~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 24 August 2012

Bab 3. Jangan ada rahsia



Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Melihat reaksi bondanya Raihana menjadi buntu. Tiada jalan lain lagi, dia sendiri akan bertemu dengan Tengku Faizal..meminta agar tali pertungangan dia dan anaknya diputuskan. Dia nekad kepejabat Tengku Faizal..sebelum dia pulang semula ke Pulau Pinang. Dia berjumpa setiausha Tengku Faizal setelah memperkenalkan diri, dia dibawa berjumpa dengan Tengku Faizal.

“Ahhh.. Hana masuklah..apa khabar” Ramah Tengku Faizal mempersilakan bakal menantunya masuk.
Setelah Tengku Raihana duduk dihadapanya..

“apa mimpi Hana jumpa uncle ni.”

“Tak ada mimpi apa pun uncle..tapi Hana nak bincang sekejap dengan uncle..kalau uncle ada masa.”

“Ada pulak tak ada masa nak cakap dengan bakal menantu..tentulah ada, lama pun tak apa.” Tengku Faizal semenganya sangat mengharapkan Tengku Raihana menjadi menatunya. Orangnya lemah lembut, cantik, pandai berdikari dan yang paling penting tidak manja walaupun dia anak tunggal. Dia kelihatan lebih matang dari usianya. Pada fikiranya entah apalah yang dipandang oleh anak lelakinya yang masih mencari gadis lain sedangkan dia sudah ditunangkan dengan seorang gadis yang cukup sempurna dimata Tengku Faizal.

“Cakaplah jangan malu dengan uncle ni..tak lama lagi pun kita dah jadi keluarga”Begitu tinggi harapan Tengku Faizal.

“Uncle..Hana rasa..Hana tak dapat nak teruskan perkahwinan Hana dengan abang Faris.”

“Sebab apa Hana?..ada ke sebab Hana dengar yang Faris dah kahwin kat luar negara” Raihana hanya membisu memandang meja dihadapannya..Tengku Faizal menyambung lagi kata-katanya..

“Kalau yang tu Hana jangan bimbang..tak lama lagi mereka akan bercerai..Faris sendiri yang cakap dengan uncle..Faris ada balik ni..Hana nak jumpa dia tanya dia sendiri..uncle call dia ye.”

“Jadi memang betullah dia dah kahwin kat luar negara?”

“Betul..jadi Hana tak tahulah yang Faris dah nikah kat luar negara selama ni?”

“Tahu tapi..Hana tak percaya cakap orang.. sekarang uncle dah cakap sendiri Hana percayalah”

“Kalau macam tu ..percaya pada uncle.. sekarang ni dia dalam proses nak bercerai..jadi Hana jangan bimbang”

“Walaupun mereka bercerai Hana tak akan teruskan juga perkahwinan ini, harap uncle faham..Hana tak kuat untuk menghadapi masa depan jika dengan Faris.”

“Kenapa pula macam tu uncle dan aunte kan ada, nanti kami cuba bantu Hana.” pujuk Tengku Faizal cuba meyakinkan gadis dihadapanya agar dia berkahwin dengan anaknya.

“Uncle..Hana ada terjumpa dengan Faris hari tu di Penang.”

“Ohh diam-diam dia jumpa Hana rupanya. Hari tu dia bagi tahu mummynya dia kata nak keluar dua tiga hari ..rupanya dia jumpa Hana” Tengku Faizal senyum mengusik.

“Tidak..dia datang bukan jumpa Hana dia jumpa kekasihnya yang satu Universiti dengan Hana..tak disangka terserempak pula dengan Hana masa tu..rasanya budak perempuan tu dah tahun akhir..mungkin akhir tahun ni uncle akan dapat menantu lagi.”

“Hana kenal ke perempuan tu biar uncle jumpa dia..suruh tinggalkan Faris..entah-entah dia yang tak lepaskan Faris.”

“Hana kenal gitu-gitu saja dengan gadis tu…dia keturunan Cina campur India jadi wajah dia macam Melayu..lagi pun kata orang dia dulu satu sekolah menengah dengan Faris”.

“Nanti uncle cakap dengan Faris..supaya dia tinggalkan budak tu.”

