~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 23 November 2013

Bab 56 Siapa aku dihatimu






Diakhir hari bekerjanya Nuri meletakkan keretanya dirumah kak Ton. Dengan senang hati Nuri memberi kebenaran kepada kak Ton menggunakan keretanya untuk mereka pulang kekampung mereka di Pahang. Arwah suami kak Ton juga berasal dari Pahang. Mudahlah kak Ton anak beranak menziarahi keluarganya dan keluarga suaminya sekali.

“Kak Ton esok Nuri dah mula cuti”.

“Awal Nuri cuti, balik mana?”.

“Syukri ajak balik kampong dia kak Ton.”

“Baliklah..kesian emak mertua Nuri tentu dia pun mengharapkan Nuri dan cucu-cucu dia balik”.

“Ialah kak Ton memang dah rancang nak balik. Ni Nuri nak letak kereta kat sini. Kalau kak Ton nak balik kampong pakailah. Lama juga saya balik kampong ni, dekat seminggu. Boleh along panaskan enjin kereta Nuri tu”.

“Betul ke Nuri kasi pinjam. Yang sebetulnya akak dah terlambat nak cari tiket bas. Along kata tunggu pagi raya kalau ada tiket bas tambahan”.

“Tak payahlah naik bas kak Ton, pakai saja kereta Nuri tu. Mana along biar Nuri cakap dengan dia”. Kak Ton melaung memanggil anaknya. Kebetulan along sudah cuti semestanya ketika itu. Setelah menceritakan apa yang patut dilakukan oleh along, Nuri membawa anak-anaknya pulang kerumah. Keluar dari pagar rumah kak Ton kelihatan kereta suaminya baru sampai dihadapan rumah. Syukri pula bila melihat Nuri memimpin anak-anaknya keluar dari pintu pagar kak Ton terus sahja melanjutkan sedikit perjalan keretanya. Ketika didalam kereta Syukri bertanya.

“Kenapa tinggal kereta kat rumah kak Ton”

“Maaf ye bang tak bincang dengan abang dulu. Saya sebenarnya baru terfikir masa balik kerja tadi. Saya pinjamkan kereta pada kak Ton diaorang nak balik kampong tapi tiket dah habis. Jadi tunggu tiket bas tambahan masa pagi raya. Nak bincang dengan abang macam tak sempat, esok lepas subuh kita dah nak bertolak.”

“Ehh ok lah tu, perkara baik tak payah cakap dengan bang. Abang tak kisah, lagi pun kak Ton tak pernah berkira dengan kita. Dia jaga anak-anak kita pun baik sangat.  Abang tak risau kalau kita tinggal anak-anak dengan dia Nuri”.

 Seperti yang telah dirancang mereka bertolak selepas Subuh. Syukri dan Nuri mengangkat anak-anaknya yang masih tidur kedalam kereta. Setelah memastikan keselamatan rumahnya, mereka memulakan perjalanan dengan bacaan  Bismillah Umulkitab dan  doa naik kenderaan. Sepanjang perjalanan Syukri memasang CD bacaan AlQuran 30 juzuk. Agar sepanjang perjalan itu mereka sentiasa mengingati Allah yang satu. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam akhirnya sampai juga.

Bila mendengar ada kereta yang berhenti dihalaman rumah, Imah adik bungsu Syukri cepat-cepat menjenguk keluar rumah. Bila melihat kereta Syukri dia menjerit memanggil emak yang ketika itu didalam bilik.

“Mak! abang Syuk balik mak”. Namun tak dihiraukan oleh puan Noriza. Hatinya tak teruja bila hanya Syukri seorang sahaja yang pulang untuk berhari raya bersamanya.Mungkin bila dia tidak muncul maka sekali lagi kedengaran suara anak bungsungya melaung memanggilnya…

Mak abang Syuk balik mak..”
Diiringi pula dengan  kata-kata manja Imah mengagah budak kecil
“Alala bucuk mak su..sayang sini mak su dukung.. Wafi tak kenal Maksu ke..”. Imah cuba menghulur tangan kearah Nuri untuk mengambil anak saudaranya dari dukungan Nuri. Imah adik bungsu Syukri baru seminggu pulang bercuti, dia belajar di Universiti Sabah baru di tahun kedua.

“Imah mana pulak Wafi  itu Hadi lah..Wafi tu ha baru nak bangun.” Anak-anak Syukri tidur di sepanjang perjalanan. Mereka berhenti sekali untuk menyuapi anak-anaknya makan dan membuang air kecil. Mendengar perbualan diluar rumah membuat Puan Noriza keluar mencari kepastian, bila dilihat Nuri sudah tercegat di sisi kereta anaknya. Meluru Puan Noriza memeluk menantunya dengan  tangisanya.

“Alahmdullilah Nuri dapat cuti ye. Alhamdullilah syukur mak pada Allah, siang malam mak doa Nuri dapat cuti”.

“Nuri minta maaf mak..” ayatnya tergantung tidak jadi diteruskan hatinya sebak. Terasa dirinya bersalah kerana tidak begitu mengindahkan harapan emak mertuanya selama ini. Rupanya kepulangannya sentiasa dinantikan oleh puan Noriza. Memang benar kata Kak Mirahnya tempuh hari, kepulangan anak menantu dan cucu itu yang sentiasa dinanti oleh warga tua.

“Meh, masuk masuk” tangan puan Noriza menarik tangan Nuri agar mengikutinya langkahnya  masuk kerumah.

