Ketika Farah masuk kerumah mak tiri suaminya,
kebanyakkan anak menantu perempuan mak ngahnya sibuk didapur menyediakan makan
malam. Dengan ajakkan yang bersungguh akhirnya Fadzil dan Farah makan malam
bersama keluarga baru ayahnya. Anaknya Mohd Rizal pula disuapi oleh Nuri
bersama anak-anaknya.
“Farah pergilah makan dengan
mak..biar kak Nuri suapkan makan anak Farah tu..Tak apa ke kalau makan sekali
dengan anak-anak akak ni, siapa nama anak Farah ni.”.
“Mohd Rizal kak”. Farah
mendudukan anaknya bersama anak-anak Nuri yang semuanya mengadap uminya untuk
disuapi makan.
“Ok pula anak Farah ni dia
tak takut orang ye”.
“Mungkin dia duduk pusat
penjagaan kanak-kanak setiap-tiap hari
berjumpa berlainan orang. Itu yang dia
tak takut dengan orang tu. Tapi Farah takut kalau biarkan dia sorang kat luar
dia akan ikut orang yang mengamit, dia tak kira orang tu dia biasa jumpa atau
pun tidak”.
“Yelah Farah kena tenguk, bahaya tu”. Kini Farah sudah
dapat menangkap gambaran sebenar keluarga mak ngah merangkap emak tiri suaminya.
Akhirnya usai solat jamak
Magrib dan Isyak yang diimam oleh menantu Hajjah NorIza Fadzli, Fadzil
sekeluarga pulang. Tiga buah kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah
Hajjah NorIza. Ketika itu anak-anak Hajjah NorIza juga pulang ketempat mereka
mencari rezeki yang pulan malam itu NorAmisha dan Hassan bersama keluarga mereka. Mereka
di iringi hingga kehalaman rumah dengan pesanan...
“Pandu kereta elok-elok. Baca
doa, baca ayat seribu Dinar baca ayat Kursyi”. Sememangnya itulah pesan emaknya
sebelum mereka mula bergerak. Esok selepas Subuh pula dijangkakan Syukri
bersama keluarga dan adik bungsunya pula yang akan pulang.
==================
Setelah semua anak-anaknya
pulang. Kini dia tinggal berdua sahaja dengan suaminya. NorIza termenung duduk
dikerusi didepan pintu..
“Dahh tinggal kita berdua
sahaja Nor”.
“Haah De..Bila semuanya dah
balik sunyi pulak rumah ni”.
“Uda ada ni pun sunyi juga
ke?” NorIza hanya tersenyum memandang suaminya yang sudah mencapai dan
menggengam tanganya. Gengaman tangannya berbalas bila isterinya juga turut
menggengam tanganya. Hajjah NorIza bangun dan berjalan masuk kedalam rumah
diikuti oleh suaminya di belakangnya. Bermula kehidupan berumah tangga mereka
berdua kini.
Didalam kereta Honda
Arccord…
“Imah! akak tenguk Pak De tu
macam sayang sangat kat emak kan, Mah”.
“Haah kak, Imah takut emak
tak ingat kat Imah lagi bila dah ada Pak De ni”. Kelihatan wajah Imah
mula mendung dan muncungnya mula panjang.
“Imah cemburu kan Pak De ke?
Tak kan lah macam tu. Kita kena fikir
yang positive. Imah kena ingat emak tinggal sorang, walaupun dia dah tua tapi
bahaya untuk seorang perempuan memang sentiasa ada. Bila ada Pak De keselamatan
emak lebih terjamin. Imah kena fikir makin lama emak akan kesaorangan. Dulu
Imah teman kan emak bila Imah masih sekolah dan duduk dengan emak. Ni Imah
pergi belajar jauh pula tu Sabah..bila cuti semesta baru emak ada teman kat
rumah. Tak lama lagi Imah tamat belajar, Imah tentu hendak mencari kehidupan sendiri. Takkan dah belajar
teruk-teruk Imah tak nak kerja, kalau pun Imah tak kerja suatu hari Imah kena
kahwin juga, jadi emak kena tinggal
sorang juga. Emak tak akan biarkan Imah tak khawin sebab nak jaga dia, Mah…”
“Imah tak pernah terfikir
macam tu ngah..terima kasih kerana ingatkan Imah, kalau tak Imah asyik ingat
kepentingan diri Imah sendiri”.
“Ye Mah, anagah sebenarnya
kesiah dengan along”.
“Kenapa pula dengan along
ngah?”.
“Along tu lah orang paling
risaukan emak, angah betul-betul hormat along. Imah tahu tak tiap-tiap tengah malam along akan lalu depan rumah emak nak
pastikan emak dalam keadaan selamat. Masa Imah duduk kampong lagi along takut.
