Pisang emas
bawa belayar,
Mari
disimpan didalam peti,
Hutang emas
boleh dibayar,
Hutang budi
di kenang hingga kemati.
Jika
difahamkan dari kata-kata Loqman, mungkin dua atau tiga tahun lagi dia
terpaksa bernikah. Jadi bagaimana
agaknya untuk dia mengelak dari menempuh perkara yang belum masuk dalam
perancangan hidupnya. Ingin juga dia membantah..tetapi tentu nanti Loqman
sekeluarga akan mengatakan dia tidak
mengenang budi. Dia tahu sejak dia kecil lagi mama dan papa Loqman banyak
membantu mereka sekeluarga.Terutama ibunya yang telah dipelihara oleh keluarga
sebelah mama Loqman. Bak kata orang ‘hutang emas boleh dibayar, hutang budi di
kenang hingga kemati’. Begitu sibuk kepalanya menimbang dan mengira akan
kebaikan dan keburukkan diatas keputusan yang bakal diambil. Bak kata perpatah
’berhati-hati menarik rambut didalam tepung, rambut jangan putus dan tepung
juga jangan berserak’.
Walau
bagaimanapun hatinya tetap merungut akan
ketidak fahaman Loqman dengan keadaan dirinya. Apa lagi yang hendak
dikatakanya, terpaksalah tunggu dan lihat sahaja apakah tindakan Loqman
seterusnya nanti. Mereka pulang
petang itu dengan tanda tanya
yang besar dia kepala Amirah. Didalam hatinya berdoa bersungguh-sungguh supaya
Loqman tidak menghantar pinangan untuknya, dalam waktu terdekat.
Masa berjalan begitu pantas, kini Amirah sedang menghadapi peperiksaan
akhir. Peperiksaan yang akan menentukan masa depannya. Sepanjang bulan ‘study
week’nya dia mengharapkan pengertian
Loqman. Dia memohon supaya mereka
tidak berjumpa walaupun sekadar keluar makan sekali pun. Dia ingin memberi
tumpuan kepada peperiksaanyan yang bakal
menjelang.
“Abang Man..Mirah minta tolong sangat-sangat dengan abang
Man..mulai minggu depan Mirah tak nak keluar lagi ye..periksa dah nak dekat
ni.. Mirah belum bersiap sedia lagi..banyak yang Mirah nak baca, banyak lagi
yang Mirah nak buat latihan. Kalau Mirah gagal nanti Mirah kena ex-tend satu
semesta lagi, Mirah tak mahu macam tu.”
“Heyss jangan cakap macam tu. Cakap-cakap ni berdoa Mirah
..abang percaya Mirah mesti lulus.. abang doakan Mirah lulus dengan cemerlang..
tapi kalau kita tak jumpa macam mana Mirah nak makan nanti?.” Begitu ambil
berat Loqman kepada wanita kesayanganya. Dia khuatir jika Amirah kelaparan
nanti.
“Tak apa..nanti Mirah siap-siap beli roti, kaya dan majerin.
Kalau tak pun Mirah makan dengan air
milo pun dah cukup.”
“Mirah kan nak periksa, makan tu penting, makanlah yang
berkhasiat sikit, barulah pelajaran boleh masuk dalam kepala.”
“Tengahhari Mirah makan nasilah..hanya malam saja Mirah
makan roti..kalau tak pun Mirah kirimlah dengan siapa-siapa kawan Mirah yang
keluar beli makanan nanti.”
“Emm.” hanya itu yang dapat Loqman katakan, jika sudah
bersungguh-sunguh Amirah tidak mahu keluar denganya.Tetapi hatinya didalam
sudah dipalu rasa. Rasa rindu yang bakal menderanya.
Loqman
sungguh terdera disepanjang bulan
peperiksaan akhir Amirah. Kadang-kadang rindu tidak dapat dibendung. Tidak ada
cara lain, dia akan menghubungi Amirah melalui telefon bimbitnya. Telefon itu
adalah pemberian Loqman waktu pertama kali berjuma dua tahun yang lalu. Supaya
mudah dia menghubungi Amirah jika dia kerinduan.. itu kata Loqman, dan telefon
itu sungguh berjasa pada Loqman kini.