“Mak oooh mak, mak tu bukan ada menantu  saja mak oii. Ni haa cucu emak ni sapa nak dukung, Imah tak larat nak dukung dua orang, dah pentang ni mak oii. Perut Imah dah kosong, tenaga dah kurang.”. Imah menunjuk kepada emaknya dua orang lagi anak-anak Nuri yang mula hendak menangis bila melihat suasana sudah lain dimata mereka. Syukri memasukkan badannya kedalam kereta untuk mendukung Syuhadah yang sudah bangun dari tidurnya dan mula hendak menangis. Manakala Wafi masih terpisat-pisat.

“oh..oh mak terlupa pula. Mana Su mana Wafi. Alah Hadi dah besar dah, muka nya sama macam Wafi kecil dulu ye Nuri. Mana Su mana Wafi.” Sibuk puan Noriza menanyai cucu-cucunya. Riuh ruang rumah puan Noriza, itu baru Syukri sekeluarga yang pulang.

Nuri melihat betapa gembiranya puan Noriza. Bahagianya terpancar diwajah bukan pura-pura. Setelah berehat sekejap Syukri dan Nuri mandi membasahkan tubuh mencari kesegaran kemudian mereka menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar, setelah selesai mereka menyertai emak dan adik bungsunya semula dirunag tamu. sambil duduk diuang tamu menantikan petang mulalah puan Noriza menanyakan menu mereka petang itu.

“Nuri! Apa kamu nak makan buka ni. Mak masakkan”.

“Apa-apa sahajalah mak, apa yang emak masak Nuri makan”.

“Ahh kamu tu tak tahu nak makan, baik mak tanya Syukri apa dia nak makan. Haa Syukri apa kamu nak makan buka nanti”. Ketika itu Syukri baru sahaja keluar dari bilik, setelah selesai melipat sejadahnya.

“Mak pucuk ubi ada mak. Teringin nak makan pujuk ubi masak lemak dengan kepala ikan kering emm sedapnya mak. Makan dengan sambal tumis ikan bilis”.

“Hssy kamu ni mana ada kepala ikan, mak masak badan ikanlah Syukri. Ikan talang ada dalam peti sejuk tu. Sambal tumis ikan bilis nanti mak masak. Lagi nak masak apa lagi”.
 
“Boleh lagi ke mak..”

“Amboi abang Syuk kalau dibagi peluang dia cari menu, mau penuh meja ni nanti”.

“Imah jangan panggil abang Syuk lagi panggi abang Ngah ni Syuhadah ni pun panggilnya Su juga nanti dia keliru”. Sejak hari itu Syukri dipanggil dengan gelaran angah.

Sungguh meriah berbuka petang itu. Makanan juga memenuhi meja. Anak-anak Syukri yang mula takut-takut dan malu-malu sudah menjadi biasa dengan nenek dan maksunya. Mereka juga sudah berkejar diserata rumah. Syuhadah juga tidak dengan babanya sahaja, dia juga manja dengan mak sunya. Semua orang kelihatan bahagia. Syukri merasakan itu. Tidak seperti  ketika dia membawa Sarah pulang dahulu.

Pulang dari solat terawih, Puan Noriza membelek balang biskut bawaan Nuri.
“Nuri tak buat biskut almond London tahun ni”.

“Bukan tak buat mak, yang mak pengang tu biskut almond lah, tapi tak sempat nak celup dengan coklat. Ingat nak minta tolong Imah celupkan coklat. Nuri ada bawa coklatnya ada dalam bakul susu budak-budak ni, lupa nak keluarkan. Mak! kek nya kita buat malam ni ye.”

“Haah bolehlah esok kita dah nak anyam ketupat pula. Nuri mak nak bakar  lemang rasanya”.

“Buluh lemagnya ada ke mak?”

“Nanti mak Tanya pak De kamu, dia tiap-tiap tahun bakar lemang”.

Nuri  mula mencairkan coklat menggunakan kaidah ‘double boil’. Untuk mencairkan sedikit coklatnya di memasukkan sedikit minyak masak dan sedikit majrein kedalam coklat barnya. Manakala Syukri melayani anak-anaknya bermain dihalaman rumah. Bagi memeriahkan lagi suasana hari rayanya malam itu Syukri memasang lima biji lampu minyak tanah, dah seperti malam tujuh likur pula. Imah yang ditugaskan mencelup biskut tidak senang duduk, dia juga turut bermain bunga api bersama anak buah dan abangnya dihalaman rumah. Mulalah bising mulut puan Noriza.

“Ya Allah dia pula yang lebih dari Wafi dan Su. Imaaah”. Puan Noriza mula melaung memanggil nama anak bungsunya.

“Tak apalah mak, bukan selalu dia dapat main. Nurikan ada tolong emak ni.”

“Kamu tu penat baru sampai petang tadi dah nak masak lagi ni.”

“tadi bukan Nuri yang memandu. Dari Kampong Subang, abang yang memandu sorang, Nuri nak ganti dia tak bagi”.

“Pukul berapa kamu bertolak tadi.”

“Lepas subuh mak”.

Malam itu siap biskut almond London Nuri bersama tiga loyang kek coklatnya. Emak mertuanya mahu lebih kek coklat kerana mahu diberi kepada jiran-jiran sekeliling rumahnya.

Malam itu bergelimpangan Syukri sekeluarga tidur diruang tamu. Nuri juga turut tidur dipunjuru dinding bersama anak kecilnya.  Mudah untuknya bangun sahur katanya.

Kesokkan harinya rumah puan Noriah bertambah meriah, bila adik Syukri yang bekerja di Kuala Muda Kedah pula sampai bersama isterinya. Mereka belum lagi mempunyai anak walaupun sudah hamper tiga tahun melayari Bahtera rumah tangga. Hassan merupakan abang kepada Norhasimah atau Imah dia seorang Inspektor polis. Manakala isterinya bernama  Nazirah, dia seorang guru.