Kata along kadang itu sampai tiga kali dia lalu depan rumah emak kemudian duduk
sekejap nak pastikan tak ada apa berlaku pada emak dan Imah. ”
“Sampai begitu sekali along
jaga kami ngah”.
“Ia Mah..Jadi sekarang ni kita
patut bersyukur emak berjumpa jodohnya
dengan Pak De. Kita pun tahu pak de macam mana, kita tak takut atau curiga emak
kita dianiaya dengan suami baru.Tapi angah yakin kalau tak mak de meniggal kat
Mekah, mak tak akan kahwin sampai
keakhir rasanya. Along cerita dengan angah, hari sebelum dia nikah dia call
along dia menangis…dia kata tak terifikir masih ada jodoh dia selain arwah ayah
kita.”
“Kenapa agaknya emak
menangis..emak terharu ke Pak De nak kan dia”.
“Hssy kamu ni Mah cuba jagan
buruk sangka kat emak kita. Imah macam tak tak tahu emak kita macam mana”.
“Bukannya buruk sangka hanya
Imah nak tahu kenapanya yang emak menangis bila Pak De ajak dia nikah”
“Bukannya terharu kerana
suka. Dia menangis sebab tak sangka kemudian dia rasa tak sanggup..tak sanggup
menerima kalau kita bencikan dia, bila dia dah ada suami, dalam erti lain dia
tak sanggup kehilagan anak-anaknya. Imah nak tahu yang sebetulnya dulu ada
orang pinang emak tapi emak tak mahu.”
“Ia ke angah..mana angah
tahu?”
“Masa tu arwah atuk dan
nenek masih hidup lagi. Ada orang datang
tanya kan emak. Lepas tu nenek dan atuk
tanya pada along dan angah. Masa tu kita orang
masih belajar lagi rasanya...along kata tanyalah emak. Tapi depan along,
angah atuk dan nenek..emak tolak pinangan orang tu.”
“Orang kampong kita ke
ngah?”
“Entahlah..tapi seingat
angah bukan orang kampong kita, hanya dia dikenalkan oleh orang kampong kita.
Dengar cerita orang tu orang kaya”.
“Wah kalau tidak kita jadi
anak tiri orang kaya ngah, entah-entah dia bagi kita sorang sebiji kereta kalau
emak jadi kahwin dengan dia..masa tu angah tak tanya emak nak dijadikan bini
nombor berapa”.
“Amboi Imah ni berangan yang
seronok sahaja, tak fikir benda lain. Kalau nak kereta, kerjalah cari duit sendiri
Mah. Apa nak diharap harta orang nanti kita yang rugi. Dengar cerita, orang tu
isteri dia dah meninggal, tapi anak masih kecil-kecil lagi. Mungkin sebab itu
emak tak nak. Ialah dia nak jaga kita,
lepas tu kena jaga anak tiri lagi kan susah. Emak dulukan anak-anak dia
dari nak orang lain Mah.”
“Untung kita kan ngah dapat
emak macam emak kita tu. Ngah ceritalah pasal emak menangis bila nak nikah.Ialah
macam mana boleh sampai ternikah dengan Pak de. Dia paksa emak ke??”
“Emak tidaklah dipaksa, tapi mungkin
dia serbasalah. Ialah selama ini dia boleh mengharungi hidup dengan anak-anak
sahaja tiba-tiba terpaksa bersuami pula. Dia tak ada pilihan sebab nak
mengelakkan dosa. Nak tumpang mahram wanita lain rasanya berat sangat. Ialah
orang yang kita kenal baru beberapa hari, lepas tu nak tumpang suami (mahram)
tentulah rasa kekok. Tapi kalau tak ada mahram macam mana nak pergi masjid, nak
buat Umrah. Mungkin Allah bagikan sebab untuk menyampaikan jodoh emak. Pada
angah jodoh emak ni ketentuan Allah jadi jangan kita rasa ralat”.
“Imah tak rasa ralat. Suka
juga pak de jadi ayah Imah. Lagi pun dari dulu lagi semua hal kita Pak De
yang akan tolong. Dari alang sampai Imah
kita orang masuk Universiti Pak De yang hantar. Dari along,
angah dan uda dia yang pergi meminang, Alang Pak De juga yang jadi wakil terima pinangan orang . Secara tak lansung
memang dari dulu lagi dia dah jadi macam ayah kita kan ngah. Nanti kalau Imah nak
nikah dah senanglah sah-sah memang Pak De yang uruskan..diakan dah jadi ayah
tiri kita, dia boleh jadi wali tak kalau
Imah nikah”.
