~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 31 January 2015

Nur Hidayah 13





p/s: ingatkan tak dapat post malam ni..siap sahaja mak teh terus post..

Entah mengapa godaan Syakira dan Ane tidak menjadi malam itu. Akhirnya di awal malam Tengku Faris sudah pulang ke rumah. Dia tidak menghiraukan rengekkan manja Syakira dan Ane yang mahu mereka dibelai dan membelai.

            Ketika Tengku Faris membuka pintu, kemunculan mengejutkan kedua daddy dan mommya yang masih duduk bersantai diruang keluarga.Tengku Faris duduk sebentar menyertai mereka yang sedang menonton television.Dia duduk disebelah daddynya.Dan yang pasti bagi dua ibu bapanya dia tidak mabuk malam itu.Tidak lama dia menyertai daddy dan mummynya diruang tamu Tengku Faris meminta diri. Dia mahu melayani apa yang terlayar dimindanya. Melayani  wajah polos Nur Hidayah.

“Ris nak naik dulu, Ris nak tidur lah mummy..esok nak kerja”. Dengan ucapan itu tertegak macam kepala burung wak-wak Tengku Faizal suami isteri.Tengku Faris yang meneruskan misinya berjalan menaiki tangga diiringin dengan pandagan mata dua suami isteri warga emas disofa tempat mereka beristirehat.

“Bang!! Abang dengar tak apa yang Faris kata tadi… dia nak pergi kerja esok..ke  Idah yang tersalah dengar”.

“Abang baru nak tanya Ida..takut abang yang salah dengar”. Dua suami isteri ketawa kecil dengan kelucuan yang menjentik hati tapi yang sebenarnya mereka gembira terlalu gembira mendengar perkataan anaknya yang sememangnya sudah terlalu lama mereka nantikan. Hati meraka sama-sama mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH.. Kesyukuran dipanjatkan kepada yang Mengasihani.  Akhirnya termakbul juga apa yang mereka doakan selama ini. Dek kerana terlalu gembira terkeluar juga apa yang bergema dihati mereka

“Alhamdulillah”.Serentak Tengku Faizal suami isteri mengucapkan diatas perubahan anaknya.

“Hendaknya berkekalanlah sikap anak kita ya bang”. Itulah yang keluar dari mulut Tengku Faridah melihat perubahan mendadak anaknya.Tubir matanya basah lagi, kini dia sudah teresak dibahu suaminya.

“In Syaa Allah jangan putus berdoa, agar dia tetap macam tu hingga keakhirnya.. Abang akan duduk rumah temankan Ida, kalau Faris kerja tolong Farid. Berdoalah ye..”. sambil menepuk-nepuk belakang tangan isterinya berkata pada isterinya yang menangis kegembiraan dibahunya.

“terimakasih bang..ada niat abang nak temankan Ida. Dah lama sangat Ida harapkan abang berehat dari kerja dan dapat temankan Ida berbual kat rumah ni”.

Didalam bilik setelah selesai mandi Tengku Faris berbaring di katilnya. Bibirnya asyik tersenyum. Entah mengapa bibir tidak boleh surut dari tersenyum bila membayangkan wajah ayu Nur Hidayah. Kemudian hatinya berkata-kata menyoal dirinya sendiri.
‘Tidak terlalu tuakah dirinya   jika dia bergandingan dengan Nur Hidayah.. mahukah Nur Hidayah kepadanya yang sudah berumur sebaya dengan ayahnya..kalau dilihat dari wajahnya rasanya umur Nur Hidayah mungkin lebih muda dari Tengku Farid..(namun ada perkataan angkuh terselit dihujung aganannya)…tak jadi masaalah jika duit ada’.

Tengku Faris berkira-kira sendirian.Detik hatinya mahu mengambil Nur Hidayah sebagai penemanya. Tidak kiralah hanya untuk dijadikan teman wanita jika  Nur Hidayah tidak mahu menjadikan dia suami. Manalah tahu Nur Hidayah tidak mahu bersuami tua. Jika sebagai suami dia tidak mahu dan sebagai teman wanita juga tidak mahu, dia akan menggunakan duitnya pula menjerat hati gadis Nur Hidayah. Dengan kata lain dia akan berusha bersungguh-sungguh Nur Hidayah agar jatuh kepangkuanya. Dalam berangan dan berkira-kira akhirnya Tengku Faris terlena dalam senyuman.

Tengku Faris kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Pagi itu seperti biasa mommynya mengejutkanya berulang kali namun tidak berjaya. Akhirnya Tengku Faizal ketempat kerja bersama pemandunya sahaja.

“Ida kalau Faris nak pergi kerja pakai saja BMW tu. Kereta dia tu rasanya hari ni sampai. Tapi kalau dia malas nak memandu panggil sahaja Razali, abang pun tak pergi mana hari ni”. Kereta yang sedang ditempah oleh Tengku Faizal untuk anaknya sebuah kereta VOLKSWAGEN  JETTA, itu yang diminta oleh anaknya jika mereka  mahu dia pulang ketanah air. Demi ingin melihat anak didepan mata Tengku Faizal mengikuti semua kemahuanya. Sememangnya sedari dulu segala kemahuan Tengku Faris tidak pandai ditolak oleh mereka suami isteri. Dari kanak-kanak menjelang remaja mengikuti hingga kedewasa dan sehingga kini telah tua bangka mereka bergitu sukar untuk menolak permintaan anak nan seorang itu.

“Ialah bang..”.

Terasa begitu lama dia tidur ialah selalu dia tidur bila jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Jika orang yang mencari keredaan Allah pukul tiga pagi merupakan waktu yang sangat sesuai untuk mengadap dan bercinta dengan Penciptanya. Pukul tiga pagi adalah sepertiga malam watku-waktu seorang hamba yang mencari Cinta sang Penciptanya. Tapi Tengku Faris ketika itu baru pulang dari sarang maksiat, dalam keadaan mabuk pula. Masuk kebilik pun dia terpaksa dipimpin kalau tidak entah kemana jalanya. Sampai dibilik terus sahaja dia mengelunsur keatas katil..biar pun mulutnya tidak berhenti membebel namun entak apa yang dibebelkan, maklumlah orang yang sedang dikuasai oleh air syaitan tentulah dia sedang berbicara dengan sayitan juga agaknya. Ketika orang alim berzikir memuji dan mencari Rahmat Allah, dia pula menjauhkah Rahmat dan kasih Allah. Tetapi tidak pada hari itu, dia mula terlena semalam ketika jam baru menunjukkan pukul 12 tengah malam. Boleh dimasukkan kedalam buku Genius Book of World Record ni, bila Tengku Faris sudah diatas katil seperti kebiasaan orang-orang yang lain terlena.

Terjaga  sahaja dari tidurnya, tiba-tiba melintas pula bayangan wajah Nur Hidayah dimindanya. Sebab sudah diniatkan didalam hati, dia akan memulakan misinya hari itu. Apalah yang diniatkan..MAHU MENJERAT siGADIS POLOS. Sambil turun dari katilnya bibir Tengku Faris menyambung  senyum semalam. Dia membayangkan NurHidayah mungkin dalam gengamanya tidak lama lagi. Bila sigadis sudah digengamanya.. dia akan mengajar NurHidayah berhibur di kelab malam. Mahu mengajar Nur Hidayah bagaimana mahu menghias diri agar kelihatan seksi dan menarik. Biar bibir pucatnya merah menyala menimbulkan gairah sang lelaki untuk mengucupnya. Biar bodynya yang berbungkus diselak sedikit, untuk  menunjukkan aset wanitanya  yang menjadi idaman para lelaki, bila sudah terserlah meleleh air liur lelaki yang melihatnya. Tapi yang untung dia kerana dia peneroka pertama. Wahh otak kuning Tengku Faris mula bekerja membayangkan perkara-perkara yang akan dilalui bersama gadis yang bernama Nur Hidayah..

Tengku Faris begitu yakin dapat menundukkan gadis naïf seperti Nur Hidayah dengan senjatanya ampuhnya  KEMEWAHAN. Dan mulalah dia membayangkan Nur Hidayah akan cair dengan sekali hulur sahaja. Jika nasibnya baik tudung nya juga akan melayang, baju kurung longgarnya juga akan bertukar pada baju ketat dan singkat seperti baju yang tak cukup kain, baju yang dipaksa membalut badan. Ketika itu dia tak perlu lagi memerah otak untuk membayang kan lekuk dan ketak yang ada dibadan Nur Hidayah, semuanya akan jelas terhidang seperti sengaja ditayangkan.

