~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 31 July 2012

Bab 21. Jangan ada rahsia


                                                


Hujan rintik-rintik,
Mari berteduh di pokok sena;
Jangan dipandang kerana cantik,
Tenguk dulu budi bahasanya.


Sudah hampir sebulan Tengku Farid menemani isterinya Diana dan  selama itu jugalah Diana tidak dapat kekelab berjumpa kawan-kawanya untuk melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan mereka. Lama kelamaan dia sangat rindu pada kegiatanya itu. Diana nekad untuk berjumpa kawan-kawanya walau apa pun halangan dari suaminya. Dalam diam dia mencari jalan bagaimana dia akan dapat meloloskan diri dari kongkongan suaminya.Untuk membawa suaminya pergi bersama itu tidak mungkin, keadaan suaminya sudah jauh berbeza dulu dan sekarang. Kalau dulu sebut sahaja kelab mana yang hendak dikunjungi, dia akan dengan gembira bersetuju, malah dia pula yang tidak menyempat untuk menmghabiskan waktu bekerja untuk mereka mengunjungi kelab-kelab hiburan itu. Mereka akan berhibur hingga kelab memberi pengumuman untuk ditutup. Tetapi sekarang jejak sahaja di kelab malam belum sempat untuk menyapa kawan-kawan,suaminya sudah sibuk mengajaknya pulang dengan alasan… letihlah… mengantuklah.

Rindu yang membara tidak dapat dibendung lagi.Bagai  terasa sudah bertahun dia tidak pergi berhibur dan berjumpa kawan-kawanya. Jika dia keluar makan dengan suaminya biasanya selepas habis makan sahaja suaminya akan mengajak nya pulang.Sampai dirumah mereka akan menonton tv atau dvd lepas itu mereka akan tidur.Rutin kehidupan seperti itu bagi Diana sangat membosankan. Hanya sebulan sahaja dia mampu bersabar dan malam ini dia tidak akan bertolak ansur lagi.

Sudah seminggu Diana memerhatikan kebiasaan-kebiasaan yang dilakukan oleh suaminya.Dia sudah boleh menjangkakan lama mana waktu yang diambil oleh suaminyamelakukan rutinya setiap hari.Seperti kebiasaan  suaminya akan berzikir sedikit selepas solat fardhu,hari ini pula hari Khamis malam Jumaat biasaanya suaminya akan membaca Surah Yasin selepas solat Magrib dan selepas itu terus saja solat Isyak pula. Kesempatan ini tidak disiakan oleh Diana untuk dia keluar tampa suaminya menemaninya.Ketika Tengku Farid menerjakan solat Isyak Diana keluar memandu kereta Suzuki Swiftnya sendiri.Dia memilih waktu begini kerana suaminya tidak dapat menghalangnya ketika di sedang mengerjakan solat.Selesai solat dan berdoa Tengku Farid mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Diana.

“Assalamualaikum, Diana kenapa you tak sabar tunggu I sekejap….you kat mana sekarang ni?” keras bunyi suara suaminya.

“I..dengan Anita dan Sharon tengah tunggu Bella ni kitaorang nak pergi makan.”

“Kenapa you tak tunggu I sahaja..I dah habis solat…tunggu di situ I datang.”

“Tak payah..tak payah, nanti I nak terus ikut dia orang.. you tak payah temankan I makan malam ni…you makan sendirilah atau ajak Halim.“ Diana memberi candangan.

“Ok..kalau you tak mahu I ikut you, I balik rumah Jannah.” Tengku Farid cuba mengugut Diana.

“Pergilah I tak kisah.” ugutan suaminya tidak mendatangkan kesah pada Diana.Sebenarnya bagi Diana kasih sayang kawan-kawannya lebih bermakna dari kasih suaminya, terutamanya Bella yang memberinya lebih belaian kasih dan kemanjaan kepada Diana.

“Diana you tu mengandung jagalah sikit tingkah laku, jaga kesihatan you..cubalah dengar sikit nasihat I ni …I ni kan suami you.”

“I bukan nak buat apa, I hanya nak hiburan saja, I bosan duduk dirumah asyik muka you dan tv saja yang dapat I tengok..I perlukan kawan-kawan.”

“You bosan tenguk muka I ni…. kenapa Diana you dah tak sayang I lagi ke?” sedihTengku Farid mendengar apa yang dituturkan oleh isterinya Diana.Terasa segala pengorbananya selama ini tidak bererti kepada Diana.

“I sayang you tapi cara kehidupan you sekarang, I rasa bosan….oklah..oklah Farid, Bella dah sampai ni I pergi dulu.” Cepat-cepat Diana memutuskan talian.Tengku Farid termangu sendiri. Bagi Diana dia tidak mahu bertelefon dengan suaminya jika Bella ada dihadapanya..Bella akan cemburu…dan mula tidak memperdulikkan dirinya nanti.

Sebenarnya Tengku Farid jugabelum  makan malam, rancangnya tadi dia akan makan bersama Diana  selepas solat Isyak.Dia merancang lewat sedikit untuk keluar makan malam kerana malam itu Khamis malam Jumaat dia ingin membaca Yassin.Dia mahu kondo kediamannya di alunkan surah Yassin didalamnya agar Rahmat Allah memberi cahaya keimanan kepada penghuninya.Dalam  keadaan dia termangu dia memutuskan untuk pulang sahaja kerumah NurJannah. Sudah menjadi kebiasaan, jika Diana keluar dengan kawan-kawanya pukul satu pagi belum tentu dia akan pulang. Jadi untuk apalah dia menunggu Diana umpama menanti buah yang tak gugur..lebih baik dia kerumah NurJannahDia mencapai kunci keretanyauntuk pergi kepangsapuriisterinya yang satu lagi.. Lagi pun dia sudah lama tidak bermalam dirumah NurJannah.

Sesampai didepan pintu pangsapuri NurJannah, Tengku Farid membuka pintu utama menggunakan kunci yang ada padanya. Sebelum masuk dia memberi  salam perlahan dia mendengar sayu suara isterinya sedang mengaji. Dia menapak kepintu bilik dan menolak perlahan daun pintu bilik mereka, dilihatnya husyuk sungguh isterinya itu membaca ayat-ayat yang sedang dibacanya, lalu Tengku Farid duduk dibirai katil. Apabila terpandang sahaja suaminya NurJannah mengakhirkan bacaanya, dengan bacaan Sadaqallahul `Azim dan megalunkan doa selesai membaca Quran, Tengku Farid juga sama megalunkan apa yang keluar dari mulut isterinya..Allahummar hamna bil_Quran,wajalhu lana imamaun wanuraaun wa hudaun wa rahmah, Allahumma dzakkirna minhuma nasina wa’allimna minhuma jahilna, warzuqna tilawatahu ana’ allaili wa athrafannahar, waj’alhulana hujjatan, ya Rabbal’alamin. Apabila selesai berdoa isterinya menoleh kepadanya, dia memberi salam sekali lagi.


“Assalamualaikaum sayang…”

Doa tadi bererti..Ya Allah rahmati kami dengan Quran, jadi ia imam kami dan cahaya petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil, kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya, jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.

“Waalaikumsalam.”NurJannah meletakkan Al-Quranya diatas meja lalu tangan suaminya dicapai dan menciumnya.

“Abang dah solat?” tanya NurJannah sambil menanggalkan telekungnya.

“Dah, abang solat kat rumah tadi...dah habis ke Jannah baca Yassin?” dia tahu selepas solat Isyak isterinya yang iniakan mengaji, apatah lagi malam itu hari Khamis malam Jumaat tentu dia membaca Yassin tadi, NurJannah menoleh memandang suaminya.Dia sudah selesai melipat dan menyidai telekung di penyidai ditepi dinding. Dia menghampiri suaminya…

“Malam ni Jannah  bacasurah Yassin dan surah Mariam.”sambil tangannya memeluk leher suaminya dan mencium pipi suaminya pula, bahagia Tengku Farid diperlakukan begitu oleh isterinya.

“Abang dah makan?” dia memandang suaminya sambil memberikan sebuah senyumanmanis.

“Belum…Jannah dah makan?“soal suaminya kembali.Tangan suaminya sudah dipinggangnya.

“Sudah tapi rasa lapar lah pulak bila nampak abang…jomlah kita ke dapur tengok apa yang boleh kita makan.”Tengku Farid mengikuti  langkahisterinya NurJannah kedapur..

“Mmmm…abang nak makan nasi..ke mee goring.Mee kuning ada dalam peti sejuk tu kalau abang nak tunggu sekejap Jannah masakkan.”

“Apa-apa yang senanglah..abang tak kisah janji boleh tarik selimut malam ni sudahlah.”Tengku Farid teringat kata-kata NurJannah suatu ketika dulu lalu diulanginya.Nur Jannah ketawa bila mendengar kata-kata dari suaminya.Tengku Farid membuka tudung saji diatas meja untuk melihat lauk isterinya malam itu.

“Abang ni ada ke macam tu..makan biarlah makan betul-betul kita ni perlukan tenaga untuk  kerja esok pagi kan”. Ketika Tengku Farid membuka tudung saji…

“Ni masih ada lauk lagi ni.”

“Jannah masak cincai saja hari ni bang..masak lemak tauge dengan daun kucai  dan masak sambal sotong.”

“Oklah ni Jannah… abang rasa nak makan nasi..sajalah.”

“Kalau macam tu tunggu sekejap Jannah buat telur dadar.”Sambil mengoreng telur dadarnya NurJannah bertanya tentang menunya esok pagi.

 “Bang esok pagi nak makan apa?” sesekali suaminya ada dirumah dia suka berbincang apa-apa saja yang akan dilakukan kesokan harinya, seperti makan pagi atau bertanyakan suaminya apa yang diingini oleh suaminya esok.

“Apa-apa sajalah..Jannah masak apapun abang tak kisah..abang makan saja.” bagi Tengku Farid kesuadian isterinya menyediakan makan pagi untuknya pun dia sudah cukup bersyukur..sekarang dia tidak pernah rasa lapar ketika pergi bekerja..tidak pernah lagi NurJannah tidak meyediakan sarapan pagi sebelum mereka ketempat kerja. Dia bahagia diperlakukan begitu terasa dirinya diperlukan, dimanja dan diberi perhatian.

“Kalau macam tu apa kata kita makan mee goring.”NurJannah mengeluarkan sebungkus mee kuning dan sawi dari dalam peti sejuknya.Ketika itu suaminya sudah mengambil pinggan dan menyenduk nasi didalam periuk. Sekarang ini Tengku Farid akan megambil sendiri bila dia hendak makan. Dia tidak mengaharapkan isterinya menyediakan untuknya.

“Ehh kata nak makan mehlah kita makan..itu esok boleh kita buat.” tapi Nurjannah masih lagi dengan menunya untuk esok pagi.

