Air
perigi sejuknya rasa,
Turun
mandi di waktu petang;
Baru
sekali bersua muka,
Dalam
hati asyik terkenang.
Terasa lama Farhan
menghabiskan cuti hujung minggu selama dua hari itu, hingga terlahir keluahan kebosananya ‘Hai baru pagi Sabtu..lamanya nak tunggu
hari Isnin.’. Kata-kata itu melintas ketika
dia baru sahaja duduk dimeja makan untuk minum paginya bersama kedua ayah dan ibunya. Raut wajah bosannya terlihat jelas
dimata ibunya..
“Kenapa Han ibu nampak
semacam aje muka Han tu”.
“Tak
ada apalah bu...Hanya Han rasa sunyi pulak rumah ni.. Fikri tak balik ke minggu
ni..rasanya dah dua minggu dia tak balik kan bu”. Ahmad Fikri merupakan anak
bungsu pasangan Haji Abu Bakar dan Hajjah Fatimah.
“Ibu
ada call dia malam tadi, dia kata tak
balik, banyak kerja yang dia nak
siapkan, minggu depan dah nak hantar”.
“Hai
Fikri ni suka buat kerja bertangguh-tangguh dah dekat macam
tu baru nak buat, itu yang terkocoh-kocoh tu”.
“Han
nasihatkalah adik Han tu, jangan asyik leka keluar dengan kawan-kawan
saja..nanti pelajaran entah kemana.”Sampuk ayahnya pula. Dia bimbang keadaan anak
bungsunya yang seakan tidak berapa menghiraukan pelajaranya. Farhan hanya menganggukkan
kepalanya sambil memandang ayah dan ibunya. Kemudian dia tekun kembali mengadap
sarapan dan menghabiskan minumannya.
Setelah
menghabiskan sarapan paginya, dia masuk semula ke dalam biliknya. Jika dia
didalam bilik biasanya dia akan mengadap
laptop atau pun baring semula sambil mendakap bantal busuknya. Itulah rutin kehidupan
Farhan berlansung di ruang makan, ruang tamu tempat menonton
telivesyen atau dibilik tempatnya beradu di rumah ibu dan ayahnya. Itulah dunia Farhan dan itulah kebiasaannya. Dia
tidak suka berpeleseran atau melepak dan merayau keluar. Belum sempat aganannya
terbang jauh, tiba-tiba terdengar pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia yang
sedang baring bangun dengan rasa yang malas untuk membuka pintu biliknya. Dia
tahu tidak ada siapa lagi yang akan mengetuk pintu biliknya melainkan ayah atau
ibunya. Kini hanya mereka bertiga yang
berada dirumah.
“Han
buat apa?...Kalau tak ada apa-apa mehlah duduk luar dengan ibu, kita
cerita-cerita..ayah Han pun dah keluar pergi pasar..ibu tak ada kawan ni. Nak
masak..ibu nak tunggu ayah balik dulu, tenguk ayah beli apa.”.
“Han
baring saja tak tahu nak ada apa..rasa nak rehat puas-puas masa cuti dua hari
ni”.
“Alahh..
Han ni asyik nak rehat saja, mehlah duduk luar teman kan ibu. Jangan baring masa
perut tengah kenyang nanti buncit perut tu”. Nasihat ibunya. Pada Hajjah amat
janggal jika membayangkan Farhan berperut buncit tetapi badannya kurus. Farhan
bertubuh sederhana tetapi nampak kurus
sedikit mungkin kerana dia tinggi, ketinggianya 176cm.
Hajjah Fatimah mengharapkan anak
bujangnya yang tinggal seorang dengannya itu menemaninya di ruang tamu. Sambil dia mejahit tempahan baju kurung
jiranya, ada juga teman berbual tidaklah dia merasa kesunyian. Ingin
juga dia bertanya mengenai kisah anaknya
ditempat kerja. Walaupun anak nya sudah dewasa dia sebagai ibu harus tahu juga
serba sedikit tentang kehidupan harian anaknya dan rakan sekerjanya. Walaupun
dia tahu anaknya yang seorang ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang
diluar dari jangkauan akalnya. Lagipun manalah tahu terkeluar pula cerita teman wanita
anaknya, boleh dia bersiap sedia menerima seorang lagi menantu, akan bertambah
lagi seorang ahli keluarganya.
