“Tak guna fikir cinta pertama kalau
menyiksa kita Yam. Akak yang sebenarnya dah tolak dan campur kebaikan dan
keburukan kalau akak berpisah dengan dia. Pertama suami akak yang sebetulnya
hanya kesian saja dengan akak. Cinta dia pada akak dulu dah lama beralih pada
isteri tua dia. Yang kedua emak mertua akak pun masih tak boleh terima akak ni
menantu dia. Itu dia cakap sendiri dengan akak, bukan akak yang
mengada-ngadakan cerita. Yang ketiga kalau akak masih isteri dia kemungkinan
besar isteri pertama dia akan minta cerai selepas dia bersalin anak yang ketiga
ni. Kalau ditakdirkan mereka bercerai, suami akak tentu akan kehilangan tiga
anak-anak dia, sedangkan akak pula belum tentu lagi akak dapat mengandungkan
anak dia. Akak kesian suami akak Yam. Macam mana dia kesiankan akak, macam
tulah akak kesiankan dia. Jadi akak rasa nak berkorban untuk dia. Lagi pun akak
dah mempunyai tapak untuk hidup akak sendiri tampa bantuan suami. Itulah
pasalnya akak minta Yam carikan kerja untuk akak”.
“Yam sebenarnya kesian kat akak, tabah
akak ni. Kalau Yam tak tak tahulah macam mana jadinya”.
“Akak jadi tabah sebab suami akak Yam,
dia yang ajar akak jadi tabah macam ni. Menilai cinta pertama yang tak ada
hasil. Sedangkan isteri dia yang baru kenal beberapa tahun dah nak masuk tiga
hasil cinta mereka. Akak nak anak sendiri Yam, tapi ni haa dah dua tahun lebih kami kahwin tak
menampakkan hasil pun. Akak rasa impian akak tu tak mungkin tercapai kalau akak
terus hidup dengan dia”.
“Akak dah check ke yang akak subur dan
boleh mengandung. Kalau sememangnya akak yang ada masaalah tak subur tak guna
juga kahwin dengan orang lain, akak tak dapat juga merasa nak menimang anak
sendiri.”
“InsyaAllah, akak subur Yam, tak ada
masaalah kemandulan. Enam bulan lepas
akak dah dapat keputusan yang akak memang subur dan tak ada masaalah lain. Kata
doktor mungkin rezeki belum menyebelahi akak saja.”
“Oh akak dah pergi checklah”.
“Akak pergi chek masa isteri dia bersalinkan
anaknya yang nombor dua tu lagi. Ingat tak masa yang kita muntah-muntah
keracunan makan, akak ingat akak mengandung, rupanya kita keracunan makanan.”
He..he. he mereka ketawa lagi mengenangkan kisah lucu mereka.
“Akak tak takut ke nanti bila dah
bercerai tak ada pula orang nak kan akak, sampai tua akak hidup sorang. Dahlah
anak tak ada, suami pun tak ada”.
“Tak apa, akak dah ada pendapatan
sendiri dan tak bergantung pada orang lain. Kalau dah tak ada jodoh terima sajalah, dah takdir akak”.
“Ia tak ia jugakan ajal maut jodoh
pertemuan ditangan Allah. Kalau kita nak berdoalah mesti Allah akan temukan
jodoh kita kan kak”.
“Yang akak selalu fikirkan kenapa
susah sangat akak nak mengadung sedangkan akak subur dan suami akak pun tak ada
masaalah tapi kenapa dah sampai dua tahun lebih kami kawin akak tak mengadung
lagi. Akak nak cerita satu cerita dengan Yam. Lepas akak cerita ni Yam fikirkan
mungkinkah…” Selepas itu Sarah berh enti dari bercerita.
“Mungkinkah
apanya kak? terberhenti pulak akak cakap ni”.
“Akak nak
ceritalah ni, dulu arwah emak akak ada
cakap dan haritu emak suami akak cakap juga perkara yang sama. Akak takut
cakap-cakap diorang dimakbulkan oleh Allah sampai kesudah kalau akak masih jadi
isteri dia, akak tak akan dapat anak. Doa seorang ibu tu selalu di makbulkan
oleh Allah kan Yam, apatah lagi sampai dua orang ibu yang doakan akak.”
“Apa yang
emak dia dan arwah emak akak cakapkan?”.
