“Long!! Ceritalah macam mana boleh mak long restu kita
nikah”. Masuk sahaja dia kedalam SUV Syed Borhan itu soalan yang terpacul dari
bibirnya.
“Maksud Dayah along ugut ibu..tapi tak kiralah along
ugut ke tidak..kalau ibu dah bagi restu macam ni Dayah nak nikah dengan along?”.
“Long dari dulu
lagi Dayah dah tanam dalam hati Dayah ni.. along adalah abang Dayah. Abang yang
memberi nasihat dan perangsang untuk meneruskan hidup dan abang yang memberi
perangsang belajar bersungguh-sungguh. Tak pernah terdetik kat hati Dayah along
akan jadi suami Dayah suatu masa nanti..tak pernah long. Along nak tahu
kenapa.”
“Nak lah juga..sebab dari cakap-cakap orang diaorang
kata along ni hensem, kacak, maco dan sewaktu dengannyalah..tak kan Dayah tak
tergoda melihat kesempurnaan fizikal along ni”.
“Eleeh perasan along ni, jangan di buat selalu perasaan
diri tu lebih, nanti syaitan akan menambah gula dan madu dalam perasaan along
tu taau. Tapi memang Dayah akui susah nak tolak rasa kagum bila Dayah pandang
along. Menolak permintaan along supaya kita serumah pun susah yang sebenarnya. Pada
Dayah along adalah lelaki yang menjadi
idaman semua wanita long. Wajah kacak, berduit, penyabar dan penyayang. Memang ciri-ciri
jejaka idaman dara lah…” Nur Hidayah berlucuan mengenai abang sepupunya tetapi
memang itu kenyataanya.
“Kalau dah Dayah kata macam tu.. Dayah setujulah nikah
dengan along”.
“Tak long.. Dayah hanya kagum dengan along sahaja,
kagum dengan kesempurnaan kejadian tuhan.. MASYA ALLAH. Dayah suka macam
sekarang.. tak payah nak fikir orang lain, sekarang Dayah fikir diri Dayah
sendiri sahaja”.
Kalau
kita takjub, kagum, atau mendengar hal baik dan melihat hal indah, hendaklah
kita mengucapkan Masya Allah yang bermakna “Hal itu terjadi atas kehendak
Allah”.
Saat
mendengar atau melihat hal buruk/jelek, ucapkan SUBHANALLAH sebagai penegasan:
“Allah Mahasuci dari keburukan tersebut”.
“Sebab apa Dayah
tak nak terima along jadi suami kerana ibu ke atau sebab along dah ada isteri”.
“Kedua-duanya pun tidak..tapi sebabnya diri Dayah
sendiri, status Dayah.. status yang memisahkan Dayah dengan orang lain.”
“Tapi along tak kisah..along percaya Dayah seperti
gadis lain yang terdidik dengan baik biar pun orang lain mempertikaikan bagaimana
kelahiran Dayah..”.
“Long yang Dayah perlu untuk kehidupan bukan along
sorang sahaja. Dayah perlukan saudara mara. Kalau pun memang betul mak long dah
boleh terima Dayah menjadi menantunya..Tapi apa pandangan emak saudara dan bapa
saudara kita yang lain..boleh ke mereka menerima kenyataan yang Dayah merampas
along dari kak Nisa…”
“Mana pula Dayah rampas along dari Nisa..Nisa akan
tetap jadi isteri along walaupun along nikah dengan Dayah.”
