Lama sudah tidak bertemu,
Siksa sungguh dipeluk rindu,
Pujaanku jangan kau ragu,
Dikau sorang pantai kasih labuhan
cintaku.
Haji Rasid menceritakan pula apa yang diceritakan oleh Farhan
kepada isterinya Hajjah Noraini. Demi kerukunan rumah tangga anak perempuan
tunggal mereka… mereka berdua akan memujuk dan
menasihatinya.Tetapi tugas itu akan digalas oleh Haji Abdul Rasid
sendiri. Malam itu mereka berdua kebilik anak perempuan mereka.
“Kenapa
bersalin kali ni kakak duduk lama kat rumah ayah..Farhan tak nak jaga kakak
ke?”
“Taklah
ayah..kakak rasa kakak nak belajar berdikari.”
“Janganlah
macam tu kakak…kakak tak kesihan ke tinggalkan suami..kakak tinggalkan dia
sorang-sorang tak ada siapa nak jaga makan pakainya.” Fatin hanya menundukkan
wajahnya bila ayat itu yang keluar dari mulut ayahnya. Bila dilihat anaknya
tidak menjawab Haji Rasid meneruskan kata-katanya…
“Sejak bila
pula kakak nak belajar berdikari ni”. Fatin masih tidak mengangkat wajah sedari
tadi ..dia kelu mendengar soalan-soalan dari ayahnya. Kalau boleh pergeseran
antara dia dan suaminya hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Dia akan berusha
menyelesaikan masaalah rumah tangganya sendiri. Dia juga tahu ayah dan ibunya tidak akan memenangkan
dirinya.
“Kakak..kalau
kita suami isteri ada berselisih faham cubalah bincang elok-elok dan leraikan
dengan cepat. Duduk asing-asing ni akan menjadikan perkara kecil menjadi
bertambah besar..hal yang rasanya suam-suam nanti menjadi bertambah
panas..jangan sampai memakan diri sendiri dengan tidakkan kita yang tak
berfikir panjang. Sekarang kakak dah ada anak-anak fikirkan tentang mereka
juga, jangan fikir diri sendiri saja. Cuba
belajar memaafkan. Mungkin dengan memaafkan kita akan mendapat lebih banyak kebaikan.
Sekarang ni mungkin kakak nampak buruknya saja.. tapi mana tahu sebaliknya
pulak.” Nasihat seorang ayah yang sudah lama makan garam dan sudah matang
dengan asam garam rumah tangga. Jika tidak bagai mana ayah dan ibunya boleh
kekal menjadi suami isteri hingga usia sudah meniti senja. Mendengar nasihat
ayahnya yang seakan memihak kepada suaminya Fatin mula membuka mulut.
“Ayah ibu
sebenarnya Abang Farhan dah ada yang tunggu..lepas kakak habis pantang nanti ni, mungkin dia akan pergi pada
perempuan tu.” Fatin merasa hairan bila melihat ayah dan ibunya tidak terkejut
dengan penyataannya.
“Adakah Farhan cakap yang dia akan pergi pada
perempun tu?” soal ayahnya kembali. Haji Abdul Rasid sudah menjadi ketua
penyiasat untuk menyiasat kes anak perempuan tunggalnya.
“Dia cakap
dia tak akan pergi..tapi kakak susah nak percaya..sebab abang tak pernah nak
jujur pada kakak.”
“Tak jujur
macam mana?” soal Hajji Rasid, Hajjah
Nor Aini sebagai pemerhati hanya mendiamkan diri.
“Malam kakak
jatuh terduduk tu..perempuan tu ada call. Abang tak jawab masa tu, dia jawab
masa kakak dah tidur..kalau dia jujur pada kakak kenapa tak jawab depan kakak?”
Itu juga telah diterangkan oleh Farhan kepada ayah mertuanya.. dia juga telah
memberi sebab-sebab mengapa dia tidak menjawap dihadapan isterinya. Pada
Haji Rasid dia merasakan ada kejujuran
didalam cerita-cerita menantunya. Sebagai orang tua merangkap bapa mertua pula dia akan cuba menjernihkan
hubungan anak dan menantunya…InsyaAllah
“Mungkin dia
ada sebab, kenapa dia tak jawab depan
kakak..kalau dia tak jawab didepan kakak tak semestinya dia nak rahsiakan
apa-apa dari kakak... Kalau dah berkali-kali dia meyakinkan kakak,‘dia tak akan pergi pada perempuan tu’,
kakak cubalah percaya.Tak ada ruginya kalau kita percaya pada suami sendiri”.
