“Kenapa
yang boleh jadi sampai bercerai..Dia tak redha
Emil pindah sekolah ke?”.Haji Mohd Noh jadi polis penyiasat pula pagi
tu.
“Yang
sebenarnya Emil yang minta dia ceraikan Emil. Emil tak sanggup dimadu. Dia dah
kahwin lain yah. Yang sebetulnya dah 3 tahun dia nikah lain”.
“Bila
dia nikah..ayah tak tahu pun. Kat mana dia nikah???”
“Emil
pun tak tahu dia nikah kat mana dan dia tak pernah minta izin untuk berpoligami
dengan Emil, yah”.
“Dia
bagi tahu tak kenapa dia kahwin lain..sebab dia nak anak lagi ke?”
“Dia
tak cakap pula dia nak anak lagi tapi dia kata, sebab emaknya nak menantu yang
boleh jaga dan temankan dia”.
“Selama
ni isteri muda dia tu duduk kat kampunglah ye”.
“Ia
yah”.
“Dah
berapa lama Emil berpisah dengan dia?”.
“Dah sebulan”. Melihat wajah mendung anaknya terus
sahaja dia bertanya apa yang ada didalam hati anaknya.
“Ayah
nak tanya..Emil menyesal ke berpisah dengan Latif.”
“Nak
kata menyesal tak tahulah..tapi Emil selalu terkenang kan abang Latif. Bila dah
teringatkan dia Emil jadi sedeh.Sekarang ni Emil tak boleh tidur bila
teringatkan dia. Entahlah yah”.
“Kalau
Emil rasa masih sayang dan susah nak lupakan dia. Emil boleh rujuk balik. Hari
tu lafaz talak satu sahaja kan”.
“Emil
boleh nak rujuk, tapi dengan syarat dia kena ceraikan isteri dia dulu. Emil tak
mampu nak bermadu, walaupun dia janji akan lebihkan masa pada Emil”.
“Tak
baik Emil bagi pilihan macam tu pada Latif. Lagi pun kesian isteri dia”.
“Ye Emil tahu.. Emil rasa pun tak mungkin dia
akan ceraikan isteri dia yang sekarang ni, sebab isterinya sekarang dah bagi bakal dua orang
anak pada dia. Yang dah ada ni nampaknya dalam dua tahun umurnya dan sekarang
ni isterinya sedang tunggu hari sahaja nak bersalin, lagi pun isterinya tu tak
kerja”.
“Jadi
apa keputusan Emil..”
“Emil
nak terus hidup macam ni. Pada Emil sorang lebih baik dari bertiga yah. Emil
hanya nak cari ketenangan sahaja dan nak didik Uwais menjadi orang yang berguna.
Emil nak cuba lupakan abang Latif itu sahaja”.
“Kalau
macam tu dekatkan diri dengan Allah. Kalau Emil tak boleh tidur cuba buat solat
malam. Solat sunat tahajud, solat sunat taubat. In Syaa Allah, Allah akan
membantu Emil dapat ketenangan.”
“Emil
tak pandai nak buat semua solat tu yah”.
“Tak
apa, tak tahu boleh belajar..nanti ayah ajarkan. Ayah ada buku solat sunat.
Baca dulu buku tu, kemudian kita belajar sama-sama ye.Yang sebetulnya buku tu
ayah sediakan untuk mama Emil masa nak pergi Mekkah dulu. Masih ada lagi dalam
simpanan ayah…nanti ayah ambilkan”. Lembut sahaja suara Haji Mohd Noh
menasihati anaknya yang sedang ditimpa masaalah.
Bagi Haji Mohd Noh hidup seorang hamba yang bernama manusia memang
sentiasa bergelora, sentiasa bermasaalah. Itulah ujian Allah agar diri menjadi
lebih matang. Namun harus ada pembimbing ditakuti kerana ujianNya kita tersasar
menuju kejalanNya. Dengan ujianNya menjadikan kita melencong dan terjerumus
kepada perbuatan keji, kerana nak
melepaskan rasa.
Emil
menganggukkan kepalanya memasukkan apa yang diucapkan oleh ayahnya. Keadaan
menjadi sepi seketika, tidak lama lepas itu kedengaran laungan azan subuh, menyeru
semua hamba yang hidup dibumiNya menyembahnya. Tunaikanlah solat subuh pada
waktunya kerana sembahyang itu lebih
dari tidur. Hajah NorIza bangun menuju kebiliknya. Kemudian keluar semula
bersama sehelai sejadah dan sepasang telekung. Dihamparkan sejadah ditempat
solat mereka. Usai azan…
“Emil
ambil lah wudu’ kita solat sama-sama. Emil nak mandi dulu ke?”
