Dengan sedikit masa yang tinggal, kerana
tidak beberapa jam lagi mereka akan bersiap untuk keMasjid untuk solat Asar.
Pulang sahaja dari perbincangan terus sahaja NorIza menghubungi anak sulongnya Mohd
Muaz.
“Assalamualaikum
Muaz, mak tak banyak masa nak cakap dengan along ni, mak nak kena siap-siap
pergi masjid lagi long”. Kedengaran sayu suara emaknya dihujung talian. Mengapa
agaknya Muaz berteka-teka didalam kepalanya.
“Tak
apa mak cakap dulu apa yang penting. Dengar suara mak sedeh kenapa mak..Yang
kat sini mak jangan fikirkan sangat. Semuanya ok mak”. Bimbang hati Muaz
mengenangkan emaknya yang jauh dari
pandagan matanya.
“Kamu
tahu tak mak de kamu dah meninggal subuh tadi. Ada tak adik-beradik Seha bagi
tahu dia.”.
“Ia
ke mak???.along tak tahu mak. Diorang
tak bagi tahu Seha apa-apa pun”. Terkejut Muaz mendengar berita yang
disampaikan oleh emaknya. Yang dia sungguh terkejut kerana emak mertua
angkatnya kelihata sihat ketika pergi keMekkah tempuh hari.
“Mungkin
pak de terlupa nak bagi tahu anak-anak dia”.
“Kenapa dia meninggal mak?.rasanya mak de tak
ada sakit apa pun kan mak”.
“Kata
pak de kamu dia meninggal kerana sakit jantung..mak nak cakap sebab mak de kamu
meninggallah ni”.
“Janganlah
emak sedeh mak..dia meninggal kat tempat yang elok mak..nanti along cakap
dengan Seha…dahlah mak, emak kata tadi dah nak siap-siap nak pergi masjid lagi,
nanti ditinggal kawan-kawn..cerita mak de meninggal ni kita cerita esok kalau
mak dah tak sibuk pun boleh cerita mak”..
“Taaak
mak kena cakap juga dengan kamu Muaz... Yang sebenarnya mak kena nikah dengan
pak de kamu sebab mak de dah meninggal. Rupanya mak tumpang mahram mak de,
kalau mak de dah tak ada, mak dengan pak de bukan mahram lagi. Untuk
mengelakkan kami berdosa kami kena nikah dan di cadang kan emak nikah dengan
pak de lepas asar ni Muaz.” Suara NorIza sudah bergetar, getar sebak..bila rasa
hatinya diluahkan hatinya jadi sayu.
“Untuk
kebaikan emak dan pak de..nikah saja lah mak. Mungkin pak de memang jodoh emak
itu sebabnya dijadikan jalan perjalanan emak macam ni. Along tahu kalau mak de
meninggal kat Malaysia, kalau pun pak de pinang emak.. tak mungkin emak terima.
Jadi Allah jadikan jalan macam ni supaya emak tak boleh menolak jodoh yang
telah Allah tentukan untuk emak”. Mudah sungguh anak NorIza memahami keadaan
dirinya. Tiada soalan tiada alasan yang diberikan anaknya mempercayai apa yang
diperkatakan oleh emaknya. Dihujung talian NorIza menangis teresak-esak.
“Janganlah
emak menangis mak.Terima lah apa yang telah ditentukan untuk kita mak”. Lembut
sahaja suara anaknya menasihati emaknya yang nun jauh diMekkah. Memang tidak terjangkau tangan Muaz mahu memeluk dan menenangkan emaknya
yang sedag dihimpit perasaan sedih.
“Emak
takut long nanti orang kata emak tua tak sedar diri, dah tua pun nak menikah
lagi. Yang paling emak takut nanti anak-anak pak de kata emak ambil
kesempatan.”
