Anak-anak belajar
berakit,
Tepi sungai jalan
disusur,
Jangan cuba cari
penyakit,
Jangan digerak
rimau yang tidur.
Loqman
dan Liza sudah selamat bernikah. Bahagia menyelubungi kedua mempelai. Tidak ada
angin tidak ada ribut dan tampa ada perancangan Loqman bernikah dengan gadis
sepejabat. Loqman betul-betul tidak menyangka dia akan bernikah sekali lagi
secepat itu. Tidak sempat panjang waktu bujangnya, kini dia sudah beristeri
lagi. Ini bermakna hidupnya akan ada yang menguruskan kembali dan tidur
malamnya juga tidak akan sendiri lagi. Hidupnya akan berteman sepanjang masa
kerana isterinya kini bekerja waktu pejabat dan dipejabat sama pula. Ini bermakna isterinya yang ini
akan sentiasa didepan matanya. Loqman membayangkan keseronokkan hidupnya yang
mendatang. Bagi Liza dia sungghuh gembira kerana apa yang dihajati sudah
menjadi miliknya. Lelaki yang dipuja sudah berada didepan mata. Mereka sudah
bebas melakukan apa saja. Mereka sudah halal kini.
Pagi
Ahadnya dalam perjalanan pulang kePetaling Jaya pasangan pengantin baru yang
sedang bahagia singgah diPort Dickson..dirumah keluarga Loqman. Loqman
bercadang untuk memperkenalkan isteri yang baru dinikahinya kepada papa dan
mamanya. Malangnya kedua papa dan mamanya tidak dirumah. Pagar dan pintu rumah
keluaganya juga berkunci. Loqman tidak mempunyai kunci pendua untuk rumah
keluarganya. Akhirnya mereka pulang terus kePetaling Jaya. Dia bercadang akan
kembali lagi minggu berikutnya. Serasa tidak sabar Loqman mahu memperkenalkan
isteri barunya kepada kedua papa dan mamanya. Dia merasa bangga mendapat isteri
yang begitu cantik, anggun dan bergaya. Selebihnya ada rasa yang sangat bangga dan
merasakan dirinya begitu istimewa kerana diminati, bukan calang-calang gadis
yang meminati dirinya yang kini telah menjadi isterinya. Gadis yang cukup dengan
sifat kewanitaan...orangnya cantik, lemah lembut dan berkerjaya, itulah yang
ada didalam hati Loqman yang bangga.
Setelah
tiga hari Liza menjadi isterinya, Loqman mula memahami cara kehidupan isteri
barunya. Pagi Isnin itu..selepas solat subuh Loqman mengejutkan isterinya. Pada
kebiasaanya dahulu, Amirah yang mengejutkan untuk bangun solat subuhnya. Kali
ini terbalik pula..dia terbangun dahulu kerana waktu itu pada kebiasaan dia
sudah dikejutkan oleh Amirah, rupanya sistem deria badannya masih sensitive
kepada perkara yang dulu.
“Liza...Liza bangun dah 645 ni subuh...subuh
dah nak habis ni..nanti tak sempat kita nak minum.”
“Haa..0645!!, kenapa abang kejut lambat sangat..
mana sempat ni.” Loqmqn terlopong memandang isterinya yang tergesa-gesa melulu
kebilik air. ‘Rajin juga bini aku ni, 645
kata dah lambat, masak apa agaknya dia pagi ni tentu istimewa..’ detik hati
Loqman yang cuba membayang kan menu minum paginya. Semalam mereka hanya makan diluar sahaja. Loqman tidak membenarkan
isterinya kedapur maklumlah merekakan masih didalam dalam mood perngantin baru. “Apa yang ada kat dapur tu agaknya ye ..dah
lama aku tak jenguk dapur, tepung ada ke..beras ada ke. Ahh biarlah dia tenguk
sendiri dapur tukan dah jadi dapur dia.”
Itulah yang ada difikiranya. Entahlah sudah tiga bulan dapurnya tidak
berasap.. semenjak ketiadaan Amirah, Loqman bertunggu-tangga dikedai untuk
makan dan minumnya.
Pada
mulanya dia duduk dibirai katil kemudian
dia merebahkan dirinya sambil beragan-angan akan menunya minum paginya sebentar
lagi. Dia masih belum memakai uniform polisnya lagi.. Belum sempat anganannya terbang jauh. Dia melihat isterinya sudah keluar dari bilik
air.
