Terasa seperti orang bodoh pula Haji Mohd Noh
bila dia menerangkan mengapa dia nikah dengan NorIza dan pentingnya pernikahan
itu, namun tidak dapat difahami oleh anaknya. Nampaknya kata-katanya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Langsung tidak singgah kehati untuk difikirkan. Terkeluh Haji Mohd Noh didalam
hati. Kesal dengan sikap anaknya yang tua.
Adakah dia mewaliki anak-anaknya yang lain. Tetapi mungkin ‘ia’ sebab
anak lelaki yang tercongok didapan mata langsung tidak berbunyi.
“Habis
nak buat macam mana? sekarang mak ngah dah jadi isteri ayah, dia sudah menjadi
tanggung jawab ayah. Tak kan Emil dan adik-adik Emil nak suruh mak ngah duduk
rumah mak ngah dan ayah duduk rumah ni. Kalau naik kereta pula ayah naik
kereta, mak ngah naik teksi..jadi kat mana tanggung jawab ayah pada seorang
isteri?”.
“Kalau
macam tu, sekarang ayah dah sampai ke Malaysia dah selesai tanggug jawab ayah
nak jadi mahram dia, jadi ayah ceraikanlah dia”.
“Astarfirullahhalazim. ..Emil
mudah nya Emil mempermainkan lafaz Ijab Qabul. Ijab Qabul bukan perkara
main-main. Perkara yang berkaitan dengan ugama, perkara yang berkaitan tanggung
jawab jangan ambil mudah, nanti kita
yang berdosa. Dosa jangan dicari dan jangan ditambah.”
“Kalau
ayah hanya nak jadikan mak ngah Mahram ayah masa kat Mekkah, apa pula salahnya.
Kat sini tak payahlah nak bertanggungjawab pada dia lagi. Anak-anak lelaki dia kan
ramai yang nak jaga dia. Lagi pun selama ni dia boleh hidup sorang”. Kalau orang dah terlebih pandai memang susah.
Lagi satu kalau hati dah gelap dek kekotoran dosa-dosa kecil memang susah mahu
melihat kebaikan. Macam mana nak bersihkan hati..berzikir dengan lafaz ‘Lailahaillallah’ banyak-banyak kali
agar bersih hati kita dari bisikkan syaitan.
“Tahu
tak betapa dayusnya ayah ni kalau ayah ikut cakap Emil. Tak mengapa.. ayah
lebil rela menerima apa sahaja yang Emil
nak kata pada ayah, dan ayah pun tak kisah. Emil nak kata ayah gatal, ayah
miang atau ayah kuat nafsu pun tak apa. Tapi untuk meleraikan satu ikatan yang
ayah dah pegang itu bukan sifat ayah. Sekali ayah sanggup bertanggung jawap,
sampai mati ayah akan pegang. Lagi pun ayah ni ayah kamu Mel, perjalanan hidup
ayah bukan kamu semua yang tentukan, dan ayah hidup pun bukan atas nafkah yang anak-anak
beri, ayah ada hak ayah. Hanya satu kenyataanya. Ayah ni kalau ayah gatal atau
kuat nafsu ayah tak nikah dengan mak ngah kamu yang sama umur dengan ayah.”
Mohd Noh terus sahaja mengeluar kenyataan bila mendengar kata-kata anaknya yang tua.
