Setelah
Maisarah berkerja dibengkel Syukri dia selalu bercerita masaalah keluarganya
kepada Syukri. Perihal abang dan kakak yang mengania dirinya. Dia tiada tempat berlindung. Akirnya simpati
Syukri menjadi sayang. Sayang yang sudah lama berkubur tumbuh kembali dan
begitu cepat menjadi rendang hingga sukar untuk dicantasnya. Semtelah gadis itu
pernah menghuni hatinya dulu.
Setelah bekerja sebumbung Sarah yang manja pula selalu mengekorinya.
Dia akan begitu setia menemani Syukri sambil berbual bila Syukri membaiki
keenderaan. Makan dan minum usah diceritalah makan pagi dan makan tengahharinya
memang akan berdua bersambung pula dengan makan malam jika Nuri bekerja malam.
Lama kelaman perkara itu sudah menjadi kebiasaan pada Syukri. Naluri lelakinya mula menginginkan Sarah
selalu berada didepan mata. Para pekejanya pula sudah mula memandang serong
mereka berdua. Panggilan abang dan perlakuan Sarah yang manja pada Syukri
menambah pandagan kurang elok dimata siapa yang melihat mereka. Untuk tidak
mejatuhkan maruah Sarah, Syukri
mengambil keputusan untuk bernikah sahaja dengan Sarah.
Berkali-kali Syukri memikir antara
baik dan buruknya jika dia bernikah dengan Sarah. Tetapi kalau hati dah suka
yang terpandang hanya yang baik sahaja. Kemudian dia meneliti keperibadian
isterinya yang lemah lembut dan mudah
memaafkan. Akhirnya Syukri nekad untuk
mengambil Maisarah sebagai isteri. Dalam hatinya yakin lama kelamaan Nuri akan
menerima pernikahanya dengan Maisarah. Dia juga yakin dapat memberi
perlindungan dan kebahagian pada dua wanita dalam satu masa.
“Nuri abang sayang Nuri, sayang abang
pada Nuri tak pernah luak sama macam dulu juga, walaupun abang dah ada
Sarah..percayalah”. Usha Syukri meyakinkan hati isterinya yang terluka kerana
dia bernikah lain.
“Oklah, tapi saya tetap nak balik
kampong sorang”.
“Tak boleh ke abang teman kan”.
“Tak perlu, saya nak bersendirian.”
Bila mendengar nama Sarah disebut lembut oleh suaminya, rasa pilunya meruntun hati. Hatinya menjadi
keras kembali.
“Sayang janganlah macam tu, abang
ambil cuti, abang temankan. Lagi pun dah lama kita tak bercuti
sama”. Sememangnya mereka berdua sudah
lama tidak bercuti bersama atau bersama-sama dirumah. Semenjak
ada Sarah disisinya, makan
tengahari Syukri selalu di kedai makan menemani Sarah. Dia sudah jarang pulang
makan tengahari dirumah, walaupun ketika itu isterinya bercuti.
Perkara itu sememangnya sudah lama
di sedari oleh Nuri, tetapi bila dia bertanya mengapa dia tidak balik makan
tengahari Syukri biasanya akan menjawab kereta tengah banyak dan pelanggan nak
cepat atau hari itu dia keluar kerana hendak mencari alat ganti kereta. Setelah
semuanya berlaku barulah hatinya bertanya mugkinkah selama ini suaminya juga
sudah pandai membohongi dirinya. Bila difikirkan anak kebenaran telahannya,
hati Nuri bertambah sebal.
“Tak perlu, saya akan jaga diri dan
saya tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh yang boleh melanggar tatasusila
ugama. Pegangan ugama saya masih utuh.. assalamualikum.” Malas dia mahu
berlama-lama mendengar rayuan suaminya yang pada hikmahnya hanya manis dibibir
sahaja. Sayangnya tidak sampai kehati.
“Nanti..nanti jangan letak telefon
dulu, abang percaya Nuri, sayang jaga diri ye,
abang tunggu sayang balik, assalamualaikum”. Akhirnya Syukri mengalah.
Biarkanlah isterinya bersendirian, semoga dia mendapat ketenangan dan menerima
apa yang telah dilakukan. Itulah doa Syukri didalam hati.
“Waalaikum salam”.
Setelah melelapkan mata sejam dua
Nurizana berkemas-kemas pakaiannya yang hendak dibawa pulang kekampungnya diKuala
Selangor. Sudah dua tahun dia tidak
pulang. Semenjak dia bersuami dia jarang pulang kekampung. Walaupun masih ramai
lagi saudara-mara sebelah arwah ayah dan ibunya yang tinggal diKuala Selangor. Setelah kedua ibu bapanya sudah meninggal
dunia 6 tahun yang lalu dia sudah tidak ada siapa-siapa lagi yang rapat
dengannya. Ayah dan ibunya meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan
jalan raya sekembalinya dari melawat abang-abang nya di Australia. Ayah dan
ibunya merupakan anak jati Kuala Selangor
Nuri mempunyai dua orang abang.
