esok tak ada ye mak teh tak sempat nak tenguk bab 42. Rasanya malam baru boleh semak. ok, yang ni rasa pun tak seberapa isinya.
Beberapa ketika Syukri berbual didalam
telefon. Sarah yang menelinga. Dia tahu yang menghubungi adalah emak mertuanya
diPengkalan Hulu.
“Ada apa bang, pagi lagi emak dah
call”.
“Emak sampaikan jemputan pak De anak
bungsu dia kahwin minggu depan. Dia jemput kita sekeluarga. Sarah nak ikut
balik ke?”
“Ehh apa pulak Sarah, abang tanyalah
Nuri.” Kerana hatinya masih marah dengan perlakuan suaminya malam tadi, Sarah
cuba memprotes ajakkan suaminya.
Ada
rasa serbasalah disitu pada Syukri. Hendak dibawa Sarah takut Nuri berkecil
hati. Hendak dibawa Nuri takut pula Sarah pula bekecil hati. Hendak dibawa
kedua-duanya sekali, itu tidak mungkin. Entahlah. Serba salah rupa beristeri
dua yang mana satu yang mana satu hendak dibawanya.
“lalah nanti abang tanya Nuri. Tapi
kalau Nuri tak boleh ikut, Sarah pergi ye”. Sarah tidak menjawab pertanyaan
Syukri tapi ada rasa keberatan pada dirinya.
Nuri tidak bekerja hari itu,pihak
pengurasan telah memberia cuti kelepasan am. Seperti kebiasaan Syukri pulang
makan tengahhari dirumah Nuri. Ketika
dimeja makan Syukri bertanyakan undangan Pak Denya kepada Nuri. Mahukah Nuri mengikutinya
kePengkalan Hulu demi memenuhi jemputan Pak Denya.
“Nuri, Pak De jemput makan kenduri
anak bungsunya minggu depan, kita balik ye”. Lama Nuri memandang suaminya.
“Bang saya suka berterus terang dengan
abang. Untuk apa saya balik jumpa keluarga abang. Saya tak akan lama dalam
keluarga abang hanya ada empat lima bulan sahaja lagi. Jadi lebih baiklah Sarah
yang abang bawa. Biarlah dia, yang sedara mara abang kenal.”
“kenapa Nuri suka cakap perkara yang
belum terjadi?”.
“Sebab memang saya mengharapkanya
bang, tolong tunaikan janji abang pada saya selepas saya bersalin.”. Nuri
sekarang ini bukan Nuri yang dulu, Nuri yang diam membisu. Kini kelihatannya
niat hatinya padu meminta perpisahan.
Tiada
apa lagi yang boleh diucapkan oleh Syukri hatinya sebak. Syukri hanya makan
sedikit sahaja tengahhari itu seleranya tertutup mendengar jawapan Nuri.
Selesai solat zohor berjemaah Syukri kebengkelnya semula. Wajahnya mendung.
Ketika dia sampai, Sarah sudah dimejanya. Syukri terus masuk kebilik
pejabatnya. Didalam bilik dia manangis
melepaskan rasa sebak mengenangkan masa yang akan ditempuhinya nanti. Mampukah
dia kehilangan Nuri itulah pertanyaan yang selalu bergema dihatinya.
Entah mengapa dalam sebak dia membuka
lap topnya untuk melihat perlakuan Nuri dirumah. Dilihat Nuri sedang duduk
disofa sedang bercakap ditelefon bimbitnya, dia bercakap dengan seseorang. Bila
diamati rupanya Nuri sedang bercakap dengan emaknya diPengkalan Hulu.
“Mak! rasanya Nuri tak boleh balik
kenduri Pak Delah mak”.
“Kenapa?”
“Sejak Nuri mengandung ni, Nuha selalu saja tak sedap badan, takut kalau
berkereta jauh sangat, tambah mudarat pada Nuha.”
“Naik sajalah kapal terbang bukanya
lama tak sampai sejam pun dah sampai Alor Star, lepas tu naik teksi tak sampai
dua jam dah sampai kampong kita Nuri.”