“Abang nak mee pedas ke tak pedas.”NurJannah masih bertanyakan selera suaminya.

“Pun ikut selera chef,kalau kata  chef dia nak pedas assistant ikut pedas jugalah.” Setelah membaca Bismillah dan doa makan Tengku Farid memulakan suapan pertamanya kerana dia sudah rasa lapar. Perutnya bertambah lapar dengan bau harum telur dadar yang dicampur dengan bawang besar yang membangkitkan seleranya.Hari sudah menjelang pukul sembilan setengah malam. Pada kebiasaannya dia makan antara pukul enam hinggah lapan malam ini sudah terlewat satu jam perutnya sudah lama berbunyi minta diisi.

“Ok esok kita masak mee, bubuh kicap banyak sikit biar dia hitam,kita masukkan sawi banyak sikit dan udang ..Jannah rasa nak makan mee yang pedas sikit biar dia kauw.berasap telinga ok kan bang.” celoteh isterinya di dengari dengan rasa yang ceria dan bahagia.Kemudian NurJannah duduk dihadapan suaminya dia, sudah kenyang sebenarnya tapi untuk menemani suaminya dia makan sedikit.

Selepas makan mereka duduk diruang tamu sambil berbual, NurJannah menyandarkan badanya kebadan suaminya.

“Kenapaabang tinggalkan Diana malam ni.”

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh suaminya..dia pula disoal.

“Jannah duduk sorang ni tak boring ke?”

“Jannah ada banyak benda nak buat. ..Jannah belum habis lagi nak jahit sarung bantal baby. Minggu lepas Jannah beli bantal baby kat pasaraya depan tu,kemudian Jannah kirim beli kain ela kat kakak yang kerja di ofis Jannah tu. Jannah nak cuba buat sarung bantal kecil dah siap satu tinggal satu lagi dengan bantal goleknya comel sangat Jannah tenguk tau bang..nanti Jannah ambil abang tenguk cantik tak.” Nur Jannah bangun menuju kebilik untuk mengambil apa yang di ceritakan kepada suaminya.

“Yang dah siap ni Jannah dah sarungkan kat bantal cantik tak bang warnani.” kain berwarna biru lembut bersama bunga-bunga kecil bewarna merah jambu sudah tersarung dibantal kecil..

“Jannah suka warnani ..abang suka tak?”

“Suka..tapi  kenapa Jannah susah-susah nak jahit sendiri kan senang beli saja”.

“Bukan susah nak jahit ..Satu ni dah siap.…tengok ni jahit tepi ni dan tepi ni dah jadi sarung bantal.Jannah bukan apa, inikan anak perama kita, Jannah nak memaknakan untuk menyambut  kelahirannya.”sambil Nur Jannah menyandarkan kembali badannya kebadan suaminya, tanganya pula sibuk membelek bantal kecil yang sudah bersarung dengan sarung bantal hasil jahitanya.

Tengku Farid memeluk dan mencium rambut isterinya dengan berbagai rasa… ada rasa bahagia dan rasa terharu bergumpal menjadi satu.Terdetik dihatinya mengapa Diana tidak seperti NurJannah.Apa yangTengku Farid nampak, NurJannah begitu gembira dan teruja akan kehadiran cahaya matanya. Dia begitu teliti menjaga anak yang didalam kandunganya..dia mengaji untuk memastikan anaknya diberkati Allah…tapi Diana bagai tidak bermakna akan kehadiran anaknya nanti.

“Bang …Jannah tanya ni, janji abang jangan kecil hati…ya…”

“Tak..tanya lah.”sambil tangan Tengku Farid membelai rambut isterinya.

“Kenapa malam ini abang balik sini..abangtak bimbang tinggalkan Diana seorang diri kat rumah.”

“Abang sebenarnya kena tinggal tadi…sedang abang solat, Diana dah pergi makan dulu,jadi abang pun balik sini”.

“Jadi abang biarkan Diana makan dengan kawan-kawan dia…abang tak risau ke dia balik malam”.

“Risau juga tapi nak buat macamana Diana tak bagi abang ikut dia, lagi pun Diana bukan nak dengar cakap abang..dia kuat melawan”.

“Itu mungkin ‘pembawakan budak’, abang kena sabar, kalau boleh ikutkan saja apa yang dia nak, InsyaAllah dah bersalin nanti oklah tu.” lama mereka mendiamkan diri.

“Abang nak balik tenguk Diana ke?”soal NurJannah.

“Kenapa Jannah tak suka abang tidur sini ke?”

“Abang ni ..sejak isteri-isteri abang mengandung, abang mudah ‘kecil hati’ ini pun agaknya‘pembawa budak’ juga.”Suaminya ketawa terkekeh-kekeh bila isterinya kata begitu.

“Jannah ni …suka dia usik abangkan”.

“Jannah bukan apa…Jannah tenguk muka abang risau..jadi Jannah tak mahu abang serba-salah kalau abang nak balik tak apa..baliklah, kalau tidur sini Jannah lagi suka.” Tengku Farid menarik isterinya dalam pelukkanya.

Apabila suaminya memperkatakan “abang nak tidur sini” NurJannah melonggarkan pelukan suaminya dan menjarakkan duduknya. Suaminya memandangnya dengan pandangan hairantetapi  NurJannah memandang suaminya dengan senyuman sambil menepuk-nepuk pehanya mengisyaratkan supaya suaminyameletakkan kepalanya diatas ribaanya.

“Kata abang rindu nak baring di riba Jannah, baring lah biar Jannah picit kepala abang”.

“Abang ingat Jannah tak suka abang tadi.”

“Hisyy..abang ni ‘pebawa budak, dia berlebih-lebih pulak.” Kedua-duanya ketawa..mengambarkan isi hati mereka.

Dengan tidak membuang masa Tengku Farid merebahkan badannya dan kepalanya sudah dipangkuan isterinya.Sambil memicit kepala dan membelai rambut suaminya, NurJannah memberi pandangan apa yang harus lakukan oleh suaminya.

“Abang berdoalah banyak-banyak dengan penuh pengharapan agar anak abang dan Diana selamat. Allah itukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mendengar kalau kita ikhlas memohon kepadaNyaInsyaAllah  selamat anak dan isteri abang dari segala kejahatan.”tutur NurJannah ikhlas. Tersentuh hati Tengku Farid dengan keikhlasan isterinya  itu. Di capai tangan isterinya yang sedang memicit kepalanya lalu di cium penuh kasih. Hatinya sangat tersentuh dengan pegucapan ikhlas isterinya, kedengaranya tidak ada  rasa marah atau dengki dihatinya terhadap madunya.


Malam itu entah pukul berapa Diana  balik. Diana kalau sudah berjumpa kawan-kawannya dia macam lupa diri, Tengku Farid tahu benar sikap Diana.Walau bagaimanapun denyut hati seorang suami tetap risau.Pagi itu selepas solat subuh Nur Jannah menyediakan sarapan pagi.Diatas permintaan Tengku Farid mereka kepejabat lebih awal dari biasa,kerana suaminya ingin menjenguk isterinyayang satu lagi dikondonya sebelum dia memulakan kerja hari itu.

“Jannah tak kisah ke sampai awal sangat ni.”

“Tak apa …Jannah nak mengaji sikit…Jannah nak mulakan Surah Yusuf,kemudian solat Duha, hari ni  sepuluhminit sebelum pukul  8 pagi dah masuk waktu Duha. Dapat cepat sikitlah Jannah solat Duha hari ini..pukul sepuluh nanti tak payahlah solat lagi, boleh Jannah buat kerja lain…abang jangan risaukan Jannah.” NurJannah mencapai tangan suaminya dan menciumnya.Nur Jannah sememangnya seorang isteri yang senang diajak berunding dan pandai mengisi waktunya dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuat hati suaminya risau.

Semasa Tengku Farid sampai dikondonya, Diana masih belum bangun lagi dari tidurnya. Tengku Farid tidak baring dibilik,dia hanya menanti  Diana bangun, dia duduk sambil menyandarkan dirinya di sofa ruang tamu. Bila Diana keluar dari biliknya…

“Ehh..you tak kerja ke Farid.”tegur Diana apabila terpandang suaminya tersandar di sofa ruang tamu.Sebenarnya dia terkejut melihat suaminya ada di situ, tidak menjangka suaminya akan pulang kerumahnya pagi itu.

“Diana pukul berapa you balik malam tadi?” tanyaTengku Farid dengan mata merenung tajam kearah Diana.

“I tak tenguk jam…balik saja I terus tidur tapi rasanya awal lagi I balik.”itulah Diana kalau pukul satu pagi masih awal baginya.Dia menjawab pertanyaan suaminya dengan muka tidak bersalahnya.

“Awal tu pukul berapa..pukul sepuluh atau pukul satu pukul dua.” sindir Tengku Farid geram hatinya dengan perangai isteri mudanya, yang tak mahu berubah walaupun bakal menjadi ibu tak lama lagi.

“Diana cubalah berubah, kita ni tak lama lagi nak dapat anak…” rayu Tengku Farid dengan suara yang sudah dikendurkan agar isteri mudanya mendengar kata-katanya.

Diana yang berdiri sambil menyandarkan diri dipintu bilik mereka memandang kearah suaminya tersenyum. Apabila melihat Diana tidak menjawap atau membalas kata-katanya, dia bertanya kerana dia teringat kata-kata Diana malam tadi…

“Diana..you tak sayang I lagi ke?” sambung suaminya dengan  suara yang sayu.

“Kenapa you tanya I macam tu..sepatutnya I yang tanya you macam tu…sebab you ada dua isteri…mana yang you lebih sayang. Pada I…I memang sayang you….I love you very much.”

