi Abdul Latif dan Emil biar pun sudah berlainan rumah dan berlainan pasangan namun kegembiraan mereka adalah kegembiraan yang sama. Gembira kerana kejayaan anak mereka dalam pelajaran.

Cerita ni mungkin tamat hingga disini sahaja. Entahlah sekarang rasanya mak teh dah tak ada cerita. Mak teh hanya suka baca cerita orang sahaja.

Satu lagi mak teh nak tanya ok ke mak teh cerita bab rumah tangga yang bermasaalah bercerai atau berpoligami. Pada mak teh sudah ramai penulis yang bercerita tentang percintaan agung para remaja hingga kejinjang pelamin bahagia hingga keakhirnya. Coretan ini hanya mahu mengingatkan dalam bahagia kadang2 ada dugaan. Harus diingat juga jangan sampai anak2 terbiar kerana masaalah rumahtangga yang kita hadapai.



Wednesday, 7 May 2014

Bab 28 Tidak ku tahu kasih bermula




Baru dapat 2 bab tapi post juga sbab nak cari semangat..



Ahmad Sofian dan Uwais mula berbincang bagai mana mahu mempertemukan ayah dan mama mereka.

“Aku harap kalau rancangan kita berjalan lancar dan mereka ada jodoh,  sebelum SPM semuanya dah selesai Is”.

“Selesai yang macam mana tu Pian”.

“Selesai kita dah duduk serumahlah. Nanti senanglah kita study sama-sama”.

“Hyss mana sempat, ingat kau hal nikah kahwin ni macam beli baju kat supermarket ke. Kata nak sahaja dah boleh terus beli. Ini hal nikah kahwin tentu nak adakan perbincagan dan perancangan. Mama aku pun masih ada ayah, ayah kau kena pergi berjumpa atuk aku dulu, jangan main redah sahaja. Kita nikan orang Melayu yang banyak adat..Ikut adatlah”.

“Ye ke kena buat macam tu Is”.

“Ialah..kalau kau nak berdezup terus pergi nikah, senang sahaja  pergi nikah kat Sempadan bukan jauh pun dari tempat kita..tak payah wali tak payah sijil tamat kursus nikah dah boleh nikah..tapi keberkatanya kita tak tahu, jangan bulan ni kita nikah bulan depan dah bercerai. Aku ni bab mak bapak bercerai serik rasanya..aku yang  merasa Pian.(Sofian memandang wajah sayu sahabatnya disisi dia kasihan) Pian!!kita nikan Melayu yang ada adat … kan kita selalu tenguk ada adat merisik bertunang barulah nikah dan bersanding”. Datar sahaja suara Uwais berbicara mungkin masih didalam mood sedehnya walaupun cuba diceriakan wajahnya. Untuk menceriakan Uwais.. Sofian bersuara ceria…

“Ye ke kena buat macam tu. Kan mereka tu dah tua nama pun duda dan janda takkan nak beradat bagai…kalau sampai  nak bersanding pulak..aku takut mereka tak mahu sahaja, langsung gagal rancangan kita.Lainlah kalau kita nanti memang orang tunggu nak tenguk kita bersanding, sebab kita nikan  masih teruna bertemu pula dara..memang wajiblah”.

“Ialah..tak kiralah mereka tu dah tua ke apa tapi adat tetap adat..adat merisik bertunang barulah nikah dan bersanding, itu kan adat Melayu sebelum seseorang tu masuk kealam rumah tangga.Adat tetap adat Pian.”.

Sambil memengang dagu dia memandang kearah sisi sahabatnya. Sofian seakan berfikir akan kata-kata sahabatnya tiba –tiba dia tersedar…

   “Ehh Is!! apa yang kita melalut sampai jauh sangat ni, diorang  tu berkenalan pun belum, kita dah bayangkan sampai mereka nak bersanding pula, Uwais..oh Uwais. Cerita bersanding tu K.I.V dulu..kita cari jalan macam mana nak jumpakan mereka ni dulu.”.

“Haah lah kita dah melalut sampai ke adat merisik bertunang dan bersanding sedangkan kita tak tahu lagi penerimaan mereka”.

