Pukul
empat setengah petang kedengaran pintu bilik pejabatnya dibuka. Sarah dimeja
kerjanya memanggungkan kepalanya. Dilihat suaminya berjalan menghampirinya.
“Sarah abang dah nak balik ni, abang
nak tenguk Nuri dan nak ambil anak-anak kat rumah pengasuh”.
“Nuri dah baik bang?”.
“Nak kata baik tak tahulah tapi dia
dah tak muntah lagi, tadi dah dua kali dia makan, pagi tadi sekali tadi sebelum
zohor sekali, tapi dia makan bubur sajalah. Ni abang tak ada, entah dia makan
entahkan tidak, malam ni abang kat rumah Nuri . Jadi sebelum Sarah balik nanti
siap-siaplah beli makanan sekali”.
“Abang nak balik sekarang ke?”
“Ialah, nak pastikan Nuri makan, lepas
tu nak suruh dia makan ubat. Kalau dia masih tak sihat nanti abang kena jaga
anak-anak pula. ”
Petang
itu Syukri yang mengambil anak-anaknya. Dari bengkel terus sahaja dia keruamah
kakTon. Ketika dia sampai anaknya sedang duduk di bermain dengan anak bungsu
kak Ton Ahmad Sufian dihadapan televisyen.
“asalamulaikum “Syukri memberi salam
dipintu pagar.
“Walaikumsalam”. Sahut Kak Ton yang
turut ada diruang tamu rupanya.
“Ehh Syukri! Masuklah Nuri dah sihat?”
“Dah rasanya kak Ton, tadi tengahhari
masa saya tinggal kan pergi kerja, dia dah makan dan dah tak muntah lagi”.
“Ha eloklah tu, cakap dengan dia kalau
ada gastrik elok jaga makan. Akak tenguk dia tu macam tak suka makan saja.”
“Betul tu kak Ton makannya pun sikit
sangat, agaknya banyak lagi Wafi makan.”
“Masuklah kat depan pintu saja ni,
Syukri datang nak ambil anak ke? Nuha ni rasanya demam sikit, dia selsemalah
Syukri. Agaknya menangis teruk sangat malam tadi tu yang jadi selsema.”
“Ohh anak baba selsema ye, kak Ton
bagi ubat apa?”
“Tak bagi ubat pun Syukri, nak pergi
rumah Nuri tadi tu siacu ni ha tak balik
lagi. Dah petang ni baru lah acu balik kata dia ada perbincanagan semua budak
tingkatan lima itu yang dia lambat balik.” Anak kak Ton yang bungsu lelaki
sudah ditingkatan lima tahun itu.
“Tak apalah kak Ton nanti saya bawalah
Nuha pergi klinik, Abang Wafi jom kita balik. ” Anak yang asyik melihat akak
Ton, membuat kerja sekolahnya bangun dan menghampiri babanya.
“Umi tak atang ambik abang Api baba?”
Anaknya bertanya dengan bahasa kanak-kanaknya. Terasa dihati Syukri anaknya
tidak mengindahkan kedatangannya. Tidak ada rasa teruja dihati anaknya melihat
kehadiran dirinya, uminya juga yang ditanyakan. Tetapi hatinya sendiri menjawab
‘macam mana nak teruja kalau melihat
wajah babanya pun jarang, datangnya ketika semua anak-anak sudah tidur, anak
masih tidurlagi sudah dihantar kerumah pengasuh itu pun yang menghantar hanya
uminya sahaja, nak kenal bau babanya pun susah’. Terngia kata-kata emaknya
hari raya tempuh hari. Anak yang ditunggu bertahun-tahun akhirnya tak kenal
babanya. Oh tidak jerit hati Syukri.
“Taaak, kan baba yang datang ambil
abang dan adik ni”.
“Ooo” panjang sebutan Onya tanda Wafi
faham kata-kata babanya.
“Baliklah kak Ton”.
Mereka bertiga masuk kekereta babanya.
Sampai dirumah ketika dia membuka pintu dan memberi salam kerdengaran salamnya
dijawap dari dapur.Syukri kedapur sambil mendukung anak perempuanya dan
memimpin anaknya yang tua.
