Dihari pemergian NorIza
ketanah suci, dia hanya dihantar keLapangan Terbang Alor Star oleh Muaz suami
isteri, menantunya Fadzli dan anak keempatanya Hassan sahaja, anak-anak
perempuannya yang lain hanya menghantarnya hingga kekereta sahaja. Ketika dia
keluar dari rumah anak keempatnya mengambil tugas melaungkan azan dengan suara
sederhana sambil berjalan dihadapan emaknya. Sambil melaungkan azan langkahnya
menuju kekereta abangnya yang sedia menanti dihadapan pintu kereta. Emaknya mengikuti langkahnya perlahan, Muaz sudah bersiap sedia membukan pintu
keretanya. Laungan azan anaknya berakhir bila Noriza memasuki keenderaan.
Anak-anak dan cucu-cucunya mengiringinya
langkah Noriza dibelakangnya hingga kepintu kereta. Itu pun hanya NurAmisa,
Hassan sekeluarga berserta anak-anak Muaz sahaja. Awal-awal lagi Noriza
melarang Syukri dan Nuri pulang.
“Nuri..masa emak berangkat keMekah nanti Nuri jangan
balik kampung ye”.
“Ehh Kenapa mak?? Nuri nak tenguk emak dan nak doakan
emak, selamat pergi dan selamat emak balik. Semoga emak dapat haji yang
mabrur”.Terkejut besar Nuri bila emak mertuanya melarang dia balik menjenguk
dirinya dihari keberangkatanya keMekah nanti. Selalunya dia tidak begitu malah
mengharapkan kehadiranya bila raya menjelang tiba.
“Amiin. Ini pun Nuri dah doakan emak Alhamdullilah. Nuri
sebetulnya doa ni boleh dipohon kat mana sahaja, Allah akan mendengar doa kita.
Tak semestinya doa untuk emak kat depan emak. Emak bukan apa, Nuri kan baru
mengandung. Kandungan kamu pun masih diperingkat awal lagi, takut mudharat pula
nanti kalau berkereta jauh dan lama. Lagi pun Nuri baru sangat balik raya hari
tu. Hanya mak minta tolong Nuri doakan
emak mudah dengan segala ibadah yang emak lakukan dan Allah mudahkan
segala urusan emak kat sana.”
“In Syaa Allah mak. Nuri memang selalu doakan
kesejahteraan emak. Nuri dah tak ada emak lagi mak.Hanya emak ..emak Nuri dunia
dan akhirat mak.” Nuri sudah teresak dihujung talian begitu juga NorIza,
kasihnya memanag sudah lama tertumpah pada Nuri sejak dia menjadi menantunya
dulu. Pada Nuri sememangnya itulah yang ada dihatinya, Nuri tidak menganggap NorIza emak mertunya lagi melainkan seperti
emak kandung nya sendiri. Tempat dia meluah rasa menyandarkan segala duka dan mencari semangat
ketika hatinya terluka.
Muaz
menghantar emaknya keKompleks Haji Alor Star yang terletak lebih kurang satu kilometer (km)
dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan 10km dari Bandaraya
Alor Star. Kompleks yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf empat bintang. Jemaah
akan berkumpul disitu sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Dengan
penerbangan yang memakan masa antara 15 ke 16 jam akhirnya mereka sampai di
bumi Madinah pada waktu Subuh. Pagi
diMadinah berkabus dan sangat sejuk
rupanya. Jejak sahaja kaki mereka dilantai lapangan terbang keadaan yang sejuk
mencengkam diri. Namun Mohd Noh mengarahkan juga dua orang wanita dibawah
jagaannya mengambil wuduk untuk melakukan solat subuh.
“Tijah, Kak Ngah jomlah kita cari bilik air, kemudian
ambil wudu’ solat kat sudut sana tu pun boleh”.
“Ehh kita cari surau lah bang, barulah selesa nak solat”.
Cadang Khadijah.
“Kita tak tahu kat mana suaru nya. Hari dah makin terang
ni. Kang terlepas pula waktu subuh. Waktu darurat macam ni, solatlah kat mana yang boleh kita solat
Tijah.”