‘Ehh
sekejapnya mandi, tak sampai 10 minit mandi dah siap, mandi kerbau ke?.. rata
ke air seluruh badannya.’ detik hati Loqman lagi. Loqman terus memerhati pergerakkan isteri barunya.
Dengan lagak tergesa-gesa isterinya menuju kealamari pakaian dan menyarung sehelai baju
kebaya merah jambu yang lembut warnanya.
‘Cantiknya
baju dia sejuk mata memandang’ puji Loqman lagi dalam hati. Dia bangga isterinya pandai memilih warna
untuk dirinya. Warna bajunya kelihatan sungguh sesuai dikulitnya yang putih
gebu. Kemudian dia mencapai sebuah bag sebesar ‘toolbox’ papanya di Port
Dickson.
‘Bag
apa pulak itu dari semalam diusungnya bag tu..macam bag James Bond pun ada..
jangan ada senjata dalam tu sudah.’ bisik hati Loqman. Liza membuka beg itu tergopah gapah. Dia sudah duduk
dihadapan cermin. Dia mengikat rambutnya tinggi seperti orang lepas bersalin.
Terdetik dihati Loqman tidak sembahyang ke Liza ni. Ingatkan terkocuh-kocuh tadi nak masak.
“Ehh you tak sembahyang ke?, hari dah
pukul berapa ni nanti habis subuh.”
“Hari ni Liza tak sempat sembahyang..nanti
Zohor Liza qadhalah” Loqman jadi terpegun mendengar jawapan isterinya..Hatinya
bertanya lagi dengan dahi berkerut-kerut ‘boleh
ke?’. Rasanya tak boleh kata suara hatinya yang ragu-ragu kerana dangkalnya
ilmu ugama yang ada didalam dirinya.. Yang dia tahu solat wajib tidak boleh
ditinggalkan dengan sewenag-wenagnya apatah lagi dengan alasan yang mudah. Dalam ragu kerana
tidak yakin telontar juga suaranya keluar dari mulutnya untuk menegur
tingkah isterinya.
“Kan masih sempat ni, ada lima minit lagi
pukul 7 masih sempat.”
“Kalau sembahyang nanti Liza tak sempat nak
make-up ...esok kejutlah awal sikit..masa abang bangun tu terus kejutkan Liza
ye.” Liza meneruskan perlakuannya mengadap cermin.
Walau pun dia berbicara dengan suaminya tetapi
tanganya tidak berhenti menyapu entah apa-apa keseluruh mukanya. Dia juga tidak
memalingkan mukanya untuk memandang wajah suaminya yang sedang berbicara dibelakang
nya.. dia meneruskan kerjanya menyapu wajahnya dengan berus, seperti berus
lukisan yang besar. Loqman bangun menghampiri dan melihat apa yang ada didalam
beg yang besar disisi isterinya. Dia menyedari dari semalam isteri barunya mengangkut beg itu
kehulu kehilir sejak dari mereka bercuti
keJohor tempuh hari.
‘Maai..banyaknya
berus dari sebesar-besar berus macam brus cat pun ada hingga kesekecil-kecil
berus’ Loqman terpegun
dan terus memerhatikan perlakuan isterinya dihadapan cermin.Penat berdiri dia
duduk semula dibirai katil. Dia leka memerhati isterinya hingga terlupa soal
sembahyang tadi.
Dilihatnya
isterinya menyapu berus besar kepipinya beberapa kali, kemudian yang sederhana
besar, mengikut tempat yang disapunya.. kepipi hidung dan matanya. Hampir
kesemua berus digunakkan setelah hampir sejam baru Liza bangun dan memandang
suaminya yang terpegun memerhatikan dirinya sedari tadi. Dia bangga mungkin
suaminya terpegun memandang kecantikkan wajahnya yang telah siap dirias.
“Cantik tak bang?” merujuk kepada wajah yang sudah
disolek. Loqman memandang isterinya sambil tersenyum..kelihatanya hidung
isterinya terletak dan terbentuk. Pipinya halus gebu bak pauh dilayang tidak
menampakkan sedikit pun kesan parut atau jerawat. Matanya kelihatan seperti
tergantung kerana dibayangi antara warna kelabu dan colat. Alis matanya halus
tersusun cantik dan bulu matanya panjang dan lentik. Bibirnya pula tidak
terlalu merah seakan bibir semula jadi tetapi nampak basah. Ditambah dengan
baju yang mengikut potongan badanya. Menyerlah
betuk badan yang bak potongan gitar. Sungguh cantik isterinya puji Loqman didalam
hati. Ada rasa bangga dihati Loqman. Dia menghampiri isterinya kerana didorong
oleh gelora kelelakianya. Ketika bibirnya hendak mencecah pipi isterinya, dia
segera ditolak kuat oleh si isterinya. Isterinya menjuhkan dirinya. Loqman
terpinga..