“Kan akak
ada cerita dulu, lepas habis belajar saja suami akak ni pingang akak. Masa itu
mak akak tak nak terima dia, maka keluarlah kata-kata, Yang emak akak ni tak
rela akak mengandungkan anak suami akak. Semalam tu emak dia cakap pula dia
suka akak tak mengadungkan cucu, itu dikira doa kan Yam.”
“Kenapa
pula macam tu?. Suami akak macam mana? dia juga
tak mahu akak mengandung anak dia ke?”.
“Dia ok
saja, dia memang nak anak kan, hanya emak dia yang marah sikit dengan akak dan
terlepas cakap dia doakan supaya akak tak mengandungkan cucu dia”.
“Dia marah
kenapa?.. sebab akak jadi isteri nombor dua anak dia ke..dia kata akak perampas
suami orang”.
“Dia tak marah pasal tu, dia marah sebab akak
tak berusha belajar masak, raya tahun lepas pun dia dah cakap kat akak tapi
akak buat tak kisah, ni haa baru nak belajar dengan Yam ni. Dia kata elok akak
tak ada anak dengan anak dia. Dia takut nanti cucu yang akak lahirkan pun nanti
tak tahu masak. Dan satu lagi dia takut cucu yang akak lahir kan asyik makan
kat kedai saja sebab emaknya tak pandai masak”.
“Susah
juga dapat mak mertua macam tu kan kak”.
“Tapi
betul juga cakap dia Yam, takkan nak makan bubur semaggkuk kecil nak kena beli.
Kena masa hari raya mana nak cari kedai makan orang Islam yang buka masa tu.
Entah-entah nanti anak akak mati kelaparanlah jawapanya. Yam tahu akak ni buka
api dapur pun takut tau. Nilah baru belajar sikit-sikit tapi kalau tak ada
suami akak kat rumah akak memang tak berani juga.”.
“tapi akak
kan tengah belajar ni, lama-lama nanti
oklah, masak ni nakkan biasa sahaja, kalau dah selalu nanti boleh lah akak masak
sendiri kat rumah”.
“InsyaAllah,
tapi akak takut doa emak dan emak mertua akak ni berlanjutan sampai akak tua.
Sampai ketualah akak tak dapat anak Yam. Lagi pun, sekarang ni akak dah mula
rasa, apa yang isteri tua dia rasa sejak akak datang dalam hidup mereka.”
“Apa yang
isteri tua suami akak rasa”.
“Rasa
macam nilah, TERABAI. Bila suami selalu tidak ada disisi kita, bila masa suami
lebih pada isteri yang satu lagi. Mungkin masa tu dia baru saja bersama akak,
itu yang selalu dengan akak hingga terlupa dia ada isteri satu lagi. Akak pun
salah juga kerana tak mengingatkan. Ialah Yam mana ada orang yang menolak kalau
suami nak selalu dengan kita kalau boleh dia jadi hak milik kita seorang ye tak.
Itu lumrah hati seorang isteri. Sebetulnya suami yang nak ada lebih dari
seorang isteri hatinya kena kuat. Kuat tak condong pada sesiapa pun. Kuat
menegakkan keadilan. Adil membahagi masa mereka. Barulah tak ada yang rasa
terabai”.
“sekarang
ni akak rasa suami akak tak adil pada akak lah. Dia dah jarang balik rumah akak itu yang akak rasa
terabai?”
“Dia
balik..tapi tak macam dulu. Dulu akak tak rasa akak ada madu, sebab dia selalu
kat depan mata akak. Kat tempat kerja memang kami satu pejabat. Dari pagi
sampai kepetang dia ada depan mata akak. Dia pergi rumah isteri tua dia, masa akak dah nak
masuk tidur, jadi tak terasa sangat. Tapi sekarang dia kena lebihkan masa pada
isteri tua dia. Siang lagi dia dah pergi sana, sekarang akak selalu makan malam
sorang-sorang. Itu yang terasa tu”.
“jadi
dalam hal ni akak salahkan suami akaklah tak pandai nak bagi masa dia,
sedangkan dia ada dua tanggungjawab”.
“Tak
juga, akak tak salahkan suami akak tu
dan tak salahkan isteri tua dia juga. Anak-anak
mereka masih kecil masih memerlukan pemerhatian, isteri dia tengah sarat
mengandug. Akak kena faham. Masaalah kami
bersangkutan dengan keadaan Yam, keadaan sekeliling. Kami tersepit.