“Mak! Nuri tengah mengandung, risiko
tinggi kalau naik kapal terbang mak. Biarlah Sarah yang pergi ye mak. Satu lagi
kalau Sarah yang balik, mak janganlah marah dia. Bukan dia yang nak balik tapi
Nuri yang minta dia balik, biarlah saudara-mara diPengkalan Hulu kenal dia
isteri Syukri ye mak. Mak yang sebenarnya Sarah
baik orangnya.” Syukri terkaku mendengar rayuan Nuri agar Sarah tidak
dimarahi. Syukri tahu Nuri nekad tidak mahu mengikutinya pulang kekampung.
Itulah sebabnya dia sendiri yang menghubungi emaknya untuk memberi alasan. Bertambah
pedih hatinya dengan tekad padu Nuri mahukan perpisahan darinya.
Dia keluar dari bilik dan merjalan
menuju kemeja Sarah.
“Sarah abang dah tanya Nuri pasal
jemputan Pak De tadi. Dia tak boleh pergi, jadi
Sarah lah yang kena pergi ye”.
“Sarah pun tak nak pergi, Sarah malas
nak balik kampong abang, keluarga abang bukan suka Sarah. Terutama emak, dia tak
suka Sarah”.
“Cuba Sarah biasakan diri dengan
keluarga abang, lama-lama mereka sukalah kat Sarah”.
“Malas lah. Nanti emak kata Sarah saja
nak rebut tempat Nuri, lagi pun kan dah lama Nuri tak balik kampong abang.
Sejak kita nikah mana dia ada balik raya kampong abang. Dia cari alasan kerja
sahaja. Entah-entah dia saja nak kena kan Sarah supaya Sarah kena marah dengan
emak. Dia kan tahu emak tak suka Sarah.”.
“Dahlah Sarah kalau tak mahu pergi
jangan nak burukkan Nuri pula”.
“Bang! mentang-mentang Sarah tak bagi
abang anak lagi, abang cakap macam ni dengan Sarah”. Dengan suara yang agak
tinggi Sarah bangun, wajahnya sudah mencebik mahu menangis. Cepat-cepat Sayukri
meninggalkanya dan turun kebawah membantu pekerja membaiki kereta itu lebih
baik dari melayan kerenah Sarah dan juga melayan hatinya yang gundah dengan
peringatan Nuri.
Akhirnya
hanya Syukri seorang yang pulang memenuhi undangan Pak Denya. Kerana tiada
siapa yang menemani dia berkereta selama 6 hingga 7 jam Syukri pulang kekampungnya dengan
menaiki Firefly dari Subang ke Alor Star. Dari Alur Star dia menaiki teksi
pulang kekampungnya diPengkalan Hulu.
Ketika sampai diPengkalan Hulu Syukri
disambut dengan serangan bebelan dari emaknya.
“Hai kamu balik sorang ke Syukri, mana
salah seorang isteri kamu. Bini sampai dua tapi balik sorang melenggang”.
“Tanya
Nuri, Nuri tak nak ikut. Sepatutnya dial ah yang ikut kan dah berapa
kali hari raya dia tak balik”.
“Dia tak balik bersebab. Dia call mak
dua tiga hari lepas dia kata dia mengandung lagi. Nuha pula selalu demam. Betul
ke Syukri”.
“Betul mak dan masuk enam bulan dia
mengandung”.
“Kamu tak merancang ke Syukri, kalau
dah enam bulan Nuri mengandung ertinya Nuha tak sampai setahun dia dah ada adik
lagi. Itulah pasalnya badan dia tu tak kuat asyik demam sahaja”.
“Macam mana nak merancang, belum
sempat apa-apa dah lekat lagi”.
“Syukri kita ni kalau nak merancang bukan
bergantung pada isteri sahaja. Sepatutnya kamu berdua bincang dan berhati-hati.
Merancang ni kalau dijaga tak payah nak makan ubat, tak payah nak pakai kondom.
Emak dengan ayah kamu dulu pun kami tak gua apa-apa, tak makan apa-apa pun emak
ni. Tapi anak tak lah tak sampai setahun dua orang. Cuba kamu Tanya abang kamu,
mak rasa kak Seha tak makan ubat mereka
merancang sendiri. Tanya dia macam mana nak merancang sendiri tampa makan ubat.
