Kalau berbiduk
usah berdayung,
Kalau berdayung bilakan tiba;
Kalau duduk jangan bermenung,
Kalau bermenung kan tiba hiba.
Kalau berdayung bilakan tiba;
Kalau duduk jangan bermenung,
Kalau bermenung kan tiba hiba.
Tidak
terkesan apa pun dihati Amirah dengan pertemuannya yang terakhir dengan bekas
suaminya. Dia tidak mengharapkan lagi kehadiran lelaki yang bernama Loqman bin
Abdul Majid ke kamus dalam hidupnya. Padanya semuanya berkenaan Loqman sudah
menjadi sejarah. Dia tidak merasa sedih
atau marah atau pun dendam pada lelaki itu. Baginya yang sudah terjadi,
biarkanlah biar lah pergi. Dia tidak mahu mengenangnya lagi. Walau apa pun
kedudukan mereka sekarang, dia masih menghormati Loqman kerana dia ayah kepada
anaknya dan dia juga masih abang dua pupunya. Ikhlas dari hatinya mendoakan kebahagiaan Loqman. Tekadnya padu akan membesarkan dan memberi pelajaran
secukupnya kepada anaknya tampa meminta bantuan bekas suaminya. Dia juga akan
membantu adik-adiknya untuk berjaya dalam pelajaran. Itulah azam dan
cita-citanya.
Kemaafan
adalah jalan yang terbaik. Baik untuk diri dan anaknya dan juga baik untuk
kedua belah kelaurga. Walaupun ikatan pernikahan antara mereka sudah terlerai,
tapi ikatan persaudaraan antara mereka tetap utuh sampai bila-bila. Loqman pula
adalah ayah kepada anaknya. Tiada sekatan jika Loqman masih ingat dan
berkesempatan pada bila-bila masa sahaja dia boleh menjenguk anaknya dirumah ibu
dan ayahnya diKuala Pilah. Sudah banyak kali Amirah memperkatakan kepada bekas
suaminya perkara itu. Amirah redha dengan ketentuan Allah bahawa jodohnya bersama
Loqman sudah tidak ada lagi. Tetapi ikatan azali antara Loqman dan anaknya
tidak boleh diputuskan.
Tetapi
tidak pada Loqman sejak pertemuan mereka dihari Raya Korban hinggalah pertemuan
yang terbaru ditepi padang berhadapan dengan bangunan AMCOB, dia sering
mengingatinya. Pertemuan-pertemuan itu amat bermakna dan terkesan dalam dirinya. Jiwa sentiasa
memburu bayangan bekas isterinya. Rindu sentiasa menguliti hatinya. Rasa
bersalah dan rasa kesal sering mengocak ketenangan hidupnya. Makin hari semakin
bercelaru fikiran Loqman. Makin hari makin tertekan jiwanya. Bukankah sudah
diperingatkan oleh orang-ornag yang sudah berpengalaman perkara yang lepas
jangan dikenang, jika dikenang merosak badan. Tetapi untuk menepisnya Loqman
tidak mampu. Dia tidak berdaya untuk memujuk hatinya yang sentiasa bergolak.
Dia tidak mampu lagi menepis rindunya yang meruntun. Dia kalah dengan gelodak
jiwanya yang seakan menderanya. Benteng ketenanganya sudah mula goyah. Kerana
rasa kesal dan rasa bersalah menghunjam
hati setiap kali dia menghembuskan nafasnya.
Kini Loqman lebih banyak termenung.
Dia lebih suka duduk menyendiri sambil mem- bayangkan saat bahagia dirinya bersama Amirah.
Tetapi bila dia sedar Amirah tidak lagi dalam gapainya dia mula menyesal..
menyesal dengan perbuatanya, menyesal akan kesilapanya dan rasa berdosa atas
kesalahanya. Kesalnya datang mendera hati-nuraninya. Dia sudah tidak menghiraukankan keadaan
sekeliling lagi. Kalau dulu dia hanya mendiamkan diri dan termenung tetapi kini
dia sudah mula menangis bila kesal itu datang. Perasaan itu sudah terlahir
diperbuatanya. Dia sudah tidak berselera untuk makan, makannya hanya terpaksa
kerana untuk kelangsungan hidupnya sahaja. Tidur malamnya sentiasa dalam
keresahan.