“Apa
nak takut cakap-cakap orang mak. Takutlah siksa Allah. Siksa Allah tak siapa
dapat menanggungnya. Api Neraka tu berpuluh kali lebih panas dari api kita kat
dunia mak. Pasal tanggapan anak-anak pak de tu tak apa, Allah yang lebih tahu
apa yang ada didalam hati kita mak. Mak relakan hati emak menerima pak de. In
Syaa Allah pernikahan emak nanti akan diBerkati dan diRahmati Allah”.
“Long,
mak tak tahu macam mana nak cakap dengan adik-adik along. Mak takut adik-adik
along benci dengan emak. Yang mak lagi takut nanti adik-adik along tak nak
jenguk mak, tak nak balik raya dengan emak”. Makin menjadi tangisan NorIza dihujung
talian.
“Pasal adik-adik mak jangan bimbang, nanti
along yang cerita dengan adik-adik. Tapi along percaya adik-adik along semuanya
sayang emak, tak kira apa yang emak buat mereka akan menyokong emak, sebab diorang semua tahu emak dia macam mana.
Emak jangan bimbang yang kat sini ye mak, mak jaga diri elok-elok jaga
kesihatan, beribadat elok-elok, along doakan mak dapat haji yang MABRUR. Dah
lah mak, mak pergi siap nanti taklah ditinggal orang pergi masjid. Along doakan
segala urusan emak berjalan dengan lancar dan diberkati Allah.”
Mendengar kata-kata dan doa anak sulongnya,
hati NorIza menjadi lembut dan dapat menerima apa yang telah dirancangkan. Walaubagai mana pun Perjalan NorIza ke
Masjidil Haram Asar itu dengan hati yang berkecamok. Bertalu-talu soalan yang
menyoalnya dengan tindakkannya ‘Betul ke
apa yang dilakukannya’. Entahlah NorIza membiarkan sahaja takdir diatas
dirinya semoga dia akan mendapat redha Allah.
Akhirnya mereka dinikahkan selepas Asar di
hadapan Baitullah. Pernikahan antara Mohd NohdanNorIza berjalan dengan lancar
dengan sekali lafaz NorIza sah menjadi isteri Mohd Noh. Selesai ucapan Ijab dan
Qabul mereka melakukan tawaf sunat. (mengelilingi Kaabah tujuh pusingan). Kini
Mohd Noh dan NorIza telah sah menjadi suami isteri..
NorIza dan Mohd Noh yang
sudah sah menjadi suami isteri berjalan pulang dari Masjidil Haram bersama-sama
seperti pasangan jemaah haji yang lain. Tapi tadi sebelum waktu Asar keadaan
mereka belum halal, mereka berjalan jauh-jauh dan diiringi kawan-kawan
diterangi cahaya matahari. Tetapi selepas solat Isyak mereka sudah sah jalan
pun hanya mereka berdua sahaja. Tidak kelihatan pula pasangan Haji Abdul Rahman
dan isterinya menemani mereka. Mereka berjalan perlahan menuju kehotel ditemani
cahaya lampu jalan, Mohd Noh bertanya isterinya disebelah.
“Nor esok pagi Abang Man
ajak pergi Umrah. Nor nak ikut tak”. Tiada penangguhan sesi ibadah mereka
diteruskan setelah mereka sah menjadi suami isteri. Begitulah gigihnya Mohd Noh
dan NorIza mengisi masa mereka selama mereka berada diMekkah.
“Ehh ikutlah.Pukul berapa
kita nak siap”.
“Katanya pukul 130 pagi
mesti dah ada kat lobi hotel.”
“Ehh paginya”.
“Dia yang dah ada
pengalaman, Uda ni ikut saja,”.
“Ialah kalau saya tak
terbangun tolong call. Manalah tahu jam tak berbunyi pula nanti”.
“Ialah..esok sebelum pergi Nor
mandi sunat Ihram. Baca niat dalam hati Sahaja
aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala.
Tapi solat sunat Ihram kita buat kat masjid Fatimah Az-Zaharah kat Ta’naim nanti. Dah sudah solat sunat
nanti..masa nak naik teksi balik barulah kita baca niat Umrah. Kalau kita kata
niat bacanya mesti dalam hati tau…” Mohd Noh mengingatkan wanita yang baru
sahaja sah menjadi isterinya selepas solat Asar tadi.