“Ira pegang Hadi tu lama-lama kot bulan depan melekat”. Arah puan Noriza kepada menantu yang begitu mengharapkan ada benih suaminya melekat dirahimnya. Itu petua orang tua-tua kata kalau hendak mengadung.

“Ialah mak..sini anak mak de yang comel ni. Dah berapa bulan kak Nuri. Badanya montel betul”.

“Dah Sembilan bulan”.

Anak Nuri tidak takut dengan orang asing mungkin kerana dia biasa melihat orang yang berlainan dirumah kak Ton.  Ialah  anak-anak kat Ton yang perempuan ada dua orang  dan yang lelaki juga ada dua orang. Mereka tidak selalu ada dirumah kerana tutuntan mereka sebagai pelajar. Tetapi sesekali lama juga mereka pulang bercuti. Jika mereka ada dirumah mereka juga membantu ibunya mengasuh anak-anak Nuri dan Syukri.

Kebetulan Nuri tidak boleh berpuasa dia hari akhir Ramadan. Dialah yang lebih merasa itu dan ini ketika menyediakan juadah hariraya. Bagi Nuri dia bahagia bila melihat orang-orang yang disekelilingnya bahagia. Emak mertua, suami dan anak-anaknya gembira. Itulah yang membuat Nuri bahagia.

Hampir petang sebuah lagi kereta, berhenti dihalaman rumah Puan Noriza. Bila dijenguk yang tiba adalah adik Syukri yang bernama  NurAmisah berama suaminya dan sorang anak. NurAmisah dan Suaminya merupakan  guru mengajar diPualau Muntiara.  Kelihatan Nur Amisah sedang mengandung anak kedua.

“Alah kak Lang dah gemuk kedepan mak, bila Qiqi nak dapat adik ni”.Imah sudah mendukung anak saudaranya yang sudah berusia 5 tahun, Imah memang sukakan kanak-kanak.

“Lambat lagi Imah, ada empat bulan lagi”.

“Wah besar perut kak Lang ni anak kembar ke kak”.

“Ehh kamu ni Imah kalau nak cakap tak pernah nak fikir”.

“Ialah mak  besar la mak perut kak lang ingatkan tadi dah cukup bulan, kalau anak kembar lagilah suka sekali keluar dapa dua orang kan abang Pali”. Abang iparnya hanya terkekek mendengar bebelan adik iparnya yang bermulut becok seperti isterinya juga.

“Dahlah jom masuk, masuk Pali, abang ngah kau ada kat dalam tu, tergolek dengan anak-anak dia”.

“Dah siap masak mak” Sambil menyalami tangan emaknya  NurAmisah bertanyakan emaknya.

“Untuk raya kita dahlah  Misa, kamu sampai ni pun dah pukul berapa, hanya tinggal nak masak kita berbuka saja, nak masak lauk apa entah ni”.

“Mak kak Nuri ada balik mak?”Misa bertanya dengan suara perlahan takut kedengaran orang lagaknya.
“Ada dalam bilik Imah tengah susukan anak tadi. Ira pun dah sampai tengahhari tadi, tu yang cepat siap tu emak ramai yang tolong. Lauk raya kita semuanya dah siap”.

“Mak masak apa untuk raya?”

“Rendang daging dengan masak kicap ayam dengan kuah kacang. Mak masak kuah kacang sikit takut nanti  ada yang nak makan ketupat dengan kuah kacang.”

“Mak masak juga ketupat nasi?”

“Haah Misa ketupat nasi ni untuk cucu-cuc mak ni. Kita makan Lemang okkan.”.

“Oklah mak tapi Misa pun suka ketupat ni. Ehh kata Ira dah sampai mana dianya”.

 “Ada kat dapur tu, tadi mak minta tolong dia alihkan rending dalam periuk.”

“Wahh ramai kita raya tahun ni, semua anak menatu emak balik”.

Bila mendengar riuh diluar rumah Nuri yang sudah menyusukan anak mencapai tudung sarungnya. Dia kelaur bilik sambil mendukung Hadi. Anaknya yang dua orang masih tidur disisi Syukri diruang tamu. Mungkin penat bermain. Tadi mereka mengejar ayam-ayam puan Noriza. Sambil membakar lemang Syukri menjaga anak-anaknya diluar rumah. Anak-anaknya yang tidak biasa dengan suasana kampong begitu teruja melihat ayam berkeliaran dihalaman rumah.

Sambil lalu diruang tamu Nuri mengejutkan suaminya yang sedang lena.

“Bang bangunlah, adik abang dari Penag dah sampai tu”. Syukri bangun terpisat-pisat. Amisah dan suami yang baru terjengul dimuka pintu menegurnya.

“abang Syuk apa ni petang-petang tidur, Tidur lepas asar tak elok rezeki lari, badan lesu.”

“Kak lang!! panggil abang Ngah sekarang, tu anak dara dia pun panggil Su juga nanti dia pula yang menjawab”.

“Ohh dak kena panggil abang ngah ke mak, tak buat bubur merah ke mak tukar nama ni”. Entah dimana emaknya mendapat peraturan. Bila bertukar nama pnaggilan akan dibuatkan bubur merah dan ada sedikit bubur putih ditengah mangkuk hidangan tadi. Yang sebenarnya ketika kecil dahulu dia pernah tinggal disebuah keluarga Jawa di Selangor, mereka melakukan seperti itu. Emaknya pula  seperti terikut-ikut dengan cara mereka. Lagi pun bubur itu sedap ditekak puan Noriza. Bubur nasi yang dimasak bersama gula merah atau gula Melaka dicampur dengan sedikit santan. Tetapi sebelum dimasukan gula merah asingkan sedikit untuk bubur putih dijadikan hisannya nanti.