“Tak
payah mandilah mak ngah Emil ambil wudu’ sahaja”.
Usai
solat dan berdoa Haji Mohd Noh menasihati anaknya lagi.
“Mel..Kalau
boleh kita elakan dari membuat dosa tapi mana mungkin kita ni manusia tak buat
dosa. Walaupun kita kata kita tak nak, tapi secara tak sengaja terbuat juga. Kita
bukannya malaikat. Pandang yang bukan hak pun berdosa tapi kita tak boleh nak
mengelak. Kita ni kadang-kadang tak sengaja mengecilkan hati orang
dengan percakapan kita..inilah dosa-dosa kecil kita yang kita dapat secara tak
sengaja. Itu hanya satu contoh yang ayah bagi.. Itulah sebab setiap hari kita
akan melakukan dosa-dosa kesil secara tak sengaja. Jadi dosa-dosa kecil nilah
yang perlu dibersihkan.”
“Macam
mana kita nak bersihkan dosa kecil yah”.
“Ayah
ada dengar ceramah dulu ustaz cakap..ayah
mulakan dengan wudu’ ye. Dari berwudu’pun kita boleh menghapuskan dosa-dosa
kecil. Caranya: Selepas membasuh muka masukkan sedikit air kerongga hidung.
Tapi Jangan sedut air tu dalam sangat, sekadar dihujung hidung sedikit sahaja,
perbuatan tu sunat tapi salah satu cara
kita nak menghapuskan dosa-dosa kecil. Kemudian lepas solat tadi kita akan ada berzikir
SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULLAH 33 kali, ALLHUAKBAR 33 kali itu pun boleh
menghapuskan dosa-dosa kecil”.
“Terima
kasih yah, Emil memang banyak dosa yah, sebab itulah Allah balas perbuatan Emil
ni. Mak ngah Emil banyak dosa dengan mak ngah Emil minta maaf banyak-banyak, hati
Emil ni selalu buruk sangka dengan mak ngah. Hati Emil ni busuk mak ngah.”.Dia
sudah menangis menginsafi diri, berpaling kearah mak ngahnya lalu memeluk dan
menangis dibahunya.
“Tak
apalah Mel kita maknusia ni mamang macam tu, kalau kita dah sedar janagan
ulangi perbuatan tu pun dah cukup. Mak ngah pun sama. Mak ngah pun minta maaf
juga kesalahan mak ngah pada Emil”
“Kalau
kita nak bersihkan hati kita, selalulah berzikirlah. Mula-mula baca AlFatihah
sekali, kemudian berzikir dengan lafaz Lailahaillallahseberapa banyak yang
boleh. Nak senang berzikirlah sepanjang
Emil berkereta pergi dan balik sekolah, masa tu tak siapa yang ganggu Emilkan.
Jadi basahkan lidah dengan zikir masa
kita seorang dalam kereta tu. Lepas tu sebelum tidur ambil juga wudu’ supaya
kita tidur dengan berwudu’ sebelum mata terpejam bacalah….
EMPAT
PERKARA SEBELUM TIDUR Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.“ Ya, Aisyah!
Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1.
Sebelum khatam al-Quran
2.
Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3.
Sebelum para muslimin meridhai engkau
4.
Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “Bertanya siti Aisyah “Ya Rasulullah
!bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul
tersenyum dan bersabda :
1.
“Jika engkau akan tidur , bacalah surat al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau
telah mengkhatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu
ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (
3x ) “
2.
"Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami
semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa
aaliihi Muhammad” ( 3x )
3.
“Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “
Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu
ilaih” ( 3x )
4.
Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka
seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illallaahu allaahu akbar” ( 3x ). Terus sahaj Haji Mohd menasihati anaknya.
In
syaa Allah hati Emil akan tenang. Syaitan pun tak menggangu tidur kita”. Setelah
melipat telekungnya dia bangun untuk pulang kerumahnya.
“Ayah
mak ngah Emil baliklah yah mak ngah”.
“Emil
tak nak minum sini dulu.”