Farhan merupakan anak kedua dari empat orang adik-berdik
yang terdiri semua lelaki.Abangnya Ahmad Fazli sudah dua tahun berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak lelaki kini
menetap di Kuala Lumpur. Adik Ahmad Fauzan sedang menjalani latihan Industri di
Wilayah Persekutuan dan minggu itu dia tidak dapat pulang ke Seremban kerana
baru minggu sebelumnya pulang bercuti dan adiknya yang bungsu Ahmad Fikri masih menuntut di sebuah universiti tempatan
dan hujung minggu ini dia tidak pulang kerana ingin menghabiskan tugasan yang
diberi. Tinggallah dia bersama kedua orang tuanya Haji Abu Bakar seorang pesara
guru dan ibunya Hajjah Fatimah merupakan suri rumah sepenuh masa..tetapi
sesekali mengambil upah menjahit baju jiran-jiran, terutama bila menjelang hari
raya. Sunyi memang terasa sunyi kerana dari mereka berempat bila sudah dewasa
tinggal dia seorang dirumah…itupun kerana dia bekerja diSeremban dan tempat kerjanya tidak jauh dari rumah ibu
dan ayahnya.
“Kenapa bu… ibu nak Han
tolong apa?.”
“Duduk sinilah kita
berbual-bual sementara tunggu ayah kamu tu balik.” Setelah anaknya duduk di
kerusi bertentangan dengannya..Hajjah Fatima memulakan bicaranya, di tangannya
memegang sehelai kain untuk dijahit.
“Ibu nak tanya hari
Ahad ini Han tak pergi mana kan?.” Lembut Hajjah Fatimah menyoal anaknya yang keduanya
Ahmad Farhan untuk memastikan anaknya tidak kemana-mana hari Ahad itu.
Hajjah
Fatimah lemah lembut orangnya, tetapi agak riuh sedikit mulutnya, terutama bila
dia mendidik anak. Berbanding suaminya yang agak pendiam dan garang. Maklumlah
dia seorang guru harus ada sifat ketegasan untuk mendidik anak-anak bangsa yang
akan mencorakkan masa depan negara suatu hari kelak.
“Alah bu.. macam ibu tak tahu Han
ni..Han nak pergi mana lagi.“Hajjah Fatimah maklum anaknya yang seorang ini
memang jarang keluar rumah berjumpa kawan-kawan.
Masih
di ingat semasa anak-anaknya masih remaja..anak jiranya juga remaja, seperti
anak-anaknya, ibu-ibu mereka mengeluh bimbang semua anak-anaknya sudah penuh
jadual rambunya ketika hari Sabtu dan Ahad almaklumlah cuti sekolah. Tetapi
anak-anak Cik Timah tidak pula… sampai jenuh dia menyuruh anak-anaknya keluar
ke bandar atau bejalan-jalan berjumpa kawan-kawan, jangan terperuk saja didalam bilik seperti
anak dara. Sedangkan mereka anak teruna.
“Hari Ahad nikan anak En. Mail tu
kahwin..Zaki tukan kawan Han masa sekolah rendah ..kita pergi ye.”
“Tenguklah dulu.” jawab Farhan pendek
dia menyandarkan dirinya kesofa yang didudukinya.Tangannya dibelakang
kepalanya.Kedengaran malas sahaja jawapanya.
“Jangan lah macam tu..pergilah..kita ni
hidup berjiran kena bercampur dengan
orang, nanti kita tak kenal orang dan orang pun tak kenal kita. Lagi pun Zaki
tukan kawan Han, tak elok kalau tak
pergi ..nanti kalau Han kahwin tak ada siapa yang nak datang.” Itu nasihat Hajjah Fatimah kepada nak
bujangnya yang seorang itu.
Sememangnya Farhan liat untuk bertemu dan
beramah mesra dengan orang yang tidak dikenalinya. Susah rupanya mendapat anak yang pemalu dan
pendiam lebih-lebih lelaki. Dia hendak memadankan dengan anak dara orang pun jadi ragu-ragu
takut anaknya tidak pandai meyesuaikan diri dengan keluarga mertuanya
kelak. Itulah yang ada dibenak Hajjah Fatimah tentag anak terunanya yang ada
didepan matanya.
“Ialah Han pergi esok “ janji Farhan mengalah. Dia mengiakan juga kata-kata ibunya untuk meredakan resah
ibunya,., kata-kata ibunya kalau disanggah
makin panjang syarahannya.