Tengku Faris bergolot-golot (cepat yang tergesa-gesa mak teh cakap bergolot-golot)  menyiapkan diri bila dilihat jam di dinding biliknya sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Semalam rancangan awalnya mahu mengajak Nur Hidayah minum pagi bersama. Ni dah pukul Sembilan pagi, tentu sahaja Nur Hidayah sudah minum. Sudah terlepas satu peluangnya untuk hari itu. Tapi tak mengapa dia akan mencuba juga,  jika sudah minum dan masih kenyang.. dia akan  mencuba diwaktu makan tengahhari nanti. Itulah senarai langkah-lanmgkah oertama mahu menjerat Tengku faris. Tetapi jika di fikir-fikir mana ada orang menolak rezeki yang datang bergolek. Apatah lagi yang mengajak adalah anak tunggal  taukeh hotel itu sendiri. Bakal pewaris perniagaan Dato’ Tengku Faizal. Dahlah dapat makan dan minum percuma..ditemani pula oleh  orang yang sempurna  seperti dirinya ( kacak, kaya dan bergaya).Wahh Tengku Faris sudah perasan tentang dirinya yang hebat. Jangan lebih-lebih nanti jadi macam FIRUN pula yang bongkak dan tak sedar diri.

Hatinya begitu yakin jeratnya akan mengena tidak lama lagi ialah mana lah  ada wanita yang menolak ajakkan  bila melihat segak dirinya . Ditambah bila orang itu tahu siapa dia. Hari itu dia menenakan baju berjalur biru dan seluar slack biru tua. Rambutnya disisir rapi seperti biasa, biar nampak santai dan berkarisma.

 Bila melintas ruang tamu keluarganya  tiada orang disitu. Mungkin mommynya masih dibiliknya.Terus sahaja dia mencari kunci kereta. Dia memilih dan mengambil kunci kereta BMW, kemudian berjalan menuju pintu.  Dia menekan kunci kereta, berkelip-kelip lampu kereta pilihannya memandakan kuncinya sudah dibuka. Diluar rumah dia ditegur oleh mommynya yang sedang membelek bunga ditaman mininya.

“Faris nak kemana tu?”. Sergah mommynya dari taman orkednya.

“Ris nak pergi kerja tolong daddy…mommy”.. Seakan mahu melompat Tengku Faridah bila mendengar jawapan dari anaknya.  Tetapi rasa keterlaluan pula, namun tampa sedar dia mencampakkan gunting  untuk menguting bunga ditangannya dan berlari mendapatkan anak dudanya. Dipeluknya dengan kemas dengan jujuran air mata gembira.

“Alhamdullilah, Alhamdulillah syukur mommy, Ris nak tolong daddy”.

“Apalah mommy ni, Ris nak pergi kerja pun mommy nak menangis”.

“Mommy bersyukur sangat Ris nak tolong daddy. Kita minum dulu. Sarapan.. bibik dah siapkan atas meja tu..jom kita minum sama, mommy pun belum minum lagi ni.” syukur Tengku Faridah kepada Allah yang telah mengubah sikap anaknya.

Bahagia Tengku Faridah dengan perubahan besar anakmya. Malam tadi pun pulangnya lebih awal dari kebiasaan dan tidak mabuk.  Pagi ini tampa dikejutkan dia bangun sendiri bertambah berperatus-peratus  markahnya kerana baru pukul 9.30 pagi diri sudah bersiap untuk ketempat kerja. Dan yang paling mengujakan dia ingin bekerja menolong daddynya pula. Rupanya memang benar apa yang diperkatakan oleh anaknya malam tadi.  Dia akan bekerja.

“Tak payah lah mommy,  Ris dah lambat ni dah dekat pukul sepuluh.Kerja apa kalau masuk kerja pun pukul sepuluh.” Tengku Faris memberi alasan. Makin makin laju air mata yang terjun dari tubir mata tetapi senyum Tengku Faridah makin lebar bila mendengar jawapan anaknya.

“Dahlah mommy janganlah menangis..mommy ni”.

“Ialah..ialah ..Itulah lain kali bangunlah cepat sikit ni mommy kejut dua tiga kali Ris tak nak bangun”. Tangan Tengku Faridah laju  mengesat air mata dipipi.

“Mommy ada kejutkan Ris ke pagi tadi, tak terasa pun. Oklah my..kalau esok mommy kejut Ris mesti bangun, Ris pergi dulu ye”.Tengku Faris sudah membuka pintu keretanya.  Dia mahu cepat, nanti terlepas pula waktu rehat pekerja pukul sepuluh pagi.

Sampai sahaja Tengku Faris di pejabat daddynya terus sajaha dia ke ruang kerja anaknya.. Tengku Farid. Hatinya tidak sabar mahu menyapa NurHidayah dan dia mahu memperlihatkan dirinya yang  segak bergaya.

Sambil berjalan masuk dia bersuara ramah kepada semua pekerja disitu..

“Hai good morning every one”.

“Good morning”..Sahut suara pekerja yang ada disitu sambil memanggungkan kepala mereka.Yang sebenarnya mereka semua tidak tahu mahu memanggil apa pada Tengku Faris. Mereka juga tidak begitu mengenali dirinya kerana dia lama  tinggal diluar negera hanya sesekali sahaja menjenguk daddynya jika dia pulang bercuti. Langkahnya terus sahaja ke meja Nur Hidayah. Sampai di meja Nur Hidayah..

“Good morning Hidayah..Tengku Farid dah sampai ke?”.

“Dia kata dia sampai lambat sikit”.

“Kalau macam tu jom kita minum. Dah nak waktu rehat ni”.

“Terima kasih Tengku saya dah minum”.

“Itu minum pagi tadi..ni dah pukul sepuluh tentu yang pagi tadi dah hadam dan you dah lapar lagi..jomlah I belanja you hari ni”.

“Terima kasih, saya hanya makan sekali sahaja sehari. Nanti sekali lagi saya makan waktu Magrib”. Kalau dijawab masih kenyang takut waktu makan tengahari dia datang lagi, jadi senang dirinya jika dia berterus terang. Tetapi tidak pada Tengku Faris..dia tidak akan cepat mengaku kalah..

“Kenapa macam tu..you diet atau you berjimat nak kumpul duit”.

“Kedua-duanya sekali Tengku”.

“Wahh hebatnya you, muda lagi dah pandai berjimat. Tapi hari ni tak apa, you nak makan apa ambil sahaja I yang belanja..jom lah. Jangan diet sangat, badan you dah cantik tu, kalau kurus sangat pun tak cantik juga jomlah.. rezeki jangan ditolaak”. bersunggh-sungguh Tengku Faris mempelawa Nur Hidayah untuk minum bersamanya. Sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.  Aksinya sungguh ramah dan periang dihidangkan pada gadis dihadapanya.  Aksi sebegitu sering dilakukan untuk menggoda gadis yang baru pertama kali disapa. Dengan aksi sebegitu biasanya para gadis menjadi selesa dan mesra kepadanya.  

“Maafkan saya Tengku, saya sebenarnya dah berjanji, saya akan makan waktu Magrib nanti..saya tak boleh mungkir janji”.  Mendengar ajakkan Tengku Faris yang bersungguh-sungguh tetapi ditolak secara halus oleh Nur Hidayah  sahabat disebalik partition rasa tidak sedap hati. Lalu dia tolong berterus terang bagi pihak Nur Hidayah. Sememangnya Nur Hidayah tidak akan berkata dia sedang berpuasa kepada orang yang tidak rapat dengannya. Walau bagai mana pun dia tidak akan  berbuka untuk memenuhi ajakkan orang.

“Dia puasa Tengku.. setiap hari Hidayah puasa”  Entah mengapa ayah kepada bos mereka seperti tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Nur Hdiayah. Jika lelaki lain sekali dua diberi alasan dia kan beredar.

Tengku Faris merenung Nur Hidayah atas bawah. Mengapa dia begitu tertarik dengan wajah yang dihadapanya. Makin di pandang makin cantik pula dimatanya. Hari ini seperti semalam Nur Hidayah berbaju kurung kuning pucat  dan bunganya mewarna ungu, begitu juga dengan tudungnya yang berwarna ungu pucat. Biar pun warna baju dan tudungnya agak pucat dan nampak sudah agak lama, namun tidak menjejaskan penampilannya.  Dia masih menarik dan tidak jemu untuk dipandang mata.

Tajam mata Tengku Faris merenung ..terlupa pula umurnya  dua kali ganda lebih tua dari gadis yang sedang ditenungnya.  Bila melihat dirinya ditengung dengan tenungan lama Nur Hidayah jadi tersipu-sipu. Tapi tersipu Nur Hidayah begitu comel dimata Tengku Faris..lalu terbit senyum dibibi maconya.

