Kalau
kita menebang jati,
Biar
serpih tumbang jangan,
Kalau
kita cari pengganti,
Biar
lebih kurang jangan.
Nur
Saleha yang penuh masaalah kini juga telah mendapat kedamaian dengan caranya
sendiri.Dia kini tidak lagi mengharap ada insan mengubati luka hatinya.Kini dia
pasrah dan mengharapkan kasih dari yang
Maha Mengasihani. NurSaleha kini mendekatkan dirinya kepada Allah untuk mencari keredaanNya dan juga ketenagan
dirinya.
Dalam
tenang hatinya..kata-kata Edlan terngia di cuping telinganya… Edlan ada menyebut ‘takkan
kita nak meruntuh kan kebahagiaan sahabat kita sendiri’.Kemudian dia terbayang wajah Farhan yang lembut dan
tulus. Seingatnya sejak meraka bergelar pelajar lagi Farhan tidak pernah menyakiti hatinya… walaupun sesekali
dia pernah melihat Farhan merenungnya dari jauh.
Sejak
dia bekahwin dan bahagia bersama suaminya, Farhan juga tidak pernah menggangu
kebahagiaanya. Walaupun dia tahu dari Suhaila bahawa Farhan ada menaruh hati
kepadanya. Dia menyesali akan
kesilapanya kerana melepaskan dendam kepada orang yang tidak pernah
menyakiti hatinya dan tidak pernah menggangu kebahagianya selama dia bahagia. Dia juga terbayang wajah Fatin isteri Farhan..
sungguh pandai dia menyembunyikan keluakaan hati, sedangkan dia tahu..orang
yang datang menziarahi dirinya adalah orang yang merayu kepada suaminya untuk menjadi madu
kepadanya. Pandai sungguh dia mengawal diri untuk menjaga maruah diri, suami
dan musuhnya dari diketahui umum. Untuk melegakan kesal hatinya setiap kali selesai bersolat tidak lupa mendoakkan kebahagian
Farhan sekeluarga.. Bila terkenang segala perbuatanya Nur Saleha menjadi malu pada dirinya sendiri.
Kini
setelah tiga tahun perceraian itu berlalu, hidup Nur Saleha tenang semula. Dia
mula membuka matanya. Dia mula
memandang kedaan disekelilingnya. Dirinya terasa bodoh kerana membiarkan
tanggungjawabnya terbiar tidak terbela
kerana kehancuran rumahtangganya… sedangkan mereka tidak bersalah. Dia
mula membuka mata..memandang kehidupan harianya menjadi kucar kacir, memandang
anak-anak yang masih mengharap kasih sayang dan perhatianya. Kesalnya
berganda-ganda bila melihat keputusan peperiksaan UPSR anaknya yang tua amat
mengecewakan.
Ketika
hatinya libang libu memikirkan dirinya ditinggalkan suaminya, dia merasakan dunianya
kosong tak bermakna. Dia tidak dapat memandang orang-orang yang yang disekelilingnya,
melihat anak-anaknya yang masih menagih kasih. Peniagaan Farmasinya yang
tinggal nyawa-nyawa ikan hampir gulong tikar. Mujur dia cepat sedar. Mujur ada Edlan, kawan yang menyedarkan dengan perkataanya.
Kini
dia tidak menoleh kebelakang lagi.Dia harus memperbetulkan semua keadaan.Dia
bertekad mencari kebahagiaannya sendiri. Padanya bahagianya bukan ditangan
lelaki yang bergelar suami sahaja. Dia akan mencari bahagia dari sudut lain
pula. Kini kehidupanya anak beranak sudah kembali tenang. Bersama bekas suaminya NurSaleha
mempunyai tiga orang anak dua orang perempuan dan seorang lelaki. Anaknya yang
tua sudah berumur 13 tahun yang kedua 10
tahun dan yang ketiga 8 tahun. Dia berazam akan medidik anak-anaknya agar
menjadi insan yang berpelajaran. Dia tidak mahu disebabkan masaalah dirinya,
anak-anak tercicir dalam pelajaran. Cukup
satu peperiksaan besar anaknya gagal, kerana
kurang pemerhatianya. Kini Nur Saleha bangkit dengan azam baru tikad baru
dengan berpengang teguh kepada percaya Allah dan keluarga sentiasa bersamanya.
