Bukit
runtuh sehari semalam,
Kayu
terlepas beribu ratus,
Sauhnya
putus kapal tenggelam,
Harapan
kami tak akan diputus.
Hampir petang Loqman melayani kerenah anak dara kecilnya.
Loqman menemani anaknya membuat kerja sekolah dan akhirnya mereka sama tidur
diruang tamu. Atas permintaan anak dara kecilnya yang ingin tidur bersama
ayahnya. Hati Amirah terharu melihat keceriaan anak dan bekas suaminya. Syifa
memeluk ayahnya lama dan erat sekali ketika ayahnya hendak masuki
keretanya. Seperti tidak mahu
melepaskanya.
“Bila ayah nak datang
jumpa Syifa lagi.” Kedengaran sedeh suara Syifa hendak melepaskan ayahnya
pulang kePort Dickson.
“InsyaAllah kalau ayah
ada cuti ayah datanglah.” Sambil tangan Loqman megusap perlahan kepala anak
daranya. Dia juga rasa keberatan untuk meninggalkan buah hati nya.
“Jangan lama-lama,
Syifa rindu ayah.” tercuit juga Amirah mendengar kata-kata anak dara kecilnya.
Loqman pulang
kePort Dickson dengan hati yang sayu. Sedeh hatinya meninggalkan anak dan bekas
isterinya..rasa kesal yang telah lama bermukim dihatinya seakan tidak mahu
pergi. Kesal itu sudah sekian lama
menikamnya bertubi-tubi mendera perasaannya. Hanya dia yang merasa
kesakitannya. Setinggi gunung dia mengharapkan dan selaut doa dia memohon belas
kepada yang Maha Berkuasa agar pintu hati bekas isterinya terbuka untuk
menerimanya kembali. ‘Mirah terimalah abang Mirah’ itulah keluhnya. Entah untuk
keberapa kali keluahan itu bergema didalam hatinya.
Loqman memandu dengan perlahan sambil membayangkan ketika
dia dirumah bekas mertuanya tadi..Kalau dilihat dari riak ketika dia hendak
pulang tadi, Amirah seperti keberatan menerimanya semula. Kalau tidak dipaksa
oleh anaknya mungkin dia tidak menghantar nya hingga kekereta. Dengan raut wajah yang masam-masam manis
Amirah terpaksa juga menghantarnya
hingga kepintu kereta. Dia tahu bekas isterinya terpaksa. Walaupun
ketika makan tengahari tadi dilihatnya Amirah gembira bila mereka berkumpul
bertiga. Namun itu mungkin lakonan dihadapan anak mereka sahaja. Loqman tidak
dapat menjangka penerimaan Amirah terhadap dirinya. Hanya ada satu lagi
harapan, jika anaknya dapat melembutkan dan membuka pintu hati ibunya, untuk
mereka bersama semula.
Sepeninggalan Loqman, Amirah termenung sendirian diruang
tamu, memikirkan permintaan bekas suaminya untuk kembali bersama. Amirah merasa serbasalah, mahu menerima atau
pun tidak, bukan hatinya tidak sayang tetapi dia takut peristiwa lama berulang
lagi. Bila melihat kegembiraan anaknya
bersama ayahnya rasa tidak sampai hati pula dia hendak menolaknya.
Ketika dia sedang termenung diruang tamu ibunya menghampiri.
“Kakak fikir apa, dari
tadi ibu tenguk kakak termenung sampai ibu lalu dua tiga kali kakak tak
perasan”. Amirah mendongak memandang ibunya yang datang menghampiri.
“Tak ada apa lah ibu,
kakak mengantuk….” Dalih Amirah.
“Ibu nak tanya ni,
kakak jawab jujur ya….Loqman cakap apa dengan kakak tadi…sebab masa ayah pelawa
mimum tadi dia kata nak bincang dengan kakak…bincang apa?.” Amirah memandang
ibunya.Sebenarnya dia tidak dapat menyembuyikan apa-apa dari ibunya..Pada
Amirah ibu seorang yang memahami dan seorang pendegar yang baik. Pada ketikanya
dia menjadi ibu yang pengasih dan pada ketika yang lain ibunya bertindak
seperti kawan baiknya pula.
