Lama lagi kena baca bab yang sedeh dan sakit hati, lepas ni mungkin agak
lama nak post sebab bercelaru sikit jalan ceritanya.
Setiap bulan, Sarah menanti dengan debaran. Yang sebenarnya rasa ingin
benih suaminya melekat didalam kantung rahimnya semakin membuak bila dia
mengetahui madunya sudah mengandung tempoh hari. Dari situ dia tahu suaminya
tiada bermasaalah tentang kesuburan benihnya. Dia juga merasakan dirinya tiada
masaalah kerana putaran haidnya normal. Ini terbukti setiap dua puluh enam
hingga ke tiga puluh hari kitaran haid
akan mengunjungi dirinya tidak pernah terlewat. Bulan itu dia kecewa lagi bila
pagi tu didapati seluar dalamnya sudah dicemari oleh darah datang bulanya. Dia
menangis teresak-esak sendirian dibilik air rumahnya.
Malam itu giliran suami dirumah
isteri tuanya. Dia nekad malam nanti giliran suaminya dirumahnya, dia akam menyuarakan
hasrat hati agar dapat suaminya menemaninya kePulau Dayang Bunting di
Langkawai. Malam itu ketika kepalanya mencecah bahu suaminya Sarah mula
memulakan misi memujuk suaminya.
“Bang..” manja suara sarah membisik ditepi telinga suaminya.
“Emmm”
“Abang dah tidur ke?..”
“Belum kenapa??”
“Sarah tak jadi lagilah bang”. Kedengaran sayu dia menuturkan apa yang
terjadi.
“Abang tahu”.
“Mana abang tahu baru pagi tadi dia keluar.”
“Dah Sarah buang tuala wanita dalam tong sampah tu tak berbungkus, abang nampak lah. Lain kali bungkus lah benda
tu, walau pun dah basuh dan tak ada darah lagi tapi untuk menjaga maruah orang
perempuan bungkuslah, tak elok kalau orang lelaki lain nampak”.
Sudah empat tahu rumahtangganya bersama Nuri tidak pernah sekali pun dia
ternampak tuala wanita Nuri yang telah digunakan bersepah atau terdedah didalam
tong sampah rumahnya dan dia juga tidak tahu dimanakah Nuri membuang tuala
wanita yang telah digunakan. Jika didalam lubang tandas tentu tandasnya sudah
tersumbat.
“Abang tak sedeh ke?”
“Semuanya datang dari Allah Sarah, kalau Dia belum nak bagi kita sabar
sajalah. InsyaAllah Dia kan bagi juga nanti”.
“Tapi bang kita kena usha jugalah bang, Sara sedeh sangat bang, dah nak
masuk Sembilan bulan kita nikah, Sarah belum ada tanda-tanda nak mengandung
lagi”. Sememangnya dia mengatakan apa yang ada dihatinya.
Sarah sudah teresak didada suaminya dia melepaskan segala kesedehanya.
Setiap bulan semenjak dia bernikah itulah rasa yang ditanggungnya. Ingatkan
dialah yang mengandungkan dahulu benih suaminya, setelah hamper empat tahun suaminya bernikah
dengan Nuri namun Nuri masih belum berjaya mengandungkan benih suaminya. Tidak
disangka dalam pada bergeser dan merajuk panjang, berjaya juga benih suaminya
melekat didalam rahimnya. Sarah mungkin terlupa kekuasaan Allah, jika Allah
berkehendak hanya disebutkan sahaja JADI
maka jadilah.
“Sabarlah, kita baru nikah Sembilan bulan, Nuri tu tunggu dah nak dekat
empat tahun baru dia dapat mengandung”.
“Sarah tak mahu tunggu lama sangat macam tu, umur Sarah dah masuk 30
tahun tahun depan”.
“Habis abang nak buat macam mana? bukan tak usha, bila saja giliran
Sarah kalau Sarah tak uzur abang ushakan”.
“Abang!! abang jangalah main-main,Sarah seruis ni”.
“Abang pun serius, ada ke abang main-main. Cuba Sara tenguk muka abang
ni”.
