Orang
Melayu naik perahu,
Sedang
berdayung hujan gerimis,
Hancur
hatiku abang tak tahu,
Mulut
tertawa hati menangis.
Walau
pun hubungan mereka hanya perhubungan
jarak jauh, melalui SMS dan panggilan talefon sahaja..tetapi lama kelaman
menimbul rasa mesra dihati masing-masing. Sudah rasa ingin selalu bertanya
khabar menyelubungi dihati. Dalam
kesibukkan hari masih sempat lagi membayangkan wajah. Itulah hakikat hati. Entah mengapa itu pula
yang sering timbul dibenak mereka … Itukah rindu yang menerpa hati?? Ketika
mereka berhubungan tidak kiralah SMS atau sesekali panggilan, Farhan sering
membayangkan keyuan wajah Nur Saleha ketika diuniversiti dulu.Timbul juga rasa
kesal dihatinya akan sikap Nur Saleha yang dulu..dia selalu bertanya mengapakah
Saleha tidak pernah mahu menegur dan memberinya peluang. Jika tidak sudah tentu
mereka sudah lain jadinya.Tentulah mereka sedang berbahagia dengan anak-anak sebagai penyeri rumahtangga
sekarang ini. Dan yang lebih penting bagi Farhan
jika dia yang berdampingan dengan NurSaleha
dia tidak akan menjadikan dirinya bergelar janda seperti sekarang ini. Farhan sudah terapung
diangkasa…mindanya tidak berpijak dibumi nyata. Farhan oh Farhan sedar..cepat
sedar.
Bagi
Saleha dahulu hati nya memang bukan
untuk Farhan, dia menjauhkan diri kerana tidak mahu memberi sebarang harapan
untuk Farhan dan dia tidak mahu dirinya serba salah jika dia mempunyai dua
pilihan. Tetapi sekarang dia cuba mencari ruang… mencari peluang meneruskan
perasaan Farhan yang terbantut untuk mengisi kesunyian yang mendakapnya dirinya
kini. Adakah dia dikatakan mengambil
kesempatan..kesempatan diatas rasa suka Farhan suatu ketika dulu, untuk
memenuhi kesunyian yang dilaluinya kini.
Sebenarnya
NurSaleha belum bersedia untuk hidup sendiri. Permintaan dirinya dilepas hanya
kerana rasa sakit hatinya sahaja.Tidak disangka.. suaminya begitu tega
melepaskan dirinya dengan hanya
permintaan yang tidak bersungguh. Setelah bercerai dengan suaminya kehidupanya terasa kosong dan tidak berarti.
Dia tercari-cari teman untuk mengisi kekosongan itu. Kebetulan Farhan mahu mendengar dan melayaninya curahan masaalah dirinya yang kekosongan. Terasa
terisi kekosongan yang mendakap dirinya. Makin lama makin biasa dan makin mesra
perbualan mereka, walaupun hanya ditalian
telefon..dia merasakan ada keserasian antara dirinya dan Farhan. Harapan
bahagia mula membina, jauh disudut hatinya. Saleha cuba meraih kasih dari
Farhan. Sementalah dia tahu dahulu ketika mereka masih belajar di Universiti
Farhan ada menaruh hati kepadanya. Masih adakah
harapan itu untuknya. Belum cuba belum tahu.. itulah detik hati Nur
Saleha.Itulah tekad NurSaleha. MENCUBA..