“Uncle tak perlu buat macam tu.. mungkin itu cinta pertama Faris.. Hana tak mahu ganggu kebahagiaan dia.. yang sebenarnya Hana tak yakin nak hidup disisi Faris..Hana tak sanggup nak jadi menantu uncle.. Hanna lebih rela jadi anak angkat uncle saja. itupun kalau uncle sudi nak jadikan Hana ni anak angkat uncle.” Tengku Faizal memandang gadis dihadapanya dengan pandangan sedeh..dia sudah tidak dapat lagi meyakinkan gadis dihadapanya untuk dijadikan menantunya kerana sikap anaknya sendiri. Dia juga tahu sikap liar anaknya.

“Uncle..Hana jumpa uncle ni sebab Hana nak minta tolong, ibu Hanna sendiri tidak dapat memahami hati Hana..harap uncle faham bukan Hana hendak bersikap biadab dengan uncle.. Hana hormat uncle macam ayah Hanna sendiri.”

 Rupanya kegembiraan mereka semalam itu tidak lama. Bakal menantunya datang sendiri untuk memutuskan pertunanganya. Dia tidak juga menyalahkan Tengku Raihana. Tengku Faizal memandang kosong langkah gadis yang diharap menjadi menantunya itu pergi. Kemudian dia termenung sendirian dibiliknya dengan perasaan hampa.


Apa bila berita itu sampai kepengetahuan Tengku Khalidah dia mula naik angin dan menghalau anaknya.. dengan ugutan tidak akan lagi memberi wang untuk pengajiannya. Disebabkan Tengku Raihana memutuskan pertunaganya sendiri sekali gus memalukan bondanya dia dihalau dari rumah.

“Hana kenapa memandai-mandai memutuskan pertunangan dengan Faris tu.”

“Bonda..Hana tak sanggup nak kahwin dengan Faris tu dia tu kaki perempuan..semalam Hana jumpa dia kat Penang".

'Haa kan bagus tu diam-diam dia pergi jumpa Hana".

 "Dia datang bukan nak jumpa Hanna tapi dia jumpa kekasih dia, tak sangka pula dia terserempak dengan Hanna.Hanna tak sanggup ..girlfrend nya keliling pinggang.”

“Itu emak ayah dia boleh selesaikan..tugas utama Hana kahwin saja dengan dia, kalau dah kahwin nanti perangai dia boleh dikawal.”

“Tapi Hana tak sanggup, lagi pun sikit pun Hana tak rasa cintakan dia.”

“Dah jangan nak merepek..bonda dah berbincang dengan keluarga dia, diaorang pun dah setuju, hanya tinggal nak tentukan harinya saja akhir tahun ni.”

“Bonda!! Hana tak akan setuju.”

“Tidak..Hana kena dengar cakap bonda..ingat kalau Hana buat hal jangan balik lagi rumah ni..jangan cari bonda jika apa-apa berlaku.. segala duit saku Hana, bonda tak akan bagi lagi..ingat..jangan sampai Hana memalukan bonda dengan uncle Faizal” itulah ugutan Tengku Khalidah pada anak tunggalnya.


          Ketika minggu suai yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru tentang Universiti mereka Tengku Raihana telah berkenalan dengan seorang pelajar senior. Dia seorang pemuda yang sederhana dan bersopan. Dialah yang membantu Tengku Raihana menyesuaikan diri dipersekitaran universiti. Sikap pemuda itu yang ikhlas dan nampak bertanggungjawab membuatkan Tengku Raihana senang berkawan dengannya. Raihana menjadikan pemuda itu sebagai abang angkatnya.. namanya Ahmad Amin. Dia sudah ditahun tiga. Makin lama berkawan semakin terserlah sikap dan pendirian peribadi abang angkatnya. Seorang yang penyayang, penyabar dan mempunyai pegangan ugama yang kuat. Kepadanyalah Tengku Raihana menceritakankan masaalahnya, meminta pandangan dan nasihat.