Mereka
mencari bilik air didalam bangunan lapangan Terbang Madinah sambil bertanya
para pekerja lelaki yang berjubah. Rupanya mudah sahaja berbicara dengan mereka
kerana mereka memahami bahasa Malaysia walaupun pada jawapanya mereka
mengunakan bahasa Indonesia. Mereka berjalan menuju arah yang ditunjukkan..
“Jom kata diorang kat sana bilik air.”.Tanganya menunjuk
kedalam bagunan lapangan terbang. Setapak Mohd Noh melangkah kedengaran lagi
suara isterinya memanggil.
“Bang!! Beg kita macam mana bang? Siapa nak tunggu.. kang
hilang pulak.”Itulah Siti Khadijah ada sahaja kata-kata sanggahan bila disuruh
melakukan sesuatu.
“Tijah! mulut tu jaga sikit kalau kat sini, jangan
sebarang sebut. Beristifar cepat. Pasal beg tu biar Allah yang jagakan untuk
kita..In Syaa Allah ada nanti. Sekarang kita kejar waktu subuh dulu”. Hangat
rasa hati Mohd Noh dengan tingkah isterinya, yang sering sahaja mempertikaikan
arahanya.
Selesai
solat mereka ketempat orang-orang Tabung Haji yang menanti ketibaan mereka
tadi. Disitu mereka diberi penerangan tentang bas yang akan membawa mereka
kehotel, dimana mereka akan menginap
diMadinah selama 8 hari nanti. Bila ada orang yang bertanya tentang beg-beg mereka yang tidak
kelihatan, para pertugas menerang beg-beg itu akan sampai kehotel penginapan
mereka. Mereka hanya perlu menunggu
beg-beg kepunyaan masing-masing dipintu bilik hotel sahaja.
Seperti
yang telah diberitahu, seawal pukul 9 pagi beg-beg mereka sampai dihadapan pintu
bilik hotel mereka. Siti Khadijah dan NorIza ditempatkan disebuah bilik bersama
dua orang lagi Jemaah haji wanita, seorang dari Kuala Kangsar dan seorang lagi
dari Yan Kedah. Manakala Mohd Noh ditempat di bilik lain bersama empat orang
jemaah lelaki kesemuanya dari negeri Perak. Walaupun berlainan bilik namun satu
aras, jadi mudah lah untuk mereka bertemu jika ada keperluan.
Hari
pertama mereka diMadinah, para pertugas
menunjukkan jalan menuju keMasjid
Nabawi atau masjid Nabi. Pada mulanya
mereka keMasjid secara beramai-ramai dengan pasangan masing-masing. Mohd Noh dan seorang lagi kawan sebiliknya
dari Kuala kangsar yang bernama Abdul Rahman. Manakala dipihak perempuan pula
mereka terdiri oleh Siti Khadijah, NorIza dan Puan Salamiah. Rupanya Encik
AbdulRahman dan Puan Salamiah adalah suami isteri. Sebelum jemaah lelaki dan
perempuan berpecah untuk masuk kemasjid melalui pintu masing-masing, sang suami
berpesan selesai solat mereka akan menunggu di tempat mereka berpisah. Kemudian
mereka meneruskan langkah masuk kemasjid dengan berlainan pintu.
DiMadinah kawasan wanita dan kawasan lelaki diasingkan.Masuk kemasjid
juga berlainan pintu.Selesai solat lama jemaah lelaki menunggu isteri
masing-masing ditempat yang telah dijanjikan. Begitu ramai orang keluar dari
pintu masjid seusai solat. Manusia memenuhi semua runag di segala penjuru
disekitar kawasan masjid. Keadaan yang padat menyukarkan mereka mencari isteri
masing-masing. Akhirnya setelah lama menunggu tiba juga para isteri yang ditunggu.
Bila ditanya mengapa mereka lambat. Rupanya mereka terlupa dan bingung menuju
tempat yang dijanjikan. Setelah pasti para isteri dapat mengenali jalan pulang
kehotel penginapan, mereka mengambil
keputusan, antara lelaki dan perempuan akan pergi sendiri-sendiri tetapi mesti
berkawan sekurang-kurangnya seorang kawan, jika mahu pergi atau pun pulang dari
masjid.