Dalam
diam rupanya Nur Saleha diintip oleh seorang lelaki yang kesunyian kerana
ditinggal oleh isteri yang pergi kealam baka.Lelaki ini merupakan pelanggan
tetapnya dahulu. Ketika arwah isterinya bergelut dengan penyakit tiga
serangkainya (Penyakit darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung) lelaki ini
sering ke Farmasi Nur Saleha mencari bekalan ubat untuk isterinya. Penyakit
yang sudah kronik tidak mampu bertahan lama..Allah lebih menyayanginya.Kini
sudah dua tahun isterinya menemui Illahi.Pada lelaki ini bukan sudah pudar
ingatanya terhadap arwah isterinya..tetapi keadaan mahukan dia mencari ganti
untuk meneruskan kehidupnya. Bukan
sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk anak-anaknya yang memerlukan seorang
wanita yang begelar ibu.Itulah pesanan arwah isterinya sebelum dia pergi
dahulu.
“Baba..kalau
Umi pergi nanti..carilah pengganti umi..”
“Kenapa
umi cakap macam ni..baba tak rela umi pergi”.
“Jangan
macam tu baba, jika sampai masanya kita harus tabah menerima.. Anak-anak sedang
membesar perlukan ibu untuk membimbing mereka..baba lelaki, tak arif hal-hal
wanita..jadi carilah isteri yang boleh
menjaga baba dan anak-anak kita ye.. umi rela dan berterima kasih pada yang
sanggup menggantikan umi disisi baba dan anak-anak.” Begitu bersungguh
isterinya berpesan, ketika itu baru tiga hari isterinya sedar dari koma kerana
serangan jantung.Yang sebenarnya isterinya sudah setahun keluar masuk hospital.
Kaki sebelah kanannya juga sudah tinggal sampai kelutut sahaja kerana serangan
kencing manis. Tetapi mereka reda dugaan yang datang dari Illahi.
Kerana
kehidupan mesti juga diteruskan bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk empat anak-anak
perempuan mereka juga. Yang pergi
biarlah pergi diiringi dengan doa agar roh isteri tercinta bersemadi dengan
tenang. Lelaki ini merupakan seorang ahli perniagaan. Tetapi kini semua
perniagaanya telah diserah kan kepada dua orang anak perempuanya. Duda beranak empat
yang kesemuanya perempuan kini memasuki
bidang politik dan sudah dilatik menjadi ADUN ditempat kelahiranya. Benama Dato’
Fuad. Dengan pertolongan seorang teman ayah NurSaleha, Datuk Fuad menyunting NurSaleha
menjadi suri hatinya.
Setelah setahun bernikah mereka dikurniakan
dua orang anak lelaki kembar seiras. Kini terkabul doa dari sahabatnya Edlan Suhaila dan Farhan yang mendoakan dia
mendapat seorang suami yang lebih baik
dari bekas suaminya. Lelaki yang tidak memandang bentuk fizikalnya dan menerima
dirinya seadanya. Kini dia merasa sangat
bahagia yang lebih dari bahagianya yang dulu. Itu kata-kata dihati NurSaleha
sendiri.
Datuk
Fuad merupakan seorang yang penyayang dan kuat pada pegangan ugama..Walaupun
sudah berusia tatapi masih bersikap romantic kepada isterinya.Tetapi yang
paling dia bersyukur kepada Allah, suaminya barunya menerima dirinya seadanya. Dia
tidak melihat keadaan fizikal dirinya.Dia pernah melihat dirinya yang
sebenar-benarnya..ketika saiz dirinya yang paling besar, berat badannya
mencapai kepada 150kg ketika itu.
