“kehduri apa Gery?”.
“Kata ayah kenduri kesyukuran mak ngah selamat sampai,
kemudian ayah tumpag buat tahlil untuk arwah mama, sama sekalilah kenduri
memberi tahu pada orang ramai mereka dah nikah masa kat Mekkah, abang pergi
tak? Kalau pergi bawa Uwais sekali ayah jemput Uwais juga.”
“In Syaa Allah abang pergilah. Gery pergi tak? Kalau
pergi kita naik satu kereta sahajalah kita pergi sama-sama nanti abang pesan
dengan Uwais. Abang nak sama-sama ayah buat tahlil untuk arwah mama dan
meraikan pernikahan dia.” Abdul Latif tidak menghiraukan cebekkan isterinya,
bila mendengar dia pun mahu turut serta meraikan pernikahan ayahnya.
Pada Abdul Latif tiada
salahnya ayah mertuanya bernikah setelah kematian emak mertunya. Tiada apa yang
dimalukan seperti yang disebut-sebut oleh isterinya.. malu kerana mamanya baru sahaja meninggal
ayahnya sudah bernikah lagi.
“Emm eloklah tu. Kalau dah lelaki memang semuanya sama”. Celah
Emil yang kegeraman kerana suami dan adiknya sendiri tidak mengikuti
kehendaknya memboikot pernikahan ayahnya.
“Mel abang fikirkan
betul kata-kata Muaz siang tadi. Allah tu Maha tahu apa yang akan jadi pada
semua hambanya dan tahap kemampuan hamba-hambanya. Ayah di uji dengan pemergian
mama secara tiba-tiba. Kemudian ayah diberi penganti… dia bagi penganti pun
bukan yang muda belia, tapi yang sebaya dengan ayah juga. Dengan pengganti yang
sebaya dengan ayah mungkin ayah tak lupa pada arwah isterinya. Tenguk ni dalam
dia meraikan hari bahagia dia dia buat juga kehenduri tahlil untuk arwah isteri
dia. Emil tak pandang ke apa yang ayah buat pada arwah mama”.
“Dah lah bang, abang pun nak jadi macam Muaz juga. Pada
Emil kalau ayah nak kahwin carikan rumah lain untuk isteri dia duduk, dan kalau
ayah nak berkereta carikan kereta lain untuk bini dia. Emil tak rela sama
sekali ayah guna rumah ataupun kereta yang dibeli dengan duit mama. Duit atau
harta mama hanya untuk anak-anak kandung mama sahaja. Orang lain tak boleh nak
tumpang”. ‘ Memang sudah berkarat agaknya
hati isterinya, nasihat sudah tidak dapat melembutkan hatinya lagi’ keluh
Abdul Latif didalam hati.
Bagai mana tidak berkarat
sejak dia meningkat remaja mamanya sering menceritakan ketidak puasan hati
terhadap ayahnya. Mamanya meluahkan rasa sakit hatinya bila dihati ayahnya
sudah ada wanita lain. Tetapi tidak tahu siapa. Cerita mamanya pada suatu malam
ayahnya mengigau dua tiga kali dia menyeru nama NOR. Bila siang ditanya siapa NOR, suaminya hanya mengerut
kan dahinya tanda tidak tahu. Sejak itu mamanya mula curiga dengan kesetiaan
ayah. Walaupun ayahnya tidak pernah kedapatan curang namun rasa tidak puas hati
sentiasa mencucuk hati kerana terlampau selalu difikirkan..
Apabila mereka berpindah
kekampung Pengkalan Hulu barulah dia tahu NOR yang diseru oleh suaminya didalam mimpi adalah
bekas birasnya NorIza. Tetapi itu hanya andaian sahaja tidak terbukti lagi. Kerana
semua orang memanggil NorIza sebagai Zah atau Izah sahaja. Mereka berdua pula
memanggilnya dengan panggilan kak ngah.
NorIza berkahwin dengan abang Mohd Noh..Abdul Razak dia anak yang kedua
dalam keluarga Imam Hassan. Tapi andaianya bertambah kuat bila Mohd Noh sering
mengambil berat tentang kebajikan NorIza dan anak-anaknya selepas kematian
suaminya Sarjan Abdul Razak.
