~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 25 August 2012

Bab 7. Jangan ada rahsia



Sungguh enak kek lapis,
Kek Lapis Sarawak yang istimewa,
Sudah kueberi betis,

Tak cukup lagi nakkan peha.


Bagi Nur Jannah, dia tidak mahu sesiapa pun tahu apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Biarpun dia terpaksa membohongi keluarga kedua-dua belah pihak untuk menutupi rahsianya. Dia hanya mengadukan nasibnya kepada Allah yang Esa, agar dia diBerkati dan diKasihani. Saban hari dia berdoa agar disabarkan hatinya dan ditenangkan kehidupannya dalam menempuh segala ujian. Masa dirasakan begitu cepat berlalu. Baru sebentar tadi suaminya menghubunginya supaya dia pulang esok. Tidak sedar waktu dua minggu yang diuntukkan kepadanya akan berakhir.

“Hallo aku Farid ni…Engkau balik esok ya… Aku dah sampai di KLIA ni. Agak-agaknya kau sampai pukul berapa esok? Aku tunggu di bus stand Klang.”

“Assalamualaikum..” NurJannah memulakan bicaranya.Lembut suara isteri yang menjawab panggilan meresap masuk kekalbunya. Entah kenapa dia jadi terpegun. Diana disisi masih kejap memegang erat lenganya tidak dipedulikkan. Tengku Farid seakan leka mendengar suara lembut dihujung talian…

 “Biasanya kalau bertolak dari kampung memakan masa lebih kurang tiga atau empat jam. Saya bertolak pukul 10 pagi. Kalau macam tu, bila sampai nanti saya akan call abang.” Mendengar bicara lembut isterinya hati Tengku Farid sekali lagi dipalu rasa bersalah. Apatah lagi ucapan salam yang dituturkan terasa sejuk menjentik tangkai hatinya.

“Oklah kalau macam tu Assalamualaikum”…. Tengku Farid memutuskan talian dengan cuba belajar memberi ucapan salam yang tidak pernah diucapkan ketika berjumpa atau berpisah dengan kawan-kawanya.

“Waalaikumsalam”.. Hati NurJannah sayu memikirkan masa yang mendatang. Apakah yang akan terjadi seterusnya. Apakah yang boleh dilakukan? dia hanya boleh tunggu dan lihat sahaja selainnya diserahkan kepada yang Maha Mengetahui…

Setelah menghantar Diana ke rumah sewanya, Tengku Farid terus pulang ke kondonya. Tengku Farid terpaksa memberi pelbagai alasan apabila Diana merengek-rengek hendak singgah kekondonya pula. Sedangkan semasa didalam kapal terbang lagi Tengku Farid telah memberi amaran. Perlakuan mereka harus terkawal sedikit ditakuti akan dihidu oleh kedua belah keluarga, nanti dia yang menerima padahnya. Inilah Diana ‘dah diberi betis nakkan peha pula’ hati Tengku Farid berkata-kata.

Dikondonya Tengku Farid menghubungi sahabatnya Halim. Sebelum Tengku Farid pergi bercuti dia telah meminta pertolongan agar Halim dapat mencarikan sebuah pangsapuri untuk isterinya. Jika boleh dia mahu pangsapuri yang boleh di sewa dengan perabotnya sekali dan berdekatan dengan kondo yang di dudukinya sekarang. Ini bertujuan memudahkan dia untuk menjemput dan menghantar Nur Jannah ke tempat kerja.

 Dia menyediakan kediaman untuk isterinyah ala kadar sahaja. Baginya NurJannah tidak akan lama menjadi isterinya. Dia akan mencari alasan yang sesuai untuk meleraikan ikatan pernikahan itu. Dia juga keberatan untuk NurJannah berpindah kekondonya. Tengku Farid tidak mahu kebebasannya tersekat, dia tidak mahu rasa terkongkong. Jika Nur Jannah pindah kekondonya tentu dia tidak dapat membawa Diana atau kawan-kawanya yang lain kekondonya. Tidak mustahil segala pergerakkan akan terbatas nanti. Dia takut Nur Jannah akan mengadu kepada nenda segala perbuatannya. Jadi sebelum semuanya terbongkar dia mengambil langkah menyewakan rumah lain untuk isterinya. Dengan cara itu kedua belah keluarga tidak tahu apa yang berlaku diantara mereka berdua. Sungguh rapi perancangan Tengku Farid untuk keseronok dirinya.