Tambah Haji Rasid menguatkan lagi nasihatnya.
“Ayah
perempuan tu ada datang jumpa kakak masa kakak kat hospital..kakak tak tahu
adakah abang jumpa dia tapi pada kakak..perempuan tu memang mengharapkan abang
datang pada dia, lagi pun mereka dah lama kenal mereka satu kelas masa kat UiTM
dulu”.
“Ayah pun
tahu peremuan tu ada datang jumpa kakak..tapi Farhan tak jumpa dengan dia
dibelakang kakak.. dia jumpa masa perempuan tu depan kakak masa kat
hospital..sebab dia dah bagi kata putus malam yang kakak jatuh tu, dia tak akan pergi pada perempuan kawan dia tu.”
‘Semuanya ayahnya sudah tahu’ desis hati Fatin. Dia sudah tidak
tahu hendak mencari alasan untuk menyalahkan suaminyakepada ayahnya.Fatin hanya
mendiamkan diri. Kalau sudah ayahnya yang bersuara Fatin tidak dapat mengelak
lagi. Ayahnya seorang yang berpendirin tegas walau pun jarang bersuara tetapi
selalunya nasihatnya amat berkesan. Setelah ayahnya keluar dari biliknya ibunya
pula memberi pandagan..sedari tadi hanya berdiam diri memberi peluang Haji
Rasid melontarkan buah fikirannya untuk anak perempuan kesayangan mereka.
“Kakak betul
kata ayah tadi. Cuba percaya pada suami kita sendiri. Mungkin ini hanya satu
duagaan dalam rumahtanagga, kalau kita sabar kita akan mendapat kebaikannya.
Kita suami isterinya ni perlu ada sabar, bertolak ansur dan belajar
memaafkan.Kita yang perempuan ni, yang patut lebih banyak beralah untuk
kebaikan diri dan anak-anak kita sendiri kakak.”
“Kakak takut
dia tipu kakak..dia kahwin senyap-senyap.” Itulah yang ditakuti oleh Fatin
sebenarnya. Dia takut ditipu dan dihianati dibelakangnya. Kerana ditipu
sakitnya lebih berganda.
“Kalau dah
berkali-kali dia kata tidak..cuba lapang hati.. cuba percaya…Lagi pun kalau
kita isteri yang baik..InsyaAllah.. Allah akan tunjukkan kecurangan suami kita.
Yakinlah pada Dia, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Esok siap lah kita
balik rumah kakak ayah hantar. Kesihan suami kakak tu dia nak sama-sama susah
masa kakak dalam pantang ni..baliklah ye.”Dengan suara lembut Hajjah NorAini
memujuk. Fatin hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja, air matanya sudah
menitis laju. Ibunya memeluk untuk menenangkan anak perempuan tunggalnya. Dia
juga memahami perasaan anaknya ..perasaan seorang isteri yang terasa dihianati
kasihnya.Tetapi untuk kebaikkan dia harus berpandangan kearah yang lebih
positive. Jika didengar dari kata-kata suaminya tentang menatunya dan jawapan
anaknya sendiri..Hajjah Fatimah merasakan menantunya jujur dengan perkataannya.
Keesokkan harinya Haji Rasid suami isteri bersama besan
mereka Haji Bakar suami isteri menghantar Fatin kerumah sewa anaknya. Ketika
mereka sampai Farhan tidak ada dirumah. Dia bekerja hari itu, mungkin dia tidak
menyangka isterinya pulang kerumah hari itu. Setelah tolong mengemaskan rumah anak mereka lebih kurang,
dua berbesan itu pulang semula dengan membawa anak-anak Fatin dan Farhan yang tiga orang lagi. Itulah
kebiasaan dua keluarga itu, akan menjagakan cucu mereka ketika Fatin dalam
pantang. Farhan hanya menjaga isteri dan anak kecilnya sahaja.
