Namun air matanya sudah tidak dapat dibendung. Sambil
berjalan air matanya berjujuran terjun dari tubir matanya. Tadinya dia tidak mahu
suaminya melihat air matanya, dia mahu kelihatan keras dan tegas. Wanita dan
air mata mana boleh dipisahkan. Sampai dibilik dia duduk disisi kaki katilnya,
tidak terkira rasa pedih hatinya didalam. Supaya tidak kedengaran bunyi
tangisnya Nuri menekup muka kedua belah
lututnya dia melepaskan tangis nya. Syukri mengekori langkah isterinya, tetapi
terberhenti diambang pintu bilik bila melihat badan isterinya terhenyut-henyut
Syukri tahu isterinya menangis. Melihat perbuatan isterinya yang sedang
melepaskan sedeh, dia menghampiri lalu duduk disebelah isterinya tanganya
memeluk tubuh isterinya yang menahan tangis.
Tiba-tiba Nuri menjerit. Nuri menolak suami yang sedang memeluknya.
“Pergi! Pergiii! saya tak suka! saya tak suka!
jangan dekat sayaaaaa”. Jerit Nuri lagi. Kemudian dia bangun mencapai apa yang
berhampiran dengan dan membaling kearah Syukri.
Pada pandangan Syukri, Nuri sudah
tidak dapat mengawal emosinya. Nuri berjalan lagi mencari barang yang boleh
dilemparkan kearah Syukri. Syukri sudah tahu yang dihadapanya bukan lagi Nuri
yang bersuara rendah bila dia marah. Cepat-cepat dia menghampiri katil bayi
untuk menyelamatkan anak kecilnya. Takut-takut kalau Nuri mencapai anaknya lalu
dilemparnya anak kecil itu pula.
Nuri merenung garang kearahnya. Syukri cepat-cepat
keluar dari bilik . Dari luar bilik dia mendengar Nuri menangis sambil meraung-raung. Sah Nuri
sudah hilang pertimbangan. Mungkin emosinya terganggu kerana kata-katanya tadi.
Syukri mencari nombor kak Ton meminta bantuan.
“Kak tolong saya kak, tolong datang rumah saya
sekarang kak”
“Kenapa Syukri???”
“Nuri tengah mengamuk saya tak boleh nak dekat dia,
dia bencikan saya tolong kak”. Sekejapan
itu juga dengan termengah-mengah kak Ton sampai memberi bantuan.
“Syukri!! boleh akak masuk bilik?”.
“Masuklah kak kalau boleh pujuk dia, Hadi dah
menangis ni mungkin nak susu”.
Bila kak Ton menjengah bilik tidur mereka , bilik
itu sudah umpama tongkang pecah. Cadar dan bantal bertaburan diserata bilik,
semua barang juga sudah tunggang terbalik. Nuri duduk dibirai katil dengan
nafasnya kelihatan turun naik. Mungkin kepenatan dengan aktivitinya tadi.
Aktivi ganas membaling dan melempar semua benda.
“Nuri kenapa ni Nuri?” Lirih kak Ton menyapa sambil
menghampiri Nuri. Nuri tidak menoleh. Dia duduk dibirai katil, pegun memandang lantai.
“Nuri! anak Nuri dah menangis nak susu. Boleh Nuri
bagi susu kat Hadi.” Tutur kak Ton lagi dengan lembut. Tetapi tiada tindak
balas dari Nuri. Nuri seakan tidak sedar dengan kehadiran dirinya, dia juga
tidak sedar pada keadaan sekeliling.
Melihat kedaan Nuri dengan rambut berserabai kak
Ton tahu jiwa Nuri sangat tertekan. Perlahan kak Ton menghampiri lalu dipeluknya Nuri. Kak Ton
pula yang merasa hiba dia menangis dibahu Nuri.
Namun Nuri tetap diam membisu, tiada tidak balas darinya. Agak reda hibanya baru dia
tersedar anak Nuri yang masih bayi sudah agak kuat tangisannya. Pada kebiasaan
Nuri tidak begitu dia dalah ibu yang penyayang. Anak merengek sahaja cepat
sahaja dia memberi keperluan yang
diperlukan oleh anak-anakya. Sudah lama kak Ton kenal Nuri dan sudah dua orang
anak-anak Nuri yang dijaga.
