Selepas sembahyang sunat hari raya anak dan
menantu lelaki menemani NorIza kekubur arwah suami dan keluarganya yang lain.Yang
perempuan tinggal dirumah bersiap sedia kalau ada tetamu yang datang berkunjung
kerumah mereka. Pulang dari kubur NorIza
menggesa semua ahli keluarganya kerumah Pak De pula.
“Mak!!
Mak kata nak bagi lemang kat pak de”.Ira
mengingatkan emak mertuanya takut terlupa. Simenantu bertanya dari dalam rumah
sahaja, tuan badan tidak kelihatan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Emak
mertuanya sudah bersiap sedia diluar rumah untuk kerumah bekas adik iparnya. Pada
Noriza kalau dia masuk yang lain akan mengikutinya masuk maka akan lambatlah
mereka mula berziarah. Itulah cara NorIza menggesa ahli keluarganya bergerak
cepat.
“Haah Alhamdullilah Ira tanya, mak terlupa
sebetulnya. Dah tua tua ni mak mudah lupa Ira.
Kalau macam tu kamu tolong ambilkan yang kita dah bungkus pagi tadi. Rasanya
mak letak atas meja makan tadi”. Bila mendengar emak mertuanya seakan
menyambung kenyataanya Ira menuju kemuka pintu mencari emak mertuanya.Rasa
tidak sopan pula dia tidak menjengukkan muka bila emak mertuanya berkata-kata
denganya.Bila melihat Ira yang sedang mendukung anak kecil Nuri…
“Allah
Ira dukung Hadi ye.Tak apa mak minta tolong Imahlah (lalu diseru nama anak
bungsunya pula) Imah… Imaah!!”.Bila mendengar namanya diseru oleh emaknya. Cepat-cepat
dia menjenguk keluar rumah mencari emaknya, dia sedang mendukung Syuhadah yang
sudah siap bertudung.
“Ye
mak Imah dah siap ni..dah nak pergi ke mak?. Mak! cuba mak tenguk Su ni mak
macam abang ngah masa kecik kan mak.”
“Mana
kamu nampak abang ngah kau masa kecik Imah oii”.
“Dalam
gambarlah mak. Abang ngah! meh sini tenguk anak dara abang ni”. Syukri yang
ditengah halaman menghampiri Imah dan emaknya diambang pintu masuk.Kerana
emaknya diluar rumah manakala Imah pula didalam rumah.
“Ya
Allah comelnya anak dara baba. Mana Imah dapat tudung kecik ni Imah. Comel
betul Su bila dia pakai tudung. Macam muka abang masa kecik kan Mah. Kalau
abang perempuan mungkin comel macam nikan”.
Berderai
ketawa Imah dan puan NorIza bila Syukri berkata begitu. Mereka membayangkan
bila Syukri yang bermisai dan berjanggut
sejemput bertudung.
“Dah..dah
ikutkan abang ngah kamu berangan, tak pergi kita kerumah pak De. Ingatkan nak
minta tolong Imah ambilkan bekal yang kita dah bungkus tu untuk Mak de kat
dapur..Imah dukung Su pula ye.”Ketika itu Nuri yang ketika itu berjalan menuju
keruang tamu mendengar perbualan mereka. Memberi bantuan..Kelihatanya dia sudah
bersiap juga. Anak lelakinya yang sulung sudah diluar rumah bersama seorang
sepupunya QiQi.
“Mak!
Nuri lah mak yang ambilkan, Nuri yang tengah melenggang macam orang tak ada anak saja ni.Bekal yang
mana mak..yang mangkuk tingkat nyonya tu ke
mak?”.
“Haah
Nuri rasanya mak letak katas meja makan”. Bekas mangkuk tingkat Noriza seperti
mangkuk orang Cina dulu-dulu tinggalan arwah emaknya namun dijaga baik oleh
NorIza..berwarnamerah. (Arwah mak mertua
makteh kata bekas macam tu dipanggil boko.. entah betul ketidak sebutan mak
teh, kalau ada yang tahu bagi tahulah.).Nuri kedapur mengambil apa yang
dimaksudkan oleh emak mertuanya.