“Jangan nak cium masa ni, nanti habis bedak ni tertanggal
dah bercapuk-capuk pula muka Liza ni. Isteri abang juga yang tak cantik orang
tenguk. Malam nanti boleh emmm.” Loqman hanya memandang isterinya yang sudah
menjauhkan dirinya. Dulu ketika bersama Amirah tidak pernah Amirah menolaknya begitu...walaupun
ketika itu dia sudah siap berpakaian dan hendak keluar dari muka pintu rumah. Ciumannya
akan bertubi-tubi singgah keseluruh wajah istrerinya untuk bekalan agar dia
tidak kerinduan ditempat kerja nanti. Perlakuan akan berhenti bila kucupan hangat
isterinya singgah lembut dibibirnya.Ketika itu Amirah hanya akan berkata..
“Bang dah lah bang..kan petang nati kita jumpa
lagi..” kemudian mereka akan ketawa bahagia keluar dari pintu rumah mereka. Loqman
termenung sekejap mengenang kisahnya dulu dan sekarang.
Liza tahu suaminya terpegun dengan
kecantikkanya. Dia sungguh bangga. Setelah siap berdandan dan berpakaian dia mengajak
suaminya ketempat kerja. Loqman yang belum memakai baju kerja segera mencapai
uniform kerjanya dan tergesa-gesa menyarungkan kebadan. Isterinya sudah diluar
bilik meninggalkan dirinya yang kalam kabut menyiapkan dirinya sendiri. Kedengaran
suara isterinya diluar bilik.
“Cepatlah bang..nanti kita tak sempat nak singgah
minum pulak, tadi tak nak pulak pakai baju asyik tenguk kita. Kita nak minum
kat mana ni.” ujar Liza yang sudah bersiap sedia hendak keluar dari rumah, dia merasa sungguh bangga kerana terasa dirinya
begitu memikat hati suaminya. Kecantikan dirinya menyebabkan suaminya terlalai
bersiap untuk ketempat kerja. Liza tersenyum sendirian dihadapan pintu dengan
hati yang bangga.
‘Ohh
minum kat luar rupanya..Ahh tak apalah duduk pandang isterinya yang cantik pun
dah kenyang.’ Perut yang terasa lapar dipujuk dengan kata-kata itu.
Ketika
Loqman memasuki kereta, perutnya berkeruit seakan minta diisi..teringat waktu
dulunya ketika bersama Amirah tidak pernah lapar ketika dia ketempat kerja.
Amirah akan meyediakanya sekurang-kurangnya secawan Holick panas untuk mengalas
perutnya.Tapi tidak mengapa.. hatinya dipujuk bila melihat wajah jelita isteri
yang duduk disebelahnya.
“Kita nak minum kat mana? kita dah lambat
ni.” sang suami bertanya siisteri disebelah yang asyik membelek muka dengan
cermin muka kecil yang dibawanya.
“Kita minum kat kanten sajalah..tak sempat
ni?” Balas siisteri yang tidak berpaling memandang sisuaminya yang berbicara
denganya. Kerana sibuk membelek
wajahnya.
“Kenapa you asyik tenguk muka you tu..kan
dah cantik.”
“Mana cukup masa tadi..banyak yang I tak
touch-up ni, rasa macam tak selesalah..abang ada nampak apa-apa yang tak kena tak?”
Liza menghalakan mukanya dihadapan suaminya, supaya suaminya dapat meneliti
apa-apa yang kurang diwajahnya.
“Hsyy..you ni, macam mana abang nak tengok
jalan ni. Dah sampai nanti tenguklah dalam bilik air.”