Mungkin
ada kebenaranya kata orang.. bila orang sedang dia amuk rindu, tak dapat
melihat wajahnya mendengar suara pun sudah memadai. Itu adalah cara orang zaman
canggih melepaskan rindu. Tekan sahaja butang, suara yang dirindui berbisik di
tepi telinga. Jika orang dulu lagi lah teruk tak dapat jumpa tuannya dapat
pandang bumbung rumahnya pun sudah cukup, bagi mengubat rindu hatinya..
begitukah adat orang bercinta ?..entahlah siapa yang mengalami mungkin tahu
jawapannya. Amirah hanya mengikuti sahaja ragam
abang dua pupunya merangkap kekasih hatinya.
Setelah
tamat peperiksaan Amirah mencari pekerjaan yang sesuai untuknya. Bersama
seorang rakan sekelasnya dahulu, mereka sama-sama mencari pekerjaan. Akhirnya
mereka mendapat kerja disebuah syarikat makanan segera diCheras .
Walaupun satu tempat kerja tetapi lain bahagian. Amirah diterima bekerja
menjadi kerani akaun dan kawanya pula kerani dibahagian kemasukkan
bahan-bahan basah . Kini dia sudah
mempunyai pendapatan sendiri. Dia menyimpan sedikit duit gajinya dan memberikan
sedikit lagi untuk ibu dan ayahnya bagi meringankan sedikit tanggungan ayahnya
dan sedikit lagi untuk menampung kos harianya. Dia cuba berjimat-cermat dengan
wang gaji yang tidak seberapa. Sepulangnya dia malam itu dari tempat kerjanya,
ibunya menghubungi melalui telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum
kakak ibu ni… kakak dah sembayang Magrib
ke belum?”
“Dah bu…kakak solat kat tempat kerja tadi…kalau tak buat
macam tu takut tak sempat pulak. KL ni tak tentu, malam pun kadang-kadang jalan jem
juga. Kakak ni baru saja sampai..ada kemalangan kat jalan nak masuk
tadi.. itu yang jem panjang…kemalangan bukan teruk sangat tapi jem juga”.
Ditempat kerjanya para pekerjanya digalakkan mengambil kerja
lebih masa, kerana ketidak cukupan pekerja. Setiap hari mereka dikehendaki
melebihkan masa dua jam untuk
menyelesaikan kerja-kerja mereka.. tetapi dengan cara itu dapatlah mereka
menambah sedikit duit gaji mereka. (Dua
jam itu dikira sebagai kerja OVER TIME)
“Kakak dah makan? ….”
“Petang tadi dah makan …tapi rasa lapar pulak, apa taknya
berdiri lama sangat dalam bas tadi, bas pulak penuh. Kami ni macam ikan sardin dalan tin berhimpit-himpit…kakak
rasa nak makan roti dengan telur sahajalah bu..malas rasanya nak keluar lagi”.
“Lain kali sebelum balik tu belilah makanan.”
“Tadi masa nak balik kenyang lagi ... ibu ..ibu telefon ada
nak cakap apa.. sebelum ibu terlupa.. baik cakap dulu kakak ada banyak nak
cerita dengan ibu ni.” bagai terasa ada
sesuatu yang hendak disampaikan oleh
ibunya, bila tiba-tiba ibunya pula yang menghubunginya. Pada kebiasaannya dia
yang menghubungi ibunya, lagi pun baru malam semalam dia menghubungi ibunya.
“Kenapa pulak.. ibu nak telefon kakak tak boleh ke? Nak
tanya anak ibu sihat ke, dah makan ke belum.“
“Boleh tu boleh lah tapi takut kredit ibu tu habis ..kakak
telefon ibulah, letak telefon ibu tu,
nanti kakak call balik. ” begitu prihatin Amirah akan kesusahan
keluarganya.
“Tak apa.. ibu baru top-up ni jangan bimbang. .. Kakak..
tadi Mak long ada datang, dia tanya bila kakak grad…dia kata Logman dah tak
sabar-sabar nak bertunang.” Puan Halimah berterus terang tentang tujuanya
menghubungi anaknya.
“Kalau ibu macam mana..” Amirah bertanya pendirian ibunya.
“Ibu pulak …sepatutnya ibu tanya kakak macam mana.”
Ibunya menyoalnya semula.
“Kakak sebenarnya tak mahulah cepat sangat, kalau abang
Loqman dah tak sabar nak bertunang biar lah dia bertunang dengan orang lain.
Kakak rasa nak kerja dulu… kesian ayah tanggung adik-adik sorang- sorang..
kalau kakak kerja legalah sikitkan bu”.
“Ibu pun macam tu.. umur kakak pun muda lagi.”