“Dah tua ganyut tak payah lah. Syuhadah tukar nama hari tu pun mak tak buat Misa. Tapi mak teringin nak makan bubur tu sedapkan bubur tu”. Kekehkeh terkek kek  adik-padik Syukri mentertawakan dirinya. Nuri yang disisinya juga turut ketawa perlahan. Itulah puan Noriza bila anak-anaknya pulang mengunjungi dirinya, semuanya hendah dibuat untuk mereka makan beramai-ramai menjamu selera.

“Apa khabar kak Nuri lama betul tak jumpa. Akak masih macam dulu juga, tak naik langsung badan. Anak dah lebih dari alang. Alang ni puas lah control makan tapi badan macam dipam-pam.Ni lepas bersalin ni rasa nak masuk gym lah pulak. Kalau tak nak pergi cari tempat kurus badan.”

“Ialah tu, buat mengabiskan duit sahaja. Dah eloklah tu macam pinang dibelah duakan Pali (Fadli)”.

“Betullah tu abang ngah. Kita ni kalau gemuk biar sama gemuk kalau sorang kurus sorang gemuk dah macam pinang dibelah tiga suku”. Padhli berbadan agak gempal sedikit. Tetapi kerana dia tinggi kegempalanya tidak berapa kelihatan.Kha kah kah kalau sudah ramai-ramai memang riuh rumah.

Bila mendengar riuh diruang tamu Hasan dan isterinya Ira keluar dari dapur setelah menyelsaikan kerja-kerja dapurnya.

“Allah!! kak Lang yang balik patutlah riuh. Yang tinggal Along saja yang tak sampai lagi ni. Orang yang paling dekat tapi dialah yang paling lambat sampai tak aci betul.” Komen Hasan yang baru muncul sambil menyalami kakaknya NorAmisah dan suaminya.

“Biarlah dia. Semalam kak long kamu ada bagitahu emak, dia nak tolong emak dia dulu.Emak dia tak ada siapa nak tolong masak. Malam nanti katanya baru mereka datang jenguk kita sekejap”.

“Ialah mak, mak pun dah ramai yang tolong ni, apa lagi nak buat, biar  alang yang buat pula”.

“Dah tak payahlah kamu tu baru sampai lepas tu nak bawa perut lagi. Duduklah dulu. Lagi pun dah siap semuanya kan Ira. Yang last tadi rending daging.”

“Haah mak dah siap semuanya. Mak kita nak buka nak makan apa?  nak makan Lemang dan ketupat saja ke. Tak nak masak nasi”.

“Mak!! Syukri nak makan nasi sikit”.

“Kamu ni Syukri macam tak boleh nak tinggal nasi. Kamu nak kuah apa.”.

“Kobis ada mak?, Masak lemak kobis lauknya kita makan lauk raya lah, hari pun dah petang sangat ni.”

“Ialah..nanti mak goreng ikan pekasam tentu sedap makan dengan masak lemak kobis”. Itulah Syukri perutnya perut Melayu tak boleh nak tinggal nasi. Hampir Magrib keluarga Muaz pula sampai. Makin bertambah ahli kelaurga Puan Noriza. Muaz dan Norseha sudah memapunyai empat orang anak. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Sekali lagi kemeriahan berbuka puasa dirumah keluarga besar puan Noriza. Selepas berbuka mereka solat Magrib berjemaah diimami oleh anak tua puan Noriza, Muaz. Selesai solat bergema tabir raya memenuhi ruang dirumah puan Noriza. Nuri sungguh terharu melihat suasana itu. Selesai takbir dan doa dan ambil menantkan solat Isyak pula, yang lelaki duduk dibaranda rumah sambil menikmati angin malam mereka berbual-bual. Along Muaz menghampiri Syukri.

“Aku dengar kau dah bercerai dengan isteri nombor dua kau kenapa?”

“Dia yang minta cerai. Tapi aku bersyukur juga dia minta cerai, kalau tidak mungkin aku kehilangan Nuri”.

“Kenapa dia minta cerai?’.

“ Entah katanya dia rasa terabai bila aku asyik kat rumah Nuri, kemudin dia nak anak sendiri”.

“Habis kalau dengan kau tak jadi dengan orang lain boleh ke?”

“Entahlah, dia kata dia dah pergi check kat hospital sakit puan, keputusannya dia normal tak mandul. Dia takut kata-kata arwah emak dia menyebabkan dia tak mengandung kalau dengan aku. Dulu emak dia kata dia tak rela anaknya mengadungkan anak aku, takut anak aku tu menghabiskan harta keluarga dia, kau dengar tak dia cakap macam tu masa aku pinang dia dulu long?”.

”Ehh akukan sama dengan kau duduk dalam kereta, diorang kata kita budak-budak tak boleh nak dengar apa orang tua-tua berbincang”.kah..kah kah ketawa mereka pecah bila mengingati peristiwa itu.

“Tapi yang sebetulny,a aku tersilap langkah dengan nikah dengan dia. Sebab tak sabar nak anak aku nikah dengan dia. Sekarang ni nak cari suasana dulu dengan Nuri  rasanya susah sangat aku nak dapat. Yang sebetulnya hati dia masih susah menerima apa yang aku buat. Balik ni pun nyaris-nyaris dia tak mahu ikut. Entahlah terluka sangat hati seorang isteri kalau dimadu. Tapi silap aku juga, tak terfikir pada kita remeh, tapi tidak pada Nuri rupanya.”