=======================
Kini
sudah seminggu duduk sebumbung bersama Liza, barulah Loqman tahu rutin
kehidupan pagi isteri barunya. Bagun paginya hanya untuk merias wajah sebelum
ketempat kerja. Waktu paginya habis dihadapan
cermin. Tidak pernah mereka dapat minum walaupun hanya secawan air. Tetapi hasilnya Loqman akan dapat menikmati
wajah jelita isterinya setiap hari. Kesibukkan hari-harinya dan kesibukan hatinya
memuji kecantikkan isteri barunya, melenyapkan wajah Amirah dimindanya. Loqman
benar-benar tidak teringat kepada Amirah walaupun mamanya ada mengingatkan tempuhhari,
bahawa kandungan Amirah sudah masuk bulan yang ke sembilan .. bulan itu. Dia
benar-benar terlupa pada Amirah.
Seperti
yang dirancangkan pada minggu yang berikutnya Loqman pulang kePort Dickson bersama
Liza. Tujuanya untuk memperkenalkan isteri barunya yang cantik angun dan
bergaya kepada papa dan mamanya. Pagi itu Liza mengenakan sepasang baju kebaya
hijau pucuk pisang yang agak ketat sedikit. Bentuk badan menyamai bentuk badan
Umi Aida yang terpampang dipapan iklan Merie France Bodyline ditepi lebuh raya Seremban-Kuala Lumpur. Sememangnya
bentuk badan Liza cantik, dengan ukuran 33-25-35 di tambah jika dia memakai baju
kebaya..sungguh menyerlah potongan badannya. Dengan ketinggian 150 dan berat
badan 51kg dia tidak kelihatan gemuk atau pun kurus, bak kata orang sedap mata
memandang.
Dari
selepas sembahyang subuh lagi Liza sudah mengadap cermin untuk merias wajahnya.
Dia tidak mahu ada cacat yang kelihatan diwajahnya. Walaupun hanya sedikit
titik hitam pun. Dia ingin kelihatan benar-benar sempurna dimata kedua ibu dan
bapa suaminya nanti. Loqman hanya memerhatikan sahaja. Walaupun perutnya sudah
terasa lapar sedikit. Dia harus sabar, isterinya mahu merias wajah supaya
nampak cantik dan dia akan bangga dengan kecantikkanya itu.
Sambil
melihat perlakuan isterinya dihadapan cermin, sempat lagi Loqman bermonolong
tentang kehidupan selepas berumah tangga yang baru seminggu berlalu. Bila
diingat-ingat sudah seminggu mereka menjadi suami isteri, belum pernah sekali
pun Liza kedapur menyiapkan makanan atau minuman untuknya. Mungkin inilah yang
dikata orang ‘senang dimata tapi sakit
dihati..kerana perutnya lapar minta diisi’. Dengan Amirah dulu dia hanya
melihat isterinya itu seorang wanita biasa, yang boleh dipandang
disekelilingnya wanita sepertinya...tetapi jika dia dirumah perutnya tidak pernah berbunyi minta diisi.
Perkara sebeginilah yang mungkin dimaksudkan orang ‘Biasa dimata tapi senang dihati kerana perutnya tidak pernah berbunyi
minta diisi..pilih lah Loqman yang mana yang disyukainya.
Setelah
siap berhias mereka bertolak dengan wajah gembira. Gembira Loqman.. isterinya
yang duduk disebelah nampak sungguh ayu dan jelita. Terlupa pada perutnya minta
diisi tadi. Liza lagi tidak sabar ingin menunjukkan wajahnya yang jelita kepada
kedua mertuanya. Kerana hati tidak sabar
hendak mendengar segala kata-kata pujian dari mereka.
================================================
Bila mendengar ada kereta masuk
dihalaman rumah mereka, Encik Abdul Majid yang sedang membaca surat khabar
diruang tamu meninju keluar rumah untuk memastikan siapakah yang bertandang
kerumah mereka. Isterinya didapur sedang berkemas dan bersiap-siap untuk
memasak makanan mereka tengah hari itu bersuara ingin tahu.
“Siapa yang datang bang?”
“Nampak macam kereta Loqman Pah.” lalu Encik Abdul Majid duduk semula
disofa ruang tamu mereka, menyambung bacaan surat khabarnya. Dia tidak teruja
untuk menyambut kedatangan Loqman atau ambil tahu dengan siapa Loqman datang. Sebenarnya
hati terkilan dengan perilaku anaknya sendiri.
Bila terdengar suara Loqman memberi salam, dalam hati Encik Majid dan
Puan Sharifah berdetik ‘ Sahlah Loqman
balik hendak perkenalkan isteri barunya’.