‘Ahh
kesitu pulak ibu ni..bila pulak orang nak kahwin calon pun tak ada’ detik hati
Farhan. Walau rasa keberatan dia terpaksa juga mengikuti kata-kata yang
merupakan arahan dari ibunya.
Yang
sebetulnya Farhan tidak berapa suka pergi kerumah orang kenduri kahwin. Dia
malas dan jemu mendengar pertanyaan dari kawan-kawan ibu atau ayanhnya yang
bertanyakah hal dirinya yang belum bertemu jodoh, sedangkan jika dikira umurnya
sudah cukup sesuai untuk dirinya berumahtangga. Dia selalu mendengar
kawan-kawan ibu atau ayahnya bertanya…
“ Apa khabar Hajjah Timah… kenduri
rumah Hajjah bila lagi..yang ni yang
nombur dua kan.”Yang sebetulnya Farhan sering juga menemani ibu dan ayahnya
kemajlis khenduri kahwin rakan-rakan ibu atau ayahnya kerana hanya dia yang
tinggal dengan kedua ayah dan ibunya. Dia juga yang akan menjadi pemandu jika
ayah dan ibunya berpejalanan jauh. Abang dan adik-adiknya sudah tinggal
berasingan.
“Yang ini memeng belum lagi..entah lah
bila kak Som..esok kalau dah ada jodoh
dan tentu harinya saya jemputlah kak Som makan nasi minyak bawah kemah. ”
Itulah juga jawapan ayah atau ibunya kalau orang bertanya.
Jemu
dia mendengar pertanyaan-pertanyaan seperti itu. Padanya bukan dia tidak mahu
mendirikan rumahtangga..tapi belum ada lagi gadis yang tersangkut
dihatinya..lagi pun dia begitu malu untuk memulakan satu perhubungan bersangkutan hati antara lelaki dan peremuan.
Aduh mengapakah dia menjadi seorang pemuda yang begitu malu kepada perempuan.
Sang
mentari hari Ahad seperti yang dijanjikan muncul juga. Pagi lagi ibunya sudah
mengingatkan agar dia tidak kemana-mana
supaya mereka dapat memenuhi jemputan kenduri kahwin jiran setaman mereka.
Hampir pukul satu tengahari mereka tiga
beranak mengatur langkah kerumah pengantin lelaki. Kedudukan rumah pengantin lelaki
tidak jauh dari rumah mereka, hanya
berlainan lorong sahaja. Mereka bertiga hanya berjalan kaki sahaja
menuju kerumah pengantin.
Tidak
berapa jauh dari simpang masuk kerumah pengantin, mereka terserempak dengan sebuah keluarga.
Kedua ibu dan ayahnya berhenti dan bersalaman dengan jiran mereka juga yang
telah selesai makan dan ingin pulang
kerumah mereka. Mereka terdiri dari empat orang . Mungkin pasangan lebih kurang sebaya dengan kedua ibu dan ayahnya. Sepasang lagi seorang pemuda dan seorang gadis. Mata Farhan
terbeliak sedikit kerana terkejut..hatinya
pula turut berdebar memandang sigadis. Sigadis
yang bertubuh kecil..jika dibandingkan dengan lelaki muda disebelahnya kerana lelaki muda disebelahnya mungkin menyamai ketinggian dirinya. Sigadis
bertudung labuh dan bercermin mata. Dari
pandangan mata Farhan menganggarkan sigadis masih bersekolah lagi mungkin dalam
tingkatan empat atau lima wajahnya pula
mirip sigadis dipakir motosikal ditempat kerjanya. Sigadis berdiri dibelakang ibu dan ayahnya tetapi tidak pula memandang
arah dirinya, dan tidak juga menunjukkan
yang mereka saling mengenali satu sama
lain.
“Baru nak pergi ke kak Timah.” Tegur
wanita nampak seperti sebaya ibunya.
“Ye baru nak pergi, Ani dah sudah ke?…
kami nak tenguk pengantin kalau pergi cepat.. nanti lama pulak tunggu
pengantin”.Itulah satu sikap Hajjah Fatimah jika kerumah kenduri khawin mesti nak tengok
pengantin bersanding..entah apa yang istimewanya Farhan pun tidak tahu.
“Kami dah sudah ni ..balik dululah ye.”
