Anak ikan berenag-renang,
Anak kucing dalam perahu,
Saya seorang terkenang-kenang,
Orang dikenang buat tak tahu.
Peristiwa menumpang motosikal telah dua minggu
berlalu.Tetapi masih belum ada lagi bicara mesra antara Farhan dan Fatin
seperti yang diharapkan oleh Farhan. Bagi Farhan dia sememangnya ingin
mengembangkan lagi hubungan itu, supaya ianya lebih bererti. Dia mengharapkan hubungan
itu berakhir dengan sesuatu yang
bahagia. Dia ingin mencari titik noktah itulah cintanya. Itulah tujuan
lakonan ibu dan dirinya tempuhhari. Tetapi dia tidak tahu apa yang sepatutnya
dilakukan untuk tindakkan selajutnya.
Tindakkan yang akan yang akan merapatkan
dirinya kepada Fatin. Tindakkan yang akan memesrakan mereka berdua. Dia
tercari-cari jalan cerita seterusnya. Dia tidak tahu dan buntu sebenarnya.
Tidak ada tempat lain dia hendak mengadu untuk dia meluahkan keresahan
hatinya. Seperti kebiasaan sahabat baiknya
Arief Edlalah tempat bagi Farhan meluahkan masaalahnya. Itulah satu-satunya sahabatnya
untuk Farhan berkongsi cerita suka dan duka. Satu-satu sahabat yang tahu cerita
dirinya luar dan dalam. Kebetulan pula Arief Edalan sememangnya seorang sahabat
yang suka sangat menyebuk dengan hal Farhan. Farhan apa lah lagi bagai orang mengantuk disurungkan bantal
tidak payah dia bersusah payah memikirkan bagaimana hendak bertanya tentang
keresahan hatinya kepada Edlan…
“Han
apa cerita kau dengan budak tu..ada apa-apa perkembangan ke?, jangan kau
terlupa nak update dengan aku pulak kalau ada cerita baru antara kau dengan dia
tu ye”. Kadangkala Edlan merasa lucu
bila difikirkan sahabat baiknya sedang memancing anak dara orang, untuk
dijadikan penawar rindu hatinya hingga melibatkan ibunya. Tetapi bila
difikirkan dia kasihan pula dengan
kelemahan yang ada pada diri Farhan..dia seorang yang pemdiam dan pemalu.
“Tak
ada apa-apalah Lan….aku nak buat macammana, supaya dia nampak aku suka kat dia..Lan.”
wajah Farhan nampak lemah dan mendung. Kelihatanya dia tidak bersemangat.
“Sejak
peristiwa kau tumpang motor dia..takkan tak ada cerita menarik lagi Han?.”Edlan
agak terkejut dan memandang tepat wajah sahabatnya yang kelat.
Sebenarnya dia cuba merisik kisah sahabat baiknya itu
kalau-kalau ada cerita terbaru, rupanya hampa. Kalau orang lain mungkin sudah
dua atau tiga kali keluar makan minum bersama. Sudah duduk disatu motosikal
yang sama takkan tiada kisah yang boleh melanjutkan lagi ceritanya.. kalau
tidak berjumpa tentulah mereka sudah galak bertelefon atau berSMS…bertanya khabar
atau bercerita tentang diri masing-masing. Tetapi Farhan lain pula kisahnya bagai tidak
mampu berkembang, tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Untuk
dua tiga hari ini pula wajah Farhan nampak mendung sahaja.
“Betul
tak ada Lan..kalau aku terjumpa dia, aku yang senyum dulu, barulah dia senyum.
Kalau aku buat-buat tak nampak, dia apa lagilah menonong saja..entah
dijelingnya aku ni entahkan tidak.” Kedengaran keluahan hampa Farhan. Pada
Edlan kisah Farhan sangat menarik..ada ke seorang lelaki meminta bantuan ibunya
untuk memikat seorang gadis. Untuk menjerat cintanya. Puan Fatimah pula seorang
ibu yang sangat memahami. Beruntung Farhan mempunyai ibu seperti itu.
“Memang
macam tulah Han, takkan dia yang nak mulakan dulu, diakan gadis Melayu … gadis yang
penuh dengan adat sopan, penyantun dan tebal dengan sifat pemalu. Apa-apa hal kau kena
mulakan dulu..kau tu lelaki kau kena buang sikit sifat malu kau tu”. Nasihat
Edlan tulus.
