Keesokkan hari ketika mereka beramai-ramai memasak
untuk juadah hari raya, sekali lagi Sarah terpukul dengan rasa kekoknya. Dia disuruh mengopek bawang, bagi mereka
kerja itulah yang paling senang. Tetapi Sarah sudah berair matanya kerana asid
bawang yang dikopeknya. Oleh kerana
matanya yang sudah kelabu dek air mata
yang bergenang , pisau telah menghiris jariya. Pedihnya hingga kehulu hati ,
tampa sedar dia menjerit kesakitan. Semua yang ada didapur memandang kearahnya,
kerana jeritan nyaringnya....
“Dahlah Sarah tangan kamu tu dah luka tenguk ajalah
kami buat kerja”. Sarah mengikuti arahan emak mertuanya dia mengesut ketepi,
sambil menahan pedih ditangan.
Kerana rasa geram yang berbuku didalam hati Puan
Noriza, terkeluar juga segala perkataan yang disimpan selama ini..
“Sarah! Kamu tak pernah masak ke? Kalau macam ni
gayanya selamanya lah kamu berdua makan lauk kedai.Kamu kena ingat kita ni
perempuan, kita yang mengatur makan minum suami dan anak-anak, kamu tu bila dah jadi isteri, suatu hari nanti kita akan
jadi ibu, kalau kamu macam ni apa yang anak-anak kamu nak makan nanti. Sekarang
ni kamu bagi suami kamu lauk kedai tak
kisah sangat, tapi kalau anak-anak nanti macam mana? Makan luar ni kebersihan
tak terjaga sangat. Tahan ke perut anak kamu nanti makan bubur yang dibeli,
tahan ke nanti anak kecil kamu makan bubur yang dah dipanaskan banyak kali,
lagi pun makan yang dah berkali-kali dipanaskan hilang segala zatnya, nanti
anak kamu makan hampas sahaja, silap haribulan anak kamu makan tapi tak cukup zat.”. Sarah hanya menunduk membelek
jarinya yang berbalut plaster, kata-kata emak mertuanya menusuk kehati.
Dia malu
bila dimarahi dihadapan dua adik iparnya yang sibuk membantu emaknya memasak.
Malah Syukri juga membantu emaknya dengan menghiris daging untuk di jadikan
rendang daging mereka. Syukri yang tidak tahan mendengar isterinya dileteri oleh emaknya, cuba
membantu isterinya, dia kasihan isterinya yang tunduk membisu dan nampak serba
tidak kena.
“Dah lah mak, esok-esok Sarah belajar lah, sekarang
ni pun dia tengah belajar masak dengan kawan dia. Kan dia dah pandai buat tat
nenas.”. Mendengar belaan Syukri dua orang adiknya mencebek, ketika itu juga
pandangan matanya Sarah bertembung pula dengan memekkan muka mereka, makin terhiris hati Sarah. Luka ditanganya
tidak sepedih luka dihatinya rupanya.
“Esok tu
bila Syukri? Bila?? dia dah setahun pun jadi isteri, esok bilanya yang
dia nak belajar. Dari raya tahun lepas lagi emak dah cakap, galakkan isteri
kamu masak, ni macam tak ada perkembangan langsung. Jadinya bila masa dia nak
pandai, kalau tak belajar dan tak ada usha nak belajar?. Kita ni perempuan sepatutnya
dari dulu lagi dia dah belajar masak, bukan nya dah kawin dah jadi bini orang
macam ni baru nak belajar, sebab rasanya kat sekolah budak tingkatan tiga lagi
dah diajar masak. Mak bukan nak masak yang canggih-canggih, masak biasa-biasa
macam kita masak ni sudah lah..”
“Diakan anak bungsu mak, lagi pun lepas belajar dia
pergi kerja pulak”. Bela Syukri lagi.