             Dari keikhlasan ketika berkawan dan tidak pernah mengabil kesempatan menyebabkan Tengku Raihana makin tertarik kepada keperibadian abang angkatnya. Lama-kelamaan mereka saling jatuh cinta. Sesekali Tengku Raihana mengikutinya pulang kekampung. Dia bukan sahaja tertarik kepada abang angkatnya sahaja malah dengan keluarganya sekali. Cara kehidupan mereka yang penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati walaupun mereka miskin harta, tetapi kaya dengan keharmonian.
Tengku Raihana sering membandingkan cara bondanya berbicara dengan cara kedua ibu bapa abang angkatnya berbicara. Pada pandangan matanya kedua ibu dan bapa Ahmad Amin seorang yang penyanyang, menghormati dan selalu mementingkan perasaan orang lain. Mereka sangat menyayangi anak mereka Ahmnd Amin mungkin kerana hanya dia seorang anaknya. Tetapi jika dibandingkan dengan dirinya dan Ahmad Amin mereka sama saja. Kadang-kala dia merasakan bondanya tidak menyayangi dirinya. Dia juga merupakan anak tunggal kepada Tengku Khalidah mengapa bondanya jarang berkata lembut dan memberi sedikit kemanjaan kepada dirinya. Dia hanya mahukan sedikit kelembutan dan tolak ansur, agar dia merasa dirinya dikasihi dan disayangi oleh bondanya.

Kembalinya anaknya dari Pulau Pinang Tengku Faizal sendiri bertanya kepada anaknya. Dia ingin tahu sendiri apakah pendirian anaknya tentang pertunagannya.

“Faris duduk sini kejap daddy nak tanya.”

“Ada apa daddy..”

“Faris kePulau Pinang jumpa siapa?..cakap terus terang dengan daddy.”

“Mana daddy tahu Faris pergi Penang?”

“Cakap..jangan nak berdalih.” tegas bunya suara daddy. Dia tidak pernah mendengar suara daddynya setegas itu. Mendengar suara tinggi suaminya Tengku Faridah menghampiri mereka yang duduk diruang tamu. Dia hanya berdiri mendengar apa yang sedang diperkatakan oleh suami dan anaknya.

“Ini mesti Hana yang bagi tahu..Faris tak suka perempuan yang macam tu ..perempuan yang tahu hanya nak mengongkong..belum lagi jadi suami dia dan pandai nak mengonkong.”

“Jadi betullah Faris jumpa kekasih Faris kat sana ..bukan jumpa Hana?”

“Faris benci perempuan yang suka mengadu..sikit-sikit mengadu.. Faris bencilah..Faris rasa Faris tak sesuai dengan perempuan yang macam Hana..perempuan yang suka mengonkong..nanti kalau dah kahwin dia kurung pula Faris tak kasi keluar.”

“Jangan salahkan orang tenguk dulu diri kita sendiri..jika perangai kita sendiri tak dapat menyakinkan seseorang itu bahagia dengan kita, macam mana dia nak hidup serumah tangga dengan kita.” Tengku Faridah menyampuk kata-kata anaknya.

“Habis Faris kena ikut sajalah cakap dia..mommy tenguklah ni belum lagi kahwin dia dah nak control..mommy suka ke Faris yang lelaki ni kena queen control.”

“Oueen control konon…tak tentu lagi Hana nak kahwin dengan Faris dengan perangai Faris yang perempuan keliling pinggang” tambah Tengku Faridah, Faris hanya menundukkan kepalanya sahaja.
Kemudian terdengar suara Tengku Faizal perlahan.

“Hana dah putuskan pertunagan dia dengan kamu, jadi… suka hati Farislah nak buat macam mana dengan hidup Faris lepas ni, daddy dah tak mahu ambil tahu lagi”. Tengku Faizal sangat kecewa dengan sikap anaknya sendiri.

            Itulah sikap anaknya seorang pemuda yang suka berfoya-foya dan ramai teman wanita. Seringkali Tengku Faizal tertanya dimanakah silap didikannya. Anaknya yang hanya seorang itu menjadi kurang bertanggungjawab..hanya suka berhibur sahaja. Mungkin kerana limpahan kemewahan yang diberikan. Untuk dia menyesal rasanya sudah terlambat kerana ‘rebung kini sudah pun menjadi buluh terlalu sukar untuk dilentur’.