“Diana …I sayang you macam dulu tak berubah…. tapi malam tadi kenapa you cakap you bosan dengan I?” Melonjak gembira hati Diana bila dia melihat ada keresahan diwajah suaminya bila ada perkataan bosan yang keluar dari bibirnya semalam..ini mungkin satu lagi kelemahan suaminya. Ia akan digunakan pada masa yang perlu..suaminya akan jadi tidak tentuarah jika dirinya tidak mendapat kasih sayangnya nanti. Bila tiba masa yang sesuai nanti, dia akan meminta suaminya melepaskan antara mereka berdua, tetapi dia akan memastikan suaminya akan memilih dirinya. Senyum tersungging dibibir penuh makna.
.
“Entah lah sejak akhir-akhir ni, cara kehidupan you berubah, you lebih banyak sembahyang dan mengaji…I rasa macam you tak hiraukan I lagi..kita dah tak banyak lagi berbual..kalau you duduk disofa atau dibalkoni you lebih banyak termenung….I rasa you asyik teringatkan dia saja. Walau pun you duduk sebumbung dengan I tapi fikiran you pada dia. Betul tak?”
Sudah lama Diana menyedari perubahan pada diri suaminya sejak diawal pernikahanmereka lagi.Dia juga merasakan suaminya seakan terpaksa menikahi dirinya.Dari segi raut mukanya dia tidak begitu gembira dihari mereka bernikah. Jika ditimbang dan dikira tentulah Tengku Farid akan lebih berat kepadanya… kerana bernikah denganya adalah permintaan Tengku Farid  suatu ketika dulu...tetapi sebaliknya pula. Sering juga hatinya bertanya adakah kedudukkan dirinya disamping Tengku Farid akan tergugat kelak. Untuk mengelak semuanya itu terjadi dia akan cuba menghalang suaminya bertemu madunya..itulah sebabnya dia mencari berbagai helah supaya Tengku Farid tidak kerumah NurJannah. Diana bimbang lama kelamaan dirinya akan diketepikan. Dia sungguh tercabar jika kasih dan cinta suaminya akan berubah arah. Tetapi itu hanya perasaanya sahaja kini ternyata suaminya begitu bimbang jika dirinya tidak mendapat cinta dan kasih darinya.

“Itulah you I ajak you sama-sama solat dengan I, you tak mahu, nak tunggu sampai serulah..tunggu sampai pintu hati terbukalah…Diana kita orang Islam kita wajib sembahyang. Sembahyang itukan tiang agama, berdosa kalau tak sembahyang”.

“Farid kalau itu yang you nak cakap kat I pagi-pagi macam ni baik tak payah, you tengok jam pukul berapa ni …I dah lambat…I nak mandi..I nak siap pergi kerja.”Diana berjalan menuju kebilik air. Hatinya jadi panas jika babsembahyang disentuh oleh suaminya.

Tengku Farid mengeluh sendirian diruang tamu sambil mengikuti langkah isterinya dengan pandangan mata..Setiap kali dia mengajak isterinya Diana mengerjakan solat pasti dia akan naik angin dan mencari seribu alasan.Tidak lama menunggu Diana madi dia sudah keluar dari bilik air.‘Dia ni mandi ke hanya cuci tahi mata saja’ detik Tengku Farud didalam hati.Sebaik isterinya  keluar dari bilik air.

“Diana!!!“ tegas Tengku Farid bersuara..Dia ingin memberi peringatan pada isteri mudanya…

“Ehh…I ingatkan you dah pergi kerja..dah nak dekat pukul sembilan ni you tak kerja ke?”

“I belum habis cakap dengan you lagi. Diana…lepas ni you tak boleh lagi keluar malam, pergi kelab atau jumpa kawan-kawan, kalau you nak pergi juga I temankan …I ni suami you ..I ada hak nak larang…remember I am your husband..”dengan suara yang tegas Tengku Farid memberi amaran dengan  jari telunjuknya lulus ke muka Diana, tergamam Diana di buatnya.Sesekali kalau suaminya tunjuk garang ‘kecut perut’  Diana dibuatnya.



Thursday 26 July 2012

Bab 9. Tidak terkikis kesal dihati




Limau purut lebat di pangkal,  
Daun selasih di dalam raga,
Kalau kail panjang sejengkal,  
Lautan dalam jangan diduga.

                Mereka memerhati  Amirah yang  telah selesai solat tetapi dia  masih lagi termenung disejadah. Kemudian mereka kedapur semula dan berbisik-bisik..

“Kenapa agaknya Mirah tu…mungkin dia ada masaalah dengan suaminya kot.”

“Entahlah mungkin juga..nanti cuba kita tanya Ida, kalau Mirah ada cerita apa-apa dengan Idah, mereka kan satu tempat kerja”. Siti memberi cadangan.

“Biarkan lah dia dulu.. kalau dia cerita kita dengar tapi jangan kita suruh dia cerita..aku tenguk macam berat saja masaalah dia.” kata Ain bersimpati.

“Ialah... aku nampak pun macam tu, rasanya aku tak pernah nampak dia begitu, macam orang tak berpijak dibumi nyata saja.” kata Siti lagi.

    Mereka pelik dengan perubahan watak Amirah.Tidak lama kemudian terdengar suara orang memberi salam. Mereka sudah tahu siapa yang empunya suara.. Ida rakan serumah mereka yang berkerja syift juga sudah pulang rupanya. Almaklum lah waktu sudah menunjukkan tujuh setengah malam, sekejap lagi azan Mangrib akan berkumandang.

“Assalamualaikum. Ada orang kat dalam.” gurau Ida yang agak lucu dan suka bergurau sedikit orang nya.

“Waalaikumsalam …ada masuklah jangan segan.” balas kawan-kawannya. Ida menjengah kedapur bila mendengar kawan-kawan yang menyambut salamnya dari dapur. Ketika dia melintas untuk kedapur dia memalingkan mukanya kebilik Ain, dia terpandang ada orang memakai telekung di bilik Ain.

“Siapa yang tumpang solat kat bilik engkau, Ain” Ida bertanya.

“Amirah.. dia datang, kitaorang jumpa dia kat bawah masa kitaorang balik kerja tadi.” kemudian mereka diam meneruskan kerja-kerja memasak, untuk makan malam. Selepas Magrib mereka makan bersama-sama.   Sambil-sambil itu mereka menunggu Amirah membuka mulut, menceritakan masaalahnya. Tapi hingga kewaktu Isyak Amirah masih mengunci mulutnya dari menceritakan masalaah peribadinya.

=================

“Mirah boleh ke kau makan sardine ni.” tanya Ida yang tahu masaalah mabuk  mengandung Amirah yang teruk.

“Entahlah cuba dulu..tak makan aku lapar ni.”

“Cubalah …kalau tak boleh nanti, aku ada quaker oat.” balas Ain. Ketika menikmati makan malam mereka, Amirah cuba berlagak ceria. Mereka juga berbual seperti biasa.

“Alhamdullilah ok pulak hari ni..siapa yang masak sardin ni? esok-esok boleh masakkan aku lagi..entah jampi apa yang kau baca aku rasa sedap dan tak loya pulak.”

“Banyaklah kau punya jampi, kau tu kalau nak suruh aku  masak ..suruh saja lah nak jampi-jampi segalabagai pulak.” tukas Ain kerana dia yang masak ikan sardine tin itu. Kemudian mereka  ramai-ramai ketawa.

                 Selesai makan mereka  sama-sama berkemas, kemudian   mereka duduk diruang tamu berbual-bual sambil menunggu masuknya waktu isyak. Pada kebiasaan meraka jika mereka ada lebih dari seorang didalam rumah.. mereka akan solat berjemaah. Amalan solat berjemah amat digalakkan walaupun mereka wanita. Bukankah Allah telah menjajikan pahala yang berganda jika kita solat berjemaah. Imamnya sudah tentu Siti Zawana. Mereka solat diruang tamu rumah sewa mereka.Selesai solat isyak berjemaah. Ketika mereka duduk-duduk menantikan waktu untuk tidur barulah Amirah membuka mulut.

“Kawan-kawan…aku rasa nak tumpang kat sini boleh tak..kalau tak boleh… sampai hujung bulan ni saja pun jadilah, nanti aku cari rumah lain.” Siti menghampiri Amirah dan duduk disebelahnya.

“Mirah kenapa ni..jangan kau cakap macam tu..kalau kau nak duduk sini macam dulu pun boleh kami tak kisah..tapi macam mana dengan suami kau..tak marah ke dia nanti.” Mendengar perkataan ‘suami’ Amirah menekup muka dengan kedua belah tanganya, badannya mula terhenyut-henyut menahan tangis. Mereka yang ada diruang tamu berpandangan antara mereka.

“Maafkan aku Mirah, aku tak bermaksud nak menyakitkan hati engkau…maaf Mirah.” ulang Siti kerana dia yang membuatkan Amirah menangis. Semakin kuat tangisan Amirah..lalu Ida datang memeluk untuk menenangkan Amirah disertai urutan lembut Siti dibelakang badannya. Mereka semua mendiamkan diri menanti tangisan Amirah reda. Setelah reda barulah Amirah bersuara.

“Kau orang semua tak salah tapi aku yang tengah sedih ..aku nak cerita tapi tak terkeluar rasanya aku nak cakap”.

“Tak apa perlahan-lahan kami faham..” mereka cuba memahami masaalah Amirah, mungkin Amirah dan suaminya bergaduh itu sebabnya dia melarikan diri.

“Sebenarnya aku dah kena cerai petang tadi..aku dah jadi janda.” tangis Amirah sambil bercerita, sambil dia menarik sedunya.

                Ceritanya terhenti kerana tangisan semakin kuat. Dia mula memeluk Ida dengan kejap dengan muka dibenamkan dibahu Ida dan menangis lagi. Terhenjut-henjut badanya menahan esakkan. Mereka sama mengelus-gelus belakang Amirah tanda bersimpati, dengan apa yang menimpa Amirah. Mereka sebenarnya tidak menyangka masaalah Amirah sampai diceraikan oleh suaminya.

==================================
               
    Setelah melihat Amirah pergi dengan menaiki sebuah teksi dan membawa bersama beg pakainya, Loqman pulang semula kerumahnya. Sebenarnya dia hanya duduk dihujung bagunan memerhati apakah tindakan Amirah seterusnya. Dia memandang  dari jauh, dia bingung memikirkan.. adakah tindakkannya itu betul. . Fikiranya juga buntu.  Dia tidak tahu apakah yang harus dilakukanya. Tidak terfikir difikiranya langkah Amirah seterusnya, dimanakah Amirah akan bermalam malam. Dalam keadaan perut yang sudah besar kemanakah langkahnya akan dihalakan.  Sampai dirumah fikirannya menjadi kosong, sekosong rumahnya di kala itu. Dia baring sendirian di katil sambil telentang memandang siling, dia memutarkan kembali kejadian tadi.

                Sebelum dia memasuki rumah tadi, dia sudah memikirkan  ayat yang akan menerangkan kepada isterinya, siapakah wanita yang bersama dengannya di supermarket Giant AMCOB tengahhari tadi. Tetapi apabila dia terpandang isterinya terbaring masih bertelekung dan terlena disejadah dia terpegun seketika. Dia terkejut bila melihat  Aimrah terjaga dari lenanya. Mindanya pula jadi tidak bersedia bila isterinya bertanya ‘dia sudah makan’. Ayat-ayat yang telah diatur sebelum dia hendak masuk kebilik tadi...hilang, hatinya menjdi bercelaru. Jika sudah bersalah hati pun jadi tidak keruan,  fikiran pun tidak menentu.  Perasaan bersalah kerana menipu isterinya yang mengatakan ‘dia bekerja’ berperang didalam dirinya, menjadikkan dia serba tak kena. Bila di lihat Amirah tenang seperti dia tidak melihat dirinya tadi, hatinya mula berbolak-balik untuk menerangkan siapa wanita yang bersamanya tadi atau pun tidak. Tiba-tiba mulutnya terkeluar pula kenyataan yang dia ‘sudah makan pula’.