Liza
yang didepan mata sudah tidak dihiraukannya lagi. Jika isterinya berbicara
dengannya, Loqman seakan tidak mendengar.. dia hanya didalam dunianya sendiri. Yang
ada dihati Loqman kini hanyalah rasa kesal dan rasa bersalah. Ditambah dengan
rasa rindu yang bagai thsunami membadai dan menghempas kalbunya menyebabkan
lemas dalam dirinya sendiri. Kini Loqman bagai orang yang kehilangan semangat
untuk meneruskan kehidupan. Hari-harinya menjadi suram dan mendung.
“Bang... abang ni kenapa ..Liza tenguk dalam
seminggu dua ni asyik termenung saja..abang ingatkan siapa ..abang ingatkan
Amirah ke?” soal isterinya yang sedang hangat hati kerana apabila dipanggil
suaminya ketika itu tidak memberi apa-apa reaksi. Tetapi dengan soalan itu Loqman menangis
sambil menekup muka dengan kedua belah tangannya. Hingga teresak-esak dia
menangis. Liza menjadi terkejut lalu menghampiri suaminya.
“Abang sakit ke baang?” tanyanya hairan dengan tingkah suaminya. Suaminya hanya
mendiamkan diri. Dia mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan tapak
tangan lalu memejamkan matanya. Liza terkejut sebenarnya, tiba-tiba suaminya menangis
teresak-esak seperti budak kecil apabila diajukan soalan yang terkandung dengan
nama Amirah jandanya.
=======================================
Pagi itu ketika dia membuka mata suaminya tiada dipembaringannya. Entah
pukul berapa suaminya bangun Liza tidak tahu. Dia bangun pun matahari sudah
tinggi mencacak didada langit. Subuhnya!! entahlah dalam mimpi mungkin. Dia
menjengah keruang tamu, ohh dilihat suaminya ada duduk disofa sambil menyandarkan
diri. Dia melihat tangan suaminya menyapu air mata yang mengalir dipipinya.
Timbul pulak soalan dihati Liza melihat tingkahlaku suaminya.’Dia menangis lagi’. Tetapi kerana
perutnya sudah menjerit minta diisi dia terus sahaja kebilik air untuk mandi
kemudian bersiap untuk mencari makanan itu niatnya. Selesai mandi dia keluar
dari bilik air dia memandang suaminya yang masih duduk disofa. Kelihatannya mata suaminyanya
terkebil-kebil memandang syiling seakan memikir sesuatu. Setelah siap bersolek lebih kurang dia
menghampiri suaminya untuk mengajaknya keluar makan. Bukan makan pagi lagi tetapi makan tengahhari..Kiranya ‘two in one lah’ makan pagi campur makan tengahhari Perut didalam sudah sedari
tadi sudah minta diisi. dia bangun pun sebab perutnya menyanyi minta diisi, . kalau tidak lebih baik
dia tidur menyambung mimipinya. Suaminya masih diam membatu duduk disofa tidak berganjak
sedari tadi. Liza menjadi hairan sejak dia bangun dari tidur tadi Liza melihat
suaminya sudah duduk disofa, kini dia sudah siap bersolek suaminya masih juga
disitu tidak berganjak..apakah yang difikirkan oleh suminya...
“Bang..Jomlah
kita pergi makan, Liza dah lapar ni.” Seperti biasa Liza akan berwatak manja
bila mengajak..tetapi ajakan manja isterinya
juga sudah tidak diperdulikkan oleh Loqman. Dia mula merebahkan dirinya pula, mulutnya
tidak terbuka untuk menjawap pangilan isterinya matanya pula dipejamkan. ‘Ehh tidur pulak dia ni bila kita ajak dia
makan...tadi menangis..tapi ni pejam pula matanya’ detik hati Liza bingung
dengan tingkah suaminya.