Perubahan pada diri suaminya
disedari oleh Fatin. Kini suaminya akan membawa kemana sahaja telefon
bimbitnya. Jika dia sedang mandi atau didalam tandas telefonya akan diletakkan
ditempat yang selamat dari jangkauan sesiapa. Mengapa agaknya?..dulu tidak pula
begitu, telefon bimbit diletakkan merata tempat, hingga Fatin pula yang risau
jika anak-anaknya bermain dengan telefon ayahnya. Diwaktu malam pula Farhan
berdahuluan untuk menidurkan anak-anaknya. Kadang terlihat sikap yang tidak
sabar-sabar untuk meyuruh anaknya yang besar masuk kebilik tidur. Sekarang ini suaminya suka berlama-lamaan dididalam
bilik tidur anak-anaknya. Fatin didalam bilik mereka memerhati jam locing
diatas kepalanya… sudah pukul 1130 malam suaminya masih belum masuk kebilik
mereka. Kini sudah menjadi kebiasaan waktu tidur suaminya agak lewat dari waktu
dahulu..sewaktu dia belum mula berSMS. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik
tidurnya dibuka perlahan dari luar, dia tahu suaminya sudah habis berSMS. Dia
pura-pura tidur dengan nyenyak.
Dirasakan suaminya perlahan merebahkan
dirinya, mungkin takut dirinya terjaga. Suaminya tidak memeluknya seperti
kebiasaan dulu. Fatin berdoa didalam hatinya ‘ Ya Allah Yang Maha mengasihani
tunjukkanlah kebenaran kepada ku”.
Fatin
sering memerhatikan gelagat baru suaminya.. Sudah ada rasa curiga dihatinya dan
sudah ada tindakkan untuk merisik kegiatan suminya. Dia pernah mengintai dicelah pintu tingkah
laku Farhan didalam bilik anak-anaknya ketika menidurkan anak-anaknya..dia
melihat suaminya begitu leka berSMS sambil sambil sesekali menepuk-nepuk punggung anaknya. Memek mukanya
pula ceria dan bahagia.
Pada
mulanya perhubungan Nur Saleha dan Farhan hanya sebagai kawan biasa sahaja,
teman bercerita mengisi kelapangan masa. Mengisi waktu dipihak NurSaleha yang
telah diceraikan oleh suaminya dua tahun lalu..Tetapi lama kelamaan timbul pula
harapan. Maklum dihatinya yang sedang
kosong dan mengharapkan pengganti... pengganti
yang dapat menceriakan hari-harinya.
Apa yang menjadikan NurSaleha begitu yakin setelah
dia mengenali Farhan ialah Keperibadianya..dulu
dia melihat Farhan seoraqng pemuda yang pendiam dan pemalu..dan nampak begitu
membosankan. Tetapi setelah mengenali Farhan rupanya Farhan seorang pendengar
yang begitu baik..kata-katanya penuh dengan nasihat. Baginya Farhanlah orang
yang paling sesuai untuk dirinya. Semasa di Universiti dahulu dia melihat
Farhan seorang yang lemah
lembut,bersopan-santun pemalu terutama pada wanita dan berpeganag teguh pada
ugama. Pada himatnya orang lelaki seperti itu tidak akan menduakan isterinya
dan tidak mempunyai banyak pilihan. Setelah dua tiga bulan berhubungan melalui
telefon dari cerita-cerita biasa hinggalah kemasaalah peribadi. Kini Farhan
menjadi pendengar dan penasihat kepada Nur Saleha. Pada Farhan dia bersimpati
terhadap masaalah dan penderitaan Nur Saleha. Sementelah wanita itu pernah
singgah dihatinya dulu. Jadi sebagai seorang kawan rasanya tidak salah memberi
perangsang dan sokongan moral agar masaalah dan deritanya dapat dikongsi
bersama, sekurang-kurangnya dapat juga dia meringankan tekanan sahabatnya setelah mereka berkongsi
masaalah. Itulah yang ada didalam
fikiran Farhan.
“You
kena sabar Saleha, Insyaallah suatu hari nanti you akan mendapat pengganti yang
lebih baik lagi.”