“ Syukri cuba tenguk lampinya mungkin dah
basah.”Kak Ton keluar mahu memastikan apa yang dilakukan oleh Syukri hingga
bayinya menangis dengan kuat. Rupanya
Syukri kebingunan, bila melihat anaknya sudah menangis.
“ialah kak Ton”.
“Lampinnya ok lagi kak Ton nak susu agaknya”.
“Nuri susukan anak dulu ye.”.Tiada juga tindak
balas dari Nuri.
Kak Ton menarik tangan Nuri supaya dia berdiri.
Kemudian dipimpinnya supaya dia duduk menyandar di kepala katil. Seperti robot
Nuri mengikuti apa yang dilakukan oleh kak Ton. Kak Ton berbuat begitu supaya
mudah menyusui menyusui anak kecilnya. Dengan bantuan kakTon bayi kecil Nuri
menyusu. Kak Ton yang mengeluarkan payu dara Nuri dan kak Ton juga yang
memegang bayinya. Nuri sudah tinggal jasad sahaja. Walaupun masih bernyawa
namun rohnya entah dimana.
Nuri sudah menjadi patung, tiada
kata-kata, tiada tindak balas dan pandagannya
matanya kosong. Setelah selesai menyusui anak. Kak Ton menyerahkan kepada
Syukri. Diruang tamu mereka berbincang
bila melihat keadaan Nuri yang agak teruk ganguan emosinya.
“Syukri! lebih baik Syukri panggil emak Syukri
datang, akak takut Nuri kena meroyan.” Sekejapan itu juga Syukri meminta
emaknya yang baru pulang seminggu datang semula kerumahnya. Sementara menunggu
kedatang emaknya dari Pengkalan Hulu, kak Ton menguruskan makan minum anak-anak
Syukri.
Sedang Kak Ton menyuapi dua orang lagi anak Syukri
kedengaran jeritan Nuri didalam bilik. Bergesa kak Ton menjengah bilik, dilihat
sudah Syukri terperosok di celah almari, Nuri pula sedang membalig bantal dan apa sahaja barang yang
ada berhampiran dengannya kearah Syukri.
“Syukri! Keluar dulu biar kak Ton pujuk Nuri.
Syukri tenguk anak-anak tengah makan tu”. Syukri akur dengan perintah kak Ton.
Perlahan Kat Ton menghampiri Nuri. Dipeluknya Nuri lalu digosok-gosok belakang
Nuri . Kelihatanya Nuri agak tenang, walaupun nafasnya masih turun naik, mungkin kerana aktiviti ganasnya tadi. Tetapi dia
hanya berdiri tegak mendiamkan diri tiada perkataan yang keluar dari bibirnya.
Nuri sedang dalam ganguan emosinya. Nuri dihadapanmya bukan Nuri yang biasa.
Setelah dikemaskan sedikit keadaan katil dan bilik Nuri, Kak Ton mendudukkan
Nuri dikepala katil dan disandarkan seperti tadi. Nuri mengikuti segala
perlakuan kak Ton. Kak Ton keluar dari bilik. Dilihat Syukri sedang menyuapi
anak-anaknya makan. Matanya merah mungkin dia menangis sedeh atau menangis
kesakitan.
“Kenapa Syukri? Sakit ke Nuri buat tadi. Syukri buat
apa kat Nuri tadi, sampai dia mengamuk lagi”.
“Saya hanya nak suruh dia makan. Dia belum makan
lagi dari pagi tadi kak Ton. Tadi masa sarapan saya saja yang minum dia susukan
anak. Bila saya dekat saja terus tegak kepala dia. Dia berdiri ingatkan nak kelaur
rupanya dia terajang saya. Dia benci saya kak Ton”. Air matanya sudah yang
sudah kering bergenang lagi ditubir mata. Sedeh hatinya dibenci oleh isteri
sendiri.
“Kalau boleh Syukri jangan dekat dia dulu biarkan
dia tenang. Syukri kena faham sekarang ni bukan Nuri yang biasa, kalau Nuri
yang biasa dia tak macam ni Syukri. Nuri tak akan membiarkan anaknya tak
menyusu dan tak makan budak-budak ni. Ni mak Syukri sampai pukul berapa ni?”.
Agar hati Syukri tidak sedeh kak Ton memesongkan ceritanya.
“mungkin petang kak Ton.”
“Syukri! buat masa ni anak-anak yang berdua ni biar
kak Ton yang jaga, Syukri jaga yang kecil saja tu dulu. Lepas diaorang makan ni
kak Ton bawa balik rumah ye”.