“Tak boleh Mah, kalau
disebabkan dia tu ayah tiri kita, tetapi dia boleh mewalikan kita sebab dia
bapa saudara kita yaitu adik beradik sebelah ayah. Tapi Mah bapa saudara hanya
boleh mewalikan kita KALAU kita dah tak ada datuk sebelah ayah atau tak ada adik
beradik lelaki atau tak ada anak saudara lelaki. Imah ni, kenapa nak cari susah..
along ada, angah ada, Uda pun ada nak mewalikan Imah apa nak digaduh kan. Perkara senang jangan disusahkan... Ehh Imah dah ada calon ke..periksa baru nak mula
dah fikir pasal wali nak nikah ni.”
“Angah ni baru nak happy,
kenapa ingatkah Imah pasal periksa pula..potong stim betul lah angah ni”.
Berdekah-dekah Syukri dapat mengenakan adiknya. Nuri pula menutup mulutnya
kerana menahan tawa takut Imah marah
nanti bila dia juga turut mentertawakan dirinya..
“Bila Imah mula periksa?”
“Akak ni orang tak nak ingat dia tanya pula. aaah”.Sambil menutup
telinganya Imah menjerit dicelah dua lututnya. Dua nak saudara yang sedang mahu
lena terjaga mendengar jeritan mak sunya.
“Taak kalau kitaorang tahu
senang nak bagi nasihat, lepas tu boleh solat hajat minta Imah tenang bila
jawab periksa.Lagi satu jaga makan. Orang kata masa periksa ni jangan makan
makanan yang pedas sangat, nanti kita cepat putus asa. Sebab rasa panas dari dalam kan..bila tak
ingat apa yang kita baca, hati jadi geram padahal kalau kita bertenang apa yang
kita baca boleh diingat. Kalau boleh masa periksa makan makan yang mengandungi
protin yang tinggi. Macam tempe, tauhu atau ikan. Makan pisang pun bagus Mah, pisang boleh menguatkan daya ingatan. Lepas
tu kuahnya makan sup sahaja”.
“Ialah itu makan sup. Nuri
nak tahu Imah ni hantu pedas..tak pedas nasi tak boleh nak masuk dalam
kerongkong dia”.
“Taklah ngah sekarang dah
kurang sikit. Sebab sekarang ni kalau makan pedas sikit perut jadi memulas.
Imah kena jaga makan juga, takut dalam dewan periksa asyik nak ketandas kan dah
rugi masa”.
“Kalau dah ingat macam tu
eloklah. Angah dokan apa yang Imah dah baca boleh digunakan dalam dewan periksa
nanti. Tenangkan hati baca selawat banyak-bayank masa masuk dewan nanti ye.”
Sudah dua bulan Haji Mohd
Noh dan Hajah Noriza pulang dari Mekkah. Ini bermakna sudah dua bulan juga
mereka menjalani hidup berumahtangga dengan rasa yang sangat bahagia. Bagi Hajjah
NorIza kehidupanya bertukar ke180 darjah dari hidup harianya yang dahulu.Tidak
disangka pertambahan dipangkal namanya (Gelaran Hajjah) membawa perubahan dalam
hidupnya.
Pagi minggu itu sedang mereka
mengembur tanah untuk tanaman bunga dihalaman rumah mereka, sebiji kereta
berhenti tidak jauh dari mereka bekerja. Haji Mohd Noh sangat mengenali kereta
itu. Kereta nasional PREVE berwarna coklat cair. Haji Mohd Noh berdiri sambil
memerhati pemandu kereta keluar dari keretanya. Itulah kerja-kerja yang mereka lakukan
setelah usai solat sunat Israk sambil menanti tibanya waktu solat Duha, mereka
berdua akan menanam di sekeliling rumah. Menyiram sayuran yang ditanam
dibelakang rumah lepas itu akan kehalaman pula membelai pokok-pokok bunga
mereka.
Haji Mohd Noh berdiri sambil
memberi seyuman kepada orang yang membuka pintu kereta kemudian berjalan
menghampirinya.
“Assalamulaikum Emil…datang
sorang sahaja ke mana Uwais dan suami kamu tak ikut sekali”.
Hajah NorIza juga bangun
memandang dua beranak yang bercakap-cakap. Manalah tahu Emil kini anak tirinya
mahu menghulur tangan untuk bersalaman dengannya.Tetapi tidak rupanya ayahnya
pun tidak disalami inikan dirinya. Wajahnya kelihatan kelat sahaja.
Yang sebenarnya Hajah NorIza
tahu pernikahan dia dan Mohd Noh tidak dapat diterima oleh anak sulung
suaminya. Suaminya menceritakan itu setelah selesai majlis kenduri tempuh hari.