“Amin!!semoga
apa yang you cakapkan menjadi doa dan I
akan mengenggam kenyataan itu..terima kasih Farhan ada juga orang yang
bersimpati dengan I ni. I memang mengharapkan ada orang menemani I ni ..jadi
ibu tunggal ni susah, orang asyik pandang serong saja pada kita. Adakah satu
kesalahan menjadi ibu tunggal ni. I sebetulnya tak mahu jadi janda ..dari dulu
I nak elak tapi terjadi juga pada diri I”.
“Ialah
itu semua kuasa Allah..kita memanglah merancang yang baik-baik tapi kuasa Allah
siapa tahu, mungkin ada hikmahnya diatas semua yang terjadi.. jadi you kena
sabarlah.” Tetapi di akahir perbualanya malam itu Farhan sungguh terkedu dengan
permintaan Nur Saleha. Tidak disangka itu permintaan dari Nur Saleha..jika dulu itu permintaanya
sudah pasti Farhan tidak menunggu lama..
“Farhan
I nak tanya you satu perkara..tentang perkara yang dulu….“..lama Nur Saleha
terdiam sehingga Farhan bertanya kepadanya.
“You
masih kat situ ke..you nak tanya apa kat I tanyalah.. kalau boleh I jawab I
jawab..kalau tak boleh kita KIV dululah.” Ada nada bergurau dari Farhan bila di
menekan perkataan KIV..tujuan hanya satu untuk menceriakan sahabatnya.
“You
masih sudi ke pada I..lama I nak tanya tapi tak tertanya, I sedar I ni janda
anak tiga. Tapi I rasa.. hanya you yang boleh bahagiakan I Farhan.” Nur Saleha
nekad mencuba. Dia tahu Farhan seorang lelaki yang pemalu, dia tidak mungkin akan memulakan bicara soal hatinya, jadi dia yang cuba memulakan dahulu, untuk
menentukan nasibnya.
“You
tahu tak.. yang I ni dah kahwin. Yang di depan mata dah ada tiga orang anak I
dan tak lama lagi masuk empat, sebab
sekarang isteri I tengah mengadung 7 bulan lebih.”
“I
tahu ..Edlan dan Suhaila dah cakap dengan I ..tapi I bukan nak suruh you
ceraikan isteri you, I hanyaI nak menumpang kasih you saja.” Mengapakah dirinya
begitu terdesak sekali..sedang perceraian mereka dahulu kerana dialah yang
meminta, kerana ketika itu dia merasa tidak sanggup dimadukan. Tempuh setahun
menghirup madu suaminya terasa sungguh
menyiksakan hidupnya.. hatinya terlalu sakit menunggu suaminya datang
kepadanya. Dia merasakan suaminya yang seakan melupakan dirinya setelah
mendapat yang lebih baik dan lebih menarik dari dirinya.
..tetapi
kini dia tahu Farhan sudah mempunyai isteri dan anak-anak .. mengapa dia
merasakan masih boleh berkongsi kasih. Bolehkah dia bertahan dengan rasa yang
ditempuhi suatu ketika dulu..ketika dia dimadukan oleh bekas suaminya. Dia akan
mencuba itu azam NurSaleha..
“I
nak tanya… apa perasaan you bila you
dimadukan. Setahun jugakan you bermadu.”
“Memanglah
I rasa sakit hati bila suami I kahwin lagi, lama-lama I tak kisah tapi..isteri
baru dia yang tak suka dia dimadu ..jadi I yang kena cerai, sebab pada bekas
suami I, dia dah jumpa yang lebih baik dari I dan satu bidang pekerjaan. jadi dia rasa mereka saling memahami..itu
kata suami I. Yang sebenarnya I tak kisah kalau dimadu pun.. yang penting ada
suami yang dapat bekongsi waktu kita susah dan senang.” Yang sebenarnya pada
jawapan ini Nur Saleha tidak berkata jujur. Dia memberi masa setahun pada
dirinya mencari rasa manisnya madu..akhirnya dia akur dia tidak sanggup menahan
rasa perit cemburu bila membayangkan suaminya bermesra dengan wanita lain. Dia
tidak sanggup menanti suaminya datang kepadanya dan rasa curiga bila dikatakan
suaminya ‘ON CALL’ memanjang. Dia sudah tidak dapat memahami tugas suaminya
seorang doctor. Padanya jika ‘berdua
menyakitkan hati biar tentu dia seorang’.