“Maaf kan saya Tengku, saya tak bermaksud saya nak mempermainkan Tengku tadi. Saya tak suka cakap saya puasa…” Belum habis kata-katanya sudah dipintas oleh Tengku Faris..

“Kenapa you tak cakap you puasa, puas lah I merayu emm. Esok jangan puasa tau. I nak ajak you dari munim pagi sampai makan malam ye”. Dengan berani Tengku Faris mengenyit mata pada sigadis yang mula menjentik rasa. Tetapi alangkah sayangnya, ketika mata dikenyit ketika itu juga Nur Hidayah menundukkan wajah..

“Maaf kan saya Tengku”. Huluran maaf seperti seorang pekerja yang melakukan kesalahan Nur Hidayah menundukkan wajah... dan tunduk kepala Nur Hidayah tidak diangkat sehingga Tengku Faris berlalu dari mejanya.

Sambil berjalan pergi dari meja Nur Hidayah Tengku Faris berfikir… Dia merasakan Nur Hidayah hanya mencari alasan sahaja.  Kerana hatinya yang tidak mahu mengalah.…Tengku Faris memusingkan badannya dan menghampiri meja Nur Hidayah semula.

“You puasa apa,  sekarang ni bukan bulan puasa”.

“Saja-saja puasa sunat hari Khamis, Tengku”.

“Selalu ke you puasa hari Khamis”.

“In Syaa Allah kalau tiada keuzuran”.

“Emm”..Sambil terangguk-anggukan kepalanya dan melangkah berat Tengku Faris beredar dari meja Nur Hidayah. Nampak longlai sahaja langkahnya tapi sememang nya dia sudah lapar sedari pagi perutnya belum berisi walaupun dengan secawan air. Pertama kali pelawaanya ditolak oleh seorang gadis dia rasa sungguh kecewa. Bagi Nur Hidayah bila dia dipandang oleh ayah bossnya, dia  merasakan dirinya bersalah pula.  Tidak sepatutnya dia berdolak dalik, terasa dirinya cuba untuk menarik perhatian pula. Tetapi untuk  berterus terang terasa tidak elok pula. Dia tidak mahu timbul rasa riak dihatinya dengan ibadat yang tak seberapa.

Sudah seminggu Tengku Faris bekerja, dan setiap kali juga ajakkanya di tolak oleh sigadis dengan alasan sedang berpuasa. Pada hari Isnin minggu berikutnya dia sudah tidak sabar lagi. Pagi itu dia bersuara garang..

“You jangan cakap yopu puasa hari ni”.

“Tapi memang benar saya puasa hari”.

“Kenapa you hari-hari puasa  ..gaji you tak cukup ke..sampai setiap hari you puasa”.

“Alhamdullilah gaji saya lebih dari cukup. Sebab saya hanya menanggung diri saya sahaja, Tengku”

“Habis yang you puasa sepanjang minggu kenapa??”.

“Tujuan puasa bukan sahaja menyekat makan dan minum..tapi untuk mendidik diri dengan sifat Sabar. Mendidik diri bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Kemudian menginsafi diri pada hamba Allah lain yang kesusahan”. Termagu Tengku Faris mendengar kata-kata Nur Hidayah.

“Habis bila masa I boleh belanja you makan..Cakap dengan I,  bila you tak puasa..I nak belanja you makan”. Yang sebenar nya Tengku Faris tidak dapat menerima diri nya di tolak oleh seorang gadis yang  nampak naïf dan polos..kelihatanya seperti gadis kampong yang tidak berpengalaman. Kejantanannya rasa sangat tercabar. Dia akan berusha sampai Nur Hidayah  keluar memenainya makan atau minum.

“Tengku tak payahlah belanja saya..”

“Nur Hidayah!!” . Tinggi suara Tengku Faris menyebabkan Nur Hidayah dan pekerja disekelilingnya menikus takut..Tengku Farus jadi tersedar dari tingkahnya lalu meninggalkan Nur Hidayah dengan rasa radang yang belum hilang.



Friday 30 January 2015

Nur Hidayah 12





                Selesai mandi Tengku Faris menyiapkan diri. Dia memakai t-shirt polo dan seluar jean berjenama LEE. Ketrampilan dirinya yang santai memperlihatkan dirinya lebih muda dari usianya yang sebenar. Sememangnya Allah memberi kelebihan dari segi rupa paras kepada Tengku Faris. Walaupun sudah berumur 51 tahun namun rambutnya belum lagi ditumbuhi uban dan perutnya masih belum kelihatan maju kedepan. Sememangnya dia masih kelihatan masih muda jika dibandingkan dengan usia nya yang sebenar.  Hampir pukul tiga petang Tengku Faris tiba dipejabat daddynya. Terkejut Tengku Faizal menerima kunjungan anaknya.  Dia yang sedari pagi bekerja tampa berehat hingga terlepas waktu makan tengahharinya tersenyum bangga. Perut yang pedih kerana kosong tidak terasa dek kerana hatinya yang sangat gembira.

“Alahmdullilah Ris datang..penat sangat daddy hari ni Ris..nak makan pun tak sempat”.Adu Tengku Faizal kepada anaknya yang sudah tercogok didepan mata.

“Daddy belum makan tengahari lagi?”.

“Belum Ris..daddy sorang hari ni. Farid tak jenguk daddy pun dari pagi tadi. Entah ada entah tidak dia tu hari ni”.

“Pergilah daddy makan dulu..nanti sakit perut daddy tu”.

“Ni penyata kewangan ni nak kena semak, tak beberapa hari lagi dah nak cukup bulan.  Ris tolong lah daddy ni..tak mampu rasanya daddy dengan Farid buat kerja..”  Mendengar kata-kata daddynya  terus Tengku Faris bangun, kelihatannya dia  sudah mahu beredar. Melihat fail bertabur dimeja daddynya dia tidak berminat untuk bekerja.  Yang sebenarnya dia sudah merasa selesa makan tidur- makan tidur selama lima bulan yang lalu.

“Ialah nantilah Faris fikirkan, mungkin sebulan dua lagi Faris kerjalah, daddy jangan bimbang. Ni Faris nak tenguk Farid sekejap. Daddy pergilah makan dulu..”.

“Jomlah kita pergi makan sekali”.

“Ris baru lepas makan dengan mommy kat rumah tadi..daddy pergilah makan”.  Tengku Faris  sudah bangun mahu meneruskan langkahnya..

“Ris!! Call lah Farid tu dulu, kalau dia tak ada nanti..penat sahaja Faris pergi tempat dia.” Nasihat daddynya dituruti..Tengku Faris  tidak jadi keluar, dia duduk semula dikerusi lalu mencapai telefon diatas meja..

Tengku Faris menghubungi anaknya menggunakan telefon atas dimeja daddynya. Kedengaran suara lembut menyapa telinga yang menyambut panggilanya. Hatinya bagai digaru mahu bertentang mata dengan si empunya suara yang melayaninya. Itulah Tengku Faris Ikhwan sifatnya yang tidak boleh berpisah dengan wanita. Dia menjadikan wanita alat  hiburannya.  Kalaulah  tunggul kayu disolek dan menjadi cantik seperti wanita tentu itupun akan digomolnya untuk dijadikan alat hiburanya juga.

“Hallo..pejabat Tengku Farid disini, apa yang oleh saya bantu”.Suara lembut dihujung talian bagaikan magnet menarik naluri lelakinya untuk melihat figuranya. Itulah suara yang menyambut panggilan buaya darat Tengku Faris.

“Tengku Farid ada..sambungkan saya pada dia”.

“Hari ni Tengku Farid tak ada..dia call  pagi tadi dia tak sihat”.

“Kenapa awak tak bagi tahu..dia tak sihat. Ni dah tanya baru nak bagi tahu”.

“Dia menghubungi saya tadi, dia kata, dia sendiri yang akan bagi tahu Dato’ tentang MC nya..”

“ok  tak apalah..nanti saya datang office dia”.Talian diputuskan. Dihatinya sudah muncul RASA..Rasa ingin memandang wajah dan rasa ingin berkenalan dengan suara simanis ditelefon tadi. Kalau semuanya sudah.   Dia rasa ingin di angkutnya sigadis kekelab malam menemaninya berhibur. Kalau dah mesra nanti dia rasa mahu diangkutnya keatas katil pula. Itulah tadi ada disebut dia akan datang kepejabat anaknya Tengku Farid.

“Kenapa Ris nak marah..siapa yang jawab call”.

