~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 8 June 2012

Bab2.Jangan ada rahsia




Baik-baik menanam selasih,
Jangan diteduh sipohon sena,
Baik-baik memilih kasih,
Jangan sampai badan merana. 



Pulang cuti kali ini Tengku Faris mendukung seorang anak lelaki yang sedang lena. Mungkin perjalanan yang jauh menyebabkan sikecil keletihan..Alangkah terkejut kedua ibu dan ayahnya ketika dia sampai dengan menaiki sebuah teksi dari lapangan terbang dengan apa yang didukungnya.


“Faris!! anak siapa ni?”

“Daddy, mummy.. bagilah Faris rehat sekejap dah lah dari didalam kapal lagi Farid ni menangis, ni baru dia terlena..nanti Faris cerita satu persatu.” ketika itu anaknya yang sedang lena, terkejut bila mendengar kekecohan ditepi telinganya. Dia mula menangis lagi.

“Shyyy..”sambil menepuk-nepuk perlahan belakang anak Tengku Faris berkata lembut memujuk anak.

“nak susu ye…nanti papa buatkan susu.. mummy tolong buatkan susunya.” Tengku Faris memandang ibunya yang sedang memandang kepadanya. Dia mengeluarkan botol susu dan setin susu yang dibawanya. Mummnya pula memaggil pembantu rumahnya meminta pertolongan. Bila pembatu rumah dihadapanya

“Bik tolong bubuhkan air panas dan sejuk 4oz..kemudian masukan susu dia tiga skop cukup..ya.” Tengku Faris memberi tunjuk ajar kepada pembantu rumah mummynya. Sememang itulah bancuahan susu anaknya, jika terlebih susu anaknya akan mengalami sembelit pula. Setelah keadaan reda dan anaknya mula lena dipangkuanya semula Tengku Faris menceritakan haldiri dan anaknya.

“Daddy, mummy… Faris sebetulnya dah kahwin dengan seorang pelajar kat sana…nama isteri Faris tu Marina. Emak dia orang Melayu. Tapi dah lama bermastautin dan bekerja kat sana. Bapanya tak tahu keturunan apa sebab dah banyak sangat campur tapi mereka orang Islam. Dia ni senior Faris dua tahun”

“Jadi dia dua tahun tua dari Faris lah ye? Faris..dah berapa lama kamu kahwin? Kamu dah lupa ke.. kan sebelum pergi dulu kamu dah bertunang..macam mana daddy nak bagi tahu aunte Kal..yang kamu dah kahwin?” Seperti kereapi expres Tengku Faizal menyoal anaknya. Dahulu sebelum anaknya melanjutkan pelajaranya keluar Negara dia sudah ditunangkan dengan anak sahabat baik mereka Tengku Khalidah. Walaupun ketika itu anak sahabat baiknya itu baru ditingkatan lima. Ini bertujuan untuk mengikat anak supaya tidak terus tinggal di luar negara,

“Faris kahwin dengan Marina masa Faris ditahun dua lagi…Ialah dah emak dia suruh Faris nikah dengan anak dia Faris nikahlah..lagi pun masa tu Marina yang terhegeh-hegeh nak kan Faris..tak mahu balik rumah dia asyik nak berkepit dengan Faris saja. Kata emaknya dari terus membuat dosa baik terus nikah.”

“Dah lama rupanya kamu nikah..kenapa tak pernah bawa dia balik jumpa kami?”

“Kalau bawa balik sini tentu daddy dan mummy marah.”

“Habis ni kamu bawa anak kamu balik ni tak takut pula kami marah.” Sergah ayahnya pula geram dia dengan perangai anaknya yang tak semenggah.

“Kamu ni Faris suka menyesakkan fikiran daddy dan mummy..suka buat kerja tak bincang dulu.” Sambung Tengku Faridah yang sudah memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba rasa berdenyut.

“Kami dalam proses nak bercerai.. mummy.” Selamba saja suara Tengku Faris menuturkan seperti orang yang tidak bersalah.

“Kenapa pula nak bercerai anak baru sorang dah nak bercerai.. kamu tak kesian pada anak ke..Faris.” Terkejut mereka dengan kenyataan anaknya sendiri.

“Faris tak tahanlah mummy..Marina ni cemburu sangat..dia nak kongkong Faris.. balik rumah saja dia suruh Faris jaga anak..sekarang ni pun dia tengah sibuk nak cari kerja Farislah yang jadi mangsa jaga anak…Faris tak tahan orang macam tu..tiada kebebasan langsung.” Wanita mana yang akan tahan dengan sikap Tengku Faris yang sangat suka hiburan dan suka berfoya-foya. Harapkan sahaja muka hensem..tetapi itulah yang menyebabkan dia disukai ramai gadis.. ditambah dengan mempunyai harta sedikit dan pemurah pula.