Terkedu Farhan mendengar jawapan Nur
Saleha..betul ke begitu??..tetapi bagaimana pula dengan isterinya Fatin Najihah
relakah dia dimadu.
“Oklah
nanti I fikirkan..dah malam ni I nak tidur..esok I nak kerja you tak apalah
kerja sendiri, I ni makan gaji..assalamualaikum”. Malam itu tidur Farhan
bersama berbagai persoalan.
“Waalaikum
salam..sweet dream,kita jumpa dalam
mimpi ye.” Manja sahaja balasan akhir NurSaleha kepada Farhan. Farhan tersenyum..
ada rasa bahagia mengampung dihati Farhan. Maklumlah orang yang dia suka pada
suatu ketika dulu memperkatakan begitu.
Pada
suatu malam bila ditunggu suminya masih tidak masuk kebilik mereka sedangkan
hari sudah menginjak pukul duabelas setengah malam..sedangkan tadi anak-anak
mereka diusung masuk kebilik tidur dari pukul sembilan setengah malam lagi.
Mungkinkah anak mereka meragam dan masih belum tidur lagi. Untuk mencari
jawapan Fatin bangun mencari suaminya dibilik anak-anaknya, dia mengintai
dicelah pintu yang terbuka sedikit. Dia melihat keasyikan suaminya yang
sedang berSMS dengan seseorang sambil
tersenyum-senyum. Mungkinkah suaminya berSMS bersama Edalan rakan karibnya tapi
perlakuanya pelik sekali. Ketika itu kedua-duan anak mereka sudah tidur.
Untuk tidak kelihatan dia mengintai suaminya,
Fatin berlakon dengan lakonan yang mantap..dia
masuk semula kebiliknya, kemudian
keluar dengan pergerakkan membuka pintu yang sengaja dikuatkan seakan-akan dia baru sahaja keluar dari
biliknya. Dia kebilik anak-anak yang ada Farhan didalamnya..dia pura bertanya
dengan perlahan.
“Diorang
dah tidur ke??..”
“Dah.”
Farhan menjawab sepatah sambil meletakkan telefon bimbitnya disebelah jauh dari
mata isterinya. Dia tidak mahu kelihatan sedang berSMS dengan seseorang. Jika
begitu perlakuan suaminya sah dia bukan beSMS bersama Edlan detik hati seorang
Fatin Najihah.. seorang isteri yang mula curiga.
“Kenapa
Ha tak tidur lagi?” Farhan bertanya perlahan, dia juga berlakon.. supaya
kononnya anak-anaknya yang baru sahaja
tidur tidak terjaga semula. Farhan tidak melihat jam didinding yang telah
menunjukkan hampir pukul dua setengah malam. Farhan tidak sedar dia sudah hamper
tiga jam dia dibilik anak-anaknya berSMS. Dia tidak menyedari isterinya
tahu anak-anaknya sudah lama terlena
kerana sudah hamper tiga jam Farhan didalam bilik itu. Itulah sebabnya Fatin
mencarinya..Ialah kalau sudah berSMS apatah lagi berSMS dengan orang di sukai
tidak terasa waktu berlalu.
“Dah
tidur tadi, bila terjaga rasa nak buang air kecil pula.” Jawap Fatin selamba
tiada terpamir wajah yang mencurigai suaminya.
Sejak
kandunganya mencapai usia enam bulan, Fatin sering terasa hendak buang air
kecil sahaja. Mungkin kedudukan kadungan yang menekan pundi-pundi kencingnya.