Sunat-sunat sebelum berihram antara
laian ialah :-
1. Mengerat kuku
2. Mencukur atau menanggalkan bulu
ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut.
3. Mandi sunat ihram. Sebelum memakai
ihram dan berniat di Miqat.Tujuan mandi sunat ihramadalah untuk membersihkan dan menyucikan badan dari
segala kecemaran dan kekotoran, cara mandi sama seperti mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram
ialah :
"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana
Allah Ta'ala" (baca dalam hati)
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
5. Memakai pakaian berwarna putih.
6. Sembahyang sunat ihram dan
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas
berniat haji atau umrah
Seperti yang telah
dirancangkan pagi itu seawal pukul 145 pagi, tiga pasangan Jemaah Haji menanti
taksi dihujung jalan bangunan hotel
dimana mereka menginap. Mereka menyewa
sebuah taksi pergi keTan'im untuk memasang niat Umrah. Disana nanti mereka akan
melakukan solat sunat Ihram di Masjid Fatimah Az-Zahrah, selepas itu barulah
mereka memasang niat Umrah. Dengan status sorang isteri NorIza mengerjakan
Umrah bersama suaminya. Umrah mereka kali ini adalah Umrah mereka kali kedua.
Niat SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
"Sahaja aku sembahyang
sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Surah yang dibaca selepas
Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun dan di rakaat kedua selepas
Fatihah ialah surah Al- Ikhlas.Setelah selesai solat sunat Ihram.
Ketika keluar dari tempat
solat wanita, di tepi tembuk berhampiran pintu Mohd Noh sudah menanti. Mereka
sama-sama ketempat dimana teksi tadi
menunggu. Sambil berjalan sambil mereka
bercerita.
“Nor! Umrah kali ni umrah
kita yang kedua, ertinya umrah ni sunat untuk kita. Kalau Nor nak niatkan umrah
ni untuk orang lain pun boleh tapi untuk orang-orang yang dah meninggal sahaja.
Pahala yang kita dapat sama sahaja tapi yang lebihnya orang yang kita niatkan
Umrah dapat juga menefaatnya. Misalnya kalau Nor nak niatkan untuk abang Ajak
atau pun arwah emakNor, tapi sekali Umrah hanya untuk seorang sahaja tau”.
“Ialah saya rasa pun saya nak
buatkan untuk orang juga..Uda buat untuk siapa Umrah Uda ni”.
“Uda rasa nak buatkan untuk
arwah emak dulu..esok kalau kita pergi lagi nak buat untuk arwah abah pula.”
“Saya rasa nak buat untuk
abang Ajak.Tapi macam mana niatnya”.
“Sahaja aku berniat umrah
untuk Abdul Razak bin Hassan dan aku berihram untuknya kerana Allah Ta’ala.”
NorIza mengikuti didalam hati apa yang diucapkan oleh suaminya. Tidak lama
kemudian kawan-kawan mereka bersama pasangan masing-masing menghampiri. Setelah
semuanya bersedia mereka mula menuju pulang semula ke Mekkah atau Tanah Haram.
Sempurna Umrah mereka pagi
itu.Noriza bertahlul di atas bukit Marwa (mengunting rambutnya sedikit sekurang-kurangnya
tiga helai). Manakala Mohd Noh kekedai gunting rambut yang terdapat dibelakang
sedikit dari bukit Marwa. DiUmrahnya yang pertama dia tidak sempat untuk
bercukur kerana ketika itu dia sibuk menguruskan isterinya yang tiba-tiba sakit
dan meninggal dunia tidak lama lepas itu. Kemudian mereka masuk keMasjidil
Haram untuk menantikan masuknya waktu subuh. Dengan niat duduk beriktikaf
dimasjid..waktu yang ada diisi pula dengan mendirikan solat tahujud dua rekaat
dan kemudian mereka mengaji pula. Tidak
lama mereka menantikan masuknya waktu subuh hanya lebih kurang sejam sahaja.