Mereka bersalaman termasuklah sigadis tadi menyalami sambil mencium tangan ibunya.
Itulah gadis Melayu yang penuh dengan adat dan sopan santun. Tidak kira ibu siapa mereka akan
bersalaman dan mencium tangan orang yang lebih tua tanda hormat.
Hati
Farhan berbunga ceria..senyumnya walaupun ditahan tetap terlukir juga di bibirnya.
Tidak terasa makan lauk dirumah pengantin
sedap ketidak, habis melalui kerongkongnya tampa sedar. Ditubir matanya
hanya terpandang bayangan wajah sigadis yang baru dipandangnya tadi. Pada
taksiran Farhan jika wajah mereka seiras
tentu mereka ada hubungan rapat, adalah peluang dia bertanyakan hal
sigadis kepada ibunya nanti. Serasa tidak sabar rasa ingin ingin tahunya
berkenaan sigadis tadi. Dia akan berusha menyiasat hal berkenaan gadis tadi
dengan ibunya. Tentu ibunya mengenali sigadis diparking motosikal
tempuhhari..jika ibunya mengenali keluarganya.
Sepulangnya dari rumah pengantin belum
sempat sampai kerumah lagi, Farhan sudah memulakan misi siasatan kepada ibunya.
“Ibu….rasanya ada seorang lagi anak perempuan Haji Rasid tu
kerja kat hospital kan bu.” Farhan mengajukan soalan kepada ibunya, ketika mereka berjalan pulang.
“Ehh ..yang ibu tahu anak Haji Rasid
perempuan seorang saja..yang tadi tulah.”
“Ye ke ?..tapi yang tadi tu nampak macam
budak sekolah lagi..yang lelaki tu mungkin abang dia.”
“Kamu ni Han… jiran sendiri pun kamu tak
kenal..dia bukan jauh sangat dari rumah kita..hanya selang sepuluh buah rumah saja dari rumah kita. Bertuah
betul anak ibu ni.. Yang lelaki tukan anak Haji Rasid yang bungsu..tak salah ibu
dia sekolah ditingkatan enam kat sekolah lama Han. Kata ibunya dulu..dia tu tak
mahu masuk matrikulasi atau ambil diploma sebab tak mahu tinggalkan ibu dan ayah
dia. Rasanya ada dua lagi abang dia..sorang kat Miri dan sorang lagi kat
universiti Malaya.Yang pempuan tu kakak diaoranglah, kalau tak salah.”
“Ohh ye ke bu, jadi berapa umur dia tu…
budak perempuan tu ke yang selalu lalu depan rumah kita dulu bu?.”
“Ialah budak perempuan yang ada dua
boduguard Han kata dulu..nama dia tak salah Fatin Najihah..tapi ibu dia panggil
kakak..dan jiran-jiran kita termasuk ibu pun panggil dia kakak.”
“Ohh macam tu..Han tak tahu pulak,.”
“Itulah..dengar cakap ibu.. Han perlu
keluar jumpa kawan-kawan..ambil tahu sedikit dunia luar..ni jiran sendiri pun
tak kenal ..Han ada terjumpa dengan kakak tu ke kat Hospital?”
“Han ada terserempak dengan sorang budak
perempuan muka sebiji macam dia ingatkan kakak dia yang kerja kat hospital tu ..itu
yang perasan tadi bila nampak muka dia .. ingatkan kakak dia..rupa nya memang
dia..dia pergi kerja naik motor bu.”Farhan bercerita kepada ibunya.
Ayahnya
hanya mendiamkan diri mendengar isteri dan anaknya bercerita. Tetapi terdetik
juga dihati Haji Abu Bakar dengan perubahan yang sangat besar pada anak yang
seorang ini. Tidak pernah Farhan megambil berat atau mengambil tahu tentang
mana-mana gadis. Apakan gadis itu nampak istimewa dimata Farhan sehingga dia begitu
bersungguh-sungguh mahu menyelidiki. Dan yang paling ketara sudah tidak malu
lagi Farhan membicarakan tentang seorang gadis dengan ibunya.
“Mak cik Fiza kata kalau dapat anak-anak
Haji Rasid tu bertuah..tak kira yang perempuan ke yang lelaki ke.”
“Kenapa pulak bu..habis kalau dapat anak
Hajjah Timah dengan Haji Bakar ni tak bertuah ke?.”
