p/s: rasanya malam ni tak ada..mak teh tak sempat nak siapkan utk bab 27...
Kebetulan selesai solat Magrib
ada kelas ugama di masjid itu. Ceramah malam itu berkenaan persiapan Ramadan
yang bakal tiba dua bulan lagi. Ketika itu lima hari lagi bulan Rejab akan
mendatangi umat Muhammad. Biasanya umat Islam sudah berlatih melipat gandakan
ibadah dari bulan ini lagi untuk persediaan dibulan Ramadan. Lagi pun banyak
peristiwa besar yang terjadi dalam bulan Rejab.
Rejab bermakna kebesaran
atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka
memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.
Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di
bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab
sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu
peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Pulang dari masjid, sambil memegang lengan Tengku Faris Nur
Hidayah bersuara ceria..
“Alhamdullilah papa..murah rezeki kita malam ini, dapat kita mengikuti majlis ilmu. Cerita pasal Ramadan pula tu. Bulan yang sentiasa ditunggu oleh umat Muhhamad. Betapa banyak keberkatan di bulan itu. Bulan di mana semua syaitan di ikat oleh Allah dan dalam bulan itu ada satu hari yang sangat di tunggu oleh semua umat Islam didunia ni. Jika kita terjumpa malam itu alangkah bahagianya”.
“Alhamdullilah papa..murah rezeki kita malam ini, dapat kita mengikuti majlis ilmu. Cerita pasal Ramadan pula tu. Bulan yang sentiasa ditunggu oleh umat Muhhamad. Betapa banyak keberkatan di bulan itu. Bulan di mana semua syaitan di ikat oleh Allah dan dalam bulan itu ada satu hari yang sangat di tunggu oleh semua umat Islam didunia ni. Jika kita terjumpa malam itu alangkah bahagianya”.
“Malam apa itu Hidayah”.
“Malam Lailatul Qadar..ada juga orang cakap malam seribu
bulan”.
“Ohh papa ada juga
dengar malam Lalaitulqadar masa papa sekolah dulu tapi papa tak pernah
ambil tahu apa makna malam Lailatulqadar tu. Dan sekarang papa terlupa lansung
tentang nama nya pun. Kalau Hidayah tak sebut tadi papa tak ingat langsung..”
“Dayah pun dengar dari ustaz juga. Tapi itulah lidah yang
paling tahu berkenaan ugama nikan papa…
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut…Rasulullah
bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang
lainnya, katanya lagi.. Barang siapa yang dapat beribadat pada malam tu… Ianya
menyamai beramal 1000 bulan. Itulah keistimewaan malam Lailatulqadar”.
“Inilah pertama kali selepas balik dari London papa pergi
masjid..banyak yang papa dapat untuk persediaan papa pada kematian papa..
Keberkatan bulan Ramadan dan tadi ustaz ada cakap pasal hutang kita dengan
manusia kan Hidayah, yang ustaz cakap
kalau kita orang yang kita hutang tak halalkan hutang kita, kita akan mencari
mereka dipadang mahsyar untuk membayar hutang kita”.
“Dah banyak kali Dayah dengar cakap macam tu dan sangat
penting untuk kita mengetahuinya. Jangan pandang ringan kalau kita berhutang
walau pun hutang kita hanya lima sen sahaja..hutang kita dengan manusia ni
wajib di bayar..kalau kita tak dapat bayar kita cakap terus terang minta halal.
Tapi kalau orang tu tak reda kita kena bayar juga. Papa ada hutang dengan orang
tak”.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat
dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika
hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan
tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
“Emm yang papa ingat tak ada..In Syaa Allah tak ada.. yang
ada hutang papa dengan Allah..hutang puasa dan hutang solat..yang lain lain
papa tak tahu lagi mungkin ada tapi papa tak tahu sahaja”.
“Hidayah! Tadi ceramah tu cakap pasal ganti puasa. Papa rasa
nak mulakan ganti puasa papa lah Hidayah. Ustaz kata tadi kalau dapat kita
bayar hutang tahun ni sebelum Ramadan yang nak datang, kita tak payah bayar Fidyah.
Papa cuba nak bayar hutang puasa dengan puasa Kadaq’ dan untuk tahun- tahun yang
dah terlepas papa kena bayar Fidyah dan
bayar puasa juga.”
“Tak papa, tadi maksud kata ustaz kalau kita terpaksa tidak
berpuasa kerana keuzuran. Masa bulan puasa orang tu sakit tak boleh nak puasa,
kalau puasa juga membawa penyakit bertambah parah, tetapi mereka ini ada
harapan sihat dan boleh berpuasa. Satu lagi orang yang mengandung takut mudarat
pada dirinya dan satu lagi ibu yang
menyusukan anak dia takut menjejaskan kesihatan dirinya sendiri. Haa golongan
inilah yang dibolehkan membayar puasanya dibulan lain dan tak payah bayar fidyah.
