Anak
menantu NorIza ke dapur untuk membantu mak denya menghidang juadah hariraya. Ada yang memotong ketupat
daun palas, ada yang menyenduk lauk dan ada yang menyusun kueh raya kedalam
balang kueh.Mana kala yang lelaki kedapur juga menolong mengangkat pinggan dan
gelas.Kerana kerja beramai-ramai kerja-kerja mereka cepat selesai.
Selesai
semuanya mereka keruang tamu semula,mereka makan beramai-ramai sambil bersila.
Ketika itu sampai pula Muaz sekeluarga.
“Hai
lama benar orang rumah kamu bersolek Muaz, mak tenguk tak berubah apa pun si
Seha ni. Mak kenal saja Seha..”. Kha..kah kah..kah gurau NorIza disambut gelak
oleh adik-adik Muaz termasuklah pak de dan mak de. Seha yang disebut namanya
hanya tersenyum. Merah pipinya. Dia malu bila semua memandang kearahnya.
“Bukan
Seha yang bersolek lama mak..ni ha anak dara sunti sorang ni. Tak reti-reti
melilit tudung. Sekejap nak lilit macam Yuna sekejap lagi nak lilit macam
Wardina, kejap lagi nak lilit macam Najwa Latif pula..itu yang lama. Ni belum
lagi yang sorang lagi ni nak bergaya kalau dah dua-dua anak dara Muaz nak
bergaya nanti mak, tak tahulah macam mana gayanya..” Cerita Muaz pada emaknya
yang memerlinya tadi. Anak dara Muaz
yang sulong sudah berusia 11 tahun sudah pandai nak bergaya.Muaz dan
NorSaleha sudah mempunyai lima orang
anak. Yang sulong Siti Rahmah 11 tahun, kedua Abdul Aziz 9 tahun, ketiga Siti Hajar 7 tahun, keempat Abdul Fattah 5 tahun dan
yang kelima Muhammahd Sobri hamper 6 bulan.
“Kakak apa tak suruh ibu beli tudung kat mak cik Nah
saja. Tudung sarung kan senang.” NorIza memberi cadangan kepada cucu sulongnya.
Cucunya pula hanya tersenyum sambil memandang neneknya. Yang sebenarnya hatinya
tidak berkenan tudung sarung seperti yang dipakai oleh ibu,nenek dan
makcik-maciknya. Dia mahu lain dari yang lain.
“Tenguk-tenguk..
mana dia lilitan tudung Najwa Latif tu. Wah cantiknya kakak lilit tudung macam
Najwa Latif”.Imah membelek wajah anak saudaranya yang digelar kakak. Nama
sebenarnya Siti Rahmah. Dulu ketika ketika Muaz membincangkan nama itu mahu
diberi pada anak perempuan sulongnya dihadapan adik-beradiknya, mereka mentertawakan dirinya, hanya ibunya
yang menyokong.
“Long
kenapa bagi nama klasik sangat Long..bagilah nama canggih sikit. Macam nama
anak-anak Pak de baru ada klass. Cuba kita bagi nama Qistina, Balkis ke”.
“Apa
pulak kalssik, nama tu elok… Siti Rahmah ni isteri nabi Yunus yang sabar tu.
Semoga cucu emak ni sabar macam Siti Rahmah tu. Pada bagi nama berjela-jela
tapi ertinya entah apa-apa, baik kita bagi nama isteri Nabi tentu ertinya elok
tingkahnya pun elok. Kamu semua tahu tak, panggilan yang kita panggil tu doa
tau. Setiap kali orang panggil kita dengan erti sabar, jadilah kita orang yang
sabar, kalau orang pangil kita dengan erti cerdik maka cerdiklah kita. Haa mak
baru ingat mak ada dengar orang cakap, jangan guna nama-nama jin untuk anak
kita, takut anak kita digangu oleh jin..nama
Balqis, Kistina/Qistina, Najwa, Zakuan,Batrisha, Erisha,Mazda itu
nama-nama jin. Bukan tak boleh guna nama ni, nama-nama ni mempunyai maknanya
elok tapi dia sering digunakan oleh bangsa jin..jadi kalau kita panggil
kemungkinan besar mereka akan ada
disekililng kita. Diakan mahluk Allah yang tak nampak. Mereka sama juga macam
kita..suka usik-usik, suka bergurau senda. Suka mengenakan orang macam kita
juga.” Ketika itu terlopong anak-anaknya mendengar ceramah NorIza.