Setelah semua anak-anak NorIza pulang, dengan mata berkaca Haji Mohd Noh
menceritakan penerimaan anak-anaknya tentang pernikahan mereka.
“Uda tak kesal ke anak-anak
Uda menjauh kan diri dari Uda bila Nor masuk dalam hidup Uda”.
“Tak apalah mungkin satu
hari nanti mereka akan sedar juga. Pada Uda, Nor lebih penting dalam hidup Uda
sekarang. Lagi pun anak Nor pun ada untuk Uda menumpang kasih anak.”.
“Tapi kasih anak kandung
lain..”.
“Pada Uda mereka sama macam
anak Uda juga. Mereka anak saudara Uda darah mereka sama dengan darah Uda ni..
darah Imam Hassan. Yang sebenarnya sejak abang Ajak meninggal, Uda dah anggap anak-anaknya
sama macam anak-anak Uda”.
“Terima kasih De kerana
memberi perhatian pada kami selama ni”.
“itu dah memang tanggung
jawab Uda”.Itulah kata-kata suaminya tempuh hari.. Kenangan kata-kata suami
selepas kenduri terbantut bila mendengar suara anak tirinya.
“Walaikumsalam..Uwais ada
dalam kereta tu Emil yang tak kasi dia keluar, ni datang kejap saja ni. Abang
Latif tak datang katanya dia nak balik kampung jenguk emaknya”. Sambil bercakap
dengan ayahnya Emil tidak pun memalingkan muka
untuk memandang kearah Hajah NorIza, sungguh ketara kebencian Emil kepada
emak tirinya..
“Jomlah masuk. Nor! buatkan
Emil ni air..panggilah anak kamu sekali Emil kita minum sama-sama..” Berderau
darah Emil bila ayahnya memanggil isteri barunya dengan panggilan Nor. Ertinya
Nor untuk NorIza mak ngahnya dan emak
tirinya sekarang. Kini sudah terbukti apa yang telah diceritakan oleh mamanya
dulu. Telahan mamanya tepat ‘Nor’ yang disebut dalam igau Mohd Noh adalah
NorIza.
“Tak payah..tak
payahlah..Emil nak kat luar ni sahaja. Emil pun nak cepat ni. Emil singgah ni
nak tanya ayah, berkenaan duit pencen mama. Dua bulan ni ayah kan yang ambi
duit pencen tu. Jadi Emil nak duit itu, duit tu hak anak-anak mama. Emil tak
rela orang lain guna duit pencen mama”. Meluncur laju kata-katanya tampa
teragak-agak bila mendengar nama Nor untuk NorIza. Hatinya hangat sebab itulah
laju sahaja perkataanya tiada segan silu tiada teragagk-agak. Pada Haji Mohd
Noh pula pertanyaan itu bagai bom meletup ditepi telinganya. Dia tidak
menyangka kebiadapan anaknya sendiri
bila bertanyakan duit pencen arwah isterinya dengan maksud yang jelas. Adakah
dia menuduh dirinya menyara isterinya sekarang dengan duit pencen dari arwah
isterinya?.
“Ayah minta maaf Mel duit tu
ayah dah gunakan…”. Oleh kerana hatinya yang hangat, Emil memintas kata-kata
ayahnya yang tidak sempat dihabiskan hingga kehujung.
“Ayah!!tak patut.. sungguh
ayah tak patut..tak kan ayah guna duit mama tu untuk menyara mak ngah. Kalau ayah mampu kahwin lain
ertinya ayah mampu menyara isteri ayah dengan duit dari usha ayah, bukan duit
arwah isteri ayah.”.
“Emiil cubalah dengar ayah
habis cakap dulu, duit makan ayah dan mak ngah
duit pencen ayah. Ayah tak ambil walau satu sen pun duit pencen arwah
mama Emil. Tapi duit tu ayah guna untuk buatkan haji mama tahun depan. Semalam
ayah baru pergi Tabung Haji bayarkan..”
“Habis haritu mama tak buat
hajilah. Habis rugi sahaja duit yang mama bayar dengan Tabung Haji hilang macam
tu sahaja. Atau mereka ada pulangkan pada ayah…tapi ayah dah guna..”.
“Emmilll !!apa buruk sangat
ke peragai ayah dimata Emil. Kenapa sejak mama tak ada, rasa hormat Emil pada
ayah tak ada langsung. Ayah ni masih ayah Emil walaupun ayah dah nikah dengan
orang lain”. Bila melihat anaknya menundukkan muka Haji Mohd Noh melembutkan
suaranya.
