Minta maaf ye membuat anda
tertunggu-tunggu, tapi bab yang ni memang tak terlakar lagi baru nak
tercari-cari ayat, tu yg lama. Ceritanya pun tak berapa menarik. Ni mak teh
saja masukkan fadilat solat terawih, sebagai peringatan pada diri mak teh dan
anda juga. Trima ksih kerna masih menunggu.
Tak sempat nak semak kalau ada yang
salah harap maaf. post kat tempat kerja. Balik nanti baru semak...
=================
Ramadan sudah seminggu melabuhkan
tirai. Semua umat Islam diseluruh dunia menjalani ibadat itu di siang hari.
Malam nya pula mereka akan mencari kelebihan pahala dengan menunikan solat
Terawih dimasjid atau di surau ataupun dirumah. Siapa yang tahu fadilat solat
terawaih pasti tidak akan melepaskan peluag untuk meraihnya, tentu mereka akan menyempat diri untuk pahala yang hanya
setahun sekali sahaja kita dapat, Yang ditakuti kita tidak dapat meraihnya
ditahun hadapan. Termasuk jugalah Syukri dan Nuri yang gigih meraih
menyempatkan diri, walaupun terpaksa menunggu anak-anak tidur supaya solat mereka
tidak terganggu.
Memandangkan anak mereka masih kecil
Nuri tidak keMasjid maupun surau. Walaupun begitu dia juga tidak mahu
ketinggalan untuk mencari pahala solat
sunat Terawaih. Dia bersolat dirumah sahaja manakala Syukri selepas berbuka dan
solat Magrib dia akan kesurau berhampiran menjadi Jemaah surau. Sudah dua hari
Syukri menjumpai Nuri sedang solat terawih ketika dia pulang dari surau.
Akhirnya dia menjadi imam solat isterinya dirumah. Pada mulanya Nuri menegur
juga perbuatan suaminya.
“Bang pergilah solat terawih kat
surau, saya tak apa saya boleh solat sendiri. Lagi pun orang perempuan memang
tak digalakkan solat kat luar, Nuri ni
lebih abdal solat dalam bilik kita. Abang lebih abdal solat berjemaah di
masjid atau surau”.
“Tak apa, kita solat sama. Kalau Nuri
kerja malam abang akan solat kat surau atau pun masjid. Masa Nuri tak kerja ni
kita solatlah sama-sama, dapat juga Nuri pahala solat berjemaah sama-sama kita
dapat pahala, pada abang macam ni lebih abdal”.
Dua tiga kali ditegur hanya itu jawapan Syukri.
Awal puasa lagi Nuri sudah mula
menyediakan biskut raya untuk diri dan emak mertuanya juga. Biskutnya biasalah
tat nenas dan Almond London dua biskut
ini kegemaran emak mertuanya diPengkalan Hulu.. Semalam dia off day dia
mengacau dua biji nenas yang telah di’bland’ untuk jem tat nenasnya. Walaupun
bulan puasa Syukri tetap pulang kerumah diwaktu tengahhari. Tujuanya hanya
untuk untuk merehatkan diri sebelum menyambung kerja-kerjanya hingga kepetang.
Ketika dia sampai isterinya sedang sibuk didapur. Setelah memberi salam dia
menjengah dapur
“Nuri
buat apa tu”.
“Ni kacau jem nenas untuk tat nenas
kita nanti”.
“Meh abang tolong. Tentu Nuri penat
kacau sorang”.
“ Tak payahlah bang, abang pergilah
baring dengan anak-anak tu. Jem nenas ni taklah berat macam kita kacau dodol.
Lagi pun kalau dah meletup-letup macam
lavar gunung berapi ni tak lama keringlah. Nuri kacau ni supaya dia tak hangus
kat dasarnya sahaja. Dah pergilah abang baring. Banyak kereta hari ini bang?”.
“Banyak Nuri. Ni nak pulihkan tenaga
n,i nak buat petang pula. Abang baring kejap ye. Nuri! solat nanti jemaah ye”.
“Ialah masuk waktu nanti saya kejut
pergilah abang baring.”
Disebelah malamnya pula selepas solat
Terawih dan selepas semua anak-akannya tidur Nuri kedapur semula.
“Abang pergi tidur lah dulu saya nak
mula buat biskut malam ni”.
“Ehh nak mula buat kueh raya ke Nuri,
baru seminggu puasa”.
