~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 24 August 2013

Bab 42 Tidak terkikis kesal dihati





Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

            Kebahgiaan kini milik mereka berdua. Telah hampir tiga bulan Loqman bersara dan tinggal dirumah. Dia bersara ketika umurnya mencapai 56 tahun. Semua anak-anaknya sudah memapunyai kerjaya masing-masing. AinNur Syifa sudah menjadi seorang doktor dan bertugas di Hospital Tengku Jaafar Seremban bersama suaminya. Mereka telah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Halim juga sudah berkahwin dengan seorang guru rakannya ketika dia belajar diIPG  Miri dulu juga sudah dikurniakan seorang cahaya mata.
            Setelah mendapat keputusan SPMnya Halim memohon untuk menjadi guru.  Dia mengambil kursus Pendidikan Islam. Kebetulan pula dia hanya mendapat 5A dalam peperiksaan SPMnya. Walaupun dia sudah sebulan diterima masuk  di Kolej Metrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, tetapi dia lebih lebih berminat untuk memasuki bidang pendidikkan. Bila sahaja dia menerima panggilan dari di IPG Miri dia bergegas pulang untuk menyatakan hasrat hatinya. Tetapi hasrat hati ditentang pula oleh ayah dan ibunya. Terpaksalah dia mencari jawapan bagi menyakinkan mereka berdua.

“Ayah , ibu angah lebih suka masuk IPG dari belajar kat Matrikulasi Kuala Pilah tu. Lagi pun angah hanya dapat 5A saja. Dah sebulan belajar kat Metrik tu angah rasa susah sangat. Angah takut tak terbawa nanti.” Jujur diterangkan kepada ayah dan ibunya tentang kemampuanya belajar.

“Anagh cubalah dulu, jangan cepat mengalah, baru sebulan angah duduk Matrik, mungkin angah belum boleh menyesuaikan diri lagi dengan cara belajar kat situ. Lagipun keputusan angah buka teruk sangat walaupun hanya 5A sahaja tapi tak ada mata pelajaran yang gagal. Lagi pun kalau angah masuk Matrik angah boleh masuk Universiti nanti. Angah ada ijazah.”

“Belajar kat Matrik ni kena cepat tangkap apa yang diajar ayah. Tak boleh nak cuba-cuba nanti angah juga yang ketinggalan. Lagipun kalau masuk IPG angah dapat Ijazah juga, cuba ayah dan ibu tenguk tawaran ni ‘Ijazah Sarjana Muda...’ kalau angah masuk IPG, tak payah lagi kita nak fikir Universiti mana kita nak masuk nanti, tentu-tentu lima tahun setengah angah belajar satu tempat. Kalau masuk Metrik dah habis esok angah akan tertunggu-tunggu Universiti mana diaorang nak bagi. Lagi pun angah memang berhajat sangat nak jadi cikgu. Angah nak membuka mata anak-anak murid yang angah ajar nanti. Setiap insan ni kalau belajar bersungguh-sungguh akan pandai juga. Angah nak cerita pada anak murid angah nanti, siapa diri angah dulu. Supaya mereka belajar sungguh-sungguh.”

“Tapi Miri tu jauh ngah, susah ayah dan ibu nak jenguk angah nanti” ujar ibunya. Halim melihat pandagan sayu kedua ayah dan ibunya. Mungkin mereka sudah rasa kerinduan atas pemergianya nanti.

“Kak long lagi jauh ayah ibu,  nuuun kat Mesir sana tu, nanti angah buatlah macam kak long, angah call ayah dan ibu selalu. Kalau ada  apa-apa hal angah akan call, ayah dan ibu jangan bimbang.”.

“angah tak rasa rugi ke lepaskan Matrik tu, nanti menyesal pulak.” Cuba ibunya lagi.

“Angah tak akan rasa menyesal bu, lagi pun angah belajar ni dalam bidang ugama,sekurang-kurangnya angah dapat juga ilmu Ugama nanti. Lagi pun kalau diIPG tentu-tentu angah keluar nanti jadi cikgu macam nenek, kalau masuk Universiti angah akan tercari-cari bidang kerja pula, mahu setahun dua tahun baru dapat kerja tetap.” Halim bersungguh menyakinkan kedua ayah dan ibunya. 

            Akhirnya Loqman dan Amirah akur dengan kemahuan Halim. Biarlah dia belajar didalam bidang yang diminatinya. Dia terbang keMiri Sarawak untuk mencari ilmu. Sekarang dia sudah menjadi ustaz di sebuah sekolah rendah di Melaka. Loqman sangat bangga anaknya bergelar ustaz sekarang. Dia juga sudah dua tahun mendirikan rumahtangga dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Isterinya orang Melaka, juga seorang guru, rakan ketika dia belajar diIPG Miri. Tetapi isterinya mengajar Bahasa Inggeris.