“Entah ..perempuan… agaknya PA Farid.”

“Oh Nur Hidayah lah tu. Jangan kamu marah dia Ris. Hidayah tu baru sahaja jadi PA Farid..Dari  Akauntan dia rela jadi PA”.

“Kenapa daddy tukar kan dia akautan jadi PA pula ..dia tak pandai buat kerja dia ke?”

“Bukan tak pandai..tapi PA Farid berhenti secara mengejut. Farid pula tengah tak sihat ni, dia demam. Agaknya penat sangat mana nak kerja nak tenguk anak lagi. Anak kecik-kecik tak kan nak harap Jannah sorang jaga anak.”

“Kenapa tak cuti sahaja.Daddy bagilah dia cuti settlekan hal peribadi dia. Kalau semuanya dah selesai barulah boleh buat kerja dengan tenang”.

“Apa nak disettelkan pasal anak Ris, tiap-tiap tahun keluar sorang. Ni kata mommy entah-entah Farid demam nak dapat anak sorang lagi. Itu yang daddy minta Nur Hidayah jadi PA, Farid memang memerlukan sangat PA. Semalam dia  MC.. demam. Kesian daddy pada dia, tak cukup rehat sampai demam dia. Hari ni tak tahulah dari pagi dia tak jenguk daddy, agaknya dia cuti lagi. Tapi tak apalah sejak Hidayah  jadi PA Farid..banyak kerja Farid dia selesaikan. Dulu masa mula-mula dia dapat anak,  dua minggu Farid tak kerja semua kerja-kerja Farid dia yang selesaikan. Kalau ada dokumen yang perlu tandatangan oleh Farid, dia bawakan pada daddy dia terangkan kemudian daddy tandatangan sahaja tak payah daddy nak baca ke semak lagi..jadi tak ada kerja yang tertangguh..dia memang cekap Faris.”.

“Lamanya Farid cuti sampai dua minggu”.

“Masa tu cuti uruskan Diana bersalin.Kemudian urus Nur Jannah yang tiba-tiba bersalin pulak.  Anak dia yang bersama Diana tu pula sejak balik hospital asyik menangis sahaja, tak tahulah apa yang tak kena.”  Rupanya Tengku Faris tidak ambil  endah apa yang diberitahu oleh daddynya tentang kesusahan anaknya Farid.Kepalanya sibut membayangkan PA anaknya.

“Percaya sangat daddy dan Farid dengan orang luar..kalau dia belot habis kita.”

“Orang luar? Siapa yang Faris maksudkan”.

“Nur Hidayah tulah daddy..dia kan orang luar kenapa percayakan dia sangat”.

“Dah tak ada siapa yang daddy nak harapkan, daddy terpaksa percayakan dia. Lagi pun memang dia cekap dalam kerja dia. Nampak baik orangnya dan bertanggung jawab.  Daddy harap sangat Faris kerja dengan daddy. Kalau kita bertiga tentulah lega sikit kerja kita. Kita sama-sama jaga perniagaan kita ye Ris.”.

“Nantilah daddy..Ris sattlekan dulu masaalah perasaan Ris ni. Kemudian Ris akan tolong  Farid dengan daddy”.Faris mengangkat punggungnya mahu keluar dari bilik daddynya. Hatinya bagai digaru, tidak sabar matanya mahu melihat figura wanita yang dipanggil Nur Hidayah oleh daddynya tadi.

“Haaa Ris nak kemana tu”.

“Ris nak pergi ke pejabat Farid. Farid tak datang hari ni kata PA dia tadi. Faris nak tenguk apa yang boleh Faris buat..”.

“Ohh ye ke, tak ada siapa bagi tahu daddy  Farid  tak datang..demam lagi lah tu. Semalam lagi  kata dia demam”.

“Nak kena agaknya PA Farid ni, kalau tak tak tahu kerja jangan kerja.  Tadi Ris marah PA dia, daddy marah. Tenguklah ni  macam tak tahu buat kerja sahaja, tak tahu kerja PA agaknya. Nak bagi tahu bos dia tak datang pun tak tahu..”.rugut Faris. Tapi dimulut lain dihatinya lain.

“Apa Faris nak marah-marah ni. Ingat!! jangan marah Hidayah tu..budak tu ok. Hanya silap sikit sebab dia tak bagi tahu daddy tetang Farid tak datang sahaja mungkin dia terlupa, tentang kerja dia cekap. ..budaknya baik tak banyak songeh. Walaupun dia akauntan dia tak membantah pun bila disuruh buat kerja PA”.

“Itu yang dia tak pandai buat kerja PA sebab bukan bidang dia. Apa Daddy ni letak pekerja salah tempat. Nanti dia buat salah kita juga yang susah”.

Taak dia ok..alah ni masaalah kecil sahaja.. kerja dia ok malah lagi cekap kerja dia dari PA Farid yang lama. Cubalah Ris pergi tenguk kalau ada kerja Farid yang tertangguh.. kalau boleh Ris sattlekan settlekanlah. Tapi jangan dimarah budak Hidayah tu”. Berkali-kali Tengku Faizal menghalang dari Nur Hidayah dimarahi.

“Ialah”.Yang sebenarnya sengaja Tengku Faris tunjuk garang didepan daddynya. Hatinya ingin sekali mengenali gadis yang menjadi PA sementara anaknya. Namanya juga sudah melekat dihatinya bila daddynya sebut sekali tadi. Dari suara yang berdengung tadi Tengku Faris membayangkan dia seorang yang manis dan seksi..kerana suaranya begitu berkeyakinan tetapi lembut dan manja pula. Ketika  tiba dipejabat anaknya, ada tiga buah meja yang berdekatan dengan pintu bilik anaknya.  Terus sahaja dia kemeja  pekerja yang paling hampir dengan pintu pejabat anaknya.. Kelihatan kebayangkan pekerja disitu menjalan kan tugas dengan tekun sekali.

“Boleh tahu mana satu PA Tengku Farid”.Tengku Faris berdiri disalah sebuah meja yang berhampiran dengan pintu.

“Saya..saya PA pada Tengku Farid..tapi hari ni dia tak ada ..dia tak sihat katanya pagi tadi”

“Tadi dia datang sini ke?”

“Tak..dia bagi tahu melalui telefon”.

“Kenapa you tak bagi tahu Tengku Faizal dia tak sihat”.

“Sebab dia kata dia nak bagi tahu Dato’ sendiri”. Wah nampak berkeyakinan PA Farid ni. Kata-kata yang keluar dari bibirnya tidak tergagap, walaupun dia  tunjuk garang.

“Oklah, saya ni Tengku Faris Ikhwan papa Tengku Farid.   Saya nak masuk pejabat dia tolong bukakan pintu”.

             Rupanya  apa yang dibayangkan oleh Tengku Faris tadi meleset sama sekali. PA anaknya yang hadapan mata ni berpenampilan berbungkus. Itu pada mata Tengku Faris yang biasa melihat wanita-wanita seksi dedah sana dedah sini dan terbelah disana sini, jadi bila nampak wanita bertudung dan berbaju kurang serasa berbugkus pula wanita itu. Kemudian dia melihat gadis tadi seperti tidak berseri, nampak pucat. Tidak seperti kebanyakkan wanita yang biasa dipandang nya, yang berbibir merah dan basah, matanya galak digariskan celak, pipinya pula bersemu merah jambu nampak gebu dan berbau wangi. Kewangianya walau pun duduk beberapa kaki keharuman masih boleh dihidu. Wanita yang dihadapanya berlainan sekali tidak berbau apa pun.  Tetapi entah kenapa seperti ada tarikan untuk dia terus memandang.
‘dia ni kalau bermake-up sikit tentu lebih cantik,tak pakai mekap pun nampak manis..’.  Sambil matanya memandang hatinya berkata kata. Tampa sedar Tengku Faris menerung Nur Hidayah atas bawah- atas bawah dengan pandangan SUPERMAN yang boleh tembus sampai kedalam. Tengku Faris memandang pergerakkan NurHidayah dari di mula berjalan kearah pintu bilik anaknya sehinggalah dia membuka pintu. Sehinggakan NurHidayah jadi tersipu bila ditenung sebegitu oleh seorang lelaki.

              Dihati Nur Hidayah pula berbisik oh nilah orang yang diberi bernama Tengku Faris Ikhwan..patutlah ramai wanita tertawan padanya. Walaupun sudah berusia namun masih kelihatan segak dan kacak. Orangnya tinggi, kulitnya putih kemerahan berbadan tegap..setegap badan Fahrin Ahmad. Raut wajahnya seakan tersenyum.  Sekali imbas seperti wajah Adam AF yang berkahwin dengan Fiza Elite.Tapi sikapnya memang seperti buaya darat bila menenung wanita macam nak diterkam sahaja.