“Ialah kak ton terima kasih banyak-banyak, banyak
sungguh budi kak Ton pada kami tak tahu nak balas macam mana”.
“tak apalah kita mesti tolong menolong. Dahlah
Syukri jangan difikir sangat pasal akak ni. Sebelum akak balik ni akak nak
tolong Nuri susukan anak dulu. Akak nak perahkan sikit susu Nuri untuk sampai
mak Sykri datang nanti. Takut tak sampai lagi emak Syukri siHadi dah nak susu. Akak tenguk kuat juga
sikecil tu menyusu tadi.”
“Yelah agaknya kak Ton, tenguklah baru dua bulan
dah nampak berisi pipi dia kan kak Ton”.
“Tapi biasalah budak lelaki memang macam tu, Nuri
ni walaupun kurus tapi air susu dia banyak Syukri. Untung anak-anak Syukri tak
payah campur-campur susu kenyang dengan susu ibu dia.”.
Sudah dua hari Nuri berkedaan begitu, tidak
bergerak, tidak bercakap, tidak tidur, tidak makan dan minum dia juga tidak
kebilik air hanya matanya sahaja yang berkelip tetapi pandangannya kosong. Dia
duduk menyandar dikepala katil. Puan Noriza cuba membaring Nuri tetapi tidak
sampai beberapa minit dia akan duduk semula seperti yang didudukkan oleh kakTon
dua hari yang lalu. Buntu puan Noriza dan Syukri memikirkan masaalah Nuri.
“Syukri cuba kita hubungi kaum kerabat rapat Nuri,
nenek dia ke. Pak su dia ke atau abang dia. Apa-apa perkara tak baik jadi pada
Nuri, nanti mereka salahkan kita pula.” Syukri mengubungi Ahmad Lutfi meminta
bantuan. Kebetulan Ahmad Lutfi baru pulang dari kerjanya. Dia akan bercuti sebulan.Setelah diceritakan keadaan Nuri, Ahmad
Lutfi menyarankan agar abang sulong Nuri dihubungi. Kesokkan harinya Mohd Nizam, datang dari Australia. Dia dijemput oleh Amad Lutfi diKLIA lalu
dibawa kerumah Nuri.
Ketika melihat keadaan adik
bungsunya yang mematung di kepala katil, hatinya amat sedeh. Itulah
satu-satunya adik perempuanya. Adik yang begitu manja padanya ketika dia remaja
dahulu. Tetapi kini duduk mematung matanya memandang kedepan tetapi pandangannya kosong. Dihampiri adiknya dengan
panggilan manjanya.
“Adik kenapa ni dek” Mendengar sahaja suara abang
sulungnya Nuri bagai terkejut. Dia menoleh kesisi dan memandang abang nya
dengan mata terkelip-kelip mencerana apa yang berdiri di sebelahnya. Setelah
pasti apa yang ada di hadapannya bingkas bangun Nuri dari katil, dipeluknya
abang dengan raungannya sekali.
“Along!! ini along ke, adik rindu along”.
Mengongoi-ngongoi Nuri menangis didada abang sulongnya. Lama menangis didada abangnya melepaskan segala
kesedehan.
“Dahlah dek. Adik makan ye, dah lama adik tak
makan, along suap ye”. Seperti memujuk Nuri ketika dia berumur lima tahun, itu
memang gayanya dulu. Gaya seorang abang yang memanjakan adiknya. Tetapi
sebenarnya memang Nuri begitu. Dia anak perempuan yang sangat manja dikalangan
ahli kekeluarganaya dahulu. Hanya
anggukkan untuk jawapan Nuri. Cepat-cepat puan Noriza mengambilkan semanggkuk
bubur bersama sup lalu diserahkan kepada abang sulong Nuri. Setelah
menghabiskan semanggkuk bubur dan setengah mangkuk sup Nuri dibaringkan.
“Adik tidur ye, rehat”.
“along jangan tinggal kan adik ye. Adik nak along
jaga adik”. Seperti budak kecil Nuri meminta kepada alongnya.
“Along tunggu sampai adik jaga, tidur ye”. Nuri
dibaringkan, kemudian Mohd Nizam mengusap lembut kepala adik bungsunya hingga
terlena.
Ketika Nuri lena dia keluar untuk berbincang dengan
Syukri dan ibunya.