Ahmad Firdaus pula setelah mendapat ijazah kejuruteraan dia memohon menjadi inspektor polis seperti ayahnya. Abdullah Hakim masih menyambung pengajiannya diperingkat Master di sebuah Universiti diAustralia selama setahun tahun. Dia bercita-cita menjadi seorang pensyarah. Ahmad Hazril  sedang mengikuti kursus selama lapan bulan, dia bekerja seperti ibunya, buat masa ini dia berkursus di Petaling Jaya. Anaknya yang bungsu Ahmad Fudhail belajar di Univedrsiti Sain Islam Malaysia diNilai.Dia mengambil kursus Farmasi.

            Setelah berpencen lebih banyak masa Loqman untuk berduaan dengan isteri kesayaanganya dirumah. Segala kegiatan mereka lakukan bersama. Rutin harianya jika mereka tidak kemasjid atau kesurau mereka akan solat berjemaah, berzikir dan mengaji dirumah. Kini sudah menjadi amalan setiap hari, diwaktu dinihari pula mereka akan bangun mengerjakan sembahyag sunat tahajjud atau sesekali sembahyang sunat tasbih bersama-sama. Mereka sama-sama mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Pencipta memohon keredhaan dan memohon keampunNya. Mereka juga sedang menunggu giliran untuk dipanggil menjadi salah seorang tetamu Allah, mengerjakan haji ke Mekkah. Mereka berdoa agar dalam waktu-waktu terdekat mereka akan terpilih. Semalam mereka menerima surat dari tabung Haji mengatakan mereka telah tersenarai sebagai calon menunggu. Ini bemakna jika ada kekosongan mereka akan dipanggil oleh pihak Tabung Haji untuk menjadi tetamu Allah.

“Mirah.... hendaknya dapatlah kita keMekah tahun iniye Mirah.”

“Ialah bang... kalau dikira sudah lebih lima tahun kita mendaftar dengan Tabung Haji kan bang,  duit pun dah cukup, itu yang diaorang hantar surat mengatakan kita jadi calon menunggu, kalau ada kekosongan InsyaAllah kita pergilah bang.”

“Emm semoga ada rezeki kita tahun ini Mirah. Abang tak nak tua sangat kita pergi, nanti dah mula sakit-sakit susah nanti kita kat sana nak beribadat.”

“Kita berdoalah supaya kita sentiasa sihat bang. Kan arwah papa pernah pesan kita buat solat taubat dan solat hajat banyak-banyak supaya mudah segala pekerjaan kita kat sana nanti.”
Loqman teingat cerita arwah papa dan mamanya ketika mereka baru pulang dari mengerjakan haji dahulu.

“Man kalau Man ada rezeki dapat naik haji esok, jangan lupa sebelum kita pergi lagi buatlah solat sunat taubat dan solat sunat hajat banyak-banyak. Dah sampai sana nanti buat juga tiap-tiap hari. InsyaAllah mudah segala urusan kita Man.” Pesan papanya.

 “Ia Man mama ni kan sakit lutut, mama risau sangat kat sana mama akan susah papa pula, tapi Alhamdullilah sampai kat sana mama tak sakit lutut pun Man. Sebelum hari Artafah tu, lima kali kami buat umrah. Saie dan tawaf mama jalan sendiri tak payah naik kereta sorong. Ni tenguklah badan mama ni kan dah susut Man, mama rasa ringan sangat.. senang nak bergerak. Papa Man ni rajin betul buat Umrah, lepas tu kalau tak buat Umrah setiap kali selepas sembahyang fardu papa buat tawaf sunat pula. Lagi satu kan Man kalau hati kita terdetik perkara-perkara yang tak baik cepat-cepatlah beristifar banyak-banyak, yang elok kalau sempat solat, buatlah solat taubat. Pesanan kedua papa dan mamanya menjadi ingatanya kini.  Dua tahun setelah Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah menunaikan Haji, ayah dan ibu Amirah pula memenuhi giliran mereka.


            Sikap romantis Loqman juga semakin menjadi-jadi. Jika dia bersama isterinya dia akan memeluk dan mecium isterinya sesuka hatinya. Tidak kiralah ketika itu mereka berada diruang tamu atau pun didapur. Kadangkala ketika didalam kereta juga ciuman hangatnya akan singgah kepipi isteri kesayagannya. Selalu juga Amirah menegurnya kerana malu bila terlihat oleh orang lain akan perbuatan mereka.
“Bang malulah nampak dek orang, nanti orang kata abang tua keladi tua tak sedar diri.”
“Biarlah, abang tak kisah, abang sayang isteri abang bukan siapa pun, biar orang cakap ‘tengok Loqman tu dah tua pun masih sayang kat isteri dia’”. Selamba sahaja dia menjawab apa yang diperkatakan oleh isterinya disebelah. Ketika itu dia baru sahaja turun dari masjid hendak pulang kerumah setelah menunaikan sembahyang Isyak  berjemaah. Terasa lama dia tidak memandang wajah isterinya bila selesai solat Magrib bersambung pula dengan kuliah agama dan seterusnya solat isyak pula.