“Sila lah masuk Tengku”. Jelajahan mata Tengku Faris terhadap diri NurHidayah terhenti, bila mendengar suara menyapanya rupanya sambil merenung dia berkhayal. Yang sebetulnya khayalnya menelanjagi figura Nur Hidayah jadi terbatas, bila baju kurung yang agak longgar melindungi tubuh gadis itu. Itu sebabnya dia merenung dengan bersungguh-sungguh sebab dia cuba membayangakan berapa  besar nasi lemak didada Nur Hidayah nasi lemak yang berharga lima puluh sen atau pun seringgit. Dia tidak dapat membayangkan lekuk, ketak dan benjolah ‘nasi lemak’pada tubuh gadis itu…semuanya terlindung dek baju dan tudung..

“Thank you”..Tengku Faris masuk kebilik anaknya. Sampai dibilik terus sahaja dia duduk di kerusi anaknya. NurHidayah pula hanya setakat di ambang pintu sahaja kemudian dia berpusing dan duduk semula di mejanya menyambung tugasnya.

“Dayah!!..siapa tu?”  rakan sekerja yang duduk di hujung  mejanya ingin tahu.

“Syyyt .. duduk lah itu ayah bos”..

“Ia ke, tak pernah tenguk pun kan?”

“aku tenguk macam garang sahaja orangnya… tapi dasyatlah orangnya, aku tenguk tadi semacam sahaja dia renung kau. Seram aku..” sedang mereka bercakap-cakap intercom dimeja Nur Hidayah  berbunyi..

                  Yang sebenarnya Tengku Faris mencari jalan utnuk memandang gadis yang polos dan naïf. Entah mengapa naluri lelakinya bagai tidak puas untuk menatap PA  sementara anaknya. Ahh teruk juga seleranya sekarang, gadis yang berbungkus pun menjadikan selera lelakinya meluap.  Dulu dia sukakan gadis atau wanita yang terdedah. ..barulah ada sedap untuk ditatap.  Tidak menunggu lama bila datang ideanya dia terus sahaja dia menekan intercom menghubungi  Nur Hidayah…

“Boleh tolong buatkan saya air”. Nur Hidayah terpaksa masuk kebilik bertanyakan selera ayah kepada bos nya yang nampak agak angkuh.. Dia mengetuk pintu sekali dan terus dibuka. Nur Hidayah berjalan menghampiri meja bosnya..

“Tengku nak air apa? minuman panas atau minuman sejuk?..atau kalau mahu yang lagi istimewa jemputlah Tengku ke kafe..tak jauh hanya ditingkat satu sahaja.. Tengku boleh pilih minum petang hotel Tengku ni”.

“Ohh boleh juga..boleh awak temankan saya”.

“Untuk tunjukkan dimana kafe boleh, tapi untuk temankan Tengku minum rasanya tak boleh”.

“Kenapa pula tak boleh..sayakan merangkap bos awak juga”.

“Saya hanya pembantu untuk kerja-kerja pejabat sahaja. Lagi pun masa nikan Tengku Farid tak ada, jika ada apa-apa keperluan nanti, tak ada siapa yang tolong memberi maklumat”.

“Kalau macam tu awak tolong ambilkan saya  air mineral sahaja”. Nur Hidayah keluar dari bilik bosnya untuk  mengambilkan apa yang dikehendaki oleh ayah kepada bosnya. Ada dua buah fail diatas meja Tengku Farid namun dipandang sepi oleh Tengku Faris. Mindanya sibuk menganalisa wajah Nur Hidayah yang baru sebentar tadi ditatapnya…

Walaupun wajahnya tidak disolek, namun wajah bersih itu nampak cantik dan ayu. Berbadan lansing dan tinggi, kulitnya putih mulus walaupun tidak seputih kulitnya. Bentuk muka yang bujur menampakkan hidungnya  panjang dan mancung. Matanya agak sepet…Tetapi jika sekali imbas mengapa ada imbasan Tengku Farid pula dibayangan wajah Nur Hidayah. Ohh ini mungkin tujuh wajah manusia yang seakan sama tetapi dalam dua versi..lelaki dan wanita pula.

Tengku Faris tersenyum sendiri.  Tersenyum dengan akal yang berkata pada dirinya sendiri. Sedang dia berkhayal membayangkan wajah Nur Hidayah pintu bilik di ketuk. Dua kali ketuk terus terkuak dan tercongol NurHidayah menatang dulang kecil, didalam nya terletak sebotol air mineral, gelas  dan sedikit buah-buahan didalam piring.

             Tengku Faris memandang  Nur Hidayah dari mula di masuk pintu dan berjalan dengan menatang dulang dengan cermat, dia meletakkan hidangan diatas meja. Kemudian dia tolong membuka dan menuang air kedalam gelas. Segala perbuatan Nur Hidayah diperhatikan oleh Tengku Faris satu persatu. Matanya bagai susah mahu mengalihkan pandaganya memandag ketempat lain. Wajah itu bagai tidak jemu untuk dipandang..Dirinya mula membayangkan dia sedang dilayan oleh seorang isteri. Pandangan mata Tengku Faris menyebabkan rimas pada Nur Hidayah..rasa nak cepat keluar sahaja bila dirinya ditenung sebegitu oleh seorang lelaki. Cepat-cepat Nur Hidayah menyelesaikan kerjanya. Selesai kerjanya dia menjemput ayah bosnya minum (Mak teh nak banyangkan macam mana orang lelaki  gatal bila tenguk perempuan tapi rasanya macam tak jadi pula)

“Jemput minum  Tengku”..Setelah Nur Hidayah keluar dari bilik, Tengku Faris mula mengambil gelas yang sudah berisi air.

 Biar pun hanya air mineral sahaja tetapi terasa manis pula airnya. Istimewa sungguh air mineral yang di tuang oleh Nur Hidayah.  Ahhh Tengku Faris sudah berlebih-lebih pula..Ialah mungkin dirinya sudah lama tidak mendapat layanan dari seorang isteri, naluri lelakinya mula mencari. Tetapi dulu isterinyanya hanya melayani dirinya diatas katil sahaja. Bab tuang menuang air pelayan restoran yang buat. Dan kalau bab menyuap dia yang akan menyuap isterinya konon adigan romatik. Sambil meneguk air bibirnya mengulum senyum penuh makna. Hingga keakhir waktu bekerja, Tengku Faris dibilik pejabat anaknya. Sambil dia menyelak-nyelak isi kandungan fail bibirnya masih tersenyum..tapi tidak tahu apa yang mengembirakan hatinya..

            Malam itu seperti kebiasaan Tengku Faris kekelab mencari hiburan.. tetapi entah mengapa hanya wajah polos Nur Hidayah yang bermain ditubir matanya. Bila dia memandang Syakira wajah Nur Hidyah yang tertempel disitu. Bila Ane mengesel tubuhnya dilengannya yang terpandang wajah Nur Hidayah juga. ‘Dah terkena minyak senyonyong agaknya dia’, detik hatinya. Tapi siang tadi dia tidak bersentuhan pun dengan Nur Hidayah. Hari itu wajahnya jadi berseri bila senyum yang menghiasi bibirnya tidak pernah surut. Walaupun begitu dia sayang mahu membuang wajah Nur Hidayah  yang mengganggu pandanganya. Sehinggakan dia tidak jadi meneguk air mabuk kerana dia takut bayangan Nur Hidayah hilang dari pandagan matanya.


“Happy nampaknya hari ni Tengku..Happy sangat ke dapat jumpa I”.Gesel Ane lagi. Menggesel gunungnya dilengan Tengku Faris.. menggoda. Moga dia dapat mendapat habuan malam itu.

“Mana pernah I tak happy..I happy selalu Ane”.

“Ialah tu..tapi malam ni I nampak you lain, happy you nampak lain, happy you dari hati you. You nak minum apa  malam ni”. Manja melentuk-lentuk dan menggesel-gesel asetnya ke badan Tengku Faris  bersambil Ane melayaninya berbual.

“Tak apalah nanti I oder. Ehh Syakira mana tak Nampak pun..”

“You niii I depan mata you nak layan you tanya Syakira yang tak ada buat apa. Dia dah ikut jantan lain tadi..sebab you datang lambat..Biar lah dia. Malam ni I hanya untuk you seorang”.  Belum sempat habis Ane berkata-kata kelihatan Shakira datang dengan lenggang-lenggoknya.