“Kenapa
kak long tak datang dengan ayah pagi tadi, kalau tidak mak su boleh lilitkan
tudung macam Shila Hamzah.” Bisik Imah ketelinga anak dara abangnya.
“Kakak
ngantuk sangat pagi tadi, lepas subuh ingat nak tidur sekejap lepas tu terus
lena balik tak sedar pun ayah kakak pergi sembayang raya”. Cerita anak saudara
Imah.
“Apa
yang dimakan dik budak-budak ni pagi tadi Seha. Kata kamu semalam tak masak untuk raya?”. Mak de
menyelidik anak angakatnya yang didepan mata. Seha pula jika didepan emaknya
macam takut-takut sahaja.
“Sebelum
Muaz kekubur pagi tadi tu..akak suruh dia balik hantar bekalan untuk anak-anak dia Katy. Takut pula kami pulang lambat dari masjid
kesian budak-budak lapar pula nanti. Semalam tu memang akak yang tak bagi Seha
masak kat rumah dia, supaya makan ramai-ramai dengan adik-adik dia kat rumah
akak.”
Terkena pada batang hidung sendiri bila
mendengar jawapan NorIza bagi pehak anak angkatnya. Rasa insaf dihati Siti
Khadijah mendengar kebaikkan bekas birasnya kepada anak menantu.Inilah rahsia
mengapa bekas birasnya disayangi oleh anak dan menantunya serta cucu-cucunya.
Sikap ambil berat. Dari pandagan mata kasar
NorIza tidak memilih untuk menyayangi kesemua anak dan menantunya.
“Kak
ngah! Simpanan Tabung Haji kami dah penuh dah. In Syaa Allah kalau ada rezeki
mungkin tahun depan kami dipanggil untuk keMekah. Lagi pun kami dah mendaftar
nama dah lebih dari lima tahun rasanya”. Mak de memesong cerita, untuk menutup
galau dihatinya, melihat kebaikan bekas birasnya dengan anak menantu, sebab dia
tidak boleh untuk berbuat sebegitu.
“Ia
Zah, kalau nak jadi mahram Uda penuhkanlah
cepat. Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat panggilan. Nak tunggu Muaz atau Syukri atau pun Hassan
mereka ni masih penuh dengan tanggung jawab pula. Nak tunggu diorang ni kurang
sikit dengan tanggung jawap..nanti
sampai tua sangat Zah”. Entah
mengapa pada pendengaran telinga tua NorIza sekarang ini selalu dia mendengar
Pak de memanggilnya dengan panggilan nama sahaja. Apakah dia tidak mendengar
panggilan kakak diawal namanya.Namun pertanyaan itu hanya bergema dihatinya
sahaja.
“Ialah
nanti akak minta tolong anak-anak masukkan duit dalam Tabung Haji. Duitnya dah
ada dah..tapi nak memasukkan asyik terlupa sahaja nak minta tolong anak-anak.
Kalau Uda dah dapat panggilan tolong rayukan akak sekalilah ye. Akak rasa pun
elok akak ikut Uda saja.”
“In
Syaa Allah. Kalau dah ada surat dari Tabung Haji saya bagi tahu”.
“Eloklah
tu bang, Katy memang mengharap sangat dapat pergi dengan kak ngah, nanti
bolehlah kita duduk sebilik kan kak ngah. Katy dengar cerita orang masa kat
Madinah susah sikit nak jalan dengan suami, sebab pintu masuk masjid
asing-asing antara lelaki dengan perempuan. Kalau kita pergi masjid suami
isteri kena menunggu lama. Lagi pun orang ramai susah nak tercari-cari. Katy
takut tersesat kat sana nanti.”