“Loqman kata dia nak
rujuk balik dengan kakak…ibu fikir macamana?.. kakak tak boleh nak fikir
..kakak sebenarnya dah selesa hidup macam ni.. kakak malas nak fikir hal orang
lain dah.” Amirah terpaksa berterus
terang. Dia tidak mahu berkongsi hidup dengan siapa-siapa insan yang benama
lelaki yang bergelar suami.Sesungguhnya hidup bersama Loqman dulu meninggalkan kesan yang mendalam dihati
Amirah dia takut untuk melalui jika perkara lama berulang kembali.
Bagi dirinya hidup berumahtangga tidak menjamin kebahagian hingga keakhir
hayat. Contoh nya Loqman dulu, walaupun dia mengatakan dia menyayangi dirinya
sejak dia kecil lagi tetapi rumah tangga mereka berkecai juga. Tidak sampai
setahun pernikahan mereka rumah tangganya
sudah berkecai. Lebih parah dia diceraikan ketika dirinya sedang
mengandung, peristiwa itu sangat pedih untuk dikenang. Dia merasa serik .
Sekarang ini dia sudah pun mempunyai seorang anak dan mempunyai pekerjan tetap,
itu sudah cukup untuk dijadikan sandaran
hari tuanya. Dia ingin meneruskan kehidupan tampa bergantung kepada orang lain,
terutama sekali kepada seorang lelaki yang bergelar suami.
“Janganlah macam tu, pada
ibu kakak terimalah Loqman balik, Loqman
bersungguh tu… fikirlah mana yang baik, lagi pun dia ayah Syifa. Ibu
tenguk Syifa gembira betul kalau ayah
dia datang, berilah peluang Syifa ada
ayah sendiri di sisinya, berilah dia kesempatan merasai kasih sayang seorang
ayah. Kalau kakak terima orang lain
nanti Syifa berbapa tiri.”
“Entah lah bu kakak
takut nanti dia buat macam dulu, takut pisang berbuah dua kali. Kakak tak
sanggup nak tempuh lagi, walaupun dah lama tapi rasa sakitnya masih terasa
lagi.” Sebenarnya itulah yang menghantui fikiran Amirah dengan alam rumahtangga.
“Sebenarnya dia selalu
datang sini jenguk Syifa..kalau ada cuti saja dia akan datang sini. Ibu tenguk
dia dah berubah..dah nampak dewasa dan bertanggung jawab..tak adalah macam baru
kahwin dengan kakak dulu perangai dia
macam budak-budak. Kakak.. kita jangan fikir diri kita saja, kakak dah ada Syifa... kena fikir tentang
Syifa juga. Ibu takut bila selalu kawan-kawan dia kata dia tak ada ayah, dia
akan merasa rendah diri atau kurang keyakinan pada dirinya pula, kerana
kekurangyang dia tak ada ayah didepan matanya. Lagi pun Mak long kan ibu mertua
yang baik. Kalau kakak kahwin lain boleh ke kita dapat mak mentua yang baik. Walau pun anaknya baik
dengan kakak, tapi kalau maknya cerewet susah juga. Satu lagi yang paling ibu
risau, mahu ke keluarga dia terima Syifa. Fikirkan lah kakak, jangan fikir diri
kita saja”.
“Bu…kakak tak ada niat
nak kahwin lagi, cukuplah Syifa sorang anak kakak… untuk kakak menumpang esok
tua.”
“Jangan macam tu..kalau
Syifa dah kahwin nanti, mana tahu suaminya tak mahu kita duduk dengan dia,
macam mana?..Kalau kita ada anak lain sekurang-kurangnya ada anak yang lain
boleh tenguk kita bergilir-gilir. Kalau Syifa sorang tentu dia letih asyik nak
jenguk kita saja.. mahu Syifa tak kahwin pula kerana risaukan ibunya.” Amirah
diam memikirkan kebenaran kata-kata ibunya.Hatinya sudah berbelah bagi,
mendengar kata-kata nasihat dari ibunya.