“Bang cuba cakap bang..abang tidur lagi
ke..bangunlah siap kita pergi makan.” Liza menyedari sudah lama suaminya tidak
bersuara...entah sudah beberapa hari ini terlalu sukar untuk mendengar suara
suaminya. Hatinya menjadi geram pula bila dilihat suaminya diam membatu. Diam suaminya
menyebabkan Liza menjadi buntu untuk bertindak. Dileteri suaminya tapi seperti bercakap dengan tunggul
kayu. Lama kelamaan Liza mengalah. Dia
penat. Dia pun diam.
“Oklah Liza masak hari ini..tapi Liza
masak yang ringkas saja..Liza masak telur dadar dengan tumis sayur kobis..boleh
tak?..Liza nampak ada sayur kobis dalam peti sejuk tu.” Mahu tidak mahu akhirnya Liza kedapur juga
kali ini dia mengalah. Liza cuba mencari perhatian suaminya. Dia melakukan apa
yang selalu di ingini oleh suaminya yaitu memasak dirumah.
Liza
merasa dirinya sudah tidak dihiraukan lagi oleh suaminya sejak kebelakangan ini.
Ingin juga dia berbual atau bercerita namun terasa dia berbual sendirian walaupun suaminya ada didepan mata, kerana
suaminya bagai tidak memberi reaksi dengan apa yang diperkatakan... Dia kedapur meninggalkan
suaminya diruang tamu. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa sejak kebelakang ini
Loqman jarang bersuara, apakah yang sedang difikirkan.
Setelah selesai memasak dia keruang tamu, mengajak suaminya
makan bersama. Rupa suaminya lena disofa yang diduduki sejak tadi. Ketika dia
mengejutkan suaminya dirasanya badan suaminya panas.
“Abang demam ni..jomlah kita makan lepas
tu makan ubat.” namun Loqman masih berdiam diri, ‘entahkan tidur entahkan berangan dia ni’ itu detik dihati Liza..lalu
digoyangnya sedikit badan suaminya agar dia bangun.
“Bang bangunlah.. Abang demam ni kita
makan…makan sikit pun tak apa..lepas tu makan ubat.” suaminya membuka mata.
“Bang jomlah kita makan.. nasi dah masak
tu..lepas tu makan ubat.” Liza mengulangi kenyataanya, lalu menarik tangan suaminya supaya bangun.
“Pergilah... abang tak selera ni..Liza
makanlah dulu.” akhirnya suaminya bersuara juga dengan suara yang garau dan lemah.
“Jangan lah macam tu..abang kena makan,
sebelum makan panadol..lepas tu boleh tidur.” dengan rasa yang malas Loqman
bangun...mengikuti langkah isterinya kedapur.
Hanya
dua tiga suap sahaja Loqman menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya,
dia sudah menolak pinggannya. Tekaknya terasa pahit. Dia sungguh-sungguh tidak
berselera. Kemudian dia keruang tamu dan baring ditempatnya semula. Dia suka
baring disofa itu.. kerana dulu ketika bersama Amirah dia sering bermanja dan
baring diriba Amirah sambil menonton talivisyen disitu. Disitu juga dia merasa
tenteram. Selesai makan Liza keruang tamu bersama panadol dan segelas air suam.
“Bang nah ni ubatnya…makan.” Liza menghulurkan
panadol dan segelas air suam yang di bawanya tadi ketangan suaminya. Loqman bangun
mengambil ubat yang diberikan dan menelanya.
“Abang kalau nak tidur.. tidurlah dalam
bilik.” Liza menarik tangan suaminya agar dia tidak merebahkan badannya
kembali. Dia berusha menarik tangan suaminya suaya tidur didalam bilik mereka agar
lebih selesa.
===================================================
Sudah
dua hari Loqman demam. Tidur malamnya asyik meracau..tiada nama lain yang
disebut melainkan ’Amirah’. Dalam
sehari berkali-kali nama ‘Amirah’
disebutnya. Dia memanggil-manggil nama itu dengan mata terpejam dan linangan
air mata. Pada mula panas juga hati Liza bila suaminya asyik memanggil-manggil
nama bekas isterinya. Tetapi bila dipandang keadaan suaminya yang seakan tidak
sedar apa yang keluar dari mulutnya, dia merasa kasihan pula. Dia memujuk hatinya
agar bersabar sedikit, mungkin suaminya tidak sedar apa yang terkeluar dari
bibirnya. Masuk hari ketiga, suaminya semakin lemah dia tidak mahu makan, hanya
air sahaja yang ditelannya, itupun kalau disudukan kemulutnya. Liza terpaksa
mengambil cuti selama suaminya tidak sihat.
