Berulang-ulang NorIza membacakan Syahadah
ditepi telinga bekas birasnya. Kelihatan bibir
Siti Khadijah bergerak-gerak namun suaranya tidak kedengaran, mungkin
dia mengikuti apa yang diajar ditepi telinganya. Mohd Noh tiba bersama bantuan.
Dua orang petugas membantu mengangkat Siti Khadijah kedalam Ambulan untuk membawa Siti Khadijah kehospital Malaysia yang
sememangnya ada dibumi Mekkah. Tujuan utama Hospital itu diadakan adalah untuk
para Jemaah haji Malayisia mendapat rawatan. Mohd Noh turut sama mengiringi
isterinya ke Hospital.
“Kak!!akak
baliklah dengan Abang Man dan kak Salamiah ni. Biar saya sahaja yang uruskan
Tijah.Esok pagi kalau Tijah dah ok, kita pergi solat subuh sama-sama”.
Kebetulan pula sedang Mohd Noh kalut mencari petugas Tabung Haji di berjumpa
dengan rakan sebiliknya Abdul Rahman suami isteri dia menceritakan keadaan
isteinya dia atas bukit Marwa jadi
mereka berjalan kesana.
“Ialah”.Pendek
sahaja jawapan NorIza, sebenarnya dia terkejut dengan dengan apa yang terjadi
pada bekas birasnya.
Setelah
Khadijah dibawa oleh Ambulan,NorIza pula pulang ke hotel bersama Abdul Rahman
suami isteri.Mereka sampai kebilik semula pada pukul 1 pagi. Setelah
membasahkan badan untuk mencari kesegaran, mereka merebahkan badan untuk
berehat lebih kurang 2 atau 3 jam. Kemudian mereka akan kemasjidil Haram semula
untuk menunaikan solat subuh pula.
Dihospital Malaysia pula, keadaan Siti
Khadijah bertambah teruk. Para doctor membantu dengan segala kemampuanya.
Tetapi takdir Allah siapa yang mampu menghalang.Tidak disangka Siti Khadijah
yang tidak mempunyai masaalah kesihatan yang teruk akan menghembuskan nafasnya
yang terakhir lima minit sebelum azan subuh berkumandang pagi itu. Termagun
Mohd Noh menerima perkabaran dari doktor yang bertugas, bila doktor mengatakan
Siti Khadijah isterinya telah meninggal dunia.Punca kematianya adalah sakit
jantung.Puas dia memikirkan… selama mereka berkahwin rasanya Siti Khadijah tidak
pernah disahkan ada sakit jantung, lemah jantung atau apa-apapun berkenaan jntung. Hanya setelah umurnya meningkat
pertengahan empat puluhan dia disahkan tekanan darahnya agak tinggi. Seminggu mereka berulang alik
keklinik berhampiran untuk memantau tekanan darahnya akhirnya dia dikehendaki
memakan ubat untuk mengawal tekanan darahnya.Tetapi tidak lah serius.
Seseorang yang berpotensi diserang jantung koroner diantaranya
yang mempunyai hipertensi (tekanan darah tinggi), Diabetes (kencing manis),
Kolesterol tinggi, Obesitas, Perokok dan Genetik. Serangan ini terjadi kerana
ada penyumbatan pembuluh darah pada jantung yang mengakibatkan aliran darah di
dalam jantung tidak lancar. Seseorang
yang mengalami serangan jantung koroner hanya
merasakan serangan itu tiba-tiba
muncul. Tanda-tanda yang dirasakan biasanya sesak dan sakit di dada.
Setelah disahkan kematianya, pihak
Tabung Haji menguruskan semua hal ehwal jenazah Siti Khadijah. Jenazahnya akan
disembahyangkan diMasjidil Haram hanya itu yang diberitahu oleh petugas Tabung
Haji kepada Mohd Noh. Selepas solat subuh jenazah dikebumikan ditanah perkuburan
yang telah disediakan.
Sekembalinya
dari kawasan perkuburan Mohd Noh kebilik arwah isterinya untuk menemui bekas kakak Iparnya…
“Kak!
Tijah dah tak ada kak”. Bergetar suara
Mohd Noh bila dia menyampaikan perkabaran. Kini sedikit demi sedikit kebenaran
menerpa hatinya. Dia sedeh sekarang orang yang sentiasa disisinya sudah meninggalkan
dirinya. Ketika itu mereka berbual hanya dihadapan pintu bilik NorIza dan
ditemani dengan tiga orang lagi rakan sebilik mereka. Semua rakan sebilik Siti Khadijah
mahu tahu perkembangan kesihatannya.
