Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang,
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang. Maksud:
Gadis pingitan yang dikawal rapi oleh ayahnya
Diluar bilik sehingga ke petang Nur
Jannah menunggu nendanya menyatakan sesuatu tetapi hampa. Petang itu Nur
Jannah seperti biasa pulang bersama
suaminya. Ketika sampai di rumah Nur Jannah menyediakan makan malam di bantu
oleh suaminya. Hari itu Tengku Farid boleh berlama-lama di rumah Nur Jannah
kerana dia tahu Diana tidak dapat kemana-mana,
dia terikat dengan arahan untuk ke rumah nenda Nur Jannah selepas Magrib
nanti. Mereka memasak sambil berbual ceria, bagaikan tiada masaalah.
Kadang-kadang Tengku Farid hairan jika dia bersama Nur Jannah hatinya jadi
ceria, fikirannya tenang. Terasa tiada bebanan yang membelengu, tiada rasa
terdera..dia gembira..inikah erti bahagia. Gembira hatinya bukan di buat-buat
tetapi lahir dari hatinya, itulah sebabnya bila bersama Nur Jannah ada sahaja
yang hendak di bualkan, ada saja benda yang hendak di tanyakan. Hari ini Tengku
Farid bertanya tentang peribadi isterinya di waktu dulu. Waktu remajanya.
“Jannah sebelum kita nikah dulu Jannah tak ada ke
buah hati ke?”
“Macam mana nak ada buah hati
atuk Jannah tu ‘king control’.. dari
sekolah rendah sampai sekolah menengah pergi datuk hantar, waktu tengah hari
pula sebelum loceng berbunyi atuk dah tunggu tepi pagar sekolah. Nak ‘main mata’ pun tak sempat... takut atuk
nampak.” Suaminya ketawa terkekeh bila mendengar lawak isterinya yang tak
sempat bermain mata.
“Jannah ni.... cakaplah
betul-betul..ni buat lawak pula.”
“Jannah cakap betullah ni...atuk
memang macam tu”.
“Takkan tak ada budak lelaki yang
usik-usik Jannah masa tu”.
“Sebetulnya ada..tapi Jannah saja
tak nak layan.. Jannah kesian kalau ada budak lelaki yang jadi boyfriend Jannah
tentu dia menderita, Jannah bukan macam orang lain boleh keluar sesuka hati.
Datuk tak benarkan jumpa-jumpa kawan lelaki. Dulu kalau ada kawan-kawan ajak
berbincang pasal pelajaran mesti diadakan dirumah atuk, itu syarat atuk,
walaupun kawan tu kawan perempuan. Atuk tak pecayakan Jannah walaupun Jannah
tak pernah tipu atuk. Dia kata dia harus berhati-hati sebelum Jannah rasa seronoknya
pada kehidupan luar. Dia takut Jannah leka...kalau dah rasa seronok ada buah
hati, nanti Jannah akan pandai menipu untuk mendapatkanya. Lagipun kawan-kawan
Jannah takut melihat wajah atuk yang jarang senyum. Diaorang kata atuk garang”.
“masa kat kolej...masa tu atuk
dah tak nampak Jannah..Jannah tak cuba ke?”.
“Atuk tak ada Pak Bakar jadi gantinya... nenda
suruh Pak Bakar jaga Jannah pergi dan balik Pak Bakar hantar dan ambil.... tak
pernah lewat dan tak ada excuse nak naik bas sendiri. Dah besar pun kena control hingga kesudah
Jannah tak sempat juga nak main mata.
Mana taknya baru nak pandang
cari-cari mana pemuda yang tengah pandang Jannah, Pak Bakar dah tercegat
depan Jannah”.
“Main matalah dengan Pak Bakar.”
“Eee tak nak lah Pak Bakar tu uban dah penuh satu kepala... anaknya pula
berderet-deret. Abang nak tahu anak dia yang bungsu lagi tua dari Jannah tau..Pada Jannah pak
Bakar tu... handsome lagi atuk Jannah.” kemudian mereka berdua terkekek ketawa..Entah mengapa dengan isterinya yang ini Tengku Farid merasa sangat bahagia.Tengku
Farid lagi kuat ketawanya kerana terasa lucu melihat gaya isterinya. Bila
ketawanya reda dia berkata lagi...
“Tapi ..eloklah macam tu.”
“Ada juga yang tak
eloknya..sampai Jannah tak pandai nak jalan sendiri semuanya nak berteman, tak
pandai berdikari.”
“Jannah tak takut atuk Jannah.”