Tapi kalau kita sihat kemudian saja-saja tak nak puasa, kita diwajibkan bayar
puasa dan bayar Fidyah sekali. Dan kedua ibu dan yang mengandung dan menyusukan
anak jika dia takut mudarat pada anaknya dia juga dikehendaki mengganti puasa
dan memebayar fidyah.”
(Yang mak teh tulis kat atas yang biasa mak teh buat dulu, untuk lebih
jelas bukalah laman web yang mak teh sertakan ni) https://dupahang.wordpress.com/2008/09/08/wanita-hamil-dan-menyusui-membayar-puasa-atau-fidyah/
“Oh macam tu. Hidayah! Macam mana agaknya kalau papa tak
sempat nak bayar puasa Hidayah. Kalau fidiyah ni rasanya papa boleh bayar tapi puasa ni sempat ke…Hidayah
mampu ke papa nak bayar semua hutang papa pada Allah dengan waktu yang sangat
terhad ni. Sekarang ni masa papa masih sihat lagi..nanti kalau kuman AIDS tu
dah melemahkan semua anti body papa macam manalah papa nak bayar hutang-hutang
papa pada Allah Hidayah.”.
“Masa kita sihat ni, kita usha bersungguh-sungguh, sebab
kalau kita hutang dengan manusia pun kita dituntut di akhirat, inikan pula berhutang dengan Allah. Tapi Allah kan Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tahu kemampuan kita, jadi buat
bersungguh-sungguh kemudian barulah berserah. In Syaa Allah, Allah tahu apa
yang ada dihati kita papa.”. Mendengar apa yang diperkatakan oleh Nur Hidayah
Tengku Faris jadi tertunduk..Kemudian Hidayah meneruskan lagi kata-katanya.
“Banyak ke..hutang
puasa papa?”
“ ..Sejak papa pergi luar Negara papa dah puasa lagi Hidayah.
Puasa tahun ni papa tak puasa walau sehari pun walaupun masa Ramadan lepas papa
dah ada kat Malasia. Mommy kejut tapi
papa tak boleh nak bangun sahur. Macam mana Hidayah..ada tak cara lain nak
bayar hutang puasa”.
“Kalau kita tak puasa dengan sengaja..kita kena ganti puasa
dan bayar fidyah, tak ada cara lain papa. Jadi kita mulalah dari sekarang, papa
cuba gantikan puasa untuk tahun ni..lepas tu kita bayar fidyah. Lepas tu cuba
pula gantikan puasa untuk tahun lepas pula..kita buat perlahan-lahan. tapi kena bersungguh-sungguh. Hidayah janji
akan teman kan papa puasa In Syaa Allah”.
“Macam mana cara nak bayar fidiyah Hidayah”
“Ni Dayah cerita satu-satu dari apa yang Dayah belajar dulu.
Sehari papa tak puasa dengan sengaja
papa kena ganti puasa dan bayar fidiyah. Fidiyahnya ..wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum
datangnya bulan Ramadhan berikutnya. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk
dikerjakan, sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya. Fidyah bererti
membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin”…..
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan
fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut
tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini mak teh ambil ni dari Mr.
Google…).
Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?
Qada' Puasa, Bayar Fidyah Dan Ukuran Cupak
Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit
daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih
tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.
Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar
fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir
miskin, daripada melalui amil yang dilantik. Ada juga pendapat yang mengatakan
bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik
dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak
mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.
Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan
sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing.Dalam hal ini
mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan.
Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu,
wajib dituruti.
Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh
diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat
pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan
harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3.Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya
pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana.Sekiranya pendapatannya
RM12, maka dia seorang yang berada.Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia
seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad
kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda
menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam
sehari.
Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana
bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak
anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan
seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya,
dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).
Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari
hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’
(diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal
bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun,
tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah
adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena
denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.
Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita
wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat
makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak
berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan. (Yang ni mak the muskil
sikit..tak faham adakah golongan ini dikenakan puasa dan fidyah)
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau
risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’
sahaja tanpa perlu membayar fidyah.
Cara Kira Fidyah
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
Tinggal puasa 1 hari tahun
lepas, bayar 1 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun
lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 1 hari 2 tahun
lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 2 hari 2 tahun
lepas, bayar 4 cupak.
Tinggal puasa 1 hari tahun lepas
dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas
dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan
mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah
jumlah cupaknya.
Wallahu a’lam.