“Ingatkan you tak datang tadi. Apa pasal lambat. Nasib baik I tak ikut kepala angin tu tadi”.

“Apa pasal you tak ikut”..

“Ehh..malas lah I, dia tu gelojoh..tak sempat apa dah nak terkam sahaja. Lepas tu kepala angin..malas I”.


Ane dan Syakira yang mahu melayaninya malam itu menggesel manja bagai kucing parsi ke kaki tuannya. Dengan dada yang terdedah menunjukkan betapa pejalnya benjolah  dan berapa dalam lurahnya. Namun yang herannya  tidak menarik minat Tengku Faris. Selalunya bicara dan geselan manja itu membuatkan semangat jantannya jadi berkobar, tetapi tidak untuk malam itu. Biar pun Ane atau Syakira yang berbicara namun yang kelihatan dan kedengaran suara Nur Hidayah. Biar pun bibir Tengku Faris mengukir senyum, namun senyumnya itu yang sebenarnya bukan untuk mereka..bukan untuk dua wanita yang sedang menggesel badan dilenganya.


p/s untuk malam ni tak ada ye..




Thursday 29 January 2015

Nur Hidayah 11.







             Sudah lima bulan Tengku Faris pulang semula kepangkuan daddy dan mommynya. Cara kehidupanya tidak berubah. Hidupnya bertambah senang kerana dia tidak memikirkan apa-apa lagi. Makan pakainya  ada yang menguruskan.. Bibik yang menjadi pembantu rumah mommynya, suruh sahaja semuanya siap. Duit… daddynya akan menghulur,  biar pun agak bingit telinga  mendengar bebebalan daddynya. Tetapi tidak menjadi apa pada Tengku Faris, dia akan menjadi tuli sekejap.. janji duit masyuuk poket.

“Apalah nak jadi dengan Ris ni..dah tua dah,  umur pun dah lima puluh lebih..Ris tahu tak cucu Ris nak masuk 4 orang dah Ris..tapi Ris masih tak berubah juga.Duit pun masih minta pada daddy”.


              Ketika baru dua tiga minggu  dia baru pulang dari luar Negara dia meminta duit daddynya tidak bising, tetapi bila sudah selalu meminta itulah yang keluar dari mulut daddynya. Yang menjadi belelan Tengku Faizal bernyanyi dibibir tuanya.. kerana dengan duit hulurannya anaknya pergi dikelab malam, berpeleseran mencari hiburan dan memuaskan diri. Dia merasa sangat bersalah kerana sama bersubahat dengan kemungkaran yang dilakukan oleh anaknya. Mana tak rasa bersalah, pulang anaknya dari keleb malam pada pukul dua atau tiga pagi  dalam keadaan mabuk dan dihantar oleh perempuan.

“Habis  Ris dah tak ada duit, kenalah minta dengan daddy..Ris duduk London daddy suruh balik..bila Ris dah balik Ris tak ada duit..itu yang minta dengan daddy. Lagi pun Ris ada hakkan keatas perniagaan daddy tu. Ris hanya ambil hak Ris sahaja.”.

“Tau pun, kalau dah tak ada duit kerjalah dengan daddy..tak kan tak kerja tahu-tahu duit datang pada Ris. Dan Ris tahu juga perniagaan tu perniagaan kita bersama, jadi bertanggungjawablah. Itu semua untuk kehidupan Ris juga. Jangan nak harapkan daddy yang dah tua ni. Cubalah bawa bertaubat. Daddy bukan apa, kalau Ris guna duit untuk makan tak apa..ni duit yang daddy bagi Ris guna pergi kelab malam..daddy rasa bersalah kerana bersubahat dengan Ris buat maksiat. Cuba Ris pandang  daddy ni. Daddy dah tua.. kubur dah melambai-lambai, pahala entah ada entah tidak, tapi dosa dah pasti bila daddy turut bersubahat dengan Ris melakukan maksiat. Di Akhirat nanti daddy nak jawab apa bila Allah tanya daddy.. cuba fahami daddy yang dah tak lama lagi nak masuk kubur Ris. Kesiankanlah daddy ni Ris”. Bersungguh-sungguh Tengku Faizal merayu anaknya minta dikasihani.

“Inilah yang Ris malas nak balik..Ris jemu dengar daddy berleter tentang kehidupan Ris, tentang kubur tentang Akhirat”.

“Macam manalah daddy tak berbunyi,  Ris tu dah tua cubalah berubah. Bertanggungjawablah … tak dengan daddy dan mommy dengan diri Ris pun jadilah. Daddy dan mommy tak selama hidup Ris. Kalau kami dah mati kat mana pula Ris nak minta duit, takkan dengan Farid kot..tak malu ke..seorang papa minta duit dengan anaknya untuk pergi berhibur. Tak ke pelik bunyinya”.

Mommynya pula menyampuk bila mendengar leteran suaminya kepada anak dudanya yang sudah tua bangka. Tetapi kata-kata daddynya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Bila mommynya mula membuka mulut terus sahaja Tengku Faris angkat punggung. Dia meneruskan juga langkah untuk  pergi berhibur malam itu. Seperti biasa malam itu dia pulang pukul dua pagi dengan keadaan yang mabuk. Dia dihantar oleh sebuah teksi. Dengan keadaan yang terhuyung hayang dia memuka pintu pagar. Bila pintu pagar tidak boleh dibukanya digoncangnya pintu pagar itu sekuat hati dengan lolongan memanggil mommynya.. sambil itu ruih mulut nya menceceh entah-apa-apa.

Berkejar Tengku Faizal menuruni anak tangga supaya dia cepat sampai kehadapan pagar untuk membuka pintu pagar.  Yang sebenarnya mereka merasa malu dengan tingkahlaku anak mereka yang membuat bising dihadapan pagar dalam keadaan mabuk. Bunyi bising yang dilakukan oleh anaknya mungkin mengejutkan jiran sebelah menyebelah banglo yang sedang diulit mimpi. Kadang-kadang terkeluh juga mereka suami isteri. Bila anak jauh dimata dinegara orang risau akan keadaan dirinya. Ni anak didepan mata juga menjadikan mereka tak senang nak menghirup udara, nafas mereka sentiasa sesak dengan tingkah anak yang sudah tua. Mana taknya tingkah si anak tidak langsung berubah biar pun sudah berbuih mulat menasihatinya..Entahlah tidak terkesan langsung nasihat dari daddy dan mommynya ketika dia mahu ke kelab, malam tadi. Itu cerita malam tadi..

Diwaktu paginya pula..berkali-kali Tengku Faridah kedalam bilik untuk mengejutkan anaknya bangun bersarapan. Dari suaminya masih didalam bilik bersiap untuk ketempat kerja, hinggalah menjamu selera dimeja makan, sudah hamper licin makanan didalam pinggan anaknya masih belum bangun lagi.

“Faris!!..bangunlah kita minum sama-sama”. Biar pun sudah digoncang badan anaknya dengan kuat namun Faris hanya bersuara..’emm’kemudian dia menyambung tidur nya semula. Bagaimanakah mahu mengubah cara hidup anak mereka..cara hidup Tengku Faris tak seperti manusia biasa,  siang tidur malam berjaga. Mengeluh dua warga emas tu melihat anak nan seorang tetapi tak terdidik. Bagaimanalah orang tu anak berderet kadang-kadang memasuki 2 angka namun semuanya baik terdidik dalam pelajaran dan kehidupan. Itulah rezeki Allah dan itulah dugaan Allah. Melihat air muka sedeh isterinya Tengku Faizal bersuara.

“Biar lah Dah tak kan bangun nya..dah malam tadi pun baliknya pukul dua pagi macam mana nak bangun”..Tengku Faridah duduk menemani suaminya minum, namun  kesayuan diraut wajah tuanya jelas dimata.

“Apalah nak jadi dengan Faris ni bang. Hidup tak macam orang, siang tidur malamnya berjaga. Idah sedeh mengenangkan dia tak jadi orang. Ni kalau tak petang tak bangun dia ni bang..Bila agaknya Faris nak berubah. Tak pernah Idah nampak dia solat. Kita ni makin lama makin tua, ada ke Fatihah untuk kita masa kita dalam kubur nanti. Sedeh Idah kalau Faris tak berubah sampai kita menutup mata. Kadang-kadang Ida terfikir juga baik kita tak payah ada anak kalau dapat yang macam Faris ni..Idah sebenarnya teringin sangat tenguk dia SOLAT bang”.