“Syukri
tolong Nuri ambilkan bekalan Mak denya. Banyak tu..lemangnya jangan lupa dah
emak bungkus dengan surat khabar empat
batang. ”
Syukri
mengikuti langkah isterinya kedapur berlari anak sedikit supaya dia dapat
menyaingi langkah isterinya.
“Cantik
betul isteri abang pagi ni. Rasa macam baru kahwin saja kita nikan.”.. Nuri ketawa mendengar ayat power
suaminya.
“Kenapa
bang..selalu Nuri tak cantik ke”.
“Bukan!selalu
memang cantik pun tapi pagi ni lagi cantik agaknya sebab kita pakai baju sama
warna.. tu yang rasa kita nak bersanding ni”.Tidak puas rasanya Syukri
memandang wajah ayu isterinya. Yang istimewanya warna baju mereka sama.
Sedondon kata orang melambangkan mereka sehati dan sejiwa.kha..kha..kha ketawa
hati Syukri yang bahagia.
“Ialah
abang tu..anak dah berderet tiga orang, masih ingat pelamin pulak”.
“Kita
bersanding atas katil saja nak”.
“Eee
abang ni tak malulah..dahlah..dahlah ini agaknya yang untuk pak de”. Ketikan
itu Syukri menyuakan wajahnya kepipi isterinya. Resah Nuri dengan perlakuan
suaminya diruang dapur emak mertuanya pula.
“Dua-dua mangkuk tingkat tu ke Nuri? banyaknya.”
“Betullah
ni, satu mak bagi kueh, satu lagi lauk raya”.
“Betullah
tu, jomlah lama kang mak marah pula, mak dah redy nak pergi dah tu..Nuri bawa
mangkuk tingkat, abang bawa lemang ni”.Mereka beriringan keluar dari dapur.
Kemudian mereka beramai-ramai kerumah Pak De.
Itulah satu-satunya pakcik anak-anak
Noriza, itu pun di sebelah suaminya. Adik beradik sebelah suaminya tidak ramai
hanya empat orang sahaja.Dua orang perempuan dan dua orang lelaki dan seorang
lagi telah meninggal dunia ketika umurnya kecil lagi, yang lelaki suaminya
(Abdul Razak) dan pak De (De merujuk kepada gelaran uda) atau Mohd Noh.Uda pada
sesetengah orang adalah gelaran anak yang empat.
Dipihak NorIza… dia tidak tahu dimana
saudaramaranya. Dirinya sebatang kara.
Dia tidak tahu saudara maranya kerana dia adalah anak angkat kepada arwah
emaknya.Arwah emak angkatnya pula tidak pernah berumah tangga sehinggalah dia
meninggal dunia.Dirinya tahu dia adalah anak angkat kepada arwah emaknya ketika
hampir hari pernikahanya dengan kopral Abdul Razak arwah suaminya.Ketika itu
ibunya menceritakan sejarah dirinya.
“Izah
tak lama lagi Izah nak nikah.Jadi sebelum Izah nikah emak nak cerita sikit
tentang asal usul Izah.Iza tahu tak emak tak pernah bernikah sejak dari dulu
lagi.”
“Habis
Izah anak siapa mak. Emak bukan emak kandung Izah ke mak?”.
“Memang
emak tak mengandungkan Izah tapi Izah anak emak dunia dan akhirt nak”.Ketika dia
mendengar cerita emaknya jantung bagai mahu pecah…Luluh hatinya .Selama ini dia
tidak tahu dia hanya anak angkat sahaja.Kerana dia sungguh disayangi oleh emak
datuk dan neneknya.Dia dipelihara seperti menatang minyak yang penuh.Mengenangkan
itu hatinya jadi terubat. Itulah suratan hidupnya dia pasrah, timbul satu janji
didalam hatinya akan membalas jasa ibu yang dihadapannya kerana membesarkan
dirinya dengan penuh kasih sayang.