“Cuba kamu tenguk Imah, mak dah ajar dari dia
tingkatan tiga lagi, dia berusah nak cuba apa yang diajar kat sekolah mak
pantau dia masak kat dapur, kemudian dibiasakan memasak, kalau dah terbiasa
taklah kekok. Masak ni nak biasa, bukan sekali cuba sahaja. Imah anak bungsu emak juga, anak manja emak, tapi
bukan sebab bungsu dia tak tolong emak kat dapur dan bukan sebab bungsu emak
tak kasi dia buat kerja. Cuba kau tenguk Nuri dia pun anak bungsu juga tapi dia
pandai semuanya. Rasanya Nuri pun belajar juga, sampai dapat ijazah lagi. Lepas
grad belum sempat kerja dia dah kahwin dengan kamu. Apa bezanya. Nak dikira
umur dia, rasanya dia lagi muda dari Sarah”. Sebenarnya Puan Nioriza sanagt
tidak bersetuju dengan cara Syukri yang asyik membela kelemahn Sarah. Itulah
jadi panjang berjela leteran puan Noriza.
“Mak ni
macam tak suka saja kami balik, kalau macam tu besok pagi kami balik lah”. Ugut Syukri
pula makin pedih hati puan Noriza. Belum ada anak-anaklnya yang berani
mengugutnya begitu. Kesemua anak-anaknya sayang kepadanya walau pun merka sudah
berpasangan. Bukan sayang sahaja tetapi hormat dia sebagai emak yang berjasa
kepada mereka. Syukri juga begitu dulu walaupun Nuri sudah ada disisinya.
Tetapi sejak kedatangan Sarah dalam hidupnya
dia mula berubah mula tidak memikirkan hatinya. Bertambah sedeh puan
Noroza.
“Terserah pada kamulah Syukri kalau
kata nak balik baliklah. Tapi tak betul ke apa yang emak cakap. Emak tegur untuk
kebaikan kamu, tapi kalau kamu tak boleh
nak terima emak nak buat macam mana”. Suaranya sudah bergetar. Getar hiba.
“Dahlah bang, memang salah Sarah, Sarah tak belajar
masak dari dulu. Dulu kat rumah arwah
emak Sarah, kami hanya harapkan orang
gaji buat untuk kami,
tu pasal Sarah tak tahu nak buat
apa-apa.” Memang itulah kebenaranya. Walaupun mereka duduk dikawasan kampong
tetapi emaknya mengupah orang untuk memasak. Sebulan sekali emaknya akan
megupah orang berkemas rumah pula. Itulah sebabnya emaknya dulu memilih orang
untuk dijodohkan denganya. Dia akan memilih orang-oramg yang berada sahaja agar
anak-anaknya hidup senang. Senang makan senang pakai dan semuanya diuruska oleh
orang lain. Bagi arwah emak Sarah tugas isteri hanya melayan suami sahaja.
Itulah kata nasihat yang disogok oleh emaknya dulu, ketika mengapa arwah
emaknya menolak pinangan Syukri dulu.
“Syukri!
Emak Nampak sekarang kamu asyik
nak sebelahkan Sarah, sekarang ni cakap emak semuanya tak betul pada
kamu, dah lah malas mak nak cakap”. Puan Noriza meninggal dapur sambil berjalan
tanganya mengelap air mata yang menitis. Hatinya sakit bila dilihat Syukri asyik
menyebelahi isterinya sahaja. Hati tua nya terhiris pilu. Padanya dia harus
menegur kekurangan Sarah yang boleh diperbaiki.
“Kenapa abang cakap macam tu pada emak, emak cakap
yang betul untuk kebaikkan kak Sarah juga. Tenguk tu mak dah menangis”. Alang (Nor
Amisha) juga tidak senang hati dengan tingkah abangnya. Pada matanya Syukri
terlalu membela Sarah, sedangkan emaknya berkata perkara yang betul untuk
kebaikan rumah tangga abang nya juga.
“Nampaknya kitalah yang kena masak ni Imah. Kak
lang bukan tahu sangat nak masak rendang ni, nak masak kari lagi, kalau tak sedap jangan nak komplen tau.” Nur Amisah
sudah memberi amaran. Kini dialah yang terpaksa mengepalai kerja-kerja memasak
untuk hari raya mereka.