“Kenapa kau asyik dengan Sarah saja ke”.

“Lebih kurang macam tulah aku datang rumah Nuri selalunya bila dia dah nak tidur anak-anak lagilah dah lama tidur. Aku selalu terlalai bila dengar Sarah bercerita.Dia tu pula tak boleh nak berhenti kalau dah bercerita.”

“Itulah kau, tapi aku..kahwin dua ni tak pernah nak terfikir. Aku ada yang satu ni pun dah syukur Alhamdullilah sangat. Kita hidup bukanya lama. Aku nak kumpul duit untuk anak-anak belajar kemudian kumpul duit nak pergi Mekkah itu saja matlamat hidup aku. Aku kena ingatkan diri nak kumpul duit untuk dua ni sahaja. Kalau tak habis bulan habis duit dimakan sahaja”. Mereka berdua bercerita, yang berdua orang lagi terlopong mendengar pengalaman abang-abangnya.

“Aku pun nak mengingatkan diri aku ni, yang sebetulnya kahwin dua ni seronoknya sebulan dua sahaja. Lagi pun kalau ingat nak seronok sahaja pun tak ada faedahnya tak sampai kemana. Lebih baik kita ingat nak membesarkan anak-anak. Nampak anak kita terjaga, comel dan riang sahaja anak kita, itu yang lagi menghiburkan hati kita. Kau San ingat, jangan jadi macam angah ni memang menyesal tak sudah, bahagia yang kindung berciciran nak kejar balik susah nak dapat yang original macam dulu San. Kau dah check kenapa tak dapat anak lagi?”. Syukri memberi peringatan kepada saudara  lelakinya, dengan pengalamanya.

“Dah Nagh, tahun lepas  pernah chek sekali, memang tak ada masaalah kemandulan. Bila ditunggu tak dapat juga  lagi, enam bulan sudah kami pergi check sekali lagi. Check  kali ni lebih teliti, diorang masukkan kamera dalam Rahim Ira. Barulah dapat dikesan yang ovary  dan dalam Rahim dia ada ‘cysts’, lepas tu Ira ada buat pembenadan kecil sikit. InsyaAllah tunggu lah sebulan dua lagi kok ada rezeki”.

“Amin” mereka beramai-ramai memohon kepada yang Maha Pencipta dan Maha Penyayang.

“Tapi mungkinlah adik beradik kita yang lelaki ni lambat sikit dapat anak, macam kau long berapa tahu baru kau dapat”.

“ Aku dulu dekat empat tahun juga, tapi aku berubat kampong saja, pergi urutlah, makan jamulah. Tapi kau untung Pali, tak sampai setahun Misa dah sangkut. Tapi yang sebetulnya kalau dah sampai enam bulan tak dapat juga anak baik pergi check. Jangan pergi sekali sahaja. Pergi dua tiga kali. Macam kau betul San, walaupun check sekali dia kata kita ok..tapi kalau takdapat juga pergi check dengan lebih teliti. Jadi dapatlah kita kesan apa sebabnya.”. Sedang mereka berbual-bual sayup kedengaran seruan azan Isyak berkumandang dari masjid di Pekan kampong mereka. Sekali lagi mereka sekeluarga solat berjemaah. Kali ini Syukri pula yang menjadi Imam mereka.

Usai solat masing masing membawa diri. Maklum seharian mereka bekerja memasak untuk menu harirayanya, manakala keluarga Nur Amisah pula baru sampai dari Penang. Kerana tidak cukup bilik Muaz sekeluarga pulang kerumahnya yang hanya dipekan Pengklalan Hulu sahaja.

“Mak!! along balik dulu ye”.

“Esok pagi jangan lupa minum kat sini, lepas tu kita pergi masjid ramai-ramai.”

Bila suasana sudah lengang, anak Syukri juga sudah tidur diruang tamu. Puan Noriza mengamit Nuri masuk kebiliknya. Tetapi memang disitulah dia tidur bersama anak kecilnya malam itu.

“Nuri meh cuba baju raya kamu ni, sesuai dengan kamu tak.” Puan Noriza menghulur sepasang baju kurung pesak Pahang bertanah hijau lumut berbunga kecil warna krim kepada Nuri.

Terkelip-kelip mata Nuri kerana terharu dia melihat sahaja huluran tangan emak mertuanya. Huluran tidak disambut tetapi Nuri memeluk tubuhnya pula.

“Mak terima kasih mak, tak sangka ada juga baju raya Nuri tahun ni, sebetulnya Nuri terlupa nak buat baju dan nak beli baju anak-anak mak. Nuri ibu yang tak prihatin mak, kerana ikutkan sangat hati, sampai Nuri telupa nak beri suasana gembira pada anak-anak”. Nuri yang memeluk emak mertuanyanya sudah menangis dibahu puan Noriza. Sambil menangis dia menyambung kisahnya.

“Baju anak-anak  yang Nuri bawa pun baju anak-anak saudara Nuri. Memang Nuri terlupa sangat mak. Kesian sungguh cucu-cucu emak bila uminya buat tak kisah.”. Dengan esakkanya dibahu emak mertuanya dia mengadu tentang dirinya yang terlalai.

“Tak apalah Nuri, ni dah ada walau pun sepasang sorang tapi jadilah. Syukri suruh emak tempahkan baju untuk kamu sekeluaraga. Cuba tenguk ni muat tak untuk Syuhadah, Wafi  dan Hadi. Mak agak-agak saja ukuranya, mak pergi rumah Along muaz kamu pinjam ukuran badan anak dia. muat tak agaknya”. Nuri meleraikan pelukkan. Dia melihat baju-baju yang ditunjukkan oleh emak mertuanya.