“Tidak adalah….sebetulnya Jannah
bersyukur kerana dapat datuk dan nenek Jannah sekarang ni, abang nak tahu atuk
dan nenek Jannah adalah atuk dan nenek yang paling best sekali
di dunia, kawan-kawan Jannah pun cakap macam tu, hanya atuk jarang
senyum saja. Atuk dan nenek tak pernah menghampakan apa yang Jannah minta,
datuk tak pernah nak pukul ataupun marah Jannah, walaupun Jannah buat salah.
Hanya kata-kata nasihatnya sahaja, bila mereka menegur kesalahan Jannah. Sebab
itulah Jannah tak perlukan sangat ibu ayah atau kawan, kerana kasih sayang
mereka merangkumi semuanya. Kalau nak tahu atuk Jannah kelakar orangnya. Tidak
sebengis seperti kawan-kawan Jannah cakap tu, ialah kan peribahasa Melayu kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ betul tak
bang?”.
“Betul tu Jannah...abang teringin
nak jumpa datuk dan nenek Jannah, masa kita nikah tu jumpa sekejap sangat tak
sempat pun bercakap-cakap dan tak sempat pun nak pandang wajah atuk.” terkilan rasanya diatas sikap sombongnya dulu.
“InsyaAllah kalau ada rezeki
jumpalah...kalau abang ada masa bolehlah kita balik kampung.”
mereka berbual dari mula memasak hingga habis
makan dan berkemas. Entah kenapa kalau dengan Nur Jannah ada sahaja cerita yang
ingin di kisahkan dan ada sahaja soalan yang hendak di tanyai.
“Abang nak sembahyang di sini ke?”
NurJannah bertanya bila dilihat suaminya masih bersandar santai disofa runag
tamu rumahnya.
“Nanti abang telefon Diana dulu dia dah balik ke belum.” lalu Tengku Farid
mencapai telefon bimbitnya diatas meja. Nombor Diana dihubungi.
“Assalamualaikum…you kat mana ni…ingat ya lepas Magrib kita nak pergi rumah
nenek Jannah. … nanti I datang ambil you, you siap-siap dan tunggu I di rumah,
I akan sampai lepas Magrib.. kalau dah sampai nanti I call you..ok…
assalamuallaikum.” Tengku Farid tidak pernah lupa memberi salam ketika
menghubungi Diana. Tujuan utamanya untuk membiasakan isterinya yang seorang itu
dengan salam. Setelah suaminya menamatkan perbualanya dengan madunya NurJannah
mencari kepastian dari suaminya...
“Macamana bang..Jannah nak ikut
ke pergi rumah nenda ni nanti..sebab nenda tak cakap apa-apa pun kat Jannah
tadi.” Nur Jannah bertanya pendapat suaminya, perlukah kehadiranya,
memandangkan masaalah ni juga bersangkutan dengan dirinya juga.
“Jannah rasa macamana?.. abang rasa Jannah tak payah pergi..kalau kena
marah nanti, biar abang saja yang kena marah.. sebab masaalah ni berpunca dari
abang, biar abang yang tanggung”.
“Tak boleh macamtu....Jannah rasa
Jannah pun perlu pergi juga...sebab kita nikan suami isteri, kalau susah biarlah
sama susah, senang biarlah sama senang,..tapi Jannah tak mahu pergi rumah
abang, takut Diana mengamuk nanti bila abang bawa Jannah balik rumah abang
..lepas Magrib ni abang jemput Diana kemudian singgah sekejap ambil Jannah
boleh tak?… tapi abang penatlah ke hulu-ke hilir.” Prihgatin NurJannah pada
kesusahan suaminya. Nur Jannah selalu mengingatkan Tengku Farid akan keakraban
dan makna ikatan suami isteri, perkataan ‘Susah
sama susah senang sama senang’ selalu diucapkan.
“Itu tak jadi masaalah boleh juga
macam tu.. tapi abang kena mandi sini dululah siap solat, baru abang ambil
Diana, Jannah tunggu dulu di rumah siap-siap.. nanti abang singgah.”
“Diana tak marah ke abang lama
sangat kat rumah Jannah ni?”
“Abang call dia tadi pun dia tak
sampai rumah lagi..dia nak makan dulu di luar.” Selesai solat Tengku
Farid menghubungi Diana semula, mengingatkan Diana supaya bersiap.
Hati Tengku Farid berdebar-debar sama juga
hati Nur Jannah, masa pula semakin menghampiri mereka. Sebelum keluar rumah
Tengku Farid menarik Jannah dalam dakapannya tetapi dakapan kali ini lain,
dakapan kali ini lebih untuk menenangkan hatinya yang berdebar dan kucupanya
kali ini untuk mencari semangat dan kekuatan, sedang dakapan dan kucupan yang
selalu untuk bekal jangan rindu
perpisahan malam itu untuk berjumpa esok paginya. Ahh.. macam-macam lah Tengku
Farid ni. Dalam keadaan genting hatinya masih juga mencari erti dakapanya
terhadap isterinya yang bernama NurJannah. Dia meleraikan pelukkanya sambil
mengucapkan kata-kata bukan sahaja untuk di dengari oleh isterinya tapi
peringatan untuk dirinya juga.