Setelah
tiga hari dibumi Madinah pihak Tabung Haji menganjurkan siri lawatan atau
berziarah. Selepas minum pagi para Jemaah diarahkan berkumpul dilobi hotel,
dengan menaiki bas yang disediakan. Mereka dibawa Masjid Quba'(Misjid pertama
yang dibina. Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi
ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah
dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan
Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)), kebukit Uhud dimana
peristiwa peperangan diantara kaum Muslimin dan kaum Musrykin, keladang kurma,
ke Masjid Kiblatain (Misjid yang ada dua kiblat) dan keperkuburan Baqi’. Semua
orang mengkagumi sejarah Islam silam.
Banyak sungguh tinggalan yang membuktikan kemegahan dan kecemerlangan Islam.
Selama
lapan hari diMadinah empat orang rakan sebilik Siti Khadijah, NorIza, Salamiah dan
Azizah pergi kemasjid bersama-sama. Mereka cuba memenuhi 40 waktu
bersembahyang diMasjid Nabawi. Walaupu setiap kali kemasjid NorIza dan Siti
Khadijah serta dua lagi rakan ya yang lain akan pergi bersama, tetapi tidak
waktu mereka membeli belah.
“Kak Ngah Katy nak pergi shopping lepas minum pagi ni
akak nak ikut ke?”
“Boleh juga”.
Mereka
bertiga berjalan di bawah deretan bangunan hotel terdapat kedai-kedai kecil dan
besar yang menjual pelbagai barangan dari seluruh pelusuk dunia. Dari harga
murah sehingga yang mahal, semuanya ada. Jika tidak mampu mengawal nafsu, semua
barang hendak dibeli. Tetapi hanya
sekali sahaja Noriza mengikuti Katy suami isteri pergi membeli belah ketika
diMadinah..Entahlah hati NorIza tasa tersentuh bila mendengar kata-kata bhekas
birasnya Siti Khadijah.
“Kak apa tak beli..pegang-pegang kemudian tak beli. Akak
tak cukup duit ke??. Kenapa tak minta duit kat anak-anak sebelum pergi hari tu.
Ni dah sampai sini kalau tak beli rugi saja”. Ketika itu NorIza hanya tersenyum
mendengar Khadijah bercelotih tentang dirinya. Sedangkan Khadijah sudah penuh
tanganya dengan barangan yang dibeli. Itu tidak lagi dipandang tangan Mohd Noh
yang jadi tukang bawa barang. NorIza melihat setiap kali Khadijah menghulur bag
plastic ketanganya.. Mohd Noh hanya mengelengkan kepala saja. Ketika berjalanan pulang sekali Khadijah
mempersoalkan sikap bekas birasnya yang hanya membeli sedikit sahaja barang..
“Tak guna akak ikut kami kalau tak beli macam ni. Buat penat
badan saja baik duduk kat bilik tidur ke”. Juga NorIza hanya tersenyum. Didalam
hatinya terus berSELAWAT. Tidak guna berbalas kata nanti ditakuti ada perkataan
yang akan menguris hati salah seorang dari mereka. Ketika kita dibumi yang
menjadi tapak kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad seeloknya banyakkan
berselawat keatas Nabi itulah ajaran ketika mereka mengikuti kursus haji tempuh
hari..
Sabda
Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan
turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu
petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani (Mak
teh ambil ni dari 30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD
S.A.W)
Bila melihat
isterinya hendak membuka mulutnya lagi dia ditegah oleh suaminya dengan
bersuara keras.
“Sudah lah Tijah..dah jangan nak membebel..bebel awak tu
sepatutnya awak simpan kalau kat sini. Cuba ubah sikit diri awak tu. Kita ni
kat Madinah tempat yang mulia sepatutnya tingkah kita jadi mulia juga.