“Saya buat sikit sikit tu yang nak
mula cepat. Malam ni pun saya nak buat satu adunan sahaja, tak sampai pukul
sebelas dah siap agaknya. Pergilah abang tidur dulu tentu abang penat, kereta
banyak kan hari ni”.
“Tak apa lah abang nak teman Nuri kat
dapur, malam ni nak buat biskut apa”.
“Nak buat almond London, saya nak buat
banyak sikit nak bagi emak, nak bagi kak Ton sikit dan nak tinggal kat rumah
sikit kot Wafi dan Su nak makan nanti”.
“Ok lah tu, meh abang tolong
gentelkan. Kacangnya Nuri dah panggang ke?”
“Dah petang tadi”.
“ Meh sikit abang nak rasa rangup tak.
Banyak tak Nuri beli kacang Almond ni”.
“Banyak tulah saya beli. Cukup tak tu.
Kalau tak cucup yang tahun lepas ada lagi, tapi tak panggang lagi ada dalam
peti sejuk tu. Petang tadi lupa yang kacang tu ada lagi itu tak panggang sama
tu”.
“Cukup ni, ada seratus biji tak ni”.
Begitulah cara Nuri membuat biskut raya. Sikit-sikit setelah anak-anaknya masuk
tidur baru dia kedapur, dua tahun
berturut-turut dia membuatnya sendirian. Namun digagahkan juga demi untuk tidak
mengecewakan ibu mertuanya, yang sangat baik kepadanya. Ialah bak kata orang
kalau hendak seribu daya kalau dah tak hendak seribu dalih. Tetapi sekarang
Syukri kembali membantunya.
“Abang heran suka sangat mak dengan
biskut ni sedap sangat kah”. Setelah sejam lebih didapur biskut Nuri sudah
keluar dari oven.
“Taklah sedap mana, mungkin namanya begitu glamour orang membanyangkanya sedap. Dah sejuk nanti cubalah abang rasa
tapi ni belum dicelup dengan coklat lagi kalau tak sempat nanti kita celup kat
kampong saja ye, minta Imah celupkan”.
“Kenapa tak celup coklat sekarang”.
“Kena tunggu betul-betul sejuk baru
dicelup dengan coklat. Kalau tak nanti coklatnya cairlah”.
“Nuri dapat cuti raya tak tahun ni.”
“Tak tahu lagi.. jadual tugas belum
siap lagi bang, tapi kalau ikut giliran tahun ni bukan giliran saya cuti”.
Ada keluahan yang keluar dari mulut
Syukri. Entah hatinya jadi sayu bila mengenangkan dia tidak dapat berhari raya
bersama anak-dan keluarganya dikampung.
“Tak apalah kalau tak dapat cuti
nanti, abang baliklah sendiri bawalah biskut-biskut ni satu lagi saya tak buat
lagi, InsyaAllah offday sekali lagi saya
buat tat nenas pula. Malam abang balik nanti saya buatklan mak kek coklat. Emak
ok rasanya. Kalau abang takut kena marah sebab saya tak balik nanti saya call
emak bagi tahu.”
“Emm”. Hanya itu yang keluar dari
mulut Syukri. Tetapi wajahnya sudah bertukar mendung. Malam itu siap satu
adunan biskut almond London Nuri dan Syukri.
Setelah berkemas segala yang telah digunakan mereka kebilik untuk tidur
pula, semantara menunggu waktu untuk bersahur. Ketika diatas katil walau
hatinya sedeh namun Syukri tetap menarik juga isterinya dalam pelukkannya untuk
mencari kehangatan. Kehangatan diri dan kehangatan cintanya. Dia berharap
sayang Nuri yang mati bersemi lagi untuknya.
Pagi itu Nuri bekerja. Tinggal Syukri
sendirian dirumah, anak-anaknya sudah dihantar kerumah kak Ton. Jam menunjukkan
belum pukul lapan pagi, hendak kebengkel masih terlalu awal. Hendak tidur
semula takut terlajak lagi matanya tidak mengantuk. Entahlah mungkin asyik
memikirkan isterinya tidak dapat cuti
raya hatinya jadi walang dan matanya juga tidak mahu terpejam bila kepala asyik
berfikir sahaja. Syukri mengambil keputusan menghubungi emaknya diPengkalan
Hulu untuk melepaskan rasa sedehnya.