“Bertuah juga kan ayahnya..dah lah kacak,,berbudi
bahasa, ilmu ugama penuh didada. Kalau jadi suami dan ayah orang, tentu jadi
suami dan ayah mithali. Penuh dengan kasih sayang dan penyabar… betul tak
ayahnya.” Kembang juga hati Farhan mendengar kata-kata ibunya tapi sekejap saja,
bila mendengar jawapan ayahnya dia tahu jawapan untuk mengenakan dirinya..
“Ialah bertuah sangatlah tu..tapi yang
sayang pemalu..kalau perempuan tak apalah..ni lelaki macam Han. Han..yang mencari jodoh ni lelaki, bukanya
perempuan… orang perempuan ni tunggu saja jodohnya datang..kalau Han tak cari
dari sekarang macam mana nak kahwin..kawan Han Zaki tu dah pun kahwin, anak
ayah ni entah bila pulak. Ayah dan ibu carikan nak…tanya sepupu kamu tu pun
boleh juga kan ibunya.”
Dalam
perjalan pulang dari rumah pengantin sempat
lagi mereka bertiga beranak berbincang, sambil berjalan perlahan-lahan. Isunya isu berat..isu
menjari jodoh Farhan pula. Di hati kedua ayah dan ibunya berkobar-kobar, bila
jiran setaman mereka mererima menantu mereka pun teringin juga. Lagi pun anak
kedua mereka sudah menjangkau usia dua puluh lapan tahun. Sudah tiba masanya
dia mempunyai pasangan hidup.
“Tunggulah ayah biar Han cari sendiri
dulu..kalau setahun dua ni tak dapat juga, barulah ayah dan ibu carikan”.
Farhan rasa keberatan menerima cadangan ayahnya..kerana dihatinya sudah ada
rasa suka pada anak dara Haji Rasid.
Farhan
mula terbayang senyuman manis sigadis yang
mempunyai lesung pipit disebelah kanan tempuh hari. Walaupun baru sekali dia
terpandang namun manisnya senyuman Fatin Najihah sudah terpahat dihatinya. Alangkah bahagianya jika
selalu mendapat memandang senyuman yang menjadikan ketenagan dijiwanya. Farhan
sudah menanam azam rasa ingin memiliki gadis yang masih jauh dari jangkauanya.
Dia akan berusha menggapai aganannya.
“Ibu kenapa makcik Fiza kata bertuah
kalau dapat anak Haji Rasid tu.” selidik Farhan lagi, rupanya dia masih memikir tentang sigadis yang sudah mencuit hatinya..siapa
lagi kalau bukan anak dara Haji Rasid.Gadis yang baru sahaja diketahui
asal-usulnya.
“Ialah..Makcik Fiza kata anak-anak Haji
Rasid dan Hajjah Ani tu baik-baik, pandai jaga diri pandai pulak kedapur dan
tak liar. Makcik Fiza kata selama dia berjiran dengan mereka tak pernah nampak anak lelakinya
bawak kawan perempun dan anak perempuanya bawak kawan lelaki balik rumah, kalau
ada pun yang datang ramai-ramai masa ayah dan ibu mereka ada. Masa kedua ibu
dan ayah mereka pergi haji..mereka duduk sesama mereka sahaja, tak payah ada orang nak tunggukan…makan, pakai
mereka sama-sama mereka saja yang uruskan.
Tenguklah anak gadis mereka tadi, walaupun dah kerja masih lagi pakai tudung
labuh. Han tak pandang tadi..mana ada dia pakai alat solek, gincu bibir dia pun
ibu tak nampak. Lagi pun Han, anak-anak mereka tu bukan jenis yang sombong mereka hormat orang tua, kalau terserempak
mesti dia orang senyum dengan kita. Betul tak ayahnya”. Hajjah Fatimah cuba
mempromosi anak Haji Rasid terutama yang sigadis. Dia mengharapkan agar sigadis
tadi dapat memikat hati anak bujangnya
di sebelahnya.
Jika
Hajjah Fatimah dan Haji Bakar tahu apa azam anak bujang disebelahnya mahu mereka
terlompat-lompat kesukaan. Farhan hanya mendiamkan dirinya sahaja.. tetapi
hatinya tidak sabar menanti kemunculan matahari hari Isnin esok.
No comments:
Post a Comment