“Syukri! along
rasa tekanan Nuri ni teruk juga. Apa kata along bawa dia keAustralia, supaya
dia dapat berehat kat sana. Apa pendapat makcik, Syukri”.
Syukri hanya membatu. Dia juga tidak dapat berfikir
sebenarnya. Dia takut kehilangan Nuri. Tetapi jika bersamanya Nuri sememangnya
sudah hilang jiwanya akan terus hilang. Bila melihat Syukri membatu dan puan
Noriza juga dia tak menjawap Mohd Nizam berkata lagi.
“Mak cik sebetulnya
saya tak bermaksud nak memisahnya isteri dari suaminya. Saya cakap tadi
hanya untuk sementara. Sementara emosi Nuri tak stabil ni, biarlah saya yang
menjaganya. Kat sana ada lagi seorang abang Nuri. Kami akan membantu
mengembalikan semangat Nuri. Syukri along minta sungguh-sungguh pada Syukri
agar mengizinkan Nuri ikut along buat sementara ni. Along sebenarnya tak mahu
kehilangan Nuri. Dia satu-satunya adik perempuan kami Syukri, penghilang rindu kami kepada emak
kami. Kalau along atau angah rindu emak kami, kami akan call Nuri.
Suaranya sebijik macam suara arwah emak
tapi wajahnya wajah ayah kami.”.
Tengahhari itu juga Syukri
ke pejabat Imegresen untuk menguruskan passport antarabangsa anak-anaknya.
Setelah selesai urusan passport Nuri anak-anaknya
terbang keAusrtalia tetapi waktu pulangnya tidak tahu lagi.. Syukri tidak
menghantar mereka keKLIA hanya Ahmad Lutfi sahaja yang menghantar mereka atas
nasihat Mohd Nizam. Ketika hendak bertolak tadi pun Nuri tidak menyalami diri, dia
menjauh bila melihat kelibat Syukri dia seakan-akan takut dengan Syukri. Seakan Nuri telah membuang dirinya dalam hidup
Nuri. Sedeh hati Syukri melepaskan mereka dirumah. Dia menangis kesedehan
melihat kereta Ahmad Lutfi meluncur pergi.
Sudah dua minggu Nuri
dirumah alongnya. Emosi Nuri juga sudah stabil.
Ketika dia sampai tempuh hari peralihan dari musim sejuk kemusim panas masih
berbaki. Keadaan nyaman terasa, walaupun agak sejuk sedikit pada kita yang
biasa dengan cuaca panas. Nuri dan
anak-anaknya jarang kelaur rumah dek tidak tahan dengan sejuk. Bila peralihan suasana kini cuaca panas mula
dirasai. Panasnya pula panas menyengat.
Nuri tidak tahan cuaca disana. Cuaca yang dirasakan melampau. Sejuknya terlalu
sejuk, panasnya pula panas menyengat.
Anak-anaknya juga tidak
dapat menyesuaikan diri dengan cuaca yang melampau bagi mereka. Ketika baru
sampai tempuh hari Wafi demam diikuti pula dengan Nuha. Baru kebah demamnya
beberapa hari kini Nuha demam lagi. Mulutnya juga tidak berhenti memanggil
babanya. Dua minggu di sana Nuha mula
pandai memanggil babanya dan mula berjalan tegap.
Petang itu sepulang along
nya dari pejabatnya.
“Dik! Nuha dah ok dik, ubat
dia masih ada tak?kalau tak kita pergi klinik lagi”.
“Dah ok dah. Tengah tidur
tu adik selimutkan dengan baju baba dia”. Nuri membawa bekal kain dan bayu
Syukri untuk anak-anaknya itu diatas nasihat emak mertuanya tempuh hari.
Memandangkan Nuha agak rapat dengan Syukri takut dia kerinduan bila lama tidak
melihat babanya . Ternyata betul apa yang fikirkan oleh Puan Noriza.
“Sepatutnya kita bawa baju
Syukri yang tak dibasuh hari tu dik. Ini bawa baju yang dah dibasuh, bau
softener sahajalah kuranglah sikit powernya.” Nuri itu ketawa mendengar lawak alongnya.
“Dik kalau adik dah
bersedia, along nak cakap pasal adik dan Syukri ni boleh”.
“Bolehlah agaknya long.”
“Apa keputusan adik?
Biarlah kita habis cerita kat sini”
“Adik sebetulnya dah tawar
hati hidup dengan dia long. Hati adik ni sakit macam dah tak terubat lagi, tapi
dia tak nak lepaskan adik”.