Kalau kami nak menghuraikan kekusutan yang ada sekarang salah seorang kena
berundur. Tapi akak rasa yang lebih baik
mengundur diri adalah akak. Kalau kami masih lagi bersama, keadaan ini akan
berterusan, pihak isteri yang akan merasainya,
kalau tak akak yang rasa atau pun madu akak yang akan rasa. Pihak suami tak akan rasa
apa-apa. Dia sentiasa terjaga. Dia hanya perlu berusha kuat untuk mencari duit
sahaja. Bab perasaan mereka tak akan terjejas.”
“Kenapa
akak tak terus terang dengan suami akak yang akak rasa terabai?”
“Akak tak
nak dia rasa bersalah pada akak. Akak sepatutnya sedia maklum kerana akak yang
rela bernikah dengan suami orang dan akak kena memahami masaalah suami
akak, anak-anak kat sana masih kecil.
Anak dia yang tua rasanya baru dua tahun dan yang perempuan tu belum lagi
setahun, dalam Sembilan bulan macam tulah, ni isterinya tengah sarat mengandung,
6bulan lebih dengarnya. Yam boleh
bayangkan tak macam mana nak jaga anak kalau dia sorang-sorang”.
“Bermasaalah
juga ye kak Sarah kita kena sabar banyak-banyak
dan juga bertimbangrasa ialah dah
kita yang menumpang kasih lelaki yang dah ada isteri”.
“Akak fikir
timbang rasalah akak bersabar Yam, tapi sampai bila kita harus bertimbang rasa.
Akak takut akak tak cukup sabar Yam. Kadang-kadang kalau duduk sorang-sorang
rasa sunyi sangat, dahlah tak ada anak, suami pula kat rumah isteri lain. Sedeh
hati akak ni Yam.”
“Berdoalah
kak Sarah semoga ada jalan penyelesaian. Yam berharap Yam tak akan jatuh cinta
dengan suami orang. Yam doakan agar kak Sarah sabar dengan dugaan ini.”
Maryam
hanya memandang Sarah yang bermuka sayu. Terdetik juga dihatinya mengapakah
Sarah tidak berfikir dahulu ketika bernikah dengan suami orang. Kalau nak
dikira Sarah berwajah cantik ada iras-iras ratu rock Ella. Gerak geri dan
percakapannya juga manja, mungkin sebab dia anak bungsu. Ialah bak kata orang
dah terantuk barulah nak terngadah. Mungkin dulu dia tidak terfikir keadaan
akan jadi macam ni. Tentu dia fikir suaminya akan lebih menyayagi dirinya
kerana dia adalah cinta pertamanya.
“Kak Sarah
sesekali akak marahlah suami akak tu biar dia sedar dia dah buat tak adil pada
akak..”
“Akak
memang nak marah kalau dia tak kat depan mata.Tapi bila dah kat depan mata akak
nak marah tak jadi, bila akak tenguk
keadaan suami akak kak kesian. Bila
dia balik rumah akak nampak dia penat.
Yam bayangkanlah melayan dua kerja, bengkel lagi, anak-anak lagi. Sebetulnya
kalau seorang lelaki yang bertanggung jawab macam suami akak tu dia memang tak sesuai beristeri dua.”
“Ehh
kenapa pulak macam tu, diakan yang ajak akak nikah walaupun masa tu dia dah ada
isteri. Tetntu dia rasa mampu nak hendle semua ni?”.
“Mungkin
tujuan utama dia dulu dia nak anak. Masa akak nikah dengan suami akak dulu,
mereka kan dah kahwin tiga tahun lebih tapi isterinya masih tak mengandung lagi. Itu yang dia ajak akak nikah. Ataupun masa tu dia kesihan kat akak yang kena buang
keluarga dan akak pun tiada sisap-siapa kat KL ni.”
“Jadi
memang akak nak teruskan niat nak bercerailah. Tapi kalau suami akak tak nak
ceraikan akak, sebab macam tak ada sebab dia nak ceraikan akak, nak kata bergaduh akak dengan dia tak
bergaduh. Nak kata dia tak adil dia adil dan memenuhi tanggungjawab dia.”
“Akak
kena bincang hati kehati dengan dia.
Tapi akak memang dah tetap hati nak bercerai dengan dia. Sebab utama akak kesian dengan suami akak. Dia terpaksa
membuat pilihan antara akak dan isteri tua dia. Kalau akak yang berundur, akak
sorang. Bahagia tu di mana-mana akak boleh cari. Akak dan cukup dewasa untuk
mencari bahagia akak sendiri. Tak semestinya bersuami sahaja boleh bahagia.