            Baju Syukri, Wafi dan Hadi sama kainnya. Manakala dia dan Syuhadah sama pula jenis kain lain yang ada corak bunga. Kemudian dia berpusing lagi memeluk emak mertuanya dia menagis lagi dibahu puan Noriza. Syukri yang memerhati keadaan itu sedari tadi datang memeluk isterinya dari belakang.

“Maafkan abang Nuri abanglah yang bersalah, yang mencipta derita untuk Nuri dan anak-anak. Maafkan abang”. Bila merasa pelukkan suaminya dibelakang Nuri jadi kejung. Dia melepaskan pelukkan dibadan puan Noriza. Sambil menyapu air matanya…

“Tak adalah ini salah saya, saya yang tak boleh menerima kenyataan. Saya tak yang tak boleh menerima takdir yang telah ditentukan untuk saya”.

“Dahlah tu, kalau tahu semuanya salah, ambil sebagai pengajaran dihari depan. Jangan ulangi kesalahan kesian kat anak-anak yang baru nak belajar hidup, jaga kepentingan mereka”. Puan Noriza sebagai pendamai meredakan rasa bersalah dihati sepasang suami isteri yang didepan matanya.

Bila suasana agak reda, Nuri mula mebelek baju anak-anaknya dan baju suaminya dan bajunya juga.

“Cantik kain ni, kat mana emak beli?.”

“Kak Nah tu selain buat baju, dia juga jual kain, mak ambil dengan dia sahaja, Syukri yang minta warna ni. Cantik tak warna hijau macam ni, kalau mak, suka warna merah ke, oren ke berseri juga kita pakai ni hijau lumut macam gelap sahaja”.

“Oklah ni mak, Nuri tak suka warna cerah sangat, malu nak pakai menyerlah sangat”. Air mata Nuri sudah kering. Dia Nampak ceria.

“Haa kan mak, test kitaorang ni memang sama. Tudung Nuri mak ada beli juga ke mak”.

“Ada, Nuri cuba ambil tudung kamu tu dalam almari emak, tudung sarung saja Nuri, tudung kain lycra wanra dia pudar sikit tapi mak rasa sesuai dengan baju kamu tu. Ini pun mak ambil kat kak Nah juga tu, tudung dah siap Nuri, ok tak. Hanya Syuhadah sahaja tak ada tudungnya Nuri.”

“Tak apalah Su pun kecil lagi tak payah pakai tudung pun tak apa mak”.

Hari kian larut, Syukri sudah merebahkan badanya disisi anak-anaknya diruang tamu, manakala Imah, puan Noriza dan Nuri dibiliknya, kerana bilik Imah digunakan oleh NurAmisah sekeluarga, manakala Hasan dan isterinya dibilik tetamu. Nuri yang membayangkan kemeriahan mereka esok hari akhirnya terlena juga.

Pagi itu, usai solat subuh puan Noriza kedapur, memanaskan segala lauk hari rayanya (masak kicap ayam dan rending daging dan kuah kacang). Menyedari emak mertuanya kedapur Nuri menyarung tudung mahu kedapur juga. Dipintu bilik dia bertembung dengan birasnya Ira.

“Kak Nuri mana Hadi”.

“Tidur lagi Ira, lepas menyusu dia lena lagi”.

“kak pinjam sekejap Hadi nak tidur dengan dia boleh”. Sangat kasihan melihat Irah begitu beria mahukan dirinya mengadung. Tampa banyak soal Nuri masuk kebilik semula mengangkat anaknya Hadi untuk diserahklan kepada birasnya Nazirah.

Ketika didapur..
"Nak panaskan semuanya ke mak".

“Haah Nuri, mak ni nak siapkan yang nak bagi kat jiran-jiran kita. Nanti boleh Imah tolong hantarkan. Ambil kek coklat kamu tu potong-potong masukkan dalam empat lima ketul dalam sebuah plastic”

“Ialah mak, Nak masukkan berapa plastic mak”.

“Masukkan dalam tujuh plastic” Kemudian terjengul Syukri dipintu dapur.

“Syukri!! tolong mak belahkan lemang tu”.

“Nak belah berapa batang mak”.

Belahlah lima batang. Kemudian dalam sebatang tu potong tiga sahaja . Satu bahagia yang dipotong tu untuk sebuah rumah. Untuk Pak de nanti kita hantar lepas sembayang raya ye. Mak nak bagi dua bantang lemang ok tak Syukri.”

“Pak de tak buat lemang ke mak”

“Tak!! Kata mak de semalam untuk tahun ni  diaorang tu buat ketupat daun palas sahaja. ”

“Habis buluh lemang tu semalam siapa yang bagi”.

“Orang selalu ambilkan buluh untuk pak de tu yang hantar, walaupun dah dibagi tahu Pak de tak buat lemang tahun ni, nak menolak tak sampai hati jadi pak de kamu bayar jugalah. Nak buat tak ada orang tolong jaga api. Alhamdullilah kita yang amabil buluh tu taklah membazir tapi dia minta sikit lemang kita”.

“Kalau macam tu bagilah lebih sikit, tiga empat  batang ke”.
“Ialah Syukri bagilah nanti empat batang cukuplah tu. Ketupat nasi tu tak payah bagi orang ye Nuri, itu untuk cucu-cucu emak sahaja.Kalau dah sudah kerja kamu tu Syukri pergilah mandi sunat hari raya, sebelum kita pergi masjid kita makan dulu ye.”