Banyakkan berselawat. Kan hari ustaz cakap kalau nak syaafaat nabi kat akhirat
nanti banyakkan berselawat keatas nya. Baik mulut kita ni penat dengan
berselawat atau berzikir dari menceceh yang tidak-tidak.”
“Katy buka apa hanya nak ingtkan kak ngah saja, nanti
menyesal bila tak beli. Mana tahu anak-anak ada mengirim barang.. lagi pun tak
kan tak nak membelikan akak-anak sebagai kenganan nanti”.
“Tak apalah mungkin kak ngah nak beli kat Mekkah. Ye
kak.. akak nak beli masa kat Mekkah”.
“Haah Katy Uda. Tak apalah nanti-nanti akak beli lah. Tapi tadi akak memang tak
terniat nak beli barang-barang..akak hanya nak tenguk-tenguk sahaja dulu.
Nantilah kalau teringin, akak belilah sambil lalu balik dari masjid pun boleh
menyinggah. Dah tahu tempatnya senang saja kita menyinggahkan.” Yang
sebentulnya NorIza melihat ada riak cemburu diwajah Khadijah bila suaminya
bertanya atau berbual-bual dengan dirinya. Kerana tidak selesa dengan pandangan
sinis Khadijah, NorIza membeli sedikit sekadar untuk dijadikan buah tangan
sahaja. Didalam hatinya dia akan kesitu lagi bersama kawan-kawanya yang lain.
Setelah
NorIza naik kebilik, tinggal Mohd Noh dan isterinya dilobi hotel. Khadijah
meminta suaminya menemaninya duduk sekejap disitu penat katanya. Tetapi yang
sebenaryan dia mahu meluahkan rasa tidak puas hatinya bila ditegur tadi.
“Bang kenapa sejak dulu lagi Katy tenguk abang sayang
sangat dengan kak ngah. Abang memang ada hati dengan dia ke?”.Terkeluar dibibir
rasa cemburu Khadijah yang tersimpan selama ini.
“Allah Tijaah kenapa sikap cemburu awak bawa sampai
kesini..Dia tukan bekas kak ipar abang.
Salah ke abang sayang dia kerana dia bekas kak ipar abang. Dia jadi balu kerana
suaminya meninggal. Abang hanya kesian dia kerana dia dah lahirkan anak-anak
saudara abang. Mereka darah daging abang sama macam anak-anak abang tau.”
“Eleeh sayang kerana kakak ipar konon entah-entah kat hati abang tu ada
niat nak jadikan dia tu isteri abang tak”.
“Dah lah Tijah cakap dengan awak ni tak guna..nanti
didengar dek orang tak elok. Kita kesini
bukan nak bergaduh dan nak bawa cemburu awak tu. Kita kesini nak beribadat. Dahlaaah..Jom kita naik
berihat, tak lama lagi kita nak bersiap nak pergi masjid lagi. Lambat sikit
kang masjid penuh.” Mohd Noh bangun hendak naik kebiliknya namun tanganya
dicapai oleh isterinya yang belum berpuas hati hendak mendengar jawapan dari
suaminya.
“Bang!! betulkan abang ada hati dengan kak ngah. Cakaplah
bang betulkan abang ada niat nak jadikan kak ngah tu isteri abang?”
“Tijaah jangan berdetik kat hati awak tu macam tu. Awak
sebut sahaja dah jadi doa tau. Kat sini bumi mulia kalau terdetik sahaja kata
hati kita Allah akan kabulkan.”
“Jadi betullah abang ada niat nak kahwin dengan kak
ngah??”.
“Abang tak pernah terniat kesitu pun. Ada abang cakap.
Dahlaah jom kita naik dapat rehat sekejap jadilah. Abang nak lelap sekejap
nanti taklah mengantuk bila kita tunggu masuk waktu. Jooom”. Ajak Mohd Noh lagi bila melihatnya isterinya tetap
duduk walaupun dia sudah melangkah selangkah. Hendak menghulur tangan kedua
tangan sudah penuh dengan beg plastic. Didalam hati Mohd Noh beristifar
berulang kali meminta kesabaran dari Allah untuk menagani tingkah isterinya
yang sangat mencabar kesabaranya.