Kadang-kadang Syukri rasa sungguh tertekan dengan permintaan Sarah, dia
begitu mendesak dan tidak memikirkan keadaan dirinya yang keletihan atau tiada
mood ketika itu, dia mahu permintaanya dipenuhi juga. Seringkali dia melarikan
diri kerumah Nuri walaupun ketika itu Nuri bekerja giliran malam. Tujuan utama
dia inginkan masa untuk dirinya sendiri. Dia ingin merekatkan mental dan
fizikalnya. Syukri memahami keinginan
Sarah yang inginkan dirinya mengandung membuatkan dia begitu.
“Bang! boleh tolong tak?”
“Tolong apa sayang”.
“Sarah rasa Sarah nak pergi Langkawi, nak pergi Pulau Dayang Bunting,
kata orang dengan melawat kesana orang yang nak mengandung boleh mengandung,
boleh ye bang”.
“Kenapalah sampai nak kesana, perkara-perkara tu kurafat. Berdosa kita
meminta selain dari Allah”.
“Bukan kita meminta apa-apa kat sana. Cuma kita melawat pulau tu
saja, kata orang sebagai syarat, tolong
ye bang Sarah teringin sangat…” Kata-katanya tidak diteruskan dia merasa sangat
sedeh, dia teresak lagi didada suaminya.
Tangisan pilu meruntun hati suaminya.
“Bila Sarah nak pergi?”
“Secepat yang mungkinlah bang. Minggu depan boleh tak? kalau
lambat-lambat nanti kita kena fikir Nuri juga,
kalau dia dah sampai bulan nak bersalin takkan abang nak tinggalkan dia
sorang.” Dalam menarik sendunya Sarah menjawab pertanyaan suaminya. Dengan jawapan
Sarah, Syukri mula berfikir, Sarah masih
memikirkan kepentingan Nuri. Hatinya jadi lembut. Cairrr…
“Sarah agak-agak berapa bulan Nuri mengandung?”
“Kenapa abang tak tanya sendiri pada Nuri, tapi kalau dalam kiraan Sarah
dia mengandung dalam kiraan enam atau tujuh bulan, cuba abang tenguk perutnya,
nanti boleh abang bandingkan dalam
internet.”
“Kan abang dah cakap haritu, sejak kebelakangan ni Nuri sensitive
sangat, salah tanya nanti dia jadi bisu
depan abang, yang sebetulnya abang tak nak dia salah sangka”.
“Salah sangka kenapa?”
“Abang tak nak nampak ambil berat sangat kat dia, hanya kerana anak yang dia kandungkan”.
“Kalau macam tu, esok abang ambil gambar dia, nanti kita boleh
bandingkan bentuk dia dalam imej Internet, nanti kalau dia tanya kenapa abang
ambil gambar dia cakaplah pada dia abang saja nak tenguk-tenguk gambar dia yang
tengah mengandung tu, ye bang”.
Semenjak Syukri tahu isteri tuanya berbadan dua dia menjadi suaminya
yang sanagt prihatin. Waktu makan tengahari jika Nuri tidak bekerja atau
bekerja digiliran malam dia akan pulang kerumah menemani isterinya makan. Dia
menjaga makan minum Nuri. Dia juga memastikan Nuri mengambil pil-pil vitamin
yang telah disediakan oleh klinik ibu-ibu mengandung. Dia hanya tidak menemani
isterinya keklinik membuat pemeriksaan ibu-ibu mengandung sahaja dan dia tidak
pernah tahu jadual isterinya keklinik itu sahaja.
Setelah mengambil gambar-gambar Nuri, Syukri dan Sarah mula
membandingkan didalam imej Internet dan menganggarkan berapa bulan kandungan
Nuri. Jika dilihat dan dibandingkan memanglah kandungan Nuri baru menjangkau
usia enam ke tujuh bulan sahaja. Nuri yang kurus dan tinggi menyebabkan perut
tidak terlalu terbonjol kedepan. Tetapi sebenarnya kandungan Nuri sudah masuk
bulan yang kesembilan.