“Umi abang Api adek Aa dah alik..baba
ambil naik eta.” Bila mendengar suara anaknya cepat sahaja Nuri menoleh dia
mendapatkan anak-anaknya. Dia sedang memasak untuk makan malam mereka
sebenarnya. Malam itu dia hanya menumis sayur bayam dan mengoreng tiga ketul
ayam.
“abang makan kat sini ke?” ‘Keluar
soalan dari Nuri.
’ Ahh dia dah baik ni’ detik hati Syukri bila ditanya oleh sang
isteri.
“ ada lauk apa?” Soal Syukri pula..
“Lauk yang abang masak pagi tadi
tumisan bayam dan ayam goreng”.
“Oklah tu.. nasi ada tak?”
“Ada, nasi yang abang masak tadi”
“Nuri tak makan ke?”
“..kan kita makan tadi sebelum zohor.”Walaupun
semua soalan dijawab namun tiada riak ceria disitu. Nuri menjawab seperti gaya budak
sekaloh menjawab soalan dari gurunya sahaja.
“Oh ye tak ye pula. Nuri! Nuha ni
selsema, nak bawa pergi klinik ke?”
“Oh anak umi selema ye. Rasanya tak
payahlah ubat hari tu masih ada lagi”. Entah mengapa sejak seminggu yang lalu
Nuha sering tidak sihat. Nuri mengambil anak perempuannya dari dukungan
suaminya.Dia membelek anak daranya kelihatan hidungnya berair dan merah.
Dalam
hati Syukri berkata, ‘ anaknya ada kena
selsema ke, kenapa dia tidak tahu. Selama ini memang dia terlepas pandang
apa-apa berkaitan Nuri dan anak-anaknya’. Nuri juga tidak pernah
memberitahunya jika anak-anaknya tidak sihat. Syukri merasakan dia ayah yang
tidak berguna. Dahulu beria dia mahukan anak tetapi bila sudah didepan mata mengapa
anak-anaknya bagai tidak dipedulikan. Adakah kerana kehadiran Sarah dalam
hidupnya sehinggakan waktu tidak mencukupi untuk memandang anak-anak yang masih memerlukan kasih sayangya. Syukri
mengeluh didalam diam dengan kesalahan dirinya.
Anak
dikelek, tangannya mengambil blander untuk memesin nasi Wfi. Nasi sesenduk dicampur dengan ayam sup,
diambilnya sedikit daging ayam dan
sedikit sayur bayam lalu dimasukkan kedalam blander tadi. Kemudian berdengung
bunyi blender membuat kerjanya mengahancur nasi dan ramuan yang lain.
“abang tak solat asar lagi ni. Nuri
siapkan anak makan lah dulu abang solat sekejap, Nuri dah solat”. Syukri
berlalu kedalam bilik.
“Dah”.
Usai solat Syukri keluar dari bilik
dia melihat Nuri sedang melakukan sesuatu terhadap anak daranya.
“Nuri buat apa tu?”
“Buang hingus Nuha, kalau dipicit
nanti hidung dia sakit, kalau tak buang kesian pula dia tak selesa, nak menyusu
pun payah.”.
Cara Nuri membuang hingus anaknya, dia menyedut hidung anaknya menggunakan
mulutnya. Lepas itu diludahkan hingus itu didalam tong sampah. Ya Allah begitu
besar pengorbanan seorang ibu. Mampu dia berbuat demikian untuk keselesaan
anaknya. Sarah dirumah yang memerhati
dalam pancaran CCTV berlari kebilik air melihat perlakuan Nuri. Dia melihat
sungguh jijik. Jika dia mampukah dia melakukan perkara seperti itu. Syukri yang
memandang terkaku ditempat dia berdiri, melihat apa yang dilakukan oleh
isterinya. Didalam dirinya menginsafi pengorbanan seorang ibu. Berdengung berkali-kali pertayaan dihatinya mampukah
aku, mampukah aku menjadi seperti Nuri untuk anak-anaknya.
Setelah kelihatan anak daranya mula
selesa kerana hidungnya tidak tersumbat lagi dia menyusukan anaknya dengan susu
badannya.