Ketidak puasan hatinya sering diluahkan kepada
anak sulungnya Emil Atilia. Kini rasa cemburu mamanya menghuni hati Emil pula. Dia begitu cemburu bila adaian mamanya
menjadi kenyataan. Padu tekad Emil tidak akan menghadiri majlis kenduri ayah
dan mak ngah merangkap emak tirinya sekarang. Tekadnya juga padu tidak akan
merestui pernikahan itu. Perlukah restu seorang anak untuk orang tuanya.
Kenduri dengan tujuan
memberi tahu pernikahan Haji Mohd Noh dan Hajjah NorIza, bersama kenduri tahlil
untuk Arwah Siti Khadijah dan Abdul Razak sudah berakhir. Ramai saudara mara dan jiran tetangga mereka yang
hadzir. Tetapi bagi Haji Mohd Noh dia tidak menyangka anak lelaki tunggalnya
bersama anak dan isterinya dan juga menantu sulong dan anaknya hadir sama. Hanya anak perempuan sulong dan
bungsunya sahaja yang tidak kelihatan. Tetapi itu sudah cukup memadai untuk
Haji Mohd Noh. Kalimah ALHAMDULLILLAH bergema
berulang kali didalam hatinya. Pada keseluruhan jemputan sangat terkejut bila
mendengar berita kematian Siti Khadijah
ditanah suci dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Haji Mohd
Noh. Namun lepas itu mengucapkan tahniah
diatas pernikahan pasangan Mohd Noh dan NorIza. Mereka menganggap jodoh mereka
diatas ketentuan Allah.
Usai majlis Haji Mohd Noh
dan Hajah NorIza, anak-anak berserta jiran terdekat NorIza mula berkemas. Farah juga meringankan tulang nya membantu. Itu
yang bisikkan oleh suaminya tadi.
“Farah tolonglah diorang kemas, dahlah kita datang makan
sahaja. Walaubagai mana sekalipun dia tu
mak ngah abang juga. Sekarang dah jadi lagi kuat, sebab dia dah jadi emak tiri abang. Emak tiri ni sama
macam emak kandung, abang dan dia dah jadi mahram sampai akhiratkan.”. Begitulah seorang suami
mengajar isterinya supaya pandai
menyesuaikan diri.
Muhrim
ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.
Mahram
ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah
dengannya. (mak teh baru terjumpa dan mak the letak sini sebagai
peringatan mak teh)
“Ialah Farah tolong tapi abang tolong dukung kan Ijal
ni.” Farah mengunjukkan anak yang
berusia setahun 1 tahun 3 bulan kepada suaminya. Selesai mengemas Farah dan
Fadzil memohon diri, ketika itu sebuah beg plastic dihulur kepadanya. Setelah
selesai berkemas. Sebelum pulang Farah menyalami ahli keluarga Noriza
satu-persatu.
“Nah ni mak ngah bagi…Farah nanti tak payahlah masak
untuk makan malam”.
“Ehh tak payahlah mak ngah..makan kat sini pun dah
kenyang”.
“Tak apalah ada lebih ni, kita bagilah sorang sikit”. Sebenarnya dia
jarang berjumpa dengan anak-anak makngahnya.Kerana bila dia pulang untuk
berhariraya selalunya anak-anak makngahnya sudah pulang semula ketempat mereka
bekerja. Ialah balik hari raya sudah tiga hari. Datang berziarah kerumah
maknyahnya dihari raya yang keemapat…mana nak jumpa.Tetapi pada pandangan matanya
anak-anak mak ngah tidaklah sombong mana, seperti yang selalu digambarkan oleh kakak iparnya Emil atau emak
mertuanya dulu.
Sampai dirumah keluarga suaminya Farah kedapur untuk
meletakkan lauk-lauk pemberian mak ngahnya tadi kedalam mangkuk. Emil keluar
dari biliknya mendengar ada orang didapur dia menjengah dapur.
“Buat apa tu Farah..tak kan dah nak masak..tak kenyang ke
makan kat rumah mak ngah tadi..atau diaorang tak bagi Farah makan”.
“Bukan tak bagi makan kak..kekenyangan Farah, lauk dia
sedap kak, macam tak boleh berhenti Farah makan”. Farah bercerita dengan
gayanya sekali.
“Lauk apa yang sedap sangat tu”. Berkerut dahi Emil mahu
membayangkan lauk kenduri mak ngahnya.
“Lauk biasa sahaja..lauk kampung tapi entahlah Farah rasa
sedap pula, mungkin jarang jumpa agaknya.”.