Yang sebetulnya bab merancang ni kamu yang kena berjaga-jaga bukan isteri kamu
tu.”. Untuk kita mendengar puan Noriza memang dia seorang yang sangat berterus
terang. Walau pun ada rasa malu dihati Syukri tetapi dia tahu itulah perangai
emaknya yang sungguh berterus terang orangnya.
“Ilah nanti Syukri tanya dia”.
“Ni
kalau Nuri dah tak dapat nak balik, kenapa tak Sarah sahaja yang balik. Hari raya hari tu pun hanya kamu saja yang balik. Ni
sekali lagi kamu sorang sahaja yang balik, apa cerita ni Syukri kamu tak pandai
nak didik isteri ke, apa punya isteri kalau tak mahu dengar cakap suami”.
“Dia
takut mak marah”.
“Kalau
takut, lepas tu tak buat apa yang emak suruh tak guna juga. Cuba tunjukkankan
ada perubahan pada diri tentu emak tak marah Syukri. Entahlah Syukri, emak
marah bukan mak tak suka dia. Emak marah dia supaya dia belajar. Emak dengan
Sarah ni sebetulnya serba salah sangat. Malas mak nak cakap.” Setelah lama
mendiamkan diri. Kemudian dia mengamati Syukri
dengan dahi berkerut..
“Syukri!!
mak tenguk sekarang ni kamu kurus sikit kenapa? Kamu sakit ke?”.
“Tak
lah mak, penat sikit hari tu masa nak raya
kan kereta banyak sangat penatnya sampai sekarang ni mak. Sekarang orang
pakai kereta makin lama makin banyak mak, harga kereta Nosianal murah tu yang
makin banyak orang boleh beli kereta. Nak raya hari tu kerja sampai tak ingat
itu yang badan masih penat lagi ni mak.”.
“Bukanya
kamu teruk sangat nak cari duit, ialah nak tanggung dua orang isteri, anak
lagi”. Sebenarnya sekarang hidup Syukri sedang mendung. Fikiranya berserabut
mengenangkan permintaan Nuri. Kalau boleh dia menahan hari supaya jangan
berganti dia akan melakukan. Dia begitu takut menghadapai hari yang begitu
cepat berganti. Oleh kerana fikiranya yang kusut selera makannya juga
terbantut.
Kebetulan
petang itu abangnya sekluarga datang kerumah emaknya.
“Haa
eloklah kau datang Muaz, cuba kamu cerita sikit macam mana nak merancang
kelurga dengan adik kamu ni Muaz”.
“Ehh!!
Emak ni jangalah cakap kuat-kuat malu Syukri dengar dek kak Seha tu”.
“apa
nak malunya Syukri kamu berdua nikan dah kahwin semuanya dah tahu. Jangan lupa tanya
kata bang kamu ni berguru dengan dia”.
“Ialah
mak ialaaah.” Puan Noriza meninggalkan dua anak lelakinya diruang tamu, untuk
memberi mereka peluag bercerita.
“Apa
yang emak maksudkan tadi Syukri. Kamu nak merancang keluarga?. Baru dapat anak
buat apa nak merancang, beranaklah
ramai-ramai dulu barulah nak merancang”.
“Memang dah ramailah ni bang. Anak aku dah nak
masuk tiga orang empat bulan lagi”.
“Ehh
bukan ke baru sangat orang rumah kau bersalin hari tu, dah mengadung lagi ke
Syukri?”.
“Itulah
yang emak marah aku tu. Anak aku yang nombor dua tu tak sampai setahun adik dah
kelaur lagi. Emak suru aku Tanya cara kau merancang. Emak kata kak Seha tak
makan ubat betul ke?”
“Betullah
tu. Ehh bini kau yang sorang lagi tu tak mengdung lagi?”
“Entahlah,
Allah belum nak bagi dia lagilah agaknya”.