“kalau
macam tu adik duduk sini terus pun tak apa, along dengan angah boleh uruskan
taraf permastautin adik dan anak-anak kat sini. Kemudian adik tolonglah kami berniaga. Lama-lama dia tak tahan tentu dia lepaskan
adik.”.
“Adik tak tahan hidup kat
sini, lagi pun adik sayang dengan kerja adik tu. Susah nak dapat kerja dengan
kerajaan long. Kalau adik lepaskan kerja tu adik tak ada lagi peluang nak kerja
dengan kerajaan. Lagi pun memang adik nak besarkan anak-anak adik kat tempat
tumpahnya darah kita long”.
“Wah adik ni memang bersemangat
Malaysia betullah. Cuti bersalin adik ada berapa hari lagi?”.
“Ada lagi tiga minggu”.
“Adik nak sambung lagi ke.
Ambil cuti menyusukan anak 30 hari lagi”.
“Rasanya tak perlulah long,
adik pun dah sihat rasanya. Adik dah boleh hadapai masaalah adik dengan Syukri. Adik rasa minggu depan
adik nak balik lah long.” Ketika dihadapan along Nuri merasa kuat. Dia seakan
boleh menhadapi masaalahnya dengan Syukri.
“adik rasa dah betul-betul
ok ke?”
“Adik dah ok. Adik kesian
Nuha dia kecil lagi, takut dia tak tahan dengan rasa rindu pada baba dia. Takut, lagi lama adik kat sini
dia makin teruk rindu dia, sebelum terjadi apa-apa yang buruk baik adik balik.
Sekarang adik tak boleh fikir diri adik saja. Adik kena fikir anak juga..”
“Baguslah adik fikir macam
tu, apapun keputusan adik kami kat sini terima. Keputusan kat tangan adik. Tapi
fikir segala keburukkan dan kebaikannya sekali,
untuk diri adik dan untuk anak-anak juga.Along doakan rumah tangga adik
bahagia macam dulu. Ini mungkin hanya dugaan supaya rumah tangga adik akan
lebih teguh walaupun diserang taufan apa pun. Along sebetulnya tak suka
perceraian, kesihan dengan anak-anak yang akan kehilangan kasih emak ayah. Pada
along biarlah perceraian adalah jalan terakhir. Itupun kalau dah diushakan dan dah
memang tak boleh nak baiki hubungan
kita.”
“Susah rupanya kan long,
bila memikirkan ada jiwa yang meminta kita faham. Tapi kenapa agaknya Syukri
tak pernah nak fikir perasaan adik. Adik tak faham dia long, kalau sememangnya
dia tak boleh nak lupakan perempuan tu, kenapa dia merayu adik jadi isteri dia
dulu. Bila adik dah sayang, dia buat adik macam ni. Dulu bukan adik yang nak
kan dia.”.
“Mungkin dia tersilap
langkah, manusianya ni tak sempurna dik, kadang-kadang diduga bila kita lalai,
kita tersilap. Kalau adik dapat memaaafkan itu adalah sifat mulia dek”.
“Entahlah long maaf tu
boleh, tapi sayang adik pada dia dah tak macam dulu rasanya”.
“Tak apalah janji adik
dapat maafkan dia. Semoga ‘masa’
dapat mengubati luka yang dia buat pada adik”.
Dengan bantuan abang-abangnya Nuri sudah boleh
menerima apa yang ditakdirkan kepadanya. Selama dia diAustralia abang-abangnya membimbing solat
sunat malam untuk mencari ketenangan hatinya. Dibimbing solat sunat taubat setiap kali
lepas Magrib. Kini hati Nuri sudah tenang. Hanya keputusan menerima Syukri
kembali terletak ditangan Nuri. Disitu kedua abangnya tidak boleh campur
tangan.
Syukri pula, setelah
ditinggalkan isteri dan anak-anaknya hidupnya tidak keruan.Makan pakainya tidak
dihiraukan. Malah tiga hari dia ditinggalkan dia mengalami demam, demamnya
melarat hingga seminggu. Puan Noriza tidak jadi hendak pulang kePengkalan Hulu
melihat keadaan anaknya.
“Syukri apa yang kamu nak
fikir lagi, biarlah Nuri denagn anak-anak berehat kat sana, harap-harap dia
dapat ketenangan.”
