Hubungan anak dan ibu dalam jarak jauh
berterusan walaupun hanya dengan panggilan telefon sahaja. Sememangnya meraka
saling memerlukan antara satu sama lain. Jika waktu cuti penggal persekolahan
hamper setiap hari Syarifah Jamilah menghubungi anaknya.Tujuanya hanya satu,
untuk memastikankan keselamatan anaknya gadis yang tinggal sendirian dirumah
tinggalan arwah ibunya. Sudah setahun masa berlalu sejak kematian neneknya.SPM
yang diduduki oleh Nur Hidayah juga sudah selesai.Segala urusan visa dan
passport antara bangsa Nur Hidayah sudah diuruskan.Kini mereka berdua sudah
dilapangan terbang KLIA untuk terbang ke Saudi Arabia untuk Syarifah Jamilah
memulakan tugasnya.
Sengaja Syarifah Jamilah pulang keMalaysia
untuk mengambil anaknya. Kedudukkan anaknya disisi keluarganya sangat diketahui
oleh Syarifah Jamilah. Oleh itu selepas tamat pepereksaan SPM anakny,a dia membawanya ke Arab Saudi sementara
menunggu keputusan SPMnya keluar. Tiga bulan Nur Hidayah tinggal bersama mama dan ayah tirinya di Arab
Saudi. Peluang keemasan tinggal di bumi suci digunakan dengan sebaik
mungkin.Dengan bimbingan ayah tiri dan mamanya NurHidayah mengerjakan Umrah
beberapa kali.Dihadapan Kaabah dia mengadu pada Penciptanya dengan sepenuh
hati. Benar kata mamanya dibumi kelahiran Nabi Muhammad s.w.t dia mendapat ketenangan.
“Ma!!
Umrah kali ni Dayah nak buat untuk arwah neneklah ma..”.
“Buatlah
Dayah..elok tu kita dapat pahala..nenek
pun dapat pahala juga”. Tambah ayah tirinya disebelah.Ketika itu mereka mahu
memasang niat Umrah di Bir Ali.
“Ma!
Mama dah buatkan haji untuk nenek ma”.
“Belum
lagi, tapi In Syaa Allah musim haji tahun ni mama buat.Tahun lepas mama buat
haji untuk arwah atuk. Jadi rasanya tahun ni mama boleh buat untuk arwah nenek
pula. Hanya ini yang mama mampu buat untuk atuk dan nenek Dayah..mama anak yang
dah menconteng arang kemuka mereka..tapi mama sangat menyesal dengan perbuatan
mama. Mama bersyukur sangat dapat kerja kat BUMI yang suci ini. Rasa lapang
tanggungan dibahu mama ni, bila mama bertaubat dan menyerahkan diri kepada Allah
disini Dayah”. Sudah hamper lima tahun Syarifah Jamilah bekerja dia Arab Saudi.
Dia sudah tiga kali menunaikan haji.Ditahun pertama dia menunaikan haji untuk
dirinya begitu juga ditahun kedua.Tetapi ditahun ketiga dia menunaikan haji
untuk arwah ayanya pula.Itu adalah tunjuk ajar dari suaminya.
Ketika
mereka bersiap-siap untuk mengerjakan haji tahun itu dia ditanyai oleh
lelaki yang baru Sembilan bulan sah
menjadi suaminya.
“Milah
sudah berapa kali menunaikan haji”.
“Sudah
dua kali bang, haji kali ni masuk haji yang ketigalah”.
“Milah!haji
untuk seorang hamba wajibnya hanya sekali seumur hidup. Tapi Kalau kita
berpeluang untuk menunaikannya sekali lagi, apa kata kita lakukan untuk orang
lain, nantinya pahala haji itu kita dapat dan orang yang kita buatkan haji juga
dapat, kan untung. Kita pun tahu, mahu kesini mengunakan ogkos yang bukan
sedikit..jadi ada yang tidak berkemampunan dan berkesempatan. Sangat digalakkan
kita yang sememangnya sudah disini melakukan untuk mereka..”.
