Telekung
bersulam dari seberang,
Hadiah
buat sidara sunti,
Jangan
mengharap tuahnya orang,
Sampai
ketika susah sendiri.
“Tak pernah aku doakan kau sampai macam tu..aku
doakan kau bahagia ada pasangan dan beranak pinak..tapi kalau dengan jiran kau
tu aku tak tahu macam mana nak tolong kau lah Han, sebab aku tak kenal dia..kalau
dengan orang lain kau nak tak?..kat sini pun ada juga yang minat kat kau”.
“Haah!! Siapa yang minat kat akuLan?? ..cakaplah
cepat.” Tertegak duduk Farhan terperanjat bila Arief Edlan mengatakan di tempat kerja mereka ada
yang meminati dirinya.
“House men ni..namanya Sharifah Nur Amalina
keturunan Syed tau.”
“Yang mana satu..aku tak kenal pun.” Dengan dahi
berkerut-kerut Farhan mencari wajah diadalam kepalanya wanita yang disebut oleh
sahabatnya tadi.
“Dua bulan lepas dua kali dia masuk sini tanya pasal
ubat, masa tu giliran dia buat kerja kat wad O&G (Pakar sakit puan)..”
“Yang mana satu ni aku tak ingatlah Lan”.
“Itulah kau
kalau orang bercakap dengan kau..kau jarang yang ambil perhatian, masuk telinga
kiri keluar terlinga kanan lepas tu agaknya kau pejam mata...jalan pulak asyik
menunduk saja tak toleh kiri kanan. Mana kau nak kenal orang. Kalau ada yang
nak main mata pun buat sakit hati saja, bukannya kau pandang pun..kalau kau
pandang pun agaknya macam kau pandang tunggul kayu mati saja langsung tak ada
perasaan.”
“Habis macam mana kau kenal dia, kau ada cerita lain
ke disebalik kau nak kenal kan dia kat aku..kau jangan Lan, aku bagi tahu Su
kang baru padan muka kau”.
“Ehhh tak adanya aku nak buat kerja tak betul Han…Kebetulan
adik dia kawan dengan adik Su laah..dia pernah temankan adik dia pergi rumah
aku..itu yang dia kenal aku dan aku kenal dia tu..tulah lain kali buka mata tu
pandang orang..kau tu lelaki..”.
“Lan..walau pun kita ni lelaki ..tapi kita mesti
menjaga pandangan mata kita dari memandang yang bukan hak kita..betul
tak.” Itulah Farhan dia masih seperti
budak sekolah yang masih patuh dengan nasihat guru-gurunya.
“Han kita ni pandang dengan niat nak
kenal, bukan ada niat tak baik. Kalau kita tak pandang mana kita nak kenal
orang”.
“Ialah mula pandang lepas tu mulalah kita fikiran
kita kelain itu yang aku takut”.
“Kalau dah macam tu kau cakap, tak ada jalan lain dah..aku rasa kena campur
tangan ibu kau juga baru dapat kau kahwin. Kau cakap dengan ibu kau..gadis mana
yang kau nak, biar ibu kau urus kan termasuklah gadis MA tu. Ibu kaukan kenal dia dan keluarga dia...tapi sungguh-sungguh ke kau
dah jatuh hati pada dia? Kau tak nak cuba gadis lain dulu?”
“Kalau dengan gadis lain sama juga kan Lan.. aku
juga yang kena berkenalan dengan dia.. jadi biarlah aku cuba dia dulu,sementalah
aku dan dia pun dah kenal..hanya belum
biasa saja”.
“Cantik sangat ke budak tu, macam dah kau tetapkan
hati kau untuk dia Han..aku tahu kau ni seorang yang pemilih juga.. Saleha tu
dulu memang cantik dan sempurna untuk seorang wanita..itu yang kau sangkut
hati.”
“Kat mata aku yang tak ada pilihan ni cantiklah..tak
tahulah pulak kat mata kau, tapi kalau kau, tentu tak lawan dengan Suhaila yang
hitam manis tukan.” Farhan menutur merendah diri. Isteri Arief Edlan bernama Suhaila sememangnya cantik orangnya. Orangnya
hitam manis, kecil molek, berhidung mancung dan bermata galak. Orangnya peramah, periang dan suka berjenaka. Sesiapa yang berdampingan dengan akan rasa ceria
sepanjang masa.