“Kau tulah..fikiran mengalahkan penjunjung warisan Melayu tulin..nak merisik, bertunang  dan bersanding segala. Dah jangan buang masa, waktu kita terhad ni SPM tak kurang dari 6 bulan sahaja lagi..meh kita fikirkan satu pertemuan yang boleh melahirkan cinta..kalau holeh cinta yang sehebat Romeo dan Julet atau Laila dan Qais kalau nak yang Melayu Uda dan Dara tapi tak tak mahu lah cinta Ujang dan Milah itu banyak cabaran, kesian ayah aku yang dah tua tu..”.

“Kau ni Pian banyak pula koleksi cerita cinta kaukan”.

“Aku baca buku cinta kakak aku yang dua orang tu..kita ni tak bolehlah asyik baca buku perlajaran saja sesekali bacalah buku yang luar alam sikit, baru lah hidup bererti…”

“Haaa kalau macam tu bab ni aku serahkan pada kau..bab-bab jumpa dan jatuh cinta ni kau fikirkan lah. Aku ni bab macam ni tak pandai,jiwa aku bukan jiwa romantic yang boleh membayangkan pertemuan yang boleh melahirkan cinta. Kau kan dah baca novel cinta kakak kau yang dua orang tu..cubalahlahirkan apa yang dalam buku tu, supaya boleh kita merelisasikannya pada ayah dan mama kita…waah dasyatnya aku kan, boleh pulak aku membayangkan percintaan mereka.”. Kahh..kahh..ketawa mereka berderai sehingga kawan-kawan lain tertoleh-toleh melihat kegembiraan mereka.

Dua remaja yang baru terlepas dari menghadapai peperiksaan pertengahan tahun ketawa riang di belakang kelas kerana hati LAPANG.Lapang… Periksa pertengahan tahun sudah selesai mereka duduki tinggal menunggu keputusanya sahaja. Tetapi apa nak dibimbangkan mereka sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi peperiksaan itu. Jika sudah berusha dan bersungguh sekarang tinggal berserah dan bertawakal sahaja kepada Allah  semoga berbaloi dengan apa yang telah diushakan.

“Memang dasyat kau ni Is..membayangkan percintaan bagai..seram aku dengar. Emm aku tenguk kau ni macam tengah diserang dengan penyakit itulah  Is”. Kha..kha..kha mereka ketawa lagi..terasa perbincangan mereka sangat lucu..Ialah mana tak lucu membincangkan percintaan ayah dan mama mereka.Di luar dari silibus mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

“Ellaah seramlah konon..Kau cadangkan lah.Aku bab macam ni memang tak termasuk dalam fikiran aku”.

“Ok..emmm  apa kata kita sekeluarga bercuti sama-sama”.

“Bila?”.

“Kan tak lama lagi kita nak cuti penggal Is..masa tu ..kita gunakanlah dengan pertemuaan lepas tu bolehlah kita menguatkan lagi hubungan silaturahim kita ”. Minggu itu merupakan minggu akhir mereka bersekolah mulai hari Isnin minggu hadapan mereka akan memulakan cuti pertengahan tahun untuk sesi persekolahan mereka tahun itu.

“Kau ni Pian, orang kalau nak pergi bercuti mesti ada perancangan.Ni mana sempat nak merancang. Kau tau tak kat Malaysia ni musim cuti sekolah nilaaah kebayakkan tempat percutiaan penuh dengan orang, masa nilkah mereka nak bercuti bawa keluarga. Lagi pun kau tak ingat ke latihan tubi yang cikgu bagi tu bila masa pula nak buat kalau kita pergi bercuti. Bukan sikit tu Piah dengan Add math, Fizik, Kimia Bio tu tak kira karangan yang tiga tajuk tu berasap kepalan Pian oii cuti pulak bukannya lama dua minggu sahaja..aku ni kalau ingatkan latihan tubi tu nak makan pun rasa tak sempat tau.”
“Kau ni Is jangan kau ingat kan aku tentang latihan tubi tu baru nak happy ingat cuti kau spoilkan mood aku sahaja”.

“Tak adalah aku ingatkan sahaja kalau kau terlupa. Aku takut beria kita fikirkan rancagan utnuk mereka tiba-tiba rancagan kita gagal  pula”.

“Kau ni belum apa-apa lagi dah sebut pasal gagal”.