“ Betul ke
Katy dah meninggal???”.
“Dia
meninggal tadi sebelum subuh”.Terang Mohd Noh sambil menundukkan muka
menyembunyikan air mata yang mahu gugur.
“dia
meninggal kenapa???” Riuh rakan sebilik Siti Khadijah bertanya.
“doctor kata di kena serangan jantung”.
“Memang
dia ada sakit jantung ke??. Boleh tak kalau kami nak pergi menziarah
jenazahnya. Ada kenderaan tak kalau kami nak pergi. Nanti..nanti saya nak ajak
suami saya sekalilah.”.
“Jenazahnya
dah dikebumikan tadi selepas subuh”.
“Ohh
agaknya yang kita sembahyag jenazah pagi tadilah agaknya”. Tiga orang teman
sebilik NorIza kemasjid bersama suami masing-masing. Walaupun masa itu mereka
ada mempelawa NorIza pergi bersama tetapi bagi NorIza dia tidak selesa untuk pergi
bersama mereka, mungkin kerana dia tidak biasa.
Peluang
untuk melakukan solat jenazah diMasjidil Haram sangat banyak. Boleh dikatakan
setiap selesai solat fardhu ada sahaja pengumunan untuk para Jemaah sama
melakukan solat jenazah. DiMalayisia pada kebiasaanya hanya orang lekaki sahaja
yang melakukan solat jenazah tetapi yang sebetulnya perempuan juga boleh
menjadi makmum soat jenazah. Apa yang patut kita laku jika kita mendengar ada
kematian…
1. Seharusnya kita cuba untuk menghadirkan
diri ketika mendengar berita kematian, untuk menyembahyangkan jenazah dan
mendoakan keampunan untuknya sebagai pertolongan terakhir daripada saudara yang
masih hidup.
2. Sekiranya berkesempatan, mengiringinya
ke perkuburan untuk pengebumian mayat tersebut dengan berdoa semoga mayat
ditetapkan pendirian oleh Allah dalam menghadapi soalan Munkar dan Nakir.
3. Ganjaran pahala yang dijanjikan Allah
kepada mereka yang menyempurnakan tanggungjawab ini amat besar, iaitu sebesar
dua qirat menyamai dua buah bukit Uhud.
Persediaan
solat jenazah:
• Mayat mestilah diletakkan melintang ke
arah kiblat.
• Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri
imam dan imam berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
• Mayat perempuan kepalanya sebelah
kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
• Bagi solat ghaib, imam dan makmum
mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan
saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan
mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi
makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan imam yang di hadapan.
Cara
solat jenazah:
1.
Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
Sahyaja
aku solat keatas mayat lelaki atau perempuan empat takbir fardhu kifayah
kersana Allah taala.
2.
Mengangkat takbir pertama (اَللهُاَكْبَرُ) berserta
dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3.
Mengangkat takbir kedua (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian
membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.
4.
Mengangkat takbir ketiga (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian
membaca doa seperti berikut. (Tetapi biasanya biar imam sahaja yang baca kita
mengaminkan sahaja.)
5.
Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَللهُاَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Norizah termagu menerima perkhabaran yang
baru didengarinya. Kini dia memikirkan
tentang dirinya, bagai manakah dia mahu pergi dan pulang keMasjidil Haram jika
Siti Kahdijah sudah tidak ada lagi. Dia tidak boleh lagi pergi bersama bekas
adik iparnya Mohd Noh dengan ketiadaan isterinya. Yang sebenarnya dia merasa
janggal jika mereka hanya berdua sahaja. Melihat NorIzah termangu-mangu dengan
kabar yang diberitahu..Mohd Noh cuba mententeramkan hatinya..
“Kak
dahlah jangan fikir pasal Tijah lagi, dia dah selamat kat sana. Kita yang
tinggal ni perlu meneruskan ibadat kita. Sementara kita kat sini rebutlah
pelung solat di Masjidil Haram sebanayk mungkin. Zohor nanti kita pergi masjid
sama-sama ye”.