“Ialah lauk biasa tu lauk apa?”
“Masak lemak labu, ikan keli goring berlada kemudian mak
ngah buat sambal pecal ohh sedap betul sambal pecal dia. Kak!! mak ngah tu
orang Jawa ke, pandai pula dia buat sambal pecal.”
“Ehh masak itu saja ke?.tak ada ayam atau daging ke
Farah. Kalau dah tak ada duit nak but khenduri, jangan buat kenduri ada ke jamu
orang dengan lauk macam tu saja.”
“Hyyys akak ni, lauk macam tulah yang sedap..tadi yang
sebetulnya ada lauk lain rasanya, tapi Farah tak ambil, Farah makan kuah labu
dengan ikan keli tu sahaja. Daging masak dendeng dengan masak kicap ayam untuk
budak-budak yang tak tahan pedas kemudian sayurnya sayur campur. Tadi Farah
suap Rizal dengan kuah lemak labu dengan ayam masak kicap banyak betul dia
makan. Agaknya sedap kat tekak dia labu tukan manis…”. Pot..pot pet Farah bercerita.
Emil menelan hanya air liurnya mendengar
bila mendengar Farah bercerita tentang lauk kenduri mak ngahnya, dia tidaklah
lapar. Pagi tadi mereka bersarapan roti canai dan nasi lemak yang dibeli.
Tetapi bila mendengar menu mak ngahnya perut macam minta diisi pula.
“Dalam plastik tu apa Farah.”
“Ni mak ngah bagi
lauk lagi. Itu yang Farah nak salin dalam bekas, nanti makan malam tak payahlah Farah nak masak
lagi, makan lauk ni pun cukuplah.”
“Eloklah tu..Farah ni tak takut langsung makan lauk yang mak
ngah bagi tu”.
“Kenapa pula nak takut..tak kan dia nak bubuh racun kat
makan Farah pula..Farah tak rasa apa pun”.
“Mana tahu dia jampi nanti Farah jadi takut sahaja bila
nampak dia, Farah akan ikut sahaja cakap dia. Ni baru makan sikit dah kata
sedap sangat lauk dia..emm…akak tak heran lah. Setakat lauk kampung macam tu”.
Emil keluar keruang tamu. Perut jadi berkoroncong bila hidungnya menghidu bau
lauk pauk yang sedang dimasukkan kedalam bekas.
Selesai kerja-kerjanya Farah
mencari suaminya diruang tamu namun tiada, dia menjengah kedalam bilik elok
sahaja suaminya sedang lena bersama anaknya disitu. Kedengaran azan zohor
berkumandang memanggil umat Islam mengerjakan solat. Farah mengejutkan suaminya
agar bersolat. Selesai solat mereka menyambug tidur sekejap sambil menantikan
waktu Asar. Ialah perut pun dah kenyang lagi pun tiada aktiviti lain yang
hendak dilakukan. Yang menjadikan Farah bertambah senang hati, kerana dia tidak perlu memasak untuk makan malam. Semuanya
sudah ada dibawah tudung saji..tinggal disenduk dan disuap kedalam mulut
sahaja.
Lama mereka terlena bila
kedengaran laungan Azan Asar baru lah mereka terjaga. Selesai solat Asar Farah
kedapur mahu memanaskan lauk pauk yang dibawanya dari rumah Hajjah NorIza tadi. Alangkah terkejutnya dia... Lauk-lauk dibawah
tudung saji hanya tinggal saki baki sahaja. Pada perkiraannya tadi lauk-lauk
tadi mahu ditambah sedikit lagi dengan mengorengkan seketul dua ayam yang ada
dibelinya tempuh hari. Dengan hati yang mendugkul marah dia mencari suaminya…
“Bang Farah rasa elok kita balik lah..kat jalan nanti
kita solat Magrib”.
“Kenapa pula, cuti kita kan ada lagi tiga hari…kalau esok
kita balik pun cuti kita masih ada lagi”.
“Malas lah Farah..lebih baik kita rehat-rehat kat rumah.
Kat sini pun bukan ada sesiapa. Ayah pun tak duduk sini..kalau boleh hendak
juga Farah dengar cerita dia kat Mekkah”.
“Kalau macam tu siaplah, lepas makan kita balik. Kalau
tak sayang pula lauk yang mak ngah bagi tu tak ada siapa nak makan nanti”.