Jika mereka didalam rumah lagilah, mengalahkan pasangan pengantin baru, sikap romantik Loqman kepada isterinya. Kalau boleh isterinya didalam pelukkanya sahaja.
“Hssy abang ni,  Alhamdullilah tinggal kita berdua saja kat rumah ni, kalau tak malu kita bila cucu kita nampak.” Ketika itu mereka didapur, Loqman turun kedapur untuk menolong isterinya menyediakan makan tengahhari mereka.

Seperti kebiasaan Loqman akan menolong atau sekadar menjadi pemerhati isterinya didapur. Sebenarnya Loqman mahukan isterinya selalu di depan matanya. Entah mengapa hatinya selalu rindu untuk menatap wajah isterinya, walaupun kini mereka sudah diperingkat warga emas, namun kerinduanya tidak mengira usia.

“Abang tahulah sebab mereka tak adalah abang buat ni, dulu kita tak bolih buat macam ni, hanya boleh kat dalam bilik saja. Sekarang  kita bebas Mirah, dah macam pengantin baru pula kan sayang. Inilah honeymoon kita, dulu tak sempat kita nak pergi honeymoon. Honeymoon kat rumah pun sekejap sangat dua tiga bualan saja Mirah dah teruek..ueek mengandung.”

“Tapi kalau macam nikan bang,  sah tahun depan terkuek seorang lagi.”

 “Ehh Mirah masih boleh mengandung lagi ke? Mirah masih subur?” mereka sama ketawa bila suaminya mengusiknya begitu.

“Mana tahu abang aktif  sangat mengoda Mirah  ni. Bang Mirah ada terbaca satu artikal, setiap wanita jika masih ada darah haid, dia masih subur lagi tau, tak mustahil kalau terjadi, sebab Mirah masih datang bulan lagi. Abang kena jaga-jaga.” Sengaja Amirah mahu mengusik dan menakut-nakutkan suaminya. Dia tahu sekarang ini dia dalam fasa mahu putus darah (Meanepous) kerana kedatangan haidnya tidak menentu.

“Ialah tu, Mirah ni suka dia usik abang kan. Mirah abang tak sangka ingatkan dulu, hidup kalau dah tua dah tak bermakna lagi, rupanya makin tua makin banyak masa kita berduaan macam ni kan.”

“Emm.” hanya itu jawapan Amirah tentang persoalan yang diutarakan oleh suaminya. Suaminya yang masih lagi memeluknya dari belakang dagunya pula tersangkut dibahunya. Sekejap-sekejap ciuman hangat akan hinggap dipipinya..sekejap lagi dibahunya lama.

“Emm wanginya..Mirah pakai bedak apa ni?”

“Abang ni.. Mirah pakai bedak sejuklah bang”.

“Ye ke!! Tapi abang cium wangi sangat”. Makin lama hidung suaminya melekat dipipinya. 

“Abang ni, kalau abang ada sama kat dapur ni, alamat lambatlah Mirah siap memasak. Ni haa lambat Mirah nak bergerak.” Pergerakkannya terbatas bila suaminya tidak mahu melepaskan dirinya dari memelukkanya.

“Jangan bimbang sayang abang nak tolong lah ni. Ni yang cari semangat ni.” 

“Cari semangat apanya, dari tadi peluk takkan tak datang-datang lagi semangat abang tu.” suaminya sudah ketawa besar mendengar bebelan isterinya, mungkin dia kerimasan. Tetapi dia tidak peduli.
Loqman melonggarkan pelukkannya dan memandang rapat kewajah isterinya, kemudian sebuah kucupan singgah dibibir isterinya. Ohh Loqman didapur pun jadi juga.

“Mirah tak suka ke abang buat macam ni?.”

“Suka tu sukalah tapi lama-lamakan bang, dari Mirah tak ada lesung pipit jadi ada pulak lesung pipit kat pipi Mirah ni, dik ciuman abang tu, tapi yang paling Mirah takutkan, bibir Mirah ni sumbing pulak nanti dengan kucupan maut abang tu.” Loqman ketawa lepas... terbahak-bahak dia ketawa lucu benar hati bila di usik oleh isterinya begitu.

“Alah,  ada ke macam tu.” Loqman menarik hidung isterinya.

“Ni satu lagi, kalau abang selalu tarik hidung Mirah yang dah mancung ni, lama-lama hidung Mirah akan jadi hidung Pinacchio masa tu abang jangan lari sebab Mirah dah tak cantik lagi.”

“Ada ke kesitu, sakit ke meh abang tiupkan.”

“Tak mahu lah, ni kacaukan ni.” Amirah memberi tugas kepada suaminya. Sebenarnya dia sedang mengacau masak lemak cili api daging salai diatas dapur.


            Amirah memasakkan masakkan kegemaran suaminya, kerana sudah lama dia tidak memasakkanya. Demi untuk menjaga kesihatan mereka berdua, masak lemak cili api hanya akan dimasak sebulan sekali sahaja. Jika musim khenduri kahwin atau apa-apa khenduri Amirah memasaknya pula dua atau tiga bulan  sekali sahaja. Kini rutin makan mereka hanya yang tidak mengandungi lemak yang tinggi. Seperti masak asam atau masak kari tampa santan. Loqman akur dengan diet makanan yang diatur oleh isterinya untuk menjaga kesihatan mereka berdua. Bukan ramai orang berkata mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum berbagai penyakit singgah kebadan eloklah beringat-ingat. Itu juga pesan mamanya sebelum dia meninggal dunia dulu.