“Kalau
macam tu, ayah kena cari rumah lain dan kereta lain. Kami memang tak rela kalau
dia menumpang harta yang ada nama mama kami”. Sememangnya hati Emil Atilia
sudah tidak dapat melihat siapa yang dihadapanya dengan siapa dia berlawan
kata.. Emil oh Emil…
“Kalau
macam tu baik lah, untuk tidak menyakitan hati anak-anak ayah. Biar sahaja ayah
yang keluar dari rumah ni. Biar lah ayah
menumpang hidup dengan anak orang”. Sayu sahaja suara Haji Mohd Noh yang
kedengaran. Hatinya jadi sedeh bukan kerana mengenangkan dia terpaksa keluar dari
rumahnya, hatinya jadi sedeh dan terkilan melihat tingkah anak-anaknya yang
tidak menghormati dirinya sebagai seorang ayah. Keadaan jadi sunyi bila Mohd
Noh mengeluar apa yang ada didalam
hatinya. Dalam keadaan sunyi kedengaran telefon bimbint berdering didalam poket
jubahnya. Rupanya Hajjah NorIza yang menghubunginya. Dia menjawab dihadapan
anak-anaknya.
“Entah
lah… nanti Uda tanya anak-anak yang tengah duduk depan Uda ni. Ada semuanya ada,
hanya Sofia saja yang tak ada. Ialah ..ialah. ok assalamulaikum..”
“Belum
apa-apa lagi dah tunjuk baik. Gatal baru berpisah sekejap dah telefon.. ambil
beratlah konon.” Komen Emil dengan suara perlahan namun masih didengari oleh
semua orang yang ada diruang tamu. Namun tidak dihiraukan oleh Mohd Noh. Tetapi
hamper putus hatinya terguris luka mendengar kata-kata anak sulongnya, namun
sakitnya tidak terasa lagi, mungkin sudah kebas kerana hati yang terlalu sakit
dengan tingkah anaknya Emil. Mereka yang mendengar jawapan dari ayahnya, tahu mak
ngah merangkap isteri baru ayahnya yang menghubungi. Keadaan menjadi sunyi berlangsung
beberapa saat walaupun telefon bimbit Haji Mohd Noh sudah dimasukkan semula
kedalam poket jubahnya. Semuanya menelinga perbualan antara mak ngahnya dan
ayah mereka. Tiba-tiba Mohd Noh mengeluarkan kenyataan.
“Dari
ayah sampai tadi, tak ada yang siapa
yang hidangkan ayah dengan segelas air
pun. Apa yang kita nak makan tengahhari
ni. Rasanya dah lebih dari tengah hari ni. Azan Zohor dari tadi lagi dah
selesai melaung..mengajak kita solat.”
Tadi..walaupun azan Zohor
berkumandang, tetapi semuanya tidak menghiraukan mungkin kerana keterujaan hati
masing-masing, untuk melihat apa yang akan mereka dapat dari Mekkah. Ialah
waktu itu sudah pukul 230 petang. Baik Emil mahupun Farah masing-masing
mengadap dirinya. Tidak seorang pun yang kedapur untuk menyiapkan makanan.
“Eh
ia tak ia pulak, kami belum masak lagi Yah, Ayah kan nampak kami semua tunggu
ayah kat Airport tadi”. Jawap Farahani
yang tersedar dari lekanya.
“Emm..tak
apalah ayah pun masih kenyang lagi makan kat dalam pesawat tadi. Emil!
baju-baju ayah yang dalam almari tu boleh ke ayah pakai”. Sindir Mohd Noh pada anak nya yang tua.
“Ehh
kenapa pula ayah tak boleh pakai? Itukan baju ayah”.
“Ayah
nak terus terang dengan Emil..semua baju-baju tu ayah beli masa arwah mama kamu
masih hidup. Itupun harta sepencarian jugakan.” Emil hanya membatu dia tahu
ayahnya menyindir dirinya.
Didalam hati Mohd Noh sebenarnya sangat
terkilan dengan tingkah anak-anaknya yang mementingkan harta dari kasih sayang.
Dia nekad hendak kerumah NorIza. Dia bangun menuju kebiliknya untuk mengemasi
kain bajunya. Didalam bilik dia menghubungi NorIza meminta supaya salah seorang dari anaknya
mengambilnya dirumah.