Bila
Loqman dan Liza masuk sahaja diruang tamu, mamanya sudah berdiri menanti sambil
bercekak pinggang diambang pintu dapur memandang
kearah mereka. Wajah mamanya seperti
singa lapar yang hendak menerkam mangsa. Belum sempat mereka bersalaman,
mamanya sudah menghamburkan kemarahan kepada mereka berdua. Tiada salam tiada
kata alu- aluan dari Puan Sharifah untuk menyambut kedatangan anak menantunya..
yang terhambur hanyalah kemarahan dari isi perut Puan Sharifah.. Itulah cara sambutan Puan
Sharifah kali ini.
“Hei Man..suami jenis apa kau ni Man.”
Liza yang melemparkan senyuman manis bak madu tualangnya, terkedu mendengar
jekahan Puan Sharifah bak halilintar membelah alam. Bergema suara garangnya
memenuhi seluruh ruang. Langkah Liza terhenti, bersama surut senyumnya mati
dihujung bibir.. dia mengambil langkah berjaga-jaga, dia mengundur dan
berlindung dibelakang suaminya.
“Isteri tengah sakit nak bersalin sanggup kau
kahwin lain.”
“Mama..Man kan dah cakap.. Man dah bercerai dengan
Mirah.”
“Tak boleh ke kau tunggu sampai Amirah selamat
bersalin dulu baru kau kahwin...Ni hari dia melahirkan anak kau.. kau nikah
lain..apa jenis suami kau ni Man… tak ada perasaan lansung, tak ada hati perut..yang dia
lahirkan tu anak Man..sampai hati betul.
Tak sangka betul anak yang mama didik dari kecil dengan kasih sayang..bersikap
kejam macam ni.”
“Kalau Man tak nikah pun Man bukan boleh
buat apa…” jawap Loqman dengan muka bersahaja..tiada langsung menampakkan wajah
bersalahnya, makin terbakar hati mamanya melihat tingkah anaknya sendiri.
“Sekurang -kurangnya sabarlah dulu...
tunggu sampai Mirah selamat bersalin. Man ingat orang bersalin ni senang...macam
ayam nak bertelur saja ke?..kalau Man tenguk ayam bertelur pun sakit
tau..apatah lagi orang bersalin.. nyawanya macam dihujung tanduk saja.. faham
tak Man.” jerit Puan Sharifah lagi nadanya masih tinggi..hatinya betul-betul
sakit mendengar jawapan dan perbuatan anaknya sendiri.
“Lepas bersalin kalau nak rujuk boleh
rujuk, kejadian macam ni biasa terjadi, masa isteri mengadung hati tak sabar..tapi
lepas isteri bersalin baru panas tu reda, masa itu nak rujuk boleh rujuk balik, tapi kalau Man dah nikah macam ni mau
ke Mirah rujuk balik dengan kamu Man.”
“Man pun tak mahu rujuk balik dengan Mirah
sebab Mirah dah tak sayang Man lagi.”
“Siapa cakap..ada ke Mirah cakap yang dia tak
sayangkan Man dan dia yang minta cerai dari Man.”
“Memanglah Man yang terlepas cakap
ceraikan dia …lepas tu dia tak merayu nak rujuk lagi.. dia pun tak menangis
masa Man cerai kan dia...dia terus saja pergi rumah kawan-kawan dia..lagi
pun dia selalu tinggalkan Man, dia
selalu kerja malam.”
“Man.. mama nak tanya…patut ke dia yang
merayu nak rujuk balik, sedangkan bukan
dia yang minta cerai..dia tak menagis sebab…mungkin rasa tak percaya orang yang tak sabar-sabar nak nikah
dengan dia dulu, orang yang menunjukkan rasa sayang dan kasihnya yang
melimpah-limpah pada dia, tiba-tiba menceraikan dia tampa sebab. Dia
terperanjat, dia terkejut dan dia rasa macam tak percaya. Dia pergi kerumah kawan
dia sebab tahu dimana kedudukan dia dengan Man, selepas Man cakap ceraikan dia…
dia tahu dosa ..Man”.
“Mirah memang tak sayang Man mama..dia
lebih pentingkan keluarga dia dari Man suaminya.”
“Kenapa Man tak boleh faham Mirah.