Selesai solat subuh mereka pulang semula
kehotel penginapan. Mereka berjalan perlahan, sambil melihat-lihat orang
berniaga disepanjang jalan perjalanan mereka menuju kehotel. Dimerata-rata
tempat terdapat orang berniaga. Barang barang jualan mereka, mereka lambakkan
sahaja diatas jalan. Tetapi yang kesihanya bila datang penguatkuasa kerajaan
Arab Saudi mereka dengan cepat membungkus barang-barang mereka untuk melarikan
diri dari ditangkap, kerana mereka berniaga secara haram. Begitu mencabar orang
mencari rezeki, tetapi terpaksa juga demi untuk kelangsungan hidup. Sambil
berjalan Mohd Noh mencapai tangan isterinya lalu digengam. Ahh sungguh romantic
perlakuanya entah mengapa begitu cepat
Mohd Noh menjadi mesra kepadanya tanya NorIza kepada dirinya. NorIza hanya
membiarkan segala perlakuan Mohd Noh kerana dia sudah halal berbuat begitu..
“Nor tahu tak kalau suami isteri pengang
tangan macam ni maka berguguran segala dosa-dosa kecil pada pasangan itu”.
“Ohh”.Dia juga turut mengengam jemari
suaminya yang bersulam dengan jari jemarinya.
Noriza mengangkat sedikit tanganya..melihat
tanganya yang didalam gengaman Mohd Noh. Dulu bekas adik iparnya kini dia adalah
suaminya, perancangan Allah siapalah yang tahu. Namun ada damai disitu. Ada rasa
bahagia yang singgah dihatinya. Terasa keselamatan dirinya terjaga. Bila semua
rasa dirasai bibirnya mula tersenyum manis.
Melihat isterinya tersenyum Mohd Noh tahu perlakuanya disenangi oleh isterinya. Bagi
Mohd Noh dia tidak menyangka kasih yang dulu diharapkan, dapat digapainya
ketika dia dibumi Mekkah yang penuh Barakkah. Walaupun usia nya kini sudah mencapai
60 tahun namun Allah masih mengabulkan harapan dan impianya suatu ketika dulu.
Bergema ucapan ALHAMDULLIAH berulangkali
didalam hati.
“Nor nak beli apa-apa tak?”.
“Rasa tak dulu, nanti nak tanya kak Salamiah
kat mana nak cari barang yang ok. Kalau tak beli kat sini pun tak apa masa kat
Madinah hari tu pun saya dah beli juga. Hanya kalau nak tambah sikit lagi. Uda
nak beli ke? Belilah untuk anak-anak Uda.”
“Uda rasa tak payahlah arwahnya dah beli
banyak sangat untuk mereka masa kat Madinah hari tu. Nanti terlebih berat pula.
Setiap orang hanya dibenarkan membawa 30kg sahaja.”.
“Kalau terlebih macam mana??”Terkejut NorIza
bila mendengar penerangan suaminya.
“Kalau terlebih...berapa lebihan kilo yang
dibenarkan bayarlah. Setiap kilo kena bayar
18 rial, lepas tu kalilah dengan kilo yang terlebih tu kalau terlebih
sampai 10 kilo maknanya kita bayarlah 180 rial bersamaan dengan lebih kurang RM
180.00 duit Malaysia… takkan nak ditinggal pula barang yang kita dah beli.. kan.”
“Ialah tu tak kan nak ditinggalkan..”.Mereka
berjalan lagi sambil berpegangan tangan.Tetapi keadaan seperti itu biasa dibumi
Mekkah. Jemaah haji wanita yang masih bertelekung berjalan dengan gaya berkasih
sayang dengan pasanganya yang merangkul bahu mereka.
“De hari ni rasanya saya nak basuh bajulah.
Baju saya yang dari Madinah ada yang tak basuh lagi.. Ni kain Ihram Uda ni
rasanya dah dua kali pakai, Uda ada lagi kain ihram yang lain ke? Mana tahu
esok pun nak pergi buat Umrah lagi”.