“Abang Wafi tunggu dulu ye umi susukan
adik dulu ye”.
“Meh abang Wafi baba suapkan, sini “.
Syukri mengambil nasi yang telah dimesin tadi untuk meyuapi anak lelakinya.
Elok sahaja Wafi mengikuti arahan babanya. Dia duduk dihadapan Syukri yang
sudah bersila dan semangkuk nasi mesen ditangannya.
“Kenapa susukan Nuha, kalau dah menyusu nanti dia kenyang tak dapatlah dia
nak makan”.
“Nuha tiga hari lagi baru nak masuk
empat bulan , dia belum makan makanan pejal lagi”.
“Oh, Biasanya berapa bulan diorang
mula makan?”. Sudah dua anak yang lahir Syukri sebagai baba tidak tahu anaknya
mula makan dalam usia berapa bulan. Banyaknya yang tertinggal dalam dirinya
keluah Syukri dalam diam.
“Wafi dulu lima bulan baru saya bagi
makan makanan pejal. Memang tara-tara tu mereka digalakkan makan makanan pejal.
Biasanya pihak hospital pun galakan anak makan usia macam tu..”
“Tapi Nuha ni dah nak ada adik. Ni
Nuri masih susukan Nuha dengan susu Nuri tak jadi mudharat pada Nuri nanti”.
“Tak apalah, perlahan-perlahan saya
biasakan dia menyusu botol nanti, masa ni Nuha pun tengah tak sihat biarlah
menyusu dengan saya dulu”.
“Abang
takut Nuri jadi tak cukup zat, mudharat pada kesihatan Nuri nanti”.
“Tak apa untuk anak-anak saya tak
kisah, nanti saya makanlah vitamin banyak-banyak”.
“baba nak aci hiju.. edap”. Siabang
menanyakan babanya.(Baba nak nasi hijau… sedap)
“tak apa abang Wafi makan saja, baba
nak makan dengan umi sekejap lagi. Kenapa Nuri mesen nasi untuk Wafi, dia kan
dah ada gigi untuk mengunyah.”
“Saya nak ajar anak makan sayur. Saya
ajar juga makan nasi biasa sikit-sikit kalau saya makan. Nak terus-terusan dia
makan nasi biasa takut tak kenyang pula nanti. Nanti masa kita makan suaplah
sikit. Nuha dah lena pun”. Nuri bangun
mengangkat Nuha.
Nuri
meletakkan anak dara kecilnya didalam bilik didalam katil bayi yang telah
dibelikan oleh Syukri sebulan yang lalu. Sejak dia melihat anak dara kecilnya
dipukul dengan botol susu kosong oleh abang, Syukri terus kekedai perabut
membelikan katil bayi untuk anak daranya. Lagi pun ditakuti Nuha terjatuh dari
katil jika dia diletakka diatas katilnya yang tidak berpenghadang..
“Nuri dah bubuh vicks kat dada Nuha”
untuk melegakan hidung yang tersumbat disebabkan selsema biasanya Nuri akan
menyapu sedikit vicks kedada anaknya.
“Dah. Abang makanlah dulu nasi saya dah siapkan atas meja tu, saya
sambung suap kan Wafi. Sini abang makan dengan umi pula.”. Nuri mengambil
manggkuk ditangan suaminya.
“tak apa abang tunggu Nuri, kita makan
sama ye.”
Syukri
memandang wajah isterinya tiada sinar gembira disitu, tiada juga sinar
kemesraannya lagi disitu. Tidak seperti sebelum dia bernikah dengan Sarah.
Walaupun dia dan Nuri sudah hidup bersama hampir empat tahun namun hari mereka
didakap kegembiraan. Nuri kelihatan sangat bahagia dan gembira ini terbukti
dengan senyum bahagianya menghiasi wajah jika dia disisinya. Celoteh Nuri juga
memenuhi ruang ada sahaja ceritanya jika mereka duduk bersama. Cerita
rakan-rakan sekerja dan selalu juga dia berceritan tentang kerja-kerjanya yang
tidak difahami olehnya.Dalam hatinya bagaimanakah dia mahu mengembalikan
suasana itu.
