Dihati NorIza bergema ucapan Alhamdulillah
kerana dikurniakan suami yang boleh membimbing dirinya beribadat kepadaNya. Rasa
sedar dirinya banyak solat sunat yang dia tidak tahu. Selama ini dia hanya
melakukan solat sunat biasa sahaja. Seperti solat sunat taubat dan solat hajat
dan solat sunat istiharah sahaja. Rupanya banyak lagi solat-solat sunat yang
boleh dilakukan.
“Nor pernah tak buat
solat sunat Tasbih”.
“Tak pernah..pernah
juga baca dalam buku panduan solat-solat sunat tapi tak pernah buat. Rasanya
macam tak yakin boleh buat kalau tak ada orang yang ajar caranya”.
“Hmm solat ni susah sikit nak buat, kena
betul-betul tabah kerana solat ni agak lama. Tapi yang sebenarnya solat ni
sangat dituntut bagi setiap Islam sekurang-kurang sekali seumur hidup.”.
“Ohh ye ke saya tak
tahu pula..boleh tak Uda tolong ajarkan.”
Solat sunat Tasbih ini
telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat
tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap
hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur
hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. Di atas segala
dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil
ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat
rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala
jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2
rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini
mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan
tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah
keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300
kali.
CaraCaranya;
1. Niat Solat Sunat
Tasbih:a) Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana
Allah Ta’ala.)
.
b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
2.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
1.
Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2.
Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3.
Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4.
Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.
Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah,
dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada
daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat,
bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa
yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir
setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat
ialah:
- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
- Rukuk - 10 kali tasbih
- Iktidal - 10 kali tasbih
- Sujud pertama - 10 kali tasbih
- Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
- Sujud kedua - 10 kali tasbih
- Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
6. Jumlah tasbih
dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat
seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
7. Sekiranya terlupa
membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
8. Harus diingat pada
rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud,
dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
Doanya.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik
daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan
amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari
golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman
kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang
yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada
kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah
pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke
dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan
kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat
sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu
mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat
serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal
kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.In "al quran
Waktu untuk Wukuf dipadang Arafah
hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Seperti yang telah diberi tahu kerajaan
Arab Saudi melarang orang-orang yang ada di dalam kawasan Al Haram keluar dari
kawasanya. Mereka juga melarang orang yang diluar dari AlHaram masuki AlHaram. Para
jemaah hanya melakukan solat dan tawaf sunat di Masjidil Haram. Begitu jugalah
pasangan Mohd Noh dan NorIza. Oleh kerana kedudukan hotel penginapan mereka
agak jauh,mereka hanya akan pergi dan balik jika waktu Zohor sahaja kerana
waktu zohor dan waktu Asar agak panjang. Waktu Asarnya pula mereka akan
kemasjid lalu beriktikaf hingga ke waktu Isyak.
Waktu yang panjang dia
beriktikaf diMasjidil Haram dipergunakan dengan bersungguh oleh NorIza. Selepas
solat Magrib tampa berbicara sepatah pun diterus melakukan solat sunat Awwabin
yang diajar oleh suaminya tempuh hari. Dia juga tidak pernah culas melakukan
solat sunat taubat setiap hari (Kata Salmiah solat sunat taubat bagus dilakukan
terutama diMekkah supaya kita sentiasa bersih dari dosa. Jika kita bersih dari
dosa mudah bagi kita melakukan segala urusan). Diwaktu dinihari pula dia akan
melakukan solat sunat tasbih.
(Solat
sunat Awwabin yang sebetulnya solat untuk menguatkan Iman. Mak teh ada tuliskan
caranya dalam cerita Siapa aku dihati mu bab 8)
“Nor
masa Wukuf nanti banyakkan berzikir dan berdoa, kemudian buatlah solat sunat
taubat. Nor nak tahu..Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah.Hari itu,
Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk
mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan
perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . .
. Allah mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga, Ia bertanya
kepada para malaikat, apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf
itu ?”