Sepeniggalan ayah
ibu dan mertuanya Fatin mula memasak
untuk suami dan dirinya sendiri. Dilihat didalam peti sejuk, suaminya telah
menyediakan segala keperluan yang akan digunakan selama dia berpantang. Dia
mula mengeluarkan ikan tenggiri dan ayam
untuk masakkanya hari itu.
Bagi Farhan, ketika isterinya didalam pantang dia akan lebih
senang membelikan ikan tenggiri untuk makanan isterinya. Ikan-ikan lain yang
tidak gatal tetapi mempunyai tulang yang halus susah bagi isterinya nanti.
Seperti biasa ketika berpantang Fatin tidak makan makanan yang bergoreng dia
hanya merebus ikan tenggiri tadi dengan sedikit air asam jawa lada hitam dan bawang besar yang dihiris
kasar. Sayurnya pula dia akan memasakkan sayur bayam atau pun sawi sahaja.
Untuk suaminya pula Fatin memasakkan kari ayam bersama kentang.
Petang itu ketika Farhan pulang dari tempat kerjanya dia
disambut dengan kepulangan isterinya yang disayanginya.Isteri yang membuka
pintu didakap penuh kasih dengan ciuman rindu yang bertubi-tubi.
“Hmm..abang tak sangka Ha balik hari ni..pukul berapa samapi
tadi siapa yang hantar?”
“Dua-dua ayah dan ibu kita..pagi lagi mereka hantar Ha..makan
lah Ha dah masakkan abang kari ayam dengan kentang atas meja tu..tapi sebelum
tu pergilah mandi atau pun sekurang-kurangnya basuh muka dan tangan abang
dulunya kita ada anak kecil kat rumah ni”.Itulah kebiasaan pasangan itu
berpegang teguh pada pesanan orang tua mereka.Sebelum memegang anak-anak yang
masih kecil dikehendaki sekurang-kurangnya membasuh tangan dan muka. Jika inginkan
yamg lebih baik ketika membasuh muka bacalah selawat keatas Nabi kita tiga
kali.
“Ialah abang mandi dulu lah..anak dara kita Ha letak mana?”.
Denga wajah yang ceria Farhan menuju bilik mandi mereka didapur.
“Dalam bilik kita bang..abang masuklah dalam bilik air tu Ha
ambilkan tuala dan baju abang.”. Gembira tidak terkira hati Farhan.Jika dia
tahu isterinya pulang pasti dia mengambil cuti hari itu.Hatinya benar-benar
bahagia.Dengan senyumnya yang terukir dibibirnya dia melangkah kaki ke bilik
air.Selesai mandi dia melangkah kemeja makan.
“Kenyanglah perut
abang malam ni. Abang tak makan tengahhari tadi rasa macam tak selera pulak
tadi.” Fatin hanya tersenyum mendengar kata-kata dari suaminya.Dia memandang
suaminya makan dengan berselera sekali. Fatin berjalan perlahan menuju kebilik
tidur mereka bila mendengar rengekkan anak daranya mungkin minta disusui.
Ketika Fatin
sedang menyusui anaknya Farhan datang menghampiri.
“Sejak dia
lahir sampai dah dekat dua minggu lebih
anak dara abang ni asyik tidur saja kan Ha. Dah banyak dia menyusu.”
“Dia menyusu
sikit tapi dah agak kerap. Tak macam
mula dulu.. dahlah menyusunya sikit lepas tu tunggu kita suakan puting susu
baru dia menyusu lagi. Ni dah pandai merengek minta susu.” Farhan mengamati
wajah anak daranya.
“Dah nampat
berisi sikitkan..Nampaknya semua muka abangkan sayang.. kenapalah tak nak
terlekat wajah sayang..abang teringin nak tenguk anak kita yang ada mirip wajah
Ha.“
Fatin hanya
memandang suaminya dengan senyuman hambar.Dihatinya terdetik ‘mungkin ini adalah anaknya yang akhir
bersama Farhan’. Farhan menyedari perubahan riak isterinya walaupun dia
rancak mengajak isterinya berbual namun, dijawab hanya sepatah dua
sahaja..walaupun disulami dengan senyuman tapi senyuman dan pandangannya nampak hambar. Farhan rasa
sungguh terpukul bila diperlakukan begitu.