 “Ialah Pian..kalau kita beria-ia nak bercuti, nanti mereka syak pula rancangan kita ni… Pian, aku nak kau rancangkan supaya pertemuan ni macam pertemuan kebetulan. Aku takut nanti kalau mama aku tahu  kita yang merancang pertemuan mereka, mama aku akan marah,  kalau dia tak setuju lagilah parah. Aku nak pertemuan mereka  macam tak sengaja boleh tak macam tu”. Wahh Uwais mula merancangkan plot pertemuan mama dan ayah mereka nanti.

“Is kenapa pula kau fikir macam tu..mama kau serik nak kahwin lagi ke?”.

“Tak lah macam tu. Perempuan dengan lelaki ni lain..Perempuan ni sangat menjaga air muka mereka, tambah lagi kalau perempuan yang dah  berumur macam mama aku, dia rasa orang akan mengata atau mengupat dirinya, bila saja-saja menjari jodohnya setelah mereka jadi janda”.

“Ohh macam tu. Kalau macam tu apa kata kita ajak mereka makan malam sahaja..”.

“Bila? Kat mana?..jangan kat tempat yang tak pernah kita pergi atau kat tempat yang mahal…”

“Dekat-dekat sini sahaja..Aku pun tahu nak bajet perbelanjaan ayah aku Is..ayah aku tu banyak juga nak fikirkan dengan duit dia tu..ialah yang bekerja hanya dia seorang. Anak-anaknya sorang pun belam ada yang kerja lagi. Nak tanggung makan pakai kita orang dan belanja kitaorang belajar lagi kesian ayah aku.. Is mana restoran yang makanannya sedap tetapi murah Is. ”

“Aku.. semua restoran sedap makanannya”.

“Ok Kalau macam tu apa kata malam ni kita makan kat restoren Tasik. Ajak semua keluarga kita.”

“Aku mana ada siapa lagi..mama aku dengan akulah tak kan nak ajak atuk aku sekali..nanti lagi panjang ceritanya. Lagi pun atuk aku jarang makan kat luar. Kaulah yang tengah ramai kat rumah kau tu..Semua abang dan kakak kau balik kan?”.

“Haah..nantilah aku cakap dengan ayah aku. Diaorang mesti nak, dah lama kami tak makan luar Is. Sejak  arwah ibu aku sakit dulu kami dah tak makan luar lagi. Kami kesian tenguk ibu, dia tak boleh nak makan walau pun dia teringan nak makan ketika itu.” 

Uwais memandang sahabatnya yang kelihatan sedeh bila terkenag awrah ibunya. Oh dugaan ..’Allah menduga hambaNya kerana dia sayang’  itulah kata-kata atuk Nohnya bila dia menangis kesedehan dengan berita perceraian papa dan mamanya dulu. Ketika itu atuk Mohd Nohnya yang mengambil dirinya pulang dari sekolah mamanya menghadiri mesyuarat guru-guru disekolah hingga lewat petang.

“Tuk! atuk tahu kan papa dengan mama dah bercerai”.

“Tahu..mama kamu cakap dengan atuk minggu lepas”.

“Atuk pun tahu kan sebab papa kahwin lain sebab itulah mama minta cerai”.

“Tahu..baang anggap ini dugaan untuk abang. Abang jangan jadi lemah dan merosakkan diri sendiri dengan perpisahan papa dan mama, jadikan ianya dugaan.. dugaan yang jadi pemangkin abang berusha dan belajar bersungguh-sungguh semoga suatu hari nanti nanti abang boleh membela nasib mama. Kesian mama abang suami dah tak ada anak pula abang sorang sahaja, kalau abang pun tak jadi orang.. kat mana mama nak menyandarkan hidupnya dihari tua nanti. Atuk harap tanamkan dalam hati abang Allah duga abang dengan perpisahan papa dan mama kerana Allah sayang abang. Kadang-kadang dengan dugaan seseorang itu akan mejadi lebih kuat dan lebih matang.” Itulah kata-kata datuknya yang berdengung setiap kali dia rasa sedeh dengan perpisahan papa dan mamanya. Lamunannya yang melencong sebentar tadi berderai bila mendengar suara sahabatnya disisi.

“Kita nak makan pukul berapa, aku suka pergi selepas solat Isyak senang balik kita terus tidur.

Ok boleh juga..apa kata kalau kau sampai dulu kau call aku, kalau aku sampai dulu aku call kau.”.

“ok set”.