Esoknya selepas selesai majlis Syukri sudah pulang semula keKampung
Subang. Telinga tidak senang mendengar bebelan emaknya. Sampai di Subang
Airport dia menaiki keretanya sendiri menuju kerumah Nuri (sengaja dia memakir keretanya diSubang Airport untuk memudahkan dirinya). Sampai dirumah Nuri,
Nuri belum lagi sampai dari tempat kerjanya. Dia kedapur memanaskan segala lauk
pauk yang dibekalkan oleh Pak Denya tadi. Sedang dia memanaskan lauk kedengaran
bunyi keenderaan memakir dihadapan rumahnya dan tidak lama kemudian kedengaran suara Wafi bertanya itu dan ini kepada uminya.
Dengan
mengunakan kunci yang ada padanya Nuri membuka pintu dan memberi salam dia tahu
suaminya ada dirumah dengan melihat kereta syukri sudah terpakir didalam pagar
tadi.
“Anak
baba dah balik ye”.
Melihat kelibat Syukri terus sahaja Nuha
menghulur tangan mahu didukung oleh babanya. Entah mengapa Nuha sangat manja
denganya. Tetapi Syukri bangga anak perempuanya rapat kepadanya.
“Jomlah
kita makan. Abang dah panaskan lauk kenduri tu. Anak-anak nak makan apa Nuri.
Boleh ke mereka makan sekali lauk kenduri tu.”
“Boleh
rasanya tapi saya nak gorengkan mereka telur hancur dulu, makan dengan kicap Wafi dan Nuha suka. Malam ni abang dengan adik tak
payah makan sayur ye”.
Petang
itu mereka berempat beranak makan bersila diatas lantai, Nuri dan Syukri
bergantian menyuapi anak-anak. Ada rasa bahagia disitu. Didalam hati Syukri
berdoa agar keadaan tu berkekalan hingga dia kehujung nyawanya. Mampukah Nuri
melupakan permintaanya. Terasa hari itu hanya Nuri seorang isterinya. Syukri
terlupakan Sarah untuk seketika.
Yang sebenarnya Sarah bercuti kekampung kawan baiknya Maryam diMelaka.
Itu yang diberitahu oleh Sarah tempuh hari sebelum dia bertolak kePengkalan
Hulu. Dia akan menghabiskan cuti kelepasan Am selama empat hari dikampung
Maryam. Sarah dijangka pulang lusa. Ada juga terlintas rasa tidak puas hati
dihati Syukri bila Sarah memilih menghabiskan cuti dikampung orang yang tidak
ada kaitan denganya dari bercuti dikampung suaminya.
Seperti
didua kandungan Nuri yang lalu, mengandung kali ketiga juga begitu. Rutin makan
tenghari Syukri dirumah Nuri.Kini kandungan Nuri sudah mencapai usia tujuh bulan. Jika dia tidak bekerja ataupun bekerja digiliran malam Syukri akan makan
tengahhari dirumah, sudah lama rutin harian ini bermula. Makin hari Sarah makin
terasa dirinya terpinggir.Sudahlah waktu petangnya juga Syuri akan kerumah Nuri. Walaupun suaminya memberi alasanya untuk
membantu isteri tuanya menjaga anak, ketika dia memasak.Waktu malam gilirnnya juga akan lewat sedikit dari kebiasaan dulu, alasanya mahu menidurkan anak-anaknya pula. Sesejali terdetik juga suaminya kini sudah banyak memberi alasan kepadanya.
Hari
minggu itu giliran Nuri tidak bekerja, Syukri menghabiskan masanya dirumah
Nuri. Peluang ini diambil oleh Sarah kerumah Maryam, untuk belajar memasak
itulah alasan yang diberikan oleh Sarah kepada Syukri. Walaupun jika tiada
alasan itu, Syukri pun akan membenarkan Sarah kerumah Maryam. Pada Syukri dia
merasa kasihan dengan keadaan Sarah yang tiada siapa-siapa untuk menemani. Dia
memahami tentulah Sarah akan kebosanan
tinggal bersaorangan dirumah. Pagi lagi Sarah kerumah Maryam dia bercadang mahu
bersarapan sekali dengan Maryam. Ketika mereka duduk-duduk Sarah mula membawa
permintaannya yang telah lama bersarang dihatinya.
“Yam! Yam boleh tolong akak tak?”
“tolong apa? kalau yang boleh Yam
tolong Yam tolong lah”.
“Tolong carikan akak kerja, akak rasa nak cari
kerja lainlah Yam”.