“Abang sayang Jannah…ingat ya...abang sayang
sangat-sangat kat Jannah.” dan dia mengucup dahi Jannah lama kemudian bibirnya
juga lama.
====================================================
Sampai sahaja Tengku
Khalidah di banglonya petang itu di terus sahaja menghubungi Tenku Faizal, agar
datang lepas Magrib bersama Tengku Faridah sekali jangan tidak.. mesti datang.
Itulah ucapan tegas yang keluar dari mulut Tengku Khalidah. Tengku Faizal dan
Tengku Faridah tertanya-tanya antara mereka bila mendengar suara Tengku
Khalidah, mereka merasakah seakan ada perkara yang penting yang hendak di
bincangkan oleh ‘besan’ mereka.
Mereka berdua pula rasa tidak sabar-sabar hendak mengetahui apakah perkara yang
akan di bincangkan malam itu selepas Magrib.
Di kondo Tengku Farid, Diana juga telah bersiap
untuk pergi ke rumah nenek Nur Jannah. Malam itu Diana mengenakan baju
mengandung berwarna merah tampa lengan dengan potongan di dadanya agak luas
sedikit, di padankan dengan seluar
panjang mengandung warna putih, calitan gincu merah dan juga sapuan make-up
nipis, Diana nampak sungguh cantik dan berseri walaupun dia sedang mengndung.
Diana memang pandai bergaya, dan pandai memadankan pakaianya. Kiranya malam itu
semua orang yang bersangkutan dengan Tengku Farid dan Tengku Farid sendiri
sungguh sibuk, bukan sahaja pada perlakuan, tetapi sibuk dihati juga kerana
debaran yang tidak berhenti.
Sepeninggalan suaminya,
Nur Jannah juga bersiap-siap. Malam itu dia mengenakan baju maxi mengandung berwarna
kuning cair berbungan kecil-kecil berwarna hijau pucuk pisang dan tudung labuh
berwarna hijau muda lembut. Wajahnya hanya disapu sedikit bedak asas sahaja, kerana
itulah juga pakainya ketika ke pejabat. Dia tidak pandai berlipstik malah tiada lipstick didalam simpanannya.
Pada perkiraanya pada bila-bila masa sahaja suaminya akan sampai. Kedudukkan
rumahnya dengan kondo mereka tidak terlalu jauh itu kata suaminya. Kalau tidak
banyak keenderaan dijalanan mungkin setengah jam pergi dan balik boleh sampai.
Setelah siap dia duduk disofa ruang tamunya. Sambil menunggu panggilan suaminya
dia berzikir untuk meredakan debaran dihatinya yang tidak berhenti sejak
suaminya keluar dari rumahnya tadi.
Ketika Tengku Farid sampai dibawah pangsapuri
Nur Jannah dia keluar dari keretanya lalu menghubungi Nur Jannah.
“Assalamualaikum..Jannah..abang
dengan Diana dah ada kat bawah ni... Jannah dah siap ke?, kalau dah siap turun
ye.”
“Waalaikumsalam..ok
Jannah dah siap...tunggu kejap ya Jannah kunci pintu ni.” bergegas Nur Jannah
turun supaya tidak lama mereka menunggu. Setelah Nur Jannah sampai mereka
meneruskan perjalanan kerumah nenda Nur Jannah. Bagi Tengku Farid.. tadi ketika
mengambil Diana dia hanya menghubungi Diana dari keretanya dan mengatakan yang dia sedang
menunggu di bawah kondonya. Jadi tidak adillah jika dia menjemput Nur Jannah
naik ke pangsapurinya. Sebolehnya dia tidak mahu mengores hati keduanya. Kedua
isterinya tidak perlu tahu rahsia dihatinya untuk kebaikan mereka bertiga. Dia
ingin berlaku adil dia tidak mahu melebihkan sesiapa diantara mereka. Dia juga
tidak mahu menunjukkankan siapa yang akan diberi lebih perhatian dari padanya. Tetapi
bila sampai di rumah nenda Nur Jannah, Diana cepat-cepat mendapatkan suaminya
lalu memegang lengan suaminya dengan kejap, seakan tidak mahu melepaskannya
pula. Nur Jannah pura-pura tidak nampak. Dia berjalan laju mendahului mereka ke
hadapan. Tengku Farid rasa terkilan dengan sikap Diana yang tidak pandai untuk
menjaga hati orang-orang disekelilingnya, terutama dihadapan NurJannah.