Sudah seminggu pertemuan antara Adnan dengan bekas
abang iparnya, barulah Adnan berkesempatan
menghubungi adiknya Atirah. Malam itu dia menghubungi adiknya Atirah.
Sebenarnya kerana kesibukkan hari-harinya Adnan terlupa akan janjinya kepada
Loqman.
“Assalamualaikum..Tirah
apa khabar?”
“Waalaikumsalam..baik
ngah..ada apa call ni?”
“Hai sejak bila pulak
angah tak boleh call Tirah ni?”
“Eelleh selalu call
buah hati pengarang jantung dia saja, dengan kita ni dia buat-buat lupa
sajakan.” Atirah bagai merajuk, bila
tidak dihiraukan oleh abang kandungnya sendiri.
“Ehh kan kalau lepas
call dia tu, angah ada juga cakap dengan Tirahkan..Tirah ni sensitive pulak
datang bulan ke?”
“Ehhhh angah dah pandai
pulak cakap macam tu..siapa yang ajar ni? dia yang ajar angah cakap macam tu ke?,
tak mungkin...tak mungkin” gelak angah dihujung talian mendengar suara adiknya
mengusik dirinya.
“Tak ada siapa yang ajar..Angahkan
dah besar Tiraaah...semua benda angah dah tahu.. he..he.he”
“Ialah .. besar
sangatlah tu..dah ada buah hatilah katakan.”
“Tirah angah sebetulnya
nak cakap satu perkara ni..angah nak minta tolong Tirah carikan jalan.”
“Haa jalan apa pula tu?..Nak
minta tolong carikan jalan angah nak kahwin
..angah nak minta tolong Tirah cakapkan dengan ayah dan ibu ke? Kalau yang tu biar tuan yang punya badan yang
cakap sendirilah.. takkanTirah yang kena cakap, dia yang nak kahwin kita pula
yang kena cakap mana aci..cakap sendiri.”
“Ehh kesitu pulak..
kalau hal angah memang angah akan cakap sendiri, angah ni anak jantan, kalau
dah berani nak kahwin.. nanti beranilah cakap minta restu. “
“Waah hebatlah angan ni
macam anak jantan betul..bunyinya
betul-betul macam Leftenan Adnan yang berani tu...Habis tu nak cari jalan untuk
apa pulak?”
“Bab-bab nikah kawin
jugalah yang angah nak cakap ni.. Tirah macam ni, hari Jumaat lepas angah
terjumpa abang Man kat masjid Putra Jaya. Lepas tu kami pergi makan sama-sama.
Masa makan tu abang Man ada cerita kat angah, dia nak rujuk dengan kakak kita”.
“Habis tu datanglah
meminang...tanya kat ibu dan ayah.. kita bukan boleh buat apapun kalau dia
cakap dengan kita”.
“Kalau macam tu punya
senang taklah dia cerita dengan angah... Tirah bukan tak tahu kakak kita tu,
kalau bab nikah kahwin dia.. cakaplah dengan dia mahu jam-jam tu jugalah angin
kus-kus dia datang..kata abang Man sejak abang Man cakap dia nak rujuk balik
dengan kakak, kakak dah tak layan call
ataupun SMS abang Man lagi. Macam kalau angh
call dialah, mana dia nak angkat
sekarang ni, lepas angah kenenkan dia dengan Zikri tu dulu.Takut sangat dia,
kalau kita cakap pasal nak suruh dia nikah lagi.”
“Ohh baru Tirah
ingat..semalam ibu baru saja call Tirah dia cakap mak Long datang rumah, tanya
pasal kakak kita .. ibu suruh juga Tirah carikan jalan supaya kakak kita tu
terima balik abang Man. Tapi Tirah nak buat macamana eh, kalau Tirah yang suruh kakak terima abang Man,
mungkin dia akan lancarkan berperang dingin juga kat Tirah. Nanti kalau Tirah call tentu dia tak layan... sama aje.”Rupanya
dalam diam-diam ibunya meminta pertolongan Atirah mencari jalan supaya Amirah
mahu menerima Loqman kembali. Bagi puan
Halimah bukan tiada orang yang hendak berkahwin dengan Amirah sepanjag lima
tahun dia menjadi janda. Sudah tiga orang yang masuk merisiknya, tapi bila
diajukan kepada Amirah, dia akan menolak. Katanya dia belum bersedia untuk hidup berkeluarga
dan dia tidak mahu Syifa berbapa tiri.