“Ialah bu, kakak baru dua puluh dua … Lagi pun kalau dah
bertunang esok tak sabar-sabar nak nikah pulak.. kakak tak mahulah bu.. biar
dia cari orang lain kakak tak kisah.”
“Kita ni susahlah kakak …mereka tu sedara kita…ibu takut Mak
Long kecik hati dengan kita. Dia memang
dah lama nak kakak jadi menantu dia.” Mak Long gelaran ibu Loqman bagi
saudara-mara mereka.
“Habis tu macam
mana?.. kakak nak kerja dulu. Kalau dah bertunang pun dah tak sabar-sabar..tentu
nikah esok pun tak sabar-sabar juga. Lagi pun
bertunang lama-lama bukannya elok …kakak tak bersedia lagi.”
terus terang Amirah memeritahu ibunya pendiriannya.
“Ibu pun tak tahu macam mana..Mak Long kata tadi, Loqman
yang beria-ia sangat nak bertunang dulu dengan kakak”.
“Nantilah kakak jumpa
abang Loqman tanya dia mintak tangguh..sampai kakak kerja dua atau tiga tahun,
kumpul duit dulu..kan bu.”
“Kakak selalu ke jumpa Loqman tu?” ibu Amirah merisik
anaknya yang jauh dari pandanganya.
“dulu selalulah… dia yang ajak jumpa, ajak jalan-jalan,
makan sama-sama, abang Loqman kan kerja
kat Shah Alam juga. Bila kakak tak nak... dia kata kakak sombong…kakak serba
salah sebetulnya. Tapi sekarang sejak
kakak kerja kat Cheras jarang sikit dia ajak jumpa, mungkin dah jauh sikit”.
“Ohh.. gitu..jangan jumpa selalu sangat, nanti jadi benda
tak elok kita susah..kalau kakak jumpa Loqman cuba lah tanyakan mana tahu mahu
dia tangguh hal tunang ni ye… assalamualaikum”.
“Insyaalah kakak cuba....Waalaikumsalam “ talian diputuskan.
Rasa geram dihati Amirah dengan ketidak sabaran Loqman yang sudah gatal nak
bertunang.
Walaupun
Amirah sudah bekerja sebagai kerani, tapi dia tetap memohon kerja tempat lain
seperti di angensi-agensi kerajaan dan dikilang-kilang. Dia mengharapkan dapat
bekerja di tempat yang lebih baik dan lebih menjamin masa depan. Dia juga
mengharapkan mendapat gaji yang lebih tinggi dari yang dia dapat sekarang. Maklumlah tempat kerjanya
sekarang kecil, tentulah gaji yang ditawarkan juga rendah. Dia telah mengisi
data-data peribadinya diSPA (Suruhanjaya
Perhidmatan Awam) seperti yang disarankan oleh kawan-kawannya. Supaya bila ada
sahaja kekosongan di Jabatan Kerajaan dia
akan disenaraikan sebagai salah seorang
peserta temuduga.
Amirah semenangnya
seorang yang cerdik dari semua segi. Dalam pelajaran juga Amirah dalam ketigori
cerdik juga. Selama dia menuntut di UiTM
dia mandapat markah 3.0 keatas dalam setiap peperiksaan semestanya. Sudah
beberapa kali dia mendapat anugerah
DEKKAN bila mendapat markah melebihi 3.5 keatas. Itu yang membangga kan hati
kedua ayah dan ibunya.
Malam itu dia menghubungi abang Loqmannya..
“Assalamualikum.. abang Man sibuk ke?..”.
“Waalaikumsallam … mimpi apa Mirah telefon abang malam ni.”
Gembira hati Loqman tidak terkata menerima panggilan dari Amirah..selalunya dia
sahaja yang menghubungi adik dua pupu dan merangkap kekasih hatinya itu.
Ketika
telefonnya berbunyi tadi, dia sedang berbual dengan kawanya. Walau rasa
keberatan untuk menjawah panggilan..diambilnya juga tetefon yang poket
seluarnya. Bila dia melihat nama Amirah tertera di screen, hatinya jadi
berdebar jantung berdegup kencang. Jari yang hendak menekan butang hijau
tergigil-gigil hingga tetefon jatuh kehujung kaki. Dia bangun lalu masuk
kebiliknya untuk mencari ruang dari dua orang kawan polis serumah denganya.
“Tak ada mimpi apa-apa, cuma kalau abang Man ada masa boleh
tak kita jumpa esok petang”.