“Tak
apalah mak ngah, Emil kena kejut Uwais solat subuh..lagi nak siap-siap pergi
sekolah pulak ni”. Dia melangkah menuju kekeretanya diikuti oleh ayahnya
menemaninya hingga kepintu kereta.
“Yah!
Emil tak tahu macam mana nak ajar Uwais baca doa selepas solat yah.. boleh tak
ayah tolong ajarkan..Emil nak Uwais tahu dalam segala segi..pandai dalam
pelajaran, pandai juga dalam ugama yah. Dialah satu-satu nya anak Emil, jadi
Emil nak dia jadi manusia yang baik yah. Emil nak dia pandai baca doa macam
ayah. Emil tak pandai baca doa, selalu Emil Aminkan doa abang Latif sahaja.” Emil
memeluk ayahnya, air matanya tak terbendung, dia menangis lagi didada ayahnya.
Entahlah makin lama dia berpisah dengan Abdul Latif hatinya makin pilu bila
nama itu disebut.
Yang sebenarnya hati jadi sebak bila
mengenangkan nasib dirinya. Haji Mohd Noh hanya mampu menepuk-nepuk belakang
anaknya. Dia juga tak terkata. Siapa tak
sayang anak. Melihat anaknya dalam kesedehan hatinya juga sedeh, bertambah
sedeh mengenangkan anak sulungnya sudah bergelar janda. Namun apa yang dapat
dilakukan.. percaturan Allah siapa yang mampu menjangka.
Sepanjang dia mengenali Abdul Latif, rasa dia
seorang yang sabar, mampu menangani kerenah anak sulongnya yang agak garang dan
suka membentak. Tetapi mungkin Emil juga ada silapnya menybabkan Latif
bertindak diluar jangkaan. Haji Mohd Noh hanya menyerahkan nasib anaknya
kehadrat Ilahi. Semoga ada kebaikan dihujug kepahitan yang dirasa oleh anaknya.
Setelah reda tangisan anaknya…
“Kalau
macam tu, pastikan semua kerja sekolah Uwais siap dulu, kemudian lepas Magrib
hantar kesini, kita solat Isyak berjemaah, nanti ayah ajar dia baca doa dan
berwirit lepas solat. Kalau dah pandai nanti sesekali boleh jadi Imam kita
pula”. Haji Mohd Noh Menyanggupi permintaan anaknya. Ketika Emil sudah duduk
dikerusi pemandu, dia terpandang MYVI putih elok terletak didalam garaj kereta
disebelah rumah mak ngahnya.
“Yah
kereta MVYI tu siapa punya yah..Hari tu Muaz yang bawa rasanya”.
“Kereta
ayah..alaahh kereta secondhand sahaja Mel, senang ayah nak bawa mak ngah kamu
kepasar atau pun kemasjid”.
“Yah!
Emil ni anak yang menyusahkan ayah, Emil minta maaf yah. Emil rasa ayah ambil
balik kereta ayah ni, sekarang ni Emil dah sedar tak sepatutnya Emil ambil
kereta ayah ni. Tapi buat sementara Emil nak pakai dulu sebab Emil tak ada
keenderaan nak pergi sekolah. Emil akan beli kereta secondhand pun jadilah.
Lagi satu ayah ambil lah balik duit
pencen mama. Emil tahu semua itu adalah hak ayah tak sepatutnya Emil
merebut hak ayah. Emil anak yang tak mengenag budi itu sebabnya Allah balas
Emil macam ni. Maafkan Emil ayah.”.Emil tunduk memandag bawah, terasa malu
hendak memandang wajah ayahnya bila merasakan dirinya yang tamak.
“Pasal
kereta ni Emil pakailah ayah dah ada MYVI pun dah cukup.”.
“Tak
yah, Emil akan cari kereta lain nanti, ayah pakailah kereta ni. Ayah juga ada
hak atas kereta ni”.
“Tak
apa Mel, pakailah.. betul kata Emil dulu kalau ayah mampu kahwin lagi ertinya ayah
mampu tanggug isteri ayah dengan duit ayah sendiri bukan dengan duit arwah
isteri ayah”.
“Yah
jangan peril Emil lagi yah, Emil salah pada ayah.. kata-kata Emil melukakan
hati ayah, tapi selepas ni Emil tak akan cakap macam tu lagi. Dulu Emil cakap
dengan perasaan yang marah dan perasaan cemburu itulah sebabnya Emil cakap
macam tu”. Emil keluar semula dari keretanya dan meluru memeluk ayahnya sekali
lagi dan dia menangis didada ayahnya dengan rasa bersalah yang mengunung.