                Sebenarnya dia menyesal menjawap pertanyaan isterinya tadi. Jika dia tidak berkata apa-apa tentu perkataan itu tidak terkeluar dari mulutnya. Hati nya menjadi panas bila isterinya memperkatakan ‘betina’ merujuk kepada Liza. Sedangkan Lizalah yang selama ini mengganti kan tempat Amirah yang  tidak dapat lagi menemaninya. Kemudian Amirah bagai mengungkit cara mereka bernikah. Seperti dia yang tergesa-gesa dan tidak sabar-sabar hendak nikah pula. Tetapi jika difikirkan itulah kenyataannya, mengapa dirinya tidak dapat  menerimanya pula.

                Perkataan cerai yang pertama itu memang tidak sengaja dia melafazkan. Tetapi ucapan kali yang kedua terucap kerana egonya. Dia melafazkan dengan yakin, supaya nampak ketegasanya dan untuk menampakkan kuasanya sebagai seorang suami. Tetapi tersalah tempat pula meletakkan kuasa dan sikap tegasnya. Bila difikir kembali tidak sebesar mana pun masaalah mereka.. tapi kenapa hati akan cepat marah bila dia berhadapan dengan isterinya. Mungkinkah kerana dia sudah mendapat pengganti Amirah. Mungkinkah Liza lebih istimewa dan perasaannya lebih condong kepadanya. Kita tunggu dan lihat...Loqman mahu mengukur ketinggian langit itu tinggi kerendah.

‘Ahh..tak apalah malam nanti jumpa Liza nak tanya pendapat dia’ dia berkata-kata seorang diri. Perkataan yang terlontar dari hatinya sekadar untuk mencari kelegaan untuk dirinya sendiri. Dia bergolek seorang diri dikatilnya dengan fikiran yang masih bingung. Dia bangun dan menuju  kedapur tiba-tiba perutnya terasa lapar memikir apa yang telah terjadi.  Dia membuka tudung saji diatas meja, ada semangkuk masak kicap daging dan semangkuk bayam masak rebus. Tampa berlegah dia mengambil pinggan dan menyenduk nasi diperiuk nasi. ’Emm..sedap pula lauk hari ini’,detik hatinya. Tidak terfikir itulah lauk terakhir yang akan dirasainya dari air tangan isterinya.
Selepas solat Magrib dia menghubungi Liza mengajaknya berjumpa.

“Assalamualaikum..Liza boleh tak kita jumpa sekarang, I ada benda nak tanya youlah.”

“Waalaikumsalam..tanya dalam telefon tak boleh ke?” Liza cuba berjual mahal..padahal hati nya melonjak kegirangan. Dia merasa sekarang ini Loqman asyik menghubunginya sahaja, bagaikan rindu walau baru siang tadi mereka berjumpa.

“Kalau Liza sibuk tak apalah.” rajuk Loqman pula.

“Alah kenapa ni merajuk pula..gaduh dengan isteri you ke?…dia nampak kita ke tengahari tadi?” Liza cuba meneka. Liza terbayang, betapa Loqman menjadi tidak tentu arah bila terpandang Amirah dikaunter pembayaran. Selepas itu Loqman bagai tidak berminat lagi meneroka Petaling Jaya bersamanya. Selepas makan tengahari sahaja Loqman menghantarnya pulang. Ketika itu hati Liza menjadi sebal. Keceriaan dan keseronokkannya bersama Loqman ingatkan sampai kepetang, rupaya awal tengahhari dia sudah dihantar pulang.

“Itulah yang I nak tanya.” Loqman menjawab dengan lemah.

“Ok boleh..datanglah jemput I ..I tunggu.” lembut mengoda suara Liza menuturkan kesudiannya. Lima belas minit kemudian Loqman sudah pun sampai di apartment Liza yang disewa bersama kawan-kawanya.

“Kita nak kemana ni?” tanya Liza setelah dia duduk didalam kereta Loqman.

“Ke tempat yang boleh kita berbual..Liza nak makan dulu ke?..I kenyang lagi. Kalau you nak makan I temankan. Sebetulnya I dah makan sebelum Magrib tadi..hari ni isteri I masak daging masak kicap dan sayur bayam rebus kegemaran dia.” Loqman berterus terang..terkedu Liza, dia membayangkan tentu isteri Loqman pandai memasak. Tetapi dia tidak boleh kalah dimata Loqman. Liza cuba mempromosi kebolehanya dirinya pula, agar Loqman tertarik kepadanya.

“You nak tahu, kalau kat kampung emak I yang selalu suruh I masak kicap daging, dia kata I masak kicap sedap, bukan apa kalau I masak I suka bubuh bawang besar banyak dan bubuh lada besar lebih sikit, biar nampak cantik barulah sedap nak makan. Isteri you masak kicap bubuh apa agaknya.”

“Entahlah I  ni mana reti apa yang dia masukkan, I tahu makan saja, nampak kuah itu hitam pekat, I tahulah itu  masak kicap..Ehh you nak makan kat mana?..jomlah I teman kan.” Kereta masih belum bergerak.

“Liza pun masih kenyang juga, tadi dah minum petang dengan kawan-kawan. Diorang balik dari pasar malam beli apam balik dan goreng pisang.” Sememangnya dia minum petang bersama kawan-kawannya tadi, bila salah seorang dari mereka membeli apam balik dan seorang membeli goring pisang sebelum Magrib tadi.

“Kita pergi dataran sajalah atau pun pasar seni..kita duduklah kat bangku yang boleh kita bincang masaalah you tu.” Liza memberi candangan.

“Ok.. kita pergi Pasar Seni sajalah, disitu senang kalau kita lapar nanti, kita makan saja kat tepi sungai  tu..” kata Loqman sambil menekan minyak keretanya. Kereta MYVInya meluncur menuju ke pasar seni. Mereka duduk di satu tempat yang agak jauh sedikit dari orang tapi dekat dengan lampu-lampu.

“Apa masaalah you sebetulnya..isteri you mengamuk ke?” Liza menyelidik.

“Dia tak mengamuk tapi I lah yang dah terlepas perkataan ‘cerai’ kat dia tadi. Dia kata.. dah kira bercerai betul ke?” Loqman menduga, sebetulnya dia tahu memang sudah jatuh talak kerana dia menyatakan dalam keadaan sedar tadi.

“Kalau ikut hukum memanglah dah jatuh talak tu..berapa you kasi dia.” bagaikan senang sahaja masaalah Loqman di mata Liza. Didalam hatinya sudah bersorak kegembiraan. Sudah terbuka peluangnya untuk memiliki duda muda lagi macho dihadapanya.. ‘Diri kau milik ku saorang’ itulah detik hatinya.

“I cakap talak satu.”

“Kalau macam tu  you boleh rujuk balik, kalau you masih sayangkan dia…lepas tu dia tak cakap apa-apa ke atau merayu minta rujuk balik.” Liza bagaikan penyiasat pula. Yang sebenarnya dia mahu menyusukkan jarum halusnya supaya tidak terkesan. Dia akan berusha kerana ini adalah peluang nya untuk memiliki Loqman yang sudah terlepas dari ikatan perkahwinanya.

“Itulah yang I heran..dia tak menangis pun… merayu apatah lagi..dia terus kemas kain baju dia dan pergi.”

“Jadi sekarang dia duduk kat mana?”

“I rasa dia pergi kerumah kawan-kawan dia di Taman Paramount, dulu sebelum kami kahwin dia duduk situ”.

“Kalau dia merayu tadi you nak rujuk balik dengan dia ke?”

“Entahlah...I ni kalau I pandang dia, I rasa macam nak marah saja ...I tak tahu perasaan I sekarang.. tapi sebab dia sedang mengandungkan anak I..I kena fikir juga”. Kelihatanya bagai bercelaru fikiran Loqman. Kalau dibiarkan kemunkinan besar Loqman akan pulang semula kepangkuan isterinya..Dia mesti berusha itu azamnya.

“Ia ke yang dia kandungkan tu anak you, you kata dia ada kerja malamkan?” Liza menambah lagi celaru fikiran Loqman. Bila Liza berkata begitu Loqman mula berkira-kira...

“Kenapa pula Liza rasa macam tu?...I rasa dia tak ada orang lain selain dari I…tapi baru masuk dua bulan kami nikah dia dah mengandung.”..adakah hatinya meragui kejujuran isterinya. Loqman bagai sudah tidak mengenali isterinya lagi.

“Ialah cepat sangat…tapi tunggulah dia merayu dulu ..kalau dia memang sayangkan you sehari dua ni, tentu dia akan datang merayu nak rujuk dengan you balik…tapi kalau dah sampai seminggu dia tak jumpa..atau call you nak rujuk, you kena sahkan perceraian you di pejabat kadi.” Pada Liza seminggu terlalu lama..hatinya mula bimbang jika dalam seminggu itu Loqman suami isterinya merujuk semula tetapi tiba-tiba Loqman bertanya membuka peluangnya sekali lagi.

“Liza rasa macamana… dia sayang I lagi tak?” Ahha ini peluang kedua untuk meracuni fikiran Loqman yang sudah bercelaru..

“Liza rasa macam dia tak sayang you..sebab dia tak rasa sedeh pun bila you ceraikan dia..dah lah tak menangis tak merayu lagi..tapi itu yang Liza rasa… you tunggulah sampai seminggu.. tenguk keadaan.” cucuk Liza lagi. Pandai sungguh Liza memainkan kata-katanya disaat kekeliruan bersimpang siur dikepala Loqman.

“Ok juga cadangan Liza tu…malam ni Liza nak makan apa?” Selesai Liza memberi pendapat dan nasihat percuma dalam kepincangan rumah tangga Loqman, Loqman mengajaknya makan ditepi sungai.

                Selepas makan malam itu, mereka meronda-ronda ‘malam diKuala Lumpur’ menikmati simbahan cahaya lampu di seluruh kota raya itu. Hingga pukul sebelas malam barulah Loqman menghatar Liza pulang ke apartment nya. Dia pula pulang kerumahnya, sampai sahaja dia rumah dia menunaikan solat Isyak. Oleh kerana keletihan terus sahaja dia merebahkan dirinya dikatil. Lena berlabuh hingga kepagi. Tidak terkenang isteri yang tiada disebelah menemaninya.