Ketika pulang dari sekolah, tengahari itu... dia memberi tahu mamanya akan hasrat hatinya.

“Ma..abang dah habis periksa hari ni. Malam ni rasanya nak makan kat luar lah ma..boleh ma”. Manja sahaja Uwais merengek pada mamanya.

“Ok boleh aje, abang nak makan dengan siapa dengan Pian?” Setahu Emil hanyaAhmad Sofian rakan karib anaknya. Dia juga selalu kerumahnya kerana mengulangkaji pelajaran. Dan kadang-kadang anaknya pula akan bertandang kerumah Ahmad Sofian. Keakrapan  mereka terjalin sejak mereka ditingkan satu lagi.

“Tak lah abang makan dengan mama lah.Pian kata dia nak berkumpul dengan keluarga dia abang dan kakaknya yang tengah cutinya tadi..Boleh ke ma kita makan kat luar malam ni?..mama ada hal dengan atuk”.

“Ok Boleh aje.Mama free malam.Macam mana kertas tadi senang tak? Boleh jawap …ada harapan A tak?”.

“In Syaa Allah.”

“Mama doakan abang  Berjaya ..sebab periksa pertengahan tahun ni kadang-kadang bayangan periksa percubaan atau pun peperiksaan SPM nanti.”

“Terima kasih ma.Ma!!!kita makan lepas Isyak ye ma”.

“Hssy kenapa malam sangat”.

“Tak apa lah ma, nanti boleh jalan-jalan sikit tenguk lampu..lepas tu balik kita terus tidur”.

“Oklah..untuk anak mama yang dah memerah otak jawab periksa boleh saja.”

Masuk sahaja waktu Isyak cepat sahaja Uwais mengajak mamanya solat dia yang menjadi imam mamanya. Usai solat mereka bersiap untuk keluar makan. Sampai direstoran yang dijanjikan Uwais memilih tempat dihujung restoran. Dia suka dia kawasan itu makan sambil memerhati air tasik, rasa sejuk dan tenang hatinya.

“Abang nak makan apa malam ni?”

“Abang nak makan telur bungkus.Tapi abang nak dua”.Emil memesan makan yang dihajati oleh anaknya, manakala Uwais tetap dimeja.Dia sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello!aku dah sampai ni…kawasan tasik dekat hujung …. Mama aku tengah oder tu..ok..ok.” Ketika mamanya sampai Uwais memasukkan telefonnya kedalam poket seluarnya.Sambil menanti makan sampai..dia berbual dengan mamanya.

“Ma!!.

“Emmm” jawab Emil sambil memang sekelilingnya.Ramai orang malam itu yang berkunjug kerestoran itu.Mungkin  mereka juga seperti dirinya datang  untuk menjamu selera setelah seminggu bekerja dihujung minggu membawa keluarga bersantai sambil menikmati makanan yang  dimasak oleh orang lain.

“Kenapa sekarang papa dah jarang nak ajak abang pergi rumah dia ma..”

“Kan waktu periksa dah hamper, jadi dia tak mahu ganggu masa abang belajar..esok-esok masa abang dah habis periksa bolehlah duduk dengan papa lama sikit. Kenapa abang tanya. Abang rindukan papa ke?”. Emil rasa terkilan mendengar pertanyaan anaknya. Ada rasa bersalah menyelinap dihatinya kerana dia tidak dapat memujuk hatinya supaya bersabar bila diri di madu, kini anaknya menerima padah akibat perbuatannya.Dia merasa kasihan melihat anaknya yang terasa kehilangan insan yang bergelar papa dalam hidup harianya. Sepatutnya anak seusia Uwais masih bergelumang dengan kasih sayang ibu dan ayah sepanjang hari.


“Ohh mugkin juga..Kut lah dia dah lupa pada abang sebab asyik sibuk dengan adik-adik yang kat  sana”.

“Taak papa buat macam tu untuk kebaikan abang..untuk masa depan abang. Papa takkan lupa kan abang..abangkan anak sulong papa. Papa nak abang tumpukan pada pelajaran masa ni. Dia tak mahu abang pandang ringan pada peperiksaan SPM , sebab SPM ni menentukan apa jurusan kita nak ambil nanti, abang kena bersedia dari awal lagi. Abang jangan risau ye papa takkan lupa kan abang..abang kan anak sulong papa. Biasanya anak sulong ni istemewa dimata emak ayahnya bang.”.