“Taak
ayah tak peril Emil. Ayah cakap yang betul, kalau ayah guna barang yang ada
nama mama, ayah akan rasa malu pada diri ayah sendiri. Jadi gunalah.Hanya kalau
boleh Emil bayarkanlah ansuran kereta
yang masih berbaki ni dengan pencen arwah mama..” Itu sememangnya rasa
yang timbul dari hati Haji Mohd Noh, bila dia mengunakan duit arwah isterinya.
“Emil
nak tanya ayah, kalau ayah sudi jawap
jawab lah tapi kalau tak Emil tak akan tanya ayah lagi. Betul ke ayah bercinta
dengan mak ngah dulu..”.
“Kalau
sekarang ni memanglah ayah sedang bercinta dengan mak nyah sebab diakan dah
jadi isteri ayah. Siapa yang cakap ayah bercinta dengan mak ngah sebelum ni.”.
“Dulu
arwah mama ada cakap dengan Emil, ayah bercinta dengan seorang wanita bernama
Nor, sampai ayah tersebut dalam ngigau ayah. Masa tu mama rasa sakit hati
sangat..bila ada nama wanita lain dalam hati ayah”.
“Mel!
ayah tak pernah bercinta dengan mak ngah
dulu.Tapi untuk pegetahuan Emil kami dulu satu kelas, ayah memang ada hati
dengan mak ngah dulu, tapi mak ngah tak tahu perasaan ayah ni. Bila habis
tingkatan lima arwah nenek pinangkan mak ngah untuk awrah pak ngah. Ayah kena
redha dia kahwin dengan abang ayah sendiri. Ayah bawa diri jauh dari kampung ni,
suka rela minta mengajar di Sabah kat sana ayah kahwin dengan mama. Selepas
ayah kahwin dengan mama ayah tak pernah lagi mengharapkan ayah dapat kahwin
dengan mak ngah. Ialah dia pun dah kahwin dengan abang ayah dan mereka bahagia.
Ayah pun dah kahwin dengan mama dan kami pun bahagia.Tapi sesekali entah macam
mana, ada juga bayangan mak ngah masuk dalam mimpi ayah mungkin bayangan dari
syaitan kot. Ayah tak pernah mengharapkan mama pergi dulu dari ayah, untuk ayah
kahwin dengan mak ngah. Pada ayah mama meninggal di Mekkah itu adalah rezeki
kebaikan yang Allah bagi sebab kebaikan mama.”
“Kebaikan
apa yang mama dah buat yah”.
“Mama
kan jaga Seha dari kecil lagi, Seha tu anak yatim. Tapi Emil tahukan macam mana
mama buat pada Seha. Allah nak bagi kebaikan pada mama, Dia ambil mama masa
mama bersih dari segala dosa. Dia ambil mama setelah selesai ibadat Umrahnya
dengan sempurna. Emil tahu kan selepas selesai haji atau umrahnya, seseorang
itu kan sebersih bayi yang baru dilahirkan. Jadi Emil boleh bayangkan kedudukan
mama sekarang disis Allah kan. Kalau ayah yang dapat macam tu pun ayah suka Mel, tapi hanya
orang-orang yang terpilih sahaja yang
Allh beri. Untuk pengetahuan Emil ayah tak akan nikah lain kalau mama masih
hidup Mel. Itu kenyataanya, dan mak ngah tak akan terima ayah kalau ayah nak
dia masa kat Malaysia ni. Tapi walau masam mana jodoh tu samapai bila kita dah
diIjab dan Qabulkan kita suadah ada tanggung jawab.” hanya
memandang ayahnya yang becerita..dia tahu.
.Seseorang
yang mencapai tahap haji atau umrah yang mabrur (yang diterima) yang disabdakan
oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan
Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan
ibadah haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia
seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya"Orang yang mencapai derajat haji
mabrur, ia seperti bayi yang baru dilahirkan, tidak ada dosa, sebab telah
diampunkan oleh ALLAH SWT.
Maka
sesiapa yang mendapatkannya, ia dijamin masuk syurga ALLAH SWT, seperti Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang
bermaksud: "Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan
Syurga".(Ini termasuklah umrah. Sebab umrah juga diistilahkan haji kecil).