Mungkinkah kehidupanya selepas
ini akan sehambar seyuman isterinya. Mungkin
kehidupan seterus tidak seceria dahulu, sebelum dia berbalas massage dengan Nur
Saleha. Dia berazam tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Walau apapun dia
cuba bertahan dan bersabar sebolehnya demi keutuhan rumahtangga dan demi
anak-anaknya juga…kerana dia tahu ini adalah kesilapanya dari mula lagi.
Walaupun didalam pantang Fatin tetap melakukan kerja-kerja rumah
yang ringan-ringan seperti memasak, mencuci
pakaian dan membasuh pinggan manggkuk. Di tambah pula kini setiap hari Farhan
akan pulang kerumah untuk makan tenghari. Niat dihati Farhan pulang tengahhari adalah untuk menemani isterinya yang hanya tinggal
dengan anak yang masih bayi. Pada fikirannya tentulah isterinya akan bosan bila
seharian ditinggalkan, pada isterinya
makan sorang diri biarlah dia pulang
menemankan, lagi pun perjalanan dari hospital kerumahnya tidaklan begitu jauh.
Dia juga lebih suka makan masakkan isterinya dari makan diluar.
Walau kini isterinya sudah pulang kerumah namun hari Farhan
dari hari ke hari semakin suram. Hatinya dilanda musim salji dengan sikap
isterinya yang bagai ingin menjauhkan diri setiap kali didekati. Segala tingkah
dan perlakuan isterinya diperhatikan oleh Farhan. Dia tahu isterinya menyimpan
curiga dihatinya.. Setiap kali telefon bimbitnya berdering isterinya akan
cepat-cepat melarikan dirinya, dia akan masuk kebilik anak-anaknya atau kebilik
air atau pun kedapur untuk menjauh dari dirinya. Seakan dia tidak mahu
mendengar apakah yang dibicarakan ketika dia menjawap panggilan. Hatinya
menjadi sedeh bila dicurigai begitu Walaupun
begitu isterinya masih melakukan tugasnya dengan sempurna.
Malam itu ketika Fatin melayani
makan malam suaminya, anak kecilnya pula merengek mungkin minta disusui.
“Abang
makanlah Ha nak tenguk anak agaknya
lampinnya basah.” Fatin pergi kebilik tidur mereka untuk melihat anaknya yang
merengek. Selepas makan malam dan membasuh pingganya kemudian dia menyertai
isterinya diruang tamu. Isterinya sedang menyusui anaknya duduk dilantai yang
dialas dengan sekeping tilam nipis.Farhan duduk hampir disebelah isterinya lalu
memberi sebuah ciuman dipipi isterinya. Waktu-waktu dalam pantang yang
terdahulu selalunya mereka mengambil peluang sebegitu untuk bermesra tidak kira
dimana. Sementara anak-anak mereka yang lain dirumah kedua ibu dan ayah mereka,
peluang berduaan begitu sering dimenefaatkan untuk menjalin kemesraan antara
mereka. Farhan sering memeluk dan mencium isterinya sesuka hati. Tetapi tidak
berpantang kali ini sikap dingin isterinya amat dirasai.
“Sayang
terima kasih masakkan abang hari ini..tapi esok kalau Ha letih tak payahlah
masak untuk abang.” Fatin memandang suaminya, wajahnya nampak sedeh.
“Selagi Ha
masih isteri abang.. Ha akan masak untuk abang.”
“Kenapa Ha
cakap macam tu.” Fatin membetulkan duduknya.Kemudian dia menyambung kata-katanya.
“Rasanya
hari ini kita bincang tentang hal kita…Ha dah nak habis pantang ni dan Ha rasa
dah cukup kuat.”
“Apa yang Ha
fikir ni.”
“Macam
ni..Ha minta tolong sangat-sangat abang jujur dengan Ha jangan sekali-kali
abang tipu Ha..kalau abang dah nak pergi pada dia tolong lepaskan Ha dulu.”
“Kenapa Ha
cakap macam tu..nak berapa kali abang
cakap..baru Ha nak percaya.. abang tak akan
pergi pada siapa-siapa..abang tak akan pergi pada Saleha.”
“Kan hari tu
NurSaleha ada datang tentu dia dah bincang dengan abang”.