“Bang bangunlah mandi lepas tu kita pergi
klinik..”Loqman bangun mengikuti apa sahaja diarahkan oleh isterinya. Dia sudah
seperti lembu dicucuk hidung. Dia sudah tidak dapat berfikir untuk dirinya
sendiri.
Walaupun
sudah pergi keklinik namun demam Loqman masih tidak mahu kebah.Terasa panas badannya
masih berbahang. Malah racaunya semakin menjadi-jadi. Yang menjadi Liza sangat
bimbang kadang-kadang secara tiba-tiba suaminya itu akan menangis teresak-esak
sambil memanggil nama ’Amirah’ walaupun
matanya terpejam. Liza sudah tidak tahan melihat keadaan suaminya. Dia mula
bimbang jika apa-apa terjadi tentu dia akan disalahkan. Pagi itu dengan hati
yang berat dia mencari nombor telefon ibu mertuanya lalu menghubunginya.
“Assalamualaikum…mama ini Liza isteri Loqman…mama
tolonglah datang sini.” Liza merayu ibu mertuanya. Dia sudah mati akal melihat
keadaan suaminya semakin hari semakin parah.
“Waalaimkumsalam..kenapa?..mana Loqman.” Sungguh terkejut Puan Sharifah tiba-tiba sahaja Liza isteri Loqman
menghubunginya.
“Abang demam dah pergi keklinik tapi tak
baik lagi..tolong lah mama datang sini.. Liza tak tahu nak buat apa lagi.” rayu
Liza lagi dengan suara yang sayu memohon simpati.
“Dah berapa hari dia demam?”
“Dah masuk empat hari…dia tak mahu makan,
asyik menangis saja kalau dia tidur.” Kalau Loqman memejamkan sahaja matanya
dia akan menangis dan memanggil nama ‘Amirah’ itulah yang membuatkan Liza
menjadi buntu.
“Baiklah nanti papa dan mama sampai.”
janji Puan Sharifah, hatinya jadi berdebar..tentu keadaan Loqman teruk..jika
tidak tentu isterinya yang tidak pernah mesra denganya menghubunginya.
Tengahari
itu papa dan mama Loqman tiba dari Port Dikson. Bila dilihatnya keadaan Loqman
yang tidak terurus dengan badan yang kurus, rasa macam tak percaya Loqman demam
baru empat hari tapi badannya kurus macam sudah berminggu dia tidak makan.
“Loqman..Loqman…mama datang ni..kenapa dengan kamu
ni Man.” Loqman membuka matanya bila mendengar suara sayu mamanya memanggil
namanya.
“Mamaaa... bila mama sampai..” kedengaran
suaranya yang terketar. Dia cuba bangun
tepi tidak berdaya lalu dia merebahkan kembali badannya ketilam. Kelihatannya
dia begitu tidak bermaya. Seperti orang Afrika yang tidak cukup makan pun ada. Matanya dan pipinya kelihatan cengkung,
rambutnya yang panjang dan misai serta janggut
tumbuh meliar di mukanya.
“Mama baru saja sampai Man, kenapa ni
Man..kata Liza Man meracau asyik panggil nama Amirah saja..kenapa Man.” Loqman
mula menangis bila nama Amirah disebut.
“Man rasa kosong..Man rasa sakit sangat
mama..tolonglah Man mama.”
“Man sakit kat mana biar mama picitkan.”
“Man rasa sakit kat hati Man ni
mama…sakitnya mama..Amiraaahh”sambil mengerekutkan badanya dia memeluk bantal
disisi sambil memanggil nama Amirah perlahan seolah-olah menahan kesakitan yang
amat sangat. Puan Sharifah mengelus-ngelus rambut anaknya dengan penuh rasa kasih
sayang. Itulah kasih seorang ibu..walaupun kadang-kadang anak-anak menyakiti
hatinya kasihnya tetap utuh tidak berubah.