Tapi bila Loqman bertanya pula dia ‘ takut pisang berbuah dua kali’. Apakah
sudah serik Amirah untuk berumahtangga
lagi. Dia berusha mengembalikan keyakinan anak sulong tentang hidup
berumah tangga.
“Ok..kita carilah jalan
sama-sama, macam mana dia boleh terperangkap dan setuju nikah balik dengan
abang Man tu.”
“Tapi ngah..abang Man
tu betul ke masih sayang kat kakak? nanti dibuatnya macam dulu.. kesian kakak
kita.Tirah tak sanggup tenguk dia menderita lagi”.
“Angah nampak memang
dia bersungguh-sungguh...mungkin kalau dia tak diperangkap kahwin dengan isteri
yang dah diceraikan tu, lepas kakak bersalin mungkin dia rujuk balik..tapi
ialahkan mungkin dugaan mereka, kita tak boleh salahkan sesiapa pun atas takdir
Allah kan Tirah.”.
“Diperangkap???”.
“Alah biasalah kalau
kita dah suka, apa-apa pun boleh kita buatkan. Esoklah kalau kita jumpa angah
cerita kat Tirah. Tapi angah tenguk memang sayang abang Man pada kakak kita tak
berubah”.
Mereka berdua beradik mengatur rancangan. Rancangan
mereka sama hebatnya dengan rancangan untuk
pembangunan Malaysia. Supaya Malaysia menjadi, negara makmur dan
disegani dunia. Yang akan menjadi pembentangnya nanti tentulah Atirah. Kerana Atirah masih belum
ada kes-kes yang menyebabkan Amirah melancarkan perang dingin dengannya. Mereka
berdoa semoga rancangan mereka berjaya untuk melihat kakak kesayangan mereka
berumah tangga semula dan bahagia disamping orang yang menyayanginya.
Setelah empat hari
Amirah dirumah ibu dan ayahnya, adik Amirah yang benama Atirah menghubunginya. Tujuannya hanya satu
melaksana misi yang telah dirangka bersama abang Ngahnya Adnan. Atirah adalah
satu-satunya adik perempuan Amirah. Sudah
hampir setahun dia berkerja
dengan sebuah syarikat Akuntan diDamansara, Kuala Lumpur. Kini kehidupan Encik
Abdul Rahim dan puan Halimah sudah senang. Tiga orang anakya sudah bekerja dan dia juga sudah perpangkat Sarjan.
Sarjan Abdul Rahim.
“Assalamualaikum…kakak
ke ni?..bila balik?”
“Waalaikumsalam…dah nak
masuk lima hari, Tirah apa khabar? macam mana kerja?”
“Alhamdulilah, sihat
kak. Kerja Tirah ok saja, dah nak mula ada kerja luar sekarang ni kak.. tapi
seronok juga dapatlah berjalan. Ehh kakak cuti berapa hari ni? Haritu Tirah
call ibu kata kakak ada balik cuti.”
Ceria terdengar suara Atirah dihujung talian.
“Call ibu tapi tak
cakap dengan kakak pun”.
“Alaaah masa kat tu
tempat kerja..rasa rindu sangat nak dengar suara ibu..call sekejap. Berapa hari
kakak cuti kali ni”.
“Adalah 12 hari.
Diaorang bayar cuti-cuti kakak yang kakak ganti orang hari tu, campur sikit
lagi cuti rehat kakak. Itu yang lama sikit tu.”
“Mak aii lamanya ..seronoknya dapat cuti lama kak,
dekat dua minggu duduk rumah… jealous Tirah dengar.”
“Ehh..Tirah nak cakap
dengan ibu ke? Tadi kata rindu suara ibu .. kakak panggilkan”.
“Haritu kan baru dengar
suara ibu, tunggulah kita
cerita-ceritalah dulu..Tirah rindu betul kat kakak, lama rasanya kita tak jumpakan.. dah kerja ni
kita susah nak jumpa kan kak. Bila
agaknya kita dapat jumpa dan bercerita-cerita macam dulu.”