Dia terus sahaja ke tandas. Farhan pula menyambung SMSnya yang terkendala dan
memutuskan talian selepas itu. Ada juga terdetik dihatinya perlakuanya akan
disedari oleh sang isteri. Tetapi bila dia terpandang jam didinding hatinya
jadi berdebar terus sahaja dia beredar
masuk kebiliknya, mahu berlakun sudah tidur sebelum isterinya keluar
dari bilik air..dia takut disol siasat oleh isterinya nanti.
Ketika Fatin masuk semula kebiliknya dilihat
suaminya sudah terbaring dan memejamkan matanya. Walaupun dia tahu suaminya
pura-pura tidur namun dia tidak jadi bertanya kemuskilan yang bersarang
dihatinya. Dia tidak mahu memanjangkan cerita ditengah malam, akhirnya dia juga
turut merebahkan diri perlahan agar suaminya tidak terganggu. Fatin mula
mencurigai suaminya.. tetapi kemanakah dia akan bertanya kemuskilan itu. Untuk
dia bertanyakan kepada kedua orang tuanya itu tidak mungkin..di tidak mahu
dituduh manja dan suka mengadu. Dia tidak mahu bersikap kurang matang sedangkan
dirinya sudah beranak empat. Diadalam hatinya memohon supaya ditunjukkan akan
segala kebenaran.
==================
Seperti
biasa di hujung minggu Farhan dan Fatin membawa anak-anak mereka ke dua rumah
datuk dan nenek mereka, ditaman dan lorong yang sama. Kini hanya pada hujung minggu sahaja Farhan
kerumah kedua ibu dan ayah mereka..masa mereka kini lebih banyak dirumah mereka
sendiri, kerana itu lebih bermakna kerana waktu cuti masa mereka mengeratkan
rasa kasih dan sayang.
Selepas
Asar mereka bertolak.Tetapi pada Farhan, kunjungan dia membawa hajat. Dia ingin
meminta pendapat ayanhnya jika dia hendak berkahwin satu lagi ‘tambah cawangan’. Ketika dia melintasi
rumah keluarga Fatin dilihat ayah dan ibu mertuanya sedang berkemas dihadapan rumah. Anak-anaknya
sudah menjerit-jerit bila melihat datuk dan neneknya..sebaikFarhan menhentikan
keretanya anak-anak mereka tidak sabar
keluar keluar dari kereta, mereka
bersalaman. Ayah merutanya menghentikan kerja-kerja mengemas, mereka berbual
seketika.
“Jomlah
kita masuk Farhan..” ajak ayah meretuanya.
“Tak
payah lah ayah kejap saja ni ..saja nak bawa budak-budak ni berjalan, cadangnya
sebelum magrib ni kami nak balik ayah.”
“Oh
ialah..”
Tetapi
anaknya yang kecil yang sudah pun berumur setahun lebih terkedek menuju ke
dalam rumah datuk dan neneknya.
“Ha
masuklah tenguk tu Aman dah nak masuk tu..abang nak jumpa ibu dan ayah kat
bawah..nanti Ha turunlah ye..sebelum Magrib kita balik tau. Ayah Han nak turun
bawah kejap jumpa ayah kat bawah pulak.” Farhan memerhati langkah isteri dan
anaknya hingga kepintu pagar mertuanya. Sebelum masuk Fatin menoleh kearah
suaminya yang memerhati diri dan anak-anaknya.
“Nanti
Ha turun..” katanya tanda dia faham kata-kat suaminya sebentar tadi. Semua
anak-anaknya mengikuti ibu mereka masuk kerumah ibu dan ayah mertua. Sudah
menjadi kebiasaanya begitu. ..Kemudian dia meneruskan langkahnya kerumah
ayahnya dibahagian bawah bukit.