“habis kerja kat pejabat suami akak
siapa nak buat?”.
“Biarlah dia cari orang lain. Akak nak
berdikari, akak nak jauh dari mata dia.”
“Suami akak tahu ke akak nak cari
kerja ni”.
“Belum lagi, esok kalau dah dapat
barulah akak bagi tahu dia”.
“kalau dah dapat, bila akak cakap
dengan dia, tapi dia tak bagi akak kerja tempat lain, macam mana?”
“itu boleh diuruskan Yam, akak yang sebetulnya ada niat nak bercerai dengan dia. Akak rasa
perjalanan perkahwinan kami ni tak berapa
nak lancer sejak mereka beranak kecil. Akak rasa jika keadaan ini berlarutan,
akak yang akan selalu ditinggalkan nanti. Akak jangkakan untuk dua tiga tahun
akan datang mungkin keadaan akan terus macam ni Yam. Untuk melalui dua tiga
tahun tu akak rasa tak mampu nak hadapi. Sebelum akak terlambat baik akak
berundur dari sekarang.”.
“Keadaan yang macam mana kak Sarah”.
“Keadaan mereka beranak kecil. Setiap
tahun sorang anak diaorang yang akan lahir, jadi sampai bila keadaan ini akan
reda. Sampai bila suami akak akan ada
masa dengan akak. Akak rasa sunyi sangat
sekarang ni, bila suami akak melebihkan masa dia dirumah isteri dia yang kat
sana”.
“Sabarlah kak adat orang bermadu. Lagi
pun akak kena faham anak yang kat sana dahlah rapat-rapat kecil-kecil pula tu”.
“Itulah yang akak ingat Yam. Dulu dia
lebihkan akak sebab ‘besi berani’ akak walau pun akak sorang tapi kuat dan
berkuasa. Tapi sekarang dah nak masuk tiga besi berani yang kat sana, tentu
kuasa menarik suami lebih kuat. Sebab itulah suami akak akan lebih melekat kat
sana. Betul tak Yam.”
“Betul ke sebab anak-anak suami akak
selalu kat sana atau isteri yang kat sana yang melebih-lebih tak kasi suami
akak selalu jumpa akak?”.
“ Akak cakap yang betul dengan Yam,
isteri dia yang kat sana tu baik orangnya.
Dia tak akan ambil masa akak. Tapi suami akak pengesian orangnya, dia
tak sampai hati bila melihat isteri tua dia jaga anak sorang-sorang. Anak-anak
masih kecil. Dia masak sambil mendukung anak Yam. Bila anak demam, tengah malam
entah berapa kali terjaga, kadang-kadang tidur malam beberapa jam saja. Tidur yang tak berapa jam pun tidurnya sambil
duduk Yam. Kalau jaga sorang-sorang memang tak tahu apa nak cakap Yam. Itulah sebabnya
buat masa ni suami akak lebihkan yang kat sana. Susah rupanya nak besarkan
anak.”
“Macam mana akak tahu aktiviti madu
akak tu?”
“Ehh akak tak cerita kat Yam ke suami
akak dia pasang CCTV kat ruang tamu rumah isteri tua dia”.
“Untuk apa??? Dia nak intip madu akak
main kayu tiga ke?”
“Hissy Yam , jangan buruk sangka
sampai macam tu pada wanita yang baik Yam. Berdosa tau buruk sangka ni Yam”.
“Habis tu untuk apa dia pasang CCTV
kat rumah isteri tua dia?”
“Suami akak kan dah terlepas pandang
bila isterinya mula mengandung kemudian dia juga terlepas masa isterinya
bersalin. Jadi kali untuk yang ketiga ni dia nak pastikan dia tak terlepas
lagi. Tapi memang menjadi pun yang kali ketiga ni dia tahu awal bila isteri dia
mengandung. Kalau tak ada CCTV hari tu, tak tak tahulah apa akan jadi, masa
isteri dia tu kena gastrik hari tu. Teruk dia kena gastrik sampai pengsan, bila
nampak isteri teruk sangat suami akak balik bawa dia pergi klinik”.