Malam itu ketika diruang tamu Syukri menarik tangan isterinya Nuri duduk
rapat kesisinya. Tangan yang sebelah merangkul buhu isterinya dan tangan yang
sebelah lagi melekap keperutnya pula.
Nuri hanya membiarkan perlakuan suaminya. Sebenarnya Syukri suka merasa
pergerakkan bayi didalam perut isterinya.
“Sayang sakit tak kalau baby bergerak macam ni”. Syukri merasakan
pergerakkan anaknya agak kuat ketika itu.
“Taak”. Hanya itu yang keluar dari mulut isterinya. Sebenarnya Nuri
merasa sebak bila Syukri memanggilnya SAYANG. Sejak suaminya bernikah lagi
perkataan sayang dari suaminya seakan sembilu yang menghiris hatinya.
Kadang-kandang dia merasakan sayang suami terhadapnya hanya pura-pura sahaja.
Sementelah dia kini sedang mengandung, mungkin sayang suaminya hanya kerana
anak dalam kandungan itu sahaja.
“Bila agaknya Nuri bersalin”.
“Kalau ikut kad mengandung, lagi dua minggu rasanya”.
“Ehh ye ke?? Tapi Nampak perut Nuri ni kecil lagi, tak cukup zat ke anak
abang ni”. Dengan cepat Nuri memandang suaminya dengan mata terkebil-kebil. Dia
merasakan suaminya menyalahkan dirinya pulak sebab kandungannya kecil.
“Entahlah”.
Keadaan menjadi sunyi antara
mereka, yang kedengaran hanya suara dari peti televesyen yang sedang menyiarkan
siri popular CSI dihadapan mereka. Tidak lama lepas itu Nuri bangkit dan menuju
kebilik tidur. Syukri merasakan Nuri berkecil hati dengan perkataan nya tadi.
Tetapi sememangnya Nuri berkecil hati dengan pernyataan suaminya yang
mengatakan ‘anaknya bagai tidak cukup
zat’. Ini bermakna dia tidak pandai menjaga kandungan sehingga anaknya
tidak cukup zat. Entahlah mengapa
sekarang ini jiwa sangat sensitive walaupun perkataan suaminya tidaklah teruk
sangat pada orang lain. Tidak lama kemudian Syukri mengikuti langkah isterinya.
Ketika dibilik dilihat Nuri sudah pun baring mengiring mengadap dinding.
Syukri merebahkan diri rapat dibelakang isterinya tanganya mula merangkul
pinggang isterinya. Jika dipandang dari arah belakang tidak kelihatan isterinya
sedang mengandung kerana pinggangnya masih kecil dan ramping.
“Sayang, sayang marah abang ke?”.
“taaklah, saja saya nak tidur awal, esok saya kerja ganti kawan”.
“Ohh, dah sarat ni masih mampu ganti kawan?”
“Dah tugas nak buat macam mana, masa ni tempat Nuri tak cukup orang,
banyak yang ambil cuti masa cuti sekolah ni”.
“Nuri! bang sebenarnya, nak pergi beli alat ganti kereta pelanggan. Kat
KL ni tak ada pulak alat ganti tu, terpaksalah abang cari kat Bangkok.
Pelanggan tu nak cepat pulak ialah kereta nak guna untuk pergi kerja. Tak ada
kereta macam patah kaki katanya.”
“pergilah”. Sememang sudah tiada lagi kata-kata mesra dari Nuri.
Suaranya tidak manja lagi seperti mereka baru menjadi suamiiateri dulu. Ialah
bagai mana hendak bermanja kerana hatinya sakit. Setiap kali dia hendak berkata
manis terbayang pula suaminya memesrai wanita lain yang bergelar isteri juga.
“Tapi abang takut nak tinggalkan Nuri, takut masa tu Nuri bersalin”.
“Tak apa doctor kan ada.”
“siapa yang nak hantar Nuri pergi hospital pulak”.
“Teksi kan ada, sebetulnya bila
dan berapa hari abang nak pergi”.
“Kalau boleh esok petang, berapa hari tu tak pasti lagi cepat abang
dapat barang tu cepatlah abang balik,
tapi tak lebih dari seminggu lah”.