                Loqman menanti Amirah merayu  jika dia ingin rujuk kembali kepadanya, seperti yang disarankan oleh penasihatnya Norliza. Bagi Amirah untuk apa dia merayu, bukan dia yang minta diceraikan. Dia melihat sendiri Loqman sudah ada wanita lain. Wanita itu begitu cantik dan manja, tentulah dia lebih menghibur dan dapat menyenangkan hati bila bersama dengannya.  Dia juga melihat betapa gembiranya Loqman ketika itu. Sambil berjalan mereka ketawa dan bergurau senda, tentu mereka sedang bercinta. Kalau pun mereka rujuk mungkin kerana anak yang dalam kandungannya, tentunya Loqman akan tetap bersama wanita itu kelak. Jika begitu dia tidak rela kasih dan sayang Loqman terbahagi dua. Dia tahu dari cara Loqman sekarang ini, tidak mustahil  dia yang akan terpinggir jika mereka berkongsi kasih.

                                Amirah menyedari perubahan diri suaminya sejak dia disahkan mengandung dan mengalami alahan teruk. Sedikit-sedikit sifat suaminya yang penyayang dan prihatinnya kepada dirinya kian luntur. Dirinya tidak lagi mendapat perhatian dari suaminya lagi. Segala-galanya dilakukan sendirian. Dari memasak atau mengemas rumah dan membeli keperluan harian, malah pergi pertama kali membuat pemeriksaan kandunganya dia juga pergi bersaorangan.  Kemesraan antara mereka seakan-akan membeku. Mereka seakan-akan membawa diri masing-masing sebelum mereka bercerai lagi, walaupun hakitanya mereka masih lagi duduk sebumbung dan tidur sekatil.       

                                Dimanakah keharmonian, kemesraan dan segala pengertian yang ditunjukkan ketika diawal perkahwinan mereka dulu. Jika mereka berduaan dirumah kegembiraan dan belaian kasih dari suaminya hampir setiap saat. Dia bagaikan susah untuk meloloskan diri dari pelukkan suaminya, walaupun ketika itu dia sedang memasak didapur. Suaminya akan sentiasa memeluknya dari belakang.

“Bang pergilah duduk depan Mirah nak masak ni.”

“Aalah tak apalah abang nak tolong ni”.

“Tolong apanya kalau macam ni.”

“Nikan abang tolong ..tolong pegang sudip ni.” Ketika itu suaminya memeluknya dari belakang sambil memegang sudip yang dipegangnya. Tetapi sekejap-sekejap ciuman suaminya akan singgah dilehernya, sekejap lagi ciuman suaminya singgah dipipinya dan sekejap lagi kerambutnya pula.

“Macam ni bahaya.. nanti terpercik minyak kat tangan..siapa susah. Kalau terpercik minyak kat tangan abang nanti mama mesti marah Mirah..dia kata Mirah dera anak dia masak kat dapur”.

“Ada ke macam tu..mama lagi suka abang tolong Mirah masak ..Mirah nak tahu mama tu lebih sayang Mirah dari abang anak bungsu dia ni, tau.”
“Ialah tu”.

                Mengapakah suaminya berubah dengan sekelip mata..Suaminya bukan lagi suami yang prihatin dan penyayang, suaminya yang sentiasa romantis dengan kata-kata sayang dan rindu kepadanya. Bila seharian mereka ditempat kerja pulangnya sahaja kata-kata rindu itulah yang dibisikkan ditepi telinganya. Kadang-kadang belum sempat lagi dia mandi membersihkan dirinya dia sudah dipeluk dan dicium bertubi-tubi bagai rindu yang ditahan bertahun lamanya.

“Bang Mirah belum mandi lagi ni janganlah peluk..Mirah busuk lagi ni.”

“Ingat Mirah..wangi saja abang peluk Mirah ..busuk pun tak apa..walau dalam keadaan apa pun Mirah tetap isteri abangkan”.

“Ialah tu..”

“Mirah tak percaya ke?”

“Ialah..ialah Mirah percayaaa...”Terjerit dia ketika itu dia terpaksa mengiakan kata-kata suaminya.. kerana suaminya mula mengganas..dia dicium bertubi-tubi keseluruh muka dan lehernya hingga dia rasa kelemasan..saat itu bahagia hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.

                Sebenarnya Amirah tercari-cari dimana kesilapanya. Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Adakah dia sudah berkasar atau tidak memenuhi kehendak suaminya, sehingga lenyap segala kemesraan antara mereka selama ini. Dirinyakah yang tidak pandai memberi kebahagian dan keceriaan untuk suaminya atau mereka sememangnya tidak ada keserasian. Tetapi diawal perkahwinannya mereka dulu dirasakan, setiap hari kehidupan mereka diselubungi dengan kebahagiaan.

                                Begitu cepat suaminya bertukar watak. Baru menjangkau dua bulan usia pernikahan mereka, suaminya sudah bertukar 180 darjah dari sifatnya yang asal. Dia sering memarahi dirinya, berbicaranya juga sudah kasar. Dia seakan tidak memperdulikan dirinya lagi. Untuk apalah dia menaggung risiko untuk merasai semua perubahan baru suaminya, jika mereka bersama semula. Silap-silap hari bulan mungkin kaki dan tangan Loqman akan singgah kebadannya pula. Amirah melapangkan dada. Mungkin segala berpunca dari kesilapannya, mungkin dirinya sudah tidak dapat membahagiakan suaminya lagi. Dia tidak mahu disalahkan kerana Loqman tidak mendapat kebahagian. Biarkanlah Loqman mencari bahagianya sendiri. Lagipun dia tidak mahu menambah lagi keperitan hidupnya bila dia terabaikan kelak. Lebih baik seperti sekarang dia telah diceraikan.  Dia rela.

      Dia bertekad didalam hatinya untuk meneruskan hidupnya tampa Loqman dan menyambung hasratnya membela nasib keluarganya itu lebih penting. Jika anaknya lahir kelak dia akan membesarkan anaknya sendiri. Dia yakin, dia mampu kerana dia sudah ada pekerjaan tetap.

                Seminggu lepas kejadian itu, Amirah dan Loqman kepejabat kadi untuk mengesahkan perceraian mereka. Dipejabat kadi, bila pegawai bertugas bertanya mengapa mereka bercerai hanya Loqman yang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pegawai bertugas. Loqman memberi alasan mereka sudah tidak sehaluan lagi untuk hidup bersama. Loqman juga mencari kesalahanya mengatakan dirinya yang selalu berleter, tidak menjaga makan dan minumnya dan yang menjadi hati Amirah bertambah pedih bila Loqman berkata ‘dia sudah tidak menjadi isteri yang baik lagi untuk dirinya, kerana sikap yang mementingkan diri sendiri’. Diakhir perbicaraan perceraian telah dipersetujui .Ohh Loqman.. Dia ingin menduga dalamnya laut Pasifik dengan kailnya yang hanya panjang sejengkal.
 “Walau bagaimana pun… Encik telah menceraikan isteri Encik dalam keadaan dia sedang  mengandung.. jadi encik Loqman wajib menyara kehidupanya sehingga dia selamat bersalin kelak.. dan edahnya habis selepas dia bersalin juga..puan tidak menuntut apa dari bekas suami puan.”

“Tidak” hanya itu yang keluar dari mulut Amirah sepanjang perbicaraan itu.

Pecerainya antara mereka tidak diketahui oleh kedua belah keluarga keluarga Amira mahu pun keluarga Loqman. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua.











Wednesday 25 July 2012

Bab 20. Jangan ada rahsia




Kalau ada duit sekupang,
Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.

Ketika Halim masuk kebilik Tengku Farid, sahabatnya itu sedang berdiri termenung memandang keluar tingkap,seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Assalamualaikum” Halim memberi salam, kini salam sudah menjadi kebiasaan kepada Halim, kalau dia berjumpa sesama Islam mesti dia memberi salam terlebih dahulu. Seperti yang di beritahu oleh Tengku Farid kata isterinya…’Kita umat Islam wajib memberi salam bila berjumpa..orang yang memberi salam dan menjawab salam akan mendapat pahala…“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
dan itulah juga yang dipelajarinya dulu ketika dia kecil dikampungnya. Tetapi setelah lama keluar dari kampung halamanya dia terlupa.

“Waalaikumsalam Lim…. kau tak pergi minum lagi.”Tengku Farid menjawab dan menyoal sahabatnya sambil berjalan dan duduk semula dikerusinya.

“Ni aku datang nak ajak kau minumlah.”

“Aku malas nak minumlah Lim.. Jannah masak‘lempeng’  pagi tadi makan dengan sambal ikan bilis, aku makan sampai dua keping itu yang masih kenyang lagi ni.”

“Untungnya engkau seorang rajin masak kalau dari rumah dia kau kenyang.Seorang lagi cantik… kau tak payah makan pandang dia saja pun kau dah kenyang.”

"mana kau tahu pandang saja dah kenyang Lim".

“Alaah aku tak tahulah, aku tak ada pengalaman lagi tapi ramai orang cakap kalau pandang bini cantik tak payah makan pun kita dah rasa kenyang.Tapi apa-apa pun kau beruntung dapat dua-duanya cantik".

“Aku tak tahu dimana untungnya aku ni Lim, kalau aku dapat mengundurkan masa, aku tak mahu menempuh ini semua. Kahwin dua ni awalnya saja rasa seronok tapi bila dah lama aku rasa macam tersiksa pulak. Aku harap jangan kau cuba Lim, kalau dah terjurumus macam aku ni tak boleh nak undur lagi.” terang Tengku Farid dengan pandangan dan suaranya yang sayu.

“Kenapa Farid aku tenguk engaku ni sejak akhir akhir ni muka kau  sedih saja, kau ada masaalah ke?” Halimmenghulur rasa simpati.Dia menyedari sejak kebelakangan ini wajah sahabatnya itu nampak tidak ceria, sedih dan sayu sahaja suaranya.

“Aku tak tahu nak cerita macam mana dengan engkau, tapi terus terang aku cakap dengan engkau ni Lim, sebenarnya aku rindu sangat dengan Jannah..rindusanga-sangat.”Tampa malu Tengku Farid menluahkan isi hatinyan kepada Halim dengan mata berkaca-kaca terpancar kesungguhan diwajahnya.

“Tapi tiap-tiap hari kau hantar dan ambil dia pergi kerjakan takkan rindu kot.Farid aku rasa engkau patut berkongsi masaalah dengan seseorang, kalau kau tak keberatan kau ceritalah dengan aku, aku sedia mendengar”.Tutur Halim ikhlas ingin membantu.

“Lim sebenarnya lama aku tidak bermalam dirumah Jannah. Lama aku tak berjemaah dan mengaji dengan dia. Aku rindu dengan aktviti yang kami lakukan bersama. Kat kondo tu kalau aku solat aku solat sorang mengaji dan berzikir pun sorang-sorang.”

"Kenapa kau tak ajak Diana solat dan mengaji sama dengan kau".