Setelah siap melipat apa yang patut untuk
dibawa kerumah NorIza dia keluar semula keruang tamu untuk mengambil beg
hajinya yang telah kosong. Isinya tadi sudah diagih-agihkan. Ketika dia keluar
dari bilik dia melihat anak dan menantu nya sedang membelek barang pemberianya
tadi. Diluar rumah sudah kedengarn injin kereta dimatikan. Kereta TOYOTA
ESTIMA ARE putih menjalar dihadapan
rumahnya kemudian kedengaran pintu kereta ditutup seretan langkah kaki
menghampiri pintu rumahnya. Oh Muaz yang mengambilnya..
“Ayah
rasa ayah terpaksa menumpang dirumah orang. Untuk duduk dirumah ni ayah akan
menjadi suami yang dayus. Tahu tak erti suami Dayus..suami yang tidak
menjalankan tanggung jawab dan sebagai pelindung kepada isterinya.”
“Yah
bukan Emil tak kasi ayah duduk rumah ni. Kalau ayah nak duduk rumah ni ayah
kena ceraikan mak nagh. Emil kesian arwah mama penat lelah dia bekerja, tapi
bila dia dah tak ada..senang-senang orang lain yang duduk menikmati hasil dari
duit kerja mama. Ayah tak terfikir macam tu ke. Emil sebagai anak hanya nak
tolong mama ”. Perbualan itu sempat didengari oleh Muaz walaupun dia belum
sampai lagi ke muka pintu. Dia berhenti untuk menelinga. Kedengaran suara Mohd
Noh menyambung kata-kata anaknya..
“Terserah
lah Mel..Emil kan pandai. Tapi ayah tak akan mengikut kata anak yang tidak tahu
menghormati ayah. Sedangkan selama ini kasih sayang ayah melimpah pada semua
anak-anak ayah. Ayah tak akan mengikut kata anak yang tak tahu atau buat-buat
tak tahu hukum Allah dan INGAT ayah tak akan sama sekali melerai Ijab Qabul
yang ayah dah ucapkan. Ayah lebih mementingkan perjanjian ayah dengan Allah dari mengikuti kata seorang anak yang
biadap pada ayahnya sendiri. Ijab Qabul
adalah ucap janji kita pada Allah, amanah seorang lelaki untuk menjaga seorang
perempuan dengan baik.” Haji Mohad Noh
mengambil beg hajinya yang telah kosong, kemudian dia berjalan perlahan
mahu masuk semula kebiliknya. Dia Nampak keletihan. Mungkin letih kerana
perjalan jauh ditambah dengan keadaan yang yang menyambut kepulanganya.
Diruang
tamu Hazry Fadhil bertanya perlahan kepada sikakak di hadapanya.
“Mel betul ke cara kau ni”. Yang sebenarnya dia sedeh melihat
keadaan ayahnya, bila kakaknya terus-terusan mempertikaikan tindakkan ayahnya.
“Apa
pula tak betulnya, Emil pertahan kan hak mama.Tentu mama tak suka kalau duit
gajinya dan susah payah dia selama ni, ayah kongsi dengan bini baru dia. Harta
yang mama kumpul tentu untuk anak-anak dia, bukannya perempuan yang tak ada
sangkut paut dengan mama”. Mohd Noh
terjengul dimuka pintu bilik dengan beg haji yang sememangnya agak besar.
Haji Mohd Noh berhenti diambang pintu
biliknya. Dia memandag kearah anak-anak yang masih tidak berganjak diruang tamu
dan masih membelek pemberiannya dari Mekkahnya tadi.
“Emil!
Emil tak nak tenguk dalam beg ayah ni, mana tahu ayah ada ambil barang-barang
arwah mama Emil”.
“Ayah
ni, jangan angggap Emil berkira dengan ayah. Emil cakap yang betul..Emil tak
suka perempuan lain menggunakan dan bersenang lenang dengan apa yang telah mama
usha kan. Emil bukan tak kasi ayah duduk rumah ni, tapi hanya ayah seoranglah. Kalau
ayah nak duduk dengan perempuan lain ayah mesti cari rumah lain, jangan guna
harta yang ayah cari bersama arwah mama. Itu maksud Emil.”