Tentang pangsapuri, dia tak mempunyai masalah kerana tadi Halim telah mengesahkan dia sudah mendapatkan sebuah pangsapuri seperti yang di hajatinya. Pangsapuri itu lengkap dengan perabot sekali dan berhampiran dengan kondo yang didiami oleh Tengku Farid. Halim adalah sahabat dan penasihat peribadinya yang tidak bergaji tetapi memang boleh di harap dari segala sudut. Selepas waktu kerja Tengku Farid berjumpa Halim disebuah restoran untuk mengambil kunci dan mendengar segala penerangan tentang rumah yang bakal disewanya. Malam itu dia lena sendirian dikondominiumnya. Esok dia akan meneruskan lakonannya di hadapan kedua-dua belah keluarga, iaitu keluarganya sendiri dan keluarga Nur Jannah. Semoga segala rancangannya berjalan dengan lancar.

Seperti yang dirancang Nur Jannah sampai di bus stand Klang hampir pukul tiga petang. Ini bermakna masih ada masa dua jam lagi untuk mengatur segala rancangannya. Dari bas Stand Klang Tengku Farid terus membawa Nur Jannah ke pangsapuri yang bakal di dudukinya nanti. Tengku Farid mahu mereka sama-sama memeriksa dan mencari apa juga kerosakkan dan kekuranganya rumah itu nanti. Dia juga mahu menjelaskan segala rancanganya yang telah ada didalam kepalanya kepada isterinya. Pangsapuri yang disewa oleh Tengku Farid merupakan sebuah rumah yang agak kecil sedikit walaupun mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Mungkin tuan punya pangsapuri itu sudah mengubahsuai sedikit kediaman mereka. Pangsapuri tu jauh berbeza keadaannya dengan kediaman nenek NurJannah yang besar mewah dan indah luar dan dalamnya.Tengku Farid memandang isterinya untuk mendengar apakah pendapat tentang kediaman yang bakal didudukinya nanti. Didalam hatinya juga berdebar jika terkeluar sebarang bantahan.. Maklumlah cucu orang kaya tentulah mempunyai citarasa yang tinggi. Bila isterinya tidak bertanya apa-apa dia pula yang bersuara..

“Kau akan tinggal di rumah ni, supaya senang aku ambil dan hantar kau pergi kerja.” Nur Jannah hanya mengangguk sahaja. ‘Kenapalah dia ni tak pernah bertanya atau membantah apa yang aku suruh?’, timbul kehairanan di hati Tengku Farid. Bagi NurJannah pula dia tidak kisah kediaman yang bagaimana disediakan oleh suaminya..asalkan ianya selamat itupun sudah mencukupi baginya.

“Pukul 5 petang nanti, kita pergi ke rumah grandpa. Tapi sebelum tu, kau kena tukar baju, pakai baju dan seluar ni…”. sambung Tengku Farid sambil menunjukkan sehelai t-shirt, sehelai seluar jean dan sehelai tudung buatan Turki yang sememangnya di beli ketika percutianya tempuh hari.

NurJannah mengambil pakaian pemberian suaminya. Dia berjalan menuju kebilik utama dan masuk kebilik air..dia ingin menukar baju didalam bilik air. Sementara Nur Jannah bersiap, Tengku Farid keluar merebahkan badannya disofa yang terdapat diruang tamu. Apabila sudah siap berpakaian Nur Jannah menjenguk keluar memastikan dimana suaminya berada. Apabila pasti suaminya tidak ada didalam bilik mahupun diruang tamu, dia keluar dari bilik air. Dia sudah siap berpakaian dengan pakaian pemberian suaminya tadi hanya belum memakai tudung sahaja.