“Oh
macam tu ye bang..Milah ni tak pernah kursus haji masa kat Malaysia dulu..jadi
Milah tak berapa pasti, abang ajarkan ye.”.
“Tidak
mengapa kadang-kadang kita dapat pengajaran dari pengalaman.Ini kiranya abang
bagi pengalamanlah pada Milah.Jadi Milah
nak buat untuk siapa haji kali ni. Ingat
ya kita hanya melakukan Haji atau Umrah untuk orang yang sudah meninggal
sahaja.”
“Kalau
macam tu Milah nak buatkan haji untuk arwah ayah Milah”.
“Ok
niatkan begini sebut nama orang yang mahu kita tunaikan hajinya. Abang sebut
nanti Milah baca dalam hati ya..sebab niat ini mestinya didalam hati”. Ketika
itu mereka sudah siap berIhram dan mahu menuju kePadang Arafah.Itu kenangan
bersama lelaki yang sudi mengutip dirinya menjadi isteri setahun yang lalu.Kini
dia di Mekkah juga bersama suami dan anaknya yang baru tiba dua minggu yang
lalu.Yang sebenarnya Syarifah Jamilah bertugas dihospital diMadinah. Jika suami
dan dirinya ada kelapangan mereka akan mengerjakan Umrah.
“Tak
apalah ma..kalau mama rasa tenang kat sini kerjalah kat sini sampai bila-bila
pun. Lagi pun kat sini mama dah ada paman yang jaga mama. Pasal Dayah mama
jangan bimbang, lepas dapat keputusan nanti Dayah pun akan sambung belajar.
Dayah akan duduk kolej, mama akan kena tinggal juga. Semoga apa yang kita lakukan mendapat reda
Allah ma..semoga taubat mama diterima”.
“In
Syaa Allah..itulah yang mama mohon pada
Allah Dayah. Ingat ye jangan ulangi kesilapan mama.”.Syarifah Jamilah
memeluk anaknya dan menangis dibahu anaknya bila rasa yang ditanggung selama
ini dilepaskan.Sesungguhnya Nur Hidayah seorang anak yang sangat memahami.Sudah
terasa besar anaknya kini ketinggian anaknya juga sudah melebihi ketinggian dirinya 157 cm. Suami disebelahnya
hanya memerhati isteri yang menangis teresak-esak dibahu anak tirinya kemudian
dia menepuk-nepuk belakang isterinya perlahan.
“Sudahlah
Milah..tenguklah Dayah..mama Dayah ni memang cengeng. Paman sebetulnya terpikat
dengan kecengegan mama Dayah ni dulu”.Mendengar kata-kata suaminya Syarifah
Jamilah jadi ketawa.
“Apalah
mama ni dah menangis ketawa pula”.Hairan Nur Hidayah dengan tingkah mamanya.
“Paman
Dayah lah ni..mama sedeh dia cakap mama cengeng pula”. ALHAMDULLILAH..Dimata Nur Hidayah mamanya
bahagia bersama lelaki yang bernama Ahmad Solihin bin Ahmad Sobirin, walaupun
mereka tidak dari negara yang sama, boleh sahaja mereka mengecapi bahagia andai
mereka boleh menerima diri masing-masing seadanya.
Keputusan SPM Nur Hidayah sudah diketahui,
dia mendapat keputusan yang agak membanggakan 7A+ 3B dia juga diterima masuk ke Materikulasi
selama setahun. Dengan usha yang bersungguh habis juga dia belajar
diMetrikulasi yang sangat mencabar. Kemudian dia berjaya menjejakkan kaki ke UiTM diShah Alam
dalam kursus Akautan. Pada tahun ketiga
dia UiTM mamanya pulang.Pada mata kasar kelihatan keadaan fizikal mamanya agak
kurus.