“Hsyy
kamu ni Tijah cuba jangan disebut perkataan yang tak elok. Kita cakap ni macam
doa. Kalau kat sini lagi kita berdoa macam tu..takut jadi betul kat sana
nanti”. Mohd Noh mengingatkan keterlanjuran kata-kata isterinya.
Selesai
makan dan sebelum pulang anak menantu NorIza tolong mengemas pinggan mangkuk
yang telah digunakan. Setelah selesai semuanya. Barulah mereka mengundur diri.
Sebelum pulang…
“Seha
tak tinggal sini ke.Tolong emak tunggu tetamu. Nanti kalau adik-adik kamu balik
terkontang-kanteng emak sorang”.
“Biarlah
dia Tijah..dia nak juga berkumpul dengan adik-beradik Muaz. Bukan selalu mereka
dapat berjumpa”. Bantah Pak de dengan permintaan isterinya yang menghalang anak
angkatnya beransur bersama keluarga suaminya.
Itulah
Siti Khadijah yang selalu mengharapkan tenaga empat kerat anak angkatnya
NurSaleha.Hanya Pak de yang selalu membela NurSaleha kerana rasa simpatinya
melihat isterinya yang bagai memperkudakan anak saudaranya sendiri. Tetapi
simpati suaminya selalu disalah anggap oleh Siti Khadijah pula.Dia merasakan
suaminya terpikat dengan kecantikan dan keremajaan NurSaleha pula. Memang serba
salah dibuatnya. Sememangnya NurSaleha cantik, kulitnya putih gebu
kemerahan.Walaupun hidung tidaklah mancung sangat tetapi cantik terletak, matanya
pula bundar. Bila dia memandang mata itu seakan merayu minta dikasihani.
NorIza sudah lama kasihan melihat
nasib yang menimpa menantunya yang seorang itu. Pada NorIza dirinya sama seperti NurSaleha yang
kehilangan ayah ibu ketika diri masih kecil. Namun nasib mereka berbeza. Dari
kecil hidupnya ditatang sebagai minyak yang penuh oleh ibu,datuk dan nenek
angkatnya, walau pun dirinya tiada pertalian darah sedikit pun. Namun NurSaleha
sejak dia pandai bekerja tenaganya diperah walaupun dia dipelihara oleh emak
saudaranya sendiri darah dagingnya sendiri..
Begitu
juga Mohd Noh dia merasa kasihan bila isterinya sering memerah tenaga anak
angkatnya. Kasih yang diberi juga membezakan dirinya dengan adik-adiknya yang
lain. Akhirnya ketika NurSaleha berumur sembilan belas tahun dia menemui
NorIza, agar dia datang meminang NurSaleha untuk anak Muaz.
“Kak
ngah boleh tolong saya tak”.
“Nak
tolong apa De. Selalu akak yang minta tolong Uda.Ni terbalik pula.Apa yang akak
boleh tolong cakaplah”.
“Malu
rasanya saya nak minta ni…macam perigi mencari timba pula”.
“Haa
Uda ni cakap berbelit-belit.Cakaplah cepat lama sangat Uda kat sini syak pula
siTijah tu pada kita”.Itulah Siti Khadijah sikap cemburunya kadang-kadang
membabi buta.
“Entahlah
Tijah tu dengan Seha dia cemburu dengan akak dia cemburu.Susah saya ni
kak..kak!! hensem sangat ke saya ni kak”.NorIza ketawa tertahan mendengar lawak
spontan bekas adik iparnya.
“Ehh
cepatlah cakap De, apa yang Uda nak akak tolong ni”.Pada pandangan NorIza
memanglah bekas adik iparnya masih hemsem, berbatang tubuh tinggi setinggi
lelaki Asia dia tidak berperut gendut seperti lelaki-lelaki lain yang sudah
berusia.Memang patut isterinya cemburu ..Cemburu kan tanda sayang.tapi jangan
cemburu buta, cemburu buta ni menyiksa diri dan menyiksa orang disekelilingnya.