“Haa..abang
jumpa dia masa kat hospital masa didepan
Ha tu saja.. Abang tak pernah jumpa dia dibelakang Ha dan abang tak bincang apa
pun. Kan abang dah cakap.. abang dah bagi kata putus masa malam Ha jatuh tu...dia
balik Penang petang tu Edlan dan Su yang hantar pergi KLIA.. itu kata Edlan..
abang tak nak serabutkan kepala ambil tahu hal dia. Abang cakap jujur dengan Ha
memang sebelum dia balik dia ada call abang ajak jumpa tapi abang tak
jumpa, abang dah katakan keputusan abang malam Ha jatuh tu muktamad ..tak ada
perbincangan susulan.. kenapa Ha suka berprasangka buruk pada abang?”.
“Sebab Ha
tamakkan bang..Ha tamak diri abang dan kasih sayang abang..pada Ha..Ha tak mahu
kongsi. Kalau Ha kongsi baik Ha tak dapat lansung. Ha lebih rela dari Ha
ternanti-nanti abang datang pada Ha.”
“Sebetulnya
abang pun tak terfikir nak beristeri
dua… sebab abang memang tak mampu kehulu kehilir… penat.”
“Sebab
itulah lepaskan Ha dulu..Ha janji Ha tak akan minta apa-apa nafkah dari
abang…hanya kalau abang masih ingat anak-anak.. abang jenguklah..lagi pun rumah
keluarga kita tak jauh sangat..tentang nafkah anak juga abang jangan bimbang Ha
tak akan tuntut..Ha mampu menyara mereka”.
”Bila abang
kata abang nak kahwin lain. Hanya Ha isteri abang…kenapa Ha fikir sampai
kesitu.”
“Tapi dia kebahagiaan
abang.. Ha tak akan menyekat kebahagiaan
abang.”
Kini Farhan tahu betapa kerasnya
hati isterinya. Farhan buntu untuk meyakinkan isterinya bahawa dia tidak
berniat untuk mencari kasih lain selain kasih dan sayang isterinya yang sedia
ada.
Wajah Farhan yang muram tidak
bersemangat disedari oleh sahabatnya Edlan. Sahabatnya yang perihatin dan
selalu yang mengikuti perkembagan masaalahnya. Sejak NurSaleha muncul dalam
hidup Farhan, hari Farhan menjadi
mendung tidak pernah cerah seperti dulu.
“Assalamualaikum..kau
ok Han hari ini.”
“Waalaikumsalam..ok,
kalau tak ok pun hidup mesti diteruskan.”
“Tapi nampak
muka kau macam tak ok..kau berselisihh faham lagi dengan isteri kau.”
“Tidak
juga…tapi aku tenguk dia ni lain lah
Lan..sejak dia balik muka dia macam sedeh saja, jadi aku pun jadi sedeh juga.”
“Tak
apalah..sekurang-kurangnya dia dah ada depan mata kau dan tak merajuk lagi.”
“Aku rasa
dia dipaksa oleh ayah dan ibu dia balik..dia balik pun tak ikhlas. Walaupun
isteri aku tu anak perempuan tunggal tapi arahan ayah ibu dia tak pernah
ingkar. Dalam bab-bab macam ni ayah dia tak pernah bagi manja. Itulah sebabnya
dia balik juga. Tapi aku terkilan..aku tenguk dia tak ceria macam dulu. Dia
macam tak bahagia walaupun aku didepan matanya”.
“Saleha ada
call atau massage kau lagi ke Han.”
“Lepas dia
jumpa Fatin kat hospital hari tu petangnya dia ada call aku ajak jumpa.. dia
kata nak bincang. Tapi aku dah tegaskan pada dia..apa yang aku cakap malam yang
Fatin jatuh tu muktamad....sejak tu dia tak pernah lagi menghubungi aku.. aku
bersyukur sangat kalau dia dapat terima kata-kata aku tu. Aku doakan dia dapat
ganti suaminya secepat mungkin dan dapat yang lebih baik lagi dari bekas
suaminya.”
“Betul
tindakkan kau tu..aku setuju. Kita harus tegas Han. Kita ni lelaki kitalah
ketua… kita yang mengemudi dan menentukan arah bahtera rumah tangga kita. Han
aku yang sebetulnya nak tanya dengan
kau..masa Saleha jumpa Fatin kat hospital haritu. Ada tak perubahan sikap dia
pada kau..pertemuan tu tak bawa apa-apa kesan
pada Fatin ke?”.