“Apa kata kita cari
cuti sama-sama, boleh kita pergi jalan-jalan dengan ayah dan ibu sekali.. yang
seronoknya kalau semua adik beradik kita ada. Nanti kakak tanya Aizat dan Amran
bila dia orang cuti, Tirah pula tanya angah.”
“Kalau macam tu hujung
tahunlah kak .. Kakak sebut angah baru Tirah teringat... sebetulnya Tirah nak
sampai kan pesan ni.”
“Siapa pula yang nak
pesan-pesan dengan Tirah ni.”
“Semalam angah call Tirah, dia nak cakap dengan kakak
tapi tak terkeluar.. malu katanya”.
“Haa dia nak cakap apa
pulak tu..jangan cakap tidak-tidak, jangan nak jadi pencari jodoh pulak..kakak
tak suka”. Tegas kedengara suara Amirah dihujung talian. Dah mula dah angin
kus-kus dia datang detik hati Atirah.
“Taak... dia bukan nak
cakap hal kakak dia nak cakap hal
dialah, dia nak bincang dengan kakak sebelum nak bagi tahu ayah dan ibu
kita..tapi katanya dia malu pulak nak buka mulut dengan kakak, itu yang dia pesan pada Tirah ni.”
“Hai sejak bila pula
angah malu dengan kakak ni?.”
“Alah bab hati ni
memanglah dia malu.” Atirah memancing mood kakaknya. Memang itulah stratigi
yang dirancang oleh Atirah dan Adnan tempoh hari, menggunakan umpan yang boleh
Amirah mendengar luahan hati adik-adiknya.
“Kenapa?? dia dah ada
pilihan ke Tirah?” ‘haa pancing dah kena.. ikan dah makan umpan he he
he’..detik hati Atirah, apabila Amirah mula berminat melanjutkan perbualan soal
hati, tapi bukan soal hatinya. Kalau sebut soal hatinya mahu sekejap itu juga
Amirah akan memutuskan talian. Senyum Atirah melebar hingga ketelinga. Dia
sudah tahu kakaknya kalau bab adik-adiknya dia akan lemah. Disitulah kelemahan
kakaknya yang seorang ini...
Alhamdullilah dalam telefon, Jika dia dihadapan kakaknya mungkin
lakunannya akan terhidu oleh kakaknya.
“Tentulah kak, umur pun
dah masuk dua puluh enam, kerja pun dah nak masuk empat tahun, angah kata kalau kakak tak kahwin dia malu nak kahwin. Lagi
pun dia dah janji pada dirinya sendiri, angah tak akan kahwin, kalau kakak tak
kahwin lagi”.
“Dah berapa tahun dia
kenal budak tu?..budak mana?.” Amirah bagai tidak mahu mendengar apa yang
diperkatakan oleh adiknya.
“Angah dah kenal tahun
lepas lagi, budak tu satu tempat kerja dan satu rumah dengan Tirah.. masa Tirah
baru kerja dulu dialah yang ajak duduk menyewa dengan dia, sekarang ni kami
serumahlah. Budak tu budak Sebak Bernam Selangor.. Nama dia Nur Jalilah Abdul
Kadir. Budaknya baik kak, pakai tudung
labuh maklumlah anak pak imam, sembahyang tak pernah tinggal kecuali ketika dia
ABC. Emaknya ada juga sesekali datang rumah, nampaknya emak dan keluarga dia
pun baik kak, kalau jadi mak mertua tak cerewetlah. Tapi yang penting pada
Tirah keluarga mereka ni tidak jenis yang kebendaan dan cakap besar.” Panjang
lebar Atirah melobi gadis yang telah mengisi ruang hati abang ngahnya kepada
kakaknya. ABC adalah istilah uzur kerana
didatangi darah haid setiap bulan. ABC bermakna Allah Bagi Cuti kepada orang
perempuan sahaja. Orang lelaki jangan nak mengada ambil cuti berdosa tau
meninggalkan solat fardu...”