NorIza menyedari ada rasa tidak
senang dilihat pada wajah bekas birasnya, jadi dia cepat-cepat menyedarkan diri
dia akan mencari alasan bila Mohd Noh atau pun isterinya mengajaknya membeli
belah. Boleh dikatakan setiap hari Khadijah suami isteri keluar mencari
barang-barang untuk dibawa pulang. Bagi
NorIza dia juga ingin membeli belah untuk anak menantu dan cucunya sebagai
kenangan selama 8 hari dirinya di bumi Haramain itu. NorIza berusha mencari
kawan lain yang tiada membawa pasangan didalam kumpulan mereka. Mereka
menjelajahi diserata deretan kedai yang
terdapat disekeliling kawasan masjid Nabawi..
Selepas
bersarapan sekali lagi pasangan Siti Khadijah hendak keluar membeli belah. Dia
bersiap-siap sambil itu untuk tidak ketara akan sikapnya yang tidak menyenangi
birasnya Siti Khadijah bertanya..bak kata orang ajak-ajak ayam…
“Kak ngah kitaorang nak pergi shopping lagi akak nak ikut
ke?”
“Tak lah Katy akak
rasa mengantuk pula hari ni. Lagi pun akak dan janji dengan kak Salamiah dan
Zizah nak berjalan lepas dapat tidur sekejap ni.”
“Ehh kak Sal tak keluar dengan Abang Man ke?”.
“Tak katanya..” Ketika itu NorIza sudah dibawah selimut
kerana kedinginan. Pada NorIza suasanya diMadinah sejuk baginya. Sememangnya
dia mengantuk..Ialah mereka pergi kepasjid untuk solat subuh pukul 2 atau 3
tiga pagi. Jika tidak awal mereka tidak akan mendapat tempat didalam masjid.
“Kalau macam tu Katy pergi dengan Uda saja lah. Kami nak
minum dulu ni”.
“Ialah akak dah minum, nak tidur sekejap” Pulang dari
masjid tadi NorIza terus menjerang air untuk minum paginya dia minum sendirian
sementara tiga lagi rakan sebilik bersama pasangan masing-masing. NorIza
menarik selimut hingga menutupi hidungnya dan mula menutup mata.
Tidak lama
Katy pergi, kak Salamiah masuk kebilik bersama Azizah. Yang sebenarnya mereka
minum bersama pasangan masing-masing dikedai. Untuk NorIza pula dia lebih suka
minum sendirian dibilik dengan bekalan minuman ringan yang dibekalkan oleh
pihak Tabung Haji. Dia hanya membeli roti 6 biji satu rial (roti kecil yang
panjang sejengkal) dideretan kedai di bahagian bawah hotel untuk minum
paginya..Dia tidak mahu menggangu suasana orang yang mempunyai pasangan.
Kedengaran dua rakan sebilik memberi salam ketika membuka pintu dan masuk.
“Ehh Zah jadi ke kita nak keluar ni. Berselimut pula dia
ni baru sejuk sikit dah tak tahan kawan kita ni. Ni belum lagi pergi negeri
sejuk”. Terus sahaja NorIza membuka mata..
“Ehh pergilah apa pula tak jadi. Izah tunggu sampai
mimpi- mimpi dah pergi kedai ni”.
“Kalau macam tu cepatlah siap. Siap-siap ambil wudu’ ye
kita singgah masjid Nabawi. Kita pergi RAUDAH hari ni. Semalam kita tak dapat
masuk.. Esok kita dah nak pergi ziarah. Setiap hari orang makin ramai, nanti
makin susah kita nak masuk. Sambil berjalan nanti berselawat dan doa supaya
mudah kita masuk keRaudah.” Cepat sahaja NorIza terjun dari katil untuk
bersiap. Dia menuju kebilik air untuk membersihkan diri dan berwudu’. Dia
teruja mahu keRaudah.