“Tak
apalah Mel, ayah faham apa maksud Emil. Biarlah ayah menumpang kat rumah
orang..”.Ketika itu Muaz muncul dimuka pintu sambil memberi salam. Terus sahaja
dia meneruskan kata-katanya…
“Ayah!
Ayah tak menumpang rumah orang. Kalau diaorang tak suka ayah duduk rumah ni. Ayah boleh duduk rumah saya, bukan tumpang
rumah saya. Saya ni bukan ‘orang’ pada ayah, saya ni menantu ayah
merangkap anak tiri ayah dan merangkap
anak sedara ayah. Jangan susah hati yah, kalau sudah anak sendiri tak mahu
menerima kasih sayang ayah mungkin kerana diaorang sudah dilimpahi dengan kasih
sayang. Kami dengan tangan terbuka sudi..sudi sangat menerima kasih sayang ayah
dan kami memang mengharapkan sangat.” Haji
Mohd Noh tercegat dimuka pintu biliknya dengan mata yang berkaca, dia jadi terharu
mendengar kata-kata Muaz. Dengan pantas Emil bangun sambil tangan kirinya bercekak
pinggang dan tangan kananya menunjuk-nunjuk kelantai..gaya emak tiri yang
memarahi anak.
“Hei
Muaz kami tak cakap kami tak mahu ayah kami. Kami hanya tak mahu harta yang mak
aku ushakan dinikmati kesenanganya oleh orang lain. Kau faham tak apa yang aku
maksudkan. Kau tahu bahasa Malaysia ke tak?.”Tinggi suara Emil memarahi Muaz
yang dimuka pintu.
“Aku
faham, memang faham apa yang kau cakap,
aku kan Melayu bukan Siam dan aku sangat faham maksud yang tersirat dari
kata-kata kau tu. Sekarang ni aku nak bagi sikit ceramah..Jadi harap kau juga
akan faham apa yang aku akan sampaikan sebab kau pun Melayukan ..kiranya macam
tazkirahlah.. (Ketika itu Muaz berlagak tenang dengan senyuman lagi. Sememangnya
Muaz kaya dengan senyuman). Sementara tu kalau ayah nak kemas kain baju ayah
kemaslah saya nak cerita sikit ni..” Haji Mohd Noh mengikuti kata-kata Muaz dia
mahu memasukka baju-bajunya kedalam beg haji untuk dibawa kerumah NorIza.
“Muaz!!kau
jangan nak berlagak pandai kat rumah oranglah Muaz”. Cebek Emil dengan gaya
bencinya memandang sepupunya.
“Sabar
Mel, jangan ikutkan hati kau yang tengah marah tu,nanti kau kena tekanan darah
tinggi. Aku bukanya apa aku nak cerita
sikit pasal orang dah mati supaya kau tahu. Kau tahu tak..orang yang dah mati
dengan kita yang masih hidup ni.. LAIN. Mama kau dah tak sama macam kau
sekarang ni. Kalau boleh mama kau tu bangun dan boleh bercakap tentu dia bangun
cepat-cepat..suruh kau mencari mana-mana hartanya supaya digunakan. Dia akan
suruh kau sedekahkan harta dia terutama pada anak-anak yatim dan balu-balu
sebab orang-orang yang macam ni sangat disayangi oleh Allah. Kalau dia buat
macam yang aku cakap ni, dia akan mendapat gajaran pahala yang sangat besar. Keadaanya pun senang dialamnya. Pahala ni akan
mengurangkan sedikit beban dosa dia, kalau dia berdosalah. Kalau dia tak
berdosa bersih seperti kain putih sebab dia pun baru selesai dari melakukan
ibadah, dia kan ditempatkan ditempat-temapat yang istimewa. Kamu semua pasti
sudah tahu kan..yang emak aku tu balu.Balu ni ertinya isteri yang kematian
suami. Janda ertinya isteri yang
bercerai dengan suaminya kau faham tu..