“Habis kenapa Man panggil nama Mirah.”
“Kalau Man sebut saja nama Mirah, sakitnya
Man rasa kurang sikit mama..” Loqman memejamkan lagi matanya, tapi dengan
perlahan nama Amirah juga yang dihujung bibirnya.
“Man apa yang boleh mama buat
cakaplah..mama akan cuba tolong Man.” Puan Sharifah memberi janjinya. Encik Abdul
Majid hanya memandang dihujung katil sejak mereka sampai dia belum bersuara
lagi. Dia terkejut sebenarnya melihat keadaan anaknya. Dia termangu tidak tahu
apa yang harus dilakukan bila mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya.
“Mama tolong panggilkan Mirah mama..Man
rasa nak sangat jumpa dia..Man rindu sangat pada Mirah mama… Man nak minta maaf
pada Mirah juga. Macam nilah agaknya Mirah sakit ketika Man ceraikan dia dulu
mama. Mama ..papa tolonglah Man.” Loqman memandang mamanya dengan pandangan
sayu. Hati ibu bapa mana sanggup melihat anaknya yang kelihatannya sungguh
menderita.
“Man.. kamu kan dah ada isteri macam mana
isteri kamu nanti Man.” sampuk Encik Abdul Majid kerana perbualan mereka turut
didengari juga oleh Liza di ambang pintu bilik mereka.
“Entah lah papa...tapi Man tak tahan sangat
rasanya ni..aduh sakitnya Amiraaahhh.” sekali lagi Loqman memeluk bantal sambil
memanggil Amirah menahan sakit lagaknya, kemudian dia memejamkan matanya. Hanya
esak-esaknya sahaja yang kedengaran. Kedua papa dan mama- nya keluar dari bilik
diikuti oleh Liza dibelakang.
“Macam mana ni bang..nak ikutkan ke?”
“Entahlah Pah abang pun tak tahu..Kamu
macam mana Liza..Loqman suami kamu segala keputusan ditangan kamu, fikirkanlah
mana yang baik untuk kamu juga.” Encik Abdul Majid berpaling, memandang Liza.
Liza juga memandang kedua orang mentuanya. Pada pandangan Encik Abdul Majid dan
Puan Sharifah perutnya Liza belum nampak
besar lagi. Mungkin dalam empat atau
kelima bulan. Maklumlah kandungan sulung nampak kecil sedikit. Lagi pun Liza
berbadan kecil molek. Kelihatannya Liza memikir-mikir kemudian dia berkata....
“Untuk kebaikan abang panggilkan saja
Amirah, kalau mahu dia datang..saya tak sampai hati juga nak tenguk saja…dah
dua tiga hari abang meracau panggil nama ‘Amirah’”.
Sebenarnya terselit juga rasa simpati dihati Liza dengan penderitaan batin suaminya.
=============================
Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah
keapartment Amirah untuk menjemput Amirah.
“Pah kita singgahlah beli apa-apa yang nak
dimasak Pah, abang nampak macam tak ada
apa-apa yang nak dimakan kat rumah Loqman tu..abang dah lapar ni”.
“Ialah tadi Pah kedapur juga tapi nampaknya hanya ada roti dengan kaya
saja. Kita ambil Amirah dulu, baru pergi beli barang ye bang.” Sampai
diapartment Amirah mereka terus naik hingga kepintu rumah. Encik Majid
menghubungi telefon bimbit Amirah. Agak lama baru panggilanya dijawab.
“Assalamualaikum..Mirah papa ni, papa ada
depan pintu rumah Mirah ni... buka pintu nak.”
“Waalaikumsalam…terpisat-pisat Amirah yang
sedang tidur terkejut bila telefon bimbitnya berdering. Pagi itu dia baru saja
pulang dari bekerja syift malam…selepas makan tengahhari dan solat Zohor dia
tidur. Tidurnya tak sampai setengah jam telefon bimbitnya berdering. Amirah
berjalan menuju kepintu dan membukanya, dilihatnya kedua bekas ibu dan bapa
mertuanya berada di depan pintu.