“Emmm…tapi susah sangat kau nak rapat dengan dia,
aku nak tolong pun tak tahu macam mana nak bagi jalan. Han kalau kau
susah-susah sangat nak kenal dia apakata.. aku kenalkan saja dengan Sharifah
Nur Amalina doctor pelatih tu, aku rasa dia suka kat kau. Aku tenguk dia tu memang cantik orangnya. Dia ni kulitnya biasa-biasa
saja macam kita ni, tinggi lebih kurang
aku saja.. Keturunan Sharifah lagi…kau tak akan menyesallah Han”. Mula lah Arief
Edlan mempromosi seorang doctor muda
yang seakan berminat kepada Farhan.
Setelah mengenali Arief
Edlan dan dia mengetahui dia adalah sahabat rapat Farhan Nur Amalina mewakilkan
adiknya merisik peribadi Farhan melalui adik ipar Edlan. Semenjak dia terpandang Farhan ketika pertama
kali melapur diri hati gadis Nur Amalina di jentik suka. Dengan ketinggian 176
cm berbadan sederhana dan berkulit sawo matang, ditambah pula Farhan berkaca
mata menampatkan dia seorang jejaka yang nampak pintar. Boleh dikatakan Farhan termasuk didalam golongan jejaka yang
tampan wajahnya ada iras-iras Ustaz
Fauzi Mustafa model yang memperkenalkan Jus Tok Guru tetapi wajahnya agak
selamba, memang susah untuk melihat senyuman Farhan.
“Han.. Kau nak tahu Sharifah Nur Amalina tu anak ADUN tau, keretanya bertukar ganti, semalam
aku nampak dia pakai Volkswagen Beetle hijau,
pagi ni dia pakai PEAUGOUT 308 warna merah pulak. Dengar cerita keluarga dia ada syarikat
guaman sendiri. Memang Ayah dan emaknya dulu peguam.”
“Lan mana kau tahu semua ni..pandai-pandai saja semuanya kau tahu. Macam wartawan edisi
siasatlah kau ni.”
“Adik ipar aku satu kolej dengan adik dia UiTM
tu..itu yang aku tahu. Adik dia ambil
guaman sebab nak tolong emak dan abang dia yang menguruskan firma guaman
mereka. Asal mulanya ayah dia peguam juga tapi sekarang dah aktiv dalam politik
pula.”
“Kira dia tu lahir dalam keluarga peguamlah..tapi
kenapa dia jadi doctor pula?”
“Yang aku dibagi tahu dia tu digalakkan juga jadi
peguam juga oleh emak ayah dia, tapi dia tak minat jadi peguam dia lebih
berminat jadi doctor.”
“Ohh macam tu..kayalah keluarga dia tu”.
“Mau tak kaya, kau tahu Han adik dia yang tengah
belajar pun ayah dia belikan kereta
SAETRIA NEO GT. Kemudian dia baru saja
buat latihan doctor pun dah pakai PEAUGOUT 308. Kereta VOLKSWEAGEN
BETTLE yang dia pakai semalam tu ibunya
punya. Dia pakai sebab nak panaskan enjin kereta saja. Lagikan kata adik ipar
aku kat rumah dia berderet kereta mahal. Ada NISSAN MURANO sebiji dengan VOLVO SD 450
tau.. Ayah dia pakai BMW dan abang dia yang peguam tu pakai MERCEDES. Kau
tu..kerja dah dekat empat tahun baru dapat pakai SAGA FXL 1.6. Aku ni dah kahwin baru merasa pakai NISSAN
X-TRIL itu pun kongsi duit muka dengan isteri aku. ”.
“Emm
rezeki orang..kita tak boleh nak iri
hati”. Datar sahaja suara Farhan. Dia tidak berminat mendengar cerita
sahabatnya, tentang kekayaan seseorang untuk dikenakan dengan dirinya. Pada
Farhan jika dia ingin berharta biar dia
berusha dengan titik peluhnya sendiri.
“Ehh..Aku
bukan suruh kau iri hati, tapi aku nak kau bayangkan kalau kau dapat jadi
keluarga dia orang, senang kau nanti Han.