“Emmm”. Hanya itu yang keluar dari celahan bibir Uwais, namun dihatinya ada bisikan lain. Dia menyedari padangan emak tirinya bila dia berada bersama-sama papanya. Dari apa yang dilihat perasaannya  sendiri yang menelah pandangan emaktirinya kepadanya adalah pandangan yang mengandung curiga.. Dikali terakhir dia kerumah keluarga papanya, dia hanya sempat bermalam semalam sahaja, keesokkan hari nya dia sudah dihantar pulang oleh papanya. Ketika itu papanya memberi alasan menyuruh dirinya mengulagankaji pelajaran, kerana waktu peperiksaan semakin hampir. Sedangkan waktu itu baru sahaja mahu memulakan sesi persekolahan dipenggal kedua.

Yang sebenarnya hatinya rasa terkilan dengan sikap papanya yang seakan tidak teruja dengan kehadirian dirinya, papanya melebihkan kasih sayang kepada adik-adik disebelah isterinya yang seorang lagi. Hatinya sedeh kini dia sudah tidak mendapat perhatian dari papanya dan terasa papanya sudah tidak merindui dirinya lagi. Yang paling ditakuti dia akan dilupakan oleh papanya sendiri. Kadang-kadang timbul rasa cemburu bila papanya memberi lebih kasih sayang dan masa kepada adik-adiknya yang disana. Sering dia memujuk hatinya yang disana juga adik-adiknya dan mereka masih kecil, mereka lebih memerlukan  perhatian yang lebih dari papanya, tetapi perkataan MENGAPA   sering menerpa dalam mindanya… mengapa perpisahan papa dan mamanya terjadi. Mengapa kedua papa dan mamanya berpisah ketika dia masih memerlukan kasih sayang mereka...Lagi menyedihkan papa dan mamanya juga sudah tiada ikatan yang membolehkan mereka bersama-sama seperti dulu. Pedih hatinya terkesan di air muka yang kelihatan terkilan..

Bila hanya  'emmm'  sahaja  yang keluar dari mulut anaknya, Emil faham jawapanya  tadi tidak cukup mantap untuk memujuk hati anaknya yang kecewa dengan tingkah papanya.Dia harus meniupkan kata-kata semangat. Jiwa anak tunggalnya harus disokong supaya menjadi kuat untuk menerima kenyataan dengan redha. Uwais tidak harus lemah dan mengalah bila rumah tangga papa dan mamanya kecundang dan tumbang  dipertengahan jalan.

Abang!! abang mesti bersungguh ye. Pada mama..mama tak ada anak lain yang boleh mama harap kan, hanya abang anak mama. Janji dengan mama.. abang belajar sungguh-sungguh ye..Papa tak kan lupa kan abang..abangkan anak sulong papa.” Pujuk Emil bila melihat riaksi anaknya yang bagai tidak bersemangat..Dari raut wajah anaknya Emil tahu anaknya sedeh bila rasa disisih kan oleh papanya sendiri.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini bekas suaminya sudah agak jarang datang mengambil anaknya untuk mereka bersama dihujung minggu. Janjinya dulu ..hujung minggu anaknya  akan digilir antara dirinya dan bekas suaminya, tetapi setelah hamper lima tahun perceraian mereka, bekas suami seakan terlupa pada perjanjian mereka dahulu. Tidak guna dia mahu mempertikaikan tingkah bekas suaminya, kerana dia sedar dialah yang bersalah kerana meminta perpisahan. Tetapi padanya sampai bila pun untuk meneruskan hidup bermadu dia tak mampu. Dia tidak mempunyai kekuatan mahupun kesabaran menahan hati yang sakit kerana cemburu dan dia juga tidak mampu ditinggalkan walau hanya sehari kerana suaminya kerumah isterinya yang lain.

In Syaa Allah ma, abang akan bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menentukan masa depan abang, abang akan bersungguh-sungguh ma, janganlah mama bimbang..abang belajar kerana Allah ma”. Emil merenung mata anaknya yang sedang berjanji.Kemudian mereka mendiamkan diri.

Bang!!Abang balik  rumah papa dulu tu, nampak tak papa nak tambah anak lagi?”