            Pada Loqman walau sudah memasuki usia emas namun dilihatnya isterinya masih menarik lagi, masih dapat menggoncangkan naluri lelakinya. Kalau dilihat dari segi fizikal isterinya itu tidak banyak berubah, mungkin lebih berisi sedikit. Pandai isterinya menjaga dirinya agar kelihatan kemas dan rapi, walau pun tidak bersolek. Setelah berusia Amirah sangat mengambil berat diet pemakananya. Dia hanya makan sesenduk nasi tetapi memakan lebih sayur-sayuran, ikan atau pun ayam setiap kali makan..

“Mirah!!, yang Mirah makan ni sebetulnya lauk bersama nasi. Yang abang ni betul nasi bersama lauk.” Apa bila Loqman melihat pinggan isterinya diisi sayuran dan lauk lebih banyak dari nasinya.
“Mirah ni kena jaga-jaga sikit, nanti Mirah gemuk abang susah nak angkat.” Loqman hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan isterinya.

Selepas makan pula Amirah akan minum secawan air yang telah dimasukkan dengan sebiji limau kasturi kedalamnya. Caranya. Sebiji limau kasturi yang telah dibelah dua tetapi jangan sampai putus, ketika membelah tadi bacalah Bismillah berserta selawat keatas nabi sebanyak tiga kali. Kemudian masukkan kedalam secawan air panas yang baru mendidih, setelah kelihatan limau tadi bertukar warna kepada warna coklat dan air tadi menjadi suam bolehlah di minum, tampa memerah limau tadi. Seelok-eloknya minum selepas mengambil makanan berat. Petua ini diambil dari seorang kawan yang sedang berusha menurunkan berat badannya.

            Amirah juga kini sudah tidak lagi sepemalu dulu. Dia juga sudah pandai mengoda dan bersikap romantis. Bila dilihat suaminya termenung dihadapan komputer membaca berita dari internet, dia akan memeluknya dari belakang dan sebuah ciuman hangat singgah di leher dan bahu suaminya. Kata orang cara itu dapat merapatkan hubungan suami isteri, dan perlakuan itu juga akan menerbitkan rasa kasih dan mesra walau usia kita telah meningkat. 

“Emm, sayang ingatkan siapa tadi.” Loqaman menarik tangan isterinya supaya isterinya terus  memeluknya dari belakang. Dia suka diperlakukan seperti itu.

“Abang ingat siapa? Bidadari ke, kita kan tinggal berdua saja kat rumah ni.”

“Ialah abang ingatkan puteri bunian nak goda abang, abang nikan hansem lagi.”

“Habis, Mirah ni abang nak buang mana, kalau dah puteri bunian goda abang.”

“Itulah yang abang takut, abang tak nak yang lain, hanya Mirah saja yang abang hendak tau. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang, dua tiga boleh kucari, mana nak sama Mirah seorang.”  Mereka akan sama-sama ketawa bila usik-mengusik begitu. Bahagia rasanya.

“Apa yang abang fikirkan sampai Mirah berdiri kat belakang abang pun abang tak perasan?”.

“Ni ha cuba Mirah baca, buang bayi sana sini, tak sayang ke. Cubalah pelihara dulu mungkin besar mereka akan berjasa pada kita, dapat membela nasib kita. Cuba tenguk anak kita Halim, yang bodoh suatu ketika dulu, dah ada ijazah dan dah jadi ustaz pun sekarang, tak ke rugi, kalau kita ambil tahu dulu.”

“Kita selalu lupa kenapa anak-anak degil dan tak dengar cakap susah menerima kebaikkan yang ditunjukkan..kita lupa duit apa yang kita beri anak dan isteri kita makan”.

“Kadang-kadang orang tak sedar Mirah.. ingatkan duit judi duit samun saja duit haram, sedang kan kalau  mereka tak tahu tak jujur dengan kerja dan curi tulang pun menjadikan duit gaji kita tak halal juga… 
sedangkan dengan duit itulah mereka menyara anak isteri. Bila anak degil tak dengar kata nak salahkan didikkan pula.”

“Ialah bang, agaknya itulah punca mengapa anak muda sekarang ramai yang tak ada pengangan. Iman nipis senipis kulit bawang.. sedeh tenguk anak-anak Melayu.. Cuba kita tenguk mat-mat rempit siapa?, kaki dadah siapa?, kes buang anak siapa?, semuanya anak bangsa kita kan bang orang Islam... kadang-kadang tu budak IPTA yang buat,ertinya bukan budak bodoh yang buat tu. Dulu Firdaus ada cerita pada Mirah rakan satu rumahnya ‘gay’.Dah belajar pandai masuk universiti, macam tu pulak corak hidup dia. Jadi macam mana keturunan dan generasi Melayu yang berkualiti akan berkembang. Sedangkan merekalah yang diharap akan membela nasib bangsa dimasa akan datang, jika dah anak anak lelaki berperanagai macam tu?. Lelaki kan tanggungjawabnya lebih besar. Pada merekalah yang kita harapkan, agar dapat mengajar dan mendidik isteri dan anak- anak mereka kejalan yang diredhai Allah..dimana agaknya pegangan agama Islan yang cantik tu agaknya.”.