Man…Amirah seorang anak yang mengenang jasa ibu ayahnya, dia anak yang
bertanggungjawab..dia mahu adik adiknya berjaya dalam hidup, dia ingin
megeluarkan keluarganya dari kesusahan dan kemiskinan…bukan ke orang yang
seperti itu bagus, orang yang macam dia
tu elok dijadikan isteri. Man pernah tak nampak Amirah mementiangkan dirinya
sendiri, membeli barang perhiasan untuk dirinya sendiri, walaupun dia dah kerja
dan ada duit sendiri. Mama tak pernah nampak dia memakai alat solek walau pun
yang murah. Mama tak nampak dia beli barang kemas. Mama rasa dia lebih dari
mampu jika setakat untuk beli seurat dua rantai dengan gaji dia. Yang mama
nampak cincin yang kamu bagi tu saja. Dan mama tak nampak baju yang tak pernah
dia pakai, kalau dia datang sini. Man nampak tak macam mana dan apa jenis
Amirah ni. Orang yang pandai berjimat cermat, tak suka boros pada sesuatu yang
tak sepatutnya, berbelanja berhemah. Man..mama boleh bayangkan manalah tahu jika
satu masa Man susah nanti, kalau dia masih jadi isteri.. dia tidak akan
tinggalkan Man sorang terkontang-kanteng ..sebab dia ada sifat tanggungjawab
dan timbang rasa”. Bergetar suara Puan Sharifah membicarakan tentang bekas
menantunya.
Loqman
hanya mendiamkan diri, ketika mamanya memperkatakan tentang Amirah..padanya
memang dia tidak nampak apa kekurangan Amirah, dia juga tidak nampak cacat celam
tingkahlaku Amirah. Dia tercari-cari untuk mematahkan kata-kata mamanya namun
tidak berjumpa. Belum sempat lagi dia terjumpa dalam mindanya kesalahan dan
keburukan Amirah, terdengar Puan Sharifah menyambung lagi kata-katanya.
“Mama nak tanya siapa yang cakap Mirah tak
sayang Man? Siapa???. Jerit Puan Sharifah lagi. Tadi sudah kendur sedikit
suaranya ni dah tinggi balik..bisik hati Loqman, dia yang sedang mencari ayat
hendak menjawap terkejut lagi.. Liza yang berdiri dibelakang suaminya apa lagi semakin
kecut jadinya. Kalau boleh dia mengecilkan badanya dia akan berbuat begitu agar
tidak kelihatan oleh ibu suaminya yang sedang menyerang mereka dengan kata-kata
pedas yang bertubi-tubi. Dia tidak berani menunjukkan wajah untuk membela
suaminya yang dimarahi. Dia hanya mampu mendengar bebelan ibu merutanya yang
sedang panas hati.
“...masa dia belum mengandung lagi ada
pernah ke dia abaikan Man, tak jaga makan minum dan pakaian Man. Mama tak
nampak tapi mama tahu Man. Dia yang siapkan semuanya untuk Man..Man tahu pakai
dan makan saja. Man tolong pun sikit-sikit saja kan..tapi bila dia mengandung
anak pertama pula, dia tak ada pengalaman dia sedang mabuk tak boleh makan,
kenapa Man tak boleh nak fikir. Kenapa Man tak nampak susahnya dia? kenapa Man
tak boleh nak bertolak ansur?,kenapa Man.. kenapa?? mana sifat penyayang Man,mana??
atau masa Mirah sihat saja ke Man sayang dia?. ‘Kenapa..kenapa
dan soalan lain’ yang meluncur keluar dari mulut Puan Sharifah tidak dapat
dijawap oleh anaknya. Dan sememangnya solaan itu tidak boleh dijawab oleh
Loqman.
....Tapi Man mesti ingat, dia jadi macam
tu sebab dia mengandungkan anak Man. Yang mama tahu dari kawan-kawan dia,
selepas Man ceraikan dia..dia tak boleh dengar nama Man ..dia akan menangis
sampai tak boleh nak tahan-tahan. Sampai sekarang dia tak cakap kenapa dia
diceraikan. Mama tanya dengan kawan-kawan serumahnya, mereka semua tak tahu
sebabnya dia diceraikan. Amirah tak
pernah sebut nama Man sebab dia tak sanggup nak sebut nama Man, dia sedeh
sangat. Mama hairan sangat.. mana letaknya sifat perikemausiaan Man, ‘kering
betul hati Man ni’ sanggup Man ceraikan isteri yang sedang mengandungkan
anak Man, sanggup Man ceraikan masa tu. Man tak ada rasa simpati .. tak ada ke
rasa kasihan Man melihat isteri yang sedang bergelut dengan rasa lapar, rasa
letih dan rasa tak selesa kerana ingin melahirkan zuriat kita. Sepatutnya masa
tulah Man tunjukkan rasa kasih Man, rasa sayang Man yang tak berbelah bagi pada
dia ..ini tidak Man tinggalkan dia, Man cari dan nikah dengan perempuan lain.