“Kalau macam tu rasanya sempat kot, sebab masih ada lagi dua minggu dari
tarikh yang doctor bagi hari tu”.
Kini selalu juga Syukri menipu isterinya yang bernama Nuri demi untuk
memuaskan kehendak isterinya Sarah. Hendak berterus terang dia hendak
keLangkawi untuk melawat pulau Dayang Bunting tidak sampai hati pula. Sejak
beristeri dua dia sudah pandai berbohong, untuk menjaga hati. Benarkah dia
menjaga hati entahlah sebenarnya dia serbasalah. Pada Sarah dia merasa sangat
kasihan. Kerana Sarah hanya ada dirinya sahaja. Abang dan kakaknya sudah
membuang dirinya. Emaknya pula(emak Syukri) bagai tidak dapat menerima sarah
sebagai menantunya.
Syukri malu sebenarnya. Dia sedar
sudah lama dia tidak membawa Nuri bercuti. Kini dihujung minggu Nuri
sering berkerja. Bagai sudah tidak ada kesefahaman antara dirinya dengan
Nuri. Mengapakah keadaan itu terjadi. Mungkinkah kerana kehadiran Sarah
menjadikan dia sukar untuk memahami Nuri sekarang ini. Sebenarnya Syukri
merasakan Nuri makin jauh dari kemesraanya. Benar dia mempunyai dua isteri,
namun fungsi isterinya yang pertama telah hilang. Rasa terhibur bila bersama
isteri sudah hilang jika diabersama Nuri sifat mesranya sifat manjanya sudah
tidak kelihatan lagi pada diri Nuri. Siapakah yang bersalah? dia tahu
dirinyalah yang bersalah, mencampak Nuri dalam kesedehan.
Pagi itu Nuri memasakkan nasi lemak sambal ikan bilis untuk dirinya dan
juga suaminya. Dia boleh memakan apa
sahaja. Mereka berdua makan dimeja makan tampa berbual. Syukri jadi buntu
dengan kebisuan diri Nuri. Syukri sudah kehabisan cerita untuk membuatkan dunia
rumahtangga dia dan Nuri ceria. Sebelum Nuri ketempat kerja sempat lagi Syukri
berpesan.
“Abang pergi petang nanti tau, masa abang tak ada jangan lupa makan
kemudian makan ubat yang doctor bagi, jaga diri. Kalau ada apa-apa cepat-cepat
call abang, InsyaAllah abang akan balik secepat mungkin. Jaga diri ye”. Syukri
menarik isterinya kedalam pelukkanya,
kemudian kucupan didahi untuk isterinya dan ingin menghapuskan rasa
bersalah kerana menipu isteri tuanya. Tapi dia terpaksa menipu kerana dia
kasihan mendengar tangisan Sarah sebenarnya. Setelah bibirnya dilepaskan dari
dahi Nuri…
“Bang! Nuri minta maaf kat abang”.
“Kenapa nak minta maaf”.
“Sebab tak dapat nak hantar abang pergi KLIA dan kalau ada kesalahan
saya yang lain maafkan saya ye.”.
“Yang sebetulnya abang bawa kereta abang kemudian letak kereta kat KLIA
esok balik senang tak payah nak cari teksi lagi. Dahlah pergilah kerja nanti
lambat pulak, jangan pandu kereta
laju-laju ye, ingat Nuri tu dah sarat.
Pergilah biar abang kunci pintu”. Syukri
mengesa isteri tuanya ketempat kerja kerana dia juga kesuntukkan masa, Dia akan
menaiki pesawat tengahhari itu sebenarnya.
“Ialah assalammualaikum”.
“Waalaikusalam”. Sukri menghantar isterinya hingga kekereta isterinya
membuka dan menutupkan pintu kereta untuk Nuri.
Setelah kereta Nuri meluncur pergi Syukri juga bersiap untuk pulang
kerumah Sarah. Dirumah Sarah juga sudah bersiap sedia dengan beg pakaian mereka
yang hebdak dibawa. Kini sudah menjadi kebiasaan Syukri membohongi Nuri, untuk
Sarah.