…Mel!
Segalanya yang terjadi semuanya urusan
Allah, Allah Maha tahu kemampuan seseorang. Kita tidak tahu apa akan jadi
setahun selepas ayah kau jadi duda ehh balu, ayah kau balu juga tau, bukan
perempuan sahaja digelar balu kalau dia kematian suami. Lelaki juga akan
digelar balu kalau dia kematian isteri. Kamu semua suka ke BAPAK kau yang dah
ada gelaran HAJI pergi keSiam mencari hiburan, cari awek Siam. Kau fikirkanlah
apa maksud ‘Allah tu tahu tahap kemampuan
setiap hambanya’. Walaupun bila kita lihat sebelum ini perkara itu tidak
mungkin tapi tak mustahil. Lagi cubalah kamu bantu ayah kamu ni mendapat pahala
dengan melindungi seorang balu. Bukan kah sangat besar ganjaran pahala yang
Allah janjikan jika seorang lelaki mengambil balu menjadi isterinya, dia dapat
mengelakkan seorang balu dari melakukan perkara yang keji.
......Jangan asyik nak mengingatkan harta yang tak seberapa, tamak nak mengingatkan harta yang tak boleh pun dibawa masuk kubur. Kalau pun kau bawa masuk kubur harta tu tak bermakna apa pun untuk kau. Kau terfikir tak kenapa orang cina bakar duit dia untuk simati. Muaz menyoal tetapi dia yang menjawab…
......Jangan asyik nak mengingatkan harta yang tak seberapa, tamak nak mengingatkan harta yang tak boleh pun dibawa masuk kubur. Kalau pun kau bawa masuk kubur harta tu tak bermakna apa pun untuk kau. Kau terfikir tak kenapa orang cina bakar duit dia untuk simati. Muaz menyoal tetapi dia yang menjawab…
Sebab
duit yang ditanam dengan orang yang dah mati tak bermakna apa pun. Duit tu perlu
dihabiskan atau dilenyapkan pada pandangan mata. Tapi cara mereka melenyapkan tu yang
salah. Kita orang Islam melenyapkan duit atau harta untuk orang yang dah mati
dengan menggunakan kejalan yang diredai Allah seperti membantu fakir miskin, anak-anak yatim atau menghulur pada orang-orang yang berjuang menegakkan ugama Islam. Bersedekah pada yang perlu kita bagi
sedekah. Kalau kita melakukan perkara-perkara tersebut kan Allah dah janji akan bagi kita pahala. Itulah kebaikkan yang para simati dapat jika hartanya digunakkan dijalan yang baik.
….Lagi
pun mama kau mesti mengasihi BAPAK kau.
Untuk dia, dia tidak dapat lagi memenuhi keperluan fitran suami yang
masih hidup. Kasih isteri pada suaminya biasanya tak ada sempadan, kalau dia
tahu suami yang dia sayang dan yang dia cinta ada orang yang akan menjaga
segala keperluan dia selepas dia meninggal, tentu dia kan rasa gembira. Lagi pun
ayah kau kahwin hanya untuk memenuhi fitrahnya sahaja. Fitrah hendakkan teman,
hendak kan kawan.Bukan nak berseronok memuaskan nafsu jantannya.
…Kalau
dia nikah kerana hendak memuaskan nafsunya tentu dia kahwin dengan orang yang
masih muda, ini dia kahwin dengan emak aku yang kau pun tahu emak aku dah tua,
sebaya dengan babak engkau. Tahap umur macam mak aku tu dah tak cantik dan tak menarik untuk menikkan
nafsu..Makalumlah orang dah menepous. Emak kau tentu dia gembira.Gembira dia
kau tahu kenapa? Gembira sebab
kalau suaminya kahwin dengan anak dara
atau orang yang masih muda In Syaa Allah tahun depan kau dapat adik kecik.