“Kali
ni mama cuti berapa lama. Tak marah ke paman mama balik tinggalkan dia ni. Kenapa
paman tak ikut sekali.”.Dek kerana gembira betalu-talu soalan yang keluar dari
mulut NurHidayah.Dia sungguh gembira menerima kepaulangan mamanya. Sudah
menjadi kebiasaan sejak mamanya bekerja dia Arab Saudi setiap dua tahun sekali mamanya akan pulang
bercuti selama sebulan atau pun lebih.
“Dayah
ni tanyalah satu-satu..tak tahu mana satu nak jawab. Ni sebelum mama
terlupa Paman kirim ASALAMUALAIKUM kat
Dayah.”
“Walaikumsalam..Paman
sihat ma, kenapa paman tak ikut mama..cutilah sesekali tenguk keadaan negara
kita”.
“Tak
apalah..pada dia ikut mama balik Malaysia, baik dia balik tenguk emak ayah dia
kat kampong dia. Emak dan ayah dia masih ada kat kampong halaman dia, mereka
pun bukannya senang sangat. Mereka pun dah tua Dayah..mama pernah sekali ikut dia balik Aceh. Emak ayah dia pun baik
Dayah”.Nur Hidayah hanya memandang wajah mama nya yang nampak bahagia bila
bercerita tentang suaminya yang ditinggalkan di Arab Saudi. Didalam hati Nur
Hidahyah memanjatkan kesyukuran mamanya bahagia dalam perkahwinannya.
“Ni
berapa lama mama cuti ni”.
“Mama
yang sebetulnya dah berhenti kerja Dayah”.
“Habis
paman kat sana macam mana?”
“Paman
yang suruh mama balik. Dia suruh mama rehat dan berubat kat sini”.
“Haa???”Nur
Hidayah jadi hilang kata dengan kata-kata akhir mamanya.
“Dayah!!
sebenarnya mama balik ni bersebab..”
“Sebab
apa mama?..ada kena-mengena dengan rumah tangga mama ke?”. Mana lah tahu
pernikahan mamanya dengan seorang warga
Indonesia yang juga bekerja diArab Saudi bermasaalah. Ialah mereka bernikah sudah
empat tahun namun belum lagi dikurnikan
zuriat, adakah itu yang menjadi masaalah mereka.Tetapi dengarnya ayah tirinya
adalah seorang duda ketika menikahi mamanya dan sudah mempunyai tiga orang anak
di tanah kelahiranya.
“Tak..Paman kat sana baik-baik saja. Sepanjang mama jadi
isterinya, paman jaga mama dengan baik, tapi mama disahkan mengidap kenser
paru-paru dah peringkat 3. Mama balik ni nak berubat kat sini, sebab kos
perubatan kat Arab Saudi sangat mahal untuk kita orang pendatang macam kami.
Jadi paman cadangkan supaya mama balik dan berubat di Malaysia ”.
“Mama!!
Sejak bila mama ada kenser paru-paru ni, kenapa tak di beri rawatan sedari awal
lagi..kan mama kerja kat Hospital.”
“Entahlah
Dayah mama tak perasan pun bila kanser
ni ada Dayah. Hanya bila mama batuk
berulang-ulang berserta dengan selesema. Bila dah batuk lambat betul
baiknya. Enam bulan lepas mama buat pemeriksaan barulah dapat dikesan. Rupanya
kanser tu dah lama ada. Masa tu mama tangguh sekejap buat rawatan sebab nak
berubat kat sini..tapi ialah kanser mama
ni aktiv sangat, baru enam bulan ditangguh dah jadi ketahap tiga, dah
merebak hamper separuh paru-paru mama
ni.” Syarifah Jamilah menunjuk kearah dadanya. Ada keluhan kesal terbit dibibir
Nur Hidayah.
“Redhalah
Dayah, Allah bagi musibah ada hikmahnya.