“Ehh..mama papa masuk lah ..minta maaf
lama agaknya mama dan papa tunggu, Mirah tidur tadi, lepas solat zohor apa lagi
Mirah tarik bantallah. Kebetulan kawan-kawan Mirah semuanya kerja..duduklah
kejap Mirah kedapur.”
“Tak payah..Mirah tak payah..mama dengan
papa ni nak cepat.” Puan Sharifah mencapai tangan Amirah untuk menghalang dia kedapur.
“Kami ni datang nak minta tolong
sangat-sangat dengan Mirah..kalau Mirah tak keberatan nak tolong.” Amirah
terhenti dari melangkah. Dia memandang kedua bekas mertuanya dengan pandangan
hairan.
“Tolong apa papa mama.”
“Tolonglah kami Mirah…Loqman sakit dia
teringin sangat nak jumpa Mirah..keadaannya kurus kering dan tak terurus..kata
Liza setiap malam dia meracau memanggil nama Mirah..tolong mama dan papa
Mirah”.
“Kalau Mirah datang macam mana pula dengan
isterinya..tak marah ke dia?.”
“Isterinya lah yang minta kami datang
jemput Mirah..dia pun tak sampai hati tenguk keadaan suaminya.” Terang Puan
Sharifah lagi.
“Kalau macam tu tunggu sekejap Mirah siap.”
hanya sekejap sahaja Amirah bersiap, dia memakai sehelai T-shirt muslimah yang
longgar dan seluar jean biru. Baju itu selalu dipakainya ketika berjumpa Loqman
sebelum mereka bernikah dulu.
“Mirah dah siap ni..tapi kesian mama dan
papa tak minum ni.”
“Tak apa Mirah..kita pergi beli barang nak
masak dulu boleh tak Mirah..mama rasa nak masakkan untuk Loqman”.
“Boleh juga supermarket Giantlah yang
paling dekat mama.”
“Jomlah… papanya kita cepat sikit kesian
Loqman kita tinggalkan dia.” Sampai disupermaket mereka terus menuju ke
bahagian sayur-sayuran. Dengan cepat mereka memilih barang yang difikirkan
perlu.
“Mama nak beli, daging banyak sikitlah
Mirah dan sayur bayam merah ni kita masak rebus sedap juga kan Mirah. Santan ni
beli juga, mana tahu nak masak lemak ke tak payah kita kekedai lagi.” setelah
milih mereka membayar di kaunter pembayaran. Encik Abdul Majid dan Puan
Sharifah hendak cepat sampai kerumah Loqman kerana nampaknya Liza belum lagi
masak tengahari sedang perut mereka sudah mula lapar. Perut orang tualah
katakan yang mesti diisi nasi juga kalau dah tengahhari. Apatah lagi sudah
lewat tenghari tentulah perut sudah mula menyanyi-nyanyi minta diisi.
Sampai
sahaja di rumah Loqman, Puan Sharifah masuk kebilik anaknya dilihat Loqman sedang
mengerekotkan badan. Kedengaran perlahan nama Amirah disebut lagi sambil
memeluk bantal dia menangis teresak-esak ditemani oleh isterinya. Isterinya
sedang mengurut-urut perlahan belakang suaminya.
“Kenapa Liza?..”Puan Sharifah bertanya.
“Entahlah mama ..abang kata sakit ..bila
tanya sakit kat mana dia buat macam ni ..nak ke Amirah datang mama.” Liza sudah
tidak tahan melihat perlakuan suaminya. Sedeh hatinya. Puan Sharifah sudah tahu
dimana sakit anaknya.’dihatinya’.
“Ada dia kat luar tu, nanti mama
panggilkan dia.” Mendengar kata-kata mamanya, Loqman mengangkatkan mukanya memandang
kepintu.
“Mirah jomlah masuk bilik ..Loqman kat
dalam tu.” Puan Sharifah menghampiri Amirah dan mengajaknya masuk kedalam bilik.
Amirah hanya tertegak diruang tamu. Dia hanya memandang bekas ibu mertuanya
dengan pandangan sayu memohon pengertian. Untuk masuk kedalam bilik itu tidak
mungkin baginya. Encik Abdul Majid faham perasaan Amirah, lalu bersuara.