Kalau kau dapat adik kecik kemungkinan besar ayah kau akan sibuk nak melayan
isteri muda lagi nak jaga baby lagi. Kau fikir sempat Bapak kau nak sedekahkan Fatihah lepas solat fardu
pada mama kau. Kalau dah sibuk dengan seronok agak-agak ingat tak dia pada
isterinya yang dah tak ada didepan mata yang dah meninggal. Kau suka ke macam
tu.…”.Semua yang ada diruang tamu termagu mendengar tazkirah dari Muaz.. walaupun
bahasanya agak kasar namun banyak kebenarannya.
Tiba-tiba kedengaran berkerut bunyi pintu
bilik dibuka. Haji Mohd Noh keluar menjinjing beg besar sampai senget badannya.
Anak-anaknya hanya memandang kosong kearahnya. Hangat hati Muaz melihat gelagat
sepupu sepupunya yang didepan mata. Tinggi suaranya menyeru nama sepupu
lelakinya yang termagu melihat ayahnya keluar dari bilik…
“Fadzil!!Kamu
tu anak jantan ke anak betina..kamu nampak tak BAPAK kau tu terhegeh-hegeh pikul beg. Dari kau tak
pandai apa-apa dia bagi kau makan ..sampai kau besar sampai kau kerja dan
sampai kau kahwin dan ada anak, kau tak pernah teringat ke jasa dia pada kau. Tak
ada rasa ke nak membantu..kau tak ada rasa kesian kat dia ke. Aku nak ingatkan
BAPAK kau tu baru turun dari kapal terbang pagi tadi baru sampai, perjalan dia
bukan 15 ke 16 minit tapi 15 ke 16 jam, kau tak terfikir ke kekuatan tenaga dia,
atau kamu rabun nampak BAPAK kamu tu muda lagi…” Berang Muaz keluar suara
tingginya memarahi Fadzil adik sepupunya.Terkejut beruk Hazry Fardzil bila dijerkah
sebegitu oleh abang sepupunya Muaz..
Yang
sebetulnya Muaz masih berdiri dihadapan pintu masuk, tiada siapa yang
menjemputnya masuk, jadi dia tidak boleh masuk bila tuan rumah tidak
menjemputnya. Dia hanya berdiri dimuka pintu..Waahh bahasa Muaz menyebabkan
semua yang ada terkedu namun Fadzil pantas bangun meluru membantu ayahnya
menjinjing beg bajunya. Dia malu
sebenarnya bila ditegur begitu..
“Kalau
kamu semua tak mahu BAPAK kamu ni, kami
seribu kali sudi menerima dia. Yah jom yah..Ayah dah makan ke?”.Kedengaran
suara Muaz bertanya perlahan sambil memimpin tangan ayah saudaranya berjalan
menuju kekeretanya.
Beg baju Haji Mohd Noh sudah dimasukkan kedalam keretanya oleh
Fahzil. Setelah memasukkan beg baju ayahnya dia memandang kearah Abang sepupu
dan ayahnya yang berjalan perlahan. Ya memanang ayahnya kelihatan keletihan,
ini dapat dilihat hanya Muaz yang bertanya itu dan ini. Tetapi suara Muaz
kedengaran lembut sekali, tiada bahasa kasar, seperti tadi bila di memberi
ceramah diruang tamu tadi. Berbeza
benar suaranya, mengapakah dia begitu,
ketara benar pertukaran suaranya berpusing hingga ke 180 darjah..
Mendengar pintu kereta Muaz ditutup, tahulah
mereka yang diruang tamu Muaz dan ayah mereka sudah hendak beredar dari rumah
mereka. Farah yang duduk di sudut ruang tamu betanya..
“Kak
Emil!! siapa Muaz tu?”
“Takkan
Farah tak kenal dia..Anak mak ngah yang tua..laki siSeha”.