“Kalau
macam tu Izah pun tak nak nikah lah mak.Izah nak jaga emak sampai Izah tua.Kalau
Izah kahwin nanti susah Izah nak jaga emak.Iza nak jadi macam emak jaga arwah
nenek dan atuk sampai mereka meninggal”. Sememangnya arwah emak angkatnya dulu
akan membawa kedua orang tuanya kemana sahaja dia ditugaskan mengajar.
Sehinggalah mereka meninggal dunia. Ayah dan ibunya lebih selesa mengikutinya
kerana dia anak perempuan tunggal mereka.
“Tak
boleh Zah, emak ni bernasib baik ada orang nak bagi anak kat emak. Kalau tak..entah
dengan siapa mak menumpang hidup setelah kita tak berdaya macam ni. Entah-enath
emak dah dicampak kat rumah kebajikan. Ni Alahamullilah Allah bagi Izah kat emak.”
Ketika itu arwah emaknya baru dua bulan
keluar dari hospital. Sebelah kakinya telah dipotong lagi hingga ke paras
lutut. Arwah emaknya adalah pengidap kencing manis kronik, ditambah lagi dengan
sakit buah pinggang. Setiap bulan dia dikehendaki kehospital untuk menjalani
hemodialysis untuk mencuci buah pinggangnya. Jika tidak badannya akan
membengkak.
Penah sekali dahulu arwah emaknya menangguhkah
rawatan hemodialysis kerana dia sedang
menjalani peperiksaan SPMnya,badannya membengkak. Jari-jari tangannya mengening
kembung seperti bantal.Kata arwah emaknya bisa sakitnya hanya Allah sahaja yang
tahu, seakan mahu tercabut segala sendinya. Kasihan Izah melihat penderitaan
emaknya.Habis sahaja kertas akhir peperiksaanya dia tidak bertangguh mencari
keenderaan untuk membawa emaknya menjalani rawatan. Walaupun ketika itu semua
kawan-kawannya berpakat-pakat untuk makan bersama beramai-ramai. Hari itu merupakan hari
terakhir mereka bersama disekolah.
Kerana kesihatan emaknya selepas keputusan
SPMnya keluar, dia menolak semua tawaran untuk menyambung pelajaran.Walaupun
dia mendapat dua tawaran untuk melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dan
metrikulasi. Ketika itu dia tidak sampai hati untuk meninggalkan arwah emaknya
sendirian jika dia menyambung pelajaran
jauh dari kampung halamanya.
“Habis
esok siapa yang nak jadi wali Izah masa Izah nak akad nikah mak.”
“Kita
wartakan dalam surat khabar..cari ayah Izah bila dah sebulan dia tak datang,
atau tak ada orang yang mengaku wali Izah..Izah boleh nikah berwalikan hakim.”
“Macam
susah saja lah mak..Izah tak mahu nikah lah mak”.
“Jangan
macam ni Zah..Mak rasa hidup tak lama lagi. Kalau Izah dah ada yang jaga senang
hati emak nak tinggalkan Izah nanti.”
“Mak!!
Mak janganlah cakap macam ni..mak tak kesian Izah ke mak, Izah tak ada
siapa-siapa lagi kat dunia ni. Kesiankanlah kat Izah mak”.Masa itu sambil
memeluk emaknya berjujuran air matanya terjun dari tubir matanya begitu juga
emak angkatnya.Mereka saling berpelukkan.Merangkum kesedehan mereka bersama.
Reda tangisan mereka, emaknya dengan suara lirih..