Pada
hari itu, Allah suka jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa
mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :
Sabda
Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan
tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin
Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).
Panjang lebar Mohd Noh
bercerita tentang Hari Wukuf di padang Arafah atau Hari Arafah untuk pengetahuan
isterinya. Sepanjang perjalan pulang
dari masjid sambil berjalan perlahan mereka berbual. Rupanya perjalan mereka
pergi dan pulang dari masjid memberinya peluang mengenali dan menyesuaikan diri
dengan pasangannya. Memberi ruang hatinya melahirkan rasa kasih dan sayang. Maklumlah mereka bukan pasangan muda yang
jiwanya sentiasa bergelora. Tetapi mereka juga memerlukan pasangan untuk teman
berbual dan berbincang.
Bagi NorIza dalam masa dua
minggu mereka dibumi Makkah menimbulkan satu kebiasaan ada teman berbual
disisinya. Dihatinya juga sudah timbul rasa ambil berat dan ingin berbakti
untuk sang suami. Setiap pagi mereka akan minum bersama airnya, tentu sahaja
dia yang membancuhnya. Walaupun tidak ditempat yang eksklusif dan tempat mewah
namun rasa bahagia sudah muncul dengan suasana mereka. Biasanya mereka akan
minum bersama disudut bangunan yang mempunyai sedikit runag untuk mereka duduk.
Duduknya pula hanya diatas kertas atau
pun kotak. Atau jika mahukan suasana
yang lebih nyaman sambil ditiup angin mereka akan keatas bumbung hotel tempat
mereka menyidai baju.
Kini Hari Wukuf sudah
mendatangi mereka. Semua jemaah haji
akan dibawa kepadang Arafah menggunakan bas yang telah disediakan. Hanya
sedikit pakaian dan keperluan untuk bermalam beberapa malam yang dibawa. Itu
adalah arahan dari pihak petugas yang bertugas. Mereka hanya dibenarkan membawa
beg jinjing yang dibekalkan oleh Tabung Haji ketika mereka mahu bertolak
dahulu. Mereka juga diingatkan membawa tikar atau pun plastic sebagai alas
duduk disana nanti.
Rupanya dipadang Arafah mereka
hanya tinggal didalam kemah yang berlantaikan pasir. Hanya terdapat sehelai
kain atau pun plastic yang mengalas agar badan tidak diselaputi oleh pasir
halus. Mereka bermalam semalam,
sementara menantikan waktu wukuf keesokkan harinya. Waktu wukuf bermula dari
sebelum waktu zuhur pada 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah .
Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua
(Yang pertama adalah niat) tetapi yang utama dari rukun-rukun haji. Jika kita tidak WUKUF DIPADANG ARAFAH ertinya kita tidak dapat amalan haji untuk
tahun itu.. Itu berdasarkan kepada sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a
katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan :
"Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal
sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah"
(Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU
WUKUF
Apabila
tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram, maka berangkatlah untuk berwukuf di
Padang Arafah.Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih
kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa
yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9
Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi
tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut
kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur
9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa
yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam
kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w
berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada
hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu).
AMALAN-AMALAN
SEMASA BERWUKUF
1.Sembahyang
fardu secara berjemaah
2.Banyakkan
sembahyang sunat
3.Bertalbiah
4.Berdoa
5.Membaca
Al-Qur'an
6.Berzikir
.
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar,
yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana, sebelum melangkah ke Surga atau
Neraka. Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus
tahun saling mencari di muka bumi.
Selepas Isyak hari ke10 Zulhijjah
mereka diangkut lagi dengan bas menuju keMusdalifah pula.Ini merupakan salah
satu dari wajib haji. Mabit diMusdalifah bererti berhenti walau sesaat selepas tengah malam sampai sebelum
terbit fajar. Biasanya disini para
Jemaah akan mengutip batu kerikil. Ia digunakan untuk melontar Jamrah di Mina
kelak.(Aqbah, Ula dan Wusta.Setiap Jamrah dilontar dengan tujuh biji batu
kerikil. Lontar satu-satu jangan lontar tujuh biji sekali). Makruh jika
mengunakan batu yang telah digunakan untuk melontar Jamrah.