“Kenapa..Mirah dah rindu kat abang ye.”..duga Loqman mesra.
“Abang Man ni..tak adalah… Mirah nak bincang dengan abang
Man ‘ tentang kita’” Seram sejuk pula dirasakanya bila Loqman sudah
memperkatakan tentang rindu kepadanya.
“Dalam telefon ni tak boleh bincang ke?”.
“Boleh juga kalau abang Man tak ada masa esok…”.
“Ok ..letak telefon tu..biar abang yang call Mirah ..abang
tahu mungkin keredit Mirah dah sikit tu..abang punya baru top-up tadi.” Talian
diputuskan oleh Loqman sebelum sempat Amirah menyambung kata-katanya.
Loqman maklum kesulitan Amirah yang baru
sahaja bekerja, duit gajinya pun tak seberapa dan harus dibahagi-bahagikan ke
banyak tempat pula. Itulah kelebihan Amirah, seorang anak yang bertanggung
jawab kepada keluarganya. Selain seorang gadis yang tidak suka berpeleseran
menghabiskan duit mencari hiburan. Walaupun kini dia telah bekerja dan
mempunyai duit sendiri. Duitnya tidak ditabur kepada perkara-perkara yang tidak
berfaedah.
Satu
lagi yang dia tertarik pada Amirah, dia bukan seorang gadis yang gedik atau
mengada-ngada apa yang dilihat pada luarannya itulah dirinya. Dia juga tidak
suka menghias diri untuk menampakkan dirinya cantik walaupun kini dia telah
bekerja. Biasanya kalau mereka berjumpa, Amirah akan memakai bajunya yang sudah
biasa dipakai dan tidak juga memakai
alat solek walaupun bibirnya nampak merah sedikit dan basah, tetapi dia tidak
memakai gincu bibir, Loqman sentiasa memerhatikan gelas atau straw minuman
Amirah ketika mereka makan-makan. Tiada kesan gincu bibir disitu..kecantikkanya
kecantikan asli.
Selain itu Loqman
terpikat dengan Amirah kerana sifat keibuanya, dia selalu nampak Amirah
mengambil berat tentang adik-adiknya. Dia juga menyaksikan Amirah kalau dirumah
nenek mereka, seorang yang ringan tulang membantu didapur, mungkin dirinya dari
keluarga yang sederhana menyebabkan dirinya tidak dimanja dengan kerja-kerja
rumahtangga. Papa dan mamanya juga suka jika dia memilih Amirah sebagai suri
rumahtangganya nanti. Loqman menghubungi Amirah seperti yang dijanjinya tadi.
“Hallo sayang... lama kita tak jumpa kan Mirah. Abang rindu
sebenarnya pada Mirah, tapi sejak
kebelakang ni banyak kes, itu yang abang sibuk sikit..susah nak jumpa
Mirah.”
“Tak apalah Mirah faham..kerja tu biarlah kita buat
elok-elok supaya kita mendapat keberkatan kalau kita buat dengan ikhlas” Secara
tidak langsung Amirah mengingatkan abang dua pupunya.
“Ialah abang ingat tu..oh ye Mirah nak bincang apa dengan
abang tadi.. cakaplah.” Loqman tahu apa yang hendak dibincangkan oleh Amirah
‘tentang mereka’..Minggu lepas dia pulang kerumah ibunya di Port Dickson
mendesak ibunya, meminang Amirah untuk dirinya.
“Mama …Mirah dah habis periksa tu, Man rasa dah boleh Man bertunang dengan dia. Kalau lama-lama
nanti ada pulak mamat lain yang pikat Mirah tu.” memang itulah yang ditakuti
oleh Loqman. Pada pandangannya Amirah
seorang gadis yang diminati oleh
lelaki, perwatakkan yang selamba, kecantikan yang sederhana dan bijak pula, bukan itukah ciri-ciri gadis idaman
lelaki.
“Abang Man ni
..kenapa cepat sangat abang Man nak bertunang..Mirah baru habis periksa belum
grad lagi, Mirah nak kerja dulu .. kitakan masih muda lagi, kenapa yang
tergesa-gesa sangat?.” terus sahaja Amirah meluahkan apa yang ada didalam
hatinya supaya Loqman mengerti.
“Mirah tanya kenapa?? Jangan Mirah tak tahu, abang ni dah
laaama tunggu Mirah tau…ataupun memang
Mirah tak nak kahwin dengan abang?… Mirah macam mengelak saja ni… Mirah
dah ada pilihan ke?”. Soalan Amirah kenapa dijawap oleh Loqman kenapa juga.