"Kau tahulah dia tu..bila kita ajak dia kata 'Tak sampai seru lagi dan katanya Allah belum membuka pintu hatinya lagi untuk beribadat'..aku memang pening dengan tingkah dia Lim".

“Tak apalah kau ajaklah perlahan-lahan jangan jemu pujuk dia. Berkenanan Jannah kau tu, tak kesiah ke engkau dengan dia.Kau kata hari itu Jannah dah mengandung.Bukan ke hati isteri mengandung kita kena jaga nanti terkesan pada bayi kalau dia tertekan atau pun bersedeh.Aku tenguk engkau melebihkan Diana dari Jannah…tak baik kau buat dia macam tu Farid.”

“Aku memang nak sangat berlaku adil Lim..tapi masaalahnya Diana, dia tak mahu langsung bertolak ansur dengan aku. Dia kata kalau giliran aku dirumah Jannah dia boring duduk dirumah sorang-sorang, jadi dia akan keluar dan tidur dengan kawan-kawanya. Aku tak suka dia tidur kat rumah Bella tu..kau bukan tak tahu siapa Bella pada Diana. Aku tak suka dia melakukan perkara tak senonoh tu  sedangkan anak aku ada didalam rahim dia. Lagi satu aku tak suka dia akan pergi kelab malam…aku takut kalau dia  minum arak sedangkan dia tu tengah mengandung.”

“Ehh...Tak kan Diana buat macam tu lagi diakan dah ada kau..”

 “Entahlah aku rasa tak sedap hati kalau mereka tu bersama..aku takut Diana dengan dia buat kerja tak senonoh…Cubalah kau tenguk gaya Bella bila dengan Diana, depan aku pun dia tunjuk 'caring and loving' dia tu. Aku pernah dengar dia kata Diana nampak lebih seksi masa dia mengandung ni”.

“Kan aku dah cakap dari dulu lagi..kau tak percaya”.

“Bukan macam tu.. dulu aku ragu-ragu, sebab kalau dengan aku Diana pun nampak macam sayang sangat dengan aku..aku hairanlah Diana ni dengan lelaki dia ON dengan perempuan pun ON juga..Dia ni….” Tengku Farid tidak meneruskan kata-katanya terasa ngilu hatinya untuk menyebut perkataan itu.

“Dahlah Farid jangan kau fikir yang tidak-tidak, apa-apa pun dia dah jadi isteri kau..kalau  boleh kau bimbinglah dia kejalan yang diredhai Allah”.

“InsyaAllah akau akan cuba.Lim aku sebenarnya bersyukur sangat Jannah bertolak ansur dan dialah yang mencadangkan aku menemani Diana”.

“Farid kau cakap dengan Jannah ke perihal Diana dan Bella ni.”

“Perkara yang ni aku tak cakap dengan dia..aku..aku sebenarnya malu dengan dia dapat isteri yang macam tu..Diana tak solat pun aku tak cakap dengan Jannah.”

“Farid engkau beruntung mendapat isteri seperti Jannah, baik dan bertimbang rasa. Aku yang pandang dari luarnya saja susah nak cari keburukan dia, kalau kau kehilangan dia, rasanya susah kau nak dapatkan balik isteri sebaik dia Farid..jagalah dia baik-baik”.

“Betul cakap kau tu Lim,tapi sekarang ni aku susah nak bagi masa pada dia, aku tersepit Lim. Kalau aku pergi pada dia, Diana akan ambil peluang kekelab malam dengan kawan-kawanya. Apalah akan jadi dengan anak aku nanti Lim, kalau dia minum air syaitan..yang paling aku takut dengan perbuatan dia tu, menyebabkan anak aku cacat, itulah yang paling aku takut”.

“Betul kata Jannah tu Farid buat masa ni kau jagalah dulu Diana tu untuk kebaikkan anak dan Diana tu sendiri. Tapi untuk Jannah carilah masa supaya dia tak rasa terabai, cuba kau datang awal sikit waktu pagi..sebelum solat subuh ke, nanti dapat juga kau berjemaah dengan Jannah kau tu, tapi  penat sikitlah dan waktu tidur kau kena cukai sikit pasal kau kena bangun awal”.

“Aku pasal bangun awal tak jadi masaalah, dirumah Jannah pun aku kena bangun awal, biasanya Jannah akan bangun 30 minit sebelum waktu subuh, atau paling lewat pun 15 minit sebelum subuh.”

“Apa pasal cepat sangat, tak kan nak masak sarapan pagi kot.”

“Dia bangun cepat sikit supaya dia dapat buat solat tahajjud, kata dia solat tahajjud boleh dibuat sebelum masuk waktu subuh.Jika terbangun 10minit sebelum waktu pun masih sempat buat solat tahajjud. Solatnya hanya dua rakaat, yang biasa dia baca..rakaat pertama surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-Fatihah dengan surah AlIklas.”

“Kau pun ikut dia juga ke Farid”.

“Dulu dia buat sorang-sorang..tapi lama-lama  aku ikut dia..dia kata sembahyang Tahajjud.. sembahyang sunat malam..yang dapat menghindarkan kita dari siksa kubur. Kemudian kalau dia ada masa lagi dia akan berzikir, tapi sekarang ini dia sedang mengandung jadi dia mengaji, dia baca surah Mariam supaya dia senang bersalin nanti, lepas tu baca surah Yusuf biar anak aku nanti kacak macam nabi Yusuf  dan surah Lokman biar anak aku bijak,”.

“Amboi banyaknya sempat kedia baca dalam masa tu Farid..”.

“Taklah dia baca satu  juzuk habis, bacalah sikit-sikit dua tiga muka surat, besok sambung lagi. Gila kau nak baca semua..tak bangun-bangunlah dia dan kebuluranlah pulak aku.” Berderai ketawa dua sahabat bila Tengku Farid menyebut pekataan yang terakhir terasa lucu pula. Tetapi setelah berhenti mereka ketawa..Tengku Farid menyambung katanya dengan wajah yang sedeh.

“Sekarang ni aku rindu dengan apa yang kami buat bersama..kat rumah Diana aku tak dapat nak buat semua itu..kau tahulah kadang-kadang dia ajak pergi jumpa kawan-kawan dia. Kaupun tahu kalau dia dah keluar kalau tak pukul dua belas dia tak akan mahu bila dia ajak balik..entahlah Lim sekarang ni aku rasa aku dengan Diana dah tak ada kesesuian lagi. Cara aku dengan dia dah lain rasanya. Aku nak cari bekalan diakhirat…dia pulak sibuk dengan keseronokkan didunia.”

“Farid..teringinnya aku dapat isteri macam ‘Jannah kau’ tu,dah lah anak orang kaya, baik pulak. Masih ada ke orang macam dia agaknya Farid. Aku tak dapat yang kaya tak apa..tapi nak yang baik macam dia pun dah cukup.. harta dunia boleh dicari. Tapi nak isteri yang dapat sama-sama mencari bekalan akirat.”.

“Yang Jannah cerita kat aku dia yang sebetulnya tak tahu dia cucu orang kaya dan ada keturunan Tengku. Datuk dan neneknya dikampung Kuala Selangor tu hanya penoreh getah, hidup pun susah. Masa dia tunggu SPM nenek dia yang kat sini ambil dia,masa tulah dia tahu dia ada nenek selain nenek dan datuk dia yang kat kampong tu. Tapi kalau ikutkan dia, dia tak nak berpisah dengan datuk dan neneknya yang kat kampong tu walaupun mereka susah. Kasih sayang yang beri oleh datuk dan neneknya dikampung menyebabkan dia rasa bahagia dan gembira selalu. Tetapi untuk menjamin masa depan..dia terpaksa belajar sebab itulah dia  datang juga keKuala Lumpur ni, kerumah nendanya Tengku Kalidah. Lagi pun datuknya kata dia akan menjadi sebatang kara, kalau mereka berdua tak ada lagi didunia ini. Jadi sementara ada peluang untuk menuntut ilmu dia terpaksa meninggalkan datuk dan neneknya dikampung untuk bekalan hidupnya juga.Kau tahu Lim sampai sekarang pun dia tak pernah jumpa emak yang melahirkan dia”.

“Kesianya..sedih juga kisah hidup Jannah ya Farid.”

“Itulah sebabnya dia tak pandai meminta-minta agaknya. Dia dah ajar hidup dengan apa yang ada Lim. Aku tak pernah lagi mendengar Jannah meminta sesuatu dari aku. Tak macam Diana, baru kami sah jadi suami isteri seminggu dah minta kereta, nakkan kondo tu ditukar atas nama dia. Entahlah Lim, sebenarnya bukan aku berkira dengan dia tapi kadang-kadang terfikir juga aku ni…Diana ni kahwin dengan aku macam nak kumpulkan harta saja.Kalau aku tak kaya agaknya dia nak tak dengan aku atau tiba-tiba aku susah masih sudi lagi tak dia jadi isteri  aku..Lim”.

“Entah lah Farid hati orang susah nak dijangka,tapi kalau dipandang dengan mata kasar, kita dah dapat jawapanya ye tak.”

“Tapi aku janji ni, lepas semuanya selesai… lepas Diana bersalin nanti aku nak ajak Jannah balik kampong dia. Aku tahu dia rindukan datuk dan neneknya walau pun dia tak pernah cakap dia rindu pada datuk dan neneknya. Ialah macam aku ni kalau aku ingat aku akan sebut, sebab hati aku penuh dengan dia. Mungkin dia begitu juga, kalau dia bercerita tak pernah dia tak sebut datuk dan nenek dia Lim. Aku janji kalau  Diana dah bersalin nanti, IsyaAllah aku akan bawa dia jumpa datuk dan nenek dia” bersungguh-sungguh Tengku Farid menanamkan janji pada dirinya.

Dia sudah tidak mahu menginatkan Diana lagi sakit kepalanya. Sedang Tengku Farid melayang perasaanya tiba-tiba Halim bersuara..

“Farid..kau dah tanyakan tentang kawan-kawan dia yang masih single lagi, kenenkanlah satu untuk aku. Aku serius ni. Aku harap dapa isteri yang rajin masak macam dia ” Halim meluahkan hasratnya bersungguh-sungguh.

“Aku dah cakap dengan dia..tapi dia kata seeloknya kau mintalah dengan Allah. Caranya mula-mula buatlah solat taubat dulu, kemudian solat hajat masa tulah kau minta, InsyaAllah kau akan jumpa macam yang kau hajati, tapi janganlah buat sekali saja terus kau berharap..buat selalu..tiap-tiap malam Jumaat ke, selepas solat fardu minta juga, InsyaAllah…
Tapi kata Jannah kan Lim semua perempuan itu sama, yang pentingnya kita ni suami yang mendidik dia macam mana. Jannah bagi petua...Kalau kau kahwin Lim kau cakaplah kita tak suka makan luar, walaupun dia bekerjaya, tapi kita hendak juga makan masakkan dia. Dia mesti buat sebab masa tukan sayangnya masih kuat lagi, jadi kalau dah hari-hari dia masak, dah jadi kebiasaan taklah tertekan malah bangga sebab suami dia nak makan masakan dia saja”.