Dia yang menghapus sinar gembira didalam
kehidupan Nuri. Mampukah dia mengembalikan sinar itu lagi. Jika tidak, mampukan
dia melepaskan Nuri untuk dia mencari gembiranya sendiri. Entahlah, ini mungkin silap dirinya yang mengikut kata
hati. Lalu menguris luka hati isterinya.
Dia tersepit untuk melepaskan bahagianya bersama Nuri dan rasa derita Nuri. Sesak
dada Syukri memikirkan kesilapan dirinya sendiri.
Entah
mengapa melihat aktiviti mereka sekeluarga dirumah, Sarah menjadi begitu
cemburu. Bukan dia tidak tahu mereka suami isteri. Tetapi hatinya menjadi sakit
bila melihat suaminya memberi lebih perhatian kepada isteri tuanya. Terdetik
dihatinya mahu hanya dia memiliki suaminya. Tetapi jika difikirkan Syukri boleh
dimiliki olehnya seorang, diatas apa yang ada pada kelebihan dirinya berbanding
Nuri. Sarah ingin mencuba. Pada Sarah kelebihan dirinya berbanding Nuri adalah
cinta mereka. Mereka kenal dan bercinta lebih lama.Kerana hatinya yang cemburu.
Cepat sahaja Sarah menutup paparan CCTV suaminya.
Perkara
sebgitu adalah satu kebiasaan. Apabila terasa diri sudah kukuh bertapak dihati
suami mula dia meminta itu dan ini dari suami. Silap hari bulan dia menyuruh
suaminya menceraikan isteri tuanya. Bila merasakan dirinya lebih berhak. Selesai
makan mereka duduk diruang tamu. Nuri mengambil kain untuk dilipat manakala
Syukri melayani dua orang anaknya.
“Nuri rasa nak muntah lagi tak lepas
makan ni. Kata doctor kalau rasa loya makan ubat tahan muntah tu”.
Hanya gelengan kepala sahaja yang
menjawab soalan suaminya. Nuri sudah jadi bisu semula.
‘Hai’ keluh Syukri perlahan melihat tingkah isterinya. Walaupun
keluhan itu perlahan namun masih didengari oleh Nuri, dia memandang suaminya
yang ketika itu sedang memandangnya juga.
“Kalau abang rasa bosan, pergilah
balik rumah Sarah.”
“Cuba kalau kita tengah duduk berdua
macam ni jangan sebut nama Sarah boleh tak”. Seakan membentak suara Syukri. Dia
geram dengan perangai Nuri sebenarnya. Dingin dan beku. Dirinya didepan mata bagai
tidak bermakna untuk dirinya. Sekarang ini selalu benar persoalan siapa dirinya
dihati Nuri bergema bertanya-tanya. Kenapa sekarang ini ada resah jika Nuri
tidak mahu dirinya lagi.
“Kenapa? Abang jadi teringat kalau
saya sebut nama Sarah. Itulah saya kata
balik lah saya tak kisah. Saya sebenarya dah terbiasa selama dua tahun ni abang
tak ada waktu-waktu macam ni. Biasanya abang datang masa saya dah nak tidur,
kenapa hari ini terlalu awal abang datang?. Begini hari dah tercongok
menyebabkan saya kekok”. Terasa dirinya disindir pula, tapi mungkin bukan itu
maksud Nuri. Dia memperkatakan kebiasaan dua tahun yang telah mereka lalui. ‘Nuri oh Nuri begitu dalamkah luka mu’
Bisik hati Syukri yang hiba. Hiba kerana kelalainya menjadi isteri yang didepan
mata rasa terabai.
“Betul bang saya dah terbiasa masa ni
abang tak ada, jadi saya rasa janggal sangat. Pergilah abang balik, saya pun nak membiasakan anak-anak
dengan keadaan saya nanti. Tinggalkanlah kami. Biarkanlah saya dengan anak-anak
jadi bila sampai masanya nanti kami tak
terasa sangat.”. Syukri menghampiri isterinya dia memeluk isterinya dari
belakang.