“Memanglah
Farah tahu dia tu anak mak ngah yang tua
suami Seha..tapi dia tu kerja apa?… ustaz ke? Cakap pandai..”
“Alahhh
cakap macam tu akak pun pandai..lagi kalau terkena pada emak dia tentulah dia
sokong apa yang emak dia buat. Apa lah Farah ni itu pun tak tahu nak fikir”.
“Dia
kerja apa kak?..pakai TOYOTA ESTIMA AREA
lagi tu.”
“Farah
ni cepat sangat nak kagum bila orang pakai kereta besar. Sekarang ni orang tak
heran dengan kereta besar, pinjam bank bila-bila masa boleh. Dia tu makanik
kereta aje. Dia pakai Estima tu hutang berkepok, itulah dia nak ambil
kesempatan kok mana tahu, dapat bahagian siSeha dari harta arwah mama sikit kot. Itu sebabnya dia suka
kalau ayah kahwin dengan emak dia, boleh dia minta emak dia pujuk ayah nanti. Kita
harus bersatu mempertahankan hak mama. Hak mama hanya untuk anak-anak kandung mama
sahaja. Farah tak nampak ke raya hari tu mama bagi gelang dan rantainya pada
Seha entah apa yang Seha jampi sampai mama ikut telunjuk dia..entah-entah mak
mertua dia yang ajar segala jampi serapah nak tundukkan mama.”.
“Apalah
Emil ni, cuba jangan buruk sangka kat orang, apa harta yang mama ada. Setakat
kereta. Dan buat rumah ni, yang Gery tahu betulkan rumah ni guna simpanan ayah.
Lagi pun tak kan Seha nak tuntut harta mama. Diakan tahu dia hanya anak angkat
sahaja.”.Fadzil menyampuk bila mendengar kakaknya asyik mahu berburuk sangka emak
saudaranya yang sudah menjadi emak tirinya kini. Pada pandangan matanya mak
ngah sekeluarga bukan lah orang yang buruk perangai. Entahlah dia hairan dengan
adik-beradik perempuanya suka memandang serong pada mak ngahnya sejak dari dulu
lagi.
Dia juga tahu sejarah pembuatan semula rumah
tempat mereka tinggal sekarang. Dia pernah mendengar ayah dan arwah mamanya bertengang
urat, kerana mamanya mahu ayahnya mengubah suai rumah pusaka atuk dan neneknya.
Pada ketika itu mamanya tidak mahu mengeluarkan duit simpananya…
“bang
buatlah dua lagi bilik tidur. Satu kita buatkan untuk Emil, nanti senanglah dia
balik, suami isteri tidur dalam bilik dia. Ni tidak kena Gary yang tidur
diruang tamu kalau Emil balik. Kesian dia, lagi pun kalau dia dah kahwin nanti
senang juga diorang dah ada sorang satu bilik. Yang bilik satu lagi tu kita
buat bilik tetamu, kemaslah sikit rumah kita ni”.
“Tijah!kalau
awak nak abang besarkan rumah ni, kita guna sama-sama duit simpanan kita, ni
hanya duit simpanan abang yang tak banyak mana yang awak nak guna. Duit tu abang
bercadang nak masukkan dalam Tabung Haji. Kalau tak mendaftar dari sekarang entah
tahun berapa kita boleh pergi Mekkah naik Haji”.
“Apa
pulak duit simpanan Katy yang abang nak guna. Duit Katy tu Katy nak bawa pergi
melancong bila kita pencen nanti. Nak tunggu duit abang bawa Katy pergi
melancong entah bila…lagi pun mana tahu Katy mati dulu, abang seronok enjoy
dengan bini baru dengan simpanan abang tu..sedangkan duit tu disimpan masa
dengan Katy ni. Sementara Katy hidup Katy nak merasa duit simpanan abang tu.