Semoga kita dapat pahala jika redha.Paman kata Allah bagi sakit sebab nak
menghapuskan dosa-dosa kita. Mama redha, biarlah mama sakit kat dunia yang
sementara ni. Mama nak keampunanNya sahaja, itu lebih bermakna untuk mama. Kehidupan
kita kat Akhirat adalah kehuidupan yang kekal. Mama nak kebahagiaan di akhirat
Dayah. Kalau apa-apa yang menimpa mama dengan penyakit mama ni, mama harap
Dayah juga redha. Hanya satu pesan mama jangan ulangi kesilapan mama ye nak dan
jangan dicari cinta sebelum halal ye..Pada mama biar tak ada lelaki mencintai
kita, asalkan Allah sayang dan kasih kepada kita. Ini pengalaman mama Dayah.Mama
harap Dayah faham apa yang mama maksudkan”.
“In
Syaa Allah ma, Dayah akan ingat dan Dayah faham apa maksud mama.Mama rehatlah
tak payah kerja. Kalau tak ada paman.. Dayah lagi suka kalau mama ada kat
Malaysia ni..apa-apa hal Dayah tak rasa kesaorangan ma. Tapi sekarang mama
milik paman”.
“Tak
apa Dayah..memang paman yang suruh mama balik. Mama pesan juga dengan paman,
kalau datang lagi jodohnya nikah sahaja, jangan nak harapkan mama balik pada
dia. Sebab mama rasa sakit mama ni membataskan mama nak jumpa dia lagi”.
“Bang!
balik Milah kali ni mungkin tak akan datang lagi kesini bang. Jadi kalau abang
nak nikah nikahlah. Tentang nafkah zahir Milah abang pun jangan bimbang..Milah
redha dan Milah halalkan semuanya”.
“Berkenaan
balik kesini itu jangan disebut, jika Allah mengehendakinya ada sahaja
rezekinya Milah..yang utama berdoa agar Milah sembuh. Abang pun menghalalkan
semuanya pada Milah. Ada jodoh kita akan bertemu lagi ya”. Kata-kata terucap
ketika mereka selesai menunaikan Umrah. Ada cuti tiga empat hari mereka ke
Mekkah menunaikan Umrah itulah rutin mereka suami isteri sambil mencari rezeki
dibumi suci itu sambil mencari keredaan Allah. Dan kata-kata suaminya melekat
dikotak ingatannya.
“Ma..mama
ok tak ni”.
“Ok..kita
guna simpanan kita..tapi kena berjimat sikit lah, yang mama bimbang duit
belajar Dayah tak cukup..”
“Ma!!
mama jangan bimbang. Kita makanlah apa yang ada. Bab duit untuk belajar mama
jangan risau. Dayah kan ada biasiswa JPA. Dayah pun ada duit simpan sikit. Yang
sebenarnya duit biasiswa dayah tak gunakan habis ada sikit-sikt Dayah simpan. Duit
yang mama kirim tu pun Dayah simpan. Masa macam nilah kita gunakan ma. Lagi pun
Dayah hanya tinggal setahun sahaja lagi nak habis belajar. Habis sahaja Dayah belajar, Dayah akan cari
kerja. Biar Dayah pula yang tanggung mama.”.
“Terima
kasih Dayah ..mama tak pernah menyesal melahirkan Dayah walaupun…” Syarifah
Jamilah tidak dapat meneruskan kata-katanya dia menangis. Hatinya dijentik pilu
bila mengenang anaknya..anak tak sah
taraf atau anak luar nikah, kerana kesilapanya anaknya mendapat status itu. Itu
yang dikesalkan.
“Dah
lah ma..tu memang menjadi tanggung jawab Dayah sebagai anak. Dan jangan
dikesalkan semua yang terjadi adalah percaturan Allah..Dayah redha harapnya
mama pun redha juga.”.
Tanda-tanda barah paru-paru…
Badan
terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor
kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah,
mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.
Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
Ini
merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru.Kadang-kadang simptom ini
disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.
Nafas pendek dan dada berbunyi
Tanda
ini seperti orang astma.Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser
paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan
menghembuskan nafas keluar.