“mana pula tak rampas.. waktu yang sepatutnya jadi
waktu along bersama kak Nisa, Dayah dah ambil tak rampas ke namanya tu. Kalau
dulu 24jam along boleh bersama kak Nisa tapi kalau Dayah dah ada, waktu yang 24
jam tu dah dibahagi. Boleh ke kak Nisa menerima kenyataan itu..dan boleh ke mak
lang dan pak lang menerima keyataan itu. Takut-takut nanti mereka akan suruh
along dan kak Nisa berpisah. Kalau itu yang terjadi lagi parah Dayah kena kutuk
dengan mereka. Dahlah macam tu anak along akan kehilangan salah satu kasih ayah
atau pun kasih ibu..Walaupun along kata boleh bergilir menjaga anak tapi lain perhatian
bila kita serumah dengan perhatian kita dilain rumah. Long! jadi sebelum timbul kerumitan jangan
dicuba. Jangan jadikan anak along macam Dayah, hidup dalam keluarga yang tak
sempurna. Tapi macam Dayah lain.. Dayah kena redha sebab memang sudah takdir
Dayah..tapi anak along, along masih boleh dipilih takdir untuknya..nak macam
Dayah kea tau sebaliknya. Kita hidup ni jangan nak fikir bahagia kita sahaja..
Sebab hidup kita kat dunia ni bukan hanya kita-kita sahaja. jadi sebelum kita
melangkah walaupun setapak kita kena fikir orang yang disekeliling kita long.
Dayah tak mahu diumpat dan di keji oleh emak dan bapa saudara kita yang lain. Itu
Dayah tak campur lagi kutukkan orang kampong. Jadi jalan yang mudah biarlah
Dayah macam ni..walau pun Dayah tahu semua keluarga kita memang tak suka Dayah,
tapi mereka tak kutuk Dayah.. tak cerca Dayah. rasanya itu lebih baik, dari Dayah
dapat pekaj dapat along dengan dapat kutukan dan cercaan.”.
“Along kesian dengan Dayah, kesian sebab bukan salah Dayah
tapi Dayah menerima segala kutukkan saudara kita. Jadi macam mana along nak
tolong Dayah.. sekarang ni Dayah dah tak ada tempat bergantung.. suami Dayah
meninggal tak ada siapa yang jaga Dayah.”.
“Dari dulu lagi Dayah tahu siapa Dayah, jadi Dayah tak mengharapkan seseorang waima
suami sekali pun. Dayah bergantung pada Allah long. Jadi along tak payah
susah-susah fikir pasal Dayah. Kalau along kesiankan Dayah, biarkanlah Dayah macam ni. Sekurang-kurangnya
jurang antara Dayah dengan keluarga kita tidak berjurang lebar sangat. Sesekali
kalau Dayah balik kampong menziarahi pusara mama, Dayah masih boleh
diterima oleh mereka disini. Tapi kalau
Dayah nikah dengan along, benci yang sedikit akan bertambah..jurang yang pada
mulanya hanya seluas longkang jadi macam
selat Melaka pula”.
“Kalau macam tu kata Dayah, along redha kita tak
berjodoh. Along akan anggap Dayah
adik along”
“Memang itu sebaiknya..dulu bila along bagi ‘bunga-bunga’ suka kan Dayah..Dayah ada
buat solat istiharah..tapi tak ada petunjuk yang hadir dalam mimpi Dayah. Tapi
rupanya petunjuk tu memberi tunjuk bukan dalam mimpi sahaja..jika kita susah
untuk mencapai matlamat yang kita hajat kan itu juga satu petunjuk. Dayah rasa
pun macam tu. Dulu masa kita terjumpa diSeremban dua..Dayah rasa Dayah dah
dekat dengan along..tapi terhalang juga. Dari sejak tu Dayah tak pernah
mengharap lagi along untuk Dayah. Allah
ada sebab mengapa kita tidak berjodoh. Dan Allah ada sebab juga jadikan Dayah
anak tak sah taraf”.
“Jadi Dayah rasa juga yang along memang ada hati pada
Dayah sejak dulu lagi?”.
“Rasa..sejak Dayah pandai ‘merasa’ Dayah dah mula kira buruk baiknya kalau kita berjodoh long.