Sumber: http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/
“Kalau kita balik esok boleh tak Hidayah. Papa rasa nak mula kerja nak kumpul duit nak
bayar fidyah papa. Dah berpuluh tahun papa tak puasa Ramadan. Kalau papa tak
kerja mana nak ambil duit nak bayar fidyah.” Memang benar selama dia duduk di
luar negara dan bekerja disana, tetapi
duitnya dihabiskan untuk berjoli dan berfoya-foya.
“ok kita balik esok pagi. Balik esok kita terus mulakan puasa kadaq’ papa
ye.. Kalau puasa kadaq’ kita kena baca niat ‘puasa ganti’ sebelum azan suhuh
pagi tau pa, kalau tak nak lupa kita
niat seleps solat Isyak. Bagus
kan papa kita pergi masjid hari ni. Dapa kita menghadiri majlis Ilmu. . Kata
Ustaz Dayah dulu kalau kita mengikuti majlis ilmu ni banyak yang kita dapat,
kita dapat doa dari para malaikat. Mana tahu malaikat dengar doa kita kemudian
mereka akan bawa pada Allah dan Allah memperkenankan doa kita. Sebab majlis
ilmu yang macam tadi Malaikat pun ada sama. Macam tu juga kalau kita minta
ampun In Syaa Allah..Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita”..Pot pet Nur
Hidayah bercerita mulut nya macam berteh goring pula.
Kelebihan Menyertai Majlis Ilmu. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi
memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah
s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa
memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang
dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka
akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan
antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang
ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.
Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui
pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab:
Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir,
bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.t berfirman:
Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga
dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat
menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi
seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka
juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon
perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab:
Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah
melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon
keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan
kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi:
Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan
dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah
dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang
ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga
telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis
yang mereka adakan. Posted by muis at 4:51 PM
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
“Oh ye ke Hidayah. Habis kalau kita berdoa minta ampun kita
tak dengar lah ceramah tu..ertinya macam mana tu?. Ertinya kita tak dengar apa
yang ustaz cakap.”
“Tak apa..kalau kita duduk disitu dengar tak dengar belakang
cerita..janjinya kita ada dalam majlis tu, kita dikira menyertai majlis dan dapat
juga keberkatan majlis tu.”
Seperti yang dirancang selepas bersarapan pagi itu mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula hari
minggu itu Tengku Faizal juga tidak kemana. Terkejut kedua ibu dan bapa Tengku Faris kerana baru tiga hari pasangan pengantin baru, cuti berbulan madu mereka sudah
pulag semnula kerumah. Bergaduhkah mereka.. itulah tanda tanya yang berdetak
dihati mereka. Kata anak mereka dia mahu bercuti di Port Dikson sambil mahu
kekampung halaman Nur Hidayah. Namun begitu mereka tetap disambut riang oleh Tengku
Faridah suami isteri.
“Hai Ris kenapa cepat sangat balik kata pergi honymoon.Tak
dapat book hotel ke itu yang balik cepat ni?”
“Tak ada lah daddy. Ris saja nak balik cepat. Jemu tak ada aktiviti.
Dah lepas pergi kampong Hidayah dah tak ada apa nak buat”.
“Ris jumpa siapa kat kampong Hidayah”.
“Jumpa mak long dia dengan abang sepupu dia”. Mendengar
kata-kata anaknya cepat sahaja Tengklu Faridah menyampuk perbualan suami dan
anak mereka.
“Itulah.. ada pulak honeymoon kat PD sahaja..Kalau mommy lebih suka pergi tempat-tempat yang
sejuk sikit ataupun pergi Bali atau
Bukit Tinggi kat Indonesia tu ke. Kalau tak nak jauh pergilah Cameon Highland
atau pun Kundasang kat Sabah tu ok juga ni pergi PD dekat sangat, lepas tu
pantai pula kan panas.”.
“Tak apa lah mommy, Ris rasa macam nak kerja sahaja ..kesian
pula Farid tu kerja sorang-sorang.”.
“Ialah tu”..Tengku Faizal hanya memandag anak nya dengan
wajah gembira. Sekarang sudah kelihatan anaknya mula bertanggung jawap pada
diri, anak dan perniagaan mereka. Dia mengharapkan perubahan anaknya
berkekalan sehingga dia menutup mata. Harapanya untuk berihat dari bekerja akan
tercapai jika sikap anaknya berterusan hingga kekhirnya. Sedang bibinya
menyungging senyuman gembira dan matanya terarah pada anaknyanya dengan rasa
lega..anaknya memanggil dengan dua tangannya digosok-gosok antara satu sama
lain…
“Daddy! Kalau Ris Tanya tentang bahagian Ris dalam
perniagaan daddy tu.. boleh tak?”.