Semasa dibumi Musdalifah mereka duduk disatu
kawasan tanah lapang berbumbungkan langit.Tiada kemah disitu. Sambil membentang
tikar masing-masing, Mohd Noh dan NorIza duduk berkumpul bersama Haji Abdul
Rahman dan isterinya Hajah Salamiah.
“Noh
letakkan beg-beg kamu kat situ lepas tu jom kita kumpulkan batu. Jangan besar-
besar sangat batunya ye, sebesar ibu jari pun cukuplah.”.
“Kita
nak kumpul berapa banyak abang Man?”
“Kumpul
cukup-cukup untuk kita melontar jadilah. Kalau kita kutip batu yang kat sana,
takut terkutip batu yang dah diguna. Nanti makruh pula amalan kita. Mula-mula
esok kita hanya melontang Jamratu Aqabah sahaja 7 biji. Hari pertama, kedua dan
tiga, kita melontar tiap Jamrah 7 biji. Ada ditiga 3 jamrah yang perlu kita
lontar Ula, Wasta dan Aqabah jadi 7 x 3
=21 biji sehari… kalau tiga hari + lagi
7 biji masa kita melontar Jamrah Aqabah sahaja masa 10 Zuljijjah…jumlah
semuanya 71 biji. Kalau nak senang, setiap kali kita melontar bawa batu
cukup-cukup dalam uncang. Jadi taklah kita terkira-kira atau was-was berapa
biji yang dah kita lontar.” Cerita Haji Abdul Rahman dengan pengalamanya.
.
Menjelang
tengah malam kelihatan para jemaah lain mula bungun dan berkemas (melipat tikar
yang digunakan untuk duduk). Termasuklah Haji Abdul Rahman dan
isterinya.Selesai berkemas mereka mula membuat barisan dan beratur hingga ke
bahagian penghadang besi yang dibina hingga ke muka jalan raya laluan
kenderaan.
“Noh
kemaslah kita kena tunggu bas pula, tu tenguk tu orang dah mula beratur, kalau
dapat barisan paling belakang takut kita terlepas subuh. Nak solat kat sini
rasa tak selesa pula. Ingat Noh jaga Iza betul-betul, pada abang masa ni masa
yang paling mencabar. Jaga isteri kamu
jangan sampai kena rempuh”.
“Ialah
bang. Nor duduk depan Uda ni”. Mohd Noh menarik tangan isterinya, dan
meletakkan dia dihadapanya. Mereka sudah berbaris bersama jemaah yang lain.
Menanti kedatangan bas yang akan mengangkut mereka keMina.
“Kalau
ada peluang naik, terus saja terus naik. Jangan tunggu bas kosong.. memang tak dapat
bas kosong waktu ni.” Pesan Encik Abdul
Rahman lagi sebelum dia menghampiri isterinya untuk melindungi isterinya pula
dari tolakkan jemaah lain.
Sudah berbelas bas yang mengangkut para
jemaah berlalu pergi, namun belum lagi sampai pada giliran mereka. Akhirnya
pada pukul tiga pagi mereka dapat menaiki bas. Mohd Noh dan Noriza hanya dapat
duduk ditangga bas paling akhir sedangkan Encik Abdul Rahman dan isterinya pula
duduk betul-betul dipintu bas sebelah atas.
“Noh
kalau boleh naik naik saja.Takut terlepas subuh pula kita nanti”.Laung Encik
Abdul Rahman yang sudah ada didalam bas mengingatkan. Mohd Noh akur dia
menolakan isterinya naik kemudian dia pula. Peristiwa Encik Abdul Rahman
berulang kepada diri nya pula. (mungkin sekarang system pengkutan antara
Musdalifah ke Mina sudah canggih dengar dari perkahbaran …Pihak kerajaan Arab
Saudi mahu membina LRT disana (Sistem aliran ringan)antara Mina dan
Musdalifah..)