Waktu
ziarah untuk kaum wanita ke Raudhah adalah terhad berbanding dengan kaum
lelaki. Waktu masuk ke Raudhah untuk jemaah wanita adalah pada selepas solat
Subuh, selepas solat Zohor dan selepas solat Isyak. Kemudian mereka akan di kumpulkan dilokasi
berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Mereka akan ditempatlkan di dalam kawasan berpagar 'Women without
children' di dalam kawasan solat jemaah wanita. Kebiasaannya jemaah wanita akan
diminta berkumpul mengikut negara masing-masing sebelum dilepaskan masuk ke
dalam Raudhah secara berkumpulan.
Walaupun
pihak masjid cuba mengatur kemasukan jemaah, hakikatnya terlalu ramai yang
ingin masuk dan keadaan akan menjadi terlalu berasak-asak sehinggakan amat
sukar untuk mencari ruang untuk sujud sebentar. Mereka tidak dibenarkan berdoa
terlalu lama diRaudah. Semasa menunggu giliran masuk ada pembimbing yang akan
memberi tazkirah. Jemaaah Malaysia/Indonesia dikumpulkan dalam kumpulan yang
sama dan meruapakan kumpulan terakhir masuk kerana tahap kesabaran orang kita
yang lebih tinggi.
“Semalam uztazah bawa kita selepas zohor orang dah padat
sangat itu yang yang tak dapat kita
mencelah, hari ni In Syaa Allah baru pukul 730 ni. Jomlah. Zah kak Sal.. tak
perasan Izah dah tunggu depan pintu”.
“Semuanya dah ada wudu’ ye. Nanti sampai kita solat sunat Duha kemudian barulah berdoa. Orang perempun masuk
keRaudah ada masanya. Sekarang ni masa untuk wanita cepatlah.” Nasihat Kak
Salamiah yang telah mempunyai pengalaman. Dia sudah pernah menunaikan haji lima
tahun dulu, haji kali ini merupakan hajinya yang kedua.
Perancangan spontan pagi itu, sekitar jam 7.30 pagi tiga rakan sebilik
sama-sama bergerak menuju keMasjid Nabawi. Niat dipasang didalam hati mahu sedaya upaya memasuki Raudhah. Sampai dimasjid Nabawi mereka masuk
melalui pintu masuk untuk Jemaah wanita. Mereka terus berjalan, ke satu ruang
di mana orang ramai sedang bersesak-sesak cuba memasukinya..Disatu tempat
mereka dikehendaki berhenti dan duduk menunggu. Rupanya masuk keRaudah mengikut
kumpulan. Mereka bertiga dimasukkan dalam kupulan Jemaah dari Indonesia.
Akhirnya tibalah giliran mereka pula masuk. Kelihatan orang ramai berebut-rebut
dan bersesak-sesak untuk solat dan berdoa. Memandangkan di Raudhah ini
merupakan antara lokasi yang mustajab untuk kita berdoa dan memohon sesuatu
daripada yang Maha Pencipta jadi dikesempatan yang ada semua Jemaah mengambil
peluang.
Saiz
Raudhah ini tidaklah besar. Anggaran kasar ianya lebih kurang sebesar saiz
court badminton sahaja. Jadi bayangkanlah betapa sesaknya ia dengan manusia
yang tidak henti-henti mengunjunginya. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai
sifat dan warna manusia yang mencari keredaan Allah.
Dengan azam yang bersungguh akhirnya mereka dapat menyempurnakan solat
sunat diRaudah. Selepas selesai berdoa kesejahteraan dunia dan akhirat untuk
keluarga. Seperti yang dinasihgati oleh kak Salamiah tadi mereka berdoa semasa
sujud. Kerana jika berdoa ketika duduk mereka akan cepat dihalau keluar oleh
para petugas. Setelah selesai solat dan berdoa mereka bangun dan mula kembali
bergerak. Keadaan masih terlalu sesak dengan manusia. Terasa begitu lega dan indah perasaan mereka
keluar dari kawasan Raudah.
Ketika dalam perjalanan keluar dari masjid NorIza
bertanya kepada kak Salamiah.
“Kak Sal katanya dekat Raudah terletaknya makam Nabi kita
tak boleh ke berziarah makam Nabi sekali”.