“Macam
ni… Uda nampaknya hanya akak saja yang boleh tolong, itu sebabnya Uda datang
jumpa akak ni”.
“Ialah,
kalau kamu tak cakap mana akak nak tolong. Apa yang kamu nak akak tolong.”Geram
juga Puan NorIza dengan bekas adik ipar didepan mata.Kata-katanya tak jelas
menyebabkan dia tertanya-tanya.Ketika mereka bercakap-cakap Hassan dan Imah ada
disisi mereka.Sengaja Noriza memanggil
anak-anaknya duduk mendengar apa yang mereka bincangkan. Tetapi dulu emak
mertuanya tidak akan membenarkan anak atau cucunya mendengar orang tua-tua
bercerita.
“Macam
ni…Muaz sekarang ni pun kan dah besar, dah dua pulah lima umurnya. Dia pun dah
ada bengkel sendiri. Nampaknya maju juga bengkel dia tu. Uda rasa dia dah mampu
menanggung seorang isteri. Apa kata akak pinang Seha untuk Muaz”. Terkedu
Noriza mendengar permintaan bekas adik iparnya.Tidak pernah sampai kesitu
akalnya.Tetapi ada juga benarnya. Anakny Muaz sudah dua puluh lima tahun
umurnya, sudah boleh berumah tangga jika dia mahu.
“Ehh
dia tak sambung belajar ke de. Akak dengar SPMnya dulu tu bagus juga, tak kan
tak dapat apa-apa tawaran. Kesian dia tak diberi peluang kalau dia nak belajar
lagi”.
“Ada
kak, yang last sekali dia dapat tawaran masuk tingkatan 6.Tapi Tijah yang tak
bagi. Dia kata belajar tingkatan 6 ni susah nanti penat belajar sahaja tapi tak
dapat apa. Yang sebetulnya dia yang tak bagi siSeha tu keluar dari rumah, sebab nanti tak siapa tolong dia buat kerja
rumah. Kak!!saya bukan apa.. saya kesian tenguk dia dikudakan dek Tijah dan
anak saya yang lain. Mereka buat Seha tu macam orang gaji kak”.
“Sepatutnya
Uda carikan lah orang gaji untuk Tijah tu”.
“Bukan
saya tak nak cari, tapi Tijah yang tak mahu.Hari tu ada sorang tak sampai
sebulan budak tu dah diberhentikan. Kata Tijah dia perasan budak tu pandang
saya lain macam..cemburulah tu. Itulah yang saya tanya akak tadi.. hensem lagi
ke saya ni. Akak gelakkan saya pula”.
“Teruk
juga cemburu Tijah ni ye”.
“Ia
kak kalau tak takkan dia nak cemburu saya dengan akak.”.
“Biasalah
tu De. Dia sayang kat kamulah de, orang kalau sayang suaminya tentulah cemburu
sikit. Cemburu tukan tandanya sayang..”.
“Entahlah
kak..Oh ye saya sebetulnya susah hati dengan perbuatan Tijah ni. Saya
sebetulnya takut apa-apa yang buruk terjadi pada keluarga saya kerana menyiksa
anak yatim, kalau lagi lama dia duduk dengan saya. Manalah tahu sesekali
terdetik hati siSeha sebab tak tahan dengan perbuatan Tijah dan anak-anak saya
pada dia. Nampaknya sekarang ni makin teruk perlakuan mereka. Kerja rumah semua
dah terletak dibahunya. Kalau silap sikit diherdek dimarah macam dia tak ada
perasaan. Lagi lama Seha duduk dengan kami lagi lama mereka menyiksa Seha tu.
Kalau lah terdetik rasa sakit hati Seha tu tak ke naya mereka semua.”
“Kenapa
Uda tak nasihatkan isteri dan anak-anak Uda tu”.