“Entahlah mak Syukri takut
Nuri tak balik sini lagi mak. Macam mana
dengan Syukri kalau dia tak balik mak”. Syukri menangis dipangkuan emaknya bila
mengenang nasib dirinya. Sejak Nuri pergi Syukri tidak melakukan apa-apa kerja.
Bila duduk sahaja dia termenung. Masanya
habis dengan termenung. Makannya sering tidak habis walau pun hanya sesenduk
sahaja nasi yang diambil.
“Mak tanya kamu ni Syukri.
Kenapa Nuri dah terluka teruk sangat baru kamu nak cerai kan Sarah. Dah jadi
macam nikan susah. Mak tenguk susah Nuri nak maafkan kamu”.
Sian pula ngan nuri...nasib baik dia dh ok
ReplyDeleteMak teh....n3 ni pendek la.....
Masih xsuka ngan syukri...
Alhamdulillah. Akhirnya Syukri berjauhan dengan Nuri dan anak-anak. Harap ruang ini akan memberikan mereka masa untuk befikir masa depan mereka sekeluarga. Tambahan pula Nuri sebenarnya telah patah hati, perempuan apabila dia sudah tidak sayang bermaksud dia hendak move on dan sudah nekad untuk menghadapi apa jua rintangan. Berbeza dengan lelaki. Sebab itu lebih ramai ibu tunggal yang betanggungjawab bebanding bapa tunggal. Kalau Syukri masih tak sedar diri tak tahulah.
ReplyDeleteKesian. Harap masih ada sinar bahagia untuk mereka sekeluarga. Moga syukri berubah 360 darjah. Lebih penyayang, lebih bertolak ansur, lebih memahami dan lebih menyintai nuri. Semoga masih ada ruang di jauh sudut hati nuri rasa cinta abadi buat syukri dan mereka bahagia bersama anak-anak. Rasa tak sanggup mereka berpisah kerana anak-anak akan menjadi mangsa. Apa-apapun bagus buat pengajaran pada syukri. Sayang mak teh..
ReplyDeleteWell done mak teh..mmg sedih sgt tgk nuri mengamuk2 sampai x pedulikan hadi..itu bermakna hatinya benar2 patah dan sakit diatas perbuatan suami..harap2 nuri dpt fikirkan apa yang terbaik untuk dirinya dan anak2 sebab saya tahu dia seorang wanita yang sangat tabah..apa2 pun saya masih lagi x suka dgn syukri..
ReplyDeleteTq mak teh.
ReplyDeleteBegitu sekali tekanan perasaan yang Nuri hadapi. kesiannya.
Ni la hikmah disebalik semua yang berlaku. Bila dah berjauhan baru syukri tau makna rindu, sayang, takut kehilangan. Nasib baik la Nuri tak nak menetap di ostolia. Demi anak2 Nuri sanggup buat apa saje.
terasa menusuk di dada bila mengenangkan kepedihan dan kesakitan yang nuri hadapi selama 2 tahun bermadu..alhamdulillah nuri sembuh dan saya berdoa semuga nuri bertemu dengan kebahagian yg sepatutnya menjadi milik dia selaku wanita yang berhati mulia..biarkan syukri merana kerana itu yang selayaknya bagi dia...
ReplyDeleteKesiannya Nuri, semoga dia akan dapat kebahgiannya juga. sayang Mak teh 10Q.
ReplyDeleteaduiii..kesiannya sarah..memang bahaya orang yang banyak pendam masalah ni..makan dalam kata orang..sekali mengamuk, padan muka syukri kena tendang..terima kasih mak teh..
ReplyDeleteJangan sangka lembut, dalam marah bercakap pun tak pernah kuat. Sekali Nuri terajang terperosok Syukri celah almari. Hadoiii la...
Deleteseronoknya..masuk2 dah ada n3 baru
ReplyDeleteterima kasih mak teh cayang
sedih saya tgk nuri mengamuk
memang nampak betul2 nak lepaskan geram
bila dia menangis, saya pun turut mengalirkan air mata
nasib baik tak meroyan
kalau tak memang nak cakap go to hell syukri
sekurang-kurangnya nuri dh meluahkn perasaan yg dia tanggung selama ni. bru si syukri nk terduduk mendengarnya. tp entahle si syukri tu...dia tu kan ibarat lalang yg tak tetap pendiriannya. kita tunggu apa jwpan dia kpd soalan maknya.