“Nuri! abang minta maaf, abang banyak
buat salah pada Nuri. Tapi perkara dah jadi, nak buat macam mana, abang dah tak
boleh nak undurkan perbuatan abang, tolonglah Nuri, terimalah takdir kita
Nuri”.
“Ok, memang saya terima sekarang, tapi tidak sembilan bulan yang akan datang.
Saya akan tuntut apa yang abang janjikan.”. Jawapannya kering sahaja. Dia juga
tidak menangis.
Syukri
tahu hati isterinya sangat terluka dengan perbuatanya yang lampau. Ohh
bagaimanakah mahu dia memperbaiki robek dihati isterinya. Lama mereka
berkeadaan begitu. Kemudian perlahan-lahan Nuri melerai pelukkan suamiya. Dia
bangun untuk mengemas baju-baju yang sudah dilipat. Sememangnya kehadiran
suaminya sudah tidak dapat dirasai lagi, dirinya sudah kebas dengan sentuhan
suaminya. Tiada lagi kejutan eletrik yang boleh mengejutkan dirinya dari sentuhan
hangat suaminya.
Keadaan
jadi sunyi kembali, yang kedengaran hanya suara anak-anaknya yang diselang seli
dengan suaranya sahaja. Setelah menyusun kain yang telah dilipat diraknya Nuri
meyertai mereka diruang tamu dia duduk disatu sudut jauh dari mereka (suami dan
dua orang anaknya.)Nuri diam membatu. Walau pun dia turut ada diruang tamu itu.
Bila
azan Magrib berkumandang Syukri bangun
menuju bilik air, Nuri masih duduk diruang tamu. Ketika Syukri keluar dari bilk
air Nuri kelihatan masih lagi diruang tamu. Tak dia tak solat kah, dia
megandung takkan uzur pula.
“Nuri tak solat ke?” Soalan itu pula
yang keluar dari mulutnya. Tapi sebenarnya Syukri buntu untuk berbicara dengan
Nuri seakan mereka sudah kehabisan cerita. Melihat wajah mendung isteri yang
didepan mata semua cerita terbang melayang.
“Abang solatlah dulu saya jaga anak
kejap.”
“Mehlah kita solat sama”.
“Abang solat dulu, anak kacau nanti
solat tak khusuk”.
“Nuri! Jangan jadikan anak sebagai
alasan untuk kita meninggalkan solat berjemaah kalau ada peluang berjemaah.
Anak-anak tak apa, biasakan dia nampak
kita solat berjemaah, perbuatan kita akan menjadi ikutan bila mereka besar
nanti, dah pergilah ambil wuduk nak mandi ke abang tunggu ni”.
Sepeninggalan Nuri kebilik air
kedengaran suara suaminya berkata-kata dengan anak sulungnya.
“Abang pakai kopiah ni, solat dengan
baba dan umi, adik Nuha duduk dalam walker ye, jangan nangis tau, tunggu sampai
baba dengan umi habis solat, sayang anak baba.” Dilihat Syukri menciumi kedua
orang anaknya.
Pertama
kali untuk Syukri berjemaah disolat Magrib dirumah Nuri, setelah dia mengemudi
dua bahtera. Pada kebiasaanya dia akan menemani Sarah makan dahulu. Selesai
Isyak barulah dia kerumah Nuri. Sambil menunggu Nuri bersiap Syukri memikirkan
tentang dirinya selama dia menikah dua. Kini dia sedar dan mengakui semenangnya
waktunya bersama Nuri sudah banyak diagihkan kepada Sarah. Kerana itulah Nuri rasa terabai dari segi waktu.
Jika dulu pukul enam setengah dia sudah ada dirumah mereka bantu-membantu masak
makan malam, kemudian akan makan
bersama.