“Assalamulaikum mak apa khabar”.
“Walaikumsalam. Baik Syukri. Ni pagi lagi telefon mak, ada cerita gembira ke
Syukri. Nuri dapat cuti raya”. Terus sahaja puan Noriza meneka. Kerana dia pun
begitu. Pada pandangannya jika Nuri mahu mengikuti suaminya pulang kekampung
ini bermakna hati menantunya itu sudah beransur sembuh dari luka dimadu. Puan
Noriza sangat mengharapkan keharmonian rumah tangga anak-anaknya.
“Tak adalah mak, ini yang Syukri nak bagi
tahu mak. Supaya mak tak terharap-harap”.
“Dia dah dapat jadual kerja dia ke?
kan lama lagi nak raya, puasa belum setengah bulan lagi Syukri”.
“malam tadi tu cerita-cerita dengan
dia sambil buat biskut Almond Landon, dia kata tahun ni bukan giliran dia dapat
cuti mak”.
“Ohh dia dah buat biskut untuk emak!
cepatnya”.
“Dia buat sikit-sikit mak, malam tadi
tu dua kali bakar saja dia dah siap. Siang tak boleh nak buat anak-anak kacau.
Lagi pun masa yang dia tak kerja saja dia buat mak. Cuti sekali lagi ni dia nak
buat tat nenas pula katanya”.
“Begitu berusha dia buat biskut yang
emak suka, Syukri. Emak tak tahu kenapa kamu diduga macam ni Syukri. Tapi ialah
selagi dia disisi kamu jagalah hatinya. Emak sebenarnya sayang sangat kat Nuri.
Emak sedeh kamu buat dia macam dulu tu. Emak sebenarnya syukur sangat Sarah
terbuka hati minta cerai dengan kamu. Emak tak boleh nak bayangkan kalau Nuri
yang pergi dari hidup kamu Syukri. Tapi kamu jangan salah fahan emak tak pernah
doakan kamu bercerai dengan Sarah.”
“Tak mak, Syukri tahu hati emak, emak
baik tak pernah doakan orang perkara yang tak elok. Itu mungkin lorong dari
Allah mak. Kan semua yang terjadi Dia yang merancang mak. Pasal nak jaga hati
Nuri tu InsyaAllah mak, Syukri akan pengang dia sampai Syukri tutup mata mak.
Itulah pasalnya kalau dia tak mahu balik kampong kita, Syukri reda. Biar baik
luka hatinya dulu, Syukri sanggup tunggu. Ini tujuan Syukri call mak ni, supaya
mak tak mengharap kami balik. Mungkin Syukri balik sorang hantarkan biskut emak
tu”.
“Ialah Syukri jangan paksa dia, mak
tahu luka hati dia Syukri. Kamu tak tanya dia..mungkin dia nak raya kat Kuala
Selangor.”.
“Tak juga mak. Dia kata keluarga nenek
busunya bukan muhrim dia. Masa raya
nanti tentu semua adik-beradik pak su dia balik, bilik pun tak cukup, nanti dia
susah nak jaga aurat dia mak. Sekarang ni baru Syukri sedar, Nuri juga tak ada
siap-siapa mak. Ada abang jauh kat Negara orang. Tapi ialah memang Syukri buta
dulu. Buta pada isteri sendiri. Tak sedar isteri sendiri pun yatim piatu”.
Getar sebak Syukri didengari oleh telinga tua puan Noriza dihujung talian. Dia
tahu anaknya dalam kesedehan mengenang masa lalunya.
“Dahlah Syukri, ini pengajaran pada
kamu. Esok-esok kalau nak buat kerja tu fikir dulu baik buruk tindakkan kita,
jangan fikir senang dan bahagia diri sendiri saja . Fikir juga anak isteri
kamu, kamu sekarang bukan sorang lagi dah empat orang Syukri, makin banyak yang
kamu nak jaga hatinya Syukri. Kamu tak balik raya ni pun tak apa. Nanti kalau
mak ada masa, mak yang pergi rumah kamu, bukan nya lama naik firefly tak sampai
sejam duduk dalam kapal terbang dah
sampai”. Begitu mudah pendekatan Puan Noriza. Ialah padanya segalanya akan
mudah jika kita membuatnya mudah, itu prinsip puan Noriza.