“Mirah, abang bersyukur sangat, Mirah dapat mendidik anak-anak abang  menjadi orang yang berkuliti. Tenguklah rasanya anak-anak kita dah menjadi manusia yang berjaya. Berjaya dalam pelajaran dan berjaya mendapatkan kerjaya. Rasanya anak-anak kita juga taat pada suruhan agamakan Mirah. Dari segi tingkah laku pula rasanya tak ada yang lain dari orang normalkan Mirah.”

“Bukan Mirah saja yang mendidik anak-anak kita bang, abang juga.  Abang sanggup menjaga masa Mirah kerja malam, lepas Magrib abang dah tak pergi mana, ajar anak mengaji, ambil ambil berat pelajaran mereka. Abang tak pernah jumpa kawan-kawan lepas abang balik kerja. Mirah bukan apa bang, ada kawan-kawan Mirah cerita, suami mereka selalu keluar bila kawan ajak minum atau main kononnya nak keluarkan peluh nak jaga badan, mereka makin sihat.. badan pun makin cantik  tapi anak-anak terbiar tampa perhatian.”Loqman menarik isterinya duduk dipangkuanya. Dia merapatkan muka kedada isterinya. Matanya sudah berkaca-kaca.

“Abang ni, romantis abang dari muda sampai ketua tak pernah kurang. Lagi bertambah adalah.” Komen Amirah kepada suaminya yang sentiasa bersikap romantik kepadanya.

“Sayang abang bahagia sangat, sejak Mirah masuk saja dalam hidup abang, hidup abang  jadi sangat  bahagia Mirah. Dah separuh perjalan hidup kita, abang masih ditemani oleh isteri yang sangat setia, isteri yang sanggup berkorban apa saja dan isteri yang sanggup mendidik anak-anak abang menjadi insan yang berguna dan berilmu. Dan yang paling abang terhutang kepada sayang kerana sanggup mendidik anak abang yang tak berdaya mencari hidupnya sendiri  jika tidak dibimbing, menjadi insan yang berjaya kini. Dah lama abang nak ucapkan terima kasih tapi abang tak pernah diberi peluang, sebab sayang tak pernah nak bagi peluang untuk abang nak ucapkannya.”

“Kenapa abang cakap macam tu, kan semua itu adalah tanggung jawap yang wajib dilaksanakan.”

“Betul tu sayang, rasa tanggunjawab sayang itulah kasih sayang Mirah pada abang sebetulnya,  itulah tanda cinta Mirah pada abang. Walaupun Mirah tak pernah lafazkan cinta Mirah pada abang, abang tahu itulah tandanya cinta Mirah. Terima kasih sayang kerana memberi abang cinta, kasih dan sayang yang tidak ternilai pada abang.” Loqman makin kemas memeluk isterinya bagai tidak mahu melepaskan. Dia teresak-esak  didada isterinya.   Amirah hanya membiarkan perlakuan suaminya walau pun bajunya basah kerana air mata suaminya. Didalam hatinya berbisik biarlah suaminya melepaskan apa yang ada didalam dadanya. Dia merasakan semakin meningkat usia, suaminya semakin sensitive dan mudah mengalirkan air mata. Walaupun dia seorang Inspector polis yang garang dan tegas suatu waktu dulu.

            Setiap hari selepas bersolat Loqman dan Amirah tidak lupa berdoa kesejahteraan dan kemurahan rezeki semua anaknya-anaknya. Nasihat dan juga teguran juga tidak pernah kering dari bibir mereka walaupun mereka telah dewasa dan sudah mempunyai kehidupan sendiri. Pada Loqman dia tidak pernah tersalah pilih memilih Amirah sebagai isterinya. Hanya yang di kesalkan kesilapan yang dilakukan suatu ketika dahulu, hingga kini kesal itu tidak pernah terkikis dari hatinya. Setiap kali peristiwa itu melintas di fikirannya, sayangnya pada Amirah makin bertambah. Dia juga tidak pernah terlupa mendoakan akan kesihatan isterinya hingga keakhir hayatnya. Dia juga tidak pernah lupa berdoa agar jodohnya bersama Amirah kekal hingga keSyurgaMu ya ALLAH. AMIN.
 Tamat.


p/s: Tamat sudah kisah Loqman dan Amirah..mak teh minta maaf jika ada tersalah kata dan menyinggung 
perasaan anda semua. di kesempatan ini mak teh mengucapkan selamat hari raya walau pun raya dah lama berlalu. Selamat maju jaya kepada yang sedang berusha. Mak teh juga mengucapkan terimakasih banyak2 kerana sudi membaca kisah2 mak teh.