Batuk
berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar.
Batuk
berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan
ada yang sampai bertahun lamanya.Batuk ini kering seperti tanda alergi atau
batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema.Kahak yang keluar
terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh
tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan
masuk ke dalam kahak.
Otot
lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa
dilakukan.
Ini
disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan
merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah
yang boleh juga menyebabkan anemia.
Sakit
dada, belakang, bahu dan/atau perut.
Selalunya
tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa
atau sakit jantung.Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh
pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.
Oleh
itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di
atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada
pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai
sakit, batuk atau demam biasa).Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenal pasti
kanser lewat dilakukan kerana pesakit hanya makan ubat sakit/batuk biasa dari
klinik biasa. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan pakar sakit kanser,
masa ini agak sudah terlewat. Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal
penyakit kanser amat penting.
“Mama
redha Dayah, mungkin ini kifarah untuk
mama kerana dosa-dosa mama. Dayah! kalau dengan sakit ni Allah boleh
mengampunkan dosa-dosa mama, mama redha Dayah. Andai kata dengan penyakit ini
menyebabkan mama pergi cepat mengadapNya pun mama redha. Apalah sangat sakit
yang kita tanggung kat dunia ni, dari bakaran api neraka Allah diakhirat kelak..ya Allah ampunkan dosa-dosa
ku yang tak terkira banyaknya..” Syarifah Jamilah teresak-esak dibahu anaknya. Menangis kerana takut siksaan
Allah yang maha pedih.
Dalam
hatinya berbisik ‘anak hasil dosa yang
dilakukan yang menjaganya ketika dia tidak berdaya, dia tidak pun mengeluh
...ampunkan mama Dayah Terima kasih Allah dengan nikmat mu dan dengan Rahmat
yang kau berikan pada ku. Aku memohon pada mu lindungilah anak ku dari godaan
syaitan yang kau rejam ya Allah’.
Setelah reda tangisanya sambil mengelep
air matanya, dia menyeru lagi nama anaknya perlahan dalam getar sebak...
“Dayah!!Dayah
jangan mengeluh ye.. Hanya satu mama minta dengan Dayah, Dayah juga mesti rela
dengan apa yang terjadi pada mama. Dayah jangan sekali menyalahkan takdir bila
Dayah terpaksa mengharungi dunia ini tampa bimbingan mama...tampa ada kelurga
kita yang mahu mendampingi Dayah.Siapkan diri Dayah, kuatkan mental dan fizikal
Dayah dari sekarang. Mama pohonkan kekuatan
pada Allah, untuk Dayah mengharungi hidup ini. Janji ye Dayah jangan ulangi
kesilapan mama.”
Dua beranak berpelukkan lagi menerima takdir
yang tak terduga. Namun hati mereka tetap merelakan semua yang terjadi. Mereka
yakin ada hikmah disegala ujian Allah pada mereka. Hidayah menceriakan wajahnya
untuk menghibur hati mamanya. Dia tersenyum dengan air mata yang masih meleleh
dipipinya.Kata orang tu senyum dalam tangisan. Dia merangkul leher mamanya
menyalur semangat.
“Mama!!In
Syaa Allah ma..Dayah ingat pesan mama tu. Dayah tidak akan mengulangi kesilapan
mama. Dayah pohon pada Allah supaya mengingatkan diri Dayah. Dayah tak akan
lupa memohon pada Allah meminta perlindunganya dari perkara-perkara keji. Kalau
nak tahu itulah doa Dayah setiap kali Dayah selesai solat ma...”
“Dayah!
Mama minta maaf sangat-sangat kerana kesilapan mama..Dayah turut menanggung
dosa mama”.