“Aku
nak buat macam mana?…cuba kau bagi aku jalan..aku ni bab-bab macam ni susah
sikit lah Lan..aku tak pandai”. Farhan mengakui kelemahan dirinya. Dia meminta
tunjuk ajar dari sahabatnya.
“Kau
buat macam ni..” Edlan merapati Farhan dan berkata perlahan agar tidak
didengari oleh kawan-kawan disekeliling, takut nanti Farhan malu pula jika
perbualan mereka didengari oleh mereka. Dia cuba mengajar bagaimana Farhan
harus bertindak.
“…kalau
kau terjumpa dia tu cubalah sapa-sapa dia, kemudian ajak dia berbual.. cerita-cerita
atau tanya dia baru sampai ke, hari cuti nak pergi mana ke..atau dah minum
kebelum. Itulah cara cara orang bertanya”. Kadang-kadang Edlah rasa tidak percaya
yang Farhan tidak tahu cara untuk memulakan perbualan pada seseorang. Walaupun
kadang-kadang soalan yang kita ajukan seperti soalan bodoh atau tidak
berkualiti tapi untuk memulakan cerita apa salahnya.
“…takkan
nak tanya macam tu..macam tak sesuai saja, macam tak relevan sahaja soalan tu.
Pasal cerita aku nak cerita apa kat dia?..takkan aku nak cerita sang kancil dengan
buaya kut.. nak cerita tentang wayang, aku pun tak pernah masuk panggung..nak cerita
filem dari ASTRO rumah aku tak ada Astro”. Terasa sungguh susah untuk Farhan
memulakan satu perhubungan. Selebihnya untuk
mencari cintanya.
“Hisyy..kau
ni Han..tak kan kau nak buka cerita sang kancil pulak itukan cerita budak-budak..kalau
anak aku Ezza tu bolehlah.” Tidak tahan Edlan mendengar apa yang keluar dari
mulut Farhan akhirnya ketawa besar Arief Edlah meletus juga. Sudahnya
orang-orang disekeliling mereka berpaling kearah mererka berdua dengan
pandangan hairan.
’Dah kau suruh aku cerita..apa salahnya
pulak kalau cerita sang kancil dengan buaya..dah tu dia gelak macam tak ingat
dunia pulak hsyy dia ni buat malu, orang pandang’. Gumam Farhan perlahan sambil menjeling sahabatnya yang
sedang mentertawakan dirinya mukanya pula dimasamkan. Hatinya jadi jengkel. Sememangnya
dia memang benar-benar tidak tahu untuk memulakan misinya, atau lebih tepat
blagi memulakan satu perbualan dengan seorang gadis.
“Oklah..oklah
aku tak gelakkan kau lagi. Han aku bagi cadangan ni..cubalah kau call ajak dia
pergi minum ke atau makan tengahari ke”.
“Aku
mana ada nombor dia”. Dengan dahi berkerut-kerut Farhan berterus terang. Dia
tidak terfikir sehingga mahu mengambil nombor telefon Fatin tempohhari.
“Haa!! Kenapa kau tak
minta nombor dia hari tu.” Bulat mata dan mulut Edlan, terkejut dengan tingkah
sahabatnya. Farhan hanya termangu melihat wajah sahabatnya yang terkejut seakan
dia memarahi dirinya pula, tetapi memang betul salah Farhan kerana lambat
beritndak..
“ Jangkanya lepas kau
tumpang dia hari tu kau mintalah nombor telefon dia..bagilah alasan…
nanti kalau kereta kau
meragam lagi kau boleh call dia nak minta tumpang… bagilah alasan macam tu.
Masa tu takkan dia tak bagi, lagi pun dia dah tahu kau jiran dia. Dah ada
nombor senang lah kau nak beramah mesra. Kalau ada masa free kau call lah dia. Mula-mula memanglah janggal tapi
kalau dah dua tiga kali call tentu banyak cerita Han…barulah ada kemesraan.” Pada
hemat Edlan susah sungguh hendak mengajar Farhan memikat gadis… semuanya dia tak tahu. Dia tidak tahu langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengekalkan perhubungan.‘Dahlah berat mulut yang nak dipikat pun berat mulut hai apa nak jadi
..’. Itu hanya keluhan Edlan didalam hatinya sahaja.