“Kematian
tu pasti untuk semua mahluk Allah Zah. Sebab mak sayang Izahlah mak suruh Izah
nikah, emak terima pinangan Imam Hassan. Lagi pun anak Imam Hassan tu baik
orangnya. Emak memang percaya penuh dengan dia. Izah bukan tak kenal Ajak
tu..dia kan yang belikan barang dapur kita kalau dia ada kat
rumah..Kemudian jenguk emak tanya
keperluan emak,masa Izah pergi sekolah.” Memang benar sering kali mereka
terserempak namun tidak pernah pula bertegur sapa.Yang sebenarnyaIzah satu
kelas dengan adik Ajak atau nama sebenarnya Abdul Razak adik Abul Razak ialah Mohd
Noh atau (Pak de) gelaran dirinya untuk anak-anaknya.
“Kalau
mak tak keberatan ceritalah sikit tentang asal usul Izah mak”.
“Ialah
mak cerita…Dulu lama mak mengajar di satu daerah di negeri Selangor. Satu hari
datang seorang bekas anak murid perempuan emak minta tolong. Dia cerita dengan
emak...Dirinya kena tngkap basah dengan kekasihnya. Mereka dinikahkan oleh ayah
budak perempuan bekas anak murid emak tu. Tapi lepas nikah dia dihalau keluar
dari rumah oleh keluarganya. Mereka tak ada tempat berlindung jadi dia tumpang
rumah emak dalam tiga bulan rasanya. Mak percaya cerita dia bila dia tunujk
sijil nikah dari JAIS. Setelah suaminya dapat kerja untuk menyara kehidupan
mereka, dia dan suaminya pindah. Dalam enam bulan selepas mereka keluar dari rumah emak, dia datang lagi,
masa tu dia datang dengan perut yang dah besar. Dia cakap dengan emak dia dah
cukup bulan nak bersalin.
…Tapi
kali ni dia datang sorang sahaja. Dia cerita kat emak..keluarga sebelah
suaminya telah menemui tempat kerja suaminya. Rupanya mereka berdua bersembunyi
dari pengetahuan keluarga sebelah suaminya. Jika mereka dah tahu tempat kerja
memang mudahlah mereka menjejak dimana mereka tinggal pula. Di akhir ceritanya,emak
mertuanya datang kerumah sewa meraka dan memaksa suaminya balik ikut dia. Suami
bekas anak murid emak tu terpaksa menunaikan janji bernikah dengan tunangnya.
Rupanya suaminya sebelum kena tangkap basah adalah tunangan orang dan yang
kedua pernikahan mereka dirahsiakan dari pengetahuan ibu dan ayah sebelah
lelaki.
…Dua
minggu lepas tu bekas anak murid emak tu sakit nak bersalin..emak hantar dia
pergi hospital. Lepas bersalin arwah emak Izah mengalami tumpah darah. Entahlah
dah ajal agaknya seminggu kemudian dia meninggal.Tapi sebelum tu sempat dia
pesan dengan emak supaya jaga Izah. Dia takut kalau keluarga sebelah suaminya
jaga Izah, Izah akan disiksa sebab pernikaahan mereka memang tidak pernah
direstui dan kelahiran Izah memang tak pernah diharapkan. Dia juga tak mahu emak
serahkan Izah pada keluarganya sebab
keluarganya orang miskin”.
“Ayah
Izah tak pernah datang cari Izah ke mak”.
“Dihari
pengkebumian arwah emak Izah dia datang. Dia minta maaf dengan emak. Katanya
dia terpaksa.Yang sebenarnya dia sayang arwah emak Izah, dia dipaksa bertunang sedangkan
dihatinya sudah ada emak Izah,sebab itu dia lari dan bersembunyi, tapi bila
keluarga dia terjumpa dia dipaksa nikah dengan gadis pilihan keluarganya. Dia
serahkan Izah dengan emak. Dia percaya dengan emak..katanya nasib Izah akan
terbela kalau emak yang jaga Izah. Nama Izah ayah Izah yang beri dan dia yang
daftarkan kat balai polis. Nama mak Izah
NorIzzatul binti Sulaiman, nama Izah.. NorIza binti Abdul Karim, lepas
tu dia tak pernah lagi datang jenguk Izah.”