“Encik
Noh!. Rasanya awak tak boleh nak pergi berdua dengan NorIza kalau tak ada
isteri awak tu. Yang sebetulnya mahram awak adalah isteri awak tu Arwah Siti
Khadijah dan Noriza hanya menumpang mahram arwah Siti Khadijah. Jadi kalau Katy
tak ada awak tak boleh lagi pergi dengan NorIza kerana dia buakan mahram
awak”.Terang puan Salamiah yang merupakan seorang Utazah yang sudah pun
berpencen. Dia dahulu mengajar disekolah menengah. Mendengar apa yang dituturkan
oleh Salamiah Mohd dan NorIza jadi termangu…
“Ohh”.hanya
itu yang keluar dari bibir Mohd Noh. Dia
yang sebenarnya terlupa pada hakikat hubungan mereka.
“Tak
apa lah nanti saya tanya suami saya. Buat sementara waktu ni biarlah Iza pergi
masjid dengan kami dulu. Tapi ingat Iza kat sini nak kemana-mana perlukan orang
lelaki untuk jaga kita.” Mohd Noh dan NorIzah memandang Puan Salamiah mereka
tidak tahu apa yang mahu diperkatakan dengan situasi mereka sekarang ini.
Sepulangnya
dari solat Zohor, selesai makan tengahari yang disediakn oleh pihak pengurusan.
Mereka berbincang disatu sudut…
“Izah
mehlah kita duduk sekali.Kita bincang hal kamu dan Noh”.Setelah mereka
duduk.Selaku orang yang lebih mengetahui Encik Abdul Rahman membuka persolan
yang mahu mereka bincangkan.Rupanya Encik Abdul Rahman merupakan bekas guru
ugama seperti isterinya dan pada waktu itu merupakan imam dikampungnya.
“Noh,
Izah kita kesini ni bukan saja-saja atau pun melancung. Kita kesini dengan niat
hendak menunaikan rukun iman kita yang lima. Kita hendah beribadat.. Perkara ni memang wajib kita tunaikan setelah
kita berkemampuan. Perkara wajib ni biarlah kita tunaikan dengan ikhlas dan
suci dari segala dosa. Sekarang ni walau kat mana sekali pun, kalau kita keluar
dengan yang bukan mahram kita.. kita akan berdosa. Apa tah lagi diTanah Haram ni.
Sekarang ni kamu berdua sememangnya bukan mahram. Jadi yang seeloknya nikahlah
supaya hubungan kita jadi halal. Jadi boleh lah kita kemana sahaja tampa
was-was murka Allah.”
Mendengar
cadangan Abdul Rahman supaya mereka bernikah terus sahaja NorIza memintas.
“Tapi
abang Man awah isteri adik ipar saya ni baru sahaja meninggal.Rasanya terlalu
janggal.Saya rasa saya boleh pergi masjid dengan kawan-kawan saya”. Sebenarnya
NorIza rasa keberatan untuk bernikah dengan bekas adik iparnya, disamping itu
dia juga tidak mahu menyusahkan Mohd Noh kerana dirinya. Dia tidak mahu Mohd
rasa terpaksa menikahinya kerana mahu dirinya bermahram.
“Izah..Bagi
orang lelaki boleh sahaja terus nikah walaupun isterinya baru sahaja meninggal
sebab dia tiada masa IDDAH.Kalau perempun itu memang tak boleh sebab dia ada
waktu Iddah yaitu tiga kali suci.”
“Abang
Man sebenarnya Mohd Noh ni adalah adiklah adik ipar saya.”
“Izah biar abang cerita ye..ipar ni adalah
mahram sementara, kalau kita sudah berpisah hidup atau pun meninggal, ipar kita
sudah tidak menjadi mahram kita lagi. Dan kita boleh nikah dengan dia. Itu sebabnya
tidak boleh seorang lelaki itu menikahi dua orang adik beradik sekali gus.
Kalau dian nak juga nikah dia akan menceraikan isterinya untuk menikahi adik
atau kakak bekas isterinya. Kan ada peribahasa kiat ‘berganti tikar’. Ini bukan untuk perempuan sahaja untuk lelaki pun
sama. Apa yang diperkatakan oleh Haji Abdul Rahman dicerana..Dulu ketika arwah
suaminya masih hidup mereka hanya mahram sementara. Tetapi sejak suaminya
meninggal dunia dirinya dan Mohd Noh bukan bertaraf mahram lagi..Erti bukan
mahram mereka halal nikah. Sedang NorIza memikir keadaan dirinya Haji abdul
Rahman bersuara…
“Iza
kita ni bukan nak pergi masjid sahaja. Sementara ada waktu, sementara orang tak
ramai lagi, seeloknya kita pergilah buatlah umrah banyak kali. Bukan senang
kita nak kesini lagi. Kita kena tunggu giliran, kita kena kumpulkan duit. Jadi
sementara kita ada peluang ni buatlah umrah, buatkan umrah orang-orang yang
kita sayang yang dah meninggal dunia.. Pergi umrah ni yang selesa sebelum
subuh. Jadi kita kena pergi pukul 1 atau 2 pagi. Kita pergi pun bukan jalan
kaki, kita pergi kena sewa teksi untuk keluar dari Tanah Haram ke tanah halal.