Sibuk dirumah puan Noriza dipagi hari raya rupanya. Mana nak mana nak membungkus lauk pauk dan lemang, kueh dan biskut untuk dihantar  kerumah jiran-jiran berdekatan dengan rumah mereka. Pagi itu Nuri yang membungkus juadah yang mahu dihantar kerumah jiran menakala Puan Noriza dan Imah yang menghantar kerumah jiran berdekatan.

Selesai tugasnya, Nuri menghidang makanan untuk mereka minum pagi pula. Sebelum mereka kemasjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri puan Noriza mahu mereka minum dahulu.  Setelah siap semuanya Nuri kebilik air untuk mandi sunat hari raya walaupun dia tidak kemasjid kerana uzur. Didalam bilik emaknya Syukri juga sudah bersiap berbaju Melayu baru. Nuri menghampiri suaminya. Syukri terpegun melihat Nuri memakai baju raya  yang sedondon dengannya.  

“ Abang dah ada air sembayang ke..Nuri nak salam minta maaf.” Syukri tersedar dari terpegunnya, bila memndegar isterinya bersuara.

“Ialah meh lah kita duduk sini” Syukri bersila ditepi katil emaknya manakala Nuri bersimpuh dihadapanya. Sambil menunduk mencium tangan suaminya.

“Maafkan Nuri lahir dan batin Nuri yang banyak buat salah pada abang”.

“Maafkan abang juga, abang pun banyak buat salah pada Nuri. Yang sebetulnya abanglah yang banyak salah pada Nuri. Abang minta halal, apa-apa yang abang terhutang dan terambil dari Nuri”. Sampai dikata-kata itu, mereka sudah tidak dapat berkata-kata lagi Syukri sudah teresak-esak manakala Nuri juga.   Ingin diluahkan rasa kesal namun tidak terkeluar dibibirnya. Dia tahu kesalahanya sangat banyak dengan isterinya dihadapanya sekarang. Didalam hatinya berjanji kepada dirinya sendiri akan membahagiakan isteri dan anak-anak hingga kehujung hayatnya.

 Puan Noriza tidak jadi masuk kebiliknya mendengar tangisan dua merpati didalam biliknya. Dia tahu apa yang ada dihati anak dan menantu yang baru sahaja lepas dari dugaan Allah. Didalam hati nya berdoa semuga bahagia mendakap, kehidupan mereka dihari mendatang.

Sunat dilakukan di pagi hari raya.
1.Disunatkan mandi dan membersihkan diri
2.Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil)
3.Memakai pakaian yang paling bagus.

 (Yang sebenarnya bahagia tu kita yang cari. Jika tak mampu dengan rasa yang kita rasa, maka lepaskan, cari lah rasa bahagia ditempat lain mungkin dia ada disitu)

Diakahir cerita ni mak teh nak pesan dari hati seorang wanita, MADU wanita yang memulakan. Bagi isteri pertama mungkin dia terpaksa tetapi yang kedua dia sendiri rela, jika dia tidak ditipu. Sakitnya bermadu sama sahaja. Baik pertama atau yang kedua. Hanya kelebihan yang kedua dia baru dan rengek manjanya biasanya akan mencairkan. Tapi lama kelamaan yang cair akan mengeras juga. Jadi sebagai wanita mengapa harus membina bahagia diatas derita wanita lain. Wanita itu sama seperti kita juga. Menjadi yang kedua juga tidak sebahagia mana, bila disorok. Kadang-kadang hanya merasa diwaktu siang sahaja. Kebiasaan untuk berhari raya bersama keluarga suami juga jarang yang dapat. Yang  kasihan adalah anak-anak, kerana sikap kita yang ingin menumpang kasih, ingin menumpang senang ingin memandang yang kacak dan maco, anak-anak yang menerima padah (kurang kasih sayang ayah).  Ini hati mak teh entah betul, entah kan tidak. Kalau anda bagai mana?.

p/s: kisah ni sampai disini sahaja.Bagi mak teh cerita yang tak ada dalam kepala menyababkan jalan ceritanya tak menarik. Apa pun terima kasih kerana memberi komen yang menaikan semangat, dan ribuan terima kasih kerana sudi membaca cerita ni. Jika ada tersalah bahasa dan menyinggung perasaan anda yang membaca mak teh minta maaf banyak-banyak. Dari komen-komen yang anda beri banyak memberi mak teh pengajaran. Untuk cerita Sarah kena tunggu dulu. Terima kasih semua harap jumpa lagi dilain cerita.











25 comments:

  1. Alhamdullilah mak teh cerita yg penuh dgn pengajaran,emosi dan juga perasaan.betul kata mak teh kenapa kita sebagai seorg wanita tergamak membina bahgia diatas penderitaan org lain.saya sokong.hati dan perasaan jija kita kawal dgn baik kita tak akan terjebak dgn masalah ini.terima kasih mak teh.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah mak teh akhirnya lembut juga hati nuri.
    betul tu bahagia kita yg cari.. madu kita yg pilih tp bukan bg isteri pertama. kita sesama wanita sepatutnya blh berfikir .....bgmana kita tak nk berkongsi dn sakit hati begitu juga le isteri pertama.
    duami pulak harus memikrkn samada sempurna ke tidak tanggungjwb dia sbg imam dlm kluarga sblum mberi madu kpd isteri.
    tetud terang mmg akak anti poligami.
    apa pun cite ni mmg terbaik.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Habis dah....
    Alhamdulillah. Tapi hajat Syukri nak bwk Nuri shoping ke tmpt bebas cukai tak dinyatakan jadi ke tak. Apa pun terbaeek dari mak teh. tqsm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin dakhir cuti mreka prgi tapi crita ni sampai bab ni shaja. terima ksih semua ynag mengikuti kisah mak teh

      Delete
    2. mungkin mak teh boleh buat sbg teaser kot..syukri bw nuri dn anak-anak serta mak dia ke langkawi dn shopping tmpat bebas cukai...
      -dibah-

      Delete
  4. Terima kasih mak teh..jln cerita yg terbaik pernah saya baca di mana selalu berlaku didalam masyarakat kita...ini lah realitynya...