Entahlah hendak dijadikan cerita. Dihari ketiga pemergian Syukri. Nuri merasakan sakit
sedikit dibawah ari-arinya dan pinggangnya juga tidak selesa. Ketika itu dia
baru sahaja sampai untuk memulakan tugas office hournya. Dia bertanya kepada
seorang rakan sekerjanya. Kawannya itu sudah berpengalaman, dia sudah pun
mempunyai lima orang anak…
“Kak Mirah!! Nuri rasa sakit kat bawah nilah, pinggang ni pun rasa
lenguh, kenapa agaknya?”
“Sakit macam kena senggugut ke? Dah kerap ke sakitnya?”. Dengan wajah prihatin rakannya bertanya.
“Haah rasa pedih. Tapi Taklah kerap sangat, baru dua kali sakitnya ni tadi masa dalam kereta sekali ni sakit
lagi.”.
“Kalau ikut pengalaman akak sakit macam tu sakit nak bersalin, Nuri dah
berapa bulan?..
“Ikutkan yang doctor bagi dah sembilan bulan, tapi rasa macam tak yakin
saja bila tenguk saiz perut Nuri ni kan,
yang sebetulnya Nuri tak tahu dengan tepat bila tarikh akhir Nuri datang
bulan”.
“Ehh biasanya ramalan doctor tu tepat hanya lari seminggu dua saja.
datang bulan tak menentulah ni ye”
“Haah kak, tapi dalam kad mengadung ada lagi dua minggu tarikh Nuri
bersalin”.
“Haa kalau macam tu betullah tarikh due yang doctor bagi tu, Kelima-lima
anak akak semua nya cepat yang sulong dulu tu cepat dua minggu dari tarikh due
Nuri, baik Nuri pergi hospital, nanti takut tak sempat”.
“Ia ke kak…” Nuri jadi termangu mendengar penerangan rakan sekerjanya.
“panggillah suaminya sekarang,
ajak dia pergi hospital apa-apa hal pergi hospital dulu, Kat sana dah ada
doctor boleh mengesahkan pintu rahim kita dah terbuka kebelum, kalau belum lagi
baliklah apa susah. Tapi kalau kat sini tiba-tiba betul nak bersalin haru
Nuri.”.
“Kalau macam tu saya balik sekarang ye kak. Kak Mirah perlu ke kita isi
borang keluar cepat?, saya tak masuk
kerja lagi ni”. Yang sebenarnya Nuri baru sahaja tiba untuk memulakan tugas,
baru pukul lapan tiga puluh lima minit pagi.. dalam dua minggu itu dia diberi
tugas dalam waktu office hour.
“Perlu Nuri. Borang kelaur cepat ni kena isi juga sebab kita dah punch
kadkan. Tak apalah nanti akak isikan, dah pergilah, jalan elok-elok tau.
Bacalah bacalah zikir nabi Yunus masa dia dalam perut ikan La ilaha illa anta.
Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan
engkau, ya Allah.Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang
membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87
zikir banyak-banyak tau.. zikir
itu elok untuk orang nak bersalin.”
“Terimakasih kak Mirah, Nuri balik dulu, Assalamualaikum”.
“Walaikumsalam”.
tak de perasaan betyl si syukri...dh diberitahu lagi dua minggu nk berdalin pun dia sanggup tinggalkn nuri bw disarah ke langkawi dh tu menipu pulak...betul kata org srkali menipu akan jadi kebiasaan.
ReplyDeletesanggup menipu kerana sisarah parasit. menyampah betul. klu sisarah dipujuk dn diturutkn tp nuri tak pulak dipujuk...kan dh kata tak bw nuri mkn angin tp sisarah bru 9 bln kahwin dh dpt apartmen dpt kreta bw mkn angin mkn luar hari2 tak perlu masak
mana keadilan si syukri..biar buta mata jgn buta hati..inilah dia si syukri skrg
-dibah-
bab ni nampak dh lagi sifat sarah yg pengotor dn pemalas serta mendesak apa yg dia hendak. itu le syukri buta hati.