===================
Anak
dara Farhan sudah umur tiga tahun.Petang Ahad itu Farhan sekeluarga berkunjung kerumah
sahabatnya yang baru tiga bulan berpindah kerumah mereka sendiri. Sebuah rumah
SEMI-D di satu taman perumahan yang agak tidak mendapat perhatian pembeli dulu,
tapi kini kawasan perumahan itu menjadi tumpuan pembeli, terutama sekali warga
KLIA. Beruntung Edlan membeli rumah itu.Semasa dia membeli rumah itu masih
murah lagi, mungkin kerana kedudukkan
yang agak terpencil dan jauh dari bandar, yang kedua mungkin belum ada kemudahan.Tetapi apabila
terbinanya lapangan Terbang KLIA
diSepang, harganya rumah dikawasan itu mendadak naik dua kali ganda.Taman perumahan itu lah yang paling
hamper dengan Sepang KLIA diantara taman
perumah diSertemban. Ditambah dengan
kemudahan awam, mulalah orang berebut-rebut membeli rumah dikawasan itu. Secara
tidak langusung menjadikan haranya makin meningkat. Semasa dirumah Edlan,
Suhaila menjemput mereka datang untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Adik
bungsu Suhaila berkahwin dengan abang doktor
Sharifah NurAmalina, seorang doctor yang pernah dikenenkan oleh Edlan kepada Farhan
sebelum Farhan berkahwin dengan Fatin dulu..
“Jadi juga kau berbiras dengan Doktor Amalina tu
Edlan.”
“Alah
biras saja bukan dapat apa pun.”
“Ehh
jadi sedara ADUN tentulah bangga..esok-esok kalau ada apa-apa hal boleh minta tolong ADUN.
Macam mana adik Su boleh kenal dengan abang doctor tu.”
“Kan
aku dah cerita dengan kau dulu, adik ipar aku tu kawan adik doctor Amalina tu,
dia tu selalu kerkunjung rumah Adun tu. Masa akhir tahun pengajian adik ipar
aku tak balik raya sebab fainal exam dah dekat..masa tulah abang doctor tu
jumpa..dan jatuh hati”.
“Abang
doctor tu peguam juga ke?”.
“Tak
dia ni pensyarah kat UIA Sintok Kedah..kira ngamlah diaorang..dia cari pun
orang Utara juga…panjang kisah cinta diaorang tu Han..seronok pulak tu.”
Senyuman Edlan masih tergarit dibibir dia mula membayangkan kisah cinta Farhan
pula.
“…kisah
cinta ni macam-macam kan Han..macam kisah cinta kaulah berliku-liku sampai
minta tolong ibu kau lagi..lagi seronok” ha..ha..ha. Edlan ketawa lepas bila
terkenang kisah sahabatnya.
“Apalah
bapak orang dua orang ni ketawa tak ingat orang..apa cerita?” Sampuk Suhaila
yang baru keluar dari dapur menatang dulang berisi cawan diikuti oleh Fatin membawa
teko berisi air dibelakangnya..anak-anak mereka menonton satu CD katun kegemaran mereka disatu sudut.
“Kau
datanglah ye…bawalah isteri dan anak-anak kau jalan-jalan.” jemput Edlan
mewakili keluarga mertuanya.
“”Ha…
Edlan ajak kita makan nasi minyak kat
hometown Suhaila, nak pergi tak?.”
“Ohh
Kak Su pun ajak juga tadi kat dapur ikut abanglah..Ha tak kisah boleh saja.”
“Kita
pergi lah..lama betul kita tak berjalan kan.”
Kemudian mata Farhan tertuju ke wajah sahabatnya Edlan semula.
“Oklah
InsyaAllah aku memang dah lama tak berjalan. Cadang nak tunggu anak dara aku tu besar sikit ..tapi tak
lama lagi ada lagi yang kecil, kalau tunggu anak besar nampaknya memang tak
jalanlah kami.”
“Ehh
ada lagi ke??..kau kata nak stop kalau dapat anak peremuan..kau ni janji tak
serupa bikin lah..Aku dengar kata kau nak stop..akupun cakap dengan Su tutup
kedai..dah berapa bulan??.” Bisik Edlah,
Farhan tersengih kepada sahabatnya kemudian dia berbisik ditelinga Edlan
pula..dua lelaki ini berbisik dihadapan isteri mereka.