Syukri mengekori langkah ibunya yang
sudah masuk kedalam bilik tidurnya, tujuan utama hendak memintaa maaf kerana
telah mengores hati emaknya secara tidak sengaja, yang dia merasa lagi bersalah
bila emaknya menangis kerana perbuatanya. Sampai dibilik tidur emaknya dia
menutup pintu, dia duduk sambil tanganya memaut kaki emaknya yang duduk dibirai
katil.
“Mak Syukri minta maaf, tak terniat hati Syukri nak
sakitkan hati mak”.
“Syukri kenapa kamu bela sangat Sarah. Sejak kamu
kahwin dengan dia kamu tak pernah nak dengar cakap emak ni. Apa yang emak cakap
salah ke?. Emak ni seorang emak kalau mak cakap itu semua untuk kebaikan
anak-anaknya. Mak tak cari salah Sarah, tapi apa yang emak nampak dia tak
berusha dengan bersungguh-sungguh”.
“Mak sebenarnya Suykri kesian kat dia, dari dia sampai semalam semua macam buat tak
tahu saja dengan dia. Dia dah tak ada siapa-siapa lagi, kakak dan abang dia
yang ada pun dah buang dia mak. Dia hanya ada kita, kitalah keluarga dia”.
“Mak nak Tanya kamu Syukri, jangan jauh.. kat sini
saja, mana ada orang yang membela isteri no dua. Isteri no 2 ni umpama seorang
wanita yang dengan sukarelanya meletakkan dirinya disebelah suami orang. Kalau
dia berfikir dan kalau dia tak ambil kesempatan pada kesengan orang dia tak
akan menggangu kebahagian wanita lain
dengan menempil dan menagih kasih suami orang.
Semua orang pandang serong pada isteri no dua Syukri. Kamu tahu kenapa
Syukri?” Syukri hanya memandang emaknya dengan mata terkelip-kelip, dia mahu
mendengar jawapan emaknya.
“Sebab dia ada pilihan. Dia yang meletakkan diri
ditempat masyarak tak suka, ditempat masyarakat pandang serong kat dia.
Ditempat orang akan berkata dia seorang perampas suami orang. Dia adalah
perosak kebahagiaan rumahtangga orang lain untuk kebahagian dia sendiri dia mementingkan
diri. Kalau dia tak mahu orang anggap dia macam tu, dia takkan terima pelawaan
kamu nikah dengan dia. Tapi Nuri emak lagi kesian, mak tahu kamu tak bagi dia
peluang untuk memilih, kamu dah nikah baru kamu bagi tahu dia kan??. Mak tahu
dia menderita Syukri, mak nampak ada sedeh yang dia simpan dalam hatinya dan
emak tahu ada benda yang menyebabkan dia tak minta cerai dengan kamu. Tapi
betul tak cakap emak kamu nikah dulu dengan Sarah baru bagi tahu dia.”
“Betul mak”.
“Kenapa Syukri, kenapa kamu buat dia macam tu, kamu
tak bagi dia pilihan. Cara kamu ni memaksa dia menerima apa yang mungkin tak
mampu dia terima Syukri. Kenapa Syukri sampainya hati kamu…”.
“Entalah mak, masa tu Syukri kesian sangat dengan
Sarah, tapi kalau Syukri bagi tahu Nuri mungkin Syukri tak dapat nikah dengan
Sarah, kalau Syukri berkeras Syukri mungkin akan kehilangan Nuri sedangkan
Syukri sayang sangat kat Nuri mak. Jadi Syukri nikah dulu dengan Sarah baru
Syukri bagitahu dia, Syukri mengharapkan lama-lama hati Nuri akan dapat terima
Sarah dalam hidup kami”. Untuk mengatakan Nuri telah menerima Sarah, Syukri
takut kerana Nuri sudah pernah meminta cerai darinya, tetapi terhalang kerana
dia mengandung tempuhhari.