“Jangan
cakap macam ni ma, Dayah redha keadaan Dayah dan menganggap ini ujian Dayah
sebab Allah sayang Dayah. Janganlah mama sedeh..ini mungkin ujian Allah pada
Dayah..Dayah tak terkilan pun.Mungkin dengan ujian ini Dayah menjadi orang yang
matang.Mungkin dengan ujian ini Dayah makin dekat dan selalu mengingatiNya ma..Segala
yang terjadi ada hikmahnya. Tadi mama yang suruh Dayah redha ni mama pula yang
beremosi melebih ..betul kata paman mama ni cengeng”. Nur Hidayah melerai
rangkulannya ibu jari dan jari telunjuknya laju mencuit hidung mancung mamanya.
Bila melihat air mata mamanya tidak berhenti meleleh..
“..Dahlah
ma..Dayah redha dengan ketentuaNya. Ma!!
buat sementara ni kita gunakan duit simpanan kita, mama jangan sedeh dan jangan
salahkan diri mama. Mama!! nak tahu duit yang mama bagi tiap-tiap bulan tu
Dayah simpan, kalau perlu sangat barulah Dayah guna duit mama tu.. Duit
simpanan Dayah tu kalau untuk menampung hidup kita dengan cara bersederhana selama
dua tahun pun cukup ma....”.Pandai Nur Hidayah menceriakan dan menghibur hati
mamanya..
Syarifah Jamilah sangat bersyukur memiliki anak yang bertimbang rasa, cerdik
dan tahu berdikari juga tidak boros. Dia tahu sepanjang permergianya bekerja
diArab Saudi anaknya menguruskan dirinya sendiri tampa bantuan orang lain. Dia
juga tahu semua abang dan kakak-kakaknya sememangnya tidak ambil berat langsung
tentang kebajikan anaknya, hanya kerana dia anak luar nikah. Tetapi walaupun
berstatus anak tak sah taraf atau anak luar nikah namun Nur Hidayah
merupakan anak yang soleh..tidak culas
dengan solatnya kecuali uzur, anak yang cerdik dan matang fikiranya, dan yang
penting sekali anak yang mendengar kata.
“Mama
bersyukur Dayah pandai berdikari, walaupun mama tak ada kat depan mata Dayah. Kalau
apa-apa terjadi pada mama, mama minta Dayah selalulah titipkan doa yang
baik-baik untuk mama dan sedekahkanlah mama Al-Fatiha dan Yassin ye. Lagi satu
jangan harapkan keluarga kita untuk membantu kita. Mereka sudah tidak menerima
mama sejak mama tersilap langkah dulu..Dayah faham kan”. Memang berkali-kali
pesanan itu dilagukan ditelinga anaknya supaya anaknya sentiasa bersedia
menghadapi apapun cabaran tampa mengharapkan bantuan orang lain.
“Dayah
faham ma..mama jangan bimbangkan Dayah ye dan Dayah juga tak mengharapkan
pertolongan mereka.Yang Dayah pohonkan pertolongan Allah sahaja”.Berpelukkan
lagi dua insan yang menerima takdir Allah dengan rasa insaf.
Masa berjalan tidak berhenti.Setiap insan
menunaikan kewajipanya dengan bersungguh.Sebab kewajipan untuk kelangsungan
hidup mereka juga. Seperti Nur Hidayah dia wajib belajar kerana kelangsungan
hidupnya dimasa hadapan memerlukan apa yang diperlajari. Begitu juga Syarifah
Jamilah, dia wajib mengubati penyakitnya
untuk melanjutkan sedikit usianya didunia ini. Bagi mereka berdua yang telah
disisih keluarga, tanggunglah diri sendiri dengan kudrat yang ada. Jangan
mengharap bantuan orang lain, biar pun mereka itu darah daging kita
sendiri. Itulah pegangan Syarifah
Jamilah dan dibisikkan pengangan itu ke telinga anak tunggalnya.
Sedihnya.... tapi kagum dgn cerita ketabahan kedua anak-beranak ni....
ReplyDeleteAllahu akhbar...sedihnya. Berat sungguh ujian kepada Hidayah dan Jamilah ini. Semoga ada sinar kebahagian buat mereka berdua.
ReplyDelete