Dia banglo Tengku Khalidah rupanya dia sudah
bersiap sedia.. pintu hadapan banglonya sudah siap terbuka dan lampu hadapan
juga sudah terang terpasang. Bila sampai
di muka pintu Tengku Farid memberi salam dan Nur Jannah mengajak mereka masuk. Dia memperrsilakan suami dan
madunya duduk di ruang tamu sedangkan dia terus berlalu ke dapur.
Tidak dinafikan bila
melihatkan lengan suaminya dikepit erat oleh perempuan lain timbul rasa cemburu
di hati Nur Jannah. Kalau selalu dia tidak pernah membayangkan kehadiran Diana sebagai madunya. Kerana dia
tidak pernah bertemu wajah dengan Diana. Bertemu ’ face to face.’ Inilah kali pertama dia bertentang mata dengan
Diana. Berdebar hatinya bila melihat Diana yang cantik anggun dan bergaya ‘cantiknya Diana’ detik hatinya. Nur Jannah mula menimbang-nimbang dan
berkira-kira membandingkan dirinya dengan Diana.
Padanya Diana cukup cantik dan sempurna.
Ditambah pula pandai bergaya menjadikan Diana kelihatan anggun dan bergaya. Berbanding
dengan dirinya yang seperti perempuan kampong, rasa rendah diri mula menerpa
hati. Bila melihat kelebihan Diana hatinya mula berjeda, NurJannah terfikir
sudah tentulah suaminya akan lebih menyayangi Diana dari dirinya. Dia menjadi
sedeh namun di tahan. Hati perempuan mana yang tidak tergoris jika ada
perempuan lain yang lebih cantik mengepit lengan suaminya, walaupun hakikatnya
dia tahu mereka berkongsi suami. Di dapur Nur Jannah bertemu Mak Milah bertanya
itu dan ini sambil memujuk hatinya.
Berlainan dengan Diana dia pernah melihat
Nur Jannah di jamuan rumah terbuka dirumah datuk suaminya suatu masa dahulu. Masa
itu Tengku Farid menunjukkan kepada Diana bakal isterinya dan mengatakan dia
tidak akan terpikat jika melihat cara Nur Jannah berpakaian dan dia sendiri
mengingatkan Diana jangan bimbang dia
tidak akan tergoda. Itu janji Tengku Farid kepada Diana ketika itu. Sebenarnya
Tengku Farid menjadi serba salah ingin dileraikan pengangan Diana ditakuti
Diana akan berkecil hati tetapi jika dibiarkan dia sudah boleh menduga apa yang
terkandung didalam hati NurJannah. Dia amat bersyusukur NurJannah bagai tidak
memperdulikan tingkah laku Diana. Dia terus sahaja berjalan menonong kehadapan.
Tengku Khalidah masih belum keluar dari
bilik bacaanya lagi. Dia mendengar bunyi kereta berhenti dihadapan banglonya.
Dia kenal suara Tengku Farid memeberi salam, dia hanya menjawap salam itu
perlahan untuk pendegaran telinganya sahaja, namun tidak dipedulikkan dia
mengharapkan pembantu rumahnya yang menyambut tetamu pertamanya malam itu. Tidak
berapa lama kemudian terdengar deruman sebuah lagi kereta berhenti di halaman.
Kali ini dia menghentikan kerjanya, Tengku Khalidah mejengah keluar. Namun Nur
Jannah tidak keluar dari dapur kerana hatinya belum terpujuk,dia juga belum ada
kekuatan untuk bertentang mata dengan Diana dan memandang perlakuan madu dan
suaminya yang mungkin duduk rapat disofa ruang tamu. Jika dia keluar juga di
takuti air mata yang sedang di tahan akan terhambur keluar. Untuk mengelakkan
itu terjadi dia berlengah-lengah di dapur bersama Mak Milahnya. Dari dapur Nur
Jannah mendengar suara orang memberi salam dan suara nendanya menjemput
tetamunya masuk.
“Assalammualaikum..” sepasang suara memberi salam.
“Waalaikumsalam Zal, Idah masuklah.. kita nak
bersemuka malam ni.” Itulah kata aluan yang terucap kepada dua orang tetamu yang baru sahaja sampai.
Bukan dia tidak menghormati tetamunya malam itu, tetapi kerana sakit hatinya itulah
yang terlepas dari bibirnya. Yang sebetulnya Tengku Khalidah tidak menyangka Nur Jannah juga datang malam
itu.
Ni semua kerja gila.tapi ini yang buat ceriter ni best.Ada pertarungan emosi malam ini.
ReplyDelete