“Kamu tak akan pernah rasa sakit hati isteri yang terpaksa
menerima madu. Makin lama makin sakit Syukri bukan makin lama main hilang rasa
sakitnya, tambah-tambah bila tunjuk, kamu lebihkan salah seorang dari mereka.
Kalau kamu tunjukkan wajah gembira bila nak balik rumah yang sorang lagi pun
hati yang seorang lagi akan terhiris Syukri. Bukan senang nak bagi madu pada
seorang isteri Syukri. Emak kesal kamu buat macam ni pada Nuri pada emak dia
seorang isteri yang baik kenapa kamu sanggup lukakan hati dia”.
“Memang Syukri akui Nuri seorang isteri yang baik,
dia terima Syukri seadanya, tapi mak tolong terima Sarah dia juga isteri yang
baik mak, dia juga terima Syukri sedanya”.
“Seadanya setelah kamu senang, seadanya setelah
kamu ada segala-galanya.Entahlah Syukri, mak dah ajar hati mak ni menerima
Sarah. Tapi makin mak nak terima dia, makin banyak kurangnya yang emak nampak. Bila
nampak muka dia tu terngia-ngia apa yang arwah emaknya cakap pada emak dulu.
Tapi kalau Nuri belum jadi menantu emak lagi mungkin Sarah dapat juga emak
terima seadanya. Sebab hati emak tak dapat membandingkan kebaikan menantunya
yang sedia ada kepada yang baru datang dalam hidup emak. Kebaikan Sarah pada
emak tertutup dengan kata-kata arwah emaknya. Tapi pada emak Sarah lebih kurang
macam emaknya juga kan kata orang dimana tumpahnya kuah kalau tak kenasi.
Sikit-sikit ada juga sikap emaknya yang diwarisinya.” Syukri terkedu dengan pernyataan emaknya.Tidak
disangka hati emaknya begitu terluka dengan perkataan yang emak Sarah lemparkan
dulu. Apakah perkataan itu hendak bertanya terasa berat pula mulutnya.
“Mak nak tanya kamu ni Syukri kenapa sampai hati
kamu madukan Nuri, apa yang kurang pada Nuri. Yang emak nampak dia tu baik
walaupun tak banyak mulut tapi semuanya baik untuk dia.”
“Tak ada apa yang kurang mak. Hanya Syukri kesiah
kat Sarah masa tu. Syukri tak fikir panjang Syukri ajak dia nikah, Syukri yang
salah mak. Tapi sekarang kalau Syukri nak berundur dah tak boleh mak, Sarah
dah jadi sebahagian hidup Syukri mak”. Ada nada kesal pada suara Syukri.
“Kamu menyesal ke? Tapi yang emak kesalkan kamu
kesiankan orang lain dari isteri sendiri masa tu. Kamu tak kesihan Nuri ke?”:
“Nak kesal macam mana mak, Sarah pun dah jadi
isteri Syukri sekarang, Syukri tak boleh nak berundur balik”.
“Esok pergilah kamu balik”.
Akhirnya, untuk meredakan perasaan nya itulah
yang keluar dari mulut puan Noriza.
“Esokkan baru hari raya pertama, mak tak kisah ke?”.
“Tak apa Syukri, emak tak kisah, pada kamu serba
salah, emak pun serba salah, Sarah pun mungkin serba tak kena baiklah kita buat hal sendiri, emak ada
anak-anak lain kat sini”.
“Janganlah cakap macam ni mak, Syukri minta maaf
mak. Ini semua salah Syukri tak fikir panjang, semuanya jadi rumit macam ni”.
Ketika Syukri bangun mengekori langkah emaknya,
tidak lama lepas itu Sarah turut bangun. Tujuannya mahu membantu suaminya memujuk
emaknya. Bila sampai dimuka pintu yang bertutup Sarah mendengar perbualan
antara emak mertua dan suaminya. Pintu rumah kampong bukan ada jaminan ‘bilik kalis bunyi’. Dibalik pintu yang
bertutup dia menelinga. Tetapi dengan perbualan itu hatinya makin pilu.