“Ohh duduk serumah
dengan Tirah??..Bila pula angah jumpa dengan dia?” Seperti wartawan Edisi
Siasat pula Amirah menyiasat itu ini
untuk mengetahui kisah cinta adiknya Adnan
atau angah. Atirah dihujung talian tersenyum lagi lebar plan yang
dirancang seakan berjalan dengan lancar. Ha. ha.ha. Sungguh pandai dia berlakon,
kalau ada pertandingan pelakon wanita terbaik tentu kemenangan ditanganya, detik
Atirah lagi.
“Masa tu dia nak jemput Tirah balik Pilah,
kebetulan budak tu yang bukakan pintu”. Belum habis lagi cerita adiknya Amirah
sudah menyampuk bila dirasakan tidak manis adik lelakinya memasuki rumah sewa
adik perempuanya.
“Angah masuk rumah sewa Tirah??? Tak elok macam tu…nasihatkan
dia jangan masuk rumah anak dara nanti timbul fitnah.” Seperti ustazah pula
Amirah menasihatkan adik-adiknya.
“Kakak ni tak sabarlah
.. Tirah tak habis cerita lagi dan menyampuk.”
“Ialah, ialah sorry
kakak sebab tak sabar bila dengar angah masuk rumah anak dara. Kita ni kalau
kat luar kena jaga batas-batas, jangan sampai memalukan keluarga terutama ayah
dan ibu kita Tirah”.
“Ialah… Tirah dan angah tahu. Dia tak masuk
rumah..budak tu hanya cakap kat depan pintu rumah saja grill pun dia tak buka..
dia tolong bagi tahu angah , Tirah
tengah mandi masa tu. Kalau tak buka pintu bagi tahu takut pulak angah kata
Tirah tak jadi balik..jadi terpaksalah dia tolong cakapkan, Tirah minta angah
tunggu sekejap. Masa tu kes nak jimat duit tambanglah kak oii,ha.ha.ha” Dua
beradik ketawa berdekah-dekah bila merasa lucu masa zaman kesempitan mereka
dulu.
“Ohh macam tu ke..”
Amirah menyambung siasatannya bila sudah surut
ketawanya mendengar gelagat adik-adiknya.
“Ibu dah tahu kebelum?
Cakap dengan angah kalau dah dapat yang baik, bagi tahu ibu dan ayah.. jalan terus, tak payah tunggu kakak, nanti disambar dek orang awak
terlopong.” Nasihat tulus dari seorang kakak yang ingin melihat adiknya
bahagia.
“Angah tak nak cakap
dengan ibu dan ayah, dia nak kakak kahwin dulu baru nak cakap dengan ibu dan
ayah kita.”
“Tak payah tunggu kakak,
tunggu kakak lama.. kakak ni tak ada orang yang nak lagi.”
“Alah kakak ni…dua
minggu lepas Angah terjumpa abang Loqman kat Putra Jaya, katanya dia
ditugaskan kat sana hari tu…bila angah
tanya bila dia nak kahwin dia kata dia tunggu kakak.. kakak terima lah balik
abang Man tu, dia memang sayang kakak lagi..ini yang Tirah call ni..angah yang
suruh. Angah nekad kalau kakak tak kahwin, kami ni pun tak kahwin juga lah
nampaknya. ” nampak gayanya plan A tersangkut pula. Mungkin kurang sahdu
dan tidak dapat terus masuk kedalam hati kakaknya. Kena guna plan B
pula detik hati Atirah. Plan B dia memancing menggunakan umpan dirinya pula,
jika yang ni juga tersangkut habislah
mereka berdua. Atirah berdoa didalam hati supaya plan B mereka berjaya.
“Hai!!Tirah pun dah ada juga ke?”
“Baik Tirah cakap tak ada, macam tak ada
harapan saja.” Keluh Atirah dihujung talian.
“Bunyi macam orang
kecewa saja Tirah ni kenapa?? cakaplah betul-betul..Tirah dah ada calon ke?”
Amirah dapat membayangkan muncung mulut adik nya dihujung talian.
“Ada tu adalah..tapi
Tirah tak akan kahwin selagi kakak tak kahwin lagi..muktamat..tak payah pujuk
Tirah.” Atirah ni lain sedikit dari adik beradik Amirah yang lain, hatinya
keras.. jika dia kata begitu tak siapa yang dapat memujuknya.