“Ialah Uda rasa ihram ni dah kotor, dah dua
kali pakai. Kalau kita cuci mana nak sidai?. Uda rasa macam nak hantar dobi
saja lah Nor”.
“Saya tak suka kalau kain yang diguna untuk
kita bersolat dihantar kekedai dobi”.
“Kenapa pula??Takut dia basuh tak bersih?”
“Dulu arwah emak ada ajar saya.Kalau pakaian
yang diguna untuk kita bersolat mestilah dicucur dengan air yang mengalir,
kalau tak solat kita tak sah. Takut kedai dobi tak buat apa yang kita buat.
Orang kata kalau dah was-was baik tak payah kan.”.
“Ialah memanglah macam tu tapi emak mana yang
ajar tu”.
“Emak Uda lah..isterinya Imam Hassan yang
namanya Hassanah tu”.Terkekek-kekek dua pasangan jemaah haji yang sambil
berjalan sambil berbincang, sambil menghibur hati sambil juga membina kasih.Tangan
Mohd Nod sudah dibahu isterinya pula. Sudah adakah bimbit kasih dihati mereka yang baru sah halal
selepas Asar semalam. Entah ..tapi untuk hati Mohd Noh kasihnya untuk NorIza
memang sudah lama ada. Hanya menanti kasih yang bersemi dihati NorIza sahaja..
“Ohh kalau macam tu kena cuci sendirilah
nampaknya. Emak tak cakap dengan Uda macam tu pula dulu”.
“Ialah tak kan nak cakap dengan Uda, bukan ke
Uda ni lelaki, kalau lelaki tentulah dia jadi suami. Biasanya yang mencuci baju
ni kan isteri”.
“Betulah tu..nampaknya kena cuci sendirilah”.
“Memang kena cuci sendirilah..nanti lepas
minum Uda bagilah baju-baju Uda yang kotor biar saya cucikan. Saya ada bawa
sabun basuh dari rumah. Hanya nak cari timba sahaja, kat mana kita boleh cari
timba..de. Kat Madinah hari tu saya basuh kat sink bilik air sahaja basuh pun
tak banyak masa tu, kotor sehelai dua saya basuh, yang ni tak sempat nak basuh
tu yang jadi banyak tu.”
“Kat bilik Uda tu ada baldi entah siapa
punya..sementara kita belum ada ni boleh pinjam diaorang punya dulu kot.
Baju-baju Uda, biar Uda cuci sendiri.”
“Biarlah saya cucikan, sayakan dah jadi
isteri Uda, saya nak cari pahala cucikan baju suami. Cuci baju untuk suami kira
ibadah juga kan de. Lagi pun kat sini bukan buat apa pun lepas ni balik minum,
kemudian tidur.”.
Bergetar jiwa Mohd Noh mendengar pengakuan
NorIza. Hatinya bahagia mendengar apa yang diperkatakan oleh NorIza. Mendengar
ayat itu dia tahu dirinya sudah diterima dalam hidup NorIza. Makin kejap
gengaman tangannya mengengam tangan NorIza. Dalam hatinya bergema ucapan
Alhamdullilah syukurnya kepada Allah yang Maha Mengasihani kerana melimpahkan Kasih
yang banyak tak terhingga kepada dirinya.
Rupanya tidak susah mencari semua barang
dibumi Mekkah, semuanya ada terjual disitu.Mereka singgah disebuah kedai
runcit. Sama seperti diMalaysia mereka dengan mudah berbicara dengan para
penjual disitu, tidak timbul langsung masaalah bahasa kerana rata-rata penjual
diMekkah memahami bahasa Malaysia, walaupun pada jawapan mereka kebanyakkan
menggunakan bahasa Indonesia.
Di sepanjang jalan masuk kehotel penginapan
mereka pula kelihatan para peniaga warga Indonesia menjual makanan ala orang
Malaysia. Mereka menjual nasi lemak, mee hoon dan me goreng dan segala macam
kueh.