Tidak disangka hariraya nya tahun itu menjadi hari
raya yang menghiris hati. Dua minggu sebelum tibanya hari raya, bila suaminya
mengatakan, Nuri tidak dapat cuti hatinya begitu gembira hingga lahir
diperbuatanya. Dia menlonjak kegembiraan. Dia akan sekali lagi berhari raya
bersama suami dan keluarga suaminya dikampung..
“Sarah tahun
ni Sarah lagi balik raya dengan abang, ok tak?”
“Bukan ke sepatutnya tahun ni giliran Nuri?…”
“Dia dapat cuti, hari raya pertama dia kerja malam,
Sarah ok ke balik kampong abang ni?”.
“Apa pula tak ok, Sarah gembira kalau dapat bersama
abang selalu.” Itulah yang keluar dari mulut Sarah yang kegembiraan. Dengan
semangat waja dia berusha membawa biskut tat nenas untuk memikat hati keluarga
suaminya diPengkalan Hulu. Hari
raya yang dijangkakan mendapat sambutan kerana biskut tat nenas, rupanya
menjadikan hari raya yang tak serupa hari raya. Sarah terkilan dirinya masih
belum boleh diterima dikalangan ahli keluarga suaminya dikampung.
syukri sebenarnya amat menyintai sarah. Bukan sekadar kesian. Sarah cinta pertamanya, jadi dia tak nampak kekurangan yang ada pada sarah. Itu yang sebenarnya. Nuri banyak jasa padanya. Sukar juga kalau berada di tempat syukri ni. Walaupun hati kita hangus terbakar dgan sikapnya yang berat sebelah tapi bila difikir2 dia tamak walaupun tak mampu berlaku adil. Mak teh.... biarlah Nuri dapat sedikit kebahagiaan. Bukalah mata syukri tu... Semput dah dada kita orang ni dihidangkan dengan keperitan nuri...
ReplyDeleteSesekali kesian juga dengan sarah ni ya.. Dia kena lebih muhasabah diri lah. Biar sedar kedudukan jagan tamak tak bertempat. Berusaha menjadi seorang yang lebih baik. Sedar kedudukan dimana dia berada. Perbaiki kelemahan diri.
ReplyDeleteEmm mmng sarah kn hentam abih abih gn mak mentua die. Hrp si sarah tu sedar diri la n rela undurkan diri sblm kn hentam lg ngn family syukrim nmpk sngt semua xsuke diem huhu.. go nuri go ! Mst happy nuri kan dpt tau semua orng back up die. Xsabar nk tau nxt chapter. Hehe
ReplyDeleteApa-apapun emak syukri adalah emak yang terbaik punya... Dia nampak semua kelemahan syukri anaknya. Dia merupakan seorang contoh ibu yang amat baik. tahniah mak teh.
ReplyDeleteMemang kesian sarah, tapi lagi kesian Nuri. Betul kata mak Syukri, sarah ada pilihan tapi Nuri tak de. Semua prmpuan tak rela dimadu. Syukri & sarah pulak ambil kesempatan dengan sikap berdiam Nuri. Apa pun alasan Syukri memang berlaku kejam pada Nuri. Maknya yang lebih memahami. Ikut hukum kalau isteri tak bahagia dalam poligami dia wajib lepaskan salah seorangnya.
ReplyDeleteSaya memang kesihan dgn Sarah tapi dia tidak tahu berdikari. Syukri sebenarnya tak tahu menilai dan simpati. Jika umur 31 tahun masih tak mahu belajar masak sia-sia jelah. Kenapa Syukri hantar Sarah ke kelas memasak. Ataupun rendahkah ego belajar dengan Nuri. Yang saya nampak Sarah takde sikap hendak bebaik dengan Nuri selama benikah dengan Syukri. Melawat si Wafi pun tak pernah.