Manalah tahu sesekali bila mereka suruh kau panaskan injin kereta…kau pun boleh
bawak NISSAN MURANO pergi kerja masa tu bergaya kau Han..Aku yang sebetulnya
minat sungguh dengan Murano ni Han. Tapi syaratnya kau kena kahwin dengan anak
dia lah. Kata adik ipar aku lagikan Han..selain kereta, mereka dah dibelikan
seorang sebiji rumah. Tapi rumah tu akan dibelikan masa mereka kahwin kelak
sebagai hadiah perkahwinan. Itu janji ayah mereka. Kalau kau jadi menantu, kau
tinggal cuci kaki saja, rumah dah ada. Mungkin
kalau setakat kau minta belikan kereta Vios bila-bila masa pun boleh
dapat ..atau kau nak pakai kereta Nasional mintak sebiji INsPIRA ataupun PREEVE..
tak ke senang kau nanti Han”. Kelihatannya Edlan membayangkkan keseronokkan
bila menjadi menantu orang kaya.
“Lan kau tenguk aku ni perempuan ke lelaki?.”
“Ehh..Han kau ingat aku tak kenal kau ke? bertahun
kita kawan takan aku tak kenal kau.. tak mencabar langsung soalan kau tu..”
“Habis tu
kenapa harus aku yang mengharap
itu dan ini..sedangkan aku ni lelaki, lelaki yang sempurna yang ada kemampuan. Cuba kau fikir aku ke
yang harus meminta disediakan itu dan
ini..biasanya perempuan yang kita sediakan segala keperluan hidupnya bila dah
jadi isteri kita, ini terbalik pulak. Kau suruh aku jadi lelaki yang macam
mana? apalah kau ni Lan. Pada aku biar hanya SAGA FLX sahaja tapi aku beli
dengan duit aku sendiri tau. Aku tak minta sikit pun duit ayah aku.”
“Alah, apa salahnya..kita meminta pada yang mampu
memberi, sementara dia sayang kau.. kau
mintalah.”
“Banyaklah kau punya sayang ..kau punya mampu..lepas
tu aku jadi kerbau kena cucuk hidung. Atau pun bila sesuatu terjadi ..dia tolak
aku sehelai sepinggang. Nauzubillah..minta dijauhkan Lan.”
“Han kau ni tolak tuahlah.”
“Tak apa lah Lan tuah yang ini aku tolak, mungkin
ada tuah yang lebih baik lagi sedang menanti aku.Lan yang sebetulnya, aku kesian dengan keluarga aku nanti. Ibu aku
tu buakannya orang terpelajar sekadar
SPM saja, jadi suri sepenuh masa pulak tu, aku takut dia kekok bergaul dengan
keluarga yang educated. Aku tak nak
susahkan ibu ayah aku bila sesekali nak jumpa besan, mereka tercanguk-canguk macam rusa masuk
kampong bila masuk rumah diaorang. Dan aku juga tak suka isteri aku tak suka
menjenguk ibu dan ayah aku kerana dia tak selesa duduk rumah aku yang hanya ada
tiga bilik tu. Aku nak cari isteri yang berpadan sama macam aku juga..aku ambil
kata bidalan Ukur baju dibadan
sendiri..biar sederhana tapi dia sesuai dengan kita dan kita juga sesuai dengan
dia dari segala segi.”. Sesekali Farhan mengeluarkan pendapatnya terkedu Edlan
mendengarnya..tetapi kata-kata sahabatnya ada kebenaranya.
“Tapi adik ipar aku kata…keluarga dia ni baik mereka
tak pilih orang nak bergaul..dengan
orang biasa pun mereka layan macam biasa juga.Walau pun keluarga dia keturunan
Syed..Aku rasa emak dia pun keturunan
Sharifah juga.”
“Memanglah mereka macam biasa saja..tapi
kitalah..kitalah yang rasa tak selesa..biasanya kita yang biasa ni, kalau
bergaul dengan orang yang ada klass kita nak mengadakan klass juga, supaya
mereka selesa duduk disebelah kita..itu
kebiasaan orang kita Lan”.
“Kalau kau tak mahu yang doctor tu, ada sorang lagi
yang suka kat kau.Yang ni klass biasa-biasa saja macam kita.”
“Haaa?? Yang ni siapa pulak?..banyaknya peminat
aku yang aku tak tahu..hebat juga aku ni
kan Lan, kau tenguk muka aku ni handsome ke?..aku tak tahu pulak ramai juga
peminat aku, kalau aku jadi artis tentu
tak terlayan kan.” Jika dipandang dari mata kasar Farhan mempunyai ciri-ciri
lelaki yang disukai oleh kebanyakkan gadis. Berbatang tubuh setinggi 176cm,
berbadan sederhana, kulitnya kuning langsat. Ada misai nipis menghiasi atas bibirnya di dagunya pula ada sedikit
janggut yang berjaga rapi. Pandangan
matanya redup, bukan jenis lelaki yang bergelinjang bila melihat perempuan.