“Berbueh
dah mulut saya ni kak. Tapi disalah anggap dek Tijah pula. Mula lah dia
bercerita yang buruk pada anak-anak apa
niat saya pada Seha. Saya ni tak pernah ada niat lain pada Seha, saya anggap
Seha tu macam anak saya sendiri, dah
kita bela dari kecik tak tergamak saya nak jadikan bini kak ngah oii. Tapi lain
pula yang siTijah tu fikirkan. Asalkan perempuan semua saya nak jadikan bini.
Hai susah betul saya dengan cemburu buta dia tu.”
“Jadi
akak nak tolong apa cakaplah terus terang. Nak dia duduk dengan akak?. Uda pun
fahamkan akak ada anak-anak lelaki yang
dah besar.. takut timbul fitnah pula. Lagi pun mahu ke Tijah lepaskan Seha
saja-saja duduk rumah akak”.
“Bukan
nak suruh Seha saja-saja duduk rumah akak.Saya minta sungguh-sungguh ni..
tolong jadikan Seha tu menantu akak. Pinang dia untuk Muaz.Jadi adalah ikatan
sah Seha dengan anak akak”.Rupanya memang bersungguh Mohd Noh memintanya
meminang Seha untuk Muaz detik hati NorIza.
“Tapi
kalau akak pinang Seha jadi menantu, mahu ke Tijah lepaskan dia. Nanti dia tak
ada pembantu rumah pula.”
“Pandai
lah saya nak buat dia cemburu.Biar dia rasa senang lepas kan siSeha tu kahwin
dengan Muaz”.
“Ialah
kalau macam tu kata Uda…akak bincang dengan Muaz kalau dia balik nanti”.
Setelah
berbincang baik buruknya demi untuk menyelamatkan NurSaleha dari deraan ibu
saudara dan sepupunya sendiri, Muaz bersetuju.Tiada adat merisik dan tiada
tempuh bertunang terus sahaja majils walimatuurusnya dilangsungkan. Hanya
kehduri kecil-kecilan meraikan pernikahan mereka dan untuk memberi tahu mereka
sudah sah menjadi suami isteri kepada penduduk kampung. Kini sudah 15 tahun bahtera rumah tangga
diharungi bersama. Dan mereka sudah ada 5 orang anak untuk menyerikan
rumahtangga mereka. Dulu yang menjadi NorIza bimbang dia takut anaknya yang
tidak dapat menerima isteri yang di suakan kepadanya. Takut pula NurSaleha
terlepas dari mulut buaya tetapi masuk pula kemulut harimau. Tetapi tidak
rupanya. Pada pandangan mata NorIza yang sentiasa mengawasi baik Muaz mahupun
NorSaleha mereka bahagia. Walaupun tiada
‘rasa’mewarnai hati diawal pernikahan mereka dulu.
“Haah
Katy akak nak ajak mereka semuanya ni kerumah jiran sebelah menyebelah
rumah.Kalau dah tertinggal memang Muaz ni tak terpergilah jawabnya”.Akhirnya
Siti Kadijah diam tidak terkata. Sememangnya dia akan kalah bila NorIza yang
berkata-kata.
Seperti
yang diperkatakan keluarga besar NorIza
berarak dari sebuah kesebuah rumah jiran mereka.Hingga petang barulah mereka menjengah rumah.
Selepas membersihkan diri dan solat zohor semuanya bergelimpangan diruang tamu
kepenatan dan kekenyang makan dan minum kueh raya dirumah orang yang
dikunjungi.
Dihari
raya kedua mereka menunggu para jiran pula mengunjungi rumah mereka itulah cara
hidup dikampung saling berziarah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara
mereka. Acara hari raya mereka padat dengan acara kunjung mengunjungi.Dan pada
masa inilah mereka bertemu kawan-kawan yang sudah merantau jauh dari Pengkalan
Hulu, pulang kerana berhari raya bersama keluarga tercinta.