Dia merupakan anak bungsu dan merupakan anak perempuan tunggal. Dua
orang abangnya menetap di Australia berkongsi menjalankan perniagaan daging
halal. Kini tinggal dia seorang diMalaysia.
Rumah yang hendak dituju adalah rumah
nenek busunya. Nenek busu merupakan isteri ayah saudara bungsu kepada arwah
ayahnya. Itulah saudara rapat yang dipertanggung jawabkan setelah kedua ibu dan
ayahnya meninggal dunia. Dia menumpang disitu sehingga dia berkahwin. Ahmad
Lutfi merupakan anak bungsu pasangan nenek dan atuk busunya. Dikira Pak sunya
lahir terlewat sedikit apabila kakak dan dua abangnya sudah melepasi alam
remaja .Pak busu juga merupakan kawan
baik Syukri suaminya. Sampai sahaja diKuala Selangor dia disambut lesu oleh
nenek busunya. Rupanya nenek busu tidak berapa sihat sejak dua tiga hari lepas.
Lama dia termangu sendirin didalam
bilik yang telah lama ditinggalkan. Nuri mengingati semula perjalan hidupnya .
Dalam pada mereka leka memilih barang ada seseorang menepuk bahu pak sunya dari
belakang kemudian mereka bergelak ketawa dengan gembira. Dari pertemuan itu
Syukri mula menghubunginya melalui telefon. Ketika itu dia masih disemesta
akhir diUiTM Shah Alam Selangor. Sudah
lama panggilan dari nombor asing menggangu Nuri tidak pernah sekali pun dia
mengangkat. Bila panggilan tidak dijawap nombor itu mula menghantar SMS pula.
Dengan kata-kata hendak berkenalan itu juga tidak dihiraukan oleh Nuri. Namun
Syukri tidak pernah berputus asa.
Akhirnya Syukri terpaksa menggunakan nama Lutfi untuk memancing anak saudara
sahabatnya itu.
‘Nuri angkatlah call saya..saya ni
kawan baik pak su awak lah.’ tidak lama kemudian telefonnya berdering.
Nuri terpaksa mengangkat panggilan demi untuk menghormati kawan baik paksu
Lutfinya. Dari panggilan pertama
menyusul panggilan kedua dan menyusul
lagi dan lagi..
Setelah
dua bulan Nuri duduk dikampung. Makan tidur dan segala keperluan ditanggung
oleh orang, menyebabkan Nuri menjadi sebasalah. Hendak keluar bekerja dia tidak
berpengalaman mencari pekerjaan. Hendak ke Kuala Lumpur pula dia tiada kawan
disana. Dalam pada itu dia tidak lupa memohon pekerjaan melaui Internet.
Terutama pekerjaan di Jabatan kerajaan walaupun dia belum lagi menempuh hari Graduation.
Seminggu selepas hari pertunangan pak Su nya dia dihubugui lagi oleh kawan baik
pak sunya Syukri.
“Assalamualaikum..apa kahbar, buat
masa ni Nuri buat apa?”.
“Walaikumsalam tanam anggur”. Dah
pandai Nuri buat lawak detik hati Syukri, tanda dah mula mesra. Senyum Syukri terlukir dibibir.
“Tak cuba cari kerja, datang KLlah
cari kerja kat KL”.
“Saya ni tak ada saudara-mara kat KL,
lagi pun tak tahu nak mula dari mana”.
“Kawan-kawan tak ada kat KL ni”.
“Tak ada”.
“Tak apalah carilah kerja melalui
Internet dulu, kalau nak kerja dengan kerajaan,
mintalah melalui laman web SPA. ”
“Dah Nuri dah hantar resume dah”.
“Kalau dah, tunggu sajalah nanti kalau
ada panggilan interview bagi tahu pak cik,
nanti pak cik boleh tolong hantarkan. Kalau tak ada kawan yang boleh
dipercayai kat KL ni, baik tak payah datang bahaya, nanti kena tipu, kena jual
lagi haru, hancur masa depan.” Baik pula kedengaran nadasuara Syukri
dihujung talian penuh dengan nasihat dan ambil berat, taklah seperti selalu
bunyi orang nak mengurat saja detik hati Nuri.
“Alhamdullilah kerana sudi tolong dan
bagi nasihat”.
“Nuri! sebenarnya pakcik ada benda nak
tanya Nuri ni..kalau..kalau..” Lama Syukri mendiamkan diri entah mengapa
lidahnya kelu pula nak bertanya soal hati pada Nuri kali ini, takut dirinya
ditolak sebenarnya.
“Kalau apa pak cik?..kalau boleh Nuri
tolong, Nuri tolong..” Nuri juga sudah berlembut dengan Syukri semenjak Syukri
menolong berpindah mengakgkut barang-barang Nuri dari Shah Alam ke Kuala
Selangor setelah dia habis belajar di UiTM Sah Alam tempuh hari..