“Kenapa agaknya dia tak nak bagi tahu
suaminya masa-masa kritikal dia tu”.
“Entahlah, tapi akak rasa dia macam
berdendam dengan suami akak, dia yang sebenarnya masih tak boleh nak terima
akak sebagai isteri pada suami dia. Mungkin cara protes dia. Ni sejak dia mengandung lagi, anak perempuan
mereka tu asyik tak sihat saja. Kejap demam kejap lagi selsema, lagi pun yang
perempuan ni agak manja sikit dengan ayah dia. Akak tahu perkembagan mereka
sebab akak tenguk CCTV dia tulah”.
“Masa tak ada anak.. nak anak , bila
dah ada macam-macam masaalah yang timbul serba salah betul kan kak Sarah”.
“Memanglah macam tu, itulah cabaran
nak besarkan anak. Itulah akak nak berkeras dengan suami akak pun tak boleh. Dia
memang tak boleh nak bagi perhatian kat akak buat masa ni. Tapi sampai bila
Yam cubalah Yam fikirkan. Macam mana dengan
akak ni, akak ni yang tertunggu-tunggu Yam”.
“entah lah kak, serbasalah juga dia
buatnya, suami akak buat macam tu bersebab bukan saja-saja dia tak nak datang
awal rumah akak. Pada Yam biarkanlah dia macam tu, janji dia datang rumah akak
itu pun dah kira syukur kak Sarah”.
“Tapi Yam
akak takut lama-lama nanti masa nak tidur saja dia datang rumah akak.
Ialah anak diaorang keluar setiap tahun, jadi bila masanya dengan akak. Sebelum
akak tua dan masih berdaya lebih baik
berpisah sekarang. Mana tahu, masa akak
masih muda ni, masih ada orang bujang atau pun duda yang sudi jadikan
akak isterinya. Kalau dah tua siapa yang nak lagi.”. Ha..ha..ha mereka ketawa
berderai dengan cerita lucu yang terlepas dari bibir Sarah.
“Akak dah fikir masak-masak ke nak
berpisah ni, takut dah berpisah nanti menyesal pula. Dia kan cinta pertama
akak.”
bru si sarah rasa pulak camne trtunggu tunggu suami balik rumah. ngada ngada bkn x jumpa d tmpt kerja.
ReplyDeletepadan si syukri tertekan dgn ketegasan nuri. nmpaknya nuha rapat dgn babanya...takut nanti nuha sakit pulak bila ummi dn babanya brpisah.
moga kebahagiaan milik nuri dn anak anak.
-dibah-
Kan bagus sisarah tu bercerai je dgn syukri.tak sedar diri ada ke patut salahkan nuri.biar je syukri tak layan sarah
DeleteMemang sepatutnya gitu, tapi Syukri kan kasih an dengan sarah. Manja dan tak tau berdikari. Dah tua bangka perangai macam budak terencat akal.
DeleteTrima kasih mak teh tuk n3 baru
ReplyDeleteRasa2nya si Sarah dah mula sedar yg dia dh x dperlukan oleh syukri....
Xsbr nak tggu next n3....
baru padan muka syukri.. hati nuri sudah sekeras kerikil. Sarahpun dah mula buat perangai... baru dia tahu langit tinggi atau rendah. Kesian nuha dan wafi yang baru mahu bermanja dan merasai kasih sayang babahnya. andai mereka berpisah tentu terlerai juga kasih sayang dari babahnya. alahai sedih lah pulak.. Tq mak teh atas post baru ni. sayang mak teh..
ReplyDeletetq mak teh.
ReplyDeleteMakin serabut la syukri nanti. Nuri dah tempah lepas bersalin. Sarah pun dah merancang perkara yang sama.
Betul la Nuha manja dengan syukri. Dah kenal bau babanya. Dulu wafi jarang jumpa. Ada harapan la nak lembutkan hati Nuri.
Baru tau susahnya beristeri dua. Antara kasih&kasihan pun dah tak tau nak beza. Dua2 dah mula nak jauhkan diri. Serabut sampai kurus.
ReplyDeleteEmak pulak open minded. Tau je apa yang terjadi pada anaknya.
mak teh mmg terbaekkk...macam roket..berdesup2 masuk cerita entry baru...