ReplyDeletealhamdulillah nuri dh sembuh dgn kasih sayang dn perhatian serta bimbingan abang-abang dia.
-dibah-
betul tu..saya bersetuju sangat...saya rasa dia demam teruk sebab terpukul di atas luahan hati nuri..lg pun jika dia dengan nuri ego dia sangat tinggi..sebab selama ni dia merasakan bahawa nuri akan menerima setiap perbuatan dia..kalau disebabkan sakit ditinggalkan nuri, sepatutnya dari dulu dulu dan dulu lagi dia sudah merasakan bila nuri tiada disampingnya..berapa lama dia berseronok2 dengan sarah..ada dia demam teruk..hari raya 7 hari tinggalkan nuri, pergi langkawi berhari2 tinggalkan nuri..ada demam teruk..takde kan...
DeleteDulu dia tak rasa Nuri akan tinggalkan dia, sebab tu tak dihargai. Bila dengan sarah dia tau Nuri takkan kemana². Sekarang keadaan tak sama, mereka dah jauh, baru dia rasa takut kalau Nuri tak balik. Sejak Nuri mengandung ke3 dia rapat pulak dengan anak daranya. Tu yang jadi meroyan. Hehehe...
DeleteTak sabar nak tau jawapan syukri pada maknya.
Tak sabar nak tunggu Nuri balik. Banyak lagi yang tak sabar...
Alahai terharunya. sampai ke tahap itu kelukaan hati nuri. Kesabarannya selama ini telah sampai tahap sifar. Dengan keadaan diri yang masih lemah, meroyan pulak dia. Syukri mesti kena berubah jadi seorang lebih prihatin, penyayang, pengasih dan pencinta setulus hati kalau masih mahu hidup bersama nuri. Jangan diulangi lagi kesilapan yang pernah terjadi. Jangan sekali-kali berbohong lagi.
ReplyDeleteBiarkan kejadian ini membuka mata dan hati syukri akan menyedari sebuah kesilapan paling besar pernah dibuat selama ini . Biar ada kesal yang takakan pernah terhakis di hati dan tak mungkin akan diulangi lagi.
Apa khabar si sarah ya. Bahagiakah dia dengan keputusan yang telah dibuatnya.
Syabas mak teh.
kasian nuri. setelah bertahun2 makan hati di atas perbuatan suami, akhirnya meletus jua.tak dapat dibayangkan sekiranya mereka hidup bersama adakah nuri boleh melupakan dengan senang segala2nya. sedangkan semasa nuri dapat menangkap syukri berbohong kunun2 sarah demam tapi bila nuri pergi ke apartment sarah, derang baru lepas berhubung intim dengan syukri kusut masai tak berbaju dan hanya berkain pelekat manakala sarah hanya berkemban, bila syukri pulang dan memeluk nuri pun sudah terasa hati. masih terbayang2 apa yang berlaku di depan mata sebelum tu. dan nuri dapat merasakan yang dihati syukri memang bukan dia. jadi kalau untuk bersama lagi, tapi tiada kemanisan berumah tangga bermakna kelukaa nuri tetap berpanjangan selama hayatnya. kesian nuri.
ReplyDeletetq mak teh untuk entry ni. saya sangat merasakan kelukaan nuri dan menghayati setiap luahan hati nuri. nasib baik nuri punya abang2 yg penyayang. baru terserlah kemanjaan nuri dan menggelarkan diri dia adik dan cara percakapannya pun sangat manja. so sweeetttt. nampak ketara manja nuri sangat natural manakala sarah yang dikatakan manja tu sebenarnya mengada2. syukri memang bodoh, terpegun dgn kemengadaan sarah yang menggedik2 sehingga nuri terabai dan menjadi patung cendana tiap kali bersama. sekarang baru rasa penangan nuri. tahniah mak teh kerana penulisan mak teh memang menusuk ke lubuk hati kami yang paling dalam.
ReplyDeleteHa..rasain syukri penangan orang yg memendam rasa macam nuri..
ReplyDeleteDun play2..sekali mengamuk, sampai kena baling barang dan terajang..
Mesti syukri tak xpect menda ni berlaku sebab selama ni nuri tersangalah coolnya..
Papepun saya suka..
Tapi dalam suka, saya sedih bila nuha demam terkenangkan babanya..
Tapi babanya..alahai menyampah nak cakap..
Selama berbini dua, tak nampak pulak babanya tu terkenang2kan anak..