“Memang tak jauh dari Raudah tadi Makam Nabi terletak.
Tetapi Jemaah wanita tak boleh masuik kawasan tu sebab Makam Nabi dalam kawasan
solat untuk Jemaah lelaki. Tapi kalau kita nak berselawat keatas Nabi kat
mana-mana pun boleh. Sebab sudah memang Allah sediakan malaikat untuk
menyampaikan selawat kita kepada Rasulullah.. Jadi jangan segan silu untuk
berselawat banyak-banyak walau pun kita kat Malaysia.”
“Habis ada setengah orang bila ada orang nak keMekkah
pesan minta sampaikan salam mereka tu pada Nabi Muhammad. Macam mana tu. Zi ni
pun ramai kawan-kawan kirim salam pada Nabi Muhammad.”
“Entahlah akak dulu pernah dengar salam untuk Rasulullah
ni selawat dialah. Jadi katanya tak payahlah kita kirim salam. Baca sahaja
selawat nabi itulah salam untuk nabi Muhammad kita, para malaikat yang
ditugaskan akan menyampaikan kepadanya.” Ketika diluar masjid Salamiah
menunjukkan kedudukan makam nabi.
“Haa tu nampak tak kubah yang berwarna hijau tu ..Makam Rasulullah SAW
ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau tak
jauh dari kawasan Raudhah”. Pulang dari berziarah keRaudah mereka menyinggah untuk
membeli belah pula. NorIza membeli ala kadar sahaja. Baginya jubbah-jubah
wanita disitu tidak jauh bezanya yang boleh didapati di Nilai 3. Noriza hanya
membeli jugah untuk menantu dan anak lelakinya sahaja. Kerana jubbah untuk
lelaki agak sukar didapati diMalaysia. Kak Salamiah juga tidak membeli banyak
barang bila ditanya oleh Azizah
“ Kak Sal tak beli, akak nak pergi beli dengan abang Man
ke?”.
“Akak nak beli masa kat Mekah nanti. Kat sana ada juga”.
“Kat Mekkah lagi murah ke kak”.
“Tak lah murah lebih kurang sama saja. Tapi yang sebetulnya
jubbah-jubah Arab ni dah banyak jual kat Malaysia aka rasa lebih murah
harganya. Cuba tenguk lebelnya tu Jubah buatan dari Cina dan Indiakan. Itulah
yang malas akak nak beli. Anak akak dah
pandai beli sendiri”. NorIza hanya mendengar hatinya mengiakan kata-kata kak
Salamiah. Sememangnya jubbah-jubah itu banyak kedapatan diNilai 3, dia
melihatnya ketika keNilai 3 membeli bunga pahar untuk dihadiahkan kepada Sarah
dihari sandingnya dulu.
Wahhh..dah ada cite baru..
ReplyDeleteMekasih mak teh...
Cuma nak betulkan sikit yg part si tijah pakai barang kemas anak saudaranya tu sbb nak ngelakkan bayar zakat...
Sebenarnya salah pemikiran si tijah tu..
Dah biasa saya dgr org ckp pakai sbb x mau baya zakat..
Sebenarnya zakat dikira pada berat emas tu...
Katakan lah walaupn barang kemas di pakai di badan tp melebihi berat untuk dikenakan zakat..
Si pemakai mmg kena membayar zakat...
Alahai Mak Tijah ni dibawaknya sikap tak semengah kat Mekah pulak. Kesian Puan Noriza terpaksa menahan sabar. Bagus puan Noriza. Alahai mak teh.. rasa macam Pak Uda pun boleh jatuh kasih pada bekas kakak ipar dia kalau begini perangai cemburu Mak Cik Tijah tu. Tabik spring kat mak teh. Sayang mak teh.
ReplyDeletePasal zakat tu trimaksih krna membritahu. Pasal skap kta itu kdng2 bla diMakkah atau diMadinah memeng trkluar bila disana. Jdi hti2 sblum prgi tu buatlah solat taubat dn brdoa bnyak2 minta dijuhkan perkara buruk dan perbuatan keji.
ReplyDelete