“Masa kamu nikah dulu, kamu tak ingat ke kamu tu dah bertunang?..apa pula kata Tengku Khalidah nanti.” Dengan wajah sedeh Tengku Faridah memandng anaknya yang membuat onar.

“kan Faris kata Faris dalam proses nak bercerai dengan Marina, jadi apa masaalahnya.” Jawap anaknya tampa rasa bersalah.

“Kamu ni Faris..macam mana ni bang..macam mana kita nak cakap dengan kak Engku ..Ida malulah nak cakap.” Tengku Faridah memandang kearah suaminya yang kelihatan buntu juga seperti dirtinya.

“Nantilah kita cakap perlahan-lahan..rasanya ok kot tentu Tengku Khalidah faham.” Tengku Faizal berkata begitu untuk meyedapkan hatinya sendiri sebenarnya..dalam hatinya juga dipalu rasa bersalah dengan sikap anaknya. Dia teringat pertunganan anak mereka adalah diatas cadangannya..merekalah yang beria-ia mahukan Tengku Raihana menjadi menantunya. Walaupun ketika itu dia tahu Tengku Raihana sedang bersiap bersedia untuk mengambil peperiksaan SPMnya.

Tiga hari dirumah kedua ibu dan ayahnya Tengku Faris sudah seperti cacing kepanasan ..jiwanya meronta ingin keluar. Apatah lagi anaknya ada orang yang menjagakan. Terasa lapang jalan rambunya tiada gangguan.

“mummy..Faris nak keluar mungkin tak balik dua atau tiga hari ye..mummy tolonglah jagakan Farid ye mummy.” Lembut sahaja suara Tengku Faris meraih simpati mummynya.

“Kamu nak kemana Faris?..tolonglah jagakan anak kamu ni..nanti kalau kamu tak ada dia menangis”

“dah terlanjur Faris balik cuti ni, Faris nak jumpa kawan-kawan.. bila lagi dia nak biasa dengan neneknya.. lagi pun bibik kan ada.” Tengku Faris merayu lagi melembutkan hati mummynya untuk dia meneruskan niat hatinya.

Tengku Faris yang biasa hidup bebas berhibur dengan kawan-kawan bagai terbelungu bila duduk dirumah, hatinya mula melonjak-lonjak mahu keluar mencari hiburan. Dia ingin kePulau Pinang bertemu kekasihnya itulah tujuan utamanya.

Tengku Faizal kepejabat Tengku Khalidah tengahari itu bersama isterinya Tengku Faridah. Dia mahu berterus-terang dan membincangkan masaalah anaknya. Tengku Faizal ingin memberitahu sendiri perihal anaknya, dia tidak mahu Tengku Khalidah tahu perihal anaknya dari mulut orang lain. Setelah tiga sahabat itu duduk dimeja makan Tengku Faizal membuka cerita, isterinya hanya mendiamkan dirinya sahaja.

“Khal, I ada benda nak bincang dengan you tapi kalau I dah cerita, you janganlah benci kami pula ye.”

“Hssy you ni..buat takut I saja.. apa dia cakaplah.”

“I nak cakap tentang anak I…. kalau you masih nak nak terima, I bersyukur sangat tapi kalau you menolak I pun tak terasa hati.”

“Makin besar tanda tanya di kepala I ni…cepatlah cakap jangan buat I tertanya-tanya.”

“I tahu kita dah janji nak jodohkan anak-anak kita ..tapi tak tahulah.”

“Zal,Ida mereka kan dah bertunang..tunggu hari saja berbesanlah kita.”

“Kal yanag sebenarnya..Faris dah kahwin kat luar negara..I tak tahu pun. Dia ada balik ni..dia bawa anaknya sekali.” Terkejut Tengku Khalidah mendengar perkabaran itu.. bagai terhenti denyutan jantungnya sekejap.

“Nak buat macam mana… kalau dah tak ada jodoh mereka, kita redha sajalah..I tak salahkan you dan Ida.”

“Tapi kak Engku kata Faris dia dalam proses nak bercerai.”

“Kenapa pulak nak bercerai?”

“Katanya dia tak sesuai dengan perempuan tu..itulah kahwin kalau tampa restu ibu bapa agaknya tak serasi.”

“Kalau mereka bercerai you masih nak teruskan ke perkahwinan anak-anak kita Kal?” Tengku Faizal ingin mengetahui isi hati sahabat baiknya.

“Kalau you nak teruskan apa salahnya..lagi pun Faris dah nak berceraikan.”

“Kalau macam tu I dan Ida senang hati Kal..jadilah kita berbesan.” Lebar senyuman Tengku Faizal suami-isteri bila mendengar jawapan dari Tengku Khalidah.