“Tapi kalau macam tu kesianlah, kalau dia wanita bekerja tentulah penat balik kerja kena masak lagi,macam kejam pulak paksa masak untuk kita”.

“Apa pulak paksa..kita mintalah elok-elok jangan samapai dia rasa terbeban lagi pun.. kalau kita kesian kat isteri kita, kita tolonglah dia, kalau masak, masak sama-sama,macam aku, aku tolong dia didapur… tolong apa yang patut, kopek bawang ke siang sayur atau basuh pinggan,yang mana kita boleh tolong. Sambil masak sambil berbual tak terasa dah siap…Satu lagi jangan cerewet sangat, apa yang dia masak makan saja, jangan banyak kerenah itu tak sedap, ini tak sedap, kalau macam tu tentu dia bosan nak masak. Kau tahu Lim aku hari-hari tolong Jannah aku tu masak.Dulu sebelum aku nikah dengan Diana aku selalu juga tolong dia sidai kain terutama hujung minggu. Dia akan membasuh banyak sikit, kalau hari-hari biasa dia cuci kain baju kita saja, kalau hari minggu dia akan cuci tuala dan cadar…lepas dia bilas tu kita tolonglah sidai. Lagi pun kalau kerja berdua cepat siap dan tak terasa, kerja sambil berbual-bual”. Panjang lebar menerangkan Tengku Farid petua  rumahtangga yang bahagia. Halim termangu dalam hatinya membenarkan segala kata-kata sahabatnya.


“Lim rupanya kan..jika seorang isteri membuat sesuatu untuk suami dengan niat kerana Allah isteri akan dapat pahala. Jadi kalau kita tolong isteri kita, selain dari kita dapat meringankan kerja isteri kita, kita tolong juga isteri dapat pahala.” macam ustaz pula Tengku Farid menceritakan kebaikan-kebaikan seorang suami menolong isterinya.

“Farid kau tolong Jannah masak dan buat kerja rumah?? “

“Kau tak percaya ke Lim… kalau kau suruh aku masak pun rasanya boleh,sebab dah selalu sangat tengok dia masak,setakat goreng nasi atau goreng sayur aku rasa aku dah lepas.” Cerita Tenku Farid dengan bangga.

“Lim..aku kalau dengan Jannah tak rasa bosan kerana ada saja kita nak buat, dalam satu hari, penuh jadual kita. Bila hari berganti kita rasa puas kerana kita melakukan kerja untuk diri kita sendiri.Tapi kalau dengan Diana hari cuti tidur sampai meninggi hari. Aku rasa bosan tak tahunak buatapa. Walau hakikatnya aku duduk berdua tapi aku rasa kesaorangan, ialah satu tidur dan yang satu lagi jaga..lepas tu nak makan pun tak ada apa nak dimakan. Tunggulah sampai dia bangun kemudian kena pulak turun mencari makanan. Entahlah Lim..aku rasa aku makin tidak sehaluan hidup dengan Diana, aku rasa cara hidup aku dengan dia dah jauh berbeza.” Lama Tengku Farid terdiam seumpama memikirkan sesuatu..kemudian dia bersuara lagi..


“Bila aku cerita tentang Jannah ni hati aku rasa terasa rindu sangat….rindu sangat-sangat Lim.”
sambil tanganya meraup rambutnya kebelakang,matanya pula bekaca-kaca nyata sekali bukan lakunan rindu Tengku Farid kepada isterinya Nur Jannah dia betul-betul rindu.

“Kalau macam tu telefonlah dia sekarang, orang kalau dah rindu dengar suara pun jadi.”Ujar Halim memberi cadangan.Tengku Farid mamandang jam ditanganya,

”Baru pukul sepeluh lima minit…entah  ada entah tidak” gumam Tengku Farid perlahan, tapi dapat di fahami oleh Halim yang duduk di hadapanya.

“Dia pergi mana..dia pergi minum …ehhh ajaklah dia minum sekali.”

“Aku rasakan Jannah mungkin tak pernah makan atau minum kat luarlah Lim…sepanjang aku kahwin dengan dia, kau tahu..belum pernah aku minum atau makan diluar dengan dia Lim.. Adalah sekali lepas malam pertama aku sebelum kami pergi kerumah datuk aku, aku ajak dia sarapan di hotel.”

“Malam selepas kau bersanding dengan dia, kan kau tidur kat kondo engkau dengan aku.”

“Ialah..pagi tukan aku jemput dia hotel kita ni.”

“Ohh..Habis tu  masa ni dia pergi mana?”

“Dia pergi solat sunat duha,solat memohon rezeki kapada Allah.”lalu Tengku Farid menceritakan kebaikan solat sunat Duha kepada Halim seperti yang diceritakan oleh NurJannah kepadanya.

“Farid….aku rasa nak mengamalkan solat duha jugalah,kau tanya tak cara macam mana nak solat sunat tu”.
“Ada ..ni dia bagi sekali buku solat-solat sunat ..ni haa dah ditandakan pun” Tengku Farid sambil menyelak-nyelak muka surat buku kecil ditangannya pemberian NurJannah kepadanya.

“Jomlah kita kesurau….kita belajar  solat sama-sama.” ajak Tengku Farid

Dalam perjalannan kesurau.

“Farid sejak engkau kahwin dengan Jannah aku rasa setiap hari aku nak berbual dengan engkau…sebab apa tahu …setiap hari ada saja perkara baru berkenaan ilmu hidup yang kau kutip dari isteri engkau.Sedikit sebanyak dapat juga aku kebaikan dari mendengar cerita-cerita engkau..kau janji dengan aku ya… ada apa-apa lagi ilmu yang dia bagi kat engkau bagi jugalah pada aku biar kita sama-sama belajar. Berkenaan masaalah engkau dengan Jannah cuba cari masa untuk dia, kesian dia walau pun dia kata dia reda segalanya, tapi engkau mesti ingat dia juga ada hak….cuba lah kau datang pagi sikit masa kau nak jemput dia pergi kerja, dapat juga kau solat berjemaah dengan dia, kau kata kau pun dah pandai jadi imam pada diakan, lepas tu ambil lah kesempatan golek-golek sekejap sebelum pergi kerja.” sambung Halim memberi cadangan.

“Banyaklah kau punya golek-golek” berderai mereka berdua ketawa, terasa hilang sedikit beban yang ditanggung oleh Tengku Farid.Disurau mereka sama-sama mengerjakan solat duha.


Semenjak Tengku Farid bernikah dengan Nur Jannah, Halim juga mendapat tempias kebaikanya juga.Kini Halim juga sudah patuh menunaikan rukun Islam yang kedua itu setiap waktu. Setiap hari Jumaat pula dia akan bersama Tengku Farid  bersembahyang Jumaat. Kegiatan malamnya juga sudah ditinggalkan, diisi dengan mengaji atau berzikir selepas solat fardu. Besar sungguh pengaruh seorang kawan, jika kita berkawan dengan orang yang suka berfoya-foya sebanyak sedikit kita akan terikut juga. Berkawan dengan orang yang berpegang kepada ugama InsyaAllah kita akan mendapat Hidayah dan RahmatNya juga. Semuga di berkati Allah dua sahabat ini.Amin.



Friday 20 July 2012

Bab 19. Jangan ada rahsia





Periuk buruk berpalit arang,
Letak manggis diatas para,
Huduh buruk dimata orang,
Cantik manis dimata saya.


Dikondo Diana bersorak gembira kerana kemenangan. Dia tahu antara mereka berdua,  suaminya lebih menyayangi dirinya, perasan lebih Diana ni. Sudah ada berbagai rancang yang dirancang dalam kepalanya.Tidak puas-puas dia menguji antara dirinya dan Nur Jannah yang mana lebih disayangi oleh suaminya. Sampai sahaja suaminya Diana sudah menanti dimuka pintu.

“Jomlah I dah lapar sangat ni dari petang tadi I tak makan.” Diana menarik tangan suaminya menuju ke lif untuk keluar makan malam itu. Suaminya tidak membantah hanya menuruti kehendak Diana dengan sabar. Malam itu Tengku Farid hanya menemani Diana makan dengan penuh selera, dia hanya minum segelas air kosong sahaja.

Sepeninggalan suaminya Nur Jannah pula mengambil wuduk, dia ingin membaca Surah Mariam malam ini. Dia ingin mengamalkan apa yang dipelajari dari ustazahnya ketika dia di tingkatan lima dulu. Kata ustazahnya dulu untuk memudahkan ketika kita bersalin waktu kita mengandung selalu-selalulah baca Surah Mariam, jika hendakkan anak yang cantik bacalah Surah Yusuf dan kalau hendak anak pandai bacalah Surah Loqman. Ketika itu uztazah memberi petua sebelum kelas Fardu Ain bermula..dia menasihati pelajarnya tidak kira lelaki ke perempuan ketika itu..jika lelaki esok kalau dah kahwin nasihatkanlah isteri supaya baca surah tu itu pesan ustazah yang baik hati tu. NurJannah memulakkan mengaji surah-surah istimewa itu.INSYAALLAH  jika Allah menerima amalanya dia dan anaknya akan mendapat keberkatan. Padanya dari memikirkan hal suaminya ada baiknya dia mengingati Allah itu lebih baik semoga dia dan anaknya diberkati.


Kini rutin kehidupan Tengku Farid terpaksa berubah.Diana sudah tahu dimana kelemahan suaminya. Suaminya tidak suka dia keluar kekelab malam  atau melepak-lepak di pub bersama kawan-kawanya atau akan tidur dirumah kawan-kawanya. Tetapi itulah permintaanya jika setiap kali suaminya mahu bermalam dirumah isteri tuanya. Katanya untuk menghilangkan rasa bosan jika ditinggal sendirian, dia mengugutnya begitu. Sudah dua minggu Tengku Farid asyik menemani Diana sahaja.

“Farid kalau you tak balik malam ni I nak makan dengan diaorang”. Diaorang  merujuk kepada kawan-kawan serumah Diana dahulu Bella, Sharon dan Anita.

“Jangan I balik malam ni..tunggu kat rumah kita pergi makan sama-sama”.

“Tak mahu lah you balik lambat . Sekarang ni I cepat lapar ..lima setengah I dah rasa lapar sangat”.