“Tak apalah mak biar saja Syukri yang
balik nak bawakan biskut Nuri ni. Biskut-biskut ni memang khas untuk emak
katanya. Mak! baju yang Syukri suruh tempah tu dah siap mak.”
“Belum lagi Syukri, kak Nah kamu tu
pun banyak tempahan, tapi InsaAllah kata dia nak dekat raya nanti siaplah”.
“Kalau dah siap tolong basuhkan sekali
ye mak. Walaupun Syukri tak dapat balik, kalau
dah siap berbasuh nanti balik sini Syukri suruh Nuri dan anak-anak
pakai. Walau apa pun.. mak doakan Nuri dapat cuti ye mak.”
Dalam diam Syukri meminta emaknya diPengkalan
Hulu menempah pakaiannya untuk hariraya
untuk mereka sekeluarga . Kainya Puan Noriza yang memilih. Syukri
meminta dicarikan warna hijau lumut warna kegemaranya. Syukri sudah
membayangkan bertapa cantik dan
meriahnya berhari raya sekeluarga
memakai warna yang sama, warna kegemaranya lagi. Tempahan baju mereka
diluar pengetahuan Nuri. Ini merupakan satu kejutan dari Syukri untuk isterinya
untyuk hari raya kalai ini.
“Ialah Syukri. Yang sebetulanya belum
pastilah yang Nuri tak dapat cuti ni Syukri”.
“Belum mak, hanya Nuri kata malam tadi
jadual tugas dia belum siap lagi tapi tahun ni memang bukan giliran dia dapat
cuti. Tapi manalah tahu berkat doa emak orang kesian kat Nuri yang dah beberapa
tahun tak dapat cuti, aleh-aleh ketua dia bagi cuti pula. Doakan ye mak”.
“InsaAllah mak doakan, mak nak buat solat hajat lagi biar Nuri dapat cuti.”
Terkekeh puan Noriza dihujung talian mempersendakan Syukri. Yang sebetulnya
biar anaknya yang kesedehan terhibur sedikit hatinya.
“Emak ni”.
Tidak sedar masa yang berlalu. Kini
Ramadan hanya berbaki seminggu sahaja
lagi. Selesai solat terawaih dan selesai membaca niat puasa untuk esok hari,
Nuri masih bersimpuh dibelakang Syukri.
Dia menanti huluran tangan suaminya untuk disalami.
Ketika Syukri memusingkan badan dan
menghulur tangan, Nuri meyambutnya disalami dan dicium tangan suaminya. Sebelum
Syukri melepaskan tangannya, Nuri
memangilnya dan memberitahu jadual kerjanya untuk esok pagi...
“Bang, saya kerja pagi esok pagi”.
“Emm”Itu sahaja yang keluar dari bibir
Syukri kedengaran lemah tak bersemangat.
Kemudian Nuri bersuara lagi..
“Lepas kerja pagi esok ni, saya kerja
pagi lagi, kiranya dua kali pagi lah”.
“Emm”. Bagai tiada tidakbalas positive
dengan jawapanya. Bagi Syukri sudah menjadi kebiasaan Nuri, jika berubah sahaja
perjalanan gilirannya dia akan memberitahunya.
”Lepas tu saya mula cuti raya.”
“Emm” Walaupun jawapanya tetap sama
namuh berlainan tindakbalas …Syukri cepat memandang tepat kewajah isterinya,
untuk mencari kepastian apa yang
tuturkan oleh isteri yang dihadapanya dengan mata terkelip-kelip. Kemudian dia
tersedar.
“Haah apa Nuri cakap lepas tu Nuri
cuti raya. Ertinya sebelum raya Nuri dah cuti?? Sampai bila?”
“Empat
hari raya dah kena kerja balik”. Tindakkan spontan Syukri bila otaknya
menerima maklumat. Dia menarik isteinya dengan kuat hingga Nuri bergerak dari
tempat duduknya sehingga kepala lutut
mereka bertemu. Syukri memegang dua belah pipi isterinya dengan dua belak tapak
tanganya, lama bibirnya melekat didahi isterinya. Kemudian bibir nya bergerak kebawah mencari
dua ulas bibir isterinya pula. Juga lama bibirnya melekat disitu.