“Kenapa kau
tanya macam tu?”
“Ialah masa
mereka jumpa hari tu aku tenguk isteri kau terkejut sikit..tapi lepas tu dia
layan Saleha biasa saja, tak menampakkan dia marah..lepas tu siap kenalkan lagi
dengan ibu kau..macam dia tak tahu cerita kau dengan Saleha saja”.
“Entahlah
Lan..sebetulnya orang seperti isteri aku tu lagi bahaya..makan dalam Lan. Dia
tak tunjuk kat orang Lan..tapi dengan aku ..dia dah tak percayakan aku. Aku
sebenarnya takut kau jemu dengar cerita aku ni..aku dah rasa letih sangat nak
cerita dengan kau..aku tak tahulah sampai bila rumahtangga aku boleh bertahan”.
Melihat kesengsaraan sahabatnya dengan kemelut rumah tangganya Edlan sangat
bersimpati.
“Ceritalah
kat aku Han..aku tak akan jemu, kalau yang boleh aku tolong, aku tolong..aku kesin tenguk kau macam ni”.
“Sebetulnya
dengan kedatangan Saleha hari tu menambahkan lagi rasa tak percaya Fatin pada
aku..dia kata Saleha datang berbincang dengan aku..walaupun aku dah katakan aku
tak jumpa Saleha dibelakang dia tapi susah betul dia
nak percayakan aku. Puncanya yang dia susah nak percaya aku..bila aku call
Saleha masa malam dia jatuh..aku ni banyak betul buat silap Lan..aku dah tak tahu macam mana
nak yakinkan dia..dia asyik-asyik cakap ‘kalau
aku nak kahwin dengan Saleha tu ..dia minta aku lepaskan dia dulu’. Satu
lagi yang aku tak faham dengan dia sekarang ni, dia selalu macam nak menjauhkan
diri dari handfon aku..kalau telefon aku berbunyi atau bergetar dia akan
cepat-cepat masuk bilik anak aku atau masuk bilik air..kenapa agaknya Lan. Aku
sebetulnya tak nak rahsiakan apa-apa lagi dari dia, aku nak dia dengar segala
apa yang aku cakap dalam telefon
walaupun kalau Saleha yang call, aku tak nak dia berpresangka lagi dengan
aku. Betul cakap kau dulu..aku rasa sungguh tak selesa bila dia buat dingin dan
curiga dengan aku ”.
“Aku dah
jangka perkara macam ni akan berlaku bila Saleha jumpa Fatin kat hospital hari
tu..tapi aku tak dapat nak halang, bila dia beria-ia nak jumpa dengan Fatin
..entah lah Han, nanti aku carikan jalan macam mana nak yakinkan isteri kau
tu.”
“Terima
kasih Lan..aku betul-betul buntu dengan Fatin sekarang ni..kalau lama aku macam ni mahu aku gila meroyan dibuatnya.”
Farhan sungguh tertekan dengan masaalah
rumahtangganya.
“Han yang
aku tahu gila meroyan ni untuk orang perempuan lepas bersalin..kau tu lelaki.”.
“Boleh juga
bagi aku, bini aku kan lepas bersalin..tempiasnya kena kat akulah”. Farhan oh
Farhan dah mula tak betul kepala bila
musibah melanda kehidupanya.
Susahnya nk buang rasa curiga di hati Fatin. Sian gak kat Farhan.
ReplyDeleteHati perempuan bila dilukai amat payah untuk mempercayai semula.kenapa kesiankan farhan sedangkan semasa isteri mengandungkan anaknya dia buat perangai.sedarlah kaum lekaki betapa payahnya seorang isteri mengandung.tp lelaki tidak pernah memandang itu sebagai satu kesusahan malahan bangga kerana dapat menambahkan zuriat dapat menunjukkan kejantanan.kasi farhan derita kit.ha.ha
ReplyDeleteMemang macam tu kita orng pompuan ni..kadng2 bila bngun mlm buat susu ank pun rasa nak mengeluh..tpi itulah fitrah seorang wanita..klu mnegeluh tak ikhlas kita tak dapat pahala. Jdi redha saja..semuga dapat ganjaran dari yg Maha Mengetahui.
ReplyDelete