Kita tambah bilik untuk kesenangan anak-anak.” Sebenarnya Haji Mohd Noh seorang
yang lembut dia tidak suka pertengkaran, walaupun tidak setuju namun diturutkan
juga permintaan isterinya.
“Gary
janagn ambil mudah, kalau dah terantuk nanti baru nak tergadah tak guna.. mana
tahu Seha akan menuntut ASB atau KWSP mama. Bila dia merasakan dia ada
hak..sebab diakan anak angkat merangkap anak saudara mama”. Itulah yang
difikirkan oleh Emil kerana hatinya yang tamak.
(Anak angkat yang sebenarnya tidak tersenarai sebagai waris yang berhak
mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak
angkat tiada hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan
kepada bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah
dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.Tetapi
seorang anak angkat boleh mewarisi harta keluarga angkatnya melalui Hukum Wasiat. Dengan berwasiat, anak angkat akan mewarisi
paling maksimum 1/3 daripada harta pusaka ibu bapa angkat mereka, manakala baki
2/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris simati secara faraid.)
Bahagian ni tak termasuk dalam cerita, hanya mak teh terbaca dan masukkan untuk pengetahuan
sahaja.
Pada Emil dia tahu adik lelakinya
tidak kisah apa yang dimiliki oleh mama mereka. Dia seorang jurutera disebuah syarikat besar
diPulau Pinang, tentu gajinya lebih tinggi dari gajinya, manakala isterinya
Farahani bekerja disyarikat yang sama sebagai akauntan. Kesenagan hidup mereka
nampak nyata bila dia sudah memiliki sebuah rumah Semi-D, sebuah 4WD HUYUNDAY
TUCSON dan kereta keduanya sebuah MYVI
untuk isterinya. Memang soal duit mereka tidak ada masaalah.
Kesian sungguh pada Hj Mohd Noh. Apalah bangang sgt perangai si emil tu. Shukur Alhamdulillah, perangai anak2 Hjh Noriza kontra benar dengan perangai anak2nya. Insyaallah Hj Mohd Noh boleh hidup dengan tenang di rumah Hjh Noriza yang penuh dengan kasih sayang tu.. Mereka mesti dapat menganyam bahagia bersama meniti usia. Dayus pula rasanya perangai suami emil membiarkan isteri biadap begitu tanpa menegur sikap isterinya. Jahil betul.
ReplyDeleteSedihkan kalau ada anak macam emil ni. Suami emil pulak lembek sangat. Tak tau malu dah kena sound dgn Muaz.
ReplyDeletekesian haji md noh..
ReplyDeletemesti dari muda dok menanggung derita dapat bini dan anak2 perempuan berperangai hazabedah sangat...
derang ni bole senyap bila dah terantuk pada diri sendiri..
baru nak mencarik bapak...
bagusle hj md noh dok dgn keluarga hjh norizah...tenang fikiran dan hati. kita ni bila dh berusia bukan kisah lagi hal harta benda yg bukan bolih bawa mati. yang kita cari ialah ketenangan.
ReplyDeleteanak-anak hj md noh tu memang tak tau diuntung. ingat dia roh mak dia bolih tenang dgn perangai dia. bukan ingat nk bersedekah tp merebut pulak utk mereka sendiri. air seteguk pun tak disediakan untuk bapaya. sungguh kurang ajarrrr.
-dibah-
Aduih... emil tu memang biadap. Dia tak tahu sebelum mama dia meninggal mama dia dah wasiatkan hjh noriza tolong jagakan hj mohd noh. Mungkin katypun tahu perangai tamak dan tak semengah anak-anak dia. Dia orang ingat hjh noriza hadap sangat harta mama dia orang tuh... Harta tak bawa masuk kubur pun. Kuasa Allah siapa tahu... kerana harta tu emil akan sedar diri akhirnya dan melutut mohon ampun dengan ayah dia. Siapa tahu kan? Sabar je lah... Mak teh pandai betul menarik perasaan kita orang. Tak jemu baca.
ReplyDelete