“Kita balik raya ye.” Mata Sukri sudah
berkaca, suaranya juga sudah bergetar dia sebak. Sudah lama dia tidak berhari
raya bersama Nuri. Ditambah sudah tiga anaknya, inilah kali pertama dia berhari
raya bersama anak-anaknya, Dia sangat mengharap. Ahh sungguh dia sudah lama
mengabaikan Nuri dan anak-anaknya. Dia tersedar lagi. Nuri hanya membatu.
“Nuri tak nak balik Pengkalan Hulu ke,
abang tak paksa.” Nuri memandang wajah suaminya. Kelihatan wajah suami yang
penuh harap yang dipandangnya.
“Maafkan abang sayang..” Melintas
kenangan lalu diminda Nuri bila suaminya memanggilnya sayang. Hatinya tidak
rela.
“Jangan panggil saya sayang..” rendah
sahaja suaranya bila dia melarang.
“Tapi memang abang sayang Nuri kalau
tak diluah rasanya berbuku-buku dalam hati ni.” Syukri menepuk dadanya beberapa
kali. Hatinya rasa sebak. Bila memikir isterinya masih tidak dapat melupakan
perkara yang sudah berlaku. Takut menerima kenyataan Nuri tidak mahu
mengikutinya pulang kePengkalan Hulu.
“Nuri nak balik Kuala Selangor ke?”
Soal Syukri separuh rela. Tetapi jika
jawapannya 'ya' dia terpaksa merelakan.
“Tak saya tak mahu kacau keluarga orang”.
“Nuri abang mohon sangat, jangan buang
abang dalam hidup Nuri, abang sayang Nuri, beri lah abang pulang sekali ini
saja. Abang akan buktikan hati abang ni hanya untuk Nuri saja. Tolong sayang”.
Bila berkali-kali suaminya memanggilnya sayang hatinya rasa bergoncang. Bukan
bergoncang kerana terharu tetapi bergoncang kerana hendak meletup (marah).
entah mengapa jika suaminya memanggilnya sayang hatinya jadi hangat. Kerana dia
sudah tidak yakin dengan perkataan sayang suaminya. Cepat-cepat dia menukar tajuk cerita sebelum
dia meletup.
“Bila abang mula tutup bengkel?”.
Entah mengapa pada pandangan Syukri, Nuri yang dihadapannya sekarang sungguh keras orangnya. Mungkin
segala kelembutanya dulu sudah membatu kerana perbuatanya.
“Mungkin hari last Nuri kerja pagi,
esok Nuri kerja pagi kan, kemudian esoknya pagi lagi. Hari tu abang bercadang nak buka bengkel
setengah hari saja, itu pun kalau masih ada kereta yang perlu disiapkan. Sebab
kereta dah tak banyak lagi. Hanya dua tiga biji saja lagi yang dalam proses nak
siap. Kalau cakap dengan diorang nak cuti
mungkin boleh siap esok kot. Kita balik ye”.
“InsyaAllah kalau tak ada aral yang
melintang”. Habis sahaja ayat yang ditutur oleh Nuri, Syukri terus menariknya
dalam pelukkanya, pada Syukri jawapan Nuri sudah dalam 90% setuju. Rasa nak
patah tulang rusuk Nuri, dek kuatnya pelukkan suaminya. Macam ular sawa
membelit tubuh mangsa. Apalah yang difikirkan oleh Nuri hingga melalut teringat
ular membelit mangsa pula. Macam lah dia pernah dibelit oleh ular sawa.
Hari yang dinantikan oleh Syukri
hamper tiba. Selepas solat terawih malam itu Nuri mula mengemas kain baju
anak-anak yang mahu dibawa pulang kekampung suaminya. Syukri menjengah bilik
bila dinanti Nuri tidak keluar-keluar setelah menyimpan telekong dan sejadahnya.
“Nuri buat apa, mehlah kita tenguk tv
dulu”.
“Saya nak kemas kain baju anak ni,
esok saya kerja pagi lagi, kemudian malamnya nak masakkan kek mak, nanti tak
sempat. Ni saya kemas sikit-sikit masukkan baju anak-anak untuk dua tiga hari
cukupkan bang”.
“Ye tak ia ye juga kan, meh abang
tolong, Nuri longgok biar abang masukkan dalam beg”.
Nuri mula menlonggokkan pakaian
anak-anaknya. Bila melihat baju anak-anaknya hati Syukri menjadi sedeh. Sedeh selama dia
mempunyai anak belum pernah lagi dia membelikan sehelai dua baju untuk
anak-anaknya. Bila dibelek baju baru anak-anaknya kebanyakkan berjenama
Australia, tahulah dia baju-baju baru anaknya Nuri membelinya diAustralia
ketika dia merajuk tempuh hari.