ReplyDeletesebenarnya si syukri ni leka dgn kesenangan yg dia ada dn godaan dn kegedikan sisarah. smpi hati mak dia sendiri pun dia ugut dn kecilkn hatinya. tak cium bau syurga anak yg buat ibunya meleleh airmata.
ReplyDeletebetul kata mak syukri klu sisarah tu baik dia tak akn ambik org punya kerana dia ada pilihan dn dia trima syukri seadanya pun bila si syukri dh senang. mmg selalu lelaki mcm ni...susah susah membangun bersama isteri tua bola dh senang dihambur kpd yg lain...selalu tak kenang budi. mentang2 kuasa talak di tgn mereka.
mak teh akak dh sakit sgt dgn perangai dua org ni yg mcm tak ada persaan.
kesian sgt nuri dn wafi.
-dibah-
Sebab sarah, syukri sanggup selalu berbohong pada Nuri. Sekarang sebab sarah juga, syukri bohong pulak pada maknya. Lepas tu buat emaknya menitiskan airmata. Sampaikan maknya pun rela tak beraya bersama. Padan muka.
ReplyDeleteSarah ni dari dlu memang ngok. Dah tau ibunya menolak tak berterus terang. Susah payah orang dtg dr jauh dpt hinaan jer. Tanggung la akibat kesilapan dlu dan skrg.
Si Syuri memang tak adil. confirm. dah berapa kali dia tipu isteri tua dia n dah lah tu siap buruk2 kan Nuri. memang harus ditinggalkan. Walau apa pun cepat2 lah n3 baru. tak sabor
ReplyDeleteMemang kesian kat Nuri dan masyarakat kita masih tidak dapat menerima berkongsi kasih...madu. Walaupun pada awalnya Syukri dan Sara tidak berjodoh tapi akhirnya mereka tetap berkahwin...jodoh namanya...itulah takdir. Memang ada betulnya ibu Sukri menegur kekurangan Sara untuk kebaikan tapi sebenarnya dia lebih tidak dapat menerima Sarah sebagai menantu. Sebagai orang tua dia harus menerima ketentuan takdir dan menasihat anak dan menantu2nya sebagai org tengah tapi dia seolah2 cuba mempecahbelahkan dan menghasut Syukri. Bagi Sarah pula dia harus berusaha memperbaiki kekurangan diri, berbaik2 dgn Nuri dan keluarga emak mertua...berat..berat...itulah kalau jadi yg ke 2. Syukri pula memang dia bertujuan baik dgn membela nasib Sarah tapi dia tidak tegas...lemah...tidak layak untuk bermadu...tapi masa tidak bolih diputar balik jadi dia harus menghadapinya...muhasabah diri perbaiki apa yg patut untuk kesejahteraan rumah tangganya dgn kedua2 org isteri dan anak2nya...perceraian bukan menyelesaikan masalah.
ReplyDelete~kak min~
saya tgk mak syukri masih okey lg walaupun dia masih teringat dgn kata2 arwah mak si sarah..cumanya sarah yg tak pandai ambil peluang memperbaiki diri.. kalau dia tau beralah /pandai ambil hati ...madu boleh jadi manis..
ReplyDeletetp saya pun x sanggup bermadu hehehe -joyjoy-
madu ni manis bagi laki jer...
ReplyDeleteundang² Malaysia poligami kena dapatkan kebenaran isteri pertama. Kalau nikah sempadan bermakna laki tu tamak dan pentingkan diri sendiri. Takde istilah kesian kat syukri disini. Tgk gambar Asyraf Muslim bersanding. Menyampah.....
mak teh pun. tpi mreka agknya ska dikutuk cba tnguk komen beautifulnara beratus yg mengutuk dri mmuji atau yg mendoakan yg baik. tpi igat 10 orng mgutuk akn jadi btul. btul ke?. ehh mak teh ni melalut nk post bab 28 ni. ikut prasaan plak. sorry
ReplyDelete