Dihari
raya ketiga Syukri meminta izin emaknya untuk membawa keluarganya ke
sempadan.Tujuannya untuk mengunjungi
kedai bebas cukai disempadan Malaysia Thai. Niatnya mahu membawa Nuri membeli
belah disana.
“Mak
esok pagi rasanya Syukri nak pergi shoppinglah mak”.
“Kamu
nak pergi dengan siapa?”
“Dengan
Nuri dan anak-anak.Kesian budak-budak tu tak ada baju baru mak”.
“Ialah
pergilah. Esok pun dah tak berapa sibuk rasanya. Kalau ada yang datang pun
anak-anak pak delah agaknya. Lagi pun Ira dan Misa masih ada tolong emak”.
“Alang
dengan Hassan bila baliknya?
“Katanya
balik besok malam”.
Seperti
yang telah dirancang Syukri membawa anak isterinya ke sempadan.Pusat membeli
belah bebas cukai.Pada mulanya Imah juga mahu mengikuti mereka namun dihalang
oleh puan NorIza.
“Tak
payah lah Imah ikut mereka.Biarlah diaorang laki bini pergi. Abang ngah kamu tu
nak cuba mencari kemesraan semula dengan kak Nuri kamu tu, biar mereka merasa
bershopping anak beranak diaorang sahaja”.
Begitu
teruja Syukri membawa keluarganya membeli belah.Pot pet mulutnya bercerita
menerangkan itu dan ini sepanjang perjalanan.Nama dan kejadian waktu dulu
tempat-tempat yang dilalui juga diceritakan kepada isteri disebalahnya.
Lagaknya macam pemandu pelancung pun ada.
Kerana rasa terujanya sampai sahaja, dia
menuju ke tempat kebarang wanita.Tempat pertama beg tangan wanita. Terdapat
berbagai jenis dan bentuk beg tangan wanita
terpamir ditempat pamiran. Sambil mendukung anaknya yang kecil Syukri
turut membelek satu..satu. Mula-mula dibahagian beg yang berjenama biasa-biasa
sahaja. Dia melihat Nuri berjalan sahaja tidak menunjukkan minat pada beg yang
berjenama biasa. Pada tanggapan Syukri beg biasa tidak menepati cita rasa
isteri agaknya. Kemudian dia mengajak Nuri ketempat beg yang berjenama. Apabila
dilihat Nuri seperti tidak pandai memilih Syukri membantu. Dicapainya yang
dirasakan cantik diunjukkan kepada sang isteri. Nuri membelek kemudian
kepalanya mengeleng. Satu lagi..belek lebih kurang geleng lagi. Hinggalah Syukri rasa bosan
dengan tingkah yang asyik mengeleng. Mengapakah
semuanya tidak berkenan dihati Nuri,
walaupun semua yang diunjukkan kepada iseterinya sudah terlalu cantik
pada pandangan matanya.
“Dahlah
bang..jom tempat lainlah pula”.
“Ehh
Kita tak beli lagi ni.Nuri nak yang macam mana? Punyalah banyak macam ni, satu pun tak ada yang sangkut kat hati
Nuri..kang balik menyesal tak beli. Ambil sahaja abang yang akan bayarkan..”.
“Tak
lah..saya memang tak berniat nak beli handbeg pun. Yang ada tu masih cantik
lagi. Dahlah jom kita balik ”. Dengan rasa hampa Syukri mengikuti langkah
isterinya keluar dari bahagian beg itu. Nuri mahu menuju kearah pintu keluar.
Namun ditahan oleh Syukri. ‘Penat berjalan satu pun tak beli’ marah hatinya
“Ehh
kita belum tenguk bahagian baju-baju lagi. Kita pergi tenguk baju
dululah..alang-alang kita dah sampai jalan cukup-cukup biar puas hati. Buakn
selalu kita dapat datang sini.”.