“Mama tak sempat nak buat
haji hari tu. Hari pertama sampai Mekkah selesai Umrah pertamanya dia dah
meninggal. Ini bermakna dia hanya sempat buat Umrah sahaja. Ayah pun terlupa
tanya pihak Tabung Haji masa kat Mekkah hari tu. Tapi semalam bila ayah tanya
pihak Tabung Haji diorang kata memang tak ada Haji untuk arwah mama. Jadi ayah terus daftarkan upah haji
arwah mama tahun untuk depan”.
“Ayah Emil memang suka tanya
depan-depan. Emil tak suka simpan dalam hati”.
“apa dia yang Emil nak
tanya”.
“Ayah dengan mak ngah memang
bercinta ke..dulu mama ada cerita dalam hati ayah ada perempuan lain. Nama
perempuan tu Nor. Ayah ada sebut nama tu masa ayah tidur. Nor yang ayah sebut
mak ngah ke?”.Haji Mohd Noh hanya mendiamkan diri. Padanya tak guna bercerita
dengan anaknya. Itu kisah lama. Melihat
ayahnya hanya mendiamkan diri terus sahaja Emil meluahkan rasa tidak puas
hatinya.
“Emil sebetulnya tidak rela
kalau ayah guna duit pencen arwah mama. Jadi setiap bulan Emil nak duit pencen
mama tu”.
“Oklah Mel kalau itu tujuan
Emil datang jumap ayah, ayah faham. Untuk senang kan Emil Isnin ni, kita pergi
bahagian pencen, nanti ayah buat surat ambil pencen mama pakai nama Emil
sebagai wakil ayah. Jadi nanti tak payahlah ayah yang ambil pencen tu.Takut
pula ayah terguna duit pencen arwah mama Emil tu untuk bagi isteri baru ayah makan pula.”
Mendengar kata-kata ayahnya,
Emil mula berpusing mahu menuju kekereta. Yang sebenarnya kereta yang di
pandunya sekarang juga kereta arwah mama dan ayahnya kereta nasional PROTON PREVE.
Kereta itu dibeli lima tahun sudah. Ketika itu Siti Khadijah bergitu beria-ia mahu kereta keluaran terbaru Proton. Dengan
menggunakan duit faedah pencen mereka berdua, sebuah kereta Proton Preve terpakir dihadapan
rumah. Rumah yang diduduki oleh
keluarganya dulu terbiar kosong bila ayahnya sudah duduk dirumah mak ngahnya
(Hajah NorIza). Dia hanya akan melawati rumah keluarganya seminggu sekali
sahaja. Dengar cerita Emil sedang meguruskan pertukaran sekolah untuk
membolehkan dia mengajar disekolah disekitar dikampungnya.
“Ehh Mel tak masuk dulu
ke..jomlah minum dulu mak ngah dah siapkan air tu”.
“Tak payahlah yah Emil nak
cepat, nak tenguk rumah. Nak kemas sikit, malam ni kami nak tidur situ.” Tampa
berpusing memandang ayahnya Emil mengeluarkan kenyataannya. Hatinya panas bila
menerima kenyataan ayahnya berkahwin dengan kekasih hatinya. Sebelum dia
meletup baik dia mengundurkan diri. Dia kasihan dengan arwah mamanya yang
seakan tertipu dengan lakunan ayahnya. Berpuluh tahun mereka bersama tidak
disangka ada wanita lain dihati ayahnya. Begitulah hati seorang wanita yang
cemburu bila dihati suaminya ada terpahat nama wanita lain. Tetapi patut kah seorang anak marah bila ayahnya bernikah
lain walaupun dengan kekasihnya setelah kematian mamanya..
(Bagi pembaca kes macam ni
kalau kita yang mengalaminya macam mana? Dan apa istilahnya yang di alami oleh
Siti Khadijah atau pun Emil cemburu buta cemburu celik dan Patutkah kita
cemburu. Jika suami kita hanya mengenang tetapi tidak pergi kepada wanita yang
dikenang) tak dalam cerita hanya nak Tanya.
Hajji Mohd Noh hanya dapat
memandang langkah anaknya sahaja. Hati sungguh terguris dengan apa yang
dituturkan oleh anaknya sendiri. Hajah NorIza bergegas menjenguk keluar rumah
bila mendengar deruman kereta meninggalkan perkarangan rumahnya.
“Ehh mana Emil De, kenapa
tak ajak dia masuk… Nor dah siapkan air dah De”.
“Dia tak nak minum, katanya
dia nak cepat tenguk rumah. Nak berkemas dia nak tidur situ malam ni”. Hajjah
NorIza terkesan ada garis sedih dibayang
mata suaminya.