(Nama
emak kandung perlu diketahui kerana bila kita meninggal dunia kita akan
diBINkan dengan nama emak kita. Ketika imam menyeru nama kita dalam bacaan Talkin)
Walaupun sudah hamper sebulan setengah
diwartakan didalam akhbar, tetapi hingga kehari pernikahanya tiada seorang pun
yang datang mengaku walinya untuk mewalikan dirinya. Akhirnyanya NorIza
bernikah berwalikan hakim. Dia bernikah ketika umurnya baru mencecah 20 tahun.
Ketika dia dalam pantang kerana melahirkan anak pertamanya, emak angkatnya meninggal dunia. Tetapi dia
sungguh bertuah kerana mempunyai ibu dan ayah mertua yang sangat menyayangi
dirinya. Dari kebaikan emak mertuanya dahulu dijadikan pengajaran supaya
dirinya juga menjadi emak mertua yang baik kepada menantu-menantunya.
Tiga biji kereta rombongan NorIza dan
anak-anaknya kerumah Pak de. Ketika mereka sampai mereka disambut ramah oleh Mak de yang
kesaorangan ketika itu. Pak de mungkin belum pulang dari masjid lagi.
“Alahai
kak ngah rupanya!!Ingatkan rombongan dari mana, berdebar juga Katy tadi. Uda
tak balik lagi ni..entah pergi kemanalah melencongnya orang tua ni.” Sambut mak
de ramah di muka pintu, sambil membebel juga bila suaminya lambat pulang.
Rumah pak de kelihatan sunyi sahaja. Mungkin
anak-anak pak de dan mak de belum ada yang balik lagi. Pak de dan mak de
mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Nama-nama anak pak
de canggih-canggih yang tua bernama Emil Atilia yang kedua Hezry Fardzil dan
yang ketiga Amanda Sofea. Dulu sebelum Islam nama mak de Caterina Elian itulah sebabnya dia mengelar dirinya Katy.
Tetapi setelah dia memeluk ugama Islam nama bertukar kepada Siti Kadijah dan
suaminya memanggilnya dengan nama Tijah.
“Lepas
kekubur akak datang sini Katy, akak bercadang lepas pergi sini..nak ajak
budak-budak ni beraya rumah jiran-jiran kita, dapat yang sebelah menyebelah
rumah pun jadilah.Kalau tak macam tu kang, anak-anak tak tahu nak menjenguk
jiran pula. Jadi sementara semuanya ada ni akak
ajak semuanya pergi. Tak cepat tak boleh juga ..cuti diorang ni bukannya
banyak..masing-masing kerja kan.Kalau kerja sendiri tak apalah”.
“Ialah
jiran kan macam sedara kita juga kan kak ngah.Merekalah yang tolong jenguk-jengukkan kita masa anak-anak tak ada,mereka lah yang
tolong kita masa kita susah.”
“Betul
tu..anak-anak emak dengar tu”.
“Alahh…mak
de ni pandai cakap saja, dia tak ajar pun anak-anaknya menjenguk jiran nak
jenguk sedara pun susah, ni nak jenguk jiran dalam mimpi agaknyalah. Rasanya
hanya keluarga kita sahaja yang menjenguk mak de dan pak de, anak-anak pak de
rasa susah juga mahu menjenguk keluarga kita kan De. Dah lama rasanya tak
nampak diorang...”Bisik Imah ketelinga abang Hassannya yang bergelar Uda juga. Mereka
berbisik-bisik dibelakang emaknya. Imah tersenyap bila dia disiku oleh emaknya
yang mendengar omelannya. Sebenarnya Imah tidak berapa menyukai perangai emak
saudaranya yang didepan mata. Padanya dia hanya pandai berkata sahaja.