    Akhirnya happy ending..alhamdulillah semuga nuri beroleh kebahagiannya kembali disamping suami dan anak2 tersayang..saya pn ingin meminta maaf sekiranya terdapat komen2 saya yang agak kurang menyenangkan ya mak teh..semuga mak teh sekeluarga sentiasa dirahmatiNya..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga berkekalan ke akhir hayat hendaknya. Terima kasih daun keladi mak teh harap ada novel lain lagi.

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH MAK TEH, semua bahgia dan ceria. Sayang Mak Teh keep up the good job looking fwd.
    Salam sayang dari Zurich

    ReplyDelete
  7. Baca citer mak teh teringat amalan orang lama. Arwah nenek saya pun dulu buat macam tu. Bila anak kecik menangis tak berenti, tukar nama panggilan, pastu buat bubur merah. Htr semangkuk dua pd jiran terdekat. Teringin plk rasanya.

    ReplyDelete
  8. akhirnya tamat lah sudah cerita nuri dan syukri..berakhir dengan bahagia..terima kasih mak teh..tak sabar nak tunggu kisah sarah kehidupan sarah la pulak..

    ReplyDelete
  9. TQ mak teh atas persembahan cera yang menarik, sebuah kisah yang dapat menyentap rasa dan sentiasa segar untuk membaca seterusnya. Selamat berkarya yang seterusnya. Sentiasa menanti karya-karya makteh seterusnya. Sayang mak teh.

    ReplyDelete
  10. tamat lah sudah..thanks mak teh sebab mengembirakan kita semua dengan cerita2 dari buah tangan mak teh ni..happy ending..tak jadi bakar panggung..hehehhe

    ReplyDelete
  11. terima kasih mak teh. akhirnya sebuah cerita. mak teh memang best, selain dari bercerita banyak sungguh pelajaran yang saya dapat. petua orang2 tua jangan di ambil ringan...

    ReplyDelete
  12. Terserlah kasih sayang Pn Noriza pada semua anak dan menantunya. Pada sarah bukan hanya ingatan pada kisah lama tapi mungkin dianggap sebagai merampas kebahagiaan Nuri. Itu yang dia sukar nak terima ditambah dgn sikap manja dan yg sewaktu dgnnya(malas). Tanpa sarah semua jadi ceria hari raya kali ini.
    Thumps up mak teh. Kita tunggu kemunculan taesar dan kisah hidup sarah plk.

    ReplyDelete
  13. Mak teh pas ni kisah apa pula.. Kalau boleh nak teladan rumahtangga lg. Joijoi80

    ReplyDelete
  14. Thanks mak teh for sharing such a beautiful story...
    Love you so much...

    ReplyDelete
  15. baru habis baca dari mula..memang best sangat cerita ni..kesian nasib seorang isteri yang dicurangi..sedih bila suami bagi reason kahwin lain sebab kesian nasib perempuan tu tapi sebenarnya lagi kesian dgn isteri yang yatim piatu kerana parents meninggal sebab accident..abang2 jauh di perantauan..maknnanya kasih ibubapa di rentap hanya pada suami hendak menumpang kasih..apa2 pun terima kasih puan penulis dengan cerita yang sangat menarik dgn petua2 dan pendoman untuk orang2 muda berumah tangga..akhir sekali nak cakap satu je..benci dengan suami perangai mcm syukri ni..lidah tak bertulang..

    ReplyDelete
  16. hari hari jenguk kot kot ada teaser.
    -dibah-

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt mak teh..
    Saya pn mcm dibah gak hari2 jenguk kot2 ada n3 terbaru...
    Cerita ni pun saya dah berapa kali katam dok lepaskan rindu akan tulisan mak teh..
    Di harap mak teh masih berkarya lagi ya..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  18. Bila baca komen ada yg terjenguk2 nak meleleh air mata tapi buat masa ni memang mak teh tak dapat nak membayangkan crita Sarah dan abang Yam tu. Kpla tngah srabut anak sulung nak kahwin blan 12 ni. kad jmputan beum habis tulis lagi, rmah jangan cakap berkepour. Haby mak menjelang saja kalau mak teh mengadap lappy. tenguk muka masam dia bersepai ceritya dlm kpla. InsyaAllah tahun depan adalah crita untk anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah...tahniah tok mak teh sekeluarga menyambut menantu...
      Selamat pengantin baru semuga kekal bahagia hingga kehujung nyawa...

      Delete
    2. tahniah mak teh akak ucapkn nk terima menantu dlm keluarga. Insyaallah tahun depan jumpa lagi dgn cite mak teh.
      -dibah-

      Delete
    3. Mak Teh dapat menantu dah. Tahniah...

      Delete
  19. assalam makteh. wahhh. memang betul2 sibuk tu makteh kalau nak buat kerja kahwin. tahniah makteh dapat ahli keluarga baru dari kami semua peminat2 mak teh. walau apa pun saya memang respect dengan makteh dalam sibuk nak buat kenduri kahwin ni, tapi masih sempat meluangkan masa mengembirakan kita semua dengan novel ni. doa saya semuga majlis makteh berjalan dengan lancarnya dan selamat pengantin baru pada anak sulung makteh hingga ke jannah. kami menanti karya terbaru makteh dengan sabarnya. wasalam.

    ReplyDelete