Dia membelek dirinya dihadapan cermin. Dia bercakap perlahan dengan dirinya sendiri..’Seluar jean dan tudung ini boleh lah aku pakai, tapi baju ni… tak dapat aku nak pakai. Seksa mata memandang… macam sarung nangka’ dia ketawa kecil terasa kelakar pula melihat dirinya dalam keadaan begitu. Apa tidaknya baju yang agak ketat menampakkan sedikit susuk tubuhnya tetapi seluarnya besar dan panjang pula. Dilipatnya sedikit hujung kaki seluar jean pemberian suaminya tadi. Dia keluar dari bilik untuk mencari beg pakaiannya yang masih di letakkan di ruang tamu. Seingatnya, dia ada memasukan sehelai t-shirt muslimah ke dalam begnya, sebelum ‘percutian’ mereka tempoh hari. T-shirt itu di belinya sewaktu dia dan nendanya pergi ke Bali Indonesia satu waktu dulu. T-shirt itu longgar dan panjangnya menutupi punggung. Ketika dia tercari-cari t-shirtnya didalam beg yang masih di ruang tamu, suaminya datang menghampiri dari arah belakang. Rupanya Tengku Farid yang masih keletihan akibat perjalannya semalam sengaja membaringkan dirinya di sofa ruang tamu, berihat sambil menunggu isterinya bersiap. Oleh kerana kedudukan sofa itu membelakangkan pintu bilik jadi Nur Jannah tidak menyedari suaminya ada disitu. Apabila dia terdengar langkah kaki isterinya keluar dari bilik dia bangun perlahan dia merapati isterinya dari belakang.

“Dah siap ke jomlah kita minum dulu…”

Alangkah terkejutnya Nur Jannah. Secara spontan Nur Jannah berdiri lalu beristighfar berulang kali memandang suaminya sambil mengurut dadanya. Dia benar-benar terkejut.

“Maaf, terkejut ya?…” ujar Tengku Farid terkedu melihat reaksi spontan isterinya. Inilah pertama kali dia dapat melihat wajah isterinya yang tepat memandang wajahnya, tampa tudung dengan rambut lepas tidak berikat..

‘Comelnya dia ni. Dengan rambut melepasi bahu, lebat hitam beralun, lehernya jinjang, alis mata yang tebal, matanya seperti buah kana tetapi tidak pula sepet dan hidungnya pula walaupun tidak mancung tercacak tetapi kecil dan comel, bibirnya kemerahan walaupun tanpa calitan lipstik. Kulitnya kuning langsat dan tubuhnya langsing, terlihat bila dia memakai baju t-shirt agak ketat, selama ini aku tak tahu bentuk badan dia sebab dia berpakaian longgar, Tengku Farid memandang isterinya terpegun, tidak berkelip.

“Be…belum lagi. Sekejap ya, saya nak tukar baju ni” tergagap Nur Jannah menjawab soalan suaminya yang berdiri disisinya, ditangannya sudah memegang sehelai baju. Tanpa berlengah lagi dia terus ke bilik air sekali lagi untuk menukar bajunya. Beberapa minit lepas itu, Nur Jannah keluar dari bilik air sudah lengkap bertudung.

“Kenapa tak pakai t-shirt tadi? Kan cantik t-shirt tu? Ermm… seluar tu longgar ke? Maaf la, aku tak tahu saiz seluar kau..,” Tengku Farid menegur apabila melihat t-shrit tadi telah bertukar kepada yang longgar dan panjang melepasi bahagian punggung isterinya.

“Longgar sikit tapi boleh lah ni.” merujuk pada seluar jean pemberian suaminya tadi. Nur Jannah tidak mahu mengecilkan hati suaminya jika dia tidak langsung mengenakan pakaian pemberian suaminya. Walaupun tidak berapa padan pada dirinya sekuarang-kurangnya dia memakai juga seluar jean dan tudung pemberian suaminya.