“Ni semua baju anak, mana baju Nuri?”.
Bila Nuri berhenti menghulur baju. Sambil bercakap Syukri memandang kearah
isterinya yang seakan termenung.. Duduk memandang kedalam almari.
“Tengah fikir ni. Tapi saya tak bawa
banyak. Baju basahan dengan baju raya dua helai cukupkan.”.
“Ambilah biar abang masukkan”.
“Ialah nak ambillah ni” Nuri
mengambil dua pasang baju kurung.
“Abang
tak bawa baju basahan lah Nuri. Baju abang masih ada kat rumah emak tu.
Abang bawa dua tiga helai t-shirt cukuplah..mana baju Nuri meh abang masukkan.”
Nuri menghulurkan dua pasang baju kurung. Yang sepasang berwarna coklat cair
bersama bunga ungu, mereka membelinya bersama tiga tahun sudah, ketika itu baju
Melayu Syukri juga berwarna coklat cair. Pada perancangan awal mereka akan
memakinya dihari raya tahun itu, tetapi baju itu tidak sempat dipakai oleh
Nuri, kerana hari raya tahun itu Syukri berhari raya bersama Sarah. Tahun
dimana dia bernikah dengan Sarah, Nuri memberi peluangnya bersama Sarah berhari
raya dikampungnya. Syukri memandang isteri yang sedang membelakangkan dirinya
kerana mengambil tudungnya pula didalam almari.
Rupanya sejak kehadiran Sarah dalam
hidup mereka, Nuri tidak pernah memaknakan hari rayanya. Dia tidak membeli baju
baru untuk hari rayanya ditahun berikutnya. Cepat-cepat Syukri mengesat airmatanya yang sudah bergenang
ditubir mata.Dia menelan sebak jauh kedalam hati.
“Banyak lagi tak, kalau tak cukup kita
ambil satu lagi beg. Beg galas abang, yang selalu abang bawa tu”. Syukri cubah
menutupi sebak hatinya dan cuba berbual bagi memesongkan fikiranya.
“Dah!! itu saja cukup kan”.
“Nuri! Kita balik lepas Magrib esok
nak tak”.
“Janganlah macam tu bang. Kita ni
dua-dua balik kerja, kita rehatlah dulu.Kalau kita bertolak lepas Subuh kita
dah rehat. Perjalanan kita jauh, abang akan memandu nanti 7 hingga 8 jam, lagi
pun kita balik bawa anak-anak.”. Dek kerana teruja mahu membawa anak isterinya
pulang beraya Syukri bagai tidak sabar-sabar. Dia sebenarnya mempunyai
perancangan lain, dia ingin kesebuah pusat membelibelah bebas cukai, di
Sempadan Malaysia Thai untuk membeli belah pakaian anak-anak dan isterinya
sekali nanti.
“Oklah lepas subuh kita bertolak.”
Disabarkan hatinya untuk kebaikkan mereka sekeluarga, lalu menerima pandangan
isterinya agar mereka berehat dahulu sebelum bertolak pulang kekakampungnya.
alhamdulillah. lembut juga hati nuri nak ikut syukri balik kampong. pasti syok adik beradik syukri sambut anak saudara yang mereka tak pernah jumpa selama ini. Thanks mak teh dgn n3 ni. Yesssss. mesti ada sambungan lagi lepas ni ya mak teh... seronoknya....
ReplyDeleteThanks mak teh tuk n3......
ReplyDeleteSyukur akirnya nuri nak juga braya ngan nak mntua dia
kesian nuri yg tak pernah beli baju utk raya selepas di madukn syukri...baru le pulak si syukri sedar yg dia tidak melaksanakan tanggungjwb dia kpd nuri, patutnya dia yg menyediakn baju raya tu kan?
ReplyDeletehati nuri masih keras lagi ..tak blh dgr perkataan sayang dr mulut syukri..dh tak percaya...ialah hati dh jadi luluh bila di madukan..bukan setakat dimadukan shj tp juga sering dipersalahkn oleh syukri dn tidak adil dlm giliran dgn waktunya. memang sakit...mkn masa le utk pulih...walaupun pulih tak le seratus peratus.
moga kebahagian milik nuri dan anak-anak.
terima kasih mak teh utk entry ni. suka hati akak yg tgh tak brape sihat ni.