ReplyDeleteterima kasih ya mak teh...
pulak dah si gedik pn nak mengundur diri..
tapi hari tu sibuk nak tamak2 nak minta syukri lepaskan nuri...
boleh la mak teh teruskan cerita cenggitu sebab saya nak tgk reaksi syukri...
walaupun kisah kali ni nak tonjolkan si gedik tu baik tapi saya tetap benci dia..sebab saya terlalu sakit hati kes di langkawi, kol syukri kunun2 dia demam ketika syukri di rumah nuri, padahal bukan demam tp nak merendek, melekakan syukri agar pulang lambat bila turn nuri..pemalas..pengotor...dah terbaru kali ni menuduh nuri nak kenakan dia sebab tak mahu balik kampung..
ReplyDeleteAntara kaca dan permata..
ReplyDeleteBila syukri tegur gedik jgn burukkan nuri, dan2 marah n tinggikan suara..
Tapi pada nuri, apa pun suami buat dia telan je x berbunyi langsung..
Kalau marah pn dia ckp baik2
Contoh ketika dia dpt tangkap syukri berbohong kunun2 ke bengkel padahal melayan nafsu gedik...
Padan muka syukri bila nuri sekarang sudah reti bertegas
Syukri ni jenis malas nak fikir. Ramai laki macam tu. Kalau isteri diam jenis macam Nuri dia ingat semua baik je. Sebab tu bila tengok cctv baru dia tau kesusahan Nuri. Tapi dah terlambat, hati Nuri dah tak mahu dia.
ReplyDeleteKesian kena tembak dengan maknya, bini sampai dua balik kampung sorang.
Sarah ni dah memang status isteri kedua, ditambah dengan pakej pemalas. Sikap menggediknya saje menutup kekurangannya dimata suami.
mmg gedik dia tahap bertingkek2 sampai suami bole melayan dia je..
ReplyDeletepemalas tu satu hal...part pengotor tu yg tak boleh tahan sampaikan tuala wanita pun bole bersepah2 je lepas di gunakan..jd kita bole membayangkan bagaimana syukri boleh lebihkan dia dgn tahap pemalas dah pengotor dia gitu..sampai tertutup hati nak ke nuri walaupn katanya ikut turn yg adil..kunun2 lahkan..
ha ..sekarang ni baru dia terasa..menyampah pulak sampai menangis bila tgk nuri dah keras hati..sakit hati bila teringat gedik ckp dgn syukri yg sebenarnya syukri bertahan dgn nuri sebab sudah termakan budi...padahal awak tu yang menumpang kesenangan yg telah nuri korbankan...
Nasib baik sarah pun tak ikut balik kampung kenduri anak Pak De. Kalau ikut, dengan Pak De & Mak De teringat kisah lalu kena hina dengan mak sisarah ni.
ReplyDeleteRasanya Sarah ni tak tunjuk belangnya yang sebenar pada Syukri. Memang Sarah manja tapi bertujuan untuk mengelakkan Syukri ke rumah Nuri bukan sifat Sarah sebenar manja tu. Kenapa hati saya berkata apabila Sarah mendapat kerja lain dia akan curang pada Syukri sebab desparate nak dapat anak. Tapi rasanya Mak Teh takkan buat kot cerita tak bermoral. Bila dah ada boyfriend baru Sarah minta cerai tapi bila dah bercerai tak jadi kahwin pula...huhuhu...idea jahat dah datang.
ReplyDeleteSalam sayang dari Zurich untuk Mak Teh n kawan2. Wah syabas buat Nuri makin keras pendirian nya. Baguslah si Sarah rasa kerja lain, lama2 pun rasanya dia tarik diri dgn sendirinya nampak sangat dia tak ikhlas mencintai SYukri tu pun. setakat nak tumpang bermanja n kesenangan orang lain.
ReplyDeleteSarah ni macam tak tetap pendirian je. Bila rasa dia ada kelebihan, tamak. Bila rasa dia nak kalah, mcm nak undur diri. Entah mana satu. Tapi sikap pentingkan diri sendiri mmg ada pada dia, sebab tu dia tak kisah dengan teguran mak mertua.
ReplyDelete