ReplyDelete-dibah-
jgn le lama sgt.mak teh nk sambung. akak dh tak sabar nk tunggu bab si syukri terduduk dn terngadah...tgh sedih sgt ni sb nuri sakit nk bersalin seorg diri.
ReplyDeletesuami pulak dh jadi penipu
-dibah-
Bini nk branak sempat lg nk berjoli. Syukri tu bkn prasaan kesian kt sarah, tapi sbb teramat syng dh buta hati sngt ngn sarah smpai kebaikan nuri pn xnmpk. Kesian nuri dpt suami penipu. Smpai bila la nuri nk bertahan. Mak teh update slalu la cite ni. Semua readers tngh geram ngn c syukri n srah tu.haish
ReplyDeleteSiannyer Nuri. Kalau jadi ape2 kat Nuri&baby pun Syukri tak kisah kot. Sebab tu sanggup buat benda yang boleh mendatangkan syirik. Isteri macam ni yang diikut. Bodoh betul Syukri ni.
ReplyDeleteMak teh, cpt smbung. Tebako dah ni... :)
Biarla musibah menimpa syukri ngan sarah dkt langkawi kerana menipu.. Baru tau nuri dia kena tipu lg.. Biar nuri cepat buat keputusan betpisah.. X tahan plak saya dgn sikap penipu syukri dan madu yg x retibersyukur.
ReplyDeleteSebenarnya dpt rasakan betapa hancur hati nuri tp masih nak hormat suami. Bg saya biar berpisah dr menjeruk rasa dan hati. Dan mungkinbertambah dosa kerana melayani suami seperti hendak x hendak. Cuba lihat tingkah nuri tidur membelakang suami. Masuk tidur x minta izin.. Eh. . Betulker itupun boleh menambah dosa yg kita x sedari sebagai isteri.
ReplyDeleteMengarut betul Sarah dengan Syukri. Ada ke ambil gambar perut banding kat intenet. Menyibuk betu Sarah ni.
ReplyDeleteHarap cepat pembohongan Syukri terbongkar. Harap juga Nuri tak sebodoh yang disangka. Kalau Nuri call Syukri pasti dia tau bukan di Bangkok, coz ringtone tak sama. Diam² Nuri semoga dia ada rancangan masa depan. Tak sabar nak tunggu orang yang diam ni meletop jer. Biar terduduk Syukri. Apa pun alasan Syukri semua tak munasabah. Biarpun Sarah belum diterima ibunya tapi mereka bukan tinggal sekali. Takde sebab Syukri nak lebihkan bini muda.
Sedih dengan keadaan Nuri ni. Beruntung juga dengan Nuri yang tidak mempunyai alahan yang teruk. Saya berharap agar Nuri dan bayinya selamat tak perlulah maklumkan pada Syukri tu nak bersalin. Berpantanglah di kampung nenek Busunya supaya terjaga kesihatan dan makan minumnya. Allah Maha Berkuasa takkan selamanya Syukri dan Sarah boleh berbohong dan menganiaya Nuri. Pasti segalanya terungkai saya tak nampak di mana kelebihan Sarah dari pelbagai segi walaupun kononnya berpelajaran tinggi. Nak kata bekerjaya pun tidak setakat cantik luaran tiada gunanya. Saya tidak menyokong sebenarnya minum air tasik dayang bunting semata-mata untuk mengandung. Ianya adalah kerja khurafat seolah-olah tempat itu keramat walaupun niat berusaha. Berusaha adalah memohon dengan Allah swt.
ReplyDeleteSarah ada kelebihan. Pemalas dan pengotor. Memang sesuai dengan Syukri yang pembohong. Hehehe...
ReplyDeleteMak teh, Mirah kawan Nuri lebih beruntung dulu sebab bercerai. Tinggal dengan kawan ada juga yang temankan ke hospital. :)
Nasib manusia ditangan Allah, kdng2 kta diduga dng berbagai dugaan. tpi sbnarnya bahiga, kita yg cari sendiri kan, berushalah mencri kbhagian kmudian bertawakal kpdaNya.
ReplyDelete