“Berapa ukuran pinggang engkau?” tanya Tengku Farid ingin tahu.

“Dulu ukuran pinggang saya 24 inci. Mungkin sekarang dah naik kot. Kalau punggung pula, lebih-kurang 33 inci,” jawab Nur Jannah jujur.

“Tinggi pula 156 cm, entah-entah sekarang dah mengecut kot… rasa macam rendah saja ni,” Nur Jannah membuat lelucon tetapi hanya untuk dirinya sendiri kerana itu dia berkata dengan perlahan. Rupa-rupanya kata-katanya masih di dengari oleh Tengku Farid. Tengku Farid ketawa lepas dengan kuat, kerana dia merasa sungguh geli hati mendengar kata-kata isterinya tadi. Nur Jannah menoleh ke arah suaminya dengan pandangan hairan.’Dia dengar ke apa yang aku cakap’ detik hatinya.

Tengku Farid mengerti maksud pandangan mata isterinya, lalu dia menjelaskan mengapa dia ketawanya.
“Apa maksud kau, bila kau kata kau mengecut?”

“Yalah… kalau dengan nenda, Jannah rasa Jannah sama tinggi. Kalau dengan nenek kat kampung Jannah rasa Jannah lagi tinggi, tapi kalau dengan abang Jannah rasa Jannah rendah sangat. Itulah yang Jannah rasa mungkin Jannah dah jadi kecut” jawab Nur Jannah dengan laju, Dia sedar tadi apabila suaminya berdiri hampir dengannya ketingginya hanya separas dagu suaminya sahaja.

“Oklah… oklah. Tukar saja lah seluar tu, nampak longgar sangat, kakinya pula nampak labuh sangat dah naik tebal kau lipat tu.” Tengku Farid dengan ketawa yang masih bersisa.

“Ok ke kalau Jannah tukar? Tapi kalau baju tu minta maaflah, Jannah akan pakai esok-esok saja ye… Ohh ye, nak minum di mana? Minum kat rumah atau kat luar?” soal Nur Jannah sambil menuju ke bilik air lagi untuk menukar seluarnya pula. ‘Inilah kali pertama aku tengok dia tak mematuhi arahan aku’ detik hati Tengku Farid.

Sambil memandang Nur Jannah, Tengku Farid mengingat kembali ketika dia membeli pakaian tersebut.Dia menggunakan saiz badan Diana. Jadi tidak hairanlah jika Nur Jannah longgar memakainya kerana saiz badan Diana lebih besar sedikit daripada Nur Jannah. Sedangkan tinggi Diana hampir menyamai ketinggianya, kalau dikira-kira tinggi dirinya 175 cm mungkin tinggi Diana lebih kurang 172 cm. Mungkin paling rendah pun 170cm. Tengku Farid berkira-kira didalam hatinya. Ketika itu isterinya muncul semula dari bilik air. Tengku Farid melihat jam di pergelangan tangannya.

“Tak apalah, kita minum di rumah grandma saja… Tapi sebelum tu pakai ni…” kata Tengku Farid sambil menghulur seutas jam tangan yang di beli khas untuk Nur Jannah ketika dia berada di sana. Nur Jannah sedang melangkah keluar ketika Tengku Farid menghulurkannya seutas jam. Ketika itu, Nur Jannah sudah siap berpakaian dan bertudung terdetik dihati Tengku Farid ‘tidak lama rupanya tunggu dia ni bersiap..tak sempat nak berangan pun, emm..dia ni lain dari yang lain lah’ sambil tersenyum memandang isterinya dengan kelakarnya didalam hati sendiri.