“Ris nak buat apa dengan bahagian Ris tu?”. Walaupun ada
rasa terkejut dihatinya namun dia berlagak selamba sahaja.
“Adalah..Ris nak bahagian Ris tu…” Mendengar permintaan
anaknya mencanak naik darah Tengku Faridah. Dia tak tunggu perkataan anaknya
hingga kehujung, terus dia memanjung kata-kata anaknya. Dihatinya menyelinap
satu bisikkan ‘mungkin wanita yang baru beberapa hari menjadi isteri anaknya
yang mahukan harta itu.’.marahnya naik kekepala.
Rupanya tiada keikhlasnya
wanita yang menjadi isteri anaknya yang sedang duduk disebelah anaknya. Tetapi
jika difikirkan memang mana ada yang ikhlas, jika melihat dari segi perbezaan
umur, Tengku Faris sudah berusia 53 tahun sedang dia masih gadis baru berumur
27 tahun. Malah lebih tua cucunya dua tahun dari gadis yang dinikai oleh
anaknya. Kerana rasa itu, bingkas bangun Tengku Faridah dengan dua tangan
dipinggang dan suara yang keras dia menyeru nama menantu barunya.
“Hidayah!!!..baru berapa hari kamu nikah Faris dah mula nak
kikis hartanya ye. Ris pula mentang-mentang dia muda lagi, Ris ikutkan sangat
apa yang dia mahu.. kalau macam nilah perangai Ris, esok habis telangkup harta
kita sekeluarga”.
Terkejut yang amat Tengku
Faizal dan Tenku Faris mendengar suara keras Tengku Faridah. Tidak pernah
Tengku Faridah meninggikan suara, kalau dia betul-betul marah sekali pun.
“Mommy!!!..” Belum bersambung lagi kata-kata Tengku Faris, mommynya
sudah menyambung lagi..
“Dari mula lagi mommy dah ragu dengan penerimaan Hidayah
pada kamu Ris. Dia setuju nikah sebab ada tujuan, nak kan kesenangan sekelip
mata. Ris cuba buka mata sikit, fikir
jauh sikit.. selidiki dulu peribadinya. Jangan kamu digelapkan dengan
keremajaan dia sahaja. Macam mana kamu cari isteri yang nak hidup dengan kamu
Ris”.
“Mommy!! Jangan cakap Hidayah macam tu mommy..dia bukan
jenis yang macam tu”.
“Wahh tenguk tu, baru berapa hari Ris kenal dia Ris dah
pandai nak membela dia. Itu yang tak
sabar-sabar nak bagi harta Ris kat dia tu ye. Entah apa yang dicakapkannya pada
Ris, Ris dah termakan semua kata dia. Habis harta Ris nanti dia tinggalkan Ris
terkontang kanteng sorang.. Ris nak duduk mana?. Minta pula bahagian Farid atau
minta bahagian mommy dan daddy. Mommy tak sangka muka lembut watak sopan macam
ni tapi perangai Subhanallah..pengikis”
“Mommy!! Harta Ris tu Ris yang nak guna untuk Ris, bukan
untuk Hidayah. Dia tak tahu pun rancangan Ris ni mommy. Ris secara spontan
terfikir kalau nak duit cepat sahaja..”.
“Dah lah Idahh…Kalau Ris yang nak pakai harta dia tu, nanti
abang boleh keluarkan bahagian dia. Kemudian dia dah tak boleh kacau bahagian
kita dan Farid nanti..” Tengku Faizal cuba meredakan keadaan. Tapi isterinya
tambah melenting suaranya tinggi bahasanya juga kasar ditelinga …
“Tidak!!! Idah tak setuju…jangan nak senang-senang keluarkan
bahagian Ris tu daddynya. Masa ni dia tengah tak boleh nak berfikir dengan
waras. Ris bila dah dapat bini muda semuanya melayang entah kemana. Dulu Ris tak suka diqueen control sekarang apa
dah jadi? Baru beberapa hari kahwin dah dibawah telunjuk bini. Bang !! Faris
yang dah tak betul ni kitalah yang patut
kawal. Idah memang tak redha langsung harta kita jatuh ketangan perempuan
pengikis macam ni”.
“Mommy!!! Hidayah sangat bererti pada Ris mii...pada kita
sekeluarga..”
“Sekarang memang dia bererti..tapi kalau Ris ceraikan dia
dia bukan siap-siapa pada kita”.
“Mommy!!! Pleaseee..jangan sebut perkataan tu”..
Alahai kesiannya hidayah ... Dah kena tuduh nakkan harta... sabar jelah..
ReplyDeleteTak sabar nak baca n3 seterusnya mak teh.
ReplyDelete