Itulah ciri Farhan dimata seorang
perempuan. Gambaran seorang lelaki yang setia pada seorang wanita.
“Kau ni baru dua
orang yang suka kat kau kau dah perasan. Lebih- lebih lah kau ni. Ni
yang malas aku nak bagi tahu ni.”
“Cakap lah Lan, nanti boleh aku pertimbangkan, mana
tahu kot sesuai pulak untuk aku meletakkan ‘cinta dan kasih aku’ yang tak laku-laku ni.” Ketawa lepas Edlan bila mendengar pengakuan
sahabatnya.
“Kau ni Han janganlah cakap macam tu pula..sedeh
hati aku ni.. yang sebenarnya aku kesian kat kau”..
“Sedeh konon tapi suka kau mengutuk aku kemudian ketawa terbahak-bahak macam tak ingat dunia.
Dah semua orang pandang kita”
“Aku rasa geli hati sangat dengan kenyataan
kau..cinta dan kasih kau yang tak laku tu..macam jual barang pulak..tapi sebetulnya
aku sedaya upaya nak tolong kau, aku
nyanyi tadi tu hanya nak ceriakan kau saja.. tak ada niat aku nak kenakan kau.
Sorry ye kalau kau terasa”.
“Tak adalah aku pun saja-saja aje..dah kau cakap aku
perasan handsome tadi.. cepatlah cerita siapa peminat aku yang satu lagi ni”.
“Emm..kalau kita tenguk dari segi uniformnya dia
ni jururawat. Orangnya cun..putih melepak,
aku tenguk dia ni peramah..kalau tak
salah nama dia Nur Atifah. Dah dua tiga kali aku ternampak dia pandang kau. Ada
dua tiga kali juga dia masuk tempat kita jumpa Lin… aku rasa dia tu suka kat
engkau, susah-susah pilih antara mereka Han..taklah susah kau nak tekcal ..memang
sah dia orang suka pada kau.”
“Lan..mana kau tahu nama dia dan suka pada aku??
Nanti aku syok sendiri pulak..”
“Alah dia tu kawan Lin..budak yang baru masuk tempat
kita tu..hari tu aku ajar dia sekalilah dia cakap budak tu nak kenal dengan kau
lepas tu aku tanyalah nama budak tu sekali”.
“Hsyy jangan kau buat lagi..nanti dia salah faham
pulak ..nanti kalau tahu dek Su habis kau”.
“Taklah Lin tu tahu aku dah kahwin dan dah ada
anak…aku tunjuk gambar Su dan anak aku kat dalam handfon aku”.
“Kalau yang ni aku kena berkenalan dengan dia juga
kan Lan”.
“Memanglah Han…takkan dia pulak yang terhegeh-hegeh
kat kau pulak…nanti aku tanyakan kat Lin..atau kau nak tenguk dulu budak tu”.
Kemudian Arief Edalan tertoleh-toleh disekelilingnya seperti
mencari seseorang.
“Aku dah pastikan dalam sebulan dua ni..kalau kita
makan kat sini dia ada.. seakan dia hendak menarik perhatiaan kau..itu yang aku
yakin dia suka kat kau nanti aku tunjukkan.. tapi hari tak ada pulak.. .Emm
hari dia tak ada lah… mungkin dia kerja petang , tu haaa Lin makan dengan orang
lain”. Kedengaran suara hampa Edlan bila orang yang hendak ditunjukkan kepada
Farhan tidak ditemui pula hari itu.Farhan hanya memerhtikan sahaja tingkah
sabahatnya. Didalam hatinya bersyukur kerana menemui kawan seperti Arief Edlan.
“Lan aku rasa tak payahlah..aku tak terfikir nak
kawan dengan dia..hati aku dah tetap..rasanya aku nak cuba dengan budak MA
jiran aku tu sajalah..kalau dah tak dapat nanti atau dia dah ada buah hati,
barulah kau carikan aku yang lain”.
“Kenapa Han kau belum tenguk budak tu kau dah tak
nak”.
“Entahlah Han..aku takut bila aku tak betul-betul
nanti orang tu kecewa pulak”.
“Ialah cuba kau kenal dulu..”
“Tak mahulah, aku tak suka nak bagi harapan kat
orang. Kalau aku jumpa dia ertinya aku dah bagi harapan kat orang sedangkan
hati aku harapkan orang lain.” Ohh sungguh jujur Farhan dalam perhubungan detik
hati Edlan.
No comments:
Post a Comment