Farhan
menuju kerumah ibu dan ayahnya, hanya berjalan kaki sahaja dia ingin bertanya pendapat
ayahnya tentang hajat hatinya, berpoligami. Ketika itu Haji Bakar sedang
mengembur tanah ditepi rumah. Tanah yang ada sedikit ditepi rumahnya dimenefaatkan
dengan menanam sedikit sayur-sayuran serai dan kunyit. Subur tanaman Haji Bakar
kerana berjaga dan di bubuh baja setiap sebulan. Farhan menghampiri ayahnya dan
memberi salam. Ibunya didalam rumah mungkin sedang menjahit tempahan. Hajjah
Timah berkebolehan menjahit baju. Untuk mengisi masa lapangnya, dia mengambil upah menjahit baju kurung
jiran-jiran yang memina tolong kepadanya. Dia hanya mengambil upah menjahit
baju kurung sahaja. Katanya dia tidak akan mengambil tempahan jika baju yang
menunjukkan bentuk badan, kerana dia tidak mahu turut menanggung dosa orang
yang mempamirkan bentuk tubuh. Itu kata Hajjah Fatimah.
“Assalamualaikum..ayah.
“Waalaikumsalam…cucu-cucu ayah mana tak ikut
ke?”
“Ada
kat atas tu ..tadi nampak ayah dan ibu kat atas tu berkemas depan rumah
turunkan mereka kat sana, sekejap lagi datang sinilah agaknya..Han baru saja
sampai.. saja nak bawak budak-budak tu berjalan nanti sebelum magrib kami baliklah.”
“Ohh”.
“Yah!
Han nak tanya satu perkaralah .“ Farhan terus saja keperkara yang hendak
ditanyakan kepada ayahnya ..ditakuti kalau terlambat nanti isteri dan ibunya
akan menjengah mereka ditepi rumah pula.
“Tanyalah
..ayah dengar ni.” Haji Bakar meneruskan juga pekerjaannya.
“Kalau
Han kawin satu lagi..apa pendapat ayah.” Bagai terhenti jantung Haji Bakar mendengar
pertanyaan anaknya yang seorang ini. Bimbang Haji Bakar datang lagi, soalan ini belum didengari oleh isterinya lagi, kalau isterinya yang mendengar.. tidak dapat Haji Bakar hendak membayangkan…
nasib tak baik dia juga akan menerima tempiasnya juga. Ilah orang perempun ni
mana boleh dengar bab madu bermadu.. Farhan oh Farhan... Haji Bakar memberhentikan kerja-kerjanya.
Perkara ini lebih penting dari mengembur tanah. Dia memandang anaknya Farhan
tidak berkelip.
p/s; Mak Teh nak Tanya tak kiralah anda lelaki
atau pun wanita.. pak/mak dara atau pun anak teruna/dara… Anda sekarang di
tempat pemerhati…Patutkah Farhan mengambil Nur Saleha yang perlukan seorang
suami. Ingat nikah bukan percubaan…
tak patut. Sian Fatin. Saleha tu nak ambil kesempatan je.
ReplyDeletememang x patut.. mak bapak kena pandai memainkan peranan
ReplyDeleteTak patut kerana Farhan tidak mampu dari semua segi.. Dgn anak2 sendiri sesuka hati mem'binatang'kan.. Sorang isteri pon tak pandai nak jaga hati inikan pula nak tambah isteri. Tinggal pon masih di rumah sewa lagi, mcm mana nak tanggung 2 isteri.. Istikharah lah Farhan..!!
ReplyDeleteOrang lelaki klu hati dah nak susah juga..mak teh tahap emak-emak akan mengushakan jangan sampai Farhan berpoligami.
ReplyDeleteklu Farhan nak sgt Saleha tu bagi je lah Mak Teh... create hero baru yg lebih bagus utk Fatin. biar padan muka Farhan... hehehe
Deletehahaha..yer x juga... tp kalau boleh kekallah rumahtangga. dugaan rumahtangga
DeleteJangan suka tukar-tukar..tukar partner ni bukan macam tukar kain baju..salah pilih dapat yang lagi teruk..tapi apa pun kita fikir anak-anak..bukan semua orang boleh nak terima anak orang...tak kiralah lelaki ataupun wanita...