“Nuri! kita ni sepadan tak, pak cik
rasa pak cik dah suka dengan Nuri, sudi tak Nuri menemani hidup pak cik”. Nuri
dihujung talian jadi terkedu suaranya tidak terkeluar untuk menjawab pertanyaan
Syukri.
“Tak apalah kalau Nuri tak sudi dengan
saya, saya pun sedar diri saya, hanya mekanik kereta saja. Pendapatan pun
cukup-cukup makan saja. Kereta pun kereta orang. Saya ni macam tak sedar diri
pula nakkan anak orang tapi duit nak bagi makan anak orang entah cukup-entahkan
tidak. Tapi Nuri saya sebetulnya, akan
berusha menanggung semua keperluan Nuri kalau Nuri sudi jadi isteri saya. Saya
akan bekerja kuat untuk mencari rezeki kita berdua, saya tak akan membiarkan
Nuri kelaparan.”
“Saya bukanya tak sudi tapi saya takut
menjadi beban pak cik, saya ni dah lah anak yatim piatu, harta tak ada nak
membantu, kerja pun belum dapat lagi,
jadi saya takut menjadi beban pada pakcik nanti”.
“Nuri!! Saya tak pernah terfikir Nuri
akan menjadi beban saya, malah saya membayangkan kalau Nuri ada disamping saya,
saya akan lebih bersemangat, hidup saya
akan lebih bererti. Saya ingin mebina hidup saya bersama Nuri. Nuri sudi ye, kalau Nuri sudi bulan depan emak saya
datang kita tentukan hala tuju hubungan kita”.
Mendengar pada kesungguhan Syukri,
malam itu Nuri menghubungi abang-abangnya di Austrialia meminta pendapat.
“Dia baik ke orangnya, jangan main
kata sudi saja dek..”
“Entahlah kalau tenguk dari luaranya
memanglah dia baik. Masa adik habis U hari tu pun, dia yang tolong angkatkan
barang adik diri Shah Alam sampai Kuala Selangor. Dia elok saja tak usik atau
pun cuit-cuit adik pun, tapi cuba Along tanya pada pak Su dia kawan baik pak
su.”
“Adik selalu ke keluar dengan dia”.
“Tak pernah, kami biasa telefon saja.
Kalau nak dikira keluar sama ada sekalilah masa dia tolong angkatkan barang
adik hari tu, itu sajalah.”
“Oh, adik tak pernahlah pergi
berdating dengan dia, hati dan perasaan adik pada dia macam mana.”.
“Adik tak sukalah buat kerja bodoh
macam tu, lagi pun kita menumpang dirumah orang, kena jaga kelakuan takut nanti
orang susah nak jaga kita. Long adik selalu fikir ibu ayah kita dah tak ada,
along angah pun jauh, jadi adik tak mahu nenek dan atuk susah nak jaga adik tu
pasal adik kawal diri adik ni dari jatuh cinta sebelum kahwin. Adik tak mahu
orang rasa susah nak jaga adik. Sebab adik ni perempuan. Bab hati dan perasaan
adik, biarlah adik bercinta masa dah lepas nikah nanti..”.
“Baik adik along ni. Dek yang
sebenarnya along suka juga kalau dah ada yang nak bertanggung jawab kat adik.
Ialah along dengan angah jauh kat sini kami sebetulnya risau keselamatan adik.
Tapi ialah dah rezeki kami kat sini, ajak adik duduk sini adik tak mahu..tak
sesuai cuacalah konon”.
“Along dengan angah jangan risau
InsyaAllah adik akan jaga keselamatan diri. Bab cuaca memang adik tak tahan
cuaca kat sana tu, kalau sejuk, sejuk sangat bila panas rasa macam nak bogel
aja rasanya, duduk sekejap-sekejap tak
apalah nak menetap adik lebih suka Negara kita Malaysia.”
“Alhamdullilah bertuah siapa yang
dapat adik along. Nantilah along tanya pak su tingkahlaku kawan dia tu. Bila
dia nak datang tanya adek?”
“Entah katanya bulan depan”.
Entah apa yang diceritakan oleh
Paksunya kedua-dua orang abangnya yang jauh diAustrialia bersetuju sahaja.
Mereka berdua mewakilkan keluarga pak su menerima pinangan keluarga Syukri dari
Pengkalan Hulu.
Bermadu ni dugaan untuk insan terpilih. Ada yang dapat terima, tapi dalam hati Allah je yang tau.
ReplyDeletePd mak teh klu pasangan mesti dua, klu tiga pejlanan tak lancar. Mak teh yg dah berumur bergaullah dng yg bermadu, kluhan mereka sama tak puas hati, wlupun dah lama mereka bermadu. Hati m'nusia tak boleh nak kawal klu syng itulah yg dia selau pergi, kasihnya berat sebelah. Klu tak nak makan hati pilih jln sendri selagi kita muda. Bahagia tu kita yg cari, pilihan ditangan anda.Ini madu yg terpaksa rela.
ReplyDelete