Sebenarnya Loqman
terkejut apabila Amirah membantah cadanganya. Dia menjangkakan tentulah Amirah
gembira, kerana mereka sudah maju
selangkah menuju kearah alam
rumahtangga. Pasangan mana yang tidak gembira kalau dapat hidup bersama.
“Abang Man ni ..mana ada. Mirah memang tak ada pilihan …tapi Mirah ni anak yang tua patut
tolong ibu ayah Mirah dulu. Mirah tak boleh nak pentingkan diri Mirah sendiri,
Mirah kena ambil tahu hal adik-adik Mirah”.
Kerdengaran suara marah Amirah ditalian.
Pada fikiran
Amirah, mengapa Loqman tidak pernah memahami dirinya. Sudah berulang kali dia
menceritakan pendiriannya kepada Loqman. Sudah acapkali juga juga dia
menceritakan kesempitan keluarganya. Bukan dia memohon simpati yang berlebihan
tapi dia meminta pengertian, agar Loqman mengerti dan faham tanggungjawapnya
kepada keluarganya. Itulah sebabnya dia marah.. Dia geram sebenarnya dengan
sikap Loqman yang tidak memahami pendirinya.
“ Miraah..Abang tak halang Mirah bantu ayah Mirah kalau kita
dah kahwin pun, tapi abang nak cepat hidup bersama Mirah….Mirah tak tahu betapa
hati abang rindu bila tak nampak muka Mirah.. tak dengar suara Mirah..” terasa
meremang tengkuknya, bila Loqman memperkatakan soal rindu, Amirah terkedu
tetapi dia tetap menjawab apa yang ada dalam perancangan kepalanya.
“Tapi Mirah tak mahu
kahwin cepat sangat.. nanti Mirah tak dapat nak memenuhi tanggung jawab
Mirah pada abang Man dengan baik…kalau
abang nak cepat, Mirah cadangkan abang Man cari saja gadis lain..sebab Mirah
tak bersedia lagi jadi isteri. Abang Man
mesti ingat jadi isteri ni tanggungjawabnya besar, bukan boleh main-main. Mirah
takut tak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik kalau
dah dicampur dengan tanggung jawab Mirah
pada keluarga Mirah nanti”.
“Kenapa Mirah suruh abang cari orang lain…Mirah tak sayang
abang ke?…” asyik itu sahaja soalan yang kelur dari mulut Loqman, bila dia
disuruh memahami pendirian Amirah.
“Kesitu pulak abang Man ni..Abang Maann ..Mirah sayang abang
Man..tapi Mirah tak bersedia untuk jadi tunang ataupun isteri abang Man waktu
terdekat ni…abang Man pilih saja siapa ..kalau abang bahagia, Mirah pun akan
tumpang bahagia juga.”
“Mirah ingat nak
pilih isterti ni macam nak pilih baju
saja ke.
pergi Chaow Kit atau pasar malam jumpa...dah boleh nak
jadikan isteri. Mirah nak tahu ..dah lama abang tetapkan dalam hati abang ni,
hanya Mirah yang akan jadi isteri abang. Mirah.. abang tanya Mirah
betul-betul..dan Mirah jawab abang dengan jujur jangan tipu abang.”
“Apa dia tanyalah..kalau boleh Mirah jawab ...Mirah jawab”.
“Jangan tipu jawab dengan jujur dari hati Mirah.. Emm..Mirah
dah ada pilihan ke?”.
“Mirah tak penah nak tipu abang, buat apa Mirah kahwin orang
lain yang tak tahu keadaan dia dan keadaan keluarga dia. Lebih baik Mirah
kahwin dengan abang Man yang Mirah dah tahu siapa abang dan keluarga abang
Man…memang Mirah tak ada pilihan lagi, dalam hati Mirah ni hanya nak tolong ibu
ayah Mirah saja..percayalah”.
“Kalau macam tu oklah..abang percaya Mirah..
Assalamualaikum” talian diputuskan.
Cepat sahaja
talian diputuskan oleh Loqman. Hatinya sebal kerana rancanganya tidak mendapat
persetujuan dari Amirah. Hendak di luahkan kemarahanya terasa tidak ada
gunanya..takut nanti Amirah benci kepadanya. Bagi Amirah pula dia merasa
sungguh lega kerana Loqman memahami dan percayakan dirinya.
No comments:
Post a Comment