“Nor nak beli nasi lemak mee hoon ke?atau pun
kueh?”.Mohd Noh berhenti dihadapan seorang penjual, yang menjual berbagai jenis
kueh, nasi lemak dan juga mee goreng.
“Saya lebih suka makan roti yang enam biji
satu rial tu. Cicah dengan teh susu pun sedap. Kalau Uda nak, Uda beli untuk Uda sahaja”. Mohd Noh tidak
jadi membeli bila isterinya tidak mahu.Sungguh berbeza antara isterinya yang
dulu dengan yang ada sekarang ini. Arwah isterinya dulu sangat suka makan
kueh-kueh. Akhirnya dia juga mahu makan roti enam biji satu rial yang banyak
terdapat dikedai-kedai runcit ditepi-tepi hotel penginapan mereka.
Ketika sampai diruang hotel mereka akan melintasi pintu bilik Mohd Noh dahulu sebelum sampai kepintu bilik Noriza.
“Nor!!tunggu kejap Uda ambil baju-baju kotor Uda dulu”.
“Tak apalah saya hantar roti dan susu ni dulu, nanti saya datang lagi”. NorIza
berjalan terus kebiliknya. Dia mengambil cerek letrik yang disediakan, mengisi
air dan menjerangnya. Pada perkiraanya sementara dia mengambil baju-baju kotor
suaminya tentulah air yang dimasaknya sudah mahu mendidih. Selesai tugasnya dia
membuka pintu.
Ketika pintu biliknya dibuka Mohd Noh sudah tercegat dimuka pintu dengan sebaldi
kain baju yang hendak dicuci. Ditanganya juga terdapat koleh kosong dihulur ketangannya.
“Uda nak minta tolong Nor bancuhkan air. Nor minum apa pagi ni”.
“Saya nak minum teh susu.Tapi susunya susu tepung boleh”.
“Boleh aje. Yang selalu Uda minum kat Madinah hari tu pun susu
tepung juga Nor. Ni bancuh penuh dalam
koleh ni separuh bagi Uda”.
“Ok..Uda balik bilik dulu saya nak rendam kain, Nanti air dah siap saya
datang bilik Uda. Lepas minum nanti kita kita cari tempat sidai baju, kata kak
Sal boleh jemur baju kat bumbung hotel ni.”
Mereka minum bersama pagi itu disatu sudut
yang membolehkan mereka minum berdua. Mudah sahaja mereka mencari keserasian
antara mereka. Mungkin pada NorIza mereka dibumi yang jauh dari anak-anak
menyebabkan dia memerlukan tempat bergantung. Lagi pun mungkin mereka sudah
kenal lama jadi kebiasaan tu sudah ada hanya mereka mahu mencari kebiasaan alam
rumah tangga sahaja.
Selepas minum NorIza mencuci pakainya dan
pakai suaminya, selepas itu mereka kebumbung hotel dengan menaiki lif, sampai
di tingakat yang terakhir mereka menaiki satu lagi anak tanggu untuk sampai
kebumbung hotel. Seperti yang diberi tahu, sememang dibumbung hotel terdapat
tempat untuk menyidai baju. Mohd Noh yang sudah sudah bersiap sedia dengan segulung tali
ditangan. merentang tali dikawasan yang masih kosong. Mereka berdua bekerjasama
memulas kain yang sudah dibasuh.Terutama memulas kain ihramnya yang tebal dan
berat.
“Kuat angin bertiup kan De..Alhamdullilah kak
Salamiah ingat kan saya beli pengepit baju”.
“Kalau macam ni cepat kering rasanya kain
baju kita Nor..nanti balik Zohor lepas makan tengahari kita angkat ye”. Keadaan
yang kering dan angin yang kuat menyebabkan kain baju mereka mudah kering. Walaupun
mereka mencuci dengan menggunakan tangan sahaja.