“Bila dia putuskan pertunanganya..semalamkan kak Engku kata ok.” 

“Pagi tadi dia datang office abang…dia kata dia tak yakin hidup disisi Faris dia nak putuskan pertunangan. Abang rasa dia minta tolong emaknya tapi emak tak mahu tolong agaknya, itu yang dia datang jumpa abang kat office minta tolong..Entahlah Idah, Hana tu baik budaknya, abang sayang nak lepas kan dia pergi..tapi tulah.. Idah tengoklah perangai anak kita..yang kat luar negeri tu isteri dia kat sini kekasih dia.”Tengku Faridah ingin kepastian dari suaminya, dia berharap apa yang didengar tidak sama dengan kenyataan.  tetapi setelah mendengar penjelasan dari suaminya sendiri dia merasa sungguh  kecewa.

“Entahlah bang kadang-kadang Ida malu dengan perangai anak kita ni..kekasihnya orang lain..bertunang dengan orang lain.. yang jadi isteri pula orang lain, apa nak jadi dengan kamu ni Faris” Faris hanya diam mendengar perbualan kedua daddy dan mommynya.

Setelah habis cutinya Tengku Faris pulang semula ke UK seorang diri untuk meneruskan pelajarannyan. Dia meninggalkan anaknya dibawah jagaan daddy dan mommynya. Sejak hari itu tinggallah Tengku Farid Izuddin di Malaysia di bawah asuhan datuk dan neneknya. Jika dikira tidak sampai setahun sahaja lagi Tengku Faris akan menamatkan pelajaranya. Tetapi setelah habis belajar dia tidak pulang keMalaysia dia mencari pekerjaan disana. Tengku Faizal suami isteri terpaksa merelakan anaknya yang seorang itu mencari kehidupannya sendiri.

         Tengku Farid Izuddin diberi penuh kasih sayang oleh datuk dan neneknya. Tidak lupa juga Tengku Faizal memberi didikan ugamayang secukupnya kepada cucunya. Seperti kanak-kanak lain, Tengku Farid di ajar mengaji dan bersolat sebaik sahaja dia boleh menerima pelajaran. Pada waktu kecilnya pula, dia merupakan seorang cucu yang patuh pada arahan datuknya, Dia seorang cucu yang tidak banyak kerenah. Dari sekolah rendah hingga kesekolah menengah dia tidak mempunyai apa-apa masaalah displin.

      Setelah mendapat keputusan SPMnya Tengku Faizal menghantarnya belajar keluar negera. Tujuan datuknya supaya dia akan lebih bersedia untuk mewarisi perniagaannya kelak. Dengan adanya bahasa Inggeris yang mantap tentulah cucunya itu dapat berurusan dengan berbagai bangsa dengan lebih yakin. Pada Tengku Faizal cucunya sudah dia ajar dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi. Sudah diajar sembahyang lima waktu  Dengan ilmu itu Tengku Faizal yakin cucunya dapat menangkis segala pengaruh kehidupan bebas anak-anak muda yang dilihatnya.

                Namun setelah habis belajar dan pulang ketanahair perangai Tengku Farid mula berubah. Pergaulannya yang agak bebas. Mungkin terpengaruh dengan kehidupan papanya yang berada diluar negara. Ketika belajar diluar negara seringkali Tengku Farid kerumah papanya ketika cuti hujung minggu. Betul juga kata perpatah ‘jika bapanya borek tentu anaknya rintik’. Untuk Tengku Faizal menyesal juga sudah terlambat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dia akan mencari cara lain untuk membentuk peribadi cucunya semula. Hanya satu caranya untuk membentuk cucunya semula yaitu mengahwinkan cucu tunggalnya. Agar dia lebih bertanggungjawab. Tetapi harus mencari seorang wanita yang ada pengangan ugama dan seorang wanita yang sabar. Sabar dengan kerenah cucunya. Dari pandangan matanya tidak lain, adalah cucu sahabat baiknya Tengku Khalidah yaitu NurJannah. Tengku Faizal mengharapkan perkahwinan itu dapat membentuk cucunya yang mula liar.




No comments:

Post a Comment