Dayah tahu mak long tak pernah merestui kehadiran Dayah dalam keluarga along..dan
Dayah juga tahu mak long buat macam tu bersebab. Kalau Dayah ni macam anak
saudara dia yang lain mungkin dia pun suka Dayah jadi menantu dia. Tadi
terkejut sungguh bila dia kata dia memberi restu kalau kita bernikah. Kembang
sekejap hati Dayah ni. Alahamdulillah Dayah cepat sedar..Dayah tahu restu mak long
bersebab betul tak long..mungkin along
ugut dia. Restu yang bersebab susah long. Dayah tak mahu anak-anak yang bakal
lahir akan menerima nasib macam Dayah juga..tak disukai oleh nenek sendiri.
Along tak pernah rasa dibenci oleh nenek sendiri. SEDEH long bila nenek
menjegkil mata pada kita tapi dengan cucu lain nenek akan senyum dan ketawa
dengan riang. Dengan Dayah suaranya ditekan-tekan tanda marah yang disorok,
tapi bila dengan sepupu-sepupu kita yang lain nenek cakap lembut-lembut siap
puji itu dan ini..cucu lain nenek tak berkira, tapi dengan Dayah... bila Dayah
buat tak faham nenek akan ketil (cubit) peha Dayah. hai malas Dayah nak cakap
long. Dayah terpaksa ungkit kisah Dayah dan nenek untuk along tahu macam mana
rasa jadi cucu yang tidak disukai. Along
tak pernah tahukan nenek buat macam tu. Jadi Dayah tak mahu anak Dayah akan
merasa apa yang Dayah alami.” Syed Borhan menyapu tubir mata nya yang basah.Terdetik
rasa kagum dihatinya melihat ketabahan hati seorang anak luar nikah di sebelahnya.
Dia berjanji pada dirinya sendiri.. tidak akan menyusahkan lagi kehidupan Nur
Hidayah binti Abdullah. Biar pun hasrat ingin hidup bersamanya berkobar menyala
bak obor sukan olimpik. Namun untuk tidak menyusahkan kehidupan Nur Hidayah lagi
dia akan membendungnya. ‘Rasa’ yang hamper
padam berkobar semula bila mendengar restu ibunya tadi.
“Dayah along Tanya ni nak tahu sahaja.. bukan nya apa”.
“Tanyalah..semoga lepas ni tiada soalan lagi yang berlegar
dikepala along”.
“Berapa ribu mak long bagi Dayah untuk Dayah keluar
dari rumah nenek dulu”.
“Untuk keluar dari rumah nenek mak long bagi 3
ribu..untuk pergi dari Seremban 5 ribu..tapi long duit tu sangat berguna untuk Dayah.
Dengan duit tu Dayah memulakan kehidupan Dayah..mula keluar dari kampong kita,
kemudian keluar dari Seremban..di Kuala lumpur Dayah jumpa keturunan sebelah
bapa Dayah. Itulah aturan hidup Dayah yang telah diatur oleh Allah..bukankah
itu aturan yang sangat cantik long. Sekarang Dayah dah ada mahram didunia dan
akhirat Dayah sendiri. Atuk dan abang
merangkap bapa mertua dan abang Dayah. Bukan kah itu satu kurniaan yang sangat
baik dari Allah. Biar pun pada mulanya sangat perit..rupanya perit itu adalah
lorong untuk Dayah berjumpa apa yang
Dayah cari selama ini. Menyempurnakan hajat hati Dayah yang ingin merasa kasih
ayah Dayah”.
“Tapi yang along kesalkan ibu tak pernah nak fikir
keselamatan Dayah..ibu tak pernah terfikir kesusahan Dayah bila keluar dari
rumah nenek tu. Along bersyukur sangat Dayah tak terjebak pada perkara-perkara
yang tak elok.”.