“Tak apa ..I minta Jannah balik cepat sikit..empat setengah nenek dia dah bagi dia balik”. Diana dihujung talian sudah melaonjak kegirangan kerana dia menang,. Sengaja dia berkata begitu untuk memancing suaminya tidak berlama-lama dengan isteri tuanya…Ahh Diana.. tingkahnya  membuat suaminya tidak tentu tentu arah. Tidak tentu arah bukan kerana sayang tapi mahu menyekat dari dia melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir oleh fikiran orang yang waras.



"Maafkan abang Jannah.. tak dapat abang nak teman Jannah masak petang ni..abang nak kena balik cepa. Diana kata sekarang ni cepat lapar..itulah kalau abang lambat sikit dia akan kelaur makan dengan kawan-kawan dia. Jannah tahulah kalau dia dah keluar dengan kawan-kawan dia entah pukul berapa pulak dia balik..kalau tak pukul satu atau pukul dua tak sah".

"Abang jangan rasa bersalah pada Jannah..Jannah redha demi kebaikkan Diana dan anak abang..." Ketika NurJannah menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya...Tengku Farid terus sahaja membuka pintu keretanya...

"Abang hantar Jannah sampai depan pintu".

"Tak apa masih terang lagi ...InsyaAllah Jannah selamat."

"Tak apa... abang nak peluk Jannah dan bagi kucupan azimat supaya abang tak rindukan Jannah malam nanti."  Seperti apa yang dikatakan setelah dia memeluk isterinya beberapa saat dan mengucup dahi dan bibir isterinya Tengku farid bergegas pulang kekondonya.


 Itulah rutin hidup Tengku Farid...Jika dia  terlambat sedikit pastinya Diana akan keluar makan bersama kawan-kawannya.. Diana pula kini setiap petang akan  pulang lebih awal dari biasa, dengan cara itu tidak membolehkan Tengku Farid membantu NurJannah menyediakan makan malam dan makan malam di rumah Nur Jannah. Sebenarnya Diana takut jika suaminya berlama-lama dirumah isteri tuanya dirinya akan dilupakan dan yang paling ditakuti suaminya akan jatuh cinta pada NurJannah pula. Walaupun dia tahu isteri tua suaminya tidak secantik dan seanggun dirinya. Pernah sekali dia bertanyakan suaminya..

“Farid  apa yang you pandang dengan Jannah tu.. sampai you macam nak pergi rumah dia  saja..I tenguk dia tu bukanya cantik sangat sampai you asyik teringat kat dia”.

“Ini bukan soal cantik Diana..dia tu isteri I, I kena bertanggung jawap pada dia..dia ada hak keatas diri I ni”.

“Alaah bukan pasal tanggungjawab I rasa…tentu dia dah guna-gunakan you.. itu yang tak boleh nak lupakan dia. Dari dulu lagi I dah tahu cita rasa you Farid.... you akan pandang yang cantik dan bergaya saja..Ni I tenguk dia tu langsung tak masuk dalam golongan wanita cantik.. bergaya apatah lagi”. Ketika itu suaminya hanya mendiamkan diri sahaja., tetapi dia tidak tahu bisik hati suaminya…

‘Hai Diana.. cantik bukan pada fizikal sahaja’ tetapi kata-kata itu hanya didalam hati Tengku Farid sahaja ..sebenarnya dia malas mahu melayan kata-kata Diana..jika dilayan lain pula jadinya..dia malas mahu bertengkar sebetulnya. Pada Tengku Farid sekarangt ini NurJannah adalah segalanya. Cantik lahir dan batin, lemah, lembut bersopan dan penyayang. Yang selebihnya seorang yang sangat memahami dan bertimabang rasa. Jika dibandingkan dengan Diana seratus kali banyak kelebihan NurJannah.

 Tengku Farid redha dalam terpaksa. Walaupun hatinya sering menjerit rindu pada kebiasaan mengaji, berzikir dan solat berjemaah bersama NurJannah.Tetapi untuk kebaikan isteri dan anaknya yang di kandungkan oleh Diana dia terpakasa bersabar.  Rutin menghantar dan menjemput Nur Jannah pergi dan balik dari kerja tetap berjalan seperti biasa.

Pagi itu ketika menghantar NurJannah kepejabatnya.....
“Jannah  biasanya kalau pukul sepuluh pagi abang call office mesti Jannah tak ada, call handfon Jannah tak jawab…Jannah pergi mana?” kemuskilan hatinya selama ini disuarakan dengan teragak-agak, takut-takut Nur Jannah berkecil hati, kerana pergerakkanya diawasi. Sudahlah sejak akhir-akhir ni dia tidak dapat layanan dari dirinya, pergerakkanya pula dia awasi, salah tanya nanti tentu isterinya yang ini akan melenting. Itu yang ada di fikiran Tengku Farid.

“Masa tukan waktu minum jadi…InsyaAllah kalau tidak ada keuzuran pukul sepuluh tu Jannah pergi sembayang sunat Duha...
Sunat Duha ni sembahyang memohon rezeki dari Allah, Semua rezeki itukan datang dari Allah. Kata atuk Jannah… Allah suka kita meminta-minta kepada Nya, jika kita memohon kepadaNya..Insyaallah Allah  akan memberi dengan penuh keberkatan dan kita juga dapat pahala.
Contohnyalah kita nampak buah di pokok orang, kita ambil dan kita makan,ada ke tuan pokok itu akan membelah perut kita, sebab kita ambil dan makan buah dari pokok dia tampa meminta izin dari tuannya terlebih dulu…tentulah tidak.Mahu tak mahu dia akan membiarkan sahaja perbuatan kita, walaupun didalam hatinya terkilan. Tapi lain kalau kita mintak dulu sebelum kita ambil, tentu tuan pokok tu gembira kerana kita menghormati haknya.Begitu juga semua rezeki yang ada didunia ini, semuanya Allah yang punya,kalau kita tak minta, Allah bagi juga sebab kita sudah berusha mendapatkan rezeki itu. Tapi apalah salahnya kita ni sebagai seorang hamba meminta dahulu sebelum kita mengambilnya. Lagi pun bukan susah sangat sembahyang sunat Duha ni, hanya  dua rakaat saja. Rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dengan Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua bacalah Surah Al-Fatihah dengan Al-Iklas, semasa sujud  sebelum tahiyat akhir  bacalah YA WAHHAB sebanyak 40 kali lepas tu… barulah duduk baca Tahiyat akhir dan salam, dah habis. Kalau kita ada masa lagi bacalah zikir subhanallah walhamdullilah walailhaillah wallahuakbar,sebanyak sepuluh kali,lepas tu barulah baca doa,memohon rezeki.

Yang atuk ajar pada Jannah doanya begini, tetapi sebelum apa-apa doa dibaca kita mesti baca selawat keatas Nabi dulu.  Kata datuk Jannahkan selawat Nabi ni macam setemlah kalau nak doa kita dihantarkan oleh malaikat kepada Allah, kita mesti baca ini dulu
Bismillahirahman nirrahim,Alhamdulillahirabbilalamin, wassalatuwassalamuala asyrafi anbiyauwalmursalin, waalaalihiwasahbihiwasallim.
Sesungguhnya waktu duha,waktu duhamu,cahayanya cahayamu,keindahanya keindahamu, kesuciannya kesucianmu, Ya Allah jika rezekiku ada dilangit maka turunkannya untukku, jika ada dibumi maka keluarkanya untukku, jika jauh maka dekatkan untuku, jika hamper maka mudahkanya untukku, dengan kebenaranya duhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu berikanlah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambamu yang solih. Wasallallahuala Saidina Muhammadin waala alihi wasahbihiwabarik wasallim.

Ada doa bahasa Arab tapi Jannah baca semuanya dalam bahasa Melayu saja, bahasa Arab Jannah tak lancar”,kemudian Jannah menyambung lagi..

”Kita ni bang kalau boleh biarlah ada wuduk selalu, ni pagi tadi kita dah berwuduk untuk solat subuh, sekejap lagi kita akan berwuduk lagi untuk sembahyang sunat Duha, tentu sekurang-kurangnya sampai pukul 12 tengahhari nanti baru batalkan tak lama lepas tukan kita berwuduk lagi untuk sembahyang Zohor pula, jadi bolehlah dikatakan kita sentiasa ada wuduk, kata atukkan kalau kita sentiasa  berwuduk syaitan tak berani dekat.” terang NurJannah dengan iklas kepada suaminya.

Terpegun Farid mendengarnya dan terdetik dihatinya banyaknya perkara yang dia tidak tahu untuk menjadikan dirinya seoarang hamba Allah yang diredai.

“Jannah boleh tak Jannah tuliskan pada abang cara-cara sembahyang  sunat Duha tadi Insyaallah kalau abang ada masa abang nak cuba buat.”

“Ini ada buku cara-cara solat sunat lain dan solat Duha.  Jannah ada tandakan,dulu Jannah tak lancar sangat jadi Jannah sentiasa bawa buku ni.” NurJannah mengeluarkan buku kecil dari bag bimbitnya lalu menghulurkan  kepada suaminya.

“Bang..”Tengku Farid mengangkat mukanya dan memandang NurJannah dengan pandangan hairan.

“Abang tak jemu ke dengar Jannah cerita, bukan cerita sendiri pulak tu,cerita atuk Jannah yang abang tak kenal.” gurau isterinya.

“Abang kalau boleh hari-hari nak dengar Jannah. Jannah nak tahu..sebenarnya sekarang ni abang rasa sangat bersyukur  dipaksa nikah dengan Jannah. Tapi Jannah.. masa untuk kita bersama-sama macam dulu sangat terbatas. Kalaulah Diana dapat bertolak ansur dan memahami kehendak hati abang, alangkah bahagiannya…abang sebenarnya rasa bersalah sangat kerana tak dapat berlaku adil dengan Jannah.” terpancar kekesalan di wajah suaminya, dia benar-benar rasa terkilan dengan apa yang tidak dapat dilakukan kepada isterinya Nur Jannah yang banyak mengalah.

“Tak mengapalah bang.. Diana lebih memerlukan abang, Jannah reda  semuanya demi Diana dan anak abang yang dia kandungkan, abang jangan rasa bersalah pada Jannah.” Sudah berulang kali dia menyatakan begitu pada suaminya. Nur Jannah menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya. Kerana kereta suaminya telah lama berhenti dipintu masuk kepejabatnya.

“Jannah sebenarnya abang rindu nak baring dipangkuan Jannah sambil Jannah picit-picit dan membelai rambut abang.” Tengku Farid menyatakan kerinduannya dalam masa yang sama tangan isterinya masih di genggamannya.

“Abang mintalah Diana buat untuk abang.”…lama mereka bertatapan sebelum Tengku Farid melepaskan tangan isterinya Nur Jannah. Begitu sedeh sekali hatinya melepaskan isterinya pergi.


=====================================================