Wednesday 21 August 2013

Bab 41 Tidak terkikis kesal dihati




Berjimat dari duit seringgit,
Untuk bekalan kemudian hari,
Sedangkan lidah lagi tergigit,
 inikan pula suami isteri.

            Kini Loqman dan Amirah sudah memasuki usia emas..mereka sudah bersara dari perhidmatannya. Ketika umur Amirah 48 tahun lagi dia sudah bersara kerana ingin menjaga dan menemani ibu mertuanya yang sudah kematian suami ketika itu. Dengan rela dia memohon bersara lebih awal dari perancangan. Mengikut perancangan awal,itupun setelah dikira dengan campur dan tolak anaknya yang bungsu habis belajar.. Amirah akan bersara ketika dia berumur 53 tahun, tetapi memandangkan ibu mertuanya tinggal bersaorangan dirumah, dia dengan rela hati memohon bersara lebih awal dari umur yang dijangkakan.

“Bang kita ajaklah mama tinggal dengan kita kat Nilai ni..kesian pulak dia, duduk sorang-sorang kat PD tu, tentu dia sedeh teringat arwah papa.” Hanya dua bulan sahaja Puan Sharifah tinggal bersama mereka diNilai. Malam itu dia menyuarakan harat hatinya ingin pulang semula ke rumahnya diPort Dickson.

“Man, Mirah.. mama rasa lebih baik mama duduk saja kat PD tu..sayang rumah yang papa kamu buat tu tinggal kosong. Kat sini pun mama tinggal sorang juga, malam macam ni haa..baru kamu balik dari kerja”.

            Jika difikirkan segala kata-kata mamanya memang ada kebenaranya. Ketika itu Amirah sudah bekerja waktu pejabat. Dia sudah dinaikkan pangkat dan terpaksa bekerja di ibu Pejabatnya di Petaling Jaya. Dia pergi bekerja menaiki bas Jabatan yang disediakan,bersama rakan sekerjanya yang lain. Seawal pukul enam setengah pagi mereka sudah bertolak dari kuarters kediaman mereka menuju ke Petaling Jaya. Hampir pukul tujuh malam barulah dia sampai kerumah. Anak-anak mereka juga telah duduk berasingan, Syifa di Mesir, Halim di Miri Sarawak, Firdaus UIA Gombak, Hakim di Kuala Pilah dua lagi anak mereka disekolah berasrama. Hanya Loqman yang pulang awal, kerana dia masih bekerja di Bandar Baru Salak Tinggi tidak jauh dari tempat kediaman mereka.

            Kini sudah sebulan Puan Sharifah tinggal bersaorang diPD. Setiap hujung minggu Loqman dan Amirah akan pulang menjenguknya, pada Puan Sharifah itupun sudah memadai. Setiap kali pulang kerumah mertuanya, Amirah sedeh melihat keadaan ibu mertuanya yang tidak berteman. Ketika dia masih dalam kesedehan ditinggal pergi insan yang paling bermakna dalam hidupnya, tiada teman untuk dia berbual-bual atau untuk dia melepaskan rasa sedeh dan rindunya setelah ditinggalkan suaminya kealam abadi. Dia menyurakan hasrat hati meminta pandangan suaminya.

“Bang kalau Mirah bersara macam mana bang..apa pendapat abang.”

“Kenapa Mirah nak bersara pulak..kan kata dulu nak bersara bila  umur Mirah 53 tahun. Kita sama-sama pencen. Masa tu InsyaAllah semua anak-anak kita dah lepas yang tinggal pun mungkin Acu sorang. ”

“Mirah kesiah tenguk mama..dia dah tua tinggal sorang-sorang..kalau terjadi apa-apa pada dia, kesal tak sudah kita bang.”

“Mirah tak rasa rugi ke  baru naik pangkat dah  nak bersara pulak?”

“Duit boleh cari bang...ibu mana kita nak cari..masa mereka masih ada nilah kita beri kasih sayang pada dia. Dulu dia bagi kasih sayang pada kita tak berbelah bagi, sepatutnya sekarang nilah kita pulak tunjukkan kasih sayang kita pada dia..supaya dia tahu kita menghargai kasih sayang dia selama ini.”

“Kalau Mirah dah cakap macam tu, abang ikut saja apa yang Mirah rancangkan..tapi jangan menyesal pulak nanti.”

“Mirah tak akan menyesal bang, lagipun Mirah rasa dah puas kerja dari umur Mirah dua puluh dua tahun, sampai Mirah dah berumur empat puluh lapan tahun ni. Tapi...Mirah bimbang abang penat kerja sorang, anak kita semua masih belajar lagi.”

“Mirah jangan bimbang dengan gaji abang sekarang ni, InsyaAllah abang masih mampu tanggung semuanya, lagipun Mirah pun ada pencenkan.” Loqman sudah berpangkat Chief Inspektor ketika itu.
“Mirah memang ada pencen, dapat pencen penuh lagi.. Mirah dah kira dah, Mirah berhidmat dengan kerajaan cukup-cukup 25 tahun, tapi pencen tu tak sebanyak gajilah bang.”