“In Syaa Allah long jika kita bergantung pada Allah..Allah
akan jaga dan pelihara kita. Dayah amalkan setiap kali nak keluar rumah Dayah
akan baca Ayat Seribu Dinar dan Ayat
Kursyi..kemudian bacalah selawat banyak-banyak long. Kita yakin kan diri kita
hanya pada Allah kita meminta perlindungan. Allah akan tolong kita ketika kita
dalam kesusahan dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka.”.
“Alhamdulliah pengangan Dayah menyelamat kan Dayah dari
segala kermungkaran. Entahlah along tak faham sungguh kenapa ibu tak boleh nak
sayang Dayah. Dayah bukan orang lain pada dia darah daging sendiri..anak saudara
sendiri..”
“Tak apalah..Dayah rasa dia tak benci Dayah hanya untuk
berjaga-jaga sebab anak-anaknya ramai lelaki. Memang tak elok Dayah duduk rumah
along bila kita bukan mahram. Susah pada adik-adik along dan along juga dan
Dayah pun susah juga nak jaga aurat kitakan. Tapi dengan ‘sebab’ mak long..memberi satu lorong pada Dayah mencari kehidupan
Dayah sendiri. Kalau mak long merestui hubungan kita dari awal lagi, mungkin
sampai sekarang pun Dayah tak keluar dari sini. Kalau dah macam tu mana mungkin
Dayah jumpa bapa biologi Dayah. Kalau dah tak jumpa macam mana Dayah ‘nak tolong dia mencari jalan pulangnya long’.
Pada Dayah mak long adalah pemangkin untuk Dayah jumpa papa Dayah.”
“Susah tak kehidupan Dayah masa mula keluar dari rumah
nenek tu dulu..sebab along selalu fikir masa tu Dayah muda lagi ..dalam keadaan
sedeh pula tu. Tentu ibu suruh keluar selepas Dayah hantar along dari KLIA
kan”.
“Betullah tu yang sebetulnya Dayah keluar dari rumah
nenek esok paginya selepas Dayah balik hantar along tu..dalam perjalan balik tu
mak long berterus terang pada Dayah dia tak suka Dayah jadi menantu dia”.
“Ohh”.
“Tapi Alhamdulillah
tak ada apa-apa yang buruk terjadi pada Dayah..masa mula-mula Dayah keluar dari
sini Dayah memang buntu, tak tahu nak tuju kemana. Tiba-tiba Dayah terfikir pergi
rumah sewa mama dulu..kat sana Dayah jumpa jiran sebelah rumah kami dan dia yang
bagi jalan pada Dayah kerja kat syarikat catering yang menyebabkan kita jumpa
semula di Seremban 2. Lepas tu bila mak long suruh Dayah keluar dari Seremban..
tuan rumah tu kenal kan pula Dayah dengan anak rakan surau dia. Bila sampai KL,
Dayah dapat kerja kat hotel tempat keluarga bapa biologi Dayah. Dayah tak
pernah tercabar dengan kehidupan yang tak senonoh long. Dalam pada tu Dayah
bersyukur mak long suruh Dayah keluar dari sini”.
“Habis Dayah bersyukur juga ke sampai kena masok lokap
dan disoal siasat bagai”.
“Bagi Dayah itu satu pengalaman dan Dayah ambil kira..
kifarah untuk menyucikn kita dari dosa-dosa kita”.
“Jadi Dayah tak berdendamlah dengan ibu..sebab suruh Dayah
keluar dari rumah nenek tu”.
“tak long, malah Dayah bersyukur..kalau tak, Dayah tak jumpa dengan mahram Dayah..tak jumpa
dengan papa Dayah. Kita ni long kadang-kadang dah terantuk barulah nak terngadah..kalau
kita tak diberi susah kita tak akan berusha memajukan diri..itu memang sikap
manusia long…”. Agak lama mereka mendiamkan diri..
“Long kalau dah tak ada apa lagi, Dayah nak balik lah.