Jika
dia kepenatan dia masih ada menemani Nuri memasak didapur sambil mereka
berbual-bual, tetapi sekarang pukul sembilan setengah barulah dia bertolak dari
rumah Sarah. Juga sudah menjadi kebiasaan jika dia sampai, Nuri sudah masuk ke
bilik, dia sudah mahu tidur. Banyak masa Nuri diambil alih oleh
Sarah. Tetapi bukan salah Sarah. Dialah
yang memberi waktunya kepada Sarah, kerana dia kasihankan Sarah yang nampak
manja dan tidak pandai berdikari. Kini baru dia tersedar. Masih bergunakah
SEDAR nya bila hati Nuri sudah lunyai dek robek-robekkan luka akibat sifat tak prihatinnya pada Nuri.
hampeh betul la Syukri nih... sedar itu sedar ini, tapi satu apa tindakan pon tak buat... agaknya Nuri tu dah mati baru kau betul sedar.. haihhh geram sgt laaa
ReplyDeleteIshhhhh mkin myampah ngan pangei syukri.....insaf jap jer
ReplyDeleteErmmmmmmm.kesedaran yg sekejap....suami yg tidak pernah pandai menjaga hati isteti.tabahkan hati nuri.sarah memang tak sedar diri sudahlah perampas ada hati nak miliki syukri.agaknya kalau syukri tak ada harta tak mahunya sarah kat syukri.
ReplyDeleteKali ni baru betul² sedar kot, tapi dah tak guna. Dua kali Nuri mintak dilepaskan, dia sedar sekejap. Nuri diam dia ingat boleh lah lebihkan sarah lagi. Kali ketiga hambek kau. Terhegeh² datang pun Nuri halau je dengan lembut. Balik la layan bini muda yang dah tua bangka tu. Pandai pun beli makanan sendiri. Tapi bab busuk hati macam bertambah jer. Sarah, sarah, bila nak sedar ni.
ReplyDeleteBila nuri dah beku baru tahu nak cari jalan nak cairkan balik...kesedaran syukri ni bertahan selama mana ya.... binawe punya sisarah ni... tak sedar diri betul, berniat nak suruh syukri ceraikan si nuri.. perangai tak semengah... lahabau betul.... sikap penyangak, kata kesal ada di hati bila tengok cctv kesusahan nuri.. sarah memang busuk hati...
ReplyDeleteApa yang mak syukri cakap semuanya betul. Sarah ni memang ada sikap maknya. Tapi yang geramnya cakap maknya pun syukri masuk telinga kanan keluar kiri. Baik sangat sarah pada dia. Kalau baik tak la mak awak dimalukan dulu, mesti dia bgtau awal². Awak pun tak la berhabis duit. Mak ngan anak sama jer.
Deletetgk je le si syukri tu kesal sejauh mana. di goda dn rayu si sarah nanti lupa diri lagi. si sarah tu tamak dn busuk hati.
ReplyDeletesepatutnya cctv tu dh di buks oleh si syukri klu dia dh betul2 sedar. dia memaparkn hal isteri tua kpd isteri muda. blh pulak menonton bdua. tak pulak dia marah si sarah mnceroboh laptop dia.
menyampah berganda ganda dgn si syukri dn sisarah.
-dibah-
Sarah tu tak pernah salah dimata dia. Apa ilmu dia pakai tak tau la. Ilmu menggedik kot. Syukri patut buang cctv tu. Kesian Nuri, takde privasi. Kalau Nuri tau nanti tak sempat tunggu sembilan bulan.
Deleteakak mcm tak puas pulak bc ...mcm pendek je...sambung panjang sikit le mak teh syg.
ReplyDelete-dibah-
Sokong, sokong. tak puas baca.
Delete100% setuju... memang tak puas baca.. kalau mak teh tulis panjang-panjang, post kerap-kerap, lagi kita suka. Mantap gitu... Karya mak teh betul-betul menarik dan tertunggu-tunggu. Hati pun berdebar2 mahu tahu kisah seterusnya... Harap bahagialah akhirnya... Tendang ajelah si sarah tu dari kamus hidup nuri sekeluarga...
Deletehish.., menyampah betul dengan sikap si sarah tu.... macam parasit... dah menumpang nak menguasai terus seratus peratus... Syukri ni kalau tak sedar diri lagi dengan apa yang telah dikatakan oleh nuri ni memang dia tak layak dah hidup dengan nuri... Masa sembilan bulan yang diberi oleh Allah untuknya menyelami dan menjernihkan kembali hati nuri... Kalau dia masih tersasar dan nuri masih bersalin sendiri jugak kali ni baik dia gali kubur sendiri lah.. Kalau masih juga terjadi begitu dialah manusia sebodoh-bodoh umat.. Kalu dia masih lagi mengikut kehendak telunjuk sisarah tu kita doakan aja dia jadi papa kedana kemudian hari.. tengok si sarah tu hadap tak lagi nak menggedik dengannya..