Setelah mandi dan berwuduk
Haji Mohd Noh dan Hajjah NorIza menunaikan solat sunat Duha. Memang begitulah
rutin harian mereka. Sebelum kedapur mereka akan menyempurnakan solat sunat
Duha dulu. Tetapi solat sunat Duha Haji Mohd Noh hari itu agak lama. Setelah
selesai solat dia masih duduk disejadahnya seakan termenung, dia terlupa isteri
dibelakangnya yang menanti untuk bersalaman. Setelah agak lama Hajah NorIza
menunggu suaminya memusingkan badan tetapi dia tetap menekur memandang sejadah,
akhirnya dia sendiri mengesut menghampiri
suaminya, disentuhnya sedikit bahu suaminya bila suaminya mengangkat muka
memandang dirinya …
“Uda sedeh ke? kalau Uda
rasa serba salah membuat pilihan….” Belum sempat kata-katanya tamat dirinya
disambar lalu dipeluk kemas dan kejap.
“Jangan teruskan perkataan
itu dan jangan ada sekali pun melintas perkataan itu dalam hati Nor..Uda tak
rela. Uda tak akan lepaskan kebahagiaan Uda sekarang, disebabkan anak yang tak
tahu langsung menjaga kebajikan ayahnya. Yang Uda sedehkan Emil tak mengandaikan Uda ini ayahnya. Tak
diandaikan dari benih Uda ni lah dia lahir, tak diandaikan kasih sayang Uda
pada dia selama ini. Bagai manakah Khadijah mendidik anak-anak Uda selama ini,
sampai tiada langsung rasa kasih bila memandang Uda ni, sekurang-kurangnya
hormatilah Uda ni sebagai ayah.” Bergetar suaranyan meluahkan apa yang ada
dihatinya. Sebenarnya dia tidak kesal bernikah dengan NorIza. Hanya dia rasa
terkilan melihat sikap anaknya Emil Atilia.
“De jangan disalahkan orang
yang dah meninggal..kesian dia kat sana. Redha kan sahaja. Anggaplah ini ujian
untuk Uda. Kalau mampu kita berdoa supaya hati anak-anak lembut dengan Uda, doakanlah.. In Syaa Allah
doa ayah ibu kan mustajab untuk anak-anaknya.”
“Alhamdullilah Nor ingatkan
Uda, kalau tak Uda hanyut dalam rasa terkilan Uda ni. Ialah Uda akan sentiasa
berdoa agar anak-anak Uda sedar dengan perbuatan mereka. Nor! Uda sayang Nor. Itulah sebabnya Uda suka pangil Nor
dengan Panggilan Nor. Nor adalah cahaya untuk hidup Uda. Harapnya kita akan
bersama sampai Uda menutup mata ye”. Menitik air mata sayunya dari tubir
matanya yang tua. Cukupan terimakasih hinggap kedahi isterinya. Bila dahi
isteri lepas dari bibirnya, ditarik isteri yang masih bertelekung sekali lagi
lalu didakap erat mencari kedamaian hati. Lama dia begitu hingga reda sedikit
perasaanya. Bila pelukkan dileraikan..
“Nor nak masak apa tengah
hari ni… jomlah kita kedapur, Uda nak tolong ni.” Haji Mohd Noh memesongkan fikiranya kepada
menu mereka tengahari itu. Hatinya jadi lega bila mendengar kata-kata semangat
dari isteri. Mereka melipat sejadah dan menuju kedapur.
Itulah sekarang kegitanya. Selesai
solat subuh sementara menunggu waktu Isyraq mereka akan mengaji selembar dua.
Usai sunat Israk mereka akan kedapur menyediakan sarapan pagi. Selesai
bersarapan mereka bersama kebelakang dan
kehalaman rumah menyiram tanaman. Kemudian bersama-sama kedapur semula untuk
makan tengahari mereka. Kadang-kadang Haji Mohd Noh tidak juga menolong hanya
menjadi teman berbual isterinya sahaja. Baru dua bulan mereka bersama namun
sudah tercipta keserasian antara mereka..tidak susah mana mencari keserasian
kerana mereka yang mencari keserasiaan itu.
(Solat Sunat Isyraq dua
rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran
setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit
setelah terbit matahari.
Diberi tempoh masa 12 minit
ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang
yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang
solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Tempoh masa Solat Sunat
Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah
Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.)Mak teh ambil di Mr.Google.
Kalau kita bahagia masa yang
berlalu tidak terasa. Dalam tak sedar sudah sembilan bulan usia pernikaan
mereka. Baru sebentar tadi Syukri menghubungi
mengatakan Nuri sudah melahirkan anak kemabr lelaki. Hatinya sudah tidak
sabar hendak bercerita berita gembira dengan suaminya. Ketika Nuri memberi
tahunya dulu bahawa dia mengandung anak kembar
hati sangat teruja…
“Untungnya Nuri dapat kembar
kali ini. Nuri ada keturunan kembar ke Nuri?”