“Biarlah
Mah..kita jangan ikut perangai orang yang tak betul, nanti kita jadi tak betul
juga macam orang tu.” Imah hanya mencebik mendengar kata-kata abangnya. Dia
sudah tidak boleh bersuara lagi sikuan emaknya tadi adalah tanda amaran.
“Anak
menantu akak semuanya balik tahun ni?” Mak de memandang satu persatu anak-anak
NorIza. Dihatinya ada rasa cemburu bila melihat bekas birasnya dikelilingi oleh
anak, menantu dan cucu-cucunya.
“Haah
Katy..itu yang sampai tiga kereta ni”.
“Meriah
betullah rumah akak. Muaz mana tak nampak pula, pagi tadi pun dia tak datang
sini. Seha semalam pun datang sekejap sangat tak siap masak lagi Muaz dan
datang ambil. Ingatkan adalah Seha datang pagi tadi..Katy punyalah tunggu nak
minta tolong..rupanyadia tak datang..tak dijenguknya Katy ni lagi. Rumah
bukannya jauh.”
Adu mak de tentang anaknya Seha. Sebenarnya
Seha hanya anak angkat pada pasangan Pak De dan mak de. Dia anak saudara Siti Khadijah(anak
adik kandung Katy). Dia diambil dan
dipelihara oleh pasangan itu dari umurnya tiga tahun lagi. Setelah kematinan
kedua orang tuanya kerana kemalangan jalan raya dia diambil oleh Pak de.Tujuan
utama Pak de memelihara Nur Saleha atau Seha adah untuk menyelamatkan akidah
anak yang lahir dalam Islam. Keluarga Siti Khadijah orang Sabah dia berketurunan Kadazan
Dusun.Keluarganya beragama Kristian.Hanya dia dan adiknya (Ibu kandung Seha)
yang berugama Islam kerana berkahwin dengan orang Islam. Pak de dan Mak de
bertemu ketika mereka bertugas dipendalaman
Sabah. Mereka berdua merupakan
guru sekolah yang sudah berpencen.
“Muaz
datang pagi tadi tu pun dari rumah dia. Jangka nak juga tidur rumah akak tapi
dah tak ada tempat, kalau semuanya balik memang tak cukup tempatlah rumah akak Katy.
Pagi lagi dia datang tapi datang sorang saja. Katanya anak-anak tidur lagi Seha
pula uzur tak kemasjid, ni tadi masa kami kesini dia nak ambil anak-anak dia. Katanya
nak datang terus kesini”.
“Mak
de ni lauk raya, Imah masak semuanya ni Mak de”.
“Haa
eloklah tu kamu jual diri kamu tu Imah.Nanti kalau ada yang menyuruh kamu masak
baru terlopong tak terkata.”Laju sahaja Noriza mengingati anak bungsunya,
walaupun dia tahu anak bungsunya hanya bergurau.
“Alah
mak ni, bukan mak de tak tahu Imah ni cakap kosong saja”. Sengaja Imah berkata
begitu kerana mak de sering membangga-banggakan diri dengan kelebihan
anak-anaknya. Selalu dia bercerita tentang anak-anaknya yang serba serbi pandai
(pandai masak, pandai menjahit.Menjahit silang pangkah kelim tepi baju pun nak
heboh, jahitan tu diajar semasa sekolah menengah dalam mata pelajaran ERT (Ekonomi
Rumah Tangga) dia pun tahu). Tapi kalau bab nak minta tolong semuanya harapkan
Seha kakak iparnya sahaja. Mak de juga sangat berbangga kerana anak bungsunya
yang berusia setahun lebih tua darinya
yang berjodoh dengan orang yang keturunan.
“Haa
tau takut”. Sampuk Syukri.
“Imah
ni Katy bukannya nak menolong..dia yang
lebih dari anak-anak sedara dia main bunga api”.
“Biasalah
tu, bukan selalu dapat main bunga api kan Imah”.