“Dengan siapa?, orang mana? cakaplah dengan kakakTirah..
boleh kakak pertimbangkan permintaan Tirah dan angah tu.” Amirah cuba
berdiplomasi untuk mencungkil isi hati adik-adiknya. Mulut Atirah mula
tersenyum kembali harap-harap terkenalah
umpannya kali ini..,Itulah doanya didalam hati. Tadi tu bukan tak
mengena tapi belum sempat ditelan umpanya dan diluahkan balik.
“Betul??..tapi jangan
cakap dengan ibu, Tirah malulah.”
“Alah malulah
konon…dengan kakak tak malu pulak.”
“Dah terlepas cakap..
tapi tak apalah ..kira Tirah tak cakaplah..dah jangan ingat lagi.” Rajuk
Atirah..bila dirasakan kakaknya mengejekkan dirinya. Sebenarnya itu juga jalan
cerita yang telah dirancang untuk menjerat perasaan kakanya.
“Tiraaah cakaplah, kita
ni kan adik beradik. Kakak ni kan kakak yang baik.. semuanya bisa di
atuur..cakaplah jangan lah cepat nak merajuk.” pujuk Amirah lembut bila
dirasakan Atirah mula berkecil hati denganya. Sebenarnya Atirah cuba bermain
tarik tali dengan kakaknya. Dia tahu kakaknya cepat bersimpati terutama demi
kepentingan adik-adiknya.
“Sebetulnya Tirah dah
lama dengan budak ni..budak Melaka. Kami kenal masa Tirah tahun dua lagi.. masa
tu dia dah tahun tiga, sekarang ni kami
kerja satu tempat pula. Dialah yang cadangkan Tirah kerja kat tempat
Tirah kerja sekarang ni. Dua bulan lepas.. dia
tanya Tirah, sebab katanya kalau dia tak ada calon sampai hujung tahun
ni, mak dia akan nikahkan dia dengan calon pilihan emak ayahnya.”
“Kenapa emaknya desak
dia macam tu sekali.”
“Dia ni anak bungsu, emak
dan ayah dia dah tua dah sakit-sakit
pula. Kata emaknya takut tak sempat nak tenguk dia bersanding. Tapi kalau kakak
tak nak dengan abang Man, tak apalah biarlah dia cari gadis lain. Mungkin bukan
jodoh Tirah dengan dia..biarlah emak dia carikan untuk dia.. Pada Tirah suami
boleh dicari, tapi keluarga mana nak cari.” Amirah diam mendengar suara sayu
adiknya dihujung talian. Betul juga kata adiknya. Umur Atirah sudah dua puluh
empat tahun, tidak lama lagi dia akan masuk dua puluh lima tahun.Ketika dia
diusia itu dahulu dia sudah mempunyai anak.
“Kakak masih ada kat
sana ke?..kenapa senyap saja ..tak apalah kalau kakak keberatan nak terima abang
Man, taka pa Tirah tak kisah, janganlah
kakak rasa tertekan. Tirah faham perasaan kakak. Mungkin dah memang bukan jodoh Tirah dengan budak tu tak
apalah..Tirah ok. Oklah..oklah kita cerita pasal lain lah.” Atirah cuba
menceriakan suaranya.
p/s: Mak teh dah hantr manuskrip pd penerbit, tunggu sebulan baru dapat tahu diterima ketidak..tolong doakan berjaya ye. Trima kasih kerana sudi membaca.
Lambat lagi la nak tunggu ni. Tapi takpe, semoga diterima dan dapat la baca versi cetak nanti...
ReplyDeleteTrimakasih krna membri sokongan. Dng skongan anda menaikkan semangat mak teh.
ReplyDeletealahai...tak sabor plak nak tunggu...harap berjaya la hendaknya mak teh...chaiyokkk mak teh n chaiyokkk tuk loqman jugek...moga dapat mencairkan hati amirah...
ReplyDeleteHi Sufi
ReplyDeleteLama saya dah tunggu untuk cerita ni.... Bila nak load yeh!
Tak sabar la..
Radha