Dia teringat keadaan
abangnya baru bercinta dulu..telefon
sentiasa melekat ditelinga..sesekali dia mencuri dengar apakanh yang mereka
bualkan..rupanya segala aktiviti hari dilapurkan sehingga hendak masuk tandas
pun tidak terkecuali. Bil telefon ketika itu usah nak cerita. Mulalah ayah dan
ibunya membebel lalu menyegerakankan mereka berkahwin.
“Aku
tak terfikirlah pulak masa tu, tapi kalau aku minta masa tu, tak ke rasa aku ni
mengambil kesempatan. Aku malu pulak nanti dia kata aku nak jual minyak urat.”
“Laa
kau ni Han..Itukan dah memang kenyataannya.Memang kau nak jual minyak urat
apa..kalau tak kau tak dapat dia..Han..Han. Kau tu lelaki apa salahnya..kau memang
digalakkan mengurat seorag gadis untuk mengisi borang cinta kau yang masih
kosong tu. Haa kalau dia..memang patut menanti
jejaka yang sudi menghulur borang cinta untuk diisi..supaya tidaklah nanti
dia dikatakan seperti perigi mencari timba. Walaupun sekarang ni dah tak ada
perigi, semua orang dah ‘ado api dalam
kaco dan air dalam bosi’ di setiap rumah.”
Sempat lagi Edlan menyelitkan sedikit gurauan supaya sahabatnya tidak
terlalu tertekan.
“Tapi
aku malulah kalau dia perasan aku nak megurat dia.. Susahnya..dah dewasa macam
ni susah pulak rasanya nak teruskan hidup macam orang lain..nampak kau dah
kahwin dan ada anak, aku pun teringin juga, tentu kau bahagia denga Su kan Lan..balik
rumah ada isteri dan anak menanti..Tapi aku ni entahlah...Kau rasa ada tak
harapan aku dengan dia tu Lan..aku rasa macam dah buntu nak rapat dengan dia”. Hanya
soalan itu yang terkelur dari bibir Farhan. Keluhan demi keluhan keluar dari
mulut Farhan. Dia mengucapkan dengan lemah seperti orang yang putus asa dan
tidak berkeyakinan sahaja.
“InsyaAllah
ada..tapi kau kenalah usha sikit”. Jawab sahabatnya memberi semanagat agar
Farhan tidak cepat berputus asa.
“Kau
mesti ingat Han.. Kau tukan nak cari orang yang boleh bersama dengan kau dalam
suka dan duka..orang yang boleh bersama-sama kita pada bila-bila masa saja
kenalah usha yakinkan dia.” Tidak jemu-jemu Edlan memberi perangsang dan
semangat kepada sahabatnya. Agar dia tidak patah semangat untuk mencari tempat
dia menletakkan kasih dan cintanya, mencari Suri yang dapat menemani hidupnya…calon
isteri didunia sampai akhirat.
“Tapi
Han..betul ke kau nak jadikan dia tu bakal orang rumah kau ataupun saja nak
jadikan kawan tapi mesra kat tempat kerja ni sahaja, ialah teman minum pagi dan
makan tengahhari…”. Edlan baru tersedar perbincangan mereka sudah terlalu jauh
sedangkan Farhan belum lagi mengenali gadis itu dengan sebenar-benarnya. Sudah
diputuskankah didalam hati sahabatnya ..yang gadis MA itu akan menjadi suri
hatinya suatu hari nanti.
“Kau
ni Lan setakat minum dan makan tengahari kat sini, aku lebih suka pergi dengan kau.
Aku ni memang dah berkenan dengan dia
tu..lagi pun buat apalah nak menjadikan dia tu teman tapi mesra, lebih baik aku
jadikan isteri terus. Ni nak kenal dia pun susah..lepas tu bila dah kenal kita tinggal macam tu saja, kan kerja bodoh tu
namanya. Prinsip aku satu saja Lan..kalau dengan perempuan bukan sahabat atau
kawan rapat namanya, kalau kawan ditempat kerja tak apa. Berkepit kehulu kehilir
teman makan teman minum ..itu sebenarnya megundang dosa.. Pada aku kalau dengan
perempuan yang tiada kaitan dengan aku, aku hanya akan bercakap atau bertanya kerana
hal kerja sahaja..lebih dari itu tidak digalakkan.”Itulah Farhan,dia
sememangnya jarang mahu berbual atau bergurau senda dengan rakan yang berlainan
gender. Kadang-kadang dalam satu hari suaranya tidak kedengaran walaupun hari
itu dia ada bekeja. Bertanya atau memberi arahan hanya pada yang perlu sahaja.