“Mak!Mak
cakap macam tu didengar dek orang kang tak ada orang nak kahwin dengan Imah mak.”
sampuk alang pula saja nak membakar hati Imah yang sudah mencebek kerana diberi
gambaran buruk oleh emaknya.
“Tak apee..kalau
tak kawin duduklah dengan emak.. makan tanggung makan sedap lagi.. apa
susah”.jawap Imah mudah.
“Tapi
si Sofia lain pula kalau dia balik dialah yang mengemas, menyetal mana yang
berkulat…agaknya sebab itulah jodohnya cepat datang. Ialah orang akan tahu bila
masa kita dah bersedia jadi dewasa.Ni haa dia tak dapat nak balik sebab mak
mertuanya mengharapkan dia mengatur susun rumah dia, bersiap sedia nak buat
rumah terbuka. Alah leceh betul jadi menantu orang kaya ni..muka kena cantik
selalu otak kena bijak”.‘Dahh mula dah
pantang ada peluang’ detik hati Imah.Bila mendengar NorIza memburukkan perangai anaknya, mulalah
mak de membuka cerita kelebihan anak-anaknya pula.
Amanda Sofia merupakan anak bungsu Mak de,
sekarang menjadi kebanggaan mak de
kerana berkahwin dengan orang yang berketurunan Syed. Belum habis lagi
diplomanya dia sudah berkahwin apabila datang orang berketurunan dan berharta
meminangnya. Pada mulanya Pak de menentang
perkahwinan anak bungsunya tetapi jika tuan punya badan dan Mak de dah
beria akhirnya dia merelakan sahaja. Amanda Sofea berkahwin dengan abang kepada teman
baiknya dikolej.
Bagi keluarga NorIza yang biasa dengan cerita-cerita
Siti Khadijah hanya mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja.
Mereka tahu keadaan keluarga Mak de dan pak de. Bila anak-anak pulang berziarah
hanya makde tunggang terbalik menyiapkan makanan didapur. Anak menantu dan
cucu-cucunya akan mengadap televisyen atau berbual. Alasannya cuti balik
kampunglah masanya untuk berehat sebetul-betulnya berehat. Akhir sekali mak de akan
dihubungi Nur Saleha datang untuk membantunya. Sedang mak de rancak berbual…
“Haa
dah sampai pun anak cucu pak de. Dah lama sampai kak”. Pak de yang baru sampai,
terjengul di muka pintu selepas memberi salam.
Hati tuanya berbunga riang melihat tiga buah
kereta yang terpakir dihalaman rumahnya. Dia tahu bekas kakak ipar dan
anak-anaknya sudah sampai untuk menziarahi dirinya. Hendak mengharapkan
anak-anaknya mungkin petang barulah mereka sampai, itupun jika nasibnya baik
bila anak-anak teringat kan dirinya. Selalunya nasib tidak menyebelahi dirinya.
Pada kebiasaanya dihari raya kedua atau
ketiga barulah mereka menjenguk muka.Sudah menjadi kebiasaanya begitu.Hanya
anaknya yang tualah mungkin petang anak menjengah muka.
“Baru
sekejap De, tak panas lagi ha tempat duduk”.
“Imah!!ada
ke lemang pak de.”
“Jangan
bimbang ada pak de..empat batang
lagi..Imah yang bakar semua tu”.
“Macam
bunyi nak minta bayar saja ni”.
“Ehh
tak payah lah bayar pak de, bagi duit raya jadilah. Imah saja tau yang dapat
duit raya, yang lain tu tak payah mereka semua tu dah kahwin”.
“Habis
anak-anak buah kamu ni..”
“Kalau
pak de nak bagi bagilah sikit, budak kecik tak pandai pegang duit Pak de.Kalau
Imah banyak sikitlah”.
“Pandai
kamu ye”. Abang kakak nya hanya mencebek..Pak de pula terkekek mendengar Imah
berceloteh.Sememangnya Imah agak manja dengan nya, Mungkin Imah mahu merasa
kasih ayah darinya.