(Solat
adalah amalan yang pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat
nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima
seperti puasa, zakat, haji, sedekah, bacaan al-Quran, berzikir, berbuat
kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad di jalan Allah SWT akan diterima
dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan di
hisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam neraka, nauzubillah. Hanya untuk
peringatan diri mak teh sahaja supaya jangan ditinggalkan solat.)
“Noh,
Iza naik saja. Tak lama kita dalam bas ni. Nak tunggu bas satu lagi nanti tak
dapat naik, kita terlepas subuh pula.” Kenyataan itu diulangi oleh Haji Abdul
Rahman bila bas mula berjalan.( siapa yang tahu akan kepentingan solat tentu
dia akan seperti Haji Abdul Rahman mementingkan solatnya dari perkara lain).
Bila melihat kedudukan Mohd Noh dan Noriza, dia takut Mohd Noh akan turun
semula untuk menanti bas yang lain. Kedudukan Mohd Noh dan NorIza tetap
ditangga yang akhir.Walaupun kaki Mohd Noh berpijak ditangga terakhir namun
badanya diluar bas dia seperti bergayut pula. Kerana bas sememangnya sudah
penuh dan mereka sudah tidak dapat berganjak lagi. Melihat suaminya dalam
kedudukan bahaya, Noriza bersuara.
“De!!
masuklah sikit… Uda bahaya, takut bas belok nanti… pegang besi palang tu
kuat-kuat”. NorIza risau kedudukan
suaminya, kerana badanya diluar bas, ditakuti jika bas membelok dia akan
terhumban keluar pula. Mendengar kata-kata NorIza jemaah yang ditangga kedua
cuba mengecilkan diri lalu naik sedikit menyebabkan ada ruang untuk Noriza naik
setangga lagi, kemudian Mohd Noh pula. Kini NorIza sudah di penghadang besi
dipintu bas mudah untuk Mohd Noh meletakkan NorIza dalam kepungan
tanganya..Disebelah atas mereka pula seorang jemaah lelaki tadi.
“Ok
..Uda ok ni, Nor sandar kat Uda pun tak
apa.” Mohd Noh menyakinkan isterinya yang kerisauan tentang keselamatan
dirinya. Mereka tiba diMina dengan selamat pada pukul emapt pagi. Walaupun
kedudukan Musdalifah dan Mina tidak jauh, namun dalam keadaan keenderaan yang
banyak jalan menjadi jem seperti diMalaysia juga.
Sesampai diMina mereka mencari kemah yang
sudah disediakan untuk mereka. Keadaan sama seperti diPadang Arafah, mereka
akan tinggal selama tiga hari didalam khemah.Tetapi kemah diMina kemah tetap
dan kemahnya lebih cantik dan selesa sedikit. Lantai kemah juga dari hamparan
karpet tebal.Setiap khemah disediakan pendingin udara, menyebabkan suasa
didalam khemah sangat sejuk. Mungkin
kerana ketiadaan awan untuk menyelimuti bumi menjadikan susana dingin mendakap
penduduk Mina ketika itu. Pagi itu NorIza tidak dapat melelepkan mata kerana
kesejukkan.
Bila sudah ramai kemudahan asas yang
disediakan diMina memang tidak mencukupi. Kemudahan tandas yang terhad
menyebabkan kesesakkan bila kita mahu mengunakan tandas, para jemaah terpaksa berbaris panjang. Itu
sebabnya diMina para jemaah tidak digalakkan mandi dengan lama. Usai solat
subuh, namanya dipanggil ditepi kemah. Rupanya Mohd Noh mencarinya.
“Nor
dah dapat makanan untuk sarapan pagi.”
“Sudah..baru
dapat, Uda dan dapat.”