Jadi kalau pergi mesti ada orang lelaki dalam teksi tu. Cuba Iza bayang kan
elok ke kita tumpang mahram orang yang kita tak kenal pada pukul 2 atau 3 pagi.
Ialah pada Iza ok, tapi kita tak tahu
orang yang kita tumpang tu selesa tak dengan kita. Dulu Mohd Noh dengan Siti
Khadijah lain, sebab Iza memang dah kenal mereka dan memang dah sedia maklum
Iza tumpang dia dari Malaysia lagi. Itu soal nak buat Umrah.
…Satu
lagi masa kita nak pergi Mina nanti. Selepas kita WUKUF, kita akan ke
Musdalifah. Kita dikehendaki mabit diMusdalifah sampai tengah malam, lepas tu
kita akan keMina. Ketika itu bukan pehak Tabung Haji lagi yang menguruskan
kita. Jadi keenderaanya terhad. Pada saya masa nilah yang paling kritkal ketika
kita melakukan Haji. Kalau kita lambat kita akan sampai diMina subuh dah pergi,
sedang kita datang sini nak beribadat apa yang kita dapat jika kita tertinggal
solat subuh sedang subuh tidak boleh dijamak dengan mana-mana solat. Jadi masa
ni kita kena berebut sikit, kena berani. …Masa haji saya lima tahun dulu saya
dan isteri saya duduk ditangga bas yang terakhir, tapi itulah kita kena berani,
keadaan masa tu memaksa kita berani.Yang sebenarnya saya dah pergi haji dua
kali yang saya ceritakan ni pengalaman haji saya yang pertama… lima tahun
sudah.
…Kemudian
masa kita nak pergi melontar, kita tak tahu lagi kita duduk kat mana masa
diMina nanti. Kita tak tahu berapa jauh kita nak ke Jamrah tempat kita nak
melontar tu. Kita pergi dan balik jalan kaki tau..tak ada keenderaan awam. Masa
kat sini, seorang wanita tu memang sangat perlukan mahram untuk melindungi kita
Iza. Iza faham tak apa yang saya nak sampaikan.
“Faham
Abang Man. Saya sebenarnya tak mahu Uda rasa serba salah dan rasa terpaksa.Saya
dah tua rasanya tak berbaloi Uda berkorban hanya kerana nak memberi saya
mahram.”
“Nur! Uda
dah tak pernah ingat nak seronok, bila
pandang rambut kita dah banyak putih dari hitam. Bukankah rambut putih tu
mengingatkan kita pada kubur.. Yang Uda
selalu mohon pada Allah semoga Allah kurniakan
Uda teman untuk beribadat, itulah impian Uda. Tak pernah pula tersasul mulut
Uda ni minta yang muda untuk menemani hidup setelah rambut ni jadi putih Nor.
Uda takut kalau dapat yang muda nanti
dia tak boleh ikut gaya hidup orang tua macam kita. Umur extra yang Allah bagi
ni Uda nak berusha mencari redha dia Nor.”. Timbul rasa hairan dihati NorIza
bila dua tiga kali Mohd Noh menukar panggilan dirinya menjadi NOR pula.
“Uda..Uda
tak takut ke anak-anak marah. Bila belum sempat beberapa hari mama mereka meninggal
ayahnya dah menikah lain…”
“Nor! Uda
lebih rela menerima marah anak-anak dari menerima murka Allah. Kita ke sini nak
beribadat. Tak kira apa cara sekali pun Uda nak mengapainya dengan
keredaanNya”. Bila melihat NorIza seperti susah mahu memberi keputusan Abdul Rahman memberi pandaganya.