Tengku Raihana di tunangkan dengan Tengku Faris Ikhwan ketika dia masih diingkatan lima lagi. Ketika itu Tengku Faris akan melanjutkan pelajaran keluar negera. Tengku Faizal suami isteri amat bimbang anaknya akan terleka diluar negara dan berkahwin dengan orang disana. Untuk memastikan anaknya akan pulang sehabis sahaja dia belajar, dia meminta jasa baik sahabatnya agar anaknya mereka berdua ditunangkan. Dalam perancangan akan di nikahkan sebaik sahaja Tengku Faris Ikhwan tamat belajar dari luar negara kelak.

Buntu Tengku Raihana memikirkan masalahnya. Jika di turutkan rancangan bondanya seolah-olah dia mengali lubang untuk dirinya sendiri dan terjun kelembah derita. Kini Tengku Raihana berada di tahun satu di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang manakala Tengku Faris Ikhwan sudah berada di tahun akhir di UK. Ini bermakna akhir tahun itu mereka akan dinikahkan.


Sebentar tadi Tengku Raihana terserempak dengan Tengku Faris Ikhwan yang pulang bercuti. Maklumlah anak orang kaya, bila-bila masa boleh pulang jika ada cuti. Kepulangannya bukan mahu bertemu dengannya, tunangan yang bakal dinikahinya tidak lama lagi. Dia bertemu kekasihnya yang merupakan seorang gadis yang menuntut di universiti yang sama dengan Tengku Raihana. Kekasih Tengku Faris Ikhwan ketika itu sudah memasuki tahun tiga. Dari sumber yang boleh dipercayai kekasih Tengku Ikhwan merupakan kawan ketika meraka disekolah menengah dahulu. Ketika terserempak dengan Tengku Raihana, tampa ada rasa bersalah malah memperkenalkan Tengku Raihana dengan kekasihnya sambil berkata…

“Hai Hana…terjumpa you kat sini..you belajar kat sini?…Ohh ini I kenalkan Angelina..you kenalkan..dia pelajar kat sini juga dah tahun tiga” Tengku Faris memandang wajah tunangnya…dan ingin mendengar apakah yang akan diperkatakan oleh tunangnya tentang gadis yang memegang erat lenganya yang bernama Angelina tadi..bila tiada suara yang keluar diri bibir tunangnya dia meluahkan apa yang ada dihatinya.

“Hana walaupun kita telah bertunang tapi you tak boleh nak kongkong I. I tak mahu terikat dengan seorang perempuan sahaja. Kalau you sanggup dengan cara I, kita teruskanlah apa yang telah di rancang oleh orang tua kita. Kalau you tak sanggup, you masih ada masa untuk berundur.” dengan angkuh dan tiada rasa bersalah dia pergi meninggalkan Tengku Raihana sendirian.

‘Kalau macam ni cara hidup dia, aku tak mahu berhadapan dengan risiko makan hati berulam jantung’, bisik hati Tengku Raihana. Dia juga ada mendengar dari sumber-sumber yang boleh dipercayai sebenarnya Tengku Faris sudah pun berkahwin diluar negara.
Entahlah sikap hidung belang tunangnya menyebabkan dia tidak yakin untuk meneruskan apa yang telah dirancangkan oleh bondanya. Pertemuan itu menguatkan lagi niatnya untuk menolak tunangnya jauh dari hidupnya.

Hujung minggu itu juga Tengku Raihana pulang keKuala Lumpur, untuk menemui bondanya. Dia ingin diluahkan apa yang mengganggu fikiranya selama dia ditunangkan dengan Tengku Faris Ikhwan..dia tidak sanggup lagi untuk menjadi tunganan seorang lelaki yang ‘mata keranjang’. Dia sudah meminta pendapat abang angkatnya.. abang angkatnyalah yang memberi cadangan itu..agar dia berani meluahkan isi hatinya kepada bondanya, kerana itu bersangkutan dengan masa depan dirinya sendiri. Kini dia dihadapan bondanya..dengan sedikit keberanian dia meluahkan apa yang ada didalam hatinya.

“Bonda.. Hana tak sanggup nak kahwin dengan Faris tu..Hana tahu dia dah kahwin kat luar Negara.”

“Siapa yang cakap macam tu, siapa yang meracuni fikiran kamu ni.”

“Ramai orang dah cakap dengan Hana.”

“Kenapa Hana nak percaya cakap orang..Hana jangan lupa ayah dia banyak tolong kita kalau tak, kita tak macam ni..kalau ayahnya tak tolong kita entah-entah Hana duduk kat rumah anak-anak yatim atau merempat kat tepi jalan..dah jangan kamu nak memandai..hujung tahun ni siap-siap Hana mesti kahwin dengan dia.” Dengan kata-kata bondanya Raihana tahu dia semengnya tidak diberi peluang untuk membantah..tetapi dia akan mencuba dengan sedaya upaya untuk tidak terikat dengan Tengku Faris Ikhwan. Pada Tengku Raihana dia ada pendapatnya sendiri... Baik-baik menanam selasih, Jangan diteduh sipohon sena, Baik-baik memilih kasih, Jangan sampai badan merana.

No comments:

Post a Comment