Cuba Man fikir patut ke buat Man macam tu.. patut ke???”. Terjerit sekali lagi
Puan Sharifah melepaskan rasa tidak puas hati kepada anak yang dihadapanya. Sekali
lagi Loqman terkejut mendengar jeritan mamanya. Liza dibelakangnya sudah
menikus sedari tadi. Belum sempat lagi hilang rasa terkejut Puan Sharifah
menyambung katanya lagi.
“Mama memang tak sanggup nak terima
perbuatan Man ni..sebab apa… sebab mama perempuan, mama tahu deritanya seorang
wanita masa dia mengandung, buat jerih saja mengandung tapi laki tak menghargai.
Kenapa Man ni jadi suami yang tak berguna langsung”. Bila mamanya mengatakan
dia ‘suami yang tak berguna’... Loqman
menjadi panas hati dia menjawab kata-kata mamanya untuk megurangkan sikap buruknya
dimata mamanya...
“Betul ke itu anak Man?” Itu pula
kata-kata yang keluar dari bibir Loqman dengan tujuan mencari kebenaran untuk
membela dirinya.
“Haa???..siapa kata itu bukan anak Man,
Siapa!!!?” Jerit mamanya lagi. Puan Sharifah sungguh terkejut bila Loqman
meragui anak yang dilahirkan oleh Amirah adalah anaknya. ‘Ahh..meyesal pula aku tanya soalan bodoh ni’ kesal Loqman didalam
hati. Bila melihat kemarahan mamanya makin bertambah marak. Sedang dia sangat yakin
anak yang dikandungkan oleh Amirah adalah dari benihnya. Dia berkata begitu
kerana mengharapkan ada sifat ragu diminda mamanya dan dapatlah dia
mengurangkan sedikit perbuatan salahnya dimata mamanya.
“Jangan nak menuduh, tenguk dulu..Ada Man
pergi tenguk budak tu.. ada!!!?..kalau Man tenguk baru Man tahu itu anak
siapa..merah dan bengkak lagi muka dia ..dah nampak memang muka Man yang
diwarisi..rambut dan kulitnya saja milik Amirah..Man tahu taak!!!.” Terjerit
Puan Sharifah menerangkan kebenaran bila Loqman mempertikaikan kesahihhan
anaknya, Loqman terkedu mendengar leteran mamanya..tapi perasaan egonya masih
mendakap kejap hatinya.
“Man ..mama nak tanya, selama Man kawan
dengan Mirah ada ke dia tergedik-gedik memikat jantan. Bersolek supaya jantan
terpikat pada dia..mama tahu dihati Mirah tak pernah terdetik nak ada kekasih..
dia tak pernah berminat untuk bercinta..dengan Man ni mungkin dia terpaksa
sebab Man yang tergila-gilakan dia..bila dia dah terima Man..Man buat dia macam
ni..patut ke Man. Bila dia sudah bersedia hidup dengan Man dan serahkan
hidupnya pada Man, Man tinggalkan dia,
Man musnahkan harapan dia...dia terkapai-kapai sendiri dia saat dia memerlukan
kasih dan sayang Man. Sekarang Man tinggalkan satu lagi tanggung jawab pada
dia..anak yang Man pertanggungjawabkan pada dia Man!!” berkaca-kaca Puan
Sharifah menuturkan kebenaran bekas menatunya kepada anaknya. Hatinya
benar-benar pedih menyatakan kebenaran itu.
Puan
Sharifah mencari wajah Liza pula, yang berselindung dibelakang anaknya. Dengan renungan
mata yang tajam Puan Sharifah memandang Liza dengan garang. Terhambur kata
penghinaan yang ditujukan kepada menantu barunya..Tetapi bukan kata-kata itu
yang diharapkan oleh Liza sewaktu dirumah tadi.
“Inilah perempuan yang Man nak tunjukkan
pada mama..”