“Kalau
dah macam tu, apa kata kalau kau terserempak..kau ajak dia pergi minum
..cakaplah kau nak belanja dia sebab nak ucapkan terima kasih tumpangkan kau
naik motor dia hari tu, nanti masa kau duduk sama-sama tu jangan lupa tanya
tentang diri dia ..dah berpunya kebelum..nak lagi bagus dan kalau kau tak rasa
malu kau tanya sekali kalau dia sudi terima dirikau jadi teman istimewa dia.
Haa kalau kau takut terlupa, tulis apa yang aku cakap ni… cepat”. Edlan memberi
arahan tegas kepada sahabat yang dihadapanya. Begitu terperinci Edlan mengajar
sahabatnya, siap, suruh ditulis apa yang diperkatakan tadi...
“Kau
ni Lan..aku taklah sampai macam tu..aku boleh tapi hanya aku tak tahu sahaja”.
“Ialah
mana tahu kalau kau rasa gugup pula bila berdepan dengan dia..terus terlupa apa
yang nak kau tanya.” Edlan terpaksa menyatakan tindakkan selanjutnya agar
Farhan tahu untuk mengatur rancangan jika dia berjaya membawa Fatin pergi minum
atau makan nanti. Tetapi rasa lucu pula bila membayangkan Farhan mengeluarkan
nota kecil bila berhadapan dengan sigadis nanti. Seperti wartawan yang hendak menyoal
siat pula. Takut-takut Fatin cabut lagi kerana salah faham…Farhan mahu menyoal
selidik dirinya..
============================================================
Pada suatu pagi Farhan terserempak Fatin diparking
motosikal. Dia cuba mengambil kesempatan cadangan dan nasihat yang diberikan
oleh sahabatnya tempuhhari.. Farhan memberanikan diri untuk mengajak Fatin
minum pagi hari itu..
“Assalamualaikum..rasanya
lama kita tak jumpa ye, kenapa sekarang ni abang tak nampak kakak parking motor
kat sini.”
“Waalaikumsalam..sekarang
ni saya datang awal kerana hantar adik pergi sekolah, lepas tu saya parking kat
sebelah hujung tu.” Kebetulan pula Farhan keluar awal dari biasa tadi. Kini
harinya seperti sepi..oleh kerana bosan dirumah, dia ketempat kerjanya lebih
awal dari biasa.
“Selama
ni adik pergi sekolah naik apa?.”
“Biasanya
adik tumpang ayah dan ibu naik kereta..tapi masa ni ayah dan ibu pergi kursus
dan tinggal kat sana selama seminggu lebih..itu yang saya kena hantar adik dulu.”
“Kalau
macam tu..bagilah adik pakai motor, kakak tumpang kereta abang kita pergi kerja
sama-sama”.
“Ehh
tak apalah.. ayah dan ibu dah balik..mereka dah habis kursus tapi mereka masih
bercuti sehari.”.
‘Asyik terlepas peluang saja aku
ni..nak kena mandi bunga ke’’ detik hati Farhan yang kecewa mendengar jawapan gadis pujaan.
“Ohh..macam
tu pulak..kakak rehat nanti pukul berapa?.”
“Entahlah kitaorang rehat kena ganti-ganti
entah yang first atau yang second..kenapa?”
“Kita
pergi minum sama hari ni abang nak belanja kakak…sebab nak ucapkan terima kasih
tumpang kan abang hari tu.”
“Terima
kasihlah. Saya tumpangkan haritu tu ikhlas, tak payahlah nak balas..lagipun saya dah bawa bekal sampai makan tengahari.”
“Kalau
tak boleh hari ni besok boleh ?”
“Sebetulnya
saya hari-hari bawa bekal ..sebab ibu dah masak pagi dia suruh saya bawa
bekal”.