Mak
ngah pun macam tu..dia tak pernah niat nak nikah dengan ayah dan dia sebetulnya
tak tahu ayah ada hati dengan dia dulu. Mak ngah ni sangat sayangkan
anak-anaknya dia menjaga hati semua anaknya. Tapi untuk memudahkan kami
beribadat kat sana kami nikah”.
“Ialah
yah Emil faham tu, Emil hanya nak tahu cerita sebenarnya sahaja, sebab dulu
mama ada cerita kan..tapi sekarang ni Emil dah dengar sendiri dari mulut ayah,
Emil tak salah kan ayah..setiap manusiakan Allah bagi dia perasaan. Tak salah
perasaan ayah tu dan Emil hormat ayah kerana ayah pandai jaga perasaan ayah,
setelah ayah dan mak ngah ada pasangan sendiri. Emil minta maaf yah kerana
buruk sangka denagan ayah dan mak ngah, nanti cakapkan juga dengan mak ngah
Emil minta maaf pasal ni…Yah selama
hamper setahun ni ayah bayar dengan duit apa..ansuran kereta ni?”. Emil
memesongkan ceritanya. Dia bertanya kereta ayah dan arwah mamanya masih dalam
bayaran ansuran rupanya.
“Ayah
guna duit pencen ayahlah, tapi sekarang ayah kena bayar juga duit ansuran
kereta MYVI..tulah kalau boleh Emil tolong bayarkan kereta ni, ayah rasa
legalah sikit”. Haji Mohd Noh tergelak sikit untuk menceriakan hati anaknya.
Tetapi didalam hati Emil berjanji, dia
akan membayar semula duit ansuran kereta yang telah dikeluarkan oleh
ayahnya sejak kereta itu berpindah tangan. Dia sudah memasuki kereta semula untuk
pulang kerumahnya.
“Mel!
ayah ni bukan apa, ayah hanya nak
mengingatkan Emil sahaja. Yang sebetulnya adik-adik Emil pun ada hak keatas
kereta ni, jadi untuk tidak kita terambil hak adik-adik Emil, Emil tanyalah
pada mereka dua orang tu. Kalau kata mereka rela dan menyerahkan hak mereka
pada Emil, Emil boleh lah pakai kereta ni sampai bila-bila”.
“Baik
yah Emil ikut cakap ayah, nanti Emil call diorang tanya, Assalamualikum Yah..”.
Kelihatan Emil sudah menjadi seorang wanita yang lembut hatinya.Syukur ALHAMDULLILAH bergema dihati Haji Mohd Noh.
Dari hari kehari Emil sudah mula berubah. Segala
apa yang diajari oleh ayahnya dilakukan dengan tekun, kini dia sudah beroleh
ketenangan jiwa. Sejak itu juga setiap hari selepas solat Magrib dia dua
beranak kerumah emak tirinya untuk anaknya belajar. Itulah ushanya mahu
menjadikan anaknya seorang lelaki Islam mengamalkan pegangan ugama Islamnya. Pandai
bersolat untuk dirinya dan pandai juga menjadi imam kepada makmumnya.Tidak kira
lah makmumnya nanti mamanya ataupun isterinya kelak.
Sepulangnya dia dari sekolah petang itu,
masih didalam kereta lagi Emil menceritakan keadaan dirinya dengan papa
Uwais.Walaubagaimana pun kisah dia dan bekas suaminya, anaknya harus tahu. Biar
mereka sama menangani dan memikirkan bersama. Dia tidak mahu lagi merahsiakan
perkara yang terjadi dalam rumahtangganya sebab yang disebelahnya juga adalah
ahli rumahtangganya juga.
“Uwais
mama nak cerita dengan Uwais..pasal mama dan papa”.
“Kenapa
dengan mama dan papa..sekarang ni rasanya papa dah tak datang jenguk kita kat
sini lagi kan mama. Rasanya dah dua bulan lebih papa tak datang”.
“Yang
sebetulnya macam ni. Mama dengan papa dah berpisah. Ingat tak masa kita balik
rumah kita dulu..kita tak jadi tidur kat rumah kita tu.”