“Izah
suka ke..kalau Izah datang kesini hanya dapat menunaikan sekali Umrah untuk
diri sendiri sahaja. Sedangkan jika berkorban sedikit sahaja.. Kita akan dapat
mengUMRAHkan orang-orang yang kita sayang yang telah meninggal dunia. Itu satu,
yang kedua suka ke Izah melepaskan peluang solat berjemaah di Masjidil Haram
dengan janji pahala berganda-ganda, kerana terpaksa solat dibilik sendirian
walaupun masih juga dapat pahala lebih dari solat kat Malaysia tapi diMasjidil
Haram, Allah menjanjikan yang lebih 100,000 kali banyak dari dimasjid atau
tempat lain. Sebab apa Izah tak dapat.. sebab Izah tak ada mahram, kalau pergi
sendirian Izah akan berdosa. Perkara mudah Zah jangan jadikan susah. Berkorban
kerana mahukan keredaan Allah. Izah beribadatlah dalam keredaaNya semoga apa
yang kita cari lebih bermakna dan mudah dilaksanakan dengan Rahmat dan Kasih
Sayangnya.”
“Uda!Uda
tak mahu berbincang dulu ke dengan akak-anak, minta pendapat mereka”.Belum
sempat Mohd Noh memikirkan jawapan untuk soalan NorIza AbdulRahman menjawabkan
lagi bagi pihaknya.
“Untuk
masa sekarang ni kita kena cepat..kalau kita terleka atau bertangguh kita akan
susah atau pun kita akan terlepas. Keadaan kita sekarang ni makin hari orang
yang sampai makin ramai. Dari Malaysia sahaja dua tiga penerbangan yang akan
sampai, dari Negara lain kita tak tahu. Bulan haji hanya sekali dalam setahun
Zah, itulah sebabnya orang berebut-rebut, takut kita tak jumpa bulah haji ditahun
hadapan kerana umur kita Allah yang pegang. Masa yang ada hanya tinggal
seminggu sahaja lagi untuk kita menunaikan Umrah. Niatnya Umrah kena diniatkan
di tanah halal. Seminggu sebelum tarikh waktu WUKUF kerajaan Arab Saudi tidak
akan membenarkan sesiapa pun keluar dari
diTanah Haram. Begitu juga sebaliknya sesiapa pun dari tanah halal tidak
dibenarkan memasuki Tanah Haram. Lepas tu selama seminggu kita menanti kan
waktu untuk berwukuf kita hanya dapat
berulang alik keMasjid sahaja. Kalau solat Subuh kita kena cepat sebab bila
orang dah ramai tempat dalam masjid jadi terhad. Pada pandangan abang baik percepatkan pernikahan Noh dan Izah”.
“Rasanya
baru sangat arwahnya pergi”.NorIza bersuara perlahan namun masih didengari
suaranya oleh sesiapa yang ada disitu.
“Yang
pergi biarlah dia pergi, lagi pun dia pergi ditempat yang sangat suci. Tentu
dia tenang disana. Dia pergi dalam keadaan bersih, lepas selesai ibadah Umrah
dia. Kita yang hidup ni yang masih mencari keredahanNya. Jadi rebutlah selama
mana kita kat sini, bukan selalu kita dapat kesini. Ini pun rezeki Allah kerana
Kasihnya kita terpilih menjadi tetamuNya. Kalau Allah tak bagi kita, walau dah
berpuluh tahun mendaftar dengan Tabung Haji nama tetap tak naik juga”. Nasihat
Haji Abdul Rahman kepada sesiapa yang ada disitu, supaya menginsafi dan
menghargai rezeki yang Allah beri.(Dapat pergi keMekkah. Rebutlah solat
diMasjidil Haram jangan solat kat bilik hotel sahaja).
Jika
kita meninggal dunia di Mekah,
masya-Allah, ribuan yang bersolat untuknya di Masjidil Haram. Bahkan ramai pula
yang rebut-rebut untuk mengangkat jenazah yang dibawa masuk ke Masjidil Haram. Bagi jemaah haji yang meninggal dunia di
Mekah, mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala atau Al Syarayek.
Begitu juga Mohd Noh hanya sekejap sahaja dia dapat memegang pengusung jenazah
isterinya ketika itu, dia sudah ditangan orang lain, lain dan lain. Hingga
sudahnya dia hanya dapat memandang dari jauh sahaja jenazah isterinya dibawa
pergi.
Sabda
Rasullah swa yang bermaksud :"Tiada seorang Muslim yang meninggal dunia
lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan
Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa'at
mereka untuknya (yakni bagi jenazah).
Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad.
“Kalau
macam tu saya kena bincang dulu dengan NorIza sekejap”.Ujar Mohd Noh mencari
kata setuju NorIza.
“Bincanglah,
carilah kata sepakat. Semoga segalanya dalam lorongan Allah”.