-dibah-
Terima kasih mak teh..
ReplyDeleteNtah nape, mula2 bila baca pasal syukri nak balik raya kt kg, tertiba hati saya sedih bila ngenangkan 2 hari raya nuri diabaikan..terasa sgt menusuk di kalbu..kalau saya jd nuri mmg luka lama berdarah kembali..tp tu la kan..kuasa allah dikurniakan ibu mentua yg sgt baik dan amat memahami...
tolong mak teh, saya x dapat baca, tulisan kecik sangat, kenapa ya, setting dah lari ni. mohon set balik mak teh. terima kasih.
ReplyDeletedah ok ke?ak teh dah set ni
Deletex ok mak teh..saya kena baca tru hp gamaknya..tp kalau kat pc mmg x nampak..
Deletedah ok dah mak teh..terima kasih banyak2..
Deleteboleh besarkan page tu... pergi dekat setting browser, chrome ke firefox ke explorer ke ade kat atas belah kanan. Atau tekan ctrl lepastu scroll up atau down mouse tu.... jgn lepaskan butang ctrl masa scroll tu.... cube dulu...
DeleteSambil breakfast sambil baca, Mak Teh, 10Q for the new n3, sweet lah juga bila mereka dah ber2 kembali. Nak share2, tadi malam the whole time snow turun dgn lebatnya sampai 2 pokok kami tumbang dgn sendri nya due to heavy snow
ReplyDeleteAssalamualaikum. Alhamdulillah. Saya harapkan lama-lama hati Nuri dapat menerima Syukri sepenuhnya sehingga ke akhir hayat. Yelah memaafkan memang mudah melupakan memang tidak. Bagi Syukri kesedarannya sepatutnya dari awal lagi. Nuri adalah anak yatim piatu sejak kecil sedangkan Sarah dah boleh berdikari baru kematian ibunya. Semoga anak-anak itu menjadi pengikat kasihnya. Terima kasih mak teh kerana berjaya memberikan pengajaran kepada kami pembaca. Cuma mengenai fadilat solat terawih tu kebanyakkan ustaz kata ianya adalah palsu dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam novel ni. Tapi kalau saya yang salah harap dapat diperbetulkan. Terima kasih. Wassalam.
ReplyDeleteoh ye ke kalau untuk kebaikkan mak teh akan delete skjap lagi. tapi mugkin kta tidak digalakkan mengharapkan pahala sahaj klau kta beribadat kpdaNya. sprti bdak2 pula klau buat kerja nakkan upah ye tak.. buat sesuatu yg baik biarlah krna mhu keredaanNya.
DeleteDah ada bab 55. tq mak teh.
ReplyDeleteBiar syukri betul2 kesal dan tau 'siapa dia dihati Nuri'. Dua tahun bukan setakat diabaikan, tapi ditipu berkali2. Kalau boleh nak gak Nuri tau yg berlaku masa dia bersalin wafi. Tak ckup lg nak dera perasaan Syukri ni. Heheh....
Syukri memang blur sungguh masa ada sarah. Pakaian Nuri+anak2 pun tak ambil tau. Memang patut kalau hati Nuri payah nak terima.
ReplyDeletetu la pasal..macamana dia kata dgn puan noriza yang dia tu adil...sudah la masa lebih kan sarah..duit belanja pun gitu gak sampai baju anak2 tak beli n baju nuri pun tak berganti..padahal si sarah mencurah2 duit keluar dengan beli keretanya lah, ulang alik makan di kedai..berjalan sana sini..ikut je kehendak sarah..kalau saya jadi nuri memang bai bai la jawabnya...
ReplyDeleteitu le dîa kan smpi biskut almond london yg nuri buat utk mak dia setiap tahun pun dia tak tau rasanya. tak prihatin sungguh.
Deletekesiankn anak2. harap2 si syukri ni betul2 dh sedar. moga nuri bahagia mcm kak amirah dia.
-dibah-
Org lelaki bila dpt yg baru walaupun kaca terus lupa dengan permata yang berkilauan..adeh tertiba lak rasa sebak ngenangkan 2 tahun nuri memendam rasa..
ReplyDeletelupa tanggunjwb sbg imam tu berat. bkn blh ambil mudah shj.
Delete-dibah-