“Ingat”
“Masa
tu mama terjumpa isteri baru papa. Petang tu bila papa datang mama minta cerai
dengan papa. Mama minta maaf sebab pentingkan diri sendiri, mama tak fikirkan
perasaan Uwais. Tapi terus terang mama katakan
mama tak mampu hidup bermadu, mama tak mampu kongsi papa dengan isteri
papa yang lain..harap Uwais memahami mama”.
“abang
faham ma..mama janganlah sedeh abangkan
ada untuk jaga mama. Harap mama
sabar sahaja dengan dugaan rumah tangga mama”. Sambil memandu Emil mencapai
tangan anaknya lalu digengam untuk mencari kekuatan mungkin. Ada sebak yang
berkampung didalam hatinya.Tapi yang menjadikan dirinya sebak kerana sikap
anaknya yang kelihatan sudah matang walaupun umurnya ketika itu baru sahaja 13
belas tahun. Dia sudah pandai memikirkan keadaan dirinya ketika itu.
“Abang
jangan benci papa ye, dia tak salah, mama lah yang salah, mama yang minta papa
abang ceraikan mama. Sesekali kalau papa ajak abang pergi rumah dia pergilah.
Walaupun mama dah berpisah dengan papa abang..namun abang tetap anak papa”.
Sekarang Emil sudah insaf dan merasakan dirinyalah yang bersalah diatas apa
yang terjadi. Sikapnya yang menjadi punca mengapa suaminya terpaksa mengikuti
kata-kata bekas emak mertuanya untuk
menikah seorang lagi.
“Ialah
ma abang faham”.
“Sekarang
ni dah jelaslah hanya abang anak mama, kalau abang sayang mama belajarlah
bersungguh-sungguh ye, walau hanya abang anak mama boleh juga mama sandarkan
harapan mama nak menumpang hidup dengan abang bila mama tua nanti. Satu lagi
jom kita belajar baca doa lepas solat dengan atuk, mama teringin solat beimam
kat rumah bang”.
“In
Syaa Allah ma, bila kita nak mula belajar baca doa dengan atuk ma”.
“Secepat
yang mungkinlah, tapi sebelum pergi rumah atuk, pastikan dulu kerja sekolah
abang siap dulu. Setiap kali lepas Magrib
kita pergi rumah atuk nak”. Sejak hari itu bermulalah rutin Emil dan anaknya
kerumah Hajah NorIza. Kini hubungan Emil
dan ayahnya sudah baik seperti dulu, seperti arwah mamanya masih hidup. Dia
juga sudah boleh duduk berbual dengan mak ngahnya yang merangkap ibu tirinya. Hidupnya
makin tenang kini.
Amin... ada hikmahnya disebalik setiap yang berlaku. Emil dah jadi bertambah baik. Tak sangka latif tak jengukpun uwais anaknya selepas bercerai... Begitulah lelaki, bila dah temui bahagia baru anak yang di tinggalkan terus hilang juga ke? Moga emil lebih tenang dan bahagia disamping ayah dan mak ngah nya... Dengan mendekatkan diri dengan Allah, maka kita makin tabah. Semakin menarik cerita ni mak teh.
ReplyDeletealhamdulillah emil dn uwais temu ketensngan.
ReplyDeletetp latiff smpi 2 bln x jenguk uwais anaknya. mana tanggungjwb dia?
-dibah-
Latif sibuk dgn anak baru sampai lupa anak sulungnya. Mak teh tak nak selit kisah mak latif ke. Bahagia ke dia dgn rumahtangga baru anaknya hingga runtuh rumahtangga yang dah berbelas tahun.
ReplyDeleteBest citer mak teh ni. Mula2 menyampah sungguh dengan si emil ni. Kesian latif bila dpt bini mcm tu. Tapi sampai part ni jd terbalik pulak. Kesian sgt kat emil. Menyampah plk dgn latif.
ReplyDeleteBest cerita ini. Hikmah di sebalik penceraian Emil ialah ianya dpt mengubah Emil menjadi wanita muslimah dan ibu yg lebih baik. Jika masih berumahtangga dgn Latif, mungkin ianya tidak dpt mengubah Emil ke arah kebaikan.
ReplyDeleteKdgkala cerita sebelah pihak tidak memadai perlu mendengar cerita dua2 pihak.....bila sudah tahu kebenaran rasa sakit hati pd latif...inilah lelaki habis madu sepah dibuang...moga emil temui cinta baru.kenapa lelaki begitu??!!!!!!!
ReplyDelete