“Ingat, berlakon seperti Jannah pergi ke sama juga ye.” ujar Tengku Farid dengan suara lembut mengulangi permintaannya tentang apa yang harus di lakukan nanti di depan keluarga mereka. Nur Jannah hanya mengangguk mengiakan kata-kata suaminya. Dalam hatinya berkata… ’Dah dirasuahnya aku dengan jam dia ni, disuruhnya kita mengikut apa yang dirancangannya, itu yang senyum dari tadi, suaranya pun mengalahkan tuan puteri lembutnya’ marah hatinya. Walau bagaimanapun, dia tetap membuat muka yang selamba, tiada riak marah atau sedih apatah lagi untuk membantah… seperti orang yang tidak berperasaaan sahaja.

Sepanjang perjalanan Tengku Farid tersenyum lebar. Dia membayangkan kembali kegugupan Nur Jannah ketika ter’kantoi’ tidak memakai tudung dan memakai t-shrit yang agak ketat dihadapanya tadi. Dia kelihatan sungguh comel dan cantik. Terdetik di hatinya ingin mengenali Nur Jannah dengan lebih dekat lagi. Tetapi bagi Nur Jannah, senyuman suaminya bagai mentertawakan kebodohan dirinya. Walaupun ditipu, Nur Jannah masih lagi mahu bekerjasama bagi menjaya kan lakonan mereka. Semoga kemenangan di pihakmu suamiku.

         Sesampainya dirumah datuk Tengku Farid, mereka di sambut dengan senyuman manis oleh kedua-dua datuk dan nenek mereka. Sibuk nenek Tengku Farid bertanyakan itu dan ini, tentang percutian mereka berdua. Nur Jannah hanya mempamerkan senyuman bahagianya sahaja. Selebihnya hanya Tengku Farid menceritakan pengalamannya di sana. Kedua-dua datuk dan nenek Tengku Farid tidak ragu, kerana sememangnya mereka tahu bahawa Nur Jannah seorang yang pendiam. Bagi Nur Jannah pula, sememangnya dia merasa gembira dan bahagia bertemu kedua datuk dan neneknya yang telah lama mereka tidak berkumpul. Dapat mengulangi zaman remajanya. Dapat jugalah dia melalui kembali zaman kanak-kanaknya di kebun getah bersama mereka yang di sayangi sekali lagi.

“Grandpa… rasanya kami ingin mencari sebuah apartmen untuk kami tinggal berdua. Lagi pun, kami ingin berdikari dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kalau boleh kami ingin berpindah dalam waktu terdekat ni” Tengku Farid membuka bicara tentang rancanganya.

 Tengku Faizal dan Tengku Faridah bersetuju sahaja apa yang di suarakan oleh cucunya itu dengan alasan-alasan yang kukuh tanpa di ragu. Pada pandangan mereka pasangan pegantin baru itu sangat secocok dan serasi, mereka merasakan ini adalah satu cadangan yang baik dan mereka tidak akan mencampuri hal rumah tangga mereka berdua.

“Tapi… kenapa tak tinggal di kondo Farid saja?” tanya grandmanya sedikit ragu.

“Selama ni kan.. Halim kawan Farid tu duduk di kondo bersama Farid, takan nak suruh dia keluar cari rumah lain kesian pula. Lagi pun tak lama lagi nak pindah kat rumah yang grandpa hadiahkan tu. Nak duduk sekejap saja,tak apalah kami sewa apartmen ataupun pangsapuri buat sementara, lagi pun kondo tu tinggi sangat nanti susah Jannah kalau lift rosak” Tengku Farid memberi alasan. Tetapi yang sebetulnya dia sudah ada rancangan lain yang telah siap di atur. Dia tersenyum dengan alasan yang di berinya. Seingatnya sepanjang dia duduk di kondo itu tidak pernah sekali pun lift rosak.

Selesai makan malam di rumah datuk dan nenek Tengku Farid, mereka menuju ke rumah nenda Nur Jannah pula untuk mengutarakan cadangan yang sama. Mujur tiada bantahan dari nenda Nur Jannah mengenai rancangan mereka. Tengku Farid gembira segala apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar.





No comments:

Post a Comment