ReplyDeleteSalam. Pada pandangan saya Farhan tak patut mengambil Nur Saleha. Dia pernah bermadu tetapi kenapa tidak mampu bersabar dan redho dengan suaminya terdahulu. Manakala Fatin sangat penyabar dan rasanya sabarnya melebihi Nur Saleha. Cara Fatin melayan Farhan dan anak-anaknya memang menandingi Nur Saleha. Apa yang saya rasakan Farhan sebenarnya terikut-ikutkan perasaan semasa di alam belajar. Dia sendiri tidak pernah bersemuka dengan Nur Saleha yang masa kini takkan begitu mudah mahu membuka cawangan baru. Nampaknya Nur Saleha tidak belajar dari kesilapannya yang lalu. Jika suami mencari isteri baru dan sanggup menceraikannya kerana isteri baru lebih baik dari dirinya sepatutnya beliau memuhasabah diri sendiri sebelum berniat ingin menjadi isteri kedua Farhan. Adakah Nur Saleha ingat kasih suami sentiasa kepada isteri muda? Belum tentu. Apa yang saya lihat Farhan adalah suami yang ingin dilayan 24 jam. Mampukah Nur Saleha melayan Farhan, bukan mengikut nafsu yang kesunyiaan sahaja tetapi keperluan dalam semua hal. Mampukah Nur Saleha melayan Farhan yang manja itu, kerana Farhan terlebih manja dari isterinya. Sikap Farhan suka isteri berdikari mampukah Nur Saleha melayan Farhan melebihi apa yang Farhan perolehi dari Fatin. Jawapannya tidak. Saya tidak fikir Farhan mahu bertukar pasangan tetapi merasai nikmat beristeri lebih dari satu pada hakikatnya serba-serbi tidak mampu. Bagi Fatin pula saya lihat beliau pasti mampu menjaga anak-anaknya walaupun tanpa Farhan. Orang kata orang mabuk asmara ni tak boleh ditegur semua pendapat orang salah. Jika Farhan berkeras hendak mengahwini Nur Saleha biar mereka bertemu enam pasang mata terlebih dahulu dan temukannya dengan semua anak-anak Farhan. Beri peluang pada Fatin untuk mengajar dan menguji si Nur Saleha ini mampukan dia menjadi isteri Farhan. Dalam situasi ini saya memenangkan Fatin. Kawan-kawan Farhan yang mengenali Nur Saleha pun patut mengajar Nur Saleha dan Farhan ni. Maaf ya, saya bukan mengikut perasaan tetapi apa yang diceritakan di novel ini memang berlaku dalam masyarakat kita bahkan mungkin keluarga kita sendiri.
ReplyDeleteSaya hendak bertanya juga perkembangan novel Jangan Ada Rahsia dan Tidak Terkikis Kesalan Dihati, rindu rasanya nak tahu kesudahannya.
Deletebetul tu seri ayu
DeleteJangan la buat Farhan kawen dengan Saleha Mak Teh. Nanti macam JAR @pun TTKDH. Semua kisah orang laki menyesal sebab tak tau menghargai isteri pertama. Ni pendapat jer. Terpulang pada Mak Teh. Saya baca jer. ^_^
ReplyDeleteTerima kasih kerana membri komen panjang lebar..komen dari hati seorang perempunan..mak teh pun macm tu juga.. bab poligami sensitiv banyk..berkenaan cerita Jangan ada rahsia sememangnya dah tamat sampai bab40 saja..dan cerita TTKDH pula tunggu penerimaan dari penerbit..tapi kalau tak lulus mak teh akan siarkan sampai habis kat blog ini..terima kasih kerana masih menanti.
ReplyDelete