Entahlah ma..tapi nampak perut mak cik Zila tu besar macam tu dari dulu lagi. Mungkin sebab dia dah bertambah gemuk”.

“Mak cik Zila gemuk sangat  ke bang”.

“Gemuklah..gemuk macam dia mengandung, tapi kalau dia mengandung tentu dah bersalin sebab dari dulu lagi perut dia besar macam tu”…

Papa gemuk tak bang”.

Tak lah papa macam dulu juga”.Soalan itu pula yang terpacul dari bibir Emil.. menyiasat rumah tangga bekas suaminya.Tetapi yang sebenarnya dia mahu memesongkan pemikiran anaknya, supaya anak tidak terlalu memikirkan tingkah papanya sejak akhir-akhir ini.Tetapi entahlah rasanya tersalah soalan pula.

Emil mendiamkan diri tetapi didalam kepalanya berkira kira, anak bekas suaminya bersama isteri barunya sudah tiga orang. Yang tua 9 tahun yang kedua 7 rahun yang kecil sekali sudah berumur 4 tahun.Semua kisah suaminya dikorek dari anaknya bila dia balik dari berkunjung rumah papanya.Emil membayangkan bekas suaminya sudah bahagia dengan perkahwinan barunya. Biarlah..dia akan mencari bahagianya sendiri, tidak bermakna jika kita tidak bersuami kita tak bahagia. Dia akan memastikan kejayaan anaknya dalam pelajaran dan akan memastikan juga anaknya taat pada ajaran ugama.Itulah bahagianya sekarang ini. Mereka tersentak bila mendengar nama Uwais diseru oleh seseorang…

Uwais!...” Cepat sahaja kepalanya menoleh memandang kearah suara yang dikenali, kelihatan sahabatnya datang menuju kearahnya sambil tersenyum-senyum.

Ehh kau pun makan kat sini..kau sorang ke?”. Sedikit kuat Sofian bertanya kerana kedudukan Sofian masih jauh lagi dari Uwais yang sedang duduk dimeja bersama mamanya.Wahh pandainya Sofian berlakon detik hati Uwais tapi bukan ke tadi dia yang menyuruh bahawa pertemuan mereka direstoren itu seperti kebetulan. Dia yang mengarahkan begitu. Ohh dia juga sudah menjadi pengarah drama rupanya.Senyum Uwais tersunggung dibibir yang sudah mula dihiasi dengan misai nipis yang sudah agak jelas dipandangan mata. Dia tersenyum kerana melihat lakonan sahabatnya menjadi.

Aku dengan mama aku..kau sorang saja ke Pian?” Dua anak remaja menjayakan lakonan masing-masing.

Ehh mana pulak sorang nuun ha ayah dengan abang dan kakak aku tengah oder tu..Asalamualaikum  auntie Emil  teman Uwais makan..”Bila sudah sampai dimeja Sofian berbasa basi menegur mama sahabatnya. Kena tunjuk berbudi bahasa supaya hati orang diharapkan dapat menerima ayahnya nanti.Emil hanya melemparkan seyuman ramah kepada rakan sekelas merangkap sahabat baik anaknya yang sudah tercegat di tepi mejanya.Uwais pula memusingkan kepala mengikuti arah mucung sahabatnya.Kelihatan ayah Sofian bersama dua orang kakak dan abangnya sedang bercakap-cakap, mungkin sedang berbincang tentang makanan mereka malam itu.

Ramai pulak malam ni kan Is..meja kosong dah tak ada.. tingggal tu satu Is…” Sofian tertoleh-toleh memandang keliling untuk mencari tempat duduk untuk mereka makan sekeluarga. Emil juga turut tertoleh memerhati sekeliling. Memang benar hanya tinggal sebuah meja berkerusi empat yang berhampiran dengan temapatnya duduk.

“Kau dating berapa orang Pian?”

“Lima campur aku”
“Kalau kau tak kisah kau boleh duduk sini, kita tarik meja tu..jadi cukuplah kerusi tu campur aku punya ni dua haa. ..bolehkan  ma mereka duduk dengan kita” Uwais mencari persetujuan mamanya.

“Boleh ke auntie..kami tumpang kat sini saya datang dengan abang kakak dan ayah sekali ni auntie ”.