ReplyDeletebreakfast saya sambil baca n3. memang le sabar je le Nuri memang dia tunggu saat dan ketika. Syukri n Sarah deserve each other tamat. Kalau nak manja semua perempuan pandai nak bermanja cuma nak tak nak je. suami yg tamat tak akan rasa sakitnya si Nuri.
ReplyDeleteSayang mak Teh, trimakasih n3 baru
Zurich <Switzerland
Sembilan bulan ni syukri kena jaga makan minum Nuri dan anak². Si gedik tu dah tua bangka tau la dia cari makan sendiri. Ganti balik masa yang diberikan pada sarah selama dua tahun. Dua tahun nak cover sembilan bulan kira tak yah balik rumah sarah terus. Tu pun sarah kira untung, dari pagi sampai petang boleh merengek kat ofis. Dulu Nuri ada? takde kan. Cuba la, tapi kena sabar, tahan sindiran atau kena halau. Nasib kot Nuri boleh lembut hati. Kalau tak, cukup la syukri berpasangan dengan sarah gedik tu.
ReplyDeletePutaran dah terbalik. Dulu Nuri menunggu2, syukri datang sekadar menunaikan tjawab. Sekarang Syukri terhegeh2 dtg Nuri layan ala kadar.
ReplyDeleteBaru sekarang Si Syukri nie pandai suruh Sarah pi bungkus makanan seblm blk umah bila giliran Nuri, sblm nie x de pun. Bila Nuri dah terluka teruk baru guna otak tuk berfikir selama nie guna kepala lutut kot.
ReplyDeleteTerlajak perahu tak boleh di undur kerana menongkah arus. Ini terlajak perbuatan lu tanggungla diri sendiri syukri.. Hm.. Ada ker para lelaki baca crita ni makteh...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu n3 baru mak teh.....
ReplyDeleteTerima kasih dengan entri baru ni Mak Teh. Saya rasa kesilapan besar Syukri adalah memberi tahu Sarah mengenai cctv di rumah Nuri. Dengan ini Sarah akan memantau Syukri dan Nuri sebenarnya secara tak langsung. Tambahan pula sekarang Sarah sedang cemburu dan ingin menjadikan Syukri milik mutlaknya. Nampak gayanya 'kecerdikan' Syukri untuk memantau Nuri akan memakannya kembali. Pastinya Sarah memasang strategi untuk menyingkirkan Nuri, tambahan pula Nuri dah minta cerai dari Syukri. Yang menjadi hairan Sarah ni asyik cerita pasal anak sahaja dengan Maryam tak cerita pula Nuri nak minta cerai sebab suaminya tak adil. Mesti takut terkena batang hidung. Semoga Allah menjadikan Nuri tabah dan bukakanlah mata Syukri mengenai Sarah samada intan atau kaca.
ReplyDeleteDah mcm sakit jiwa lak asyik nak sekodeng isteri tua yg masih muda tu..sepatutnya isteri tua la dok sekodeng bini muda yg dah kertu ni...nampak gaya nuri yg steady tp sigedik tu yg takut bayang sendiri..
ReplyDeleteAlahai sarah... dah tua bangkapun tak reti nak berdikari lagi ke... celiklah mata wahai syukri, yang mana intan dan yang mana kaca.... betul dah kata mak dia dulu nak kan anak dia kahwin dgn orang kaya rupanya sebegitu perangai si sarah.. Puan Noriza terus terang je lah dgn syukri tu apa yang telah mak sarah katakan dulu pada mereka biar si sukri tu sedar diri.. Nuri merupakan permata yang tiada tandingan nilainya nak di buang, malang lah nasib syukri.. Masa masih ada untuk memperbaiki keadaan, buka mata, buka minda dan buka hati..
ReplyDelete