Tapi Dayah nak pesan dengan along jaga
lah kak Nisa baik-baik, jangan marah dia sebab dia bagi tahu mak long tenatng
rancang along ni. Jangan disebab perkara kecil macam ni along marah dia..Dayah
takut pada perpisahan dan takut akan ada anak yang macam Dayah… tercari-cari
kasih sayang ayah. Ini pengalaman Dayah long. Dayah harap along dapat berkorban
sedikit perasaan along.. In Syaa Allah along akan membahagiakan ramai orang
disekililng along. Biar kita menderita janji kita dapat membahgiakan ramai
orang disekeliling kita. Apatah lagi kalau kita dapat membahagiakan perasaan
ibu kita sendiri..doa ibukan doa yang paling mustajab untuk anak-anaknya”.
“In Syaa Allah. Ha Dayah tolong call Inspektor Azrul
Azam..dia kata ada perkara yang nak dicakapkan pada Dayah”.
“Ialah”..Nur Hidayah teringat akan hutangnya pada
Inspektor Azrul Azam.
Dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur Tengku Farid
bertanya tentang perbincagan antara Nur Hidayah dan abang sepupunya tadi.
“Hidayah apa keputusan perbincagan tadi..kalau jadi
nikah cakaplah boleh abang bersiap sedia untuk mengadakan majlisnya nanti”.
“Hiss abang Farid ni suka sangat doakan Dayah kahwin
dengan laki orang. Tak pernah terdetik kat hati Dayah ni nak merampas kasih
laki orang bang. Dayah tak akan memampukan diri untuk membina bahagia Dayah
diatas rasa sedeh wanita lain. Banyak lagi lelaki yang boleh Dayah pilih untuk jadikan
teman hidup. Dayah lebih rela tak kahwin dari menjadi perosak kebahagian wanita
lain. Kalau Dayah tak suka suami Dayah dikongsi dengan wanita lain, begitu juga
isteri dia dan begitu juga semua isteri-isteri kat dunia ni. Mana ada wanita
yang suka suaminya dikongsi..kalau pun ada isteri dimaduklan oleh suaminya
semuanya kerana terpaksa rela. Kalau abang Farid nak tahu perasaan seorang
wanita dengan wanita yang menempel kasih suami orang..BENCI..Benci melihat wanita
yang memampukan dirinya berkahwin dengan suami orang. Kalau dah tahu mejadi
kebencian orang buat apa dia buat, itu nama nya menempah cacian, kutukan, umpatan
dan kejian . Abang Farid suka ke dikutuk, dicaci, diumpat dan dikeji orang”.
“Tentulah tak suka Hidayah oii”.
“Dayah pun tak suka jadi tak tak akan buat perkara
macam tu..biar kita macam ni tak menyusahkan orang..hidup kita hanya untuk diri
kita sahaja”. Memang benar Hidayah tidak suka dikaitkan dengan suami orang dia
kelihatan ‘berangin’ bila diajukan
soalan begitu oleh abangnya.
Alhamdulillah... Syed Borhan dan Dayah dah luahkan rasa hati masing-masing meleraikan kebuntuan.
ReplyDeletesyukurlah konflik antara dayah n syed borhan selesai. harap sangat2 lepas ni keluarga hidayah belah ibunya buka mata dan sedar kekhilafan mereka selama ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Hidayah dapat menolak kehendak syed borhan. Harap lepas ni ibu² saudaranya sedar betapa mulianya hati seorang Hidayah.
ReplyDeletep/s. cerita mak teh ni seronok nak baca. Tapi kalau berhajat nk diterima ke versi cetak, elakkan penggunaan ayat sama berulang-ulang.
Mak teh tak brhjat nk masuk versi cetak. Mak teh saja buat cerita utnk dri sndiri ..nak cri teman bercerita. nak luahkan apa yg ada dlm hati..tpi klu ada kesilapan tlonglah tegur, kdng2 ada fakta yg salah kan. Trima ksih atas teguran dan komen anda
ReplyDelete