Kalau kita sorang-sorang kalau kita nak bahagia, bahagia juga kan.
...Kalau
isteri tua dia yang berundur, mereka dah ada anak tiga Yam. Anak-anak dialah
yang akak kenang, anak yang masih kecil, KITA
yang akan carikan bahagia untuk diaorang betul tak. Bermasaalah masa dia
masa kecik ni takut membawa sampai ketua Yam. Terlalu sedikit ‘nasib baik’ kalau anak-anak terbiar ni
yang berjaya dan bahagia dengan kehidupan mereka. Yang kedua akak takut cakap
arwah emak akak membelit akak sampai ketua kalau akak masih menjadi isteri Mohd
Syukri. Akak nak anak sendiri Yam. Sebab dah disahkan oleh doctor akak tak mandul.”
“Tak
berdosa ke akak cakap macam ni…”
“Entahlah
Yam, tapi bila akak kenangkan akak akan sorang-sorang sampai tua, akak jadi
tawarhati nak hidup dengan dia. Akak tak mahu bila kita dah tak boleh buat
apa-apa baru nak bertindak, masa tu dah
terlambat dan dah tak guna. Akak akan tanggung rasa menyesal kerana tak
berusha, dengan perkahwinan yang tak bermakna.”.
“Kenapa
dulu akak teruskan nikah dengan dia walaupun akak tahu suami akak dah isteri .
Kalau dia kawin dengan wanita tu tentu dengan rasa cinta kak”.
“Entahlah,
tapi dulu akak fikir dia kahwin hanya nak memenuhi naluri hati lelakinya sahaja.
Tapi bila sudah tiga empat kali dia cakap yang dia nikah dengan akak kerana
KASIHAN barulah akak sedar, cinta dia dengan akak dah tak ada. Kalau akak tetap
duduk disisi dia mampu ke akak tanggung rasa sakit hati, rasa terpinggir dan
rasa kosong ni bila dia pergi kerumah isteri tua dia untuk seumur hidup
akak. Lebih lagi bila akak tahu dia tak
cintakan akak. Akak rasa akak tak
mampu. Kalau akak nak bahagia dan terlepas dengan segala rasa tu akak kena
berudur dari hidup dia. Yam! sebenarnya sekarang ni akak tak mampu memikirkan
dalam hati suami kita ada wanita lain yang dia cinta. Pada akak bahagia kita,
kita sendiri yang kena cari Yam.”
“Apa yang
akak maksudkan perkahwinan yang tak bermakna”.
“Kalau
akak teruskan perkahwinan ini dan ditakdirkan akak tak dapat juga anak sendiri,
masa tu akak dah tua dan tak boleh beranak lagi. Bukankah tak bermakna. Suami
akak memang untung isteri tua dia dah bagi dia anak”.
“Mintalah
satu anak tiri akak biar akak jaga, anak tiri sama dengan anak sendiri tau kak.”
“Jangan
cari penyakit Yam, pernah dulu suami akak bawa anak dia yang sulung tu tidur
rumah akak, masa tu madu akak utu kerja malam, pagi tu dia datang rumah akak di
bagi amaran kat akak, anak dia tak boleh nak kongsi, kalau suami akak ambil
terus pun tak apa. Ertinya apa Yam? ertinya dia lebih sayangkan anak dia dari
suami dia Yam oii”.
“Kalau
macam tu suruh sajalah suami akak ceraikan dia, akak pemilik tunggal suami akak
tu”.
“Akak nak
anak sendiri Yam, kalau akak dengan suami akak peluang nak dapat anak itu
nipis”.
“Akak nak
bercerai dengan dia dengan niat nak kahwin dengan orang lain kot-kot boleh
dapat anak. Kalau akak tak dapat jodoh macam mana?”
“Sekurang-kurangnya
akak dah mencuba jadi akak tak menyesal. Agak-agak umur akak dah empat puluh
nanti, akak tak dapat jodoh juga, masa tu barulah akak ambil anak angkat perempuan. Jadi taklah
timbul soal mahram nanti”.
“Jadi bila
akak bercadang nak bercerai”.
“Secepat
yang mungkin, paling lewat pun sebelum isterinya lepas pantang”.
“Kenapa
pula macam tu?”.