Seperti yang diperkatakan oleh Encik Abdul Rahman tempuh hari, mereka
hanya sempat untuk melakukan tiga kali Umrah sahaja. Memandang jemaah yang
datang dari berbagai pelusuk dunia datang mencurah-curah menyebabkan keadaan di
bumi Mekkah padat dengan lautan manusia. Untuk memastikan kesihatan dan tenaga
yang mencukupi ketika tibanya hari Wukuf diPadang Arafah nanti, para petugas
Tabung Haji menasihati agar jemaah Malaysia tidak mengerjakan Umrah buat
sementara waktu. Mereka hanya berulang alik keMasjidil Haram untuk melakukan
solat atau pun tawaf sunat. Walau bagai mana pun mereka terpaksa juga keluar
awal untuk mencari tempat solat didalam Masjidil Haram.
Pagi itu dalam perjalanan pulang dari masjid
Mohd Noh bertanya kepada isterinya disebelah.
“Nor! Apa Nor buat bila dah selesai solat
atau pun tunggu masuknya waktu solat macam sekarang ni kita datang awal dari
biasa, banyak masa kita kat Masjid”.
“Kalau lepas solat Magrib saya buat solat
taubat dan Istikarah, kalau tunggu subuh tu saya buat solat hajat. Kalau masih
ada waktu lagi saya mengaji saja..Tapi kalau semuanya dah buat dan tak rasa tak
nak mengaji saya pandang Baitullah sambil berzikir. Dulu Ustaz kata kalau kita
pandang Baitullah sahaja pun kita dapat pahala”.
“Ialah memanglah macam tu. Masa kat sini
kalau boleh kita beribadah biar yang berkenaan Baitullah.Tulah pasalnya tawaf
sunat lebih banyak ganjaran pahalanya dari solat sunat. Tapi ialah nak tawaf
masa ni orang tengah ramai sangat.. dengar cerita dah mencecah 3 juta orang kat
sini sekarang ni”.
“oh ramainya”.
“Uda nak bagi tahu, kalau Nor rasa dah tak
nak mengaji, lepas solat magrib jangan bercakap lepas tu Nor buatlah solat Awwabin,
solat ni 6 rakaat tiga kali salam. Solat ni bagus untuk kita menguatkan iman
kita Nor. Lepas tu sementara menunggu masuknya waktu subuh kita boleh buat
solat sunat Tasbih. Kita datang untuk
solat Subuh pun cepat sekarang ni, Uda rasa kalau Nor buat solat sunat Tasbih
sempat rasanya. Nanti Uda bagi fotostat solat-solat sunat yang Uda dah
asingkan. Yang sebenarnya sebelum pergi hari tu Uda buatkan untuk arwah Tijah.
Nor ambillah nanti ye ada Uda simpan kat bilik Uda.”
“Alhamdullilah..terima kasih De”. Kejap tangannya
mengengam tangan suaminya tanda ucapan terima kasihnya dengan perbuatan.
Hehehe... romantik juga pak uda dgn mak noriza ni ya... best cerita ni... jodoh mereka memang kehendak Nya. Tak boleh nak mengelak puan noriza. Harap mereka bahagia di usia senja tu sebab berteman... Bukan orang muda aje yang boleh rasa bahagia berdua. Yang dah berusia pun perlu juga kecap bahagia.Tak sampai sehari pak uda bergelar duda. Alhamdulillah. Moga bahagia.
ReplyDeletealhamdulillah. moga pn noriza dn md noh bhgia dn peroleh hj mabrur.
ReplyDeleteminta2 anak md noh x le meroyan.
suka cite ni sb byk ilmu mnunaikn haji. suka juga sb kisah alam warga emas dn keredhaan.
-dibah-
Ni pengalaman mak teh tunai haji ke? Seronok baca dia orang bertenaga & bersemangat. Ibadah haji perlu kekuatan fizikal juga.
ReplyDeleteBegitu memahami Muaz dgn keadaan maknya yg jauh dr anak2.
Mak teh pergi 2003, masa tu di kawasan masjid kucing ada sebuah pasar nama pasar zink.tapi mungkin skarang dah tak ada...
ReplyDelete