“Ohh
macam tu” Hampa..hampa berganda hati Farhan bila mendengar jawapan Fatin.Terdetik
dihati Farhan ‘Macam manalah aku nak rapat dengan anak dara haji Rasid ni..ya Allah
tunjukkanlah jalanya..aku mengharap pertolongan dariMu ya Allah’.
Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa ajakkanya
ditolak, kini tiada lagi perkembangan tentang perhubungan mereka. Hatinya yang
resah terlihat di wajahnya keruh. Hatinya buntu untuk mencari langkah
seterusnya. Harapannya yang tinggi mengunug juga mula menyusut dah nak jadi macam
anak bukit sahaja. Adakah harapanya untuk dia merapati gadis pujaanya sekarang
ini. Itulah pertanyanaan yang sering berligar dikepalanya.Cemas hatinya jika
perkenalan itu akan semakin hari semakin hambar dan akhirnya lenyap begitu
sahaja, sedangkan dia sangat mengharapkan hubungan itu untuk menuju bahagia dimasa
hadapan.
“Kenapa
Han macam tak ceria saja aku tenguk..tak dapat jumpa buah hati ke?.”
“Bukan
tak jumpa..aku jumpa tadi, tapi dia macam nak menjauhkan diri saja..aku perasan
sejak aku ajak dia minum dengan aku hari tu, dia macam nak mengelak saja dari
aku, kalau dulu 5 atau 10 minit sebelum 730 pagi aku nampak dia sampai, tapi
sekarang ni tak ada pulak, pukul berapa agaknya dia datang kerja. Aku
jengah-jengah juga kat parking motor tapi motornya pun tak ada..” Dalam diam rupanya Farhan sampai awal
dari biasa kerana dia menunggu Fatin diparking keretanya.
“Entah-entah
dia dah masuk syift kot..itu yang tak jumpa tu”.
“Tak
juga hari tu aku ada tanya dia..dia akan kerja waktu pejabat dalam dua atau
tiga bulan ni. Rupanya dia baru habis kursus.Itu sebabnya dia kena ikut senior dulu
sebelum betul-betul mahir nak buat kerja sendiri.”
“Kalau
macam tu bila terserempak lagi cubalah kau tanya kenapa dia macam tu..entah-entah
dia dah ada pakwe kot..itu yang dia nak jauhkan diri dari kau”. Betapa
kecewanya hati Farhan mendengar jawapan sahabatnya. Sedih hatinya. Bertambah
lagi rasa dihatinya. Hampa dan sedih hu..hu..hu wajahnya makin mendung..
“Entahlah
Lan aku pun tak tau..nak tanya hati dia dah berpunya ke belum pun tak ada
peluang ..aku ni macam bertepuk sebelah tangan sajalah Lan.. macam ni haa.. aku
suka kan dia bagai nak rak dia pulak macam nak jauhkan diri dari aku pulak..
nak saja aku tanya dia, kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi”.
“kalau
sudi kata sudi tidaklah kau ternanti-nanti” sambung Edlan, kerana pantun empat
kerat sahabatnya tadi hanya tergantung tiada penamatnya. Dia sedeh melihat
wajah muram sahabatnya yang didepan mata. Kemudian dia menyambung untuk memberi
semagat agar sahabatnya tidak berputus asa…
“Sabarlah
Han, kalau ada jodoh kau dengan dia tak kemana. Berserah dan berdoalah pada
yang Maha Berkuasa..buatlah solat hajat banyak-banyak kita berserah pada yang
Maha Berkuasa agar hatinya terbuka untuk engkau”.
“Aku
dah buat Lan. Aku tahu juga bab hati dan perasaan hanya Allah yang pengang
kuncinya.”
“Kalau
macam tu tunggu saja..InsyaAllah. Kau pegang satu kalau dia baik untuk kau pada
masa sekarang dan masa akan datang tentu Allah akan lorongkan untuk kau. Tapi
kalau sebaliknya kau harus redha, sebab Allah yang tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hambanya. Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Dia akan mendengar
permintaan kau..berserah sajalah Han.” Lapang sedikit dada Farhan mendengar
nasihat sahabatnya.
Rasanya tajuk ni tak berapa menarik..kalau sudi berkongsi cadangkanlah satu tajuk yang nampak menarik..kalau mat teh nak bagi tajuk GADIS DUA BODYGUARD. ok tak.
No comments:
Post a Comment