“Sebetulnya
mereka berdua dah ada perjanjian. Yam ingat tak masa isteri tua dia tu kena
gastrik tapi rupanya dia kena alahan mengadung dulu tu.”
“Inagt”.
“Pagi tu
akak dengar dia minta cerai, dia kata
sebelum dia mengadung lagi dia minta suami akak lepaskan dia. Sejak hari tu
akak Nampak wajah sedeh suami akak. Dia tak gembira macam dulu lagi. Akak
selalu nampak dia termenung. Sekarang suami akak dah kurus Yam. Akak tahu dia
susah hati dengan permintaan isteri tua dia tu.”.
“Kenapa
pula macam tu? Suami akak tu kan adil, dia tak kan miss giliran kedua isteri
dia”.
“Perempuan
mana yang suka dimadu Yam, tapi ialah kalau akak kat tempat dia pun akak akan
rasa macamtu juga agaknya. Sekarang ni akak dah kat tempat dia lah Yam. Dulu
masa kami baru nikah suami akak selalu dengan akak. Kerja dah satu tempat
kerja. Makan pagi makan tengahari makan malam pun dia dengan akak, lepas Isyak
baru dia balik rumah iateri tua dia. Tapi sekarang keadaan dah terbalik sebab diorang
beranak kecik dan isteri dia sedang mengandung dia terpaksa tolong isterinya
jaga anak”.
“Kenapa
dulu dia tak buat macam tu? Bukan baru sorang anak dia dah nak masuk tiga orang
baru nak tolong isteri tua dia.”
“Sejak dia
pasang CCTV kat rumah isteri tua dia barulah dia sedar betapa susah isteri dia
jaga anak. Masak sambil dukung anak, solat dia pun terkejar-kejar. Dia baca doa
lepas solat dan mengaji pun anak atas riba dia Yam, akak pun tenguk kesian.
Lepas tu kalau suami akak turn kat rumah akak, anak demam jaga sorang-sorang. Malam dua tiga
kali dia bangun, kadang-kadang dia tidur
sambil duduk bila anak tak mahu diletakkan. Bukannya senang nak besarkan anak
Yam. Itulah sebabnya sekarang ni suami akak lebihkan masa kat sana. Bila masa
dia lebih banyak kat sana, akak mula rasa apa yang isteri tua rasa. Itu yang
akak nekad akak nak bercerai”.
“Alah
sabarlah kak, nanti kalau anak diaorang dah besar tentu tak macam tu lagi. Buat
masa ni akak kenalah sabar”.
“Nak sabar
macam mana Yam. Isteri tua dia tu masih muda, rasanya dia lagi muda dua tahun
dari akak. Besar saja anak yang ini tahun depan sorang lagi, dan lagi. Lain lah
kalau dia tu dah tua dan tak akan bersalin lagi, memang akak sanggup tunggu”.
“Ehh
ceritalah..yang isteri dia tu kena gastrik tu”.
Sayang Mak Teh!!! Thank u for the new n3, usually dap at baca breakast je tapi hair ini bonus tengahari pula. syabas!!¨
ReplyDeleteBest.......thanks mak teh
ReplyDeletemekasih mak teh..ingatkan takde n3 terbaru sbb smlm mak teh kata takde..
ReplyDeletetgk2 mak teh tak mahu menghampakan kita semua..
sayang mak teh...
ni si yam ni lak dah nak jadi batu api ek..
lempang karang baru tahu...
Baguslah sarah fikir cam tu.yam kau jgn duga perasaan org.batu api ya.bagus3x sarah dan syukri cerai
ReplyDeletewalau ap pun sarah ckp nak tunjuk yg dia tu baik..
ReplyDeletesaya tetap tak suka dia...
sebabkan dia nuri terseksa selama 2 tahun..
ni baru beberapa bulan dah membebel2..
elok le sarah beramb..sssss. datang pun tak di jemput dan nak pergi pun tak di halau. nasib baik kali ni reti bawak diri. takde la nampak cam terencat akal selama2nya..
ReplyDeleteTerima kasih Mak Teh. Nampaknya Sarah cerita dia baik sahaja dengan Yam. Kenapa dia tak cakap yang selama ini dia yang cemburu berlebihan dengan Nuri suka mengarah suaminya supaya lewat-lewat ke rumah isteri tua, mengajak isteri ke Langkawi sehingga suami terpaksa berbohong dengan Nuri dan sebagainya. Pada saya Sarah masih tak menunjukkan usaha untuk berubah.