“Tak apalah, kalau anak tak cukup duit sekolah nanti kita gunalah duit simpanan kita pun boleh. Biar kita susah sikit tak apakan Mirah.. asalkan mama dapat merasa bahagia diusia senjanya... abang lagi berbesar hati sebab Mirah sanggup bersara awal kerana nak jaga mama abang.”

“Bang..Mirah sebetulnya bertuah menjadi menantu mama yang bertimbang rasa dan penyayang. Dia menyayangi Mirah macam anak dia. Mirah dah rasa mama tu macam ibu Mirah sendiri.” Tersentuh Loqman mendengar pengakuan isterinya.

“Saayang abang.” Loqman menarik isterinya dalam pelukkanya. 

“Mirah.. sayang abang pada Mirah tak pernah luak dari dulu..dari Mirah kecik lagi abang dah sayang Mirah..kalau Mirah tak ada, rasa tak bererti hidup abang... tapi tak tahulah kenapa abang sanggup lafazkan perkataan itu dulu.”


             Loqman terkenang kembali pada kisah perceraiannya dengan Amirah dulu... 5 tahun hidupnya tampa Amirah dia sungguh menderita. Bahagianya bersama Liza hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja, selebihnya hanya derita dan kebosanan sahaja yang membelenggu hidupnya. Dia sungguh bersyukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati isterinya menerimanya kembali.

            Kini dia sangat bahagia. Selama 20 tahun hidup sebumbung semula dengan Amirah bukan tidak ada pertengkaran dan perselisihan faham antara mereka berdua bak kata orang ‘Sedangkqan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri’ tetapi kemarahan mereka tidak lama, salah seorang diantara mereka pasti akan menghulur maaf. Mereka suamiisteri tidak akan berlama-lama melancarkan perang dingin. Mereka juga tidak susah-susah untuk memujuk antara mereka, tidak sampai terpaksa membeli sejambak ros merah ataupun coklat untuk memujuk. Hanya sekadar kata meminta maaf disertai sebaris kata-kata manis atau sedikit kata-kata lucu mereka sudah terpujuk dan mampu tersenyum semula. Itulah asamgaram rumahtangga Loqman dan Amirah.

“Abang ni kenapa? abang selalu ingat perkara yang dah lama..Mirah dah lupa perkara tu..Mirah sayang abang juga.” Amirah melonggarkan pelukkan suaminya kemudian dia memandag wajah suaminya dan menguasap perlahan pipi suaminya. Loqman sebenarnya tidak mampu mengikis kesal dihatinya dengan peristiwa lamanya. Dia sungguh menyesal. 

“Entahlah Mirah, setiap kali Mirah buat baik pada abang, rasa kesal abang menjerut tangkai hati abang ni.”
“Bang..Mirah tak pernah berbuat baik pada abang, pada Mirah ini tanggung jawab Mirah sebagai anak menantu dan tak pernah terniat dihati Mirah ni nak kenakan abang.”

“Ahhh..Mirah” Loqman sudah tak terkata lagi, dia menggapai isterinya lagi lalu menariknya dalam pelukkan sekali lagi. Lama dia memeluk isterinya kemas dan kejap dan pipi isterinya menjadi sasaran ciumanyna yang bertubi-tubi. Itulah luahan rasa terima kasihnya yang tidak terucap. Dalam hatinya berbisik,benar kata penyanyi Aisyah dalam sebuah lagunya sesungguhnya kemaafan adalah satu dendam yang terindah. Seperti dirinya setiap kali kata-kata maaf keluar dari mulut isterinya, rasa kesal akan datang meramas hatinya. Dan setiap kali isterinya menghulur kebaikan bagai tergambar segala kesalahanya yang lalu.


            Setelah Amirah bersara, mereka sekeluarga berpindah tinggal bersama Puan Sharifah di Port Dickson. Loqman juga telah bertukar tempat kerja. Kini dia bekerja dibandar Seremban pula. Bila anak-anak Loqman dan Amirah pulang bercuti riuh kembali rumah Puan Sharifah. Hati tuanya sungguh bahagia. Senyum yang terukir dibibirnya mahu sampai ketelinga dari pagi hingga kepetang.
 “Mirah mehlah duduk sini..kita cerita-cerita...” Ketika itu Amirah sedang menyapu halaman rumah. Ibu mertuanya pula hanya duduk di pangkin memerhati. Amirah menghentikan kerja-kerjanya.

“Ada apa mama.”

“Sunyi pulak bila diorang semua dah balikkan...bila ada cuti lagi Mirah?.” Ketika itu semua cucunya telah pulang semula asrama masing-masing. Puan Sharifah sudah mula kerinduan. Kini  dia asyik mengira dan mencari-cari jika ada cuti kelepasan am akan datang, kerana cuti-cuti seperti itu akan meriuhkan rumahnya dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

“InsyaAllah bulan depan ada lagi cuti kelepasan am mama..tapi Hakim call semalam, dia kata minggu depan  dia balik..dia dah nak habis periksa..cuti kali dia balik terus..tunggu keputusan periksa kemudian tunggu lagi Universiti mana yang akan panggil dia nanti..”.