“Sudah
juga..jom kita makan kat sana”. Mohd Noh menunjukkan dua buah kerusi plastic
ditepi khemah. Sambil makan mereka bercerita.
“Uda
dah buat air ke?”.
“Belum
ni yang datang nak minta Nor buatkan air. Nor tunggu kat kerusi tu Uda ambil
air panas. Mana cawan Nor”.
“Buat
pakai kole Uda tu cukuplah. Saya nak minum sikit saja”.
“Ehh
kenapa? Kita kena minum air banyak”.
“Minum
banyak nanti nak selalu ke tandas. Malas rasanya nak berbaris lama.”
Mohd Noh mengambil air panas yang disediakan
didapur. Disitu terdapat bekalan minuman ringan. Ambil sahaja perasa apa yang
dikehendaki. Mereka makan sambil
berbual. Sejak mereka sah menjadi suami isteri mereka akan makan bersama. Rutin
dua minggu itu sudah menjadi kebiasaan pula.
“Orang
perempuan susah juga nak masuk bilik air Nor?. Uda tadi hamper terlepas subuh,
Uda sebetulnya terlelap, tak sedar dah masuk subuh. Alhamdulilah Abang Man
datang kejut, bila pergi bilik air orang dah berbaris panjang. Uda tak jadi
masuk bilik air, Uda berbaris untuk ambil wudu’ sahaja”.
“Uda
tak sama kelompok dengan Abang Man ke?”.
“Tak..rakan
sebilik Uda semuanya satu tempat. Uda saja yang tercampak bersama kumpulan
lain.”
“Emm
tak apalah bukan lama kita kat sini tiga hari sahaja”.
“Tapi
tiga hari pun mencabar sungguh. Nor macam
mana? Bilik air wanita ok ke?
“Sama juga, berbaris macam nak beli tiket bas”.
Sambil menikmati nasi lemak yang
disediakan oleh pihak pengurusan, mereka berbual tak menghiraukan orang
keliling.
“Kata
abang Man petang ni keadaan lagi teruk..bila semua jemaah dah sampai. Dalam
khemah Nor sejuk tak? Khemah kitaorang macam dalam bilik sejuk beku. Mungkin
Uda tak pakai baju itu yang sejuknya terasa sangat tu”.
“Sejuk
sangat..sampai tak boleh nak tidur”.
“Ohh
samalah ingatkan khemah kitaorang sahaja yang sejuk..Ehh lupa pula nak bagi
tahu, Abang Man ajak pergi melontar Jamratul Aqabah lepas kita makan ni. Nor
nak ikut ke?”.
“Kalau
Uda pergi Nor ikutlah.” Sudah terlalu biasa sepanjang mereka sah menjadi suami
isteri terus terusan Mohd Noh memanggil NorIza dengan panggilan Nor kini dia
tersasul pula mengelar dirinya Nor. Ada senyum simpul diakhir katanya, dia termalu.
“Uda
suka panggil Nor dari Izah sebab dari dulu lagi Uda dah niat..kalau kita
dapat hidup bersama nama itulah yang akan Uda panggil untuk panggilan…”. Mohd Noh memandang sayu
wajah isterinya.
Ohh sungguh mesteri penyataan Mohd Noh,
menjadikan NorIza tertanya-tanya dalam kepala. Beberapa saat mereka terdiam
sambil berpandagan, sebelum tersedar akan rancangan mereka. Sepatutnya mereka bersiap-siap untuk pergi melontar Jamrah Aqabah seperti
yang dijanjikan bersama Haji Abdul Rahman suami isteri.
“Ehh
Jom siap …nanti taklah lama Abang Man dan isterinya tunggu kita”.Mohd Noh
mengembalikan mereka kealam nyata.
Jemaah
haji akan terus berada dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah
(hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah
Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah.
Tiga
Jamrah
Al-Jamrah
bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
1. Al-Jamratul Sughra (kecil) / Ula
(pertama)
2. Al-Jamratul Wusta (sederhana) / Thani
(kedua)
3. Al-Jamratul Kubra (besar) / Aqabah
(terakhir).