ReplyDeleteboleh ke syukri melepaskan sarah. sedangkan nuri yg di katakan sayang la sangattttt tu sanggup di tinggalkan dengan keadaan uzur nak beranak sebab nak melayan rengetan sarah.
ReplyDeletemotif si gedik bercerita yang baik2 pasal nuri...
ReplyDeleteadakah kerana nak menunjuk betapa luhurnya hati dia terhadap madu..
sebab dia tahu walau macamana pun syukri melayan gedikan dia tp di hati syukri nuri tetap no.1...
jadi sebelum berpisah biar dia bercerita seolah2 dia tu seorang yg baik dan sangat memahami..
akhirnya sedar pun diri tu dah tua dan lagi tua dari madu. ingatkan masih nak perasan budget ala2 comel merengek kat laki dan laki pun meluru je datang tinggalkan nuri. ha..sekarang baru tau laki dah tak layan. jadi apa pilihan yang ada. dah tak jadi ke nak merengek dengan laki supaya ceraikan nuri dan bole konker laki sorang2.
ReplyDeleteheeheheh...semua x suka sarah walaupun dia dah sedar coz dia perampas kan...
ReplyDeletesebab kita masih ingat lagi kesakitan nuri kerana dia. 2 tahun lamanya nuri bersabar dan menahan rasa. dia yang baru 6 bulan dah tak tahan. lagipun bukannya syukri berbohong dengan dia. masih ikut turn walaupun pulang selepas anak2 tidur. padahal dia dari pagi lagi dah ngadap muka laki dia. cuma syukri baru tersedar dan terhegeh2 nak tunjuk baik dengan nuri sebab nuri sekarang dah bertegas.
Deletesaya suka kalau da konflik lagi mak teh. buat nuri pergi jauh dari syukri walaupun syukri tak mahu lepaskan dia. saya tetap tak berpuas hati pasal pembohongan di langkawi dan nuri menanti dengan lurusnya dan balik bertanya keadaan syukri di bangkok yg di katakan pergi tok mencari barang2 kereta. padahal berpoya2 dengan perempuan tu.
baguslah kalau sarah dah sedar diri. Nak ke syukri ceraikan si sarah? bukankah syukri kesian sangat kat si sarah tu? Mana mereka pernah gaduh selama ini, syukri asyik mengalah aje... Patut sangat nuri buat macam tu.... Hah makan hati si syukri bila nuri dah lancar serangan balas.. Baru dia tahu sayang nak tinggal anak-anak... Tq mak teh atas post baru... sayang mak teh.
DeleteAlahai rindu pulak kat Nuri dera syukri. Kali ni kisah sarah luah perasaan je. Menyampah plk sarah duk kata mak mertua mcm mak dia. Yg mak dia hina kelurga syukri mcm2 tak nak citer pulak. Dah Yam tu ingat lain je, w'pun sarah puji baik.
ReplyDeleteRasa macam tak puas baca sebab tak de kisah Nuri. Suka baca bila Nuri buat tak layan dengan Syukri. Sampai menangis...... tq mak teh.
ReplyDeletebetul mak teh...saya pun suka kalau baca kisah nuri,,nak tengok sejauh mana nuri bertegas dengan syukri..
DeleteSarah ni depan si yam ni dia kata nak berpisah dengan syukri, tapi bila dah balik rumah lps tu tgk plk cctv rumah nuri nampak mcm nuri bahagia sikit, mulalah naik perasaan cemburu tak jadi plk nak minta cerai dari syukri. Pastu timbul plk tamak haloba dia nak milik syukri utk dia sorang. Ingat senang ke nak minta cerai kalau tak ada bukti kukuh. Syukri nak ke ceraikan dia kononnya tebal sangat KASIHANnya tu. Tak sabar nak tahu. Nuri plk masihkah akan meneruskan tuntutan janjinya pada syukri... Alahai syukri..... Meraung tak berlagulah syukri...
ReplyDeleteCerita sarah semua baik jer. Kenapa Syukri terlepas kelahiran anak2nya tak plk disebut. Dengan Yam sekali terlibat, bg idea bodo dlu. Konon lepas 3 bln uwek2. Rupanya sampai Nuri lahirkan anak k2, depa uwek2 keracunan mknan.
ReplyDeleteDah dok sibuk nak cerita pasal nuri gastrik..tak nak cerita ke perangaj buruk tamak kau tu sarah...