“Ohh ye ke Mirah dah habislah dia belajar kat Metrik Pilah. Setahun rasanya sekejap sangat dia dah habis belajar kat Metrik tu ye. Rasanya Universiti bulan 9 baru panggilkan Mirah ”

“Mama nak ikut tak masa nak ambil dia kat Pilah nanti?..Pihak Metrik suruh ambil budak-budak  petang Jumaat tu..habis saja perikasa dia orang dah suruh ibu bapa ambil anak-anak balik.”

“Boleh juga  tak sabar mama nak jumpa Hakim lama juga dia tak balik kan Mirah..lagi pun lama kita tak pergi Pilah sejak Loqman pindah tempat baru ni sibuk sangat mama tenguk.  Mama nak ajak berjaan pergi Teraci pun rasa kesihan”.

“Haah mama abang sibuk sekarang ni ...abang kata dia tak dapat nak cuti  esok pun kalau jemput Hakim kita pergi dua orang saja mama.. ”.

“Kalau macam tu kita pergi pagilah Mirah boleh duduk lama sikit kat rumah ibu Mirah..lama betul mama tak berbual dengan ibu kamu..cakap dalam telefon tak pandang muka rasa macam tak puas.”

“Boleh juga..haa lepas tu bulan depannya cuti penggal satu pulak mama.. dah tentu Hazril dengan Fudhail balik nanti.” 

“Ye ke Mirah..mama sekarang ni dah tak ingat bila cuti penggal Mirah. Angah balik tak Mirah.”.Puan Shrifah sudah tidak dapat menyurutkan senyum dibibirnya. Dia sudah membayangkan keseronokannya dikelilingi oleh cucu-cucunya.

“Untuk penggal ni taklah rasanya mama, cuti pun seminggu saja..nanti cuti pertengahan tahun mungkin balik sebab cuti tu lama sikit..ayah dia suruh balik.” Puan Sharifah ketawa bahagia, memikirkan hari-hari mendatangnya yang bahagia.


            Begitulah gembiranya Puan Sharifah bila cucunya ada yang pulang bercuti. Puan Sharifah sunggah gembira dan bahagia hari-hari tuanya diwarnai dengan keriuhan cucu dan anak menantunya yang sentiasa menemani.

            Dua tahun menjaga ibu mertuanya di Port Dickson, ibu mertuanya pula meninggalkan mereka kealam abadi. Kini mereka tetap tinggal di rumah pusaka orang tua Loqman, itu juga diatas permintaan arwah mamanya sebelum dia meninggal. Abang Long dan abang ngah Loqman juga bersetuju rumah pusaka itu menjadi milik Amirah.

            Memandangkan mereka telah selesa tinggal ditempat mereka berhijrah, mereka tidak bercadang untuk pulang ke Negeri Sembilan negeri asal mereka. Lagipun di tempat mereka berhijrah mereka sudah memiliki kehidupan yang sempurna. Ketika arwah mamanya hidup lagi segala proses pertukaran nama keatas Amirah dilakukan, walaupun pada mula Amirah menolak. Akhirnya dengan pujuk rayu ibu mertuanya dan dua orang abang iparnya, Amirah menerima juga.

“Mama ..Mirah jaga mama ikhlas..tak ada niat langsung nak dapat upah mama.”

“Mirah.. janganlah cakap macam tu sedeh mama... Ini bukan upah Mirah..sebetulnya mama yang nak minta tolong..tolong jagakan rumah papa ni. Mama sayang sangat rumah yang arwah papa buat ni.”

“Tapi apa pandangan abang long dan abang ngah nanti. Merekakan anak mama juga.”

“Mama dah tanya along dan angah.. diorang memang tak mahu lagi duduk PD ni. Mereka sayang nak tinggalkan tanah dan banglo mereka yang mereka dah beli tu.Lagi pun anak-anak mereka dah beli rumah dekat-dekat dengan rumah mereka. Nanti rumah ni tinggal kosong. Mama bukanya apa, kalau diabiarkan rumah ni kosong atau jualkan pada orang lain macam kita tak menghargai apa yang ditinggalkan oleh papa untuk kita. Mama kesian penat lelah arwah papa membina rumah ni. Lagi pun kalau yang tinggal anak dan cucu-cucu dia, tentu arwah papa gembira dan bangga hasil penat lelahnya dimenefatkan oleh keluarga dia sendiri..” Dalam diam Puan Sharifah menghubungi dua orang anaknya yang jauh dimata. Meminta mereka menyatakan persetujuan mereka. Malam itu Amirah dihubungi oleh dua orang abang iparnya along dan angah, mereka  meminta agar dia bersetuju sahaja dengan permintaan mama mereka.