.
Melontar
1. Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu
dengan tujuh biji batu.
2. Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah
ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
3. Waktu melontar bermula selepas terbit
fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
4. Waktu yang paling afdhal ialah selepas
tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Syarat-Syarat
Melontar
1. Niat melontar jamrah tidak tersasar
daripada tujuan sebenar.
2. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak
batu pada tiap-tiap jamrah(Lontar sebiji-sebiji).
3. Hendaklah melontar dengan menggunakan
batu atau jenis-jenisnya.
4. Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam
takungan jamrah dengan yakin.
5. Hendaklah melontar dengan gaya merejam,
bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang.
6. Hendaklah melontar dengan tangan. Jika
tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun
mulut.
7. Hendaklah melontar dengan tertib
turutan, dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di
Jamratul Aqabah.
8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah
melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah
melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga
tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
9. Dilarang melontar untuk orang lain
kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri.
Melontar
Jamratul Aqabah Pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar)Waktu afdal – pada waktu Duha 10
Zulhijjah. Selepas melontar boleh bertahalul yaitu mengunting sekurang tiga
helai rambut.Selepas itu boleh lah Jemaah haji lelaki memakai pakaian biasa
(pakaian yang berjahit.)
Waktu
diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13
Zulhijjah.
“Uda
memang nak pergi ..nak cepat bergunting rambut bertahalul. Lepas tu Uda dah
boleh pakai baju dah. Kata abang Man kalau nak tunggu petugas Tabung Haji,
mereka akan bawa kita malam nanti. Sebab malam orang tak ramai. Tapi Uda rasa
macam dah tak selesa nak pakai kain dua keeping ni, bila nak masuk bilik air tu
yang susah”.
“Ehh
Uda ni sambug cerita pula..tadi kata Jom cepat siap...(ada tawa dihujung
kata-kata NorIza) Kita pergi melontar dengan siapa lagi”. Yang sebetulnya dia
sudah bangun bersiap sedia untuk masuk kekemah tetapi terpaksa berdiri untuk
mendengar suaminya bercerita. Bagi Mohd Noh pula dia merasa tidak puas duduk
berbual dengan isterinya.
“Agaknya
kita dengan abang Man suami isteri sahajalah. Biasanya awal-awal ni orang Tabung Haji yang akan tunjukkan jalan,
jadi mereka lebih suka pihak petugas yang membimbing mereka. Tapi Abang Man
kata dia nak pergi sendiri cepat dapat kita habiskan melontar Jamratul Aqabah
cepatlah sikit dapat pakai baju. Hari ni kita hanya melontar Aqabah saja. Masukkan dalam uncang tujuh biji batu sahaja tau.”.
“Dahlah
jom cepat bersiap cepat dapat melontar . Cepat sikit Uda dapat pakai baju”.
“Emm”.
hanya itu yang keluar dari bibir Mohd Noh
namun ada senyum segaris terlukir dibibir Mohd Noh dan NorIza.
Bestnya cerita pasal ibadah haji kat mekah ni mak teh. Moga Allahpun beri rezeki pada kita semua untuk ke sana. Best juga cerita uda dan puan nor memupuk kasih melalui ibadah yang dikerjakan. Insaf rasanya.. Mak teh tetap dihati...
ReplyDeletemcm pergi kursus haji...sukanyaaa...sambil baca sambil membayangkn keadaan dn suasana.
ReplyDeleterasanya md noh dh lama ada hati pd norizah ek?
-dibah-
Dgr citer kemudahan yang ada sekarang hanya utk pnduduk tempatan. Jemaah haji dari luar tak byk beza dari dulu. Baca kisah ni memang buat hati tak sabar nak kesana. Semoga dipermudahkan.
ReplyDeleteWahhh .detail mak tey bercerita...
ReplyDeleteMembuatkan hati makin teruja nak ke sana...
Insyaallah..