Setelah
menyisih jauh sedikit dari rakan-rakan.Mereka berbincang.
“Macam
mana Nor sudi ke awak nikah dengan saya”.Terus sahaja Mohd Noh ke pokok yang
mesti ditentukan. Rakan-rakan mereka sedang menanti keputusan mereka berdua.(Wahh
Mohd Noh menggunakan bahasa buku pula bila dia melamar NorIza)
“Akak
tak tahu, akak tak dapat nak fikir… tapi yang paling saya risaukan penerimaan
anak-anak. Kita mesti berbincang dulu dengan akak-anak. Setuju ke mereka dengan
rancangan ni”.
“Nak
tunggu keputusan anak-anak memakan masa, sedang masa kita kat sini makin lama
makin singkat. Lagi pun Nor kita ni emak dan ayah, persetujuan anak-anak tak
perlu. Tapi kalau nak bagi tahu tu tak apa..Masa tak menunggu kita, malah cepat
sungguh dia berlalu. Betul kata abang Man manusia makin hari makin ramai. Lagi
pun seminggu sebelum hari WUKUF kita sudah tidak dibenarkan keluar dari tanah
Haram ni. Masa tu kita dah tak boleh nak buat Umrah.”.
“apa
pendapat Uda?”
“Kalau
saya, saya setuju”.Begitu yakin Mohd
menyatakan persetujuanya. Serasa dia memangnya sudah bersedia untuk
menerima NorIza dalam hidupnya. Melihat NorIza masih termangu-magu bila
mendengar jawapanya, Mohd Noh menyambung lagi, supaya Noriza tahu tujuan mereka
disatukan. Dihalalkan perhubungan.
“Kenapa
saya setuju sangat kalau kita nikah.
Kita nikah bukan kerana nafsu..tapi mencari keredaanNya. Nor suka ke kalau
balik dari sini dengan dosa yang berkepuk. Kita tak dapat apa yang kita
kerjakan, penat nya mungkin lagi penat. Ialah orang kalau berdosa semua yang
kita buat tidak dapat pertolongan dari Allah. Sedang kita kesini hendak
membersihkan diri supaya balik nanti
umpama bayi yang baru dilahirkan.. bersih dari segala dosa. Kita hendak mencari
HAJI MABRUR Nor.”. NorIza menarik nafas dalam-dalam, dibenaknya mengiakan
kata-kata bekas adik iparnya.
“Kalau
dah itu yang Uda katakan, saya mengikut saja, tapi sebelum tu bagi tahulah pada
anak-anak tentang tujuan kita ni, saya takut disalah angap oleh anak-anak
nanti. Saya tak mahu nanti kita memiliki tapi dalam pada tu kita akan kehilagan
pula”.
“Ialah
kita bagitahu. Saya bagi tahu anak-anak saya dan Nor bagitahu anak-anak Nor”.
Setelah kata sepakat dipersetujui, mereka
kepejabat Tabunbg Haji menemui pegawai yang bertugas. Rupanya pihak Tabung Haji
juga sedang mencari Mohd Noh dengan tujuan yang sama, untuk menyelesaikan
masaalah mereka. Dengan perancangan akhirnya mereka akan dinikahkan selepas
Asar di hadapan Baitullah.
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Bertemu jodoh pula puan Noriza di Mekah ya.. macam mana lah penerimaan anak2 Pak Uda dan adik beradik syukri ya. Rasanya anak2 puan noriza lebih mudah kut kerana mereka dididik penuh kasih sayang dan mendengar kata. Anak2 Pak Uda pulak? Alahai tak sabar pulak nak tahu seterusnya. Terbaiklah mak teh. Cinta di ufuk senja. hehehe.
ReplyDeleteBetul tu. Anak&menantu Noriza rasanya takde masalah sebab dah terdidik dgn baik. Kita tunggu reaksi anak2 Mohd Noh.
ReplyDeleteBest la citer travelog haji ni. Buat keinginan berkobar2 nak kesana. Semoga mdpt undangan & dipermudahkan.
Disini sering juga prmpuan ikut solat jenazah. Bukan ape, solat ni mudah cuma tak biasa. Bila ada yg mengajak(perempuan juga) baru tak rasa segan.
alhamdulillah byknya dpt ilmu mengerjakn haji.
ReplyDeletekeredhaan allah yg di cari anak anak patut faham ...rasanya anak menantu noriza x de masaallah.
kiranya ini kisah hidup mak syukri pulak ya sufi.
akak sukaaa.
-dibah-