“Entahlah mak setahu Nuri
tak ada. Nuri tanya juga pada nenek busu semalam sejarah keluarga Nuri sebelah
ibu Nuri dia kata tak ada..kok sebelah emaklah”..
“Biasanya kalau kembar ni
genetik dari sebelah ibu. Kalau keturunan ayah atau suaminya ada keturunan
kembar tak semestinya anak atau isterinya dapat dapat dapat melahirkan anak kembar juga”.
“Ialah mak hari tu doctor
yang periksa Nuri ada menerangkan macam
tu juga. Bila Nuri kata yang Nuri tak ada keturunan kembar sebelah ibu, tapi
dia terang kan mungkin ketidak setabilan hormone Nuri ketika itu. Ovari
Nuri melepas kan dua telur dalam satu
masa. Tapi kalau janin terbentuk dari dua telur kemungkinan besar Nuri akan
dapat kembar tak seiras nanti. Dahlah tak seiras perangai mereka pun tak sama mak”.
Ada 2 jenis kembar: seiras
dan tak seiras.
Kembar seiras berlaku
apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan
kemudian embrio itu terbelah menghasilkan 2 embrio. Embrio akan membahagi menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk.
Kembar tak seiras berlaku
apabila 2 telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma (suami).Ini
menghasilkan 2 embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya
terhasil 2 orang bayi.
Kembar seiras berkongsi gen
sesama sendiri (jantina mereka serupa i.e. lelaki-lelaki atau
perempuan-perempuan), tetapi sebaliknya bagi kembar tidak seiras. Jantina bagi kembar tak seiras boleh jadi
sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama
(lelaki-perempuan).
“Tak kira lah Nuri. Mak
bersyukur tambah lagi cucu emak tahun ni, kamu bagi emak dua orang sekali gus… suka emak. Bila Nuri
bersalin ni?” Dari hujung talian suara emak mertuanya kedengaran ceria, Nuri
dapat membayangkan seyuman emak mertuanya melebar..
“Dijangkakan lagi 4 bulan mak. ”
“Alhamdullilah tahun lepas
mak dapat tiga orang cucu long, alang dan uda. Tahun Nuri pula dua sekali.
Ramai dah cucu emak kan Nuri. Along kamu 5orang, Syukri bakal 5orang, Alang 2 orang,
Uda pula sorang berapa tu Nuri..”.
“Bakal 13 orang mak.”
“Sejak mula lagi ke Nuri
dapat tahu dapat kembar ni”.
“Entahlah mak , hati ada
berdetik tapi tak yakin, tapi mengandung kali ni lain sangat Nuri rasa. Sejak
mula mengadung Nuri dah muntah-muntah terutama waktu pagi. Mengandung yang tiga orang dulu Nuri tak tahu yang Nuri
mengandung, tak ada pun mornig sickness atau
tak ada kata tak lalu makan, yang menjadikan Nuri tahu Nuri mengandung
bila abang tak boleh nak makan makan kat kedai. Setiap kali Nuri mengundung dia
kelaparan sebab memang tak boleh nak masuk restoren. Macam Wafi dulu dah
bergerak dalam perut baru Nuri tahu Nuri mengadung. Lagi pun yang ini perut
Nuri cepat besar, ni baru lima bulan dah nampak mak, dah terbonjol sangat.
Abang pun perasan. Kalau dulu besar macam ni Nuri dah nak bersalin mak.”
“Syukri tahu tak Nuri mengandung
kembar”.
“Mulanya dia tak tahu hanya
syak sahaja”.
“Nuri tak bagi tahu dia?”
“Masa mula mula tu Nuri tak
yakin Nuri mengandung kembarjadi, Nuri tak bagi tahu.Kalau bagi tahu nanti
kalau tak betul kecewa pulak abang. Tapi
tiga hari lepas bila doctor yang periksa
scan nampak bentuk baby ada dua. Dah sah memang Nuri mengandung kembar barulah Nuri bagitahu
abang. Bila abang dapat tahu saja terus dia ajak pergi scan sekali lagi kat
klinik swasta nak tenguk pula.”
“Memang dah sahlah Nuri
dapat kembar..Kalau scan kandungan dah lima bulan rasanya dah nampak jantina
diakan. Ni nampak tak Nuri?”.Rasa teruja Hajah NorIza ingin tahu jantina
cucunya kali ini.