ReplyDeleteeh.. Si hayam ni pulak lebih2 nak jadi Batu API.. sibuk je 2 org perempuan nih bergossip Hal Nuri...
ReplyDeletesenang cerita.....kita bagi Syukri melopong. Dua-dua mintak cerai.
ReplyDeleteeh eh jgn...biar nuri ja yg tinggalkan syukri. biar syukri makan nasi bungkus sampai mampusssss.....dan biar dia hidup berdua ja dgn sarah sampai tua...biar melopong mulut dia tengok anak2nya berjaya tanpa bapa...hissss geramnya aku!!!!!
DeletePerempuan mcm sarah ni hipokrit je.dia nak tunjuk depan siyam ni dia ni baik.peh.ni manusia talam dua muka.perangai jahat.syukri memang bodoh tak tahu menilai mana intan mana kaca.kesian konon tapi nak tunjuk hebat rasanya blh kahwin 2.padahal tak sedar kalau nuri tak ada agaknya sampai sekarang duk cam tu je tak berjaya.nuri yg bnyk tlg.memang tak sedar diri.baru sekrg nak menyesal selama ni tgk nuri kat cctv tak pernah nak ambik berat.memang padan muka syukri.kasi dera teruk perasaan syukri.sarah kau perampas blh belah tak sedar menumpang harta nuri.kalau saya nuri dah lama ambik balik harta yg bg tu pada syukri biar mereka mula dr bawah semula baru sisarah menyesal kahwin dgn syukri.ha..ha..ha gelak jahat
ReplyDeleteMak Teh, macam mane sarah sedar sekalipun peminat Nuri takkan beralih arah.
ReplyDeleteBagi je abg maryam yang duda tu kat sarah. Sarah pun suka anak tiri. Baru dia tau tahap kemalasan sarah. Masa laki lebihkan dia tau menggedik je. Dah sunyi selalu ditinggal baru belajar masak. Alasan.
Kalau nak buat cam cite tamil..bagi syukri kahwin dgn siyam ni..biar hari2 gedik bertumbuk dgn siyam sbb tgk perangai sama spesis..jenis vangang..
ReplyDeletesi sarah ni cam saje nak test market je ni..
ReplyDeletebaru enam bulan syukri dok ulang alik ke rumah nuri sibuk nak minta cerai..
agaknya dia nak syukri lak merayu2 dengan dia cam syukri merayu nuri..
Mungkin jugak kan. Nuri ada anak2, sarah ada ape? Gedik, boleh jalan lah. Heheheh....
DeleteTak sabar nak baca bab seterusnya mak teh...
ReplyDeletebagus juga cadangan salah satu kawan kita nie, jodohkan aje dia yam punya abang duda n dapat anak express, tengok dia boleh handle tak. dan jangan pula kaya raya biasa2, tengok le dapur berasap atau tunggh suami pulang. tapi yg pasti kami semua tak nak Nuri dgn Syukri.
ReplyDeletebetul..saya setuju..jgn bagi sarah kahwin dengan orang kaya..kahwin yang biasa2 je..kan hari tu dia marah sangat dan sampai merajuk dengan syukri bila syukri ckp yg semasa susah nuri yang banyak membantu dia..makan berjimat, tempat tinggal pun dalam bilik..pastu syukri cakap kalau dia tak kahwin lagi, mesti sarah pun tak mau dengan dia sebab kesusahan hidup dia masa tu..reti pulak dia marah dan merajuk..jadi sekarang bole la dia nak merasa hidup di zaman kesusahan nuri dulu..kan selama ni hidup dia senang sangat dok menumpang senang si nuri..
ReplyDeleteDah tau bini tua suami yang lebih muda pun boleh berdikari. Harap kelebihan merengek je, sape pun boleh. Nuri pun dulu manja tapi disebabkan kecewa sangat dia jadi macam tu. Syukri pulak baru dapat yang baru tak kisah Nuri hilang kemanjaan. Tak ingat macam mana susahnya nak pikat Nuri dulu. Sekarang bila dah nak kehilangan baru nak terhegeh² ambik hati Nuri, rapatkan diri dengan anak².
ReplyDeleteHanya maryam dengan syukri je yang percaya dengan sisarah ni. Orang lain kalau dengar cerita bab dia takut nak pasang api dapur tu pun dah agak tu alasan orang pemalas jer.
ReplyDelete