“Accident”.
“Haa
bisik apa tu.” sergah Suhaila.
“Hssy
Su ni..adalah kita orang punya rahsia.
Su kita tak jadilah tutup kedailah abang rasa nak lawan Farhan lah Su...”Balas
Edlan pada isterinya. Farhan tersenyum pada Fatin, Fatin pula angkat
kening ingin tahu.
“:Abang
ni kenapa??..dah berbisik depan orang lepas tu kata tak jadi tutup kedai..kedai
apa..bila pulak kita ada kedai? Nak lawan Farhan lawan apanya??”. Terpinga-pinga
Suhaila tidak faham apa yang dimaksudkan
oleh suaminya.
“Ni
haa.Farhan kata kalau dia dapat anak perempuan hari tu dia nak stop..alih-alih
ni dah ada lagi..itu abang tak jadi kita
tutup kedai.”Edlan berkata sambil mengentit mata kepada isterinya.
“Habis
yang abang kata tak jadi tutup kedai ..kedai apa kedai jual anak ke?”.
“Hsyy
Su ni ada ke jual anak..orang nak cari anak..nak anak lagi ni. Hari tu bila
Farhan kata dia nak stop..abang fikir eloklah kita pun tutup kedailah juga ..tup..tup dia dah ada lagi..abang
rasa nak buka kedai semulalah boleh Su.” nampak macam serius sahaja Edlan
memandang isterinya dengan permintaanya.
“Abang
ni tak malu betul..ada ke tanya depan Farhan dan Fatin macam tu ..Hisyy tak malunya” Suhailah menjeling manja kearah
suaminya.Farhan dan Edlan sudah ketawa terbahak-bahak Fatin hanya tersipu malu
melihat gelagat suaminya dan kawan-kawanya. Setelah tawanya bersisa..Edlan
mengulangi pertayaanya.
“Isteri
kau dah berapa bulan.”
“Ehh
betul ke Fatin dah ada lagi..kata Farhan hari tu, dia dah nak stop” Suhailah
bertanya kepada Fatin. Barulah dia mengerti kata-kata suaminya tadi.
“Farhan
kata Accident...dulu
pandai pulak dia mengelak ni dah tak pandai pulak..dah berapa bulan.” Soal
Edalan teruja ingin tahu.
“
Dah rezeki terima ajalah ..dah dua bulan..bila majlis adik ipar kau tu.” Farhan
dengan selambanya. Fatin pula memerah pipinya
diserbu malu.
“Lepas
raya nanti..”
“Ada
dua bulan lagilah..kau balik naik apa?.”
“Aku
biasa naik Flight..senang tak payah nak memandu jauh Han. Kat sana nanti
pinjamlah kereta dioarang kalau nak berjalan.”
“Tapi
orang mengadung tak digalakkan naik flight kan Lan?”
.
“Masa
tu kecik lagi …janganlah cakap Fatin mengdung.”
“Hsyy
aku tak nak tanggung risiko..kalau kita naik kereta macam mana..aku nak pinjam
kereta baru ayah aku tu.”
“Kau
nak melaram naik kereta baru lah ni.”
“Ahalah
sesekali apa salahnya.”
“Yang…
kita balik naik kereta kali ni boleh?.” Edlan bertanya kepada isterinya.
“Boleh
juga kita balik sama-sama..I pun tak boleh cuti lama banyak kerja masa tu..raya
kita tak payah balik.. hari kenduri saja kita balik ok tak?.”
“Memang
lah tahun ni kan giliran rumah emak kat Lengeng buat-buat lupa pulak dia…tapi Su tak nak tolong umi ke?”
“Umi
dah banyak orang yang tolong.”Suhaila merupakan anak nombor dua bongsu dari
lapan orang adik-beradik. Dia mempunya tiga orang kakak, tiga orang abang dan
seorang adik perempuan yang bakal melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
Ada dua orang kakak dan seorang abangnya
tinggal diPulau Pinang hanya dia sahaja bekerja tinggal paling jauh dari kampong
halaman mereka. Yaitu di Seremban. Seorang abangnya bekerja di kedah dan
kakanya yang seorang lagi bekerja di
Perak.