“Nama dia Norliza mama..Liza....” belum
habis Loqman mahu meperkatakan tentang isteri barunya cepat sahaja Puan
Sharifah memotong kata-katanya.
“Kalau macam nilah gaya dia... mama
percaya, apa yang Man cakapkan tadi tu betul. Cuba Man tenguk berapa tebal
bedak yang dia tampal kat muka dia. Tenguk mata dia sampai tak larat nak buka
sebab tebal dek bulu mata palsu. Cuba Man tanya berapa jam dia mengadap cermin.
Nak tunjukkan dia tu cantik..cantik palsu. Memang mata hati Man buta nak
pandang mana yang asli mana yang palsu, mana intan mana yang kaca. Kalau muka
pun muka plastik orangnya pun sama plastik juga”. Liza terkedu mendengar
cercaan ibu mertuanya. Air matanya sudah merembes..tiada kata pujian rupanya bertandang
pertama kali kerumah ibu mertuanya seperti yang diharapkan. Dia yang sedang terkejut
mendengar cercaan, ibu mertuanya.
“Hei
perempuan yang tak ada perasaan..kau satu tempat kerja dengan Loqmankan, Tentu kau
tahu Loqman tu laki orang, tentu kau tahu juga isterinya sedang mengandung
kenapa kau goda suaminya..kau hasut..mungkin kau juga yang kata itu bukan anak
Loqmankan..tentu kau juga yang kata Amirah dah tak sayang Loqman lagi ..di saat
Loqman kebingunan dan keliru kau cucuk dan hasut hatinya. Dasar perempuan
perampas tak ada dalam keturunan aku yang sanggup nak rampas laki orang tau.
Pada aku biar aku tak berlaki, jadi anak dara tua..dari merampas hak orang itu
bukan perbuatan aku hee..” Liza terkejut
lagi dengan tengkingan Puan Sharifah. Rupanya puan Sharifah belum habis lagi
mengeluarkan isi hatinya. Dengan nada kegelian umpama terlalu jijik puan
Sharifah menyatakan pendirianya. Liza
terkedu dengan kata-kata ibu mertuanya..kerana semuanya betul pandai betul
orang tua ini menilik.
“Mama jangan salahkan Liza ..dialah yang
selama ini temankan Man dan bagi peransang masa Man tengah susahhati.”
“Heii Man, teman apa..perangsang apa yang
dia bagi kat Man haa!! lepas tu pujuk Man jadi suami dia kan..kalau tak, tak
kan jadi macam ni…tak sabar nak nikah”. kedua-duanya tertunduk tiada ayat lagi
nak dihujah untuk ‘menegakkan benang yang
sememangnya basah mana boleh tegak.’
‘Perempuan
gatal.. ada saja peluang tak tunggu
lagi, terus sapu asalkan dapat kan, aku nak tenguk muka kau pun tak lalu,
dia ingat cantik sangat.cantik palsu, baik aku tenguk muka lembu lagi senang
hati aku. ’ Walaupun kata-kata
Puan Sharifah perlahan sahaja diucapkan tapi masih jelas dipendengaran dan
terus menusuk ke jantunghati Loqman dan
Liza.
Encik Abdul Majid hanya memerhati perbalahan itu.
Dia mendiamkan dirinya sahaja disofa
yang didudukinya..baginya sudah cukup apa yang di perkatakan oleh isterinya.. semuanya
betul..Loqman memang sudah melampau. Encik Abdul Majid sudah tahu perangai
isterinya.. maklumlah sudah berpuluh tahun hidup sebumbung bersama isterinya nan seorang itu. Baginya
isterinya seorang yang baik hati dan penyayang, tetapi bila tidak kena pada
tempatnya dia akan bertindak sedemikin rupa seperti orang yang tidak
berperasaan sahaja. Bak kata pepatah ‘Sarang
tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya’.
Mungkin ada sedikit kelainan dari crita
ReplyDeletediPenulisan2u..masa hantar kePenulisan2u tak sempat nak semak. Bila baca balik ada pula yang tak kena harap maaf
pergh.. rasa puas ati je liza ngan lokman kene marah dengan Pn sharifah tu.. ahahahah... padan muka ngan lokman n liza
ReplyDeleteSukanya dia nampak orang kena marah..tapi apa pun mak teh ucapkan berbnyak terima kasih kerana sudi membaca..
ReplyDelete