“Haa
Nuri cakap terus terang, Nuri tak nak beli baju.Kalau baju anak tak apa”. Ohh
Nuri sudah berterus terang.Pada Nuri senang begitu tidak lah mereka membuang
masa membelek-belek tetapi tidak membeli. Mereka terus ketempat pakaian
kanak-kanak. Syukri mula mengacu setiap baju yang dirasanya sesuai untuk
anaknya. Banyak juga perkataan yang kelaur dari bibir isterinya…Syukri hanya
mengelengkan kepalanya dengan sikap isterinya.
“Bang
kalau beli biarlah besar sikit kalau muat-muat sahaja, tak sampai beberapa
bulan dan tak boleh nak pakai, lagi pun jangan beli yang mahal. Budak-budak kan
cepat membesar nanti membazir saja”. Akhirnya hanya beberapa helai sahaja
pakaian anak-anak dapat dibeli. Terkeluh juga hati Syukri..rupanya susah juga
membawa Nuri membeli belah. Dia bukan seperti orang mabuk shopping. Sifat
berjimat masih kedapatan.Mungkin kesusahan diawal perkahwinan mereka menyekat
dirinya dari berbelanja.
“Kita
nak pergi mana lagi Nuri..alang-alang kita keluar ni biar puas kita berjalan”.
“Nuri
tak tahu, tapi kalau boleh Nuri nak pergi beli buah mangga. Kawan Nuri kata
buah mangga Siam ni sedap. Lagi pun murah kalau kita beli kat tempat dia”.
“Haa
jom kita beli buah”.
Sampai
di tempat buah-buahan bagai terlebih teruja Nuri memilih. Mangga berisi warna
kuning dibelinya lima kilo, mangga berisi warna oren lima kilo lagi. Mangga
ranum namun isinya manis juga dibelinya. Macam tak cukup tangan dia menjinjing
plastic berisi mangga. Sebelum mereka
beredar sekali lagi dia menoleh kekawasan menjual buah....
“Kenapa
ada yang tertinggal ke?”
“Bang
kalau Nuri beli sikit lagi boleh tak..Nuri rasa macam tak cukuplah”.Syukri
tersenyum melihat gelagat isterinya, yang mula tamak.
“Pergilah
abang tunggu dengan anak-anak kat kereta”.
“Terima
kasih.”Bila mendapat kebenaran laju langkahnya menuju ketempat buah yang paling
hamper. Dari jauh Syukri melihat senget bahu Nuri menjinjing plastic berisi
buah.
“Kenapa
Nuri beli banyak sangat ni. Nak bawa balik Kampung Subang ke?”.
“Kalau
ada lebih nanti… kalau tak cukup tak apa..kita kan ramai.”
Baru
sahaja kereta Syukri terpakir di halaman rumah puan NorIza, dia sudah disebu
oleh adik dan adik iparnya.Ira menyambar Hadi dari dukungan uminya.
“Halololo
rindunya mak de dengan anak mak de yang comel ni. Penat jalan ye..Hadi banyak
beli baju??” Sambil melarikan Hadi Ira
masuk ke rumah. Riuh mulut Ira bertanya kepada sikecil, macamlah sikecil
faham pertanyannya.
Imah
pula mengambil beg-beg plastic dibonet kereta. Sebelum diangkat dia sudah
menjenguk isi beg plastic dahulu. ‘Ni yang banyak hanya buah mangga saja ni,
mana baju dan handbaeg kak Nuri kata angah tadi beria nak beli sampai dua tiga
biji beg, siap Tanya jenama apa lagi’ detik hati Imah. Nuri hanya tersenyum bila terpandang bibir
Imah yang mencebek. Mungkin hairan dengan isi dalam beg plastic. Dia membawa
beg plastic yang mengandungi buah mangga yang paling akhir dibelinya tadi. Dia
terus menghilagkan diri menuju kedapur.
Kisah ni macam menyingkap latar belakang setiap ahli keluarga. Dalam pada tu terselit juga info yang berguna dan tauladan yang patut dicontohi. Best juga sebab kisah Nuri&Syukri dulu macam tak puas baca.
ReplyDelete