“Tak baik Idah cakap macam tu. Tapi ialah kita ni, serba salah dibuatnya.  Duduk jauh kita pun risau.  Dah duduk serumah lagi risau kita dibuatnya.. Abang yang sebetulnya malu dengan jiran-jiran kita. Entahlah Idah Faris ni dari kecil sampai ketua macam tak pernah nak menyenangkan hati kita”.

“Kat mana silap kita bang yang menyebabkan Faris jadi macam ni. Ini mungkin silap Idah tak perna nak tegur bila dia buat salah. Tapi dulu Idah tak sampai hati nak marah dia..sebab hanya dia sorang anak kita. Tak sangka sayang yang Idah bagi inilah jadinya. Maafkan Idah bang tak dapat nak didik anak abang menjadi anak yang berguna…usahkan dengan orang, dengan bangsa, dengan kita pun dia tak berguna rasanya”. Keluh Tengku Faridah. Dia benar-benar buntu dengan sikap anaknya.

“Jangan cakap macam tu, bukan silap Idah sorang, abang pun silap juga silap kita kerana bagi dia kemewahan yang berlebihan. Tapi sekarang dah tak boleh nak buat macam mana lagi rebung dah jadi buluh. Berdoa sahaja lah agar suatu hari nanti dia berubah Idah..” Kemudian mereka mendiamkan diri sambil menyuap rezeki kedalam mulut.

Selesai makan Tengku Faizal memohon diri untuk ketempat kerjanya. Sayu pandagan mata Tengku Faridah melihat langkah kaki suaminya  yang sudah dimama usia. Sudah lama dia kasihan melihat suaminya yang sudah berumur 75 tahun, namu masih menguruskan pernigaanya untuk mencari rezeki mereka sekeluarga.

“Abang pergi dulu ye.. Idah tenguk-tengukkanlah si Faris tu..perlahan-perlahan nasihatkan dia. Mudah-mudah dia dengar cakap Idah. Idah cakaplah lembut- lembut ye. Dengan abang mungkin dia malas nak dengar, sebab suara abang ni kasar macam mengarah sahaja itu yang hatinya jadi keras..tapi mana lah tahu bila dengar suara Ida hatinya jadi lembut pula.”.Hati ibu bapa mana tidak risau, anak yang sudah mencecah lima puluh tahun masih tidak tahu bertanggung jawap pada dirinya sendiri. Kerja nya hanya berhibur.  Pulangnya dini hari dalam keadaan mabuk pula tu. Kadang-kadang yang menghantar pulang entah perempuan mana, dengan baju  SUBHANALLAH..  berbaju seperti tak berbaju. Mereka juga malu dengan jiran-jiran disekeliling mereka, yang kebanyakkan beragama Islam.

“Ialah bang, nanti Ida cakap perlahan-pelahan kat dia..Idah harap dia nak pergi kerja  pun jadilah. Kalau dia pergi kerja taklah dia bosan dan tidur waktu siang..manalah tahu bila dah penat kerja, dia tak keluar malam lagi kan bang”.

“Idah cubalah..cuba nasihatkan dia supaya dia tolong anaknya Farid tu, semalam Farid tak datang kerja lagi, Farid  bagi tahu abang dia demam. Kesian abang tenguk Farid tu..terkejar-kejar untuk menunaikan tanggung jawabnya.”

“Ia ke bang penat sanagt ke..ialah beranak rapat sangat entah-entah demam nak dapat anak lagi bang”.

“Entahlah Idah.. yang boleh beranak tak tahu pula nak merancang..anak setahun sorang..cubalah merancang sikit..abang kesian tenguk Jannah tu dengan Arif dan Aisyah  baru tiga tahun dah ada adik. Kalau Idah kata demam nak dapat anak lagi, si Zaid tu umur berapa Dah, rasa belum setahun rasanya anak Farid nombor tiga tukan..”

“Belum, rasanya baru Sembilan bulan”.

“Ida!!abang bercadang nak jenguk  Farid malam ni Idah nak ikut”.

“Elok juga tu  bang,  Idah pun rindu nak jenguk cicit kita Aisyah tu. Suka dengar keletah dia.”.Kemudian Tengku Faizal menghulur tangan untuk disalami oleh isterinya.

          Sepeninggalan suaminya ketempat kerja Tengku Faridah duduk termangu diruang tamu sambil menanti anak yang sudah tua bangka bangun. Waktu sarapan pagi sudah berlalu, kini matahari  sudah mengalah. Sambil duduk diruang tamu berseorangan diri, Tengku Faridah membayang semula  zaman lampaunya. Ketika diri tahu dia sudah mengandung satu-satunya zuriat dia dan suaminya, dia sangat bahagia, tidak sempat suaminya masuk kedalam rumah dia dengan bangganya dia memberi tahu suaminya. Ketika itu umurnya baru menjengah usia 19 tahun dan dirinya baru 3 bulan sah menjadi isteri Tengku Faizal.

 Sebenarnya mereka adalah saudara dua pupu sebelah emak mereka..emak mereka yang bersepupu. Dugaan Allah tak terduga dia kehilangan ibu kandung ketika usianya masih bayi lagi. Kerana kelahiran dirinya, ibunya kehilangan nyawanya sendiri. Ketika umurnya menjelang usia 10 tahun ayahandanya berkahwin lagi dengan wanita lain. Tujuan ayahandanya mahu dirinya yang sedang meningkat remaja boleh didik oleh seorang ibu. Maklumlah  remaja seorang anak gadis tentulah berbeza dengan remaja sorang anak lelaki.

              Tetapi sayangnya wanita yang sudi berkahwin dengan ayahandanya hanya sudi kepada ayahandanya sahaja, dia tidak sudi pada kehadiran dirinya. Ditambah bila dia dapat melahirkan anaknya sendiri. Bila dibelakang ayahandanya diri didera. Dia diarah melakukan semua  kerja-kerja rumah. Sudahlah begitu makannya juga bercatu. Hidupnya tersiksa ketika itu. Piatan ditelinga juga sudah tidak boleh dikira lagi. Tetapi Allah Maha Mengasihani akhirnya perbuatan ibu tirinya kedapatan juga oleh ayahandanya sendiri.

               Untuk kebaikan dirinya, akhirnya dia dipelihara oleh sepupu ibunya iaitu ibu kepada Tengku Faizal. Setelah dewasa dia diambil menjadi menantu. Walau pun diawal kehidupannya dirundung malang namun setelah dia dewasa Allah memberi kemanisan dalam hidupnya. Dia dikurniakan mertua yang sangat baik. Dia disayangi oleh kedua ibu dan baba mertuanya.Tiga bulan perkahwinanya dia disahkan mengandung.

“Bang tadi Ida pergi klinik dengan bonda…”. Belum habis dia bercerita kata-katanya sudah dipintas oleh suaminya..

“Kenapa?? Siapa yang sakit Ida ke bonda?”.

“Idalah…”

“Haaa…sakit apa?? ..Wajah suaminya begitu bimbang..tahulah dirinya sangat disayangi oleh sang suami. Terus dirinya diterpa dan dibelek.

“abang tak nampak apa-apa pun ni..Idah ok saja ni”?”.

“Kenapa abang ni..malu lah kalau bonda nampak nanti”. Ketika itu mereka diambang pintu masuk..Tengku Faridah menyambut kepulangan suaminya pulang dari kerja…

“Ialah abang nak tenguk mana yang luka..mana tempat yang sakit”. Tengku Faridah ketawa lucu melihat kekalutan suaminya.

“Tak adalah luka pun tak ada yang sakit..sakitnya nanti tunggulah Sembilan bulan sepuluh hari bang..lama lagi tu.. doktor kata tadi baru dua minggu”.

“Ida ni sakit apa? boleh tunggu bila nak sakit  pula??” Begitulah kalau orang tak berpengalaman semua tak terfikir oleh Tengku Faizal. Tapi ialah ketika itu Tengku Faizal baru berusia 23 tahun, tetapi kedua ayahanda dan bondanya sudah memberinya tanggung jawab untuk menjaga seorang isteri. Habis sahaja dia belajar terus sahaja kedua orang tuanya menyuruhnya berkahwin dan bekerja menguruskan perniagaan ayahandanya.

“Abang ni..tak sakit apa pun tapi tadi doctor kata Idah dah mengadung baru dua minggu”.

“Haa..” Hanya itu yang kelaur dari mulut suaminya ketika itu, kemudian dirinya ditarik dalam pelukkan, sebuah kucupan hangat singgah diumbun-umbunnya, mungkin itu tanda terima kasih dari sang suami. Bahagia mereka berdua hanya Allah sahaja yang tahu kerana diberi rezeki anak..zuriat yang bakal mewarisi keturunan mereka kelak.