“Boleh saja Pian..lebih ramai kat meja kita ni kan lagi meriah”. Mendengar jawapan Emil cepat sahaja Sofian dan Uwais mencantumkan meja untuk mereka menjamu selera malam itu. Sambil mereka menarik meja sambil mereka menguntum senyum ditambah dengan kenyitan mata pula. Doa dihati mereka sama.. supaya ada kimia yang tercetus dihati ayah dan mama mereka.

“Kau dah lama sampai Is”. Setelah selesai mereka mencantumkan meja mereka meneruskan bualan.

“Tak lama sangat..makanan yang kami ‘oder’ pun belum sampai lagi..perut dah lapar ni. Malam ramai pulak kan, agaknya itu yang membuatkan lambat diaorang buat makanan agaknya.” Bila melihat ayahnya yang seperti tercari-cari dari kaunter pesanan, cepat sahaja Sofian melaung memanggil ayahnya sambil melambai-lambaikan tanganya..

“Yah!!sini yah!”.Sofian melambai ayahnya dari meja Uwais dan mamanya.

“Entah apa yang ayah aku oder ni…Kau oder apa Is..yang lama sangat diorang masak ni”.

“ Mama oderkan telur bungkus untuk abangkan ma.”

“Ialah.. kan abang yang nak makan sampai dua pulak tu”.

“Wahh kau betul-betul nak makan ni”. Ketika itu rombongan ayah dan tiga lagi adik berdik Sofian sampai ke meja mereka. Cepat sahaja Uwais bangun menghulur tangan untuk bersalaman dengan cikgu Mohd Nassir dan abang Ahmad Sofian yang bernama Ahmad Salman.

“Yah kita duduk sini ye yah..Ini mama Uwais.”Sofian memperkenalkan mama sahabatnya kepada ayahnya.

“Boleh ke kami duduk sini..er..er..”. Tanya cikgu Nassir berbahasa.Takkan nak redah duduk semeja dengan seorang wanita yang baru pertama kali bersua muka, walau pun mereka dikelilingi oleh orang ramai serta empat orang anak-anaknya.

“Boleh sahaja ..lagi pun dah tak ada tempat kosong lagi..saya Emil..mama Uwais”.

“Ohh ini mama Uwais..selalu juga Uwais datang belajar dengan Sofian”. Banyak juga mereka berbual disulami bualan anak-anak mereka. Rupanya anak-anak cikgu Nassir seperti ayahnya juga suka bercerita. Meriah makan malam mereka malam itu. Ialah sambil menjamu selera disulami dengan bualan dan gelak ketawa. Makan malam mereka kali itu dibayar oleh cikgu Nassir keseluruahannya. Usai makan malam mereka berpisah.


Kisah pertemuan mama dan ayah mereka sudah pun selesai, hanya menanti waktu yang sesuai untuk tindakkan lanjutnya.Dia mahu tahu pandangan dan penerimaan ayah dan mama mererka. Sufian dan Uwais berazam akan meneruskan misinya hingga berjaya. Mereka akan menyiasat pandagan ayah dan mama mereka dan isi hati mereka sekali. Tetapi sebelum itu Ahmad Sofian perlukan pendapat, pandangan dan sokongan dari abang dan dua ornag kakaknya untuk cikgu Emil Atilia menjadi ahli keluarga mereka..

“Ngah!! apa pandangan angah tentang emak Uwais tadi”.

“Kenapa??”.Terkejut Ahmad Salman mendengar soalan adik bungsunya tentang seorang janda yang makan bersama mereka tadi.

“Saja nak tahu pandagan angah tentag cikgu Emil tu”.

“Emmm..Nama dia sedap kan Emil Atilia. Dia orang apa dek..putih melepak orangnya, tapi cakapnya macam orang Melayu kita. Kalau tanya angah yang sememangnya minat dengan orang berkulit putih cantiklah. Kenapa dek ..adik tanya tentang seorang perempuan..janda pula tu”.

“Taak adek nak tahu pandangan angah..kalau dia jadi peneman ayah sesuai tak angah tenguk”.

“Maksud adik..dia jadi isteri baru ayah ke?”


Mak teh yang sebetulnya tengah mengikuti blog http://roseezadora.blogspot.com suka cerita mengharap di tanjung harapan. sekarang ni mak teh macam tak ada idea nak bercerita..tapi suka baca blog orang lain tu yg lama tak bercerita..