“Nampak yang sorang
saja..lelaki, yang sorang lagi terlindung, tapi abang harapkan kembar
sepasang.” Sejak hari itu NorIza
menghitung hari..menanti kandungan Nuri cukup bulan. Rupanya empat bulan yang
dikatakan oleh Nuri tidak lama, sebentar tadi Syukri sudah menghubungi
mengatakan Nuri sudah selamat bersalin. Hatinya jadi tidak sabar hendak terbang
keKampung Subang. Tetapi suaminya belum pulang lagi untuk dia meminta izin
pergi kerumah anak menantunya.
Sambil menanti suaminya
pulang NorIza duduk disofa ruang tamu, mengingati apa yang diceritakan oleh
Syukri tadi. Bersalin kali keempat Syukri mendaftarkan isterinya bersalin
dihospital Swasta. Mudah hendak menemani isterinya kata Syukri tadi.
“Asalamualaikum mak, Syukri
ni, nak bagi tahu emak Nuri dah selamat bersalin mak”.
“Bila dia bersalin Syukri??”
“..Ni Syukri baru keluar
dari bilik bedah mak”.
“Nuri buat pembedahan Syukri?”
“Ia mak, anak sonsang itu
yang terpaksa dibedah.Tapi dah selamat dah, Syukri dapat dua-dua lelaki mak. Kesian
betul Syukri tenguk Nuri tadi, rupanya kena bedah ni teruk mak. Nuri menangis dan
tak berhenti sebut ALLAH tadi, bila nurse tanya kenapa dia menangis dia kata
sakit. Mereka bagi sekali lagi ubat bius. Syukri nampak sendiri mereka
keluarkan anak dari dalam perut tu.. macam kita cabut ubi mak. Sampai bergegar
katil diaorang tarik baby tadi. Syukri dah ambil keputusan, ini anak kami yang
terakhir cukuplah lima orang anak kami
mak. Tak sanggup rasanya nak tenguk Nuri bersalin lagi.”
“Kalau macam tu kamu kena
berhati-hatilah jangan sampai Nuri mengadung lagi. Lagi pun kalau kita bersalin
melalui pembedahan anak dah berumur tiga tahun baru boleh mengandung
lagikan.Kamu kena berhati-hati nanti jadi mudharat pada Nuri”.
“Tak mak, kali ni memang selamat,
Syukri dah minta doctor ikat,(mengikat
salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL)) Jadi tak akan
berlaku kemalangan lagi. Syukri rasa serik tenguk Nuri bersalin bersabung nyawa
nak keluarkan anak.” Baru dua kali dia menyaksikan Nuri bersalin dah rasa
serik.
“Kalau macam tu eloklah.
Anak-anak yang ada ni didik elok-elok, sempurnakan pelajaranya, cukupkan
pelajaran ugamanya. Bimbing perjalanan hidupnya yang berlandas kan ugama. Ajar
hormat orang tua, emak dan ayah”.
“In Syaa Allah Syukri ingat pesan emak tu.”Lama dia berbual
dengan anaknya Syukri. Ketika talian diputuskan suaminya masih tidak pulang
lagi.
Nampak sangat jauh perbezaan perangai dan pegangan antara anak hj. noh dan hjh noriza. Macam langit dgn bumi. Seorang biadap nak mampus, seorang cukup beradap dan penuh kasih sayang. Kesian hj noh. Pada saya lah mak teh, saya boleh terima andai situasi sebagaimana hj noh tu menimpa diri. Insyaallah tak akan terbetik di hati nak jadi macam emil tu. mcm tak ada agama aje. Bodoh tahap gabang, Kita nak buat sesuatu tindakan rujuk dulu dengan orang bijak pandai hukum agama ni bukan redah membabi buta mcm tu. Bagus pemikiran anak2 hjh noriza penuh keperihatinan. Nasib baik emil sorang je gila harta setakat ni. Harap2lah tuhan turunkan petunjuk kepada si emil ni...
ReplyDeletePd mak teh Emil disogok dg cerita tak elok mngenai ayahnya sejak dia remaja itu sbebnya dia mcam tu. Sbab itulah setiap orang berlainan krektornya, bagai mna dia diacu begitulah sikapnya nanti.Dlu ada sorng yg sngt disenangi oleh orng keliling, nasihatnya diguna pakai kalau dia menasihati, tpi bila anak sendiri Nauzubillah. sbab anaknya itu dipelihara oleh nnek sebelah ibunya setelah remaja barulah diambil dan duduk bersamanya. Smpai kesudah anaknya begitu tak boleh dilentur lagi..
ReplyDeletekesian hj md noh....kenapa lah emil tu terooook sgt?
ReplyDeletealhamdulillah nuri selamat melahirkn kembar.
x sabar nk tgk reaksi hj md noh dpt cucu kembar.
-dibah-
Biar la si emil tu bolot sorg harta mamanya. Kalau laki dia kawen lain baru tau. Biadap sgt.
ReplyDelete