“Panggillah Loqman keluar.. baring kat
sofa ni, takkan Mirah nak masuk bilik pula.” tegur Encik Abdul Majid. Puan
Sharifah masuk kebilik anaknya semula.
“Man marilah kita keluar, Mirah ada kat
luar tu.” dengan dipapah oleh mama dan papanya Loqman keluar dari bilik
berjalan perlahan. Badannya mengigil-gigil tidak bertenaga. Jika tidak disangga
oleh kedua papa dan mamaya tentu dia sudah jatuh terjelepuk. Didudukan anaknya mereka
di sofa diruang tamu. Mata Loqman sudah tidak lepas memandang Amirah yang
sedang memandang kearahnya juga. Dengan air mata yang masih mengalir dengan suara
yang kedengaran mengigil Loqman bersuara.
“Terima kasih Mirah..sudi Mirah jenguk
abang yang banyak berdosa pada
Mirah..Mirah marilah sini abang nak cakap dengan Mirah.” Amirah menghampiri dan
duduk diatas lantai, berteleku dihadapan Loqman.
“Kan Mirah dah cakap pada abang Man, Mirah
dah maafkan abang Man..tak ada lagi dosa abang Man pada Mirah”.
“Mirah!! inilah kesilapan paling besar yang
abang lakukan dalam hidup abang, kini abang terpaksa menaggungnya Mirah. Abang
rasa tak sanggup nak menaggungnya Mirah.” sayu suara Loqman bagai tidak terkeluar dari
kerongkongnya. Loqman menangis lagi...dia teresak-esak. Dia sudah tidak malu
lagi mengalirkan air mata lelakinya dihadapan semua orang. Rasa kesal dan rasa
bersalah yang menyelubungi hidupnya yang menyebabkan dia berkeadaan begitu.
“Abang Man kena kuat ..kita ni manusia tak
pernah tak buat silap..jadi kita kena kuat kerana kita ada tanggung
jawab…sabarlah banyak-banyak abang Man..banyak orang yang nak bantu abang Man...redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Kalau abang Man redha
abang Man akan kuat.” Loqman hanya memandang Amirah tidak berkelip seolah-olah jika
dia mengelipkan matanya, Amirah akan hilang dari pandagan matanya. Rindunya
yang meruntun masih lagi belum lunas lagi. Kata-kata Amirah ditelan terus
kehati sanubarinya. Azamnya dia cuba “kuat”
menerima takdirnya. Seakan semangatnya datang kembali..
“Laparnya perut abang ni Mirah..boleh tak tolong
masakkan abang daging masak kicap dan sayur bayam rebus Mirah.. abang rasa lapar
sangat ni.” setelah berkata begitu Loqman merebahkan badannya disofa yang
didudukinya. Loqman sudah kehabisan tenaga, tapi yang ada padanya sekarang ini
hanya semangat kerana Amirah ada dihadapannya.
“Mirah nak masak ni... abang Man tunggu dulu.”
Amirah bangun menuju kedapur…sebelum masuk kedapur dia berjumpa Liza dahulu
meminta izin.
“Boleh tak izinkan saya buatkan air dan
masak untuk Loqman.” Amirah berdiri memandang Liza yang sedari tadi
memandangnya ketika dia berkata-kata dengan suaminya.
“Janganlah cakap macam tu Mirah..buatlah apa saja..
asalkan abang sihat semula, kak Liza tak kisah. Masakkanlah apa yang abang
nak.. sebab memang sudah dua tiga hari dia tak makan nasi, dia hanya minum
air dengan sedikit roti sahaja, itupun
sebab nak makan ubat.” dia menuturkan dengan ikhlas tiada rasa cemburu ketika
itu. Kerana dia sudah buntu melihat keadaan suaminya.
Ini kes teruk ni . Amirah ni baik sangat.Liza yang mengandung ni nak buat macam mana yer. Kena sambung cepat ni tak sabar nak tunggu.
ReplyDeleteSampai macam ni sekali Loqman.Tak MSU langsung. ^_^
ReplyDeleteWalaupun masih muda fikiran Amirah matang.
Tak sabar nak tunggu next part.