                 BAHAGIA itu lah yang dirasainya sepanjang  kehamilan. Dirinya dijaga bagai menatang minyak yang penuh..oleh kedua mertua dan juga suami tercinta. Bahagia mereka bertambah lagi, saat kelahiran bayi yang ditunggu merupakan bayi lekaki. Dirinya makin disayangi oleh keluarga suaminya.Tetapi malang tidak berbau ketika melahirkan dia menghadapi masaalah sehingga rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawanya. Ketika dia sedar setelah selesai pembendahan, dia menangis dibahu ibu mertuanya..

“Bonda!!maaf kan Ida bonda”.

“Dah jangan bergerak banyak sangat…luka kamu  tu kena jaga..nanti mudharat pula jadinya..Kenapa pulak nak minta maaf kat bonda..”.

“Idah tak dapat nak lahirkan cucu untuk bonda lagi..Ida teringin nak bagi bonda cucu perempuan”.

“Idaaa ini semua kerja Allah..bersyukurlah walaupun sorang anak kamu. Esok didik elok-elok..macam bonda pun sorang anak bonda…Faizal jadi juga anak yang baik, sesekali pandai juga dia tolong ibu buat kerja rumah. Dah jangan sedeh ye. Pasal anak perempun bila cucu bonda tu dah besar boleh dia bagi kamu menantu..  dapatlah juga kamu anak perempuan nanti. Macam bonda ni ha bonda dah anggap Ida anak perempuan bonda”. Tetapi bagi dia, sekarang ini menanti menantu bagai menanti buah yang  tak gugur… menanti menantu perempuan duduk serumah lagilah ..malah bayangan menantu perempuan pun tak pernah lama hadir dalam hidupnya. Walaupun sudah lima kali anaknya Tengku Faris Ikhwan bernikah, dia hanya mendengar khabar dan dapat menatap gambarnya sahaja.

                   Memandangkan hanya seorang sahaja zuriat yang dapat dilahirkan Faris dijaga  dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja kehendaknya dituruti. Dari segi fizikal anaknya tidak dapat disangkal, dia membesar menjadi seorang pemuda yang cukup sempurna dengan ketinggian seperti seorang model, wajahnya tampan.. peribadinya nampak maskulin. Ditambah pula dengan kekayaan yang melimpah ruah yang ditunjukkan oleh anaknya sendiri menjadikan dirinya digilai oleh para gadis.Tidak disangka segala kemewahan dan turutan kehendak anak, merosakkan sikap anaknya. Tengku Faris menjadi seorang pemuda yang sangat suka berhibur dan tidak bertanggung jawab. Sikapnya membawa ketua. Kini umurnya sudah 52 tahun namun masih sikapnya masih ditahap anak remaja. Lamunannya terhenti bila mendengar laungan azan Zohor.

                 Tengku Faridah masuk kebilik anak dudanya yang masih lena tidurnya. Sekali lagi Tengku Faridah mengoncang badan anak yang sudah tua bangka supaya bangun untuk bersolat. Namun masih seperiti tadi. Jawaban yang keluar dari bibirnya hanya ..emmm ..matanya pula terpejam rapat. Bila sudah berkali-kali digoncang badan anaknya tetapi tidak menunjukankan dia boleh bangun, Tengku Faridah berjalan longlai menuju kebiliknya.  Dia mahu bersolat kemudian berdoa semoga ada waktu untuk anaknya berubah. Semoga ada perubahan yang baik muncul dalam diri anaknya suatu hari nanti. Selesai solat Tengku Faridah berdoa panjang dengan sepenuh hatinya.


                Selesai solat Zohor  diberjalan longlai keruang tamu. Agak terkejut bila dilihat anaknya sudah tercongok diruang tamu dengan rambut berserabut. Tengku Faris  menyandar disofa ruang tamu tetapi mata masih tertutup seperti masih mengantuk lagi. Biar pun begitu senyum dibibir Tengku Faridah sudah melebar. Hari  itu sudah ada sedikit kemajuan. Belum pukul dua petang lagi anaknya sudah keluar dari bilik tidur. Semalam anaknya bangun pada pukul empat petang. Ini bermakna sudah cepat dua jam dari waktu semalam.

“Faris bilalah Faris nak berubah ni. Faris ni dah tua dah..cubalah kurangkan pergi kekelab malam dan mabuk-mabuk  Faris”.

“Faris nak hilangkan rasa rungsing. Kalau Faris tak pergi kekelab Faris asyik teringatkan  Kat sahaja mommy”.

“Yang dah terjadi biarkanlah. Biar dia cari kebahagian dia ..Faris carilah kebahagian Faris sendiri”.

“Faris sebenarnya susah nak tidur malam, kalau dah tak tidur Faris asyik teringatkan  dia saja mommy.”

“Faris, Faris,  macam mana nak senang tidur malam,kalau siang Ris dah bantai tidur sampai ke petang macam ni. Cubalah Ris pergi jumpa daddy. Ris  Tanya apa yang boleh Ris tolong. Kalau siang penat malam senanglah nak tidur.  Mommy minta tolong sangat pada Ris, pergilah Ris tolong daddy tu,  sekarang daddy buat kerja sorang-sorang  tau, daddy tu dah tua..dah tujuh puluh lima tahun dah umurnya, tak lama lagi dah nak masuk lapan puluh. Bilalah agaknya daddy nak berihat. Ris tak kesian daddy ke, dari muda sampai dah tua macam ni masih berhempas pulas mencari rezeki untuk kita. Ris tahu tak daddy mula kerja dulu umurnya baru 23 tahun,  sampai sekarang dia kerja tak pernah cuti. Cuba Ris kira dah berapa puluh tahun dia kerja untuk kita. Kalau Ris kerja tentu daddy dapat rehat Ris..” Lembut suara Tengku Faridah menasihati anaknya. Dia mengharapkan dengan suara lembutnya akan membuka pintu hati anaknya membantu daddynya. Tetapi sememangnya Tengku Faridah lembut orangnya.Tengku Faris tidak  bersuara dia mendengar mommy nya bercerita walaupun matanya masih terpejam.

“Riis dengar tak apa yang mommy cakap ni”.

“Dengar..Salah daddy juga, yang  asyik nak kerja siapa suruh..”

“Kalau daddy tak kerja, siapa pula yang nak uruskan kerja-kerja tu semua. Kalau dah telangkup bisness daddy tu, kita nak makan apa??”

“Kan Farid dah ada...kalau daddy tak turun padang pun rasanya Farid dah boleh hendle sorang. Dia tu muda lagi tenaga masih kuat”. Biar pun mata tertutup namun dia mendengar apa yang diperkatakan oleh mommynya. Mendengar anaknya menjawap kata-katanya Tengku Faridah merasa lega ini bererti anaknya mendengar apa yang diperkatakanya.


 “Memang boleh dia buat sorang... tapi daddy kesian tenguk Farid terkejar sana sini dengan rumahtangga dia lagi..Ris tak kesian kat anak Ris tu ke. Sekarang Farid tengah susah, nak kena jaga tiga anak kecil. Tak kan nak harapkan Jannah sorang. Kata daddy Farid tengah demam ni, semalam dia tak datang hari entah datang entah kan tidak..jadi terpaksalah juga daddy jenguk office. Kita ni berniaga jangan  harapkan pekerja buat semua kerja nanti tak jadi apa.. Mommy takut kalau teruk sangat daddy kerja dia pula yang jatuh sakit. Ris pergilah jenguk daddy tu”.

“Ialah mommy..Ris pergi jumpa daddy tanya apa yang Ris boleh buat”. Ada sedikit kata-kata mommynya yang masuk menusuk kehati Tengku Faris. Sememagnya dia mengakui  daddynya bukan muda lagi untuk diperah tenaganya untuk memberi diri dan mommynya kehidupan sempurna. Sepatutnya dialah yang menanggung segala keperluan mereka sekeluarga. Itulah yang terdetik dihatinya mendengar rintihan mommynya tadi.

“Alhamdullilah..” Tengku Faridah terus sahaja memeluk anaknya bila mendengar jawapan dari anaknya.

“Apalah mommy ni, Faris belum mandi lagi ni..dari kelab malam tadi Ris terus tidur..”.

“Kalau macam tu pergi mandi..lepas tu kita makan sama-sama ye”. Tengku Faridah menyapu  tubir matanya yang basah kerana dia gembira. Air mata..air mata gembira kerana janji anaknya yang sudah mahu menolong suaminya menguruskan perniagaan mereka. Termakbul doa panjangnya tadi. Dia sungguh bersyukur kepada Ilahi.