“Lauk yang mak ngah bagi tu dah habis, tak tahu siapa
yang makan. Itulah pasal Farah nak balik malas Farah asyik Farah sahaja yang
kena masak…dah lepas masak kena kemas pula, semuanya Farah buat sorang. Farah
nak juga rehat…kita balik lah, kat rumah Farah nak rehat sebelum kita kerja semula.
Kita balik ye bang”.
“Ialah..tapi sebelum balik kita jumpa ayah sekejap. Abang
nak minta maaf pada ayah..sebab mengata-ngata ayah secara tak sengaja”. Farah
mula mengemasi kain baju mereka sekeluarga. Selepas mandi dan bersiap-siap
mereka berpamitan dengan kakak Emilnya yang sedang duduk santai sambil menonton
televisyen diruang tamu bersama suami dan anaknya.
Yang sebenarnya Emil
mendengar apa yang di bualkan antara adik dan isterinya didalam bilik. Tetapi
mahu mengaku dia yang makan lauk kenduri dari rumah mak ngahnya dia malu,
kerana tadi dia sendiri yang mengaku ‘dia
tidak heran’ dengan lauk pauk itu. Dalam diam hatinya mengakui goreng berlada
ikan keli masakkan keluarga mak ngah nya memang sedap bila dijodohkan dengan
masak lemak labu. Itu sebabnya dia makan tidak ingat ‘orang belakang’ tadi. Bila tersedar dua ekor ikan keli sudah
tinggal tulang sahaja dan masak lemak labu hanya tinggal sehelai daun kunyit
dan kuahnya sahaja.
Resepi gorang berlada Hajjah
NorIza. Dia menggunakan cili besar merah dan hijau utnuk sambalnya. Masak lemak
labu pula, labu dimasak dengan udang
kering yang ditumbuk bersama bawang merah dan dimasukkan sehelai dua daun
kunyit. Mudah sahaja tetapi sedap.
Ketika Hazri Fardzil memberi
salam Syukri yang menjenguk keluar rumah..
“Walaikumsalam..Ehh Fadzil
masuklah.. masuklah.”
“Terima kasih bang..datang
nak jumpa ayah sekejap sebelum kami balik ni”.
“Ohh dah nak balik Penang ke?”.
“Ia bang balik cepat ni nak
rehat sikit sebelum memulakan kerja..Ayah ada bang”. Ketika itu Hajjah NoeIza
keluar dari dapur.
“Ohh Fadzil Farah..duduklah
dulu mak ngah kedapur sekejap..”.
“Tak payah ..mak ngah tak
payah susah-susah..saya datang nak jumpa ayah kejap sebelum kami balik ni.”
“Kamu dah nak balik Penang ke
ni? Nanti mak ngah panggilkan ayah kamu.” Tidak lama lepas itu Haji Mohd Noh
keluar menemui anak lelaki tunggalnya. diruang tamu mereka bercakap-cakap
sebentar sebelum Hajjah NorIza mempelawa mereka kemeja makan.
“Sebelum balik tu makan lah
dulu Fadzil Farah nanti taklah susah nak singgah makan pula. Mak ngah pun dah
siap berhidang ni”.
“Ehh tak payahlah mak ngah..tak
payah susah-susah”.
“Tak adanya susah Farah lauk
kenduri tadi sahaja. Meh lah… yang sebenarnya Alang dengan Uda pun nak balik
juga ni tapi mereka balik lepas Magrib nanti. Tu yang siap makan cepat sikit
ni..Jomlah makan sekali”.
Hanya setakat ni mak teh cerita..
tak sempat…..
Tak sabar nak baca sambungan yg seterusnya.... Best mak teh.... Mengubat kelukaan hati menanti kepulangan MH370...
ReplyDeleteBuruk sungguh perangai si emil ni.
ReplyDeleteHehehe.... perangai emil tu cakap tak serupa bikin... Makan juga lauk kenduri tu walaupun konon2nya tak selamat hingga selamat habis semuanya.... Alhamdulillah sikap latif tak macam emil dan fadzil sedar diri. Lapang sikit dada hj noh. Tak sabar nak baca n3 seterusnya mak teh..
ReplyDeleteBagus gak kalau si emil ni diberi pengajaran yg kaw2...biar dia tahu tinggi rendahnya langit ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah fadil dn latif sedar diri.
ReplyDeleteCepat le sambung nk tau ragam si emil yg x malu dh mnghabiskan lauk.
-dibah-