Suhaila
beria-ia mengajak mereka makan malam dirumahnya. Hari tu dia masak istemewa. Masak
nasi kerabu resepi keluarganya.Selepas makan malam dan solat Magrib baru Farhan
sekeluarga pulang kerumah mereka.
Dirumah
ketika semua anak-anaknya sudah tidur. Farhan juga sudah bersedia untuk tidur
dia memeluk kemas isterinya Fatin bersuara.
“Bang!!
kenapa abang cakap dengan dia orang dah nak stop beranak.”
“Abang
cakap dah lama dulu…masa Ha merajuk balik rumah ayah ..masa tu Amni tak ada lagi.”
“Ehh.
Abang ni bila masa pulak Ha merajuk..Ha ni merajuk-merajuk tak main lah.”
“Ialah
tu..dia tak tahu dia merajuk..Ha tahu kalau Ha merajuk abang rasa tak tentu
arah tau, mulalah cakap merapu-rapu…Masa abang cakaptu..abang rasa macam kita
penat sangat beranak kecik.Tapi bila ayah cakap kalau anak dah besar-besar kita nampak anak kita semuanya berjaya dalam
pelajaran dan handsom pulak, masa tu mulalah rasa menyesal anak kita sikit..
Ayah kata dia rasa macam tak cukup ada anak empat orang saja tapi takkan nak
suruh ibu beranak lagi kawan tu nah menopouse. Lagi pun sekarang ni susah nak cari anak-anak
yang berkualiti maksudnya pandai dan berakhlak. Lepas tu, abang tukar niat
abang, ni yang sangkut sorang lagi”.
“Emm
ialah sebelum terlambat baiklah kita tambah anak ikut yang disarankan oleh kerajaan lima orang pun dah cukup kan bang ..abang nak
anak apa kali ni”.
“Abang tak kisah lelaki ke perempun janji anak
abang selamat lahir, sihat dan sempurna..Syukur Alhamdullih..lepas tu kita
didiklah anak kita menjadi orang yang soleh..berjaya didunia dan akhirat kan
Ha..tapi abang kesian Ha kalau mengdung nampak penat..lagi-lagi kalau dah mencapai
tujuh bulan..Ha memang rasa penat ke?”.
“Penat
lah juga tapi Ha sebetulnya kesian kat abang..kalau Ha mengandung abang
terabai..Ha ni kalau mengandung Ha cepat rasa cepat letih.”
“Abang
faham..abang minta maaf sebab yang dulu tu abang pentingkan diri sendiri abang
tak fikir pasal Ha.”
“Kita
ni kalau dah penat kadang bertindak
diluar kawalan kita… dahlah janganlah nak ingatkah kisah lama.”
“Kisah
lama tu menjadikan abang bertambah matang..abang jadikan kisah lama sebagai
pengajaran untuk abang...Sayang agaknya handsome tak anak-anak kita?”
“Kalau
tenguk ayahnya mesti handsome .” Farhan megemaskan lagi dakapanya.Tetapi tangan
merayap lalu mengeletek pinggang isterinya. Fatin kegelian dia terjerit lepas.
“Bang
jangan lah..bangun Amni nanti”..Fatin berkata dengan ketawa masih bersisa. Dia
sudah melonggarkan pelukkan suaminya..dia tahu tangan suaminya akan mengeletek
dirinya lagi.
“Abang
tak buat apapun” Bahagia rasanya telah lama mereka tidak bergurau senda. Dahulu
sebelum mereka mendapat anak sering juga mereka bergurau berkejaran didalam
rumah bila Farhan cuba menyakat isterinya. Sebenarnya walaupun Ftain berwajah
selamba tapi sikap manja dan keanak-anakan masih terserlah jika lama
mengenalinya. Ini mungkin disebabkan dia anak perenpuan tunggal tentu diberi
perhatian oleh kedua ibu dan ayahnya dan juga abang dan adik-adiknya. Manjanya tidak dapat dikikis dan kadang-kadang
terlepas juga.
No comments:
Post a Comment