“Wahh
Imah.. dia kalau pasal duit dia saja..jangan jadi mata duitan Mah duit tak bawa
masuk kubur”.Nasihat Syukri…Imah hanya mencebek
“Ehh
mana kueh rayanya Tijah. Beli punyalah
banyak tak dikeluarkan ke?..”.
“Tak
sempat nak susun bang. Tunggu abang balik lah ni tolong Katy susun kueh dalam
balang. Semalam Seha cepat sangat baliknya.Tak sempat nak suruh..Muaz dah ambil
dia balik”.Sebenarnya NorIza yang
menyuruh Muaz mengambil isterinya. Dia tahu selagi Seha tidak balik selagi
itulah Khadijah akan memerah tenaga Seha. Dialah yang akan mengerjakan semua kerja rumah emak angkatnya. Sedangkan dirinya baru
sahaja 3 bulan lepas melahirkan. Pada NorIzah tiga bulan masih perlu
berhati-hati, dalaman dirinya belum begitu kuat lagi.
“Alah
biarkanlah dia.. diakan dah ada rumah sendiri. Anak-anak awak sorang pun tak
ada yang balik nak tolong awak. Tak kan tak cuti. Diaorang ni kerja juga tapi
boleh balik awal sebelum hari raya. Ada yang dekat pun macam tu juga, macam tak
tahu sahaja jalan balik rumah ni.” Memang benar anak sulung pak de tinggal
dikawasan Pengkalan Hulu juga, walaupun
agak jauh sedikit dari rumah Muaz.
“Alah
bang..tahun ni kan semua anak-anak kita tak balik. Tahun ni giliran diorang kat
rumah mertua diorang”.Selindung mak de tentang tabiat anak-anaknya. Terus sahaja dia memuji Seha untuk menutup
mulut suaminya yang mungkin akan mengeluarkan cerita buruk tentang
anak-anaknya.
“Alhamdullilah
Seha semalam tolong Katy masak, kalau tak pagi raya ni pun tak ada lauk raya
agaknya.”Akui mak de jujur.
“Eloklah
tu Katy semalam rumah akak ramai saja
yang tolong masak. Nuri dengan Ira balik cepat, diaoranglah yang tolong masak.
Misa sampai petang, semua lauk dah siap
masak. Imah! Pergi tolong mak de kamu susun kueh”.Arah NorIza kepada anak
bungsunya. Tetapi anak menantu puan NorIza sememnagnya suka bekerja tolong
menolong walaupun hanya nama Imah yang diseru. Namun Ira, Amisa dan Nuri bangun menuju kedapur,
mereka ramai-ramai menolong mak de menyusun dan menghidang juadah hari
raya.
Assalam...wbt Mak Teh.
ReplyDeleteDah mula cerita baru ni. Sambungan kisah Nuri&Syukri ke ni.
Waalaikumsalam.. Crita sikit saja tntang Nuri dan Syukri. Tapi crita ni tak menarik sngat..crita orng tua. tak ada hero yg specil. mak teh saje aje bila buka blog orang tak crita mak teh mula merapu. Mak teh tunggu crita RoseHarissa dan Wrehan Maktar tapi lama diorang tak update.
ReplyDeleteSalam mak teh. Teruja membaca cerita baru mak teh. Biar merapu asalkan penuh pengajaran.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Wah terubat rindu bila ada cerita baru. Ni kisah Muaz dan Seha plak ke? Mak Teh taknak bukukan cerita2 Mak Teh buat kompilasi macam Wrehan Makhtar ke? Boleh gak buat koleksi.
ReplyDeleteTak crita sikit-sikit..rasanya ada tiga watak hero dlm crita ni...Tapi mak teh tak kata hero sbab wataknya biasa-biasa saja. Boleh tak klau kita crita2 tak payah ada hero.tulah mak teh kata crita merapu..
ReplyDelete