Asik nak berkepit je dengan si gedik..
Lagi sanggup tinggalkan anak2 dengan kak ton tp melayan nafsu gedik..
Memang lah ong..ong..ong..gedik...gedik..gedik la sangatttttt...
Papepun terima kasih mak teh untuk n3 ni..
U're the best wirter I've met...
Mungkin kali ni Syukri dah betul² sedar dan tau nak beza antara sayang dengan kasihan. Bercerai dengan sarah sebulan dia tak demam. Nuri+anak² tinggalkan dia terus demam. Tak sabar nak tau apa yang dikatakan Syukri pada pertanyaan Pn Noriza. Nak tau gak isi hatinya yang sebenar pada sarah. Selama ni perbuatan tak sama macam yang dikata. Syabas mak teh, berjaya buat pembaca tertunggu²...
ReplyDeletesaya terkesan dengan cerita mak teh ni sebab ada kena mengena dengan kisah saya semasa kecik. ibu saya dimadukan tanpa pengetahuan ibu. ketika tu arwah bapa saya bekerja sebagai askar di seremban tetapi kami menetap di kg kerana adik beradik rapat dan ramai, 7 org semuanya. terpaksa aruah nenek membantu menjaga kitorang. ibu membantu pendapatan aruah bapa dgn menjahit dan memjual kuih. kami adik beradik yg menolong ibu membuat dan berjual kuih. aruah bapa balik hujung minggu. mula2 ok tp lama2 aruah bapa dah jarang pulang kecuali ada hal dan memberi bermacam2 alasan, begitu juga dgn perbelanjaan sekolah kami. semua kena bercatu. semua tembelang pecah bila ibu ke seremban dgn kereta sewa dan tgk ada perempuan lain di rumah aruah abah. masa tu saya dan 2 orang adik kecik2 yg ikut ibu. mmg tgk aruah bapa saya sedang berseronok2 sampai kami tidak dipedulikan. ibu bertanya perempuan tu siapa dah aruah menjawab yg diorang dah kahwin. saya ingat lagi yg ibu menangis dalam diam dan berkata pada aruah bapa kalau begitu ceraikan dia n terus heret kami balik kg. esok paginya aruah bapa saya pulang dan meraung2 minta maaf pada ibu bila ibu minta di lepaskan. igt lagi saya, abang saya yang sulung bawak kami semua ke rumah makcik yg tak jauh dari rumah kami dan saya tak tahu apa yg berlaku antara aruah bapa dan ibu. tapi ibubapa saya tak bercerai sebab ibu tidak mahu kami adik beradik tidak berbapa dan takut di panang serong sebagai janda. tapi saya dapat merasakan walaupun bersama tiada kemesraan antara ibu dan bapa saya seperti hidup kami sebelum aruah curang. tiada senda gurau dan ibu jarang tersenyum. memang kami adik beradik sangat terkesan.memang kisah ibu saya sebiji macam nuri.
ReplyDeletehati seorng isteri yg berkorban utk suami dn keluarga dgn iklhlas tp bila suami menduakn... hancur luluh hati dn kepercayaan. ibarat tak dihargai hanya spt org gaji yg menyediakn mkn minum anak dn suami. hilang trus rasa kasih dn sayang.
ReplyDeleteMmg lumrah ego lelaki yg hanya tahu dirinya dilayan dn dibelai...tp klu dia tahu bahawa sebenarnya menyediakn, membimbing, mengimamkn, mendidik dn menghormati seorng isteri adalah tanggungjwab dia baru dia sedar bahu dia rebeh atau tidak di akhirat kelak.
-dibah-
makteh..biler sebut kisah bermaduni..semalam saya dengar dari rakan sekerja yg bercerita isteri cikgu (kami satu tempat kerja/rakan lak satu kuarters) dah macam meroyan pasal dengar suami nak berkahwin lain.. cikgu ni buta dan isterinya pun sama ..tp isterinya masih boleh melihat dalam 5% . anak ada 3 org yg sulung baru masuk universiti. . dalam kawan saya risaukan isteri cikguni meroyan..rupa2nya harini saya dapat tau dah berkahwin cikgu ni ..dah masuk 3 bulan usianya.. taktaula kalau isteri pertama nya tahu nanti ..lagi sedihkot..sudahla isteri